BerBBQ di Nova Hotel Cameron Highlands

9.29.2020

Alhamdulillah, cuti Hari Malaysia tu kami sekeluarga curi masa bercuti kat Cameron Highlands dengan mak ayah, yelah nak berkebetulan datang masa cuti umum dan hujung minggu payah, so ada cuti umum baru ni kami berpakat jumpa mak ayah jumpa kat Cameron Highlands, mak ayah dari kelantan, kami naik dari Tapah jumpa kat tempat penginapan sana. Actually nak berkebetulan jugaklah dapat penginapan murah sebab walaupun bukan cuti hujung minggu ada jugaklah yang ambil peluang macam kami bercuti masa cuti umum, sebab tengokkan orang kat Cameron Highlands masa tu ramai jugalah tapi tak sesak.


Kami book Nova Hotel sebab kedudukannya agak strategik berdekatan dengan mall, Kea Farm dan banyak jugaklah tempat lain. So dah dapat apartment 3 bilik tu legalah, ikutkan plan asal memang nak book Kea Guest Garden tapi family room tinggal 1 je, yang lain penuh. Takpelah kira rezeki kami kali ni dok Nova Hotel untuk kali kedua, first time dulu tahun 2018 datang menginap dengan ma. Kali ni bawa mak ayah pula. 
So dari pagi tu kami bertolak dari rumah dalam 9pagi,keluar dan cari makan dulu sebelum bertolak naik Cameron Highlands dari Simpang Pulai. Alhamdulillah cuaca pun baik takde hujan hanya mendung cerah begitulah. Kereta pun takde banyak sangat, so perjalanan kami smooth hingga sampai ke Nova Hotel dalam pukul 2 petang. Memang kami sampai tu sedang elok je sebelum orang dah ramai sampai beratur panjang untuk check-in, awal 5 minit je, kalau tak jenuh nak beratur juga. Sampai lewat petang pun yang daftar masuk tengah beratur tak habis lagi, kami dah settle angkat semua barang, tunggu mak ayah sampai, lepas tu siap makan nasi kerabu, turun cari sayur-mayur untuk sesi BBQ dan steamboat untuk malamnya, alhamdulillah cantik plan, smooth je. Semua alat dah bawa kecuali bahan sayur-sayuran jelah cari kat Cameron Highlands. Memang puas hati kalau duduk Nova Hotel dengan keluarga besar, bilik cukup lengkap, siap dengan dapur dah so tinggal bawa peralatan tambahan sendiri pun dah ok, macam multicooker tu, bawa seketul yang tu insyaallah settle yang lain, hehe. Jadi mak-mak ni lain macam geliga dia kalau bab nak bercuti. Total kos menginap dekat Nova Hotel dalam RM300+ sekali dengan extra bed.


Nak tahu jenis penginapan kat Nova Hotel Cameron Highlands (Klik gambar bawah) ni boleh ke website nya terus, kat situ semua maklumat dan harga details lengkap, tinggal pilih dan booking je. Penthouse pun ada kalau datang dengan family besar, berbaloi sangat dengan harga yang berpatutan dan mampu menginap. Directly ke website atau pilih harga di website online untuk hotel sebab kat situ kadang range harga berbeza dan lebih murah dari website utama. Ika booking melalui booking.com ja, kadang tu Agoda tengok yang mana offer lebih murah. 



Bercuti dengan anak-anak ramai macam ni lah, bukan boleh bawa kedai, bersteamboat kat bilik flexible anak boleh buat aktiviti bebas sambil makan, kiki. Yang penting takde drama tak terjangka kat kedai, yelah part tunggu makanan sampai ni lah yang paling mendebarkan, sebab tak biasa kan anak dengan phone waktu menunggu jadinya anak-anak takkan duduk diam kat meja nak bergerak situ sini, main itu ini, itu jelah side effect kalau anak tak tengok phone masa menunggu makan. Memang kalau bagi phone dia punya khusyuk tengok video sampai tak nak makan pulak, haha begitulah jadi makpak ni, dah faham anak-anak macam mana peelnya, better be safe dan boleh makan bertenang-tenang, kami laki bini decide buat steamboat kat bilik ja. Yang penting suasana sejuk sambil makan steamboat kita ambil feel. Sambil turun je jalan cari sayur tu, sajalah pusing-pusing bawak mak ambil angin sejuk, adalah hampir setahun mak tak keluar rumah lepas patah tangan, lepas tu sambung pkp hingga lah sekarang memang cukuplah duduk kat rumah. Bila ada peluang macam ni, kena nikmatilah, masa yang ada kita hargai sepenuhnya, tak gitu?.



Petang tu lepas pusing-pusing kat area bawah Nova Hotel, bagi peluang kat anak-anak mainlah pula, kasi can lepas perasaan, bulan 12 dah comfirm nak sunat cuti 2 minggu cuti sekolah tu, insyaallah, jadilah boleh bawak diorang makan angin. Naik ke bilik semua siap-siap mandi, ayah je tak turun kes lukis design apartments untuk buat rumah nanti, kiki. Siap mandi, solat maghrib kami laki bini prepare alatan nak bersteamboat dan grill kenyangkan perut makan malam. Salute sungguh lakiku part ni, ada je nak suruh anak-anak buat aktiviti, kita layankan saja. Ingatkan nak bawa perapan kambing sekali, kedai yang biasa kami beli tu tak bukalah pula masa cuti umum. So makan apa adanya malam tu, tu pun semua dah kenyang layan part bahan-bahan steamboat. Lagipun petang tu dah lewat petang semua baru makan tengahari dengan nasi kerabu, so memang masyukklah makan steamboat malamnya pula. 



So malam tu kami lepak bilik je sambil steamboat dan grill makanan, sambil borak-borak. Sambil tu plan nak pergi mana esoknya. Memang sejuk sampai ke tulang rasanya hawa dingin malam angin Cameron ni. Lepas makan solat, layan anak-anak jap, semua dah tidur awal, tu jelah kelebihan makan kat tempat penginapan, anak nak tidur pun takdelah gelabah kat kedai makan, bawa anak-anak bercuti memang kena pandai setting lah, yelah perangai budak-budak bukan boleh di jangka. Terlepas timing makan dan tidur memang bom jangkalah, setakat ni alhamdulillah anak-anak okay je kalau bab berjalan-jalan ni sebab dah biasakan dari kecil travel situ sini, so even keadaan tak selesa sekalipun we can handle better sebab dah tahu macam mana ragam bila bawa depa keluar. Apapun memang pengalaman bersteamboat dengan family kat Cameron Highlands memang best mengimbau kenangan sepanjang kami beberapa kali dah naik sini be ramai-ramai dengan ahli keluarga since tahun 2000. Lagipun sejak berpindah kat Perak selama 4 tahun lebih takde sekalipun mak ayah datang bawa pergi jalan memana sebab diorang tidur semalaman atau ada program lain lepas tu terus balik, so bila dapat peluang bawak mak ayah jalan-jalan bahagiannya rasa, moga Allah limpahkan kurnia nikmat kesihatan berpanjangan buat mak ayah amin. 


Nova Hotel Cameron Highlands 
16-17 September 2020

Pressure Cooker Gadjet Wajib Mak-mak

9.27.2020

Sungguh hari ni semua benda kalau boleh kita nak cepat, asal fikir tu terus boleh siap atau dapat dalam tempoh yang cepat, betul tak? Pressure cooker antara gadjet wajib mak-mak kat dapur ada, sekarang dah terlalu banyak jenama yang keluarkan pressure cooker dan harga ya sangat berpatutan. Nak lembut kan daging, daging tulang, ayam pencen, ayam kampung petik jari je sekarang, tak perlu campak biji kurma, sudu garfu dah dalam masakan, kihkih. Macam pernah buat je.
Ika pun kalau takde keperluan memang takkan beli sesaja. Birthday baru-baru ni mak hadiah kan pressure cooker buat anakanda cheeky nan sorang ni, thank you so much mak, nothing I want just from you just doa everyday that's more than enough. Tapi dah mak bagi, kita terima dengan happy dan tangan terbuka, I'm just so blessed having mak and mom in law from heaven(cried). Entah, bukan jenis Ika meminta-minta ni, suami pun tahu, Ika tak pernah sekali minta benda-benda, cuma setiap keinginan kita simpan sendiri je, rasa takde keperluan yang mendesak, than I'm okay with it. Tapi tulah kalau dah nama rezeki, tak perlu minta pun Allah hadirkan orang-orang yang baik sekeliling kita. Macam part berjalan-jalan, Ika takde lah jenis cakap directly nak pergi situ sini, just the instinct yang Allah hadirkan buat pasangan, macam telepati gitu, biasa spontaneously keluar sendiri dari others atau pasangan, macam part pergi bercuti Langkawi tu, just Ika tulis dalam buku wishlist secretly, no one knows tu yang rasa amazingnya nikmat Allah ni, Allah sampaikan hajat dalam bentuk yang tak kita sangka. Bukankah itu satu rahmat besar, begitulah rezeki. Dalam banyak cara dan bentuk hadir  untuk kita, kerja kita pula, banyak-banyaklah bersyukur. Lagi banyak syukur lagi banyak nikmat Allah kurniakan untuk kita. Ingat rezeki bukan dalam bentuk duit je, nafas kita hari ni pun rezeki juga.



Ehh, sempat plak bersyarah wakaka, just reminder sebab kadang kita ni manusia suka compare and compete with others dalam kehidupan, sedangkan the compare person yang kita compete hanyalah diri kita sendiri setiap hari to be better person for each day. Sebab tulah wujud pepatah, hari ini lebih baik dari semalam, supaya kita upgrade everyday diri, amalan kita. Banyak-banyak renungkan diri sendiri, jangan tenung dan tengok orang lain melainkan untuk inspired kita, untuk dorong kita usaha lebih kuat supaya segala impian kita berjaya di capai, insyaallah.


So ceritanya tak pasal-pasal ada dua pressure cooker, masa pergi Langkawi dulu pun ma dah bagi pressure cooker stainless steel yang manual punya, Ya Rabb bertuah ya diri ada dua mak dari syurga ni, alhamdulillah. So atas kita pula lah tunjuk syukur seiring tak yang dalam hati, perkataan dan perbuatan, biar seiring semuanya. Kalau ada buat tukun dan tugu tak guna juga ye, yang kita miliki kita manfaatkan sepenuhnya. Contoh baru-baru ni balik dari satu tempat semua anak dah kelaparan, nak singgah membeli makanan tengahari semua dah habis, so nasi ayam 30 minit siap dengan adanya pressure cooker ni. Asal anak nak makan bubur, tinggal 20 minit settle. Apapun dalam kehidupan berteknologi sekarang semuanya ada kebaikan dan keburukannya. 


Pernah baca artikel kebanyakan orang perempuan terutamanya isteri banyak berhabis masa didapur, jika dikira-kira dan dihitung purata sehari seorang mak-mak duduk kat dapur lebih dari 6jam sehari dari part sedia kan bahan, sehinggalah hidangan tersedia untuk dimakan. So the best thing ada pressure cooker ni tentulah dapat jimatkan masa kat dapur. Selain tu perkara yang paling power pressure cooker ni, dapat empukkan tulang sekejap je. Antara menu kegemaran Ika sekeluarga adalah menu ayam pencen masak rendang padang, so nak empukkan ayam pencen ni ambil masa yang lama juga kalau guna periuk biasa, tambah pakej lain biji kurma, sudu garfu campak sekali nak kasi cepat empuk tu pun makan berjam-jam juga, huu. Frust geng tunggu meja makan kalau dah lama sangat menunggu lauk tak masak-masak. 


Tapi tulah dalam cepat-cepat kerja dapur dek penangan pressure cooker tu ada juga yang tak Best iaitu kenalah basuh dengan teliti, bab tudung tu kena cabut buang yang bahagian dalamnya cuci bersih lemak-lemak yang melekat dengan teliti. Other than that, pressure cooker ni memang must item yang mak-mak wajib ada kat dapur. Sekarang dah banyak pilihan pressure cooker yang lebih berpatutan, ikut kemampuan dan kehendak  masing-masing. Ada juga yang jenis orang lain ada, kita pun wajib ada, nak kena brand tiptop, yang tu suka hati dialah, duit dia apa kita nak sibukkan, betul tak? Macam kes termomix ke apa, haru biru netizen kes tak puas hati mahal sangat. Ikut pocket masing-masinglah, suka yang mahal pun belilah, baru orang kata berbaloi beli dan puashati, gitewww. 

Carseat, Carrier & Stroller Pelaburan Berbaloi

9.25.2020

Sepanjang besar kan 5 orang anak ni, antara benda yang Ika perasan 3 benda yang wajib ada adalah Carseat, Carrier dan Stroller. Rasa berbaloi dulu beli 3 benda tu sebab memang tak membazir pun. Digunakan sepenuhnya, diutilitikan seoptimum mungkin. Nak cari 3 benda tu tak payah yang mahal-mahal pun, asal ada kualiti dan berpatutan beli jelah. Kita nak guna manfaatnya, jenama tu benda nombor dua, bagi Ika lah. Ada orang tengok brand dulu, Ika asal nampak kukuh, bagus tu dah ok sangat dah. Yang penting anak selesa duduk, dan digunakan sebaiknya.


Bila kau nak Shopping, guna je nama anak😂

Alhamdulillah invest kat 3 benda tu memang wajib untuk new parents . Macam carseat, dulu beli masa sale je pun, asal ada sebab masa tu Harraz baru lahir, rasa tak perlu beli untuk pelbagai range umur, sekali beranak rapat, nampak lah keperluan keperluan carseat untuk 3 range umur tu (dari newborn hingga 6/12 tahun), so kalau nak beli better beli yang jenis tu, mahal sikit pun tak mengapa, sebab boleh guna lama, macam carseat diorang ni 8 tahun dah Ika guna lama dah fikir nak let go, tapi last-last memang lenjan sampai span pun hilang dah kahkah, dah tahap wajib bergantilah. Insyaallah ada rezeki kita ganti yang terbaik terus.



Carrier ni masuk anak ketiga baru kitaorang laki bini cari, actually lebih kepada bini punya kerjalah sebenarnya bab membeli benda-benda macam ni kan. Masa pantang duduk fikir macam manalah nak bawa anak-anak bila keluar rumah pergi berjalan-jalan ke bila dah bertiga ni. Masa tu jugaklah nafsu membeli datang bertandang, dalam pantang pun sempat bershopping bagai carrier kat online shop. Tingg, tahu-tahu dah sampai dan bagitahu suami masalah dah settle nanti, wakaka. Nak beli carrier pun kena decide yang the best supaya berbaloi beli. Masa tu ingat nak juga beli yang newborn punya phase carrier, tapi memikirkan kejap je anak-anak besar, so within tiga ke enam bulan pertama tu guna kain batik lepas je buat ala-ala orang jawa bawa anak, jimat. So bila dah besar sikit, rasa selamat dah nak letak dalam carrier, boleh lah gunakan carrier baby untuk bawa anak tambah lagi yang breastfeeding ni, senang kerja, orang tak perasan pun kita tengah menyusukan anak sambil gendong tu. Banyak brand yang agak berkualiti untuk carrier baby ni termasuk Ergo, Tugeda dan snuggbaby etc. Bila beli tu memang rasa berguna sangat sebab memang digunakan sepenuhnya untuk setiap anak.


Third thing investment untuk anak dalam masa mereka membesar adalah Stroller. Ika masih ingat peristiwa kat kedai Baby kat Bangi tu, one of couple tengah cari Stroller macam kami juga waktu tu. Cuba yang tu yang ni, diorang ambil yang tengah trending masa tu, memang cantik dan stylo, tapi bila masuk kereta tak muat nak letak bonet, naik tukar beli Stroller lain, hihi. Nak beli Stroller pun bukan boleh main taram je, ikut selera semata, kena tengok situasi, keperluan. Kalau nak letak Stroller sampai makan space atau terpaksa buka seat tempat duduk belakang kes kereta kecil membazir sajalah. Melainkan banyak duit, ada Stroller berbeza untuk berjalan, keluar makan, travel etc tu lain cerita lah kan. Bazir space dah satu hal, tak berbaloi pula beli mahal-mahal tapi tak boleh nak bawa ke mana-mana kes isu makan ruang dalam kereta. Yang ni ramai jugaklah yang terlepas pandang. Besarkan anak-anak yang agak rapat ni, pengalaman Ika memang berbaloi lah beli Stroller jenis umbrella atau buggy stroller, nak lipat pun senang dan jimat ruang, lagi pula kami jenis suka keluar. So yang nak beli Stroller tu boleh buat survey dan senarai kan Pro and cons dulu sebelum proceed beli. Masa mula-mula beli Stroller tu berkira bagai lah masa nak membayarnya, tapi bila dah guna hampir 6-7 tahun memang orang kata alah membeli menang memakai gitu. Masa nak beli Stroller kami laki bini fikir nak beli carrier dulu ke, Stroller dulu?so kami beli Stroller dulu sebab fikir lebih senang nak tolak anak tanpa bergendong. Stroller pun memang banyak jenis dan style, kalau ikut nafsu dan keinginan memang tak tahu nak pilih yang mana satu, tapi utamakan keselesaan, kebolehgunaan sepenuhnya sebab ada yang beli last-last kena jual balik sebab anak tak nak duduk dalam Stroller, kihkih. Nak buat macam mana, bukan boleh agak pun budak-budak ni. Stroller bila nak keluar ke mana-mana jadi isu juga sebab kalau anak yang jenis malas dan cepat penat bab berjalan, wajiblah ada at least satu, kalau terlebih beli siapa pulak yang nak menolaknya. So invest untuk Stroller memang berbaloi kalau kena gayanya, yang all in one senang lagi pula untuk bawa kemana-mana je senang untuk di lipat dan bawa. Antara the best brand Sweet cherry dan Halford antara yang Ika suka dan sangat berpatutan selain yang tu banyak lagi pilihan lain.


Haihh teringat zaman blogging trending, masa tu yang umur lebih kurang dari part kahwin sampai part nak beranak pinak geng-geng blogger semua rajin update hal-hal dari sekecil-kecil benda bab pampers hingga sebesar-besar benda. I though semua yang sezaman Ika dah over busy commit dengan kehidupan keluarga yang semakin growing. Alhamdulillah. Ramai dah tukar medium instagram yang lebih fleksibel dan lebih menarik, tak perlu banyak menaip. Apapun di doakan semuanya berbahagia dengan cara masing-masing. Update blog pun satu kebahagiaan, update instagram pun satu kebahagiaan, tak update langsung dan off terus kehidupan pun dari sebarang media sosial pun satu kebahagiaan. Apapun bahagia kita, kita yang tentukan. So nak pilih stroller, Carrier dan carseat macam mana, tak kisah lah kan, asal kita bahagia. Begitulah, kihkih. Dan keputusan Ika buat untuk off dari Facebook adalah keputusan yang terbaik sepanjang tempoh ni, I feel so relieved, much more healthy in term of minds and emotions and feel so good vibes. 



Mula Berjalan dengan Baik

9.23.2020

Perkara yang paling Ika syukur selama hampir 10 tahun ni adalah buat keputusan untuk bergelar surirumah. Walaupun pada awalnya sakit hati, kecewa dengan jangkaan dari orang lain, marah dengan kata-kata negatif orang, alhamdulillah tak sangka hampir 10 tahun tu juga dapat di lalui dengan baik walaupun terlalu banyak air mata dah luruh, hati di tikam berkali-kali, hanya bersyukur dengan nikmat hari ini. Sungguhlah segala ujian pasti ada hikmah besar yang kita tak tahu dan rasa sehinggalah pada masa yang tepat dan baik semuanya rasa manis belaka walaupun pelbagai perisa pahit, kelat, masam, masin, tawar. Takde perisa begitu dalam kehidupan tak best pulak, hidup dan ujian berpisah tiada dalam kehidupan sebagai hambaNYA, betul tak? Teringat dulu masa suami nak mengorat dan setuju sebagai pasangan bercinta, siap cakap kat suami kita try tiga bulan bercinta kalau rasa tak boleh pergi jauh, kita sambung kawan baliklah, ewahh semudah begitu je kuborak dengan suami, hahha. Kemudian saja nak uji suami, bagitahu supaya baik suami cari orang lain je untuk bercinta and jadi partner sebab masa tu Ika masih tak dapat kerja, tambah pulak masa tu trending mak-mak mertua cari menantu orang kerja kerajaan. Ayat balasan tak boleh tahan dari suami, "taknak lah, saya nak awak je, tak kerja pun tak apa, kerja dengan saya je untuk selama-lamanya", tersengih-sengih busuk teringat ayat mengayat, haiihh orang tengah angau ni macam-macam ayat keluar, wakaka. Tak sangka pulak jadi betul kata-kata suami, dari awal kahwin ingat nak jugaklah cari kerja dan sempat kerja sekejap. Tapi ditakdirkan jadi surirumah adalah takdir terindah buat diri, syukur seadanya dengan anugerah nikmat Allah.


Salah satu yang paling best dapat tengok dan perhati teliti setiap progress setiap anak. Walaupun dulu rasa rendah diri sangat, tapi rasa bangga jugaklah berjaya harung cabaran dan dugaan hampir 10 tahun bergelar surirumah, bukan mudah tapi Allah jualah yang mempermudahkan segala urusan. Si bongsu Haniy tunjuk perkembangan ke fasa seterusnya iaitu berjalan. Punya lama abang kakak tunggu, 1 tahun 3 bulan barulah ada keberanian untuk terus berjalan. Biasa umur 1 tahun 5bulan perkembangan berjalan tu dah tahap Pro dah. Semua anak-anak Ika merangkak selama tempoh 6bulan ke 8 bulan lamanya. 



Walaupun tak secepat perkembangan anak-anak lain tapi dah faham setiap anak ni unik dan perkembangan mereka berbeza, so takdelah sinikal sangat bila orang tanya anak dah pandai buat apa? Kita memang tak boleh kawal apa yang orang akan tanya, fikir dan kata kat kita, tapi kita boleh kawal diri sendiri untuk bersangka baik dengan apa yang orang tanya contohnya bila nak tambah anak etc, ni antara soalan kegemaran kot sebab Ika antara yang kerap bersalin, hahaha. So let it be dan jawab baik-baik sajalah, moga ada ganjaran buat kita sendiri menahan sabar. Hidup ni begitulah yang datang dan singgah dalam hidup kita bukan sesaja Allah izinkan datang dan pergi, ada pengajaran, panduan dan pelajaran yang Allah sertakan untuk kita berfikir.





Bila anak dah start berjalan ni cepat je fikir anak-anak membesar. Baru-baru ni, salah seorang rakan bisnes share akan kehilangan anak sulung dan mak mertua dalam kemalangan, sedih pedih tu terasa kat kita juga, terus belek-belek gambar anak-anak dari mereka lahir sampai besar, entah berapa lama lagi Allah pinjamkan tak tahu, tapi selama Allah pinjamkan ni berharap, berdoa dan berusaha dan dah buat terbaik untuk mereka sebagai amanah yang Allah anugerah kan kita sebagai mama ayah. Cuma sekarang hargai sajalah masa yang Allah kurniakan untuk menikmati nikmat berkeluarga.


Milestone anak mula berjalan ni memang di tunggu-tunggu kebanyakan kita kan sebagai mama ayah? Kalau anak lambat berjalan jangan terlalu risau sangat melainkan dah tunjuk red flag tiada tanda nak berjalan mulai umur 12bulan ke atas, biasanya anak-anak umur 12 bulan ke atas mula berdiri dan berpaut berjalan dari jarak satu tempat ke satu tempat yang sebelum menunjukkan kemahuan untuk bangun berdiri tanpa apa-apa sokongan. Ni antara red flag yang ibu bapa boleh ambil panduan jika anak tidak menunjukkan perkembangan untuk berjalan. 


12 bulan: Masih belum boleh berdiri dengan sokongan
18 bulan: Masih belum boleh berjalan sendiri tanpa sokongan
24 bulan: Masih belum stabil semasa berjalan.


Bila dah laju berjalan sambil berpaut, lama-lama memang mereka akan mula me cuba untuk berdiri dan berjalan tanpa di pegang atau meme gang sesuatu. Lagi satu guna walker takkan membantu anak anda berjalan dengan cepat malah silap cara boleh buat otot kaki anak cedera. Bila anak dah start berjalan jangan over sangat sampai setiap masa paksa anak berjalan, kes nampak comel sangat dia berjalan. Just follow je aktiviti dan kemahiran anak berjalan. Dah nampak makin lancar berjalan tambah aktiviti lain untuk memahirkan lagi aktiviti berjalan.


Kalau anak-anak selain anak sulung ni, kira beruntunglah sebab diorang ada guidance dari abang kakak mereka, perhati abang kakak setiap hari pun dah banyak bantu anak untuk meningkatkan perkembangan dan kemahiran dengan lebih cepat. Macam Haniy ni banyak sangat dorongan dari abang kakaknya tu yang cepat je bila dah start berjalan takde sekejap-sekejap dah, terus nak laju je jalannya. Apapun selamat maju jaya anak mama bongsu keladi ni. Yang pasti mama pun kena turut aktif berjalanlah, kasi lemak-lemak yang ada ni burn, lagi best berjalan-jalan makan angin dari jalan-jalan bakar kalori, kehkeh. 

Pasar Basah Pasir Penambang

9.21.2020

Antara favourite port kami laki bini cari seafood selain kat Pantai Remis, Ladang Bikam dan tempat Ikan segar lain, Pasar Basah Pasir Penambang antara seafood yang harganya sangat berpatutan jadi pilihan kami. Lebih kepada nak jalan-jalan makan angin jugak sebenarnya pun tu yang sanggup berjalan punya jauh cari ikan dan seafood semata-mata, wakaka. Jenis tak boleh duduk diam-diam dalam rumah macam tulah, asal hujung minggu mulalah sel sel otak berhubung memikir nak keluar pergi mana, dapat keluar beli pisang goreng pun jadilah. Suami plak ada gen dari arwah abah, stail nak pergi sesuatu tempat bukan jalan shortcut dia cari, sengaja cari jalan jauh, tak pernah lalu, kita layan sajalah.



So di hujung minggu yang di nanti-nanti sambil layan breakfast berborak-borak, tinggg! Suami ajak "Jom kita keluar cari ikan segar", apa lagi, usai siap makan, siapkan kerja-kerja rumah, make sure rumah kemas bersih, bersiap-siap keluar dari rumah. Bila dah keluar nak sampai ke tempat tujuan tu kadang 2,3 kali berhenti singgah stesen minyak, yang tu nak buang air, yang ni lapar dahaga, macam-macamlah. Macam tulah kalau dengan anak-anak ni, layan sajalah, kadang terfikir betapa sabarnya mak ayah dulu-dulu, dengan kemudahan tak semudah sekarang, dengan anak yang ramainya. Kita selalu cakap tak boleh nak bandingkan zaman dulu dengan sekarang, cabarannya lain, tapi apa yang mak ayah orang tua kita lalui dulu boleh di jadikan panduan bagi kita pada hari ini, sebab apa? Sebab kita hari ini hasil didikan mak ayah juga, yang baik, terbaik dan terbagus kita apply balik untuk anak-anak.


Tak kira dalam apa-apa aspek, at least ada the best thing yang mak ayah tanamkan dalam diri kita untuk mengharungi kehidupan ni. Ceritanya, kes terlalu lama anakanda tak makan ikan akibat asyik menu ayam dan daging sahaja, minggu tu anakanda minta gorengkan ikan masin je makan dengan nasi, gaul kuah budu, kicap, sambal berlauk kan ikan masin, tu pun dah makan bertambah. Ayahnya tak menyempat pergi pasar cari ikan segar, so seminggu tu layan sajalah permintaan anakanda nak makan ikan masin, asalkan menu ikan. Dari gulai lemak ikan masin cencaru, ke sayur goreng dengan ikan kering, semua licin. Makanya minggu tu ingat nak cari lah ikan segar. Dari nak cari kat pasar je terus tukar ke Pasar Basah Pasir Penambang terus.


Sampai sana dah lewat petang sangat dah, kami sampai dalam 5.30 petang kebanyakan kedai, gerai dah ada yang mula berkemas untuk tutup, tapi orang masih ramai. So pusing-pusing, nampak ada ikan yu saiz sederhana, dan bermacam jenis ikan lain. Suami suruh pilih seekor ikan besar kecuali siakap sebab tukang masak tak nak dah masak ikan siakap, makanya di beli ikan jenahak buat masak. Borong kerang sekali dan ikan cencaru segar. Cari ikan selar semua gerai takde jual, bukan musim agaknya. Ikan selayang pun takde, dua ikan tu antara kesukaan dan banyak resepi boleh buat termasuk percik, so beli apa yang ada sudah lah. Habis dalam RM140++ untuk ikan jenahak, yu, cencaru, Kerang, udang. Berbaloi lah, termasuk mentarang 2 kilo masa on the way ke pasar basah tu.


Selesai beli, kami singgah makan malam terus sebab depa dah mula berzikir lapar, makanya untuk mengelakkan drama dalam perjalanan balik, maka kenyang kan perut anak dulu. Sedang elok sampai rumah boleh solat isyak dan semua bersiap tidur. Ingatkan dah beres, rupanya tidak. Ada yang meminta nak makan mentarang celup tepung, makanya bertukar chef siapkan makanan supper. What a life, so siap dah lelap sekali round bangun dapat makan lagi. Mana tak menari lemak dalam badan ni. The best thing happen after pkp suami dah pandai tunjuk skill masak, hikmah pjj masa pkp hari tu, even tak dapat berjemaah every 5 times solat, alhamdulillah syukur sangat dapat berjemaah dengan mak ayah sepanjang PKP, what a blessing. Selagi mana kita bersyukur dengan rahmat dan nikmat Allah kurniakan, lagi bertimpa-timpa Allah limpahkan nikmatNYA, tunggu kita je sedar dan ubah segala rungutan ke arah yang lebih positif. So minggu tu memang layan makan ikan jelah, anak-anak memang suka lah menu ikan ni, buatlah ikan masak apa pun wajib licin, lagi-lagi kalau buat stail sambal pecah minyak, uii tak cukup 3pot beras tanak, kihkih. Menu ikan macam ni kalau kedai kalau tak cecah RM50 ke atas memang tak sahlah kan? Tapi kalau nak makan kat luar layan lauk macam ni sekali sekala memang best, yelah makan kat rumah dan kat luar feelingnya tak sama, gituu. Betul tak? Kihkih. 

Sketchers Pilihan Mama Aktif

9.19.2020

Daku nih nak dikategorikan mama, ibu, wanita aktif tu tidak sangatlah, tapi bab nak cara kat anak-anak tambah lagi bila keluar dari rumah kenalah jadi aktif, yelah Haniy pun dah aktif berjalan bab nak menangkap anakandalah pula lah fasa sekarang ni. Ika sejak dari dulu-dulu lagi kasut tinggi bukan pilihan untuk di pakai, pergi kuliah pun pakai flat shoes je sebab lagi selesai dan mudah untuk kemana-mana, nak buat aktiviti pun takdelah rasa terhad pergerakan tu.


Masa memula kahwin tu biasa pakai flatshoes dan sneaker dari Puma dan Nike. Masa suami cari kan kasut baru lepas bersalinkan Hawaa, suami suruh cuba Sketchers, so dari situlah dah mula jatuh hati dengan keselesaan kasut dari Sketchers ni tambah yang memory foam tu. Imaginelah dari Hawaa lahir sampai ke hari ni kasut tak bertukar sebab sayangkan nak tukar sebab tahap boleh pakai lagi, so pakai jelah. Balik kampung baru-baru ni ni anak termuntah pakej termuntah dalam kasut mamanya. Suami punya sedih tengok kasut bini dah macam lempeng dah tak campur lagi banyak-banyak kejadian sepanjang 5 tahun pakai, so balik dari kampung suami paksa masuk kedai kasut tukar yang baru. Dok berkenan dengan Nike Air force yang cun tapi dari minggu bertukar bulan duduk diam-diam dalam bakul cart situlah, punya payah nak belinya, banyak fikir kihkih. Sekali suami bagitahu yang tu untuk yang muda-muda sesuailah, amboii, hakikatnya memang dah kertu pun. So cari yang sesuai dan average sajalah untuk pakai buat aktiviti seharian. Kes kesian tengok bini pakai kasut dah lunyai tak pepasal pakai selipar laki pergi sana sini dulu sementara nak jumpa tempat membelinya. 



Ikutkan boleh je order online melalui Lazada, tambah sekarang ada sale kaw-kaw Sempena Hari Malaysia, tapi dah masa tu juga suami ajak masuk cari apa yang sesuai kita on sajalah. Banyak jugalah bahagian dan design dulu-dulu sketcher buat clearance. Pun berbaloi nak borong, sketcher ni memang antara kasut yang selesa dan mesra mak-mak, nak buat jalan-jalan pun nampak sporty. Takdelah macam kasut pengawas sangat, so kira okay sangatlah nak buat pakai buat bergaya.

Moga orang yang belanja dilimpahkan rezeki berganda-ganda, amin. 

Bila salesgirl sketcher bagitahu ada 40% untuk second item teruslah ambil sepasang lagi buat pakai, bolehlah buat gilir-gilir pakai. Bila dah jadi mak-mak ni bab gaya nombor dua, yang utama sekali selesa, macam jugak tudung bukan tak boleh bergaya macam muda-muda dulu, nak layan anak kecil pelbagai karenah ni perlukan pakaian yang sesuai kalau fikir bab pin sini sana dengan anak kecil ni seriau dengan kebolehan anak-anak kecil yang kadang tak termasuk dek akal macam tertelan brooch, jarum dan sebagainya, so pemakaian yang melibatkan benda-benda macam tu kena elakkan. Nampak mak-mak bergaya kat instagram bukan main lagi kan, okay je pun? Tu atas keselesaan masing-masinglah, just don't compare even you rasa macam mak limah sekalipun dah kalau itu gaya yang korang selesa go on jelah. Kalau pakai cantik-cantik, anak nak sentuh tarik pun dah buat diri marah, stress, letih jugak eh. So depends diri sendiri lah, rasa nak bergaya bergaya sepuas hati, yang penting make sure aurat sendiri tetap terjaga. Termasuklah bab pakai kasut, nak istiqamah pakai stoking pun mencabar jugak. Tambah trend tunjuk betis tengah up ni, hehe. Apapun korang jangan lupa grab sale dari Sketchers berbaloi sangat tambah untuk mak-mak aktif. Sketchers antara the best option shoes.


Catatan 2.35 pm 
9 September 2020

Resepi Tulang Lembu masak Kari

9.17.2020

Pertama kali masak kari tulang lembu ni, biasa kalau resepi kari ni Ika buat kari daging ayam, ikan, daging lembu je. Kalau tulang lembu biasa buat singgang atau sup saja. Kali ni nak cubalah buat masak kari tulang lembu, padu ke tidak rasanya. Bahannya pun takdelah beza sangat dengan kari ayam yang biasa buat tu, cuma kali ni Ika tambah rempah campur tu yang ada biji sawi, halba dan Jintan. Kalau mamak stail punya resepi bahan ni wajib ada. Yang penting bawang besar atau yang kuning tu wajib ada dalam masakan Ika sebab rasanya yang manis, tu juga antara rahsia rencah masakan penyedap makanan yang alami, tips dari tukang masak kat kelantan. Tips masak dari nenda juga nak masak jangan kedekut bahan masakan terutama untuk yang tumisan.



Dalam banyak part tulang, tulang rusuk memang the best, lagi satu part yang favourite tapi malas nak buat tapi tahu dan suka makan adalah kaki lembu, tambah bahagian tapak tu, yang rajin masak bahagian tu Ika salute. Kalau nak masak yang tu kena pergi berguru dululah Ika ni. Kalau masak campak-campak apa yang ada, bagi kat Ika tahulah apa yang nak di campakkan dalam kuali periuk nanti, hahaha. Cerita pasal daging lembu ni punya gigih kalau tiap kali balik kampung Ika beli daging segar yang orang kampung sembelih fresh everyday tu bawa balik sini, sebab kat sini kebanyakan yang jual daging beku. Tu yang kalau terlupa nak borong masa balik kampung memang kami tak makanlah daging sepanjang tu, tunggu balik kampung pulaklah merasa daging lembu. Punya gigih tu, bukan takat diri sendiri, suami pun macam tulah. Dua kali lima kekdahnya, begitulah kadang tak faham misteri jodoh yang Allah anugerah kan untuk kita. Some part memang berbeza boleh bawa gaduh, somepart ada kesamaan boleh buat kami akrab. Tu cerita bab daging lembu je, tak cerita bab bela lembu lagi, wakaka. 

So kali layan tekak sendiri nak rasa masak kari tulang lembu, padu ke tidak. Kalau lulus boleh lah ulang buat lain kali, kalau tak kira kali pertama dan terakhir sajalah, sifir mudah kalau nak try makan kat restaurant ikut formula kami laki bini, miahaha. 





Jom tengok bahan yang Ika guna. 
*1 Labu bawang besar/kuning
*2labu bawang merah
*3-4 bawang putih
*2 inci halia
(semua bahan bertanda * blend sampai lumat) 
2 sudu kari daging (Ika guna cap Faiza) 
2 sudu herba campur (biji sawi, halba, Jintan) 
5 ranting daun kari
1 kotak santan
Bahan Utama tulang daging lembu 1/2-1 kilo


Pertama sekali rebus tulang daging lembu tadi hingga empuk dengan air sederhana untuk jadikan kuah kari nanti, jangan terlalu banyak air takut kari terlampau cair nanti, Ika guna pressure cooker je, setting masa 20 minit. Sambil tunggu tulang empuk, Ika siapkan bahan tumisan kari. 

Caranya bahan blend tadi tumis sampai pecah minyak bersama serbuk kari, rempah herba campur dan daun kari. Bila pecah minyak, masukkan santan 1 kotak, masak sekejap sehingga mendidih, tutup api. Bila daging dah empuk satu kan bahan tumis an kari ke dalam rebus an tulang daging tadi, kacau sebati dan slow cook sahaja selama 30minit, tak payah setting pressure sebab 20 minit tadi pun dah cukup empukkan daging, atau kalau nak pressure cooker setting untuk 10 minit je, kita tak nak daging bercerai dari tulang kes terlalu empuk. Siap dan boleh hidang, nak makan dengan nasi pun boleh, nak cicah dengan roti puri pun layan. 

Beza kari kita dengan kari mamak mungkin kelikatan dan kepekatan kari tu, kalau suka jenis kari pekat, boleh kurang kan air yang dimasukkan supaya kuah tak cair. Sekali sekala boleh layan kari pekat ni, kalau tak cepat muak makan. Kalau jenis menu nasi kandar tu memang sedap layan dengan kuah pekat dan campur-campur baru ada umphh!.

So bila dah try buat kari tulang lembu ni, boleh tahan jugaklah rasanya not bad. Kalau compare yang mana paling sedap antara kari, sup dan singgang, Ika vote untuk singgang, evergreen taste dan authentic gitu. Nak buat kari ni boleh sangat, tapi kena cadang terus boleh buat makan banyak stail, macam tengahari buat makan dengan nasi, malamnya adjust jadi mee kari pulak atau buat nan cheese cicah dengan kuah kari, barulah berbaloi sekali masak, boleh layan 2 atau 3 dalam satu. 




Restoren Chef Zul di Teluk Senangin

9.15.2020

Hujung minggu baru-baru ni kami sampai lagi ke Teluk Senangin, takde tempat lainlah yang best kalau nak ke pantai, memang sini port kami. Nak cari makan malam kat Teluk Senangin ni agak susah jugak sebab kedai makan kat sana agak terhad. Biasa yang bermalam kat sana dah siap pakej bawa bekal makanan untuk berbeku malamnya kat tempat penginapan, tu pun biasa jugalah kami buat bila datang bermalam kat Teluk Senangin terus membekal untuk malamnya. Disebabkan kali ni memang takde plan untuk buat BBQ mini version keluarga kecil kami, makanya makan malam tu kena keluar cari makanlah sekitar Teluk Senangin, kalau takde memang kena keluar ke area Pantai Remis atau Seri Manjung untuk lebih banyak pilihan. Tapi kes nakkan suasana pantainya dengan angin laut dan bunyian ombak pantai kami pilih untuk makan malam kat Restoren Chef Zul Teluk Senangin. Kat sini bukan restoren je ada, chalet pun ada. Tapi dah penuh kita layan makan malam sajalah kat sini.


Masa sampai tu memang orang pun tak ramai lagi pun, maybe semua tengah bersiap-siap untuk berbeku dah masa tu. Kira dah upgrade another level sikitlah Teluk Senangin tahun 2020 ni, jalan masuk pun dah diperbaharui jadi luas dan lapang sikit dan nampak banyak dah chalet-chalet baru naik, nampak gaya makin popularlah Teluk Senangin lepas ni, pantai pun makin padatlah jadinya. Tak kisah lah harap-harap yang datang Teluk Senangin tu jagalah kebersihan pantai sana. Kita orang putus angin kat Teluk Batik tu sebab utama kebersihan, sampah teruknya lah hai. Betullah kebanyakan sivik masyarakat kita ni masih rendah, masa kita orang on the way ke Teluk Senangin petang tu pun kereta depan selamba makan rambutan, Kulit buang kat luar, punyalah otak level sampah betul. Tak boleh ke letak kulit tu dalam plastik dulu dan buanglah kat tong sampah sampai destinasi. Ini tidak nak juga buang kat luar macam tu. Kita sedap dok mengata orang negara India pengotor takde tandas, tapi kita ni ada tandas pun kotor level sampah tak jaga tu. Kadang disebabkan segolongan minda kelas rendah macam ni, semua terkena tempias. Eh panjang plak bebelnya, hahaha.


Sambung cerita nak makan malam, sampai cerita tandas keluarnya, mbhahah, sampai je kat area hampir hujung Teluk Senangin ada signboard besar tulis Chef Zul. Haa, kat situlah restoren dan chaletnya. Kami nak pergi makan je, area situ bersih dan kemas pastinya. Terus ambil tempat duduk dan order. Untung jugaklah kami datang awal sebab tempat masih lapang dan tak ramai orang. Sambil tunggu order siap sambil nikmati bunyian deruan ombak pantai kat depan, mana tak damai hati. Antara perkara yang dapat pahala kita buat adalah tengok laut, so malam-malam dengar ombak lauk memang best. Tidur pun lena je, kalau korang perasan siapa yang mandi air laut, atau anak-anak yang main air laut, pasir pantai mudah je rasa penat letih dan akan tertidur, deep sleep kekdahnya sebab badan kita dah purify dari ion-ion negatif yang ada dalam badan. Best sangat terapi laut ni, Allah dah anugerahkan salah satu terapi terbaik untuk kita hambaNYA, tinggal kita jelah untuk nikmati dan syukuri. Badan rasa segar je lepas mandi laut ni, teringat masa kecil-kecil dulu, mak ayah selalu je bawa ke pantai, memang takde tempat lain, samalah dengan suami. Kalau dah pergi memang sehari stay kat pantai tu, ulang-ulang mandi, makan tidur. Dah lewat petang baru balik. Tulah kenangan yang kami ingat sampai sekarang, kita repeat plak buat untuk anak-anak moment macam ni, hehe
Kecik je restorennya. 

Haa, semua dah fokus makan

Sampai makanan je anak-anak makan sebab semua dah lapar dah. Harraz siap order double chicken chop dan nasi goreng cina, habis licin makan, tapi tuannya kurus macam tu jelah. Mana taknya sampai bilik terus membuang. Yang lain sambil main, makan alhamdulillah yang penting semua makan dan kenyang sebelum balik tidur. Sedap ke tidak dekat restoren Chef Zul ni? Sedap dan okaylah untuk singgah makan, at least semua makanan cukup rasa kata suami. Nak cari restoren kat tepi pantai ni agak susah juga, so restoren Chef Zul ni menepati piawaian kami untuk menikmati makanan ditepi pantai, suasana tu penting, kihkih. So makan malam kat Chef Zul ni berbaloi, semua menu goreng-goreng ada, termasuk sup dan sebagainya juga makanan seafood. Cuma kalau dah ramai servis agak slow. Orang yang dah kelaparan sangat, better cari tempat lain untuk makan, tapi yang suka tempat santai dan tak renyah nak menunggu lama this is place for you, penting timing untuk datang makan tu, kami bernasib baik sebab datang masa awal maghrib. Lagi baik call je terus reserved awal-awal menu untuk makan jika datang dalam bilangan yang ramai.


Syok aihh dapat main pasir. 


Settle makan sambil tunggu makanan standby kot anak-anak mencari makan malam ya, sempatlah anak-anak main pasir depan restoren. Happening betul pantai Teluk Senangin ni bila malam hujung minggu ada yang berbeku dan memancing kat tepi pantai, yang pasti penuh lah tepi pantai dengan geng pemancing ikan kat situ malam tu. Tak dapat tidur tepi pantai, dapat main psir pantai sekejap pun jadilah anak-anak ye. Diorang kalau dah mengadap pasir, setengah hari pun tak terasa ni, seronok dan asyik tu tuan badan je tahu macam mana. So korang datanglah sini untuk makan angin, tapi kena plan dan book awal-awallah tempat penginapan, Teluk Senangin dah macam meriah dah sekarang ni, double triple dah pengunjung beza sangat dari dulu. Dah dapat tempat penginapan haa, dah boleh plan berbeku terus kat sana. Nak cari seafood directly kat sana pun okay sangat-sangat sebab segar baru naik dari laut. Dah datang tu jangan lupa singgah-singgah lah Restoren Chef Zul ni, kalau bukan kita yang support, siapa lagi. Mana tahu lepas ni dapat upgrade ke restoren yang lebih maju dan lebih baik macam kat Morib tu hasil dari kunjungan uols. 



Restoren Chef Zul Teluk Senangin
Catatan 2.00pm 7 September 2020


Review: Haier Dust Mite Killer Vacuum untuk Pepijat dan Hama

9.13.2020

Bila anak-anak batuk dimusim wabak ni, memang risau lah. Tambah lagi ada anak sensitif dan mudah alergik ni. Ahmad Harraz masa kecik-kecik dulu memang pantang dengan habuk, so kalau karpet dan habuk tak dapat dipisahkan. Rumah kami dulu memang takdelah karpet-karpet bagai ni, sadis. Nak rumah berdeco bagai memang haramlerr tak dapat.

Dah besar sikit ni oklah, nak beli karpet. Ingat dulu menyesal tak sudah konon anak dah okay lah kot pergi memborong karpet kat Nilai, sudahnya karpet beli mahal-mahal gulung buat balik kampung letak kat rumah ma je. Tu yang malas nak berdeco-deco ni tapi teringin, begitulah keinginan dan keterhadan kehendak di tapis-tapis. Sekarang Harraz dah ok dah dengan karpet cuma part makan kena memilih salah makan, memang mata merah, gatal, badan tergaru-garu.


Bila dah boleh pasang karpet kat rumah ni lega sikit mata memandang, nak baring sesuka hati atas lantai pun selesa sikit. Tapi part nak handle habuk karpet lah kena rajin sikit. Try jugaklah mop karpet dengan air panas sekali dua, tapi uiii dia punya letih tu macam berlari 4 kali pusing padang bola, kihkih. Walaupun bagus untuk senaman, tapi tak best untuk yang agak pemalas macam Ika ni. Kerja nak senang dan cepat je. So untuk menjimatkan masa mak anak lima ni, kita guna lah kemudahan teknologi yang ada untuk get rid habuk dan pakej sekali dengan hama. Macam biasa laman shopping favourites adalah Lazada, dah lama survey dan baca review yang bagus tentang Dust Mite Vacuum Haier, so masuk dalam wishlist. Alhamdulillah balik dari raya haji dah tengok kotak dah tersadai atas lantai depan rumah.Guna untuk pertama kali agak berpuas hati sebab beza rasa karpet yang di vacuum biasa dengan dust mite ni. Sekali vacuum pun hasil yang dapat banyak.




So seterusnya cuba vacuum kat sofa bed, bantal dan tilam, terus terkujat kau dia punya hasil tu, memang dah berkurun lamanya bela diorang dalam perabot ni. So far sangat puas hati dengan Haier Dust Mite Killer ni, Ika pilih yang ni sebab features nya agak menarik berwarna merah dan senang untuk handle guna, simpan dan bersih kan. Nak pilih Vacuum Dust mite Killer ni tak kisah brand apa, sebab ada pelbagai range harga, tapi tengok reviews, Ika tak jadi order yang Xiaomi Deerma tu sebab ramai yang bagi komen vacuum cepat panas dan off sendiri masa digunakan. Walaupun lebih murah sadis jugak kalau sempat guna 2, 3 kali je. 


So alang-alang nak beli, pilih yang berkualiti sikit. Nak pegang pun senang Haier Vacuum Dust Mite ni, biasa Haddad lah suka part nak vacuum ni, abangnya Harraz lebih suka vacuum yang besar tu, vacuum satu rumah, Haddad padan bagi satu karpet pun dah surrender, kihkih. Bila nak basuh part perangkap dust mite kat dalam tu pun mudah je. Ika beli kat Lazada je, tengok reviews ok dan lima bintang, on sajalah order. 



Kalau korang ada anak yang kulit sensitif dan tak pernah bersih kan tilam/karpet/bantal vacuum pembunuh Pepijat dan hama ni wajib ada kat rumah. Yelah nak jemur bantal bawah matahari terik pun satu cara yang bagus juga, tapi kena tunggu cuaca betul-betul panas supaya pepijat dan hama betul-betul terhapus. Ingat dulu yang Haddad punya kes kena Hama, seminggu tak hilang kami laki bini punya letih servis satu rumah nak hapuskan hama. Letih uiii. Ada Haier ni, lega banyaklah boleh vacuum tilam/karpet/sofa once a month. Takdelah berangkut bagai jemur depan rumah kihkih. 


Honestly dulu rasa macam tak berbaloi je shopping kat Lazada, tapi lama-kelamaan nampak sistem dan seller semakin ok, rasa berbaloi gak lah guna medium Lazada ni. Shopee sampai sekarang tak boleh nak buat validation, tak tahu apa masalahlah, sudahnya satu-satu tempat yang best Shopping sekarang adalah Lazada, kikiki. 

SGI Vacation Club Villa Damai Laut Holiday Resort Lumut

9.11.2020

Kalau nak pergi pantai kat Perak ni takde tempat pilihan lain melainkan Teluk Senangin tetap yang terbaik. Kami laki bini dah pergi Teluk Batik, seriously tidak memenuhi kehendak kami, pernah cerita sebelum ni kenapa kot, apapun cukup jelah sekali melainkan dah banyak perubahan positif dan pembaharuan barulah boleh consider nak pergi lagi belah sana. Untuk anak-anak yang ramai macam kami ni, that place memang not for us. So tempat yang lebih privacy dan tenang sikit kat Teluk Senangin, tapi tu sebelum ni lah. Hujung minggu baru-baru ni kami repeat lagi sekali lagi entah untuk yang ke berapa kali dah, kami terkejut sebab macam tengok semua dah macam terlepas dari kurungan, padat sesak lain macam. Penangan pkp, bersambung pkpp semua dah tak menahan dah dengan momokan ketakutan semua dah berani keluar dari sarang bawa family dan anak-anak keluar agaknyalah, apapun Syabas rakyat Malaysia, we can doing this, moga kita dapat balik kehidupan normal kita macam dulu dulu, hope this end year semua ni berakhirlah. Ramai orang sayangkan RM1000 dan RM10,000 soon, maka semua peraturan dipatuhi, topeng semua dah pakai, ada juga yang dah rimas memang selamba je tak pakai, its okay jangan dimarah. Semua atas kesedaran masing-masing, kita just ingat mengingatkan antara satu sama lain, yang penting asas paling utama kena sentiasa jaga iaitu jaga dan tingkatkan sistem imun masing-masing dengan jaga pemakanan, kebersihan dan sebagainya. Insyaallah jaga yang tu semua okay.


Panjang pulak mukaddimahku, so sambung ceritanya sampai je kat sana dengan penuh padat orang ramai, kami dah boleh agak memang semua penginapan kat tepi pantai dah penuh. Sepanjang kami datang sini memang Inilah kali pertama tengok betapa ramainya kat Teluk Senangin. Edisi main terjah untuk dua tiga bulan seterusnya tak boleh dibuat-buat dah, sebab sekarang asal cuti hujung minggu semua rakyat Malaysia keluar bercuti agaknya. alangkan Sungai Congkak pun boleh jem teruk apatah lagi tempat lain, kihkih. Masa tu dah pukul 5 petang lebih dah suami singgah tandas settlekan anak-anak dan solat, terus kami cuba cari tempat penginapan berdekatan melainkan dah memang takde akhir pilihan kena pergi cari tempat tidur kat dalam bandar Seri Manjung jugak lah. Terus Google Resort Swiss Damai Laut, sambil kita orang terus tuju ke tempatnya. Tengok kat website Agoda bilik dekat SGI Swiss Damai Laut masih ada yang kosong so kami booking terus, sampai sana dah pelik.



Tengok gambar last scary lah, resort kosong cemni, senja plak tu.

Unfortunately dikala senja hampir menjengah seram pulak ku tengok hotel situ, tambah pula tengok jalan bahagian reception di tutup. Suami pergi jenguk memang resort tu di tutup sementara untuk renovation, fuhh. Patutlah macam takde orang terus. Ku ni memang suka juga baca cerita seram, termasuk cerita seram hotel memang Swiss sini ramai juga yang share kata jangan ambil bilik hujung dekat hutan, siap ku pun dah pesan kalau kata ada bilik satu je, jangan ambil pergi cari tempat lain je, hahha, punya pengaruh seram tu. So nak di jadikan cerita notis satu pun takde kat area reception, nak tanya pun takde orang satu pun yang lalu atau datang. So kami pusing-pusing mencari kat mana tempatnya, bilik dah tempah, rupanya ada satu lagi area dalam Swiss tu yang apartments situ ada reception place khas untuk SGI Swiss Damai Laut. Yang tempat mula-mula kami sampai tu resort yang satu lagi untuk bilik-bilik standard je. Memang jauhlah dari area pantai SGI Villa ni, tapi tak mengapa sebab fokus sekarang nak cari tempat tidur je, kihkih, settle yang tu beres lah.

Haa, ni baru betul tempat ya, kihkih, reception pun lebih kurang je bentuknya, mana tak confuse.


Bilik studio, luas dan cukup lengkap.






Sampai sana, terus ambil kunci bilik dan pergi tengok bilik dulu sebelum pergi cari makan malam. Masa pusing kat blok-blok tu dah seram dah maklumlah dah nak malam dah pun, orang azan maghrib, dramatic betullah, dapat pulak blok hujung iaitu blok D, ada sebuah kereta je kat blok tu termasuk kami. Kangg tersebut kan, waktu macam tu, ku zip sajalah mulut menahan persoalan nak di tanya kat suami. Sambil tunggu suami check bilik, positif kan balik apa yang tak elok dalam fikiran ni, muahaha. Tengok suami dah tersengih-sengih, masuk dalam kereta "ok tak bilik, macam dalam website betul-betul tak?", suami cakap, ha'ah okay sangat. Nanti tengok lah sendirilah kejap lagi lepas balik makan.


Dalam website tunjuk macam ni.

Tidur malam semua dapat tidur selesa, alhamdulillah. 

Balik dari makan malam, terus check in masuk bilik, alhamdulillah bilik menginap memuaskan hati, walaupun semalaman je puas hati lah dapat tidur selesa semua ralatnya tak pergi bagitahu terus kat receptionist untuk tambah tilam masa daftar, kita orang pergi lepas makan malam pukul 9malam dah, semua staff bertugas dah balik, so guna sofabed yang ada dalam bilik ajelah. Masa kita orang tempah tu harga dah turun dari hampir RM400++ ke RM200++ untuk Studio. Suami tak ambil pakej breakfast kalau tak just tambah RM8 sekepala je, nanti diorang hantar ke bilik atau makan kat Cafe Hotel, boleh pilih Western atau Malay dish. Sayangnya masa kami pergi tu kolam nak di upgrade, so tak bolehlah anak-anak mandi kolam. Kalau tak dah puas hati boleh mandi kolam even tak dapat mandi pantai, ini dua-dua tak dapat, bukan rezeki kali ni lah nak berendam air pantai juga air kolam. Next time insyaallah boleh datang lagi tapi in proper planlah, hope so wakaka. Dapat tidur bilik selesa pun dah syukur, apa yang best kat sini memang lengkap bilik dengan dapur complete ada peti sejuk dan dapur, nak masak pun boleh sangat. Kita orang pun tak tahu kewujudan Resort ni sebab biasanya yang orang dok share Swiss Resort Damai Laut yang kat tepi pantai tu, kitaorang memang tak ada dalam list nak pergi situ sebab keadaan nak Resort tu agak rumit even menarik, nak turun pergi pantai pun macam curam sikit sebab pinggir pantai tu berbukit-bukit. Tak menyempat nak handle anak-anak kat tempat semacam gitu, kikiki. 


Pepagi dah sibuk nak keluar main kat taman. 

Puas hati main taman dekat sejam. 

Time to check out, semua SOP thumbs up. Kolam tutup. 

Apa yang best kat sini ada banyak pilihan bilik dari studio dan untuk dua bilik bedroom, villa semi D pun ada untuk keluarga besar, kami ambil studio je dah cukup, kalau nak lebih selesa memang patut ambil yang dua bilik terus. Yang penting apa yang tunjuk kat websites sama dengan apa yang kami dapat, berbaloi lah sangat. 


SGI Vacation Club Villa Damai Laut Holiday Resort Lumut agak menariklah jika semua kerja upgrade dah selesai, sekarang memang nampak tak terurus dan agak seram lah sebab nak ke resort ni pun agak ke dalam hutan sikit jauh juga dari jalan utama. Tapi tempat sangat selesa sebenarnya, cuma bab pengurusan tempat banyak kena baiki terutama dari landskap persekitaran yang nampak agak tak kemas dan tidak terurus mungkin sebab kawasan Swiss Resort ni sangat luas. Apapun untuk tempat tidur kali ni kami bagi 3.5 bintang, kecewa sebab banyak juga servis lain tak dapat dinikmati termasuk tak boleh mandi kolam, kihkih. Next time insyaallah repeat bila semua kerja upgrade dah settle. Korang yang pergi Teluk Senang in kalau penginapan sana dah penuh bolehlah consider bermalam kat sini, kurangnya kat sini jauh dari pantai sikit, takde bunyi ombak, tu je. Yang lain semua okay dan puas hati, juga takde peristiwa seram kat sini, alhamdulillah kihkih. 


Catatan 7 September 12.39pm,
SGI Vacation Villa Club @ Damai Laut Lumut


Booster Zat Besi atau Iron

9.09.2020

Punya payah nak cari ubi beet, sejauh-jauh tempat pergi baru jumpa. Kalau kat oversea memang diorang tanam depan tangga rumah je, asal nak makan pergi cabut je. Apa yang kurangnya ubi beet ni bau tanah teramat kuat, nak telan minum kalau tak kena cara memang tak tertelan lah. Tapi yang lebihnya sangatlah banyak kerana sumber nutrisi dan seratnya, dari vitamin dan mineral yang terkandung dalam ubi yang berwarna merah yang sangat cantik ni. Kalau nak cari pewarna original tanpa sebarang pengawet tiruan, pewarna tiruan, cari lah ubi beet. Warnanya so bright red, segar biji mata kalau tengok hasil. Sekarang main-main je orang buat sendiri dari lipbalm, sabun homemade, mungkin Lingzhi pun banyak mempengaruhi, rupanya kaya hasil muka bumi dengan segalanya, tinggal kita put effort tambahan untuk buat. Semua dah pandai amalkan sustainable living dah sekarang, alhamdulillah it's really good move for our society.


So the root of whole detox, pengambilan nutrisi penting dalam pemakanan diutamakan dan ditekankan sebab detox menyeluruh akan menghasilkan detox yang sangat berkesan dalam jangka masa yang panjang sebab ianya melibatkan lifestyle dan pembinaan habit baru dalam kehidupan. Ceritanya suami baru buat bekam baru-baru ni, then to boost his new sels develop perlukan iron yang bagus. Then the beetroot pilihan yang sangat bagus. So at the morning kasilah suami layan juice iron booster ni bersama-sama, ahh dating dipagi hari dengan hirupan green juice so mind blowing. Nak buat juice ni senang sangat, Ika guna slow juicer, hasilnya sangat mengujakan. Ni resepi pertama dari beetroot yang Ika share sini, ada banyak version tengok apa matlamat yang kita mahukan dari juice ni. So tujuan kali ni kita nak tingkatkan zat besi dalam badan supaya dapat hasilkan red blood yang sihat berkualiti. Juice ni bagus sangat untuk ibu mengandung yang alami masalah anemia, kekurangan tenaga harian dan bagus untuk stabilkan emosi diri sepanjang hari. 

Bahan mudah iron booster
2 genggam penuh bayam/sawi
1 biji beetroot
1 batang lobak merah
4-5 batang seleri
1 biji lemon/2-3 biji oren sunquick

Basuh dan tos kan semua bahan yang di potong kecil, kalau boleh basuh dengan air tapis an cuckoo/cosway so tak payahlah korang lap-lap sampai kering dah bahan tu. Untuk sayuran bagus kalau dapat rendam air garam sekejap. Kemudian potongan kecil bahan-bahan tu masukkan dalam juicer satu persatu. Minum dan nikmatilah jus dengan gembira! Yummeehh. Nak lagi sedap tambah topping serbuk spirulina, perghh! Power kesannya kaya dengan vitamin C, sangat ideal untuk mengatasi anemia dan tingkatkan penghasilan darah merah yang lebih sihat. Puas hati sekali mesin dapat 2 liter juice yang pekat likat, rasanya juga sangat sedap. Hilang bau tanah ubi tu dek rasa sunquick. Cubalah khasiat dari tumbuh-tumbuhan anugerah Ilahi. 





Note: the bonus from benefit beetroot good for slimming process. 

Makan Sedap Cendol Laksa di Teluk Intan

9.07.2020

Bila hujung minggu ni adalah sejenis panas bontot takleh nak stay rumah, kalau tak laki, bini yang bersuara, kalau tak bini lakinya yang mengajak. Heaven made match gitew, kahkah. So tengah dok stok menaip mengadap skrin siapkan task, suami bagitahu "Jom kita keluar!", jenis tak serik dari perjalanan pergi Fraser Hill hari tu, ku dah boleh agak 2,3 bulan ni tempat percutian semua fullbook sebab geng-geng paranoid dah mula keluar gua, semua dah tak tahan berkurung. So dah boleh agak crowded everywhere anywhere huwehh, huwehh. Tapi layankan jugaklah, kalau tolak ini dikatakan menolak rezeki yang datang. Terus bertukar Flash women siapkan bagasi one night stay entah ada kan tidaknya. Makesure rumah dah bersih, kemas, semua suis tutup, kami keluar dari rumah. Asal gerak ada orang dah mula berzikir lapar.

Halahh, halah, layan budak macam nilah, asal nak pergi berjalan perut pun berjalan sama kelaparan padahal baru je makan ayam panggang seekor dan habiskan baki breakfast. Kira lunch habiskan apa yang ada sajalah sebelum keluar, alih-alih takdan 10 kali tayar bergolek dah mula berzikir. Anak aku nih kalau dah start berzikir memang panas telinga mendengarnya, so pujuk memang diam sekejap, tapi bersambung-sambung episodnya. Alang-alang dah lalu sini, singgah makan terus kat Cendol Laksa kat Masjid At-Taqwa kat Teluk Intan. Dulu pernah jugak nak singgah tapi tutup, kali ni bila takde niat nak menyinggah, elok plak bukanya. Dia memang macam tulah, macam barang nak guna, masa tulah dan dan tak jumpa cari, masa tak nak guna, rilex je duduk depan mata, haihh.

Alhamdulillah masih ada tempat duduk kosong, so duduk tunggu order sekejap je. Kami order makanan petang yang ada kat situ, kecuali mee kicap dan popia tak sempat nak try. Order bukan main, tapi yang tang perabisnya kita jugak, tak padan dengan laparnya. Sabar jelah dengan anakanda nan sorang ni, anak nombor dua memang lah, macam mana makku hadap perangai daku dedulu, lagi teruk agaknya, sabor jelah, sekarang merasa sendiri, kikiki. 





Order Laici Kang kat sini, tapi namanya Lao apa dah tang namanya, sedap sangat. Sebanyak kedai, restoren order laici kang ni takde lagi yang menepati rasa lidah ni, kat Cendol Laksa ni boleh bagi 5 bintang penuh, cukup rasa, bahan, sedap sangat. Kebanyakan menu lain pun semua sedap Laksa pekat kuahnya, mee kari Ipoh kaww sangat rasa karinya, mee kicap tak dan rasa sebab nak menghabiskan yang anak pun dah penuh tangki perut. Tapi tengok gaya ramai yang order mee kicap, sedap lah tu. Harga semua menu kat sini pun teramatlah murah dan berpatutan standing dengan kesedapannya, semangkuk mee kari ipoh dan Laksa baru RM5 penuh dengan lauk, cendol pun harga bermula dari RM3.50 untuk yang biasa, ada banyak versi durian, pulut, tapai boleh pilih ikut selera masing-masing. So kalau nak singgah makan tengahari pun okay je kat sini sebab semua menu memang mengenyangkan even charkuew tiow pun ada. Makan panas-panas di petang hari memang heaven. 
Punyalah sedap air laici kang tu, on the way balik esoknya kami singgah lagi bungkus air laici kang, gaya dah ada stail Tealive yang femes tu, hehe. 



Nak cari menu sedap ni kadang atas untung nasib, nasib baik dapatlah menepati selera, kadang sedap kat tekak kita belum tentu sedap kat tekak orang lain, macam contoh Nasi Bamboo kat Sungkai tu, berpusu orang, tapi kita orang cukuplah sekali pergi, memang tak kena kat selera kita. Part tempat makan viral ni jangan tinggi expectations sebab kadang boleh buat frust tak indah dan sedap seperti yang diviralkan. Begitulah uniknya manusia ni. Cendol Laksa ni memang menunya untuk makan makan petang tapi lengkap, sebab nasi ayam pun ada juga, tu sebab kot selalu je penuh. Zaman sekarang ni pantang viral terus berpusu orang, terus hilang selera nak pergi tempat beratur ramai-ramai ni, wakaka. Part yang beratur tulah yang buat hilang selera. Ada orang cakap tempat sedap jangan sesekali share karang dah viral susah pulak nak repeat lainkali pulak, ada betulnya jugak, tapi tulah kalau dah rezeki tuan kedai kau sorok tak share macam mana pun tetap orang akan tahu. Apapun port Cendol Laksa ni pepandai cari sendirilah nak makan. Bab peta seriously fail nak describe betul-betul, Google insyaallah jumpa, ada jugak spesis yang jenis butthurt dengan Google, sikit-sikit Google, sikit-sikit Google katanya kalau dah macam tu spesis ni eloklah tanam diri sendiri, asyik nak komplen sajalah. 


Note: Tengah insaf tengok nombor kat penimbang, huwaa! 


Catatan 4.37petang, 5 September 2020, 
Cendol Laksa Teluk Intan. 

Kita Sememangnya Perlu Pengkritik untuk Berubah

9.06.2020

Kadang orang dah bagi motivasi macam-macam, kata semangat macam-macam, tapi macam tak bergerak nothing happen? Why? Pernah terfikir tak? Morning talk dengan husband sambil menikmati breakfast suami bercerita, "ada caller dalam radio semalam share cerita dia keluar dating. Kelakar pun ada, kesian pun ya, tapi bagus, lepas keluar dengan seorang perempuan ni, kira first time jumpa, tapi lepas balik dari dating perempuan tak respond apa-apa, terus diam no whatsaap at all".

"kenapa? Kena reject sebab tak kaya ke sebab tak hensem?" tanya ku kat laki. Perempuan tu bagitahu dia tak boleh go on sebab isu fizikal lelaki tu, berat badan terlebih. "so apa jadi? Terus tekad dan jadi kurus ke?", lakiku ketawa. "ha'ah, tak sampai 3 bulan dia kurus dan jadi hensem, perempuan tu contact balik lepas tengok gambar latest kat instagram. Kami ketawa, then ku cakap" bagus lah tu, kalaulah perempuan tu bagitahu, it's ok I terima you seadanya, agaknya lelaki tu ada effort tak turunkan berat badan, Entah-entah makin obese yelah hati makin bahagia, makan berselera dikala hati berbunga bercinta. Betullah kan bang, manusia ni kadang perlukan kritikan pedas, mendalam in sometimes, kalau tak terus Selesa in comfort zone", lakiku tersengih. 

"Patutnya lelaki tu berterima kasih kat perempuan tu sebab menjadi pencetus dia berubah dan jadi lebih baik, maybe harsh word tu melukakan hati, tapi kita boleh pilih untuk maafkan, yang positifnya lelaki tu dapat kesan baik yang mana dia sendiri tak pernah terfikir dapat turunkan berat badan dalam tempoh 3 bulan je dek kerana pegang Kata-kata perempuan yang pedas tu sebagai ayat motivasi untuk push diri sendiri"."Tapi abang agak-agak kalau orang yang kata kat kita macam saya cakap tu, abang boleh terima tak?". Tersengih tanpa jawapan. 

"mesti rasa rugi kan, sebab dah Jadi hensem, kalaulah perempuan accept dengan syarat atau jadi pendorong kat lelaki tu mesti lain hasilnya kan. Tapi tulah semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Negatifnya perempuan tu akan di ingat sebagai makhluk mulut jahat yang menyakiti hati orang lain, positifnya lelaki tu dapat berubah ke arah yang lebih baik", ku menyambung. 

Kisah ni bukan kisah rare pun sekarang, ramai yang share tak kira lelaki atau perempuan pernah berada didalam cerita ni. Memang dalam hidup kita perlukan kritikan,tapi bukan kritikan yang sememangnya penuh dengki dan dendam, tapi kritikan yang membina. Beza okay kritik yang  membina dengan kritik tapi dalam masa memang nak jatuhkan orang lain, menjatuhkan maruah dan kredibiliti serta merendah-rendahkan orang lain. Rasanya tiada orang yang suka dengan kritikan tambah lagi harsh word untuk berubah, ada yang semakin jadi semakin teruk akibat mendapat kata-kata yang menyakiti hati. Kita yang mana? Adakah orang yang suka mengkritik atau suka memberi dorongan? Bab kritik orang lain semua orang pandai, tak payah ajar, tapi yang menerimanya belum tentu lagi tambah-tambah lagi jika  yang di kritik itu kita sendiri. Bagaimana respon kita? Terima atau tidak? Oleh itu, bersikaplah dengan sikap rasional, dewasa, matang, berlapang dada dan seumpamanya. Banyak reflect diri dulu sebelum mengkritik orang lain. Selalu ada cara yang terbaik untuk menyampaikan apa yang kita mahu. Kita pilih. 

Ibrah Perjalanan ke Fraser Hill

9.05.2020

Cuti bersambung Maal Hijrah baru-baru ni ramai yang ambil peluang untuk balik kampung ziarah mak ayah, dan ada juga yang ambil peluang untuk bercuti bersama keluarga. Memandangkan cuti umum tu suami kerja, kita layan anak-anak kat rumah sajalah sambil settle kerja rumah yang tak pernah habis terutamanya part lipat baju kain, dari satu bukit dia membiak jadi dua ke tiga bukit, nak surut tu lama benar, nak membukit balik tu sekejap je. Entah bila masa isi rumah ni pakai, ku pun heran.

So tiba hujung minggu tu, tengah settle kain yang baru kering, surutkan bukit kain sebelum menggunung, sambil borak dengan mak kat telefon. Mak tanya takde pergi keluar memana ke? Kucakap takde, sebab tak tahu nak pergi mana, so tanya mak ayah tak keluar ke, keluar lah ambil angin tukar udara sekali sekala. Kucadang kat mak keluar pusing-pusing dalam kereta pun dah ok mak, asalkan keluar, mak gelak cakap takdenya kerja. Sebab ku pun kerap buat cemtu ngan laki asalkan keluar dari rumah, pusing-pusing habiskan minyak kereta kekdahnya. So lepas borak suami ajak "Jom kita keluar pergi mana-mana nak?". Ku tenung suami, sambil memikir nak kemana, takde idea. Jom jelah keluar, standbylah 1 beg baju kot terjah perginya kata suami. Layan sajalah permintaan partner in crime ni.



So bila dah bersiap-siap, semua dah gembira tak terkata, makanya bermula lah perjalanan kami anak beranak dari niat nak ke bukit Fraser atau Janda Baik. Korang Baca elok-elok tau cerita ni sebab banyak pengajaran buat kami sendiri yang lalui perjalanan unknown and unsure destination. Sebaik je sampai ke simpang 3 either nak pergi ke Janda Baik atau Fraser Hill suami singgah stesen minyak sebab anak nak buang air, alang-alang dah menyinggah tu sedang elok waktu solat zohor masuk kami selesaikan urusan Utama dulu. Dalam pada menunggu Ika search dan call semua resort dan tempat penginapan kat Janda Baik, unlucky semua dah penuh. So bila semua urusan dah settle kat stesen minyak tu, siap Harraz pun dah kenyang makan sebungkus nasi lemak untuk tengahari. Makanya suami cakap, kita naik Fraser Hill sajalah. So terus kami menuju ke tempat yang dah di dipersetujui. Start dari naik Kuala Kubu Baru tu gigih lagilah cari tempat penginapan yang available, semua full even kat Bentong, Raub, Bukit Tinggi. Sampai lah waktu mula kami panjat jalan ke Fraser Hill, pengalaman pertama naik sini, dia punya jalan tu sekali ganda bengkang bengkok dari jalan tapah naik ke Cameron Highland. Cuak, tapi masih ok sebab jalan sehala je naik tu, tapi dia punya pusing tu buat Haddad muntah. Haddad bukit biasa macam Banjaran Titiwangsa tu tahap pening je, tapi kalau naik Cameron Highland wajib muntah, seorang anakanda jelah jenis mabuk naik kereta ni. So nak sampai ke puncak Fraser tu ku tahan bulu hidung ni dari meloya bau muntah anakanda, kihkih. Nasib baik lah bawak essential oil kasi hilang loya bau muntah. Akhirnya 35minit berpusing naik bukit Fraser sampai juga ke puncak ya, dengan penuh sesak ya orang ramai, dengan sejuknya, boleh kat alah yang Bukit Fraser ni lagi sejuk banding Cameron Highland dan Genting Highland, sebab Utama hutan kat sana masih terpelihara dengan sangat baik. Fall in love dengan keadaan hutan sekeliling kat Fraser Hill. Sampainya kami kat sana, teruslah Google penginapan yang ada, pusing tengok sekeliling tengok betapa ramainya orang, terus hilang selera nak bercuti kat tempat sesak macam tu, tapi suami cakap kalau ada tempat menginap tidur jelah sana, sampai dah pun. Kami singgah kat Shahzan Inn Fraser Hill tu, kot lah kan ada lagi bilik kosong, 3 minit je lewat sebab suami pergi buang muntah Haddad, orang kat depan dapat bilik last. Bukan rezeki kamilah menginap kat Fraser Hill kali ni.


So sebelum turun dari Fraser Hill kami pusing lah tengok apa attraction yang ada. Bila tengok dari jauh macam tak seindah yang digambarkan kat website, agak kecewa jugaklah sebab expectation berbeza dengan realiti yang di lihat. Apapun mungkin ada yang menarik tapi sebab kami pun main terjah, baca info dan sharing tentang Bukit Fraser pun hujung-hujung, last minit decide dan ambil tahu, makanya itulah jadinya. Dari situ kami turun ke Raub/Bentong. Bila sampai simpang ke Bentong punya lah terkejut sebab dah banyak perubahan, dah bertahun tak lalu Bentong Karak. Jalan dah mula banyak kereta dan bersusun bila gerak, kami decide tidur jelah mana-mana asalkan dapat rehat sebab hari dah hampir petang. Suami dengan santainya cakap "kita tidur jelah kat Bentong, takkan lah Hotel kat Bentong pun penuh tambah pulak Hotel murah, macam mustahil jugak kalau penuh", sekali nak di jadikan cerita dari hotel pertama dan kedua kami tanya semua penuh, hotel ketiga ada bilik tapi family room dah full, nak tak nak ambil sajalah dua bilik, badan dah penat, nak rehat je landing atas katil. So bila dah confirm ada bilik baru tenang nak cari makan malam, kami singgah makan kat Medan selera Bentong je, antara port senang sebab parking luas dan banyak pilihan masa tinggal kat Banting hampir 5 tahun lepas. Selesai makan kami balik bilik dan bersiap-siap untuk tidur je, sebab pagi esoknya plan nak gerak awal dari hotel takut jalan dah start jem.


So pagi esoknya sempat lah kami berborak sambil gelak kan diri sendiri "Haa, ni lah kata kat orang ada ke jalan jauh-jauh sekejap, duduk dalam kereta je, sekali Allah balas terus kita yang berjalan-jalan duduk dalam kereta je" , sambung suami "tu yang cakap kat mulut, kat dalam hati tu ingat Allah tak tahu, dah terbalas baru tahu tinggi rendahnya apa yang dikata"aduii, padu betullah. Sempatlah basuh kereta xdan terus pergi breakfast nasi kerabu, habis sebungkus orang, kami mulakan perjalanan dengan pertanyaan kat suami "so dah decide nak lalu ikut mana?". Suami bagitahu ikut Kl jelah senang, dari Selayang kami ambil exit ke Ipoh, Kuala Selangor. Punya jauh perjalanan, Alang-alang dah jauh tu kasi kena lah cendol durian sesiap dua. Alhamdulillah rezeki kami dapat singgah kat Cendol Borhan tu, layan cendol semangkuk sorang. Dah pekena cendol masing-masing dah muak terus kami teruskan perjalanan balik rumah je.


Malam tu pillow talk dengan suami hasil perjalanan kami 2 hari 1malam tu. Suami kata macam tulah perjalanan hidup kita, kalau takde matlamat dan planning dalam hidup tak tahu pun sampai mana destinasinya. Sebab tak pernah aim nak apa dalam hidup ni. Kami start dari mula perjalanan laki bini pun takde hala tuju sebenar even dah tengah jalan pun tak ada keputusan setepatnya lagi nak pergi kemana dok main flip flop lagi. Tambah kami tak sure nak tidur ke tak atas bukit sana, lagi unexpected jalan nak naik tu punya teruk simpang siur kami tak prepare plastik muntahan anak, so boleh imagine lah betapa kalutnya bila anak cakap nak muntah. Sampai kat sana dok expected dan berharap ada penginapan, memang takdelah. Beza dengan orang yang merancang dan ada matlamat tujuan mesti dah prepare akan cabaran yang bakal di hadapi dan sedia kan solusi bila dah tahu apa yang bakal dilalui, begitulah hidup ni jugak. Kata 5 tahun lagi gitu gini gitu gini, tapi sedikit tindakan pun takde arah tuju ke matlamat tu. Ni tak kata orang lainlah, memang diri sendiri macam tu, malam tu penuh check and balance kami laki bini buat untuk re-line balik apa yang kami dah rancang untuk small family kami. Perjalanan ke Fraser Hill sangat banyak pengajaran tersirat penuh ibrah buat kami, seakan memperingatkan kami yang dah banyak dah hilang fokus dan tak konsisten. 



Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja. Kata-kata Hamka banyak tersirat pengajarannya buat kami, tinggal kita lah nak follow the flow atau keluar dari kebiasaan yang kita buat.