::Allah sentiasa melindungi hambanya yang lemah::

1.28.2011

cerita mengenai semalam, rasa bersalah still terhinggap, tapi alhamdulillah orang tua pak said selamat dari segala malapetaka...syukur walaupun kesejukan semalam, ayah dan pak sedara pegi menjemput...terima kasih polis peronda...nasib baik ada jugak yang berani pergi menegur orang tua pak said tu...dalam hati hanya Allah yang tahu...Actually masih ingat tak pasal saya pergi hantar someone kat MAIK untuk ambil duit zakat? kebiasaannya ayah saya yang hantar pergi sana tiap-tiap bulan, pastu dia balik ngan bas, kebetulan minggu sebelum saya balik mak ayah sibuk, dan kebetulan juga hari saya ada temu janji pak said datang minta tolong hantarkan dia kat MAIK tu..sekali pada hari yang saya hantar tu, semua bas yang lalu takmo berenti amik orang tua tu...memang nak marah sesangat kat driver bas yang tak berhati perut...sampaikan orang tua tu melangut tepi jalan tunggu bas even sampai tengah malam...kesian(T_T). .. tak boleh imagine,sobsob...

Memang kalau diikut penampilan luaran pak said kelihatan seperti orang yang tidak normal, tapi dia tak pernah kacau orang, kenapalah manusia ne...hidup mati dia tiada siapa yang mahu ambil peduli gamaknya...syukur Allah masih lindungi dia walaupun kudrat hanya tinggal sisa..semoga perkara yang berlaku kelmarin tidak berulang... dan juga peringatan buat diri sendiri orang tua seperti itu jangan dibiarkan berdikari ditempat yang kurang dikenali(T_T)
Nasib baik tak jadi apa-apa kat pak said, mahu seumur hidup dalam penyesalan...(T_T)