Baru-baru ni pi cari ikan kat pasar Pasir Penambang. Ikan kat sana memang murah, tapi aku dari Teluk Intan nak sampai sana, minyak tol lagi, baik beli kat pasar berdekatan ajelah sebenarnya. Tapi ni kes nak berjalan-jalan tukar angin sama, kasilah asbab nak cari ikan, baru tayar boleh bergolek jauh sikit,hahaha. Kalau masuk pasar sana, memang mabuk, semua seafood aku rasa nak beli. Ikan memang confirm segar dan murah banyak, rasa hamakk nak borong banyak-banyak, tapi peti sekarang tak boleh nak dipenuhkan sebab aku malas nak deep cleaning kerap.
Kami singgah makan pagi dulu, takde pagi manalah, pukul 10 pagi baru breakfast. Teringat tosai kat Slim River jadi order tosai masala kat Gulam Rasul plak. Order lagi roti Nan cheese sekali di tampal sekeping cheesedale atas roti Nan, uiii angin aku. Banyak pula makan, lepas tu orang cakap tembun, merentan!Haihhh. Nak ambil gambar tak gamak, sudahnya dua keping order roti nan tak habis, bungkus buat balik tambah cheese sendiri nanti. Takkan kena pi Shah Alam semata nak makan roti Nan cheese, idokklerr jawabnya. Siap makan, kami bertolak ke Pasir Penambang. Cuaca pun redup aje, alhamdulillah.
Jalan Kuala Selangor ni kalau cuti panjang, hujung minggu, tak kena timing memang beratur ye. Jadi pandai-pandailah adjust. Kami sampai kat Pasar Pasir Penambang dalam 3 petang, asbab banyak stop singgah tandaslah, singgah membelilah, anak-anak aku cemtulah, lagi kan yang bongsu, selagi tak belikan apa-apa, menekan-nekan zikir "nak beli", wakaka. Layannn. Kadang tak padan dengan berhenti, belinya choki-choki ajelerrr. Jenis tak reti nak paw betul-betul ayahnya, wakaka.
So sampai kat Pasar, sesi telek menelek ikan sampai berkenan, deal, borong apa patut, total burn tak sampai RM150, dapat seekor ikan tenggiri saiz besar, bawal hitam saiz sederhana besar, ikan sardin 2kilo, sotong besar 2kilo, dua jenis kepah, puas hati membeli barang basah cemni, yang penting segar dan murah. Siap borong ikan, kami cadang makan malam terus sebab dah skip lunch. Masa kami lalu jalan Sekinchan tu ramai orang jual mentarang, kami nak beli pun, baru je lepas habiskan mentarang yang beli kat simpang keluar tol Behrang, kebetulan masa tu seller jual RM18 sekilo, murah sangat dah tu. Jadi masa lalu kat Sekinchan tu tengok jelah, heheh.
![]() |
| Ni kalau masak, potong nipis isi, tumis Lada kering pedas tu, campak sos tiram,perghhh |
Singgah kat kedai makan abah ikan bakar, kat Kuala Selangor aku perasan banyak betul kedai makan tok abah, abah, orang sini suka panggilan tu kot eh?! Kali ni pilih singgah makan kat Kedai makan Abah yang dekat Medan Selera berdekatan dengan bandar Sekinchan. Kedai tepi jalan besar je, malas nak buka Google maps cari kedai, kita singgah yang nampak kat mata ajelah. Ikan kat sini segar, ambil seekor jenahak, tu aje, sekali aku buka peti frozen depa bersepah macam-macam seafoods dalam tu, dannnn ternampak siput yang paling aku suka makan kat Sabah dulu, alhamdulillah rezeki ni. So ambil satu packet buat masak serai. Takde masakan cili kering macam aku pernah makan dulu. Try ajelah dulu. Erm, memang sedaplah ye siput gonggong ni, aku boleh letak dalam list aku antara siput tersedap, selepas siput sedut. Moga impian nak makan siput laut paling besar makbullah, teringin nak rasa camne struktur dan rasa siput besar tu. Mesti sedap, laki aku cakap tak selera pun tengok, tapi pedulik apa aku, tekak aku yang nak makan, wakaka. Sekali makan, anak-anak pun bukan main semua makan, mula-mula geli, tapi depa repeat makan, and that's good. Makan benda pelik ni kena test juga, kalau tak pernah try tak tahu pulak camne rasa. Kalau sekali rasa dah tak boleh go, jangan dipaksa-paksa, karang muntah hijau, heheh.
Habis semangkuk siput, aku cakap tak puas makan, jadi tambah satu lagi packet siput gonggong buat masak halia pulak. Wehh sedapnyaaaa. So lain kali datang mai craving nak makan menatang ni ,aku tahu dah mana nak tuju. Bab makan laju aje saved kat mana yang nak repeat. Begitulah. Aku cakap kat laki, asal kedai ni takde orang eh, sedap sangat kot masakannya, laki aku cakap banyak pilihan kot kedai ikan bakar kat area Kuala Selangor, Sekinchan ni banyak, kadang orang nak view laut sambil makan ikan kenalah masuk dalam sikit. Aa ye jugak kan?! Ikan bakar kat Jeram pun dah bertahun tak pergi, dulu biasa singgah situ aje masa anak-anak kecik. Lani jarang sekali datang Kuala Selangor. Time cemni jelah datangnya, nak beli ikan jadi asbab. Hmm, what a memory.
Entah apa hormon sebulan ni asyik layan steak homemade aje, ku paling annoying nak masak steak ni sebab tak pernah menjadi, jadi liat, nak patah gigi makan, tapi bila scroll, teliti fahamkan bagaimana nak kasi tender meat tu jadi, ku try buat, sekali bila dah jadi, terus rasa hari-hari nak makan steak wehh, layan dengan daging kerbau je pun jadikk, baru berbelas ringgit kat Segi. Alhamdulillah memang pokok dill yang ku tanam akhirnya berguna jua.
Minyak sapi original from Bangladesh tu memang memainkan peranan penting, ku sapu rata dengan serbuk lada hitam, garam, bawang putih ketuk, panaskan dengan api sederhana, daging tu sebelum perap, keringkan air daging dengan tisu sampai takde air melekat kat tisu. Then seasoning, bakar 5minit depan belakang, masukkan sekali daun dill, memang dapat daging medium well atau well done bergantung kat tebal daging, tapi smooth sangat lepas tu lembut. Punya happy tak terkata dah tahu teknik betul nak grill steak sendiri. Daging nak sedap memang kena cari part tenderloin atau sirloin, lagi sedap yang wagyulah, tapi muak kalau telan banyak, so far daging kerbau ku telan setengah kilo grill, makan sorang ajenya, dan tak muak. Orang kata daging angus, wagyu murah dekat Jaya grocer, entah bila nak pergi sebab jauh, so best option daging kerbau lean meat, chuck tender.
Lepas tu buat plak salad guna yogurt greek, fern leaf, so far ni plain yogurt paling sedap dekat tekak daku, potong nipis bawang merah, timun batang, timun jeruk, perghhh. Heaven betullah. Nak rasa pedas ku tambah je sambal goreng pedas ready made yang ku buat. Erghh, memang hari-hari boleh layan menu gini. Pedas ni memang main peranan betullah. Selera naik dan layannn. Entah bila nak insaf bab makan ni, tapi kira ku ada improvementlah sikit, dari bacaan kolestrol 6.8 dah ke 5.1, what a relief, tapi banyak lagi nak tuntut pengorbanan daku ni, tambah lagi berat within obese range, kihkih.
So korang yang masih usahakan apa yang patut dan apa yang korang inginkan, ku doakan semuanya dipermudahkan ye. Tengah hormon tak betul ni, kadang datang mai semangat nak menaip, kadang ku terbaring tak buat apa, kadang terlebih guna tenaga sampai sakit badan. You always vs you. Fighting.
Out of habit.
One of our favorite spot makan kat Teluk Intan bila datang sini, tentunya D' Tepian Sungai Teluk Intan. Kalau tanya kat mana? Kat tepi Sungai Teluk Intanlah. Nampak tugu Udang Galah besar tu, yelah tu, jalan masuk situ straight forward je nampak kedai tak semenggah kat tepi Sungai Teluk Intan tu. Tengok macam gerai bodo-bodo aje, tapi masakan dan seafood kat sini boleh tahan juga, segar dan berpatutan, lagi penting, masakannya memang sedap. Masa mula-mula lalu dulu kat kedai makan ni, ku selalu tertanya, buka ke tidak kedai ni? Nampak macam tak buka, takdak orang rupanya setiap kali kami lalu bukan timing orang makan.
Entah kenapa boleh lupa masa cuti baru-baru ni, punya jauh mencari udang galah, rupanya dekat dengan rumah pun ada nak layan udang galah fresh. Kalau nak makan ikan darat masakan yang agak sedap bagi tastebud daku, D'tepian ni antara the best spot peminat seafood. Dahlah view sungai Teluk intan yang tenang, luas bak lautan memang menggamit memory bermandi manda kat sungai Kelantan masa kecil dulu. Sekarang kalau bak mai nostalgia, bolehlah layan makan tepi sungai sini, tambah makan makanan yang sedap, memang love language lain macam.
Nak datang makan kat sini timing orang makan memang penuh ye, jadi dah tahu masa mana timing orang takde sangat, masa tu lah kami singgah makan kalau berkebetulan datang Teluk Intan. Biasa dalam pukul 3 petang keatas kami datang makan kat sini. Kedai ni takde fancy-fancy, ni memang kedai oldschool punya version, kerusi kayu, kerusi batu je, asal ada tempat duduk, ada meja makan settle. Pentingnya bahagian hidangan. Menu kat sini menu klasik orang makan tengahari dan malam, lauk pauk tapi more kepada hidupan lauk, pelbagai jenis ikan patin, jenahak, siakap, ikan merch etc, Udang galah, udang laut, sotong dan pelbagai jenis ikan Sungai. etc.
Simple je order kat sini pilih lauk yang nak dan pilih cara masakan yang kita nak. Tu je. Biasa kami order sotong celup tepung, udang harimau masak buttermilk/celup tepung/masak lemak, ikan masak tiga rasa etc. Boleh pilih ikut selera, yang penting masakan kat sini kena selera kami dan anak-anak. Lauknya memang segarlah, takde kawtim buat-buat segar, memang macam baru naik ke darat belaka ikan, sotong udang etc.
Makan tengahari boleh, makan petang atau malam pun boleh. Bestnya tentulah udara dan angin sepoi-sepoi bahasa tepi sungai, kalau datang belah petang nampaklah busy Sungai Teluk Intan dihujung minggu dengan aktiviti River cruise pergi ke Pulau Bangau, ku pun tak merasa lagi naik cruise Teluk Intan, kalau propose kat lakiku timbullah ayat "dari naik tu baik.............", jadi tak payah. Melainkan tetiba di ajak tu mengajak naik bot tanpa reason lain cerita, hahaha. Makan sambil tengok suasana tepian sungai. Seronok tau.
Ku dengan sungai ni memang banyak nostalgia, memang aktiviti waktu kanak-kanak dululah banyak terjun masuk sungai, sungai kelantan tu iols seberang macam tu je pergi sebelah sana satu lagi, kadang berenang, kadang jalan-jalan atas beting pasir kat tengah sungai. What a memori, moga Cik Ani ku sembuh seperti sediakala walaupun harapan cuma harapan. Terima kasih atas segala memori terindah ketika kecilku hingga mendewasa. Sobs, sayulah pula. Inilah orang kata makan sambil menjiwai, menjiwai nostalgia dan waktu yang tak mampu diulang kembali.
Sekarang sungai even laut dah terlebih lebih beranak pinak buaya ye, jadi seramlah pula nak mandi sungai even nak celup kaki, entah dari mana datangnya buaya-buaya ni, pergi pantai sana sini sekarang pun banyak yang beringat-ingat bab buaya, dah memang habitat tu tahu, tapi dulu takdelah sebanyak sekarang depa timbul tunjuk diri. Orang kata kalau ada banyak udang kat area sungai tu, ada jugalah sidia ni. Samalah kat sungai ku makan ni. Ada tapi tak timbul cerita lagi. Harap-harap tak timbul sampai sudahlah, cukuplah kami datang tengok suasana sungai yang cantik, tenang, setenang buaya berenang, eh!
Datang Teluk Intan boleh masukkan kedai ni dalam itinerary korang, tapiiii datanglah timing lunch, dinner, lewat atau awal sikit dari waktu tu maybe boleh consider terutamanya in weekend sebab kena menunggu lamalah depa masa fresh cook lauk yang dipilih. Kalau dah lapar sangat jangan singgah sini, cari yang buffet terus senang. Takdelah berasap-asap tahan sabar tunggu makanan sampai. Nak tenang-tenang datang weekdays je. Apapun berbaloi ku rasa setiap kali kunjungan makan kat sini. Alhamdulillah Allah kasi rasa sedap.
6, Jalan Mahkota, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Tiada yang lebih gembira bila partner nak bawa jalan-jalan tengok tempat dia belajar dulu-dulu. Diam tak diam hampir dua puluh tahun sudah berlalu episod kami belajar universiti tapi kenangan itulah yang paling mendominasi ingatan kerana ianya satu proses dan fasa hidup yang mengenal kehidupan sebenar untuk bermandiri. Rugi tak sambung belajar sebab banyak proses yang kita lalui sepanjang belajar tu, skill bersosial, skill manage masa, skill urus diri dan kewangan, banyak lagilah proses yang dilalui bila jauh dari keluarga, dan skill jaga maruah dirilah yang paling mahal dan bernilai bila jauh dari keluarga. Yelah masa ni rasa bebas sebebasnya, jauh dari pandangan dan pantauan mata mak ayah dan rasa boleh buat apa saja.
Masa nilah diri sendiri yang tentukan bagaimana nak bawa diri, nak jaga diri, nak rosakkan diri, semua atas pilihan sendiri. Sebab waktu muda macam-macam keinginan nak kita rasa dan lalui, jadi bergantung kat dirilah semuanya, batasan dan nilai agama yang kita belajar, perhati, nak praktik kat diri sendiri. Antara nafsu dan keinginan, rasa ingin tahu, semua bersatu. Jadi proses ni semualah yang mendewasakan kita menjadi orang bernilai dan bermanfaat. Masa nilah kena pandai pilih kawan, kawan yang support, sefahaman dan sebagainya. Panjang pula mukaddimah tak berkaitan.
Jadi memori universiti kita bungkus, cerita pasal makan. Dah sampai Johor Bahru, kami terus pusing sekitar dan decide cari makan malam terus, dan suami bawa ku makan kat tepi muara, berdekatan dengan Singapore. Dari tempat makan nampak negara Singapore, bestnya, even dekat tak pernah sampai lagi, tak tahu bila ada rezeki boleh sampai sana. Nama tempat makan ni Senibong, tempat agak tersorok juga, tapi ramai jugalah orang yang datang makan sini, mungkin salah satu sebab viewnya. Disebabkan kami sampai awal sikit dari timing makan, makanya tempat makan masih lapang dan parking kereta pun takde masalah.
Menikmati makanan laut segar sambil menyaksikan pemandangan laut dan ketenangan pesisir pantai pasti memberi kelainan rasa, macam orang nak minum teh Kat cameron, sebab nak suasana, kihkih. Tempat makan Senibong ni terletak di pesisir pantai Selat Tebrau yang menghadap Sembawang dan Senoko, Singapura menjadikan restoran di sekitar Kampung Senibong ini antara best views sambil makan. Malam lagi cantik view dengan lampu neon yang menerangi pesisir lautan. Serius cantik dan angin tepi laut best sangat.
Kat sini banyak amat kedai makan ye, nak pilih kedai mana-mana pun boleh, dalam 10kedai juga rasanya berderet. Memang rambang mata ye untuk memilih lauk nak makan, semua nampak sedap kalau jadi lauk. Hasil laut seperti udang kara, ketam pelbagai saiz, udang kara, udang kecil, sotong, ikan jenahak, ikan siakap, siput dan seafood ku tak pernah tengok pun ada, jenis jenis siput pun masyaallah banyak jenis, tak pernah terfikir boleh makan, ada iras-iras kat tempat makan sabah pula dan macam-macam lagi boleh dibakar, digoreng atau dijadikan variasi lauk yang pelbagai atas pilihan kita.
Terus tuju ke tempat makan, iaitu reestoren depan sekali Selera Senibong dan kami pilih dulu lauk yang nak dimasak, rate kat sini tak berapa murah juga ye, tapi no doubtly masakan kat restoren yang kami makan ni sedap sangat, ku masih teringat-ingat siput gonggong masak cili kering, dan kingcrab masak telur masin ni, cukup rasa dan sangat sangat sedap dikombinasikan dengan segala seafood yang segar bugar ya, memang perghh, ummphh terus bila masuk mulut, adoii kecurr liur kalau teringat. Sama juga masakan ketam, tak habis kami bungkus buat balik buat masak cili, sedap rupanya masakan cili kering ni, sambung ratah kat homestay pula. Tengok lauk yang kami pilih, tak sangka kami sanggup habiskan duit sebanyak tu semata makan aje, iyelah semuanya pencinta seafood, ku pilih siput, suami nak kingcrab, anak lelaki pula nak ketam biasa, anak perempuan nak makan udang pilih masak butter, favorite kami berdua sotong, buat sotong celup tepung pun tak tertinggal, nasib tak ambil ikan, kalau dak tak tahu nak telan camno, terlebih kenyang ratah lauk aje. Ada ye yang jenis kumpul duit untuk makan sedap, dakulah tu, kihkih. Tak beli emas takpe, hahaha. Masa tengok resit makan tu, kami laki bini cakap "lainkali kita tunggu orang belanjalah pula kalau nak makan cemni" hahaha, haraplah sangatkan, dalam mimpi ajelah. Tak pun kena menabung dulu semata bab makan macam ni. Yang pasti wajib kena repeat, huahuaa.
Itu yang sebal bila naik penimbang sekarang. Karang lapor jadi harimau, terlebih makan jadi harimau gebu. Apalah dosa. Astaghfirullah, nak turunkan satu kilo pun seksa. Apapun singgah makan kat Selera Senibong antara best seafood yang kami pernah makan, puas hati tak tara, ada rezeki lagi singgah tempat makan seafood nak repeat kat sinilah. Yang penting semua lauk licin malam tu, berbaloi. Itu yang best bawak anak-anak makan, time depa taram sampai licin tu, masyaallah puas hati kita tengok dan rasa, tu sebab suka bawak depa jalan-jalan, they really appreciate it, alhamdulillah. Moga contoh kami tunjuk dapat anak lelaki praktik terutamanya perturunkan buat anak keturunan mereka, Amin. Belanja anak-anak makan is the best moment.
Letak sini kenangan boleh makan makanan best, supaya kami tak pernah lupa nikmat yang pernah kami rasa, even sekarang banyak cubit ikan masin dengan budu, pun bertambah dan berselera juga, alhamdulillah senang dan susah ni, semuanya nikmat, nikmat diuji pun nikmat, begitulah hidup, yang penting dalam apa jua keadaan, bersyukur, yakin dan pasti dengan janji Allah untuk orang yang sentiasa bersyukur.
SABA nasi Arab kat Cyberjaya ni antara my favorite place kalau nak rasa makan nasi Arab yang sedap. Ada orang kata rasa nasi Arab kat SABA ni biasa-biasa aje, ada yang kata sedap. Kat tekak dan selera daku, alhamdulillah nasi Arab kat sini cukup rasa dan boleh repeat.
Benda kait dengan rasa ni subjektif. Kadang orang dok kata tempat situ sini viral, popular, sekali kita try tak kena pun dengan tekak kita kan? Jadi bab makan kat luar ni cemtulah, rezeki dapat yang sedap itu bonus, rezeki dapat yang tak sedap pun alhamdulillah, perut kenyang juga dapat makan, cuma tak repeat dahlah, hehehe, gitulah sifirnya.
Kami first time makan kat SABA ni masa stay Banting, bila dah makan kena tekak, asal nak makan nasi Arab kami datang sini. Takkan tak try tempat lain?Rugilah. Eh, mestilah kami cuba juga, tapi tempat yang sedap juga kami banyak kali repeat. Kat SABA ni salah satu sebab tempatnya besar dan lapang, so kalau ramai orang pun tak nampak padat dan sesak.
Tapi dalam banyak-banyak restoren nasi Arab yang masuk dalam list daku, Al-Rawsya Ampang, Hadrawmat, Saba Cyberjaya, Al Raudah Cameron Highland, Al-Diafah Petaling Jaya. Satu lagi yang berjaya letak dalam toplist daku simpan sendirilah, shawarma daging cheese rasanya tu melekat teruk dalam memori daku, rasa macam makan kat Mekah dah lakiku cakap, so next destinationlah tu agaknya, Amin. Cukuplah daku anak beranak aje penuhkan kedainya, sebab kedai kecik aje, kena serang netizen suka beratur, kempunanlah daku nak makan kalau nak kena beratur dulu. Wakakka.
Sekarang dah ada rempah segera nasi Arab, jadi time nak makan, time rasa nak buat, boleh buat nasi Arab sendiri aje, even tak sama taste yang kat kedai bolehlah buat lepas rasa. Jimat pun ye. Nasi Arab ni bagiku semua kena sedap, terutama nasinya, kalau makan nasi saja je pun dah sedap amat, memang A lah tu, combine lagi dengan daging kambing dan sambal lada tomato tu, ermm memang umphh teruslah rasanya. Tiga elemen penting yang menentukan rasa nasi Arab sedap amat nasi rasa rempah yang padu, perapan kambing/ayam, dan sambal lada, cukup rasa tiga ni, confirm boleh repeat makan.
Balik dari road trip Selatan kami ambil kesempatan singgah makan kat Saba Cyberjaya ni, makan solat, dan bertolak balik. Bila duduk jauh dari tempat favorite ni cemtulah kena buat, ambil peluang singgah kalau lalu, pergi sana, yelah kalau semata pergi sana untuk makan semata rasa tak berbaloi pula, alang-alang lalu kita singgah. Gituuu.
Ayahman Strawberri Cameron HinghlandNO. 44, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Siapa tak suka pizza? Antara kegemaran daku, dulukala zaman sekolah Pizza Hut pilihan kami sekeluarga, since bila tak ingat dah, lama betul tak beli Pizza Hut sebab rasa dan rupa dah beza dari yang dulukala, roti tebal dan keras semacam, kami bertukar Dominos Pizza, pun bila tertengok benda tak patut tengok tular dulukala penyedia pizza ni buat bila marah kat last customer bila kedai dah nak tutup, di l#d** kat atas pizza tu, ku tak selera dah nak pergi atau order, even benda tu dah bertahun tahun dah, tapi teringat peel tak senonoh manusia takde adab dengan makanan ni, memang ku tak boleh. Pun ku dah tak ingat kali terakhir bila makan jenama ni. Jadi bila dah lama tak makan benda yang kita suka ni, kena carilah alternative lain yang kita tak pernah cuba.
So kali pertama cuba Pizza kat Boutique Tiny House Tanah Rata, sedap dan menepati seleraku. Mungkin dimakan ketika panas, cuaca pula sejuk. Memang umphh, sedap, roti crunchy tepi, belah dalam rasa lembut, rasa roti pun sedap, camne ku tahu sedap? Sebab anakku spesis makan roti pizza aje, isi tak makan, means kalau makan rotinya, sedaplah tu. Isinya padat tapi tak tebal. Juicy dan cukup kombinasi bahan, just nice. Kalau terlalu tebal sampai ambil sekeping habis tumpah isi dalam pun tak syok juga. Harga pun affordable sangat.
Kali pertama try, kali kedua try, dan kali seterusnya setiap kali rasa nak makan pizza sanggup panjat Cameron Highland, nasib baiklah gunung belakang rumah, kalau tak rela bakar pizza dalam kuali ajelah. Sekarang pun sangat teruja tengok anak-anak muda buat homemade pizza dan buka small bisnes, buat depan rumah, buat depan mata kita dari base roti lagi, boleh tengok step by step lagi sampai depa bakar, dan pizza cemni depa deko-deko tempat makan kat laman rumah atau buka gerai, lebih santai dan buat kita lebih banyak pilihan untuk makan, jadi takdelah tertumpu kat satu brand yang dah gah saja. Apapun satu peluang besar juga untuk anak-anak muda buat bisnes kan? Sama macam bab coffee, dah ramai yang kreatif meniaga kopi, best pula tu, even kedai simple sempoi, memang padu perginya. Next time ku share tempat yang biasa ku pergi.
Yelah kadang kita bukan tak nak buat dan makan kat rumah, tapi kita nak suasana kedai, kita nak angin luar, nak lepak dalam keramaian gitu. Feeling tu lain sikit dengan me time, family time. Macam makan pizza ni, bukan tak boleh buat atau beli dan makan kat rumah, sekali sekala nak makan kat luar. Boleh sangat effort nak buat tu, anak-anak pun boleh buat aktiviti masak-masak. Tapi itulah, banyak tapinya. Nok ko suasano! Jujurnya gitulah, hahaha.
So back to Pizza Tiny House ni, anak-anak muda juga yang buatnya. Pandai depa nohh, ku memang recommended yang naik Cameron Highland antara tempat makan best kat cafe nilah. Banyak juga choice makanan lain, ada pasta dan western food etc, makan pizza saja pun dah kenyang sangat. Surrounding kat sini pun cantik sangat. Korang try ok.
24, Kg, Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang
Sebut nasi Arab ni, most favorite kami sekeluarga. Memang once a time atau terasa nak makan nasi Arab kami makan kat Cameron Highland. Jika balik kampung ikut Cameron Highland pun, antara Restoren yang kami singgah kat sinilah, nasi Arab Al Raudah Arabian food. Nak cari nasi Arab sedap dan kena dengan tekak memang agak payah, since dah bermacam kedai Arab kami cuba(mana tak berat naik badan tu, asyikkk makan je kejenya) ada 4 tempat aje yang kami repeat, mostly repeat kalau berkebetulan sampai kat tempat yang ada nasi arab kami suka tu. Next time lah ku senaraikan.
Ni nak cerita nasi Arab kat Cameron Highland dulu, macam mana kami tercuba makan. Cameron Highland ni kalau makan, salah pilih, tak survey dulu memang cantas korang punya poket, beg duit pun rabak kes makan saja. Kalau sedap takpe, kalau tak sedap tu rasa ralat, rasa tak baloi, rasa ruginyaaa. Macam tu lah bab makan kat atas gunung ni, rasa pernah ku cerita kalau nak cari masakan, makanan pagi yang sedap kat Cameron Highland almost tak jumpa lagilah, itu kamilah. Sebab tu tiap kali naik Cameron Highland makan pagi kami masak, buat makanan sendiri lagi puas hati. Tapi untuk bab makan tengahari banyak sikitlah pilihan kat sana, kena pandai cari kedai makan je. Makan malam pun sama biasa kami buat steamboat kat bilik/rumah homestay je. Sejuk dah satu hal kat luar, nak bersiap-siap ke luar tu lah yang paling malas benornyee.
Yang ku share ni pengalamanlah, yang tak pernah singgah makan, nak cerita macam mana, tak feel pulak, ahahaha. So kalau nak makan makanan yang mengenyangkan, puas hati, makanlah nasi Arab Al Raudah Arabian Food kat Tanah Rata. Lokasi kedainya mudah je. Dari bandar Tanah Rata tu, lalu depan balai polis, straight je sikit belah kanan ada deretan rumah kedai, kedai nasi Arab ni hujung sekali berdekatan CU mart, belakang Hotel Century Pines Tanah Rata. Nak senang bila order singgah makan nasi arab kat sinilah, cepat pun cepat. Yang penting memang nasi arab kat sini terasa rempahnya, menu pula ada pelbagai untuk sajian nasi arab. Tak nak makan nasi makan shawarma. Semua sedap. Nasi tak muak, rasa rempah arab termasuk daging/daging kambing/ayam memang terasa perapannya dengan rempah, takde rasa kosong macam certain tempat.
Selain nasi dan lauk, tentulah sambal lada tomatonya yang sedap, cukup rasa lada, masam tomato. Kami kalau datang sini wajib minta cili hijau lebih, kasi padu dan ngam bila makan nasi selang seli gigit lada dan bikin menambah, grrr. Nilah yang buat punah diet, ahahha. Ohhhh dan yang lagi penting, harga nasi arab kat sini berpatutan dan dikira murah jugalah dengan portion yang di beri. Puas hati. Kedai bersih, teratur, dan tempat duduk makan selesa, tak bersempit-sempit. Pilihan kami yang anak beranak ramai ni, sebab tiap kali singgah takde lah ramai sangat orang sebab waktu/timing kami singgah luar dari waktu makan. Anak-anak pun selesa sebab takde pelik-pelik deco, simple tapi sangat okaylah.
Kalau dah buntu sangat nak makan kat mana bila datang Cameron Highland, Al Raudah Nasi Arab ni wajib cuba, ku recommend sangat kat sini. Kalau jenis yang suka makan yang jenis lauk-lauk banyak bila waktu tengahari, ada juga restoren yang selajur je bangunan dengan kedai nasi Arab tu. Nasi Arab ni makan tengahari sesuai, makan malam pun sesuai. Tiap kali kami singgah sini, selalu je cakap, apesal takde orang ye, padahal sedap sangat menu-menu kat sini, kihkihh.
Cerita tentang binatang atas daratlah pulak, habis cerita binatang dalam laut, sambung cerita binatang darat pulak. Dalam banyak-banyak Nikmat makan, ku syukur sangat Allah kasi nikmat boleh makan daging kambing, sebab memang ada ye orang yang tak boleh telan daging kambing, hamis dan berbau pelik. Ada macam-macam, ada yang makan jadi pening, ada yang makan naik darah, tapi alhamdulillah daku kalau makan daging kambing, bertambahlah jawabnya, tolak batu kayu je, ahahaha. Yang halal, sedap, rugilah tolak.
Anak-anak pun sama ku dah ajar depa makan daging kambing masa kecik lagi, pun jadi favorite depa gak lerr. Mungkin kita pernah lalui saat sukar, nak merasa daging kambing ni tak mudah ye. Sama macam daku, that's why sangat menghargai makanan, ku masih ingat lagi kambing tersedap yang pernah Ku makan dulu, dengan view satu KL yang cantik, masih melekat diingatan rasa kambing tu. Lamb Shank namanya, kat Restoren Haven ampang. Dah tak wujud pun Restoren tu, tutup akibat dek tanah runtuh kawasan tersebut. At least pernah ada kenangan melihat pemandangan malam kat sana sambil menikmati daging kambing yang sedap. Masyaallah. I love city view, sekali sekala, the lights, the noise tapi tak boleh lamalah. Sehari dua okaylah.
Dan kedua rasa kambing sedap dekat Restoren Al-Rawsya. Sekarang kambing bakar favorite Pak Mat Western la setakat hari ni, bukan sebab apa pun, sebab antara daging yang lembut, empuk bila masak. Ku dah banyak juga makan kat cafe dan restoren yang serve lamb grill, kebanyakannya mengecewakan sebab almost keras nak tercabut gigi bila makan, tak lagi bab kunyah, lenguh habis rahang mengunyah untuk kasi telan. Rasa not worth it sekarang kalau pergi cafe lah apa pun, hipster tak hipster yang ada lamb grill, memang buat rugi je kalau order lamb grill.
So the best and worth sekarang beli kambing pak mat western je. Certain orang mungkin tak masuk lah sebab perapan kambing Pak Mat Western agak manis jugak bagiku, tapi still okay, boleh adjust rasanya. Sepaket pun puas hati, untuk kami satu family lapan kepala yang semuanya suka kambing, 2 paket 500gram kambing perapan dah mencukupi, sedang elok, harga 2 paket tak sampai seratus pun. Buat potato mash, fries, salad sendiri, dah lengkap satu hidangan kambing grill sepinggan sorang, memang jimat.
Pernah juga ku beli kambing frozen yang siap potong tu, konon nak perap sendiri, apa tak sedap wehh, sebab bau hamis tak hilang dan kuat jugak baunya. Entah camnelah Pak Mat Western buat hilang bau tu. Lepas pada try buat sendiri tak jadi, senanglah sekarang, beli yang dah siap perap je lah, settle! Buka paket bakar je.
Pernah buat kambing bakar masa aqiqah anak, seekor tak cukup ye, dua tu sedang elok, punya ramai rupanya peminat daging kambing ni, lagi pulak yang bakar. Kalau nak jamu kambing, family ku saja pun dah seekor, tak campur jemputan lagi, punya ramai anak-beranak. Tapi time jamu kambinglah, jemputan memang ramai yang datang, kira special betullah bila jamu kambing ni. Nak makan kambing kat kampung, tunggu masa aqiqah anak-anak lerr.
Sekarang asal cerita nak makan kambing bakar cari je kambing perap Pak Mat Western. Apapun ini bukan iklan berbayar, just sharing kesedapan dan puas hati layan makan kambing Pak Mat Western. Hahh, bab makan ni ada je ideanya kan? Pastu bilang nak kurus.....
Time hujung hujung bulan ni lah tekak nak makan sedap, teringin macam-macam, tapi sebagai orang yang dah faham diri sendiri, simpan lauk-lauk best yang beli awal bulan, guna akhir bulan,masak lauk best-best, ahahaha. Yelah tak semua orang terutama orang perempuan faham diri sendiri kan? Adalah once in a while, tapi takde lah selalu peel tak faham diri ni datang. Situasi macam ni lah, tak semua orang faham, so kita dah faham, apply je supaya hati senang.
Sesekali nak makan, paling teringin nak makan kat Suwarin Jinda lah, penuh dengan senarai makanan dan puas hati makanan ala Thai kat sana, tapi tak berkesempatan pergi lagi walaupun banyak kali balik kampung, sebab ada benda yang lagi penting nak layan bila balik kampung. Ulang alik pergi dan balik serta bergilir rumah mak ayah sendiri dan rumah pun dah makan masa banyak mana dah. Orang kata bertuah bila kahwin satu negeri, senang nak balik rumah mak ayah, tak jugak rupanya, masa banyak habis atas jalan je mengkome, melainkan rumah besan sebelah sebelah, lagi haru rasanya penangan dia tu. Nak balik kampung masa raya tak tau camne depa arrange, hahaha. Daku yang perjalanan sejam ni pun huru hara bila balik kampung nak settle bab giliran.
Bila sebut makanan Thai, ramai yang suka dan ramai yang tak boleh tolak dari makan menu masakan ala thai ni. Kalau bab makanan goreng-goreng, kedai Thai ni menjadi pilihan, betul tak? Daku kalau bab buat makanan Thai tak berapa pandai lagi nak bagi 'sampai' dia punya rasa tu, tapi boleh lah nak buat ghaso-ghaso bila rasa nak makan. Sekarang pun lagilah berbaloi masak sendiri je set makan malam ala thai (kuah tomyam campur, ayam masak halia, telur dadar/telur bungkus, kangkung/kailan ikan masin, daging masak merah) bolehlah buat, kalau bab nasi goreng ku sanggup order kedai je, sebab tak pandai buat telur pattaya, entah macam mana tak lulus sampai sekarang, ahaha, dari ku rentan tengok telur pataya jadi telur hancur, baik order kat kedai je, sekali sekala apa salahnya, kihkih.
Disebabkan banyak lalulintas menu suwarin jinda, maka take effort buat sendiri pasal tekak nak makan. Kalau bab makan ni entahlah, beria je kenmain cuba penuhi perut, selera, sampai puas hati, nafsu makan tu kan? Kira dan-dan je boleh usaha cari bahan nak masak, habiskan masa berpeluh bagai untuk siapkan menu. Kalau ikut hati, memang kena makan kat kedailah baru feel, suasana tu penting, tambah lagi Suwarin Jinda ni ramai dah cakap sedapnya konsisten, so entah bila boleh sampainya kat sana, kita layan dulu selera tekak nak makan ala-ala ni buat lepas teringin. Tak gitu.
Makan seafood memang mahal, tapi hasil makanan dari laut ni memang favorite kami anak beranak dari ikan selayang, ikan mabong, ikan selar, ikan siakap, jenahak, kerapu, mentarang, udang, sotong, ketam, semua sapu kalau makan tambah lagi kalau orang belanja makan, ahahaha.
Pengalaman makan seafood kat Sabah paling kami paling seronok, murah dah satu hal, punya hari-hari makan seafood sampaikan tekak dah tak boleh makan even tengok sekalipun, dasyat punya penangan makan seafood tu, kami makan dalam 40 orang baru 1.6k habis, murahlah pasal bukan kami bayar, hahaha. Tapi memang murah sangat dah tu sebab kami makan kat semenanjung ni 8 beranak kami saja wajib habis lebih kurang RM170-RM200 merangkumi harga siakap, udang, sotong dan basic menu lain yang biasa, tu pun dah rasa berpatutan sangat. Tapi itulah, segar memang segar, tapi masakan tu lari banyak, jadi kesegaran seafood tu kira dah backup masakan Sabah yang agak unik.
Pernah kami makan kat Langkawi sebelum viral ikan mahal kat Langkawi, pun kami rasa berpatutan dengan ikan yg diambil tengok saiz dan berpadanan dengan jumlah orang yang makan seramai 20orang. Kami kalau bab cari seafood murah paling best membeli dekat pasar basah jeram Pasir Penambang Kuala Selangor, sanggup uii drive beli seafood segar kat sana, sekarang kami ada tempat favor kami dah yang lagi dekat. Kalau bab nak makan seafood memang sanggup kami beli mentah dah masak sendiri, sebab lagi jimat tambah kalau nak ratah-ratah lauk, kadang harga mentah bahagi dua dengan harga yang dah masak, so kalau bab makan seafood ni kalau nak makan kat kedai kena pandai-pandai cari kedai yang berbaloi, berbaloi dari rasa sedap satu hal, yang penting seafood segar. Biasa kami beli borong atau pun direct kat Jeti, memang harga seafood dapat murah, untuk kami cara macam ni memang ngamlah, maklumlah banyak mulut yang nak makan, nak makan seafood beli mentah masak sendiri jimat berganda, yang orang masak kat kedai tu sekali sekala bolehlah layan tekak dan nak ke suasana. Layan nafsu memang tak cukup sokmolah kan?.
Pengalaman makan seafood ni tak boleh dilupakan makan seafood kat Johor sebab tak pernah seumur hidup habiskan duit sebanyak tu untuk makan seafood semata,dan sangat berbaloi, sebab masakan sedap sangat dan seafood segar, jika ada rezeki insyaallah kami repeat lagi, sebab memang sangat berbaloi. Lakiku cakap, nak makan cemni lagi kita doa bebanyaklah tunggu orang belanja pulak, ahahha. Once a while, ada lebih belanja, kami layan makan dekat kedai seafood segar. Antara yang masuk list kami kat Perak ni Tepian Sungai Teluk Intan dan kat Manjung Restoren Farina Ikan Bakar & Seafood antara yang kena dengan selera kami.
Selain tu makan seafood kat Melaka kedainya dekat kedai langsir berdekatan MITC tu, tak ingat nama kedainya, memang umphhh dia punya asam pedas pakej ikan segar, perghh sampai sekarang rasa puas makan macam tu. Kat Penang, Kedah tak merasa lagi seafood segar dan sedap, insyaallah mana tahu sampai sana nanti dapat merasa yang paling best sekali.Kalau kat Terengganu, Zul Ikan Bakar kat Besutlah yang paling segar seafoodnya, harga pun murah berbaloi. Kat Kuantan ku dah lupa kedai apa, tapi bukan Ana Petai yang famous tu, kami pergi yang tak popular, tapi sedap amat, nantilah repeat balik daku share kat mana tempatnya, nama kedai ku tak alert, sebab paling alert jumlah orang dalam kedai ramai ke tidak sampai hilang fokus nak tengok nama kedai, hahahah. Nak makan seafood memang kena tahu harga semasa, kalau tahu harga barang makin mahal, means ambil seafood lagilah bertambah mahal. Kena ambil tahu harga semasa supaya kita pun sebagai pengguna takdelah diambil kesempatan juga. Begitulah.
Dalam banyak-banyak seafood, yat-yat lah yang paling mahal buat kami, pasalnya kalau nak makan bukan kena bayar guna duit, kena guna usaha dan tenaga even free, lenguh,sakit pinggang membawak ke dua tiga hari hasil sodok pasir pantai cari yat-yat ni, mahal sangat pasal takde orang jual, hahahaha. Nak makan carik sendiri, ajee...




























Top Social