Showing posts with label celebrate. Show all posts
Showing posts with label celebrate. Show all posts

3 Tahun Sudah Budak Breath Holding Spells

8.19.2020

Alhamdulillah, anugerah anak ke4 yang tak di sangka-sangka kita sambut dengan penuh kegembiraan, kehadiran Hajjar beza setahun je dengan Hawaa, lebih kurang Harraz dan Haddad beza 11 bulan je. So dah ada pengalaman anak rapat first time, kali kedua alhamdulillah beres dah pandai mengurus. Bila lahir rapat-rapat cemtu ada untungnya juga sebab keperluan keduanya hampir sama, Hajjar Hawaa 7 bulan sempat lah tandem nursing, Hajjar dan Haniy sempat 3 bulan tandem nursing. Walaupun kongsi susu, alhamdulillah Hajjar walaupun halus mulus je masa kecik, tapi dah masuk dua tahun semua tak larat angkat, sebab beban berat terlebih kes memang berat, tengok je cemtu tuannya, kuat makan, dapur dan Hajjar berpisah tiada. Masa dapat conquer sorang je susu, memang beraya dia, tapi mama layan kan aje sebab kesian kes awal-awal dah kena kongsi dengan kakak, hujung-hujung kena kongsi dengan adik pulak, Kiki.

Dalam tempoh Hajjar membesar tak pernah sekalipun pergi klinik dan demam teruk, just mild fever 1,2 days terus ok kecuali ada satu peristiwa yang admit Hajjar masuk wad bila jatuh dari grill rumah, baru umur setahun lebih tapi dah pandai panjat sampai atas, sudahnya jatuh terhentak kepala dari ketinggian 1meter lebih, tulah peristiwa yang paling teruk jadi, hihuu. Boleh tahan buaslah budaknya, tapi tahulah dari gen siapa, so takleh nak kata lebih, kihkih.

Masa umur Hajjar 7 bulan dapat detect yang Hajjar ada sindrom Breath Holding Spells, masa tu kat kampung rumah mak ayah, masa ni umur ni dia dah kenal orang dan tunjuk perasan merajuk, marah and so on, bilamana ada satu kejadian Ika lambat angkat bila dia menangis masa tu lah dia menangis teruk dan terus senyap, biru muka, lembik terlentok macam tak sedar atas baju mak. Uii cuak gila masa tu, pucat lesi macam terhenti dengup jantung tengok anak biru dan lembik terlentok atas dukung mak, terus tepuk-tepuk belakang, in second times dia ok balik. Bila pergi klinik dan buat checkup doktor sahkan benda tu, takleh nak buat apa, maybe for a while, bila dia dah pandai control insyaallah ia akan ok dan normal.



So sepanjang membesarkan Hajjar ni part menangislah kena alert lebih jangan biar kan dia sempat menangis lama dan 'selok k.o' orang cakap, bunyi menangis tu terus ambil dan tenang kan, kalau lambat-lambat jadi macam tulah, muka biru, lembik, tak sempat bernafas kes tangis tu. Nasib baik abang pun jenis macam siren dah faham adiknya macam mana, kalau Hajjar dah start menangis terus bertempik, mama Hajjar menangis, terus lah mamanya macam Watson Nyambek menyelamatkan keadaan semasa, agak meletihkan tapi under control. Bila masuk umur 2 tahun alhamdulillah sindrom tu dah gone sepenuhnya. Cuma kita lah kadang panik lebih sebab dah lama lalui keadaan macam tu, pantang dengar Hajjar menangis.

So korang kalau ada anak macam Hajjar ni memang kena belajar cara handle betul-betullah, kalau tak anak biru, dengan kita-kita pun biru. Tips Ika handle anak Breath Holding spells macam Hajjar ni

Pertama sekali, jangan biar kan anak menangis lama, kalau start dengar anak menangis tu Haa cepat-cepatlah ambil anak, jangan bagi dia menangis teruk dulu, sebab breath holding spells ni bila-bila masa je boleh jadi, anak menangis, nafas tertahan, muka jadi pucat, mulut biru jika biar kan anak akan pengsan dan tak sedar, so nak prevent jadi macam tu jangan sesekali biar kan.


Keduanya, bertenang even situasi tu sangat menakutkan mak-mak kena bertenang dan cuba tenang kan anak, biasa Ika kalau anak nak start menangis kuat dan cuba tahan nafas macam tu, Ika tepuk-tepuk belakang anak, supaya dia sedar dan jangan tahan nafas, sebab anak breath holding spell ni macam dia tak reti nak kawal nafas masa menangis tu, dia tahan betul-betul. So biasa Ika grab anak terus tepuk-tepuk Belakang dan tenang kan dia.


Ketiga, bagitahu abang kakak jangan buat adik menangis, terang kan situasi adik ya macam mana, bagitahu bahaya dan kesan kalau, apa jadi kalau buat adik menangis, alert bila adik dah start menangis, tu yang masa Hajjar memang pantang dengar nak start menangis teruslah berlari abang kakak bagitahu mama Hajjar nak menangis atau dah menangis. 


Keempat berdoa banyak-banyak supaya anak cepat sembuh, anak pandai control dan sebagai ya, mintak pada Allah sajalah Moga-moga apa yang di lalui anak sementara sahaja. Kita sebagai hamba kena redha dengan segala ujian yang Allah kurniakan tanda kecintaan dan sayang Allah pada kita tanpa ujian tiada lah kemanisan. 


Alhamdulillah, 1 Ogos baru-baru ni cukup sudah lah Hajjar berumur 3 tahun, matang, banyak bercakap, dan paling syukur breath holding spells hilang sepenuhnya. Allah jualah yang Maha Menyembuh kan. Antara ikhtiar Ika bagi Hajjar makan Minyak ikan je bagus untuk otak kanak-kanak sebab kaya dengan EPA & DHA. Memandangkan breath holding spell ni tiada rawatan khas makanya itu jelah ikhtiar Ika, yang penting Hajjar sepanjang membesar sangat cergas dan aktif tu pun syukur sangat dah. Apapun Selamat Ulang tahun yang ke-3 my second Azra. Moga terus membesar dengan sihat walafiat, dipanjangkan umur bermanfaat, di rahmati selalu, cemerlang dalam apa jua yang dilakukan, jadi hamba yang mendirikan solat, patuh arahan dan perintah Allah, Jadi anak Solehah penyejuk hati mama ayah, insyaallah amin. 


Salam Aidiladha 2020

8.03.2020

Alhamdulillah raya haji kali ni dapat balik, ingatkan dah nangis tanpa lagu dah kat perantauan tak dapat makan daging lembu korban kihkih. Balik kali ni nak kata tak jem, 10 jam jugak dari normal rate 6 jam perjalanan balik kampung, kereta banyak, Jadi follow the flow 10jam jugak nak sampai kan ke kampung, siap pakej masuk kebun sawit, sawah padi, kebun getah lagi shortcut punya pasal, wakakka. Sampai rumah terus makan petang merangkak makan tengahari yang terlewati, bajet sampai pukul 1 tengahari, tersasar 2 jam akibat masuk je bumi Kelantan dah start beratur. Singgah beli lemang dan putu halba pakej tambah lemak yang sedia berlemak badan ni haa.
Berehat dari lenguh duduk kat dalam kereta, sempat lah lelap seround lepas melantak makan, manalah tak naik badan bila balik kampung, memang kerja untuk makan saja bila balik kampung, sahih dan cop ibu jari kaki, kihkih. 


Pagi esoknya semua dah bangun pagi-pagi kes nak tengok lembu kena sembelih, Harrazlah paling excited sebab sebelum raya dah bergoogle bagai tengok cara penyembelihan lembu, macam kan tak pernah tengok, padahal penonton setiap setiap tahun kot, orang yang dok kat depan sekali port duduk tengok lembu kena sembelih. Geng mak-mak ramai anak hanya stay kat rumah sajalah sambil tunggu dan layan karenah anak-anak sebelum part makan-makan siap. Tengahari semua bersiap untuk keluar makan dah kat rumah saudara yang memang acara makannya setiap tahun buat situ, lepas sembelih, daging yang nak buat makan terus masak kat sana, so kami bawa badan sajalah pergi makan. Selesai makan balik rumah bahagi-bahagikan daging korban untuk semua saudara mara yang dalam senarai.


Sambil tu masa ni lah geng menantu plak yang tunjuk skill memasak, ambil bahagian sikit sorang menu eloklah boleh makan petang terus merangkak makan malam. Hari pertama raya aidiladha memang acara makan menu daging lah biasanya. Kalau kat rumah mak ayah menu biasa dan popular daging masak kicap, daging bakar dan goreng, sup tulang dan asam perut. Kalau kat belah suami singgang tulang, daging goreng, daging goreng, perut bulat asam. Menunya tak lain tak bukan, asasnya dari lembu, wakaka. Nak jumpa lauk lain maybe hari ketiga dan keempat dah, sebab biasa masuk hari kedua semua dah tak boleh telan daging lembu kes muak biasanya, tahap tak boleh tengok, sudahnya lauk hilang kan muak, ikan kering, telur dadar dan sambal belacan lah jawabnya.

Raya kedua balik ke rumah mak ayah untuk beraya, walaupun dah takde daging lembu fresh di masak, boleh jugak merasa daging kambing mak saudara menjamu makan, biasa raya haji ni kat rumah memang tak masak lerr tunggu jemputan makan je. Malam tu baru kami bakar-bakar apa yang ada sambil potong kek sambut ulangtahun kelahiran ayahanda kes belated dah sebab masa ni je semua berkumpul balik. Dapat berkumpul dan makan sama-sama. 




Memang kami kalau bab makan daging korban bersungguh-sungguh masa raya korban je, habis raya semua tahap tak boleh layan dan tengok daging dah, tunggu lah seminggu dua atau sebulan dua plak hilang cemuihh makan daging baru boleh masak balik daging. Tahap naik bintang kama berbentuk daging dah orang kata kalau lahap daging korban tu, kihkih. Orang lain tak tahulah, tu family kamilah. Padan lah dengan bersungguh-sungguh semua rakyat kelantan balik kampung even berbelas, puluh jam atas jalan raya. Selain dapat berkumpul sesama keluarga, maklumlah raya puasa tahun ni semua kena kurung, raya haji kali ni, Semua tak kira dah asal boleh balik, virus tak virus,kes naik tak naik, orang kat kampung tetap nak jumpa, peduli dah kan. Apapun salute rakyat kelantan dan negeri-negeri lain, moga Allah limpahkan rahmat atas kesungguhan balik kampung, menghidupkan sunnah Nabi kita ziarah-menziarahi. Moga-moga asbab kesungguhan kita semua, virus kobid ni terhapus dan terbenam. Who knows kan, manusia merancang Allah tetap merancang. Apapun moga semuanya baik-baik saja, insyaallah amin. 



8 Tahun Pelajaran dan Pengajaran

7.24.2020

Being a mother is the best moment untuk suami isteri. Samalah kami laki bini. Once disahkan hamil anak sulung gembira tak terkata dalam masa yang sama ada perasaan takut juga. Yelah first time, memacam memikirnya bila bawa somebody dalam rahim sendiri. Harraz adalah anugerah dari Allah untuk mendidik, mengajar kami menjadi manusia yang lebih baik. Anak sebenarnya datang untuk membetulkan perjalanan hidup kita menuju dan kembali pada Allah. Bila lahirnya Harraz banyak sangat perkara yang kami suami isteri dapat terutamanya dari segi pengajaran. Datangnya Harraz antara kami suami isteri banyak buang ego yang bersarang kat kami suami isteri, belajar terima kelebihan dan kurangnya kami. Allahu, tak ternilai, tak terkarang ayat yang setepatnya apa yang kami nikmati dari anugerah Allah yang satu ni. Apapun alhamdulillah dan syukur atas 8 Tahun kurniaan dan pinjaman Allah ni.

Jauh lagi perjalanan kami sebagai mama ayah kepada anak-anak. Kekurangan ketika membesarkan, mendidik Harraz dan Haddad kami upgrade to be better bila anak makin bertambah. Allah jua yang memudah menguruskan anak kami sepanjang mereka membesar, kerana tiada daya upaya kami melainkan semuanya pertolongan dari Allah. Alhamdulillah sepanjang mendidik anak-anak, the chaos situation wajib ada, tu memang tak boleh nafilah, sebab setiap anak-anak ada keunikan tersendiri. Apapun untuk Harraz mama berterima kasih dan minta maaf sangat sejak dari kecil lagi Harraz banyak berkorban(menangis), sebab anak sulung banyak mengalah, beralah dengan adik-adik. Harraz kalau setiap kali ada something adik-adik yang against his will, dia akan remind "Harraz adalah orang pertama yang duduk kat dalam rahim mama, Jadi kena dengar cakap abang Harraz, kena...bla bla", his point memang win dan adik-adiknya memang akan gamam tak mampu balas, hahaha. 


Ika dulu masih ingat selepas kejadian hitam, pernah tercatat dalam blog ni, memang ingat tu dah last time tengok Harraz tapi Allah jua yang Maha melindungi, Harraz selamat tapi the progress after that sangat menyedihkan, Harraz tak banyak bunyi, poor eye contact banyak tenung kipas bergerak, sangat-sangat sensitif dengan bunyi-bunyi yang kuat, bunyi enjin motor, bunyi drill semua tak boleh, akan buat Harraz menangis, sedih sangat sebab ciri-ciri yang Harraz tunjukkan tak normal, seperti sindrom budak-budak autism tu, paling tak keruan picky eater yang teruk, dan Harraz di diagnosis ada asma selepas kejadian tu, so waktu malam ketika Harraz tak sihat seperti selsema dan batuk sangat horror, nak tidur pun takut, takut sedar-sedar Harraz dah semput atau tiada, punya trauma teruk lepas kejadian hitam tu. Harraz punya body macam budak tak cukup zat. Sedih amat. Tapi mama kuat kan hati, sentiasa positif kan diri even though nak positive tu sangat payah sebab my health masa tu pun mencabar. Tapi mama percaya Harraz bukan seperti yang terlintas kat fikiran, cuba lawan that thoughts. Allah je tahu struggle masa tu, struggle pulihkan diri sendiri, struggle dengan keadaan anak. 

Harraz umur 3 tahun lebih baru keluar perkataan dari mulut, alhamdulillah walaupun lambat terus dapat sebut dengan jelas tanpa bunyi 'telor', syukur sangat dari hasil konsisten bagi minyak ikan kat Harraz, his condition sangat memberangsangkan terutama bab bernafas banyak progress yang positif. Dalam masa tu jugaklah banyak effort mama try dan adjust untuk improve masalah picky eater yang teruk. Dari hanya makan pasta sahaja, Harraz mula makan bihun dan mee, dan akhir sekali nasi. Tu pun masuk umur 5 tahun baru start makan nasi even sekali sekala tu pun satu progress yang sangat besar buat kita yang bergelar mama apatah lagi Harraz mula start melompat dengan gerakan yang betul.

Apapun pengajaran dan pengalaman termahal mama dapat dari anakanda sulung start dari mengandung melahirkan, dan membesarkanmu. Selamat Hari Lahir Harraz yang ke 8 Tahun, mama doakan Harraz terus berani lawan segala ketakutan yang bersarang dalam diri Harraz dan hilang kan trauma Harraz moment dengan mama ketika mama hilang kewarasan dulu dan hanya mengingat moment yang indah dengan mama sahaja. I love you to the moon, mama ayah doakan Allah kurniakan kesihatan yang terbaik, kehidupan yang diberkati, dipermudahkan, di rahmati selalu, Jadi anak soleh penyejuk hati mama ayah, Jadi hamba Allah yang diri kan solat, patuh melaksanakan perintah-NYA dan ikut sunnah Rasul, hiasi peribadi yang baik mulia . Insyaallah amin. 

P/s: korang kalau anak ada masalah speech delay, autism, sawan, developmental issues etc boleh cuba NEMECHECK PROTOCOL. Ada group khas kat facebook yang guide parent macam mana nak buat protocol, hanya guna 3 benda FISH OIL, OLIVE OIL dan INULIN (3 tu pun ada brand terpilih yang berkualiti tinggi). Nak tahu lebih lanjut korang boleh request join private group tu. Tak salah mencuba kan, lagi pun dah banyak hasil positif yang ahli group tu dapat hasil amalkan protokol konsisten dan disiplin. 

7 Tahun Manis Pahit Suka Duka

7.07.2020

29 Jun 2020 cukuplah 7 Tahun umur anakanda kedua. Banyak suka duka membesarkan anak rapat ni, banyak juga pengalaman, pengajaran bila dapat anak-anak rapat. Alhamdulillah ku syukur Allah bagi ujian dan nikmat ni buat ku dan suami, syukur atas anugerah dan amanah yang Allah kurniakan buat kami suami isteri. Sekejap je masa berlalu bila anak dah 5 tahun ke atas, sekejap sekejap dah beralih tahun, tahu-tahu anak dah nak nikah kahwin nanti. Sempena birthday anak Sempena pkpp ni nothing special, konon nak buat sendirilah keknya, tapi faham-faham sendirilah ku bab baking ni seloww dan tak minat sikit, tu yang banyak alasan bila anak ajak buat kek sendiri. Last-last suami decide tapau dari kedai je macam biasa, hehe. Selain tu anak minta ayam goreng tepung tu je Sempena birthday. 




Anak nombor dua ni memang karakter dia lain sikit dari adik beradik yang lain terutama dengan yang sulung tapi mama tak nak banding kan anak-anak sebab setiap anak ada keistimewaan dan kelebihan juga kekurangan masing-masing. Apa yang Ika perasan Haddad ni memang keras luaran tapi dalam hati ada taman, macam mama juga, kena cara treat memang lain macam hasil yang dapat. Nak mintak tolong bagitahu je baik-baik, kurangnya jenis tak sabar-sabar. Yang rajin layan dik-adik dialah, yang senang nak minta tolong pun dia yang paling cepat respond. 



Paling tak tahan peel bila nak sesuatu memang tak sabar menyabar, kalau nak tu memang dan dan tu jugak dia nak, kalau tak kena cara memang berpanjangan drama, sini lah kena bijak pandai pujuk dan divert trick untuk anak kedua ni makan saman. Kalau lagi kau berkeras, lagi dia double triple berkeras, uhuiii boleh terbang lintang pukang kesabaran. Apapun setiap anak ada cabaran masing-masing sebab masing-masing semua berbeza dari dalam rahim lagi diorang berbeza, pengalaman mengandung, kelahiran dan bila membesarkan anak-anak ni, yang penting parents tetap sayang semua anak-anak tiada lebih dan kurang kan? Sebab manusia tu unik, takde yang exactly sama, cara treat anak-anak pastilah doesn't fit one ways, so do the best sajalah kita as parents, everyone want the best to each other especially untuk anak-anaknya. 


Kita sebagai parents Jadi pendorong, penggalak, supportive, complimentary, understanding them. Bunyi macam mudah je kan? Takpe lah sampai masa semua orang akan rasai apa yang dah mak ayah kita lalui dahulu masa besar kan kita, ambil panduan dan pengajaran apa yang telah kita lalui sepanjang membesar dari didikan ibubapa kita. Jika kita rasa kita Jadi the best person dengan cara didikan mak ayah kita, why not kita follow saja apa yang diorang dah terapkan apa yang baik untuk kita sepanjang hidup ni. Tak rugi pun kan. 




So untuk anak-anak mama, nak didik Jadi pejuang Islam rasa macam jauh sangat lagi, tapi as long as niat kita sebagai mak ayah tiada lain dan bukan mama doakan anak-anak mama membesar Jadi orang bermanfaat untuk agama, dunia akhirat. Jadi hamba yang mendirikan solat, amalkan al-Quran sebagai panduan hidup, bukan semata-mata baca tapi amal dan istiqamah, sesungguhnya mama ayah sentiasa ingat pesanan tok ayah dan umi supaya jangan sesekali tinggal solat dan al-Quran sebab tu sajalah bekalan terbaik sebagai hamba Allah kerana matlamat hidup kita semua untuk mengejar syurga Allah. Mama doakan anak mama sentiasa berjaya dalam apa jua urusan hidup, dikurniakan kesihatan yang baik dan tenang bahagia dan gembira dalam menikmati semua anugerah Ilahi, dilindungi dalam apa jua situasi,  happy 7th birthday my son Ahmad Haddad. Your story birth will remain forever in mama's memories. 

Catatan 29 Jun 2020
Sempena ulang tahun hari kelahiran anakanda

Ramadhan & Aidilfitri 2020 yang Berbeza

6.03.2020

Disebabkan ramai yang dah ratib #newnormal, ku nak bagitahu apa yang berlaku sekarang abnormal. Jangan menormalkan benda tak normal. New brainwash untuk manusia, yang follow mainstream teruskan follow kerana itulah apa yang mereka mahu anda percaya. Hidup dizakhir zaman ni sangatlah mencabar bila nak bezakan hak dan batil, hanya kepada Allah sajalah kita minta petunjuk. Cerita-cerita zombie di TV melalui drama dan movie bukan sesaja. Zombie itu siapa? Bukankah dikalangan manusia juga, bagi yang suka berfikir dan mengkaji, buatlah pembacaan, kajian, Baca dari banyak sumber, buka satu hala dan favorable sahaja dan akhir sekali buatlah pertimbangan yang adil, gunakan akal fikiran yang dianugerahkan, banyak kan tadabbur Al-Quran, banyak kan follow ceramah-ceramah tentang akhir zaman, then connect the dots yourself. Takut-takut dalam tak sedar kita lah zombie tu sebenarnya, brainless. No one will tell you the truth termasuklah media massa. They tell something what they want you to believe in, berhati-hatilah, hanya kepada Allah sajalah kita minta pertolongan dan pergantungan, kita semakin menghampiri dengan realiti yang di katakan mengarut.

Masih ingat setahun dua ni ramai yang bagitahu tentang 'mental health' issues akan meningkat bermula tahun 2020 berkali ganda, boleh relate dengan keadaan sekarang dan akan datang? Pandai-pandai sendiri lah fikir kenapa? Al-Kahfi jangan tinggal, hafal 10 Ayat awal dan akhir pun dah bagus sangat. Lagi bagus setiap kali Jumaat habis kan satu surah. Hargai tempoh cuti percuma yang diberi dalam tempoh PKP ni. Dan mula lah kita semua rajin bercucuk tanam, mantapkan survival skills yang tak pernah kita buat. Jangan buat hutang Bank baru dalam tempoh 5 tahun ni, kerana akan banyak kelonggaran 'to do so', selesaikan apa yang dah kita hadap. Cashless will become reality, lagi mudah semua orang buat hutang baru, semua di alam maya, tapi hati-hati lah perangkap akhir zaman. Just remind myself. This new normal sangatlah penting untuk bisnes owner tak the chance, follow the wave, we're moving to cashless world, nak tak nak kena follow jugak.


Yes Ramadhan kali ni sangat berbeza, tak sangka apa yang dengar dulu dalam ceramah tengah kita hadap realiti, this is early signal, tapi as soon as possible benda ni semakin cepat untuk kita lalui. Bersediakah kita? Apapun realiti mati satu hakikat, just be prepare, kerana matlamat kita semua mati dalam Husnul Khatimah, anak-anak kuat kan akar akidah kerana cabaran yang mendatang tak ketahuan.


Alhamdulillah tahun ni walau Ramadhan yang berbeza, dapat jalani bulan Ramadhan penuh dengan family kat kampung, suami pun dapat balik beraya sekali tahun ni. Nikmat apa lagi yang kami dustakan. Dapat masak menu berbuka untuk keluarga dan mak ayah dah rasa puas sebab dapat berbakti walaupun sumbang tenaga je, hehe. Apapun kenangan Ramadhan 2020 memang mahal sebab dalam tempoh yang sama terpaksa BERPJJ dengan suami. Setiap hari anak-anak bervideo call dengan ayahnya. Soalan bila nak balik tu macam mandrem dah, hehe. Tak pasal-pasal tahun ni mengada buat biskut raya sendiri, menu berbuka pun sepenuhnya buat sendiri.







Anak-anak pun dapat berjemaah dengan keluarga, selama berkahwin hampir 10 tahun ni, 3 orang anak lahir bulan Ramadhan, Ahmad Harraz, Ahmad Haddad dan Azra Haniy so sepanjang pengalaman tu, 4 kali jugaklah dapat menjalani Ibadah Puasa kat kampung bersama keluarga termasuk tahun 2020. Mana nak dapat peluang sebegitu kan kalau dah kahwin melainkan duduk sesama dengan mak ayah. So ku anggap ni Anugerah dan hadiah dari Allah untuk luangkan masa dengan orang kesayangan kat kampung. Sempat lagi bercucuk tanam ringan-ringan kat kampung dengan adik-adik. Sederhana je sambut raya tahun ni, baju raya pakai apa yang ada, ziarah siapa yang boleh ziarah saja, maklumlah ramai paranoid teruk ditipu media massa. Apapun bersyukur Allah kurniakan kesihatan terbaik buat kami sekeluarga dan anak-anak sepanjang tempoh wabak ni. So tak tahu ada lagi tak sekelompok orang yang basuh duit dan barang, dan mandi dulu lepas keluar, hihi.








Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 
Buang segala prasangka, dengki dalam hati, takut-takut dengan #newnormal ni makin ramai orang yang berpenyakit hati dalam tak sedar. Maklumlah tak boleh tengok orang berkumpul, berziarah, beriadah, beribadah. Hati-hati dengan jarum halus musuh-musuh Islam. Peace. 


Catatan 11 Syawal 1441H
1.05pm. 

Majlis Kesyukuran & Family Day

3.12.2020

Sebulan lepas pindah rumah, mak ayah buat Majlis Kesyukuran. Orang-orang tua kiasnya nak anak-anak balik berkumpul dengan buat majlis kat kampung. So memang anak-anak wajib baliklah tambahan lagi acara tahunan memang dah bertarikh tetap setiap kali musim cuti sekolah akhir tahun, sedang elok ayah rancang buat majlis.


Actually bulan November tahun lepas kejadian tak terduga jadi kat mak, bila mak jatuh kat tempat berlangsungnya dinner sebelum mak bersara setelah berpuluh tahun berkhidmat sebagai pegawai bank. Nak di jadikan cerita mak nak pergi tandas untuk solat maghrib, laluan situ licin, mak terjatuh tertongkat tangan hingga patah dekat pergelangan tangan. Sepatutnya November tu bulan last mak kerja, tapi Allah plans who never know, so start hari tu mak bersara terus sambung cuti dan terus bersara. Tak sempat bermajlis bagai. Insyaallah ada hikmahnya. Moga mak cepat sembuh, sekarang still berbalut lagilah. Ambil masa untuk betul-betul kuat gunakan tangan. 


So balik kampung lah kami untuk majlis dan juga family beza sebulan je dari tempoh mak datang jalan-jalan kat rumah kami, hehe. Bergilir-gilir gitu. Syukur sangat ayah masih kuat dan sihat bertenaga diumur 65 tahun, rasa sekejap je masa, masih terasa iols muda remaja, tapi tiap kali mak ayah datang hantar lepas pantang sayu je, tengok dan perati garis-garis tua diraut wajah, tubuh dan tangan mak ayah. Allahu, masa berputar dan berputar tanpa henti. Al-fatihah hadiah untuk mak ayah dikala kejauhan ni. Moga Allah lorongkan jalan mudah supaya dapat duduk dekat mak ayah hingga akhir usia mereka. Dapat jaga dan ambilberat sebagaimana mereka bersungguh-sungguh ambilberat tentang anak-anak even dah tua bangka ni, huwaa. 


So dapur legend mak always kat hati anak-anak. Dapur nilah tempat kami anak beranak membawang, berborak santai, berbincang, cakap isu semasa, cakap isu serius dan dapur ini jugaklah yang menyatukan kami sekeluarga besar bila berkumpul. Rindu. 




Biasa buat majlis memang tingkat atas untuk acara belakang tabir je, segala majlis semua kat bawah, selawat ke, solat hajat ke sebab ruang bawah tu memang kitaorang tak duduk. Hanya guna ketika majlis, raya dan acara keramaian je. Ewahh bunyi macam hotel lah pulak. Dulu masa sekolah memang berteman lah nak turun ke tingkat bawah ni, semua takut even rumah sendiri, hahha. Ku rasa bukan ku sorang yang macam tu. Almost orang perempuan kot macam tu, pecut macam hape lepas ambil apa-apa kat tingkat bawah. 
Kumpulan marhaban tu semua kawan-kawan mak minah, nenda kesayangan. Teringatlah masa muda mudi dulu selalu pergi hantar mak minah pergi mengaji, maklumlah lepas spm takde kerja buat, cuti semester duduk sesaja memang kerja teman mak minah pergi pasar, hantar pergi mengaji marhaban. Siap mak minah and geng ni dah cuba kenen kami adik beradik maklumlah semua perempuan, kenen dengan cucu-cucu yang ada. Korang kalau ada nenek tu ambillah peluang, mana tahu jumpa jodoh. Tapi tulah kami adik beradik masa tu semua dah berpunya. So gone macam tu jelah harapan nenda nak kenen sampai jadi. Selesai acara selawat bersambung dengan acara solat hajat. Acara makan tu jangan ditanya, memang sampai ke lewat petang baru settle. Lusanya terus ke acara family day. Terus lah kami ke Tok Bali. Berkumpul santai ramai-ramai.Since 2008 family day kami buat kalau tak silap, bermula naik Cameron Highland lepas tu bersambung-sambung hingglah kini, dari bujang, semua dah beranak pinak, cucu cicit sedara bertambah jadi keluarga besar. MasyaAllah, syukur. 

Beginilah setiap tahun siap yang berkelapangan memang tak lepas peluang untuk join. Kami laki bini pernah pillow talk, kadang hidup ni kena stop sekejap, pandang sekeliling. Setiap hari kita sibuk dengan kerja, dengan tanggungjawab masing-masing yang dah bina keluarga, biasa semua ada alasan sibuk. Tapi untuk acara sebegini, jangan letak alasan sebab untuk berkumpul sebeginiemang tak selalu peluang ada. Boleh jadi waktu tu je peluang kita ada untuk bersilaturrahim, masa akan datang kita dah pulang ke kampung abadi. Atau masa tu kita tak sihat, even tak mampu bangun. So hargai 5 perkara sebelum 5 perkara. 


Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
[1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
[2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
[5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”


Sekadar mengingatkan, sebab kadang Ika sendiri pun lalai dan alpa dengan 5 perkara tu. Tahu-tahu semua dah berlalu rasa tak sempat Berbuat apa-apa. Sangat merugikan. 


Disaat masih dapat berbual, senyum, bergembira dengan orang-orang yang kita sayang, buat dan jangan bertangguh. Kerana bila kita bertangguh memang kerugian yang kita alami. Ada sesetengah orang tak rasa event sebegini penting, tapi untuk Ika yang jarang boleh balik kerap ke kampung, peluang sebegini memang tak boleh dilepaskan. Moga next family day Allah izinkan untuk berkumpul kembali. 

Bab makan bersama ni memang paling meriah, dapat borak dan membawang bersama ibu bapa saudara, sepupu-sepapat. Perut kenyang, hati pun senang, tu yang memboyahh semua perut. Kambing seekor memang licin tak tinggal apa. Tulang pun rembat buat balik esoknya untuk dibuat sup cicah roti. 

Selagi tak licin memang bab makan tak boleh nak berhenti. Puas hati betul tahun lepas sebab memang tak susah payah nak membakar, berbbq, tahun ni semua upah catering. Aduihh lagi sedap makan. 


Semua tidur lena, even angin kuat maklumlah hujung tahun dengan musim hujan dan beranginnya, yang penting tak banjir. Esok pagi semua bangkit awal, nak main sukaneka seronok santai-santai je acara keluarga kami, main dengan anak-anak, tukar-tukar hadiah kasi meriah suasana dan happening.




Ni rest 10minit,kebetulan pak cik jual aiskrim datang pakat serbu, habis satu tong, rezeki tak terduga pak cik aiskrim kena serbuk keluarga besar tak cukup tangan. 





Dalam banyak-banyak gambar, gambar ni satu sekali sebab inilah kali terakhir mak bidah join family day. Last minit berubah keputusan nak join, sebelum tu tak nak. Rupanya inilah family day terakhir mak bidah. 

Apapun syukur alhamdulillah acara sebegini Allah bulat kan satu hati kami semua untuk berkumpul. Bukan mudah nak buat acara sebegini kalau tak kerana sebulat suara, seiring pendapat dan Allah izinkan masa luang untuk berkumpul. Insyaallah tahun 2020 moga semua dapat menyertai acara mahal tak ternilai ni. Love uols.


Xoxo-Ika
Other things may change us, but we start and end with the family








April, Umur Berkurang 1 tahun

4.26.2017


Alhamdulillah syukur kami suami isteri masih dipanjangkan umur untuk menikmati segala nikmat kehidupan. Rasmi nya memang dah 3series pun kami laki bini, anak-anak makin membesar dan kehidupan kearah yang lebih stabil, insyaallah amin.

Tiada doa selain mengharapkan keampunana dan keredhaan ilahi sepanjang kehidupan ni. Sentiasa diberi kesihatan yang baik buat kami sekeluarga, dimurahkan rezeki selalu, dilapangkan dada dan dipermudahkan segala apajua urusan. AMIN.

HAPPY BIRTHDAY TO US
ATIKAH x AZHAM

Cerita Raya 2016 & Throwback~ 1

7.17.2016

assalamualaikum...


hai gaiss, baru menyempat bersiaran walaupun dah bertongkol idea menulis datang...apapun sebelum syawal berakhir, tentulah nak sharing moment raya kali ni... alhamdulillah tahun ni turn belah suami beraya, walaupun rumah takde jauh sangat pun,maklumlah kahwin satu negeri,  syahdu tau bila beraya jauh dari makayah tambah-tambah turn adik kakak tahun ni semua belah kelantan, jadik tak menyempatlah kitaorang berkumpul, bergosip dimalam raya...huwaaaaa, sebab momen nilah yang paling mahal antara kami adik beradik...sedih iollss, so tahun depan even dah turn belah kita plak, tapi adik beradik lain semua turn belah suami masing-masing, tetap juga sedih sebab moment berkumpul ramai-ramai tak dirasai at myside...sadisss betul kalau camnilah aturan balik kampung..


apapun, tahun ni i'm so blessed sebab diberi peluang oleh mak mertua untuk menguasai dapur, hihi...so tahun ni me as menantu memasak kat dapur ma, sebab tahun-tahun sebelum ni raya terlalu pelbagai moment raya kitaorang kami suami isteri dan kebanyakan tahun sebelum memang diakui takde mood 7 feeling raya betul-betul like this year. Tahun pertama beraya sebagai husband wife and as parent kitaorang beraya kat wad NICU kes kelahiran pramatang anak sulung, raya kedua alhamdulillah beraya dalam pantang kes kelahiran anak no.2, raya ketiga dan keempat no preggy moment & confinement tapi sibuk breastfeedkan si haddad yang suka mengempeng & soooo clingy, tapi raya kali ke5, feel so thankful sebab dapat beraya 5 beranak betul-betul rasa feeling raya, dan yang penting elok-elok je dah habis pantang tapi ujian-ujian lain pula menduga. itulah, hidup tanpa ujian, tiadalah kekuatan, ketabahan, kesefahaman, kepercayaan & harapan. alhamdulillah.



so cerita raya kali ni, mak mertua beri kepercayaan untuk ika masak jamuan raya for the first day...the menu Nasi beriani, Kerutub Kambing, ayam masak pedas & kuzi ayam, the rest 'special rendang tok' mestilah wajib dari air tangan mak mertua anak-anak nak makan...hihi...gambar, sorry memang tak menyempat nak snap...kiki, paling best tahun ni dapat mkan KELAMAI...Allah plan penuh rasa cinta, alhamdulillah, siapa sangka tahun ni dapat merasa kelamai rentetan episod mengidam..tapi tak menyempat buat biskut 'tat nenas klasik/tat mawar'..memandangkan settle memasak sebelum midnight, alhamdulillah esoknya memang happy senang & lapang untuk berfoto shoot raya...berbanding tahun-tahun sebelum rasanya tak banyak gambar raya melainkan sempat selfie wefie aje..


Lupa pula, the best moment ramadhan tahun ni alhamdulillah dapat berpuasa kat kampung sepenuhnya, so bergilir-gilirlah bukak puasa in a week rumah makayah & parents in law..kiki, heaven betul tahun ni, makan buka puasa semua menu diidamkan dapat..dan sepanjang perkahwinan seingatnya dua kali sahajalah sempat berpuasa bersahur bersama-sama suami dirumah banting, the rest tahun pertama kedua, dalam pantang, tahun ketiga keempat kat banting, tahun kelima kebetulan memang suami dah diberhentikan kerja, makanya balik kekampung setelah misi yang dirangka terpaksa hold dulu sambil tunggu ma balik dari mekah.. cerita yang ni sambung kemudianlah...kita raya dulu...haahah




till then..bersambung, xoxo


Ramadhan 2016

6.13.2016

Banyaknya kekangan sampaikan tak sempat writeup kat laman sendiri. Tahu-tahu dah ramadhan 2016. alhamdulillah masih diberi peluang beribadah menjalani puasa dibulan mulia ini, 2016 banyak suka dan duka family kecil ika. memang boleh buat novel nak cerita satu-satu, tapi yang paling bersyukur tentulah kehadiran sikecil Azra Hawaa penambah seri keluarga ika. Banyak plannin nak tukar header, nak humban entri lama-lama kat tong sampah, i mean tulisan yang tak bermanfaat jika ada, walaupun rasa sayang maklumlah blog ne memang banyak kenangan ketika muda mudi dulu, main karang je apa yang nak tulis...tapi bila dah masuk umur 30 ni lain macam pulak rasa kematangan dan kedewasaan, cara berfikir, melihat perspektif kehidupan dengan cara yang berbeza. Ika dalam usaha merubah kehidupan dan diri kearah yang lebih baik, memandangkan hidup ini singkat, ruginya kalau tak tulis perkara yang bermanfaat buat orang lain. Apapun pengalaman hidup sangat mematangkan diri. Ika mohon maaf sekiranya tulisan ika sebelum-sebelum ada yang mencuit hati pembaca. Yang baik ambil buat panduan, yang buruk jadikan sempadan, yang buruk itu datang dari ika sendiri yang lemah dan selalu membuat khilaf, yang baik itu tentunya dari Allah taala maha pengcipta langit dan bumi. Insyaallah ramadhan ni, ika berniat nak ubah blog ni sebagai medan menyampaikan ilmu, pengalaman sendiri supaya kita dapat sharing-sharing knowledge & pengalaman, serta perkara baik. Semoga diberi kelapangan masa olehNYA untuk terus menulis. insyaallah, amin. 





Ulangtahun 19 APRIL & 23 APRIL

4.20.2015

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh..semoga pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu...




Pejam celik pejam celik tak sangka tahun ne umur sendiri sudah memasuki 29 tahun semalam 19 April dan suami pula sambut 23 april (jimat kek...behehe) secara rasmi (selamat hari lahir buat penulis blog ika greenapel ~ nur atikah, moga sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, maju dalam bisnes shaklee dan mencapai semua impian hidup, thanks pembaca semua doakan me^____^), dan tahun depan maka 3 series bakal dilalui. Banyak impian belum terlaksana, namun nikmat yang Allah berikan selama ini memang tiada taranya. Masih punya mak ayah, masih ada keluarga serta keluarga sendiri, punya suami dan anak-anak, kehidupan yang gembira & membahagiakan walaupun kadangkala halilintar dan ribut petir menyinggah sekali sekala...behehe. Rasa macam, cepat sangat masa berlalu, dulu masa sekolah sibuk nak dewasa, bila dah dewasa mulalah terkenang-kenang zaman kanak-kanak. Adatlah kita manusia. Melalui fasa-fasa kehidupan sehingga saat ini, rasa tak terhitungnya rahmat dan nikmat Allah bagi, syukur alhamdulillah atas segala peluang merasai nikmat yang mungkin sekali tidak dirasai orang lain. 


Tahun ne, alhamdulillah, means diri sendiri tak lupa tarikh lahir sendiri kes scheduled awal2 lagi entri khas birthday sendiri, hihuu..walaupun tiada birthday shower...kahh, tiada yang lebih bererti selain berada disisi suami dan anak-anak. Sambutan past and past birthday cukuplah makan semeja dengan suami dan anak-anak. Moga disetiap kali bertambahnya umur, semakin banyak amal untuk kehidupan abadi. Tiada apa yang lebih membahagiakan dari mendapat keredhaan Allah selama bermusafir dimuka bumi Allah bak persinggahan sementara ne. Moga hari mendatang i'm better muslimah, mothers, daughter & solehah wife.amin insyaallah.tq sudi baca...daaa

Banjir Besar Kelantan 2014

1.15.2015

sebelum kejadian banjir atau bah kuning dikelantan berlaku, kitaorang lakibini balik sebab ada familyday belah mak. Memandangkan dah sekian lama keluarga besar kami tak berkumpul dan hujung tahun semestinya tarikh pilihan kerana kebanyakkanya memang bercuti cuti sekolah dan cikgu pun turut bercuti. So senanglah sikit, semua ada masa terluang walaupun sekejap tapi sangat berbaloi. kitaorang bertolak balik 12 disember memandangkan program start 13-14disember. Balik tu lalu ikut terengganu sebabnya memang suami saja nak menyinggah and my bunch of memory memang banyak kat terengganu. Do miss the moment. ohh yang tu kita cerita edisi lain sebab memang ada story yang membungkam hati lara nestapa masa singgah kat terengganu. 


Hari program start kitaorang berkumpul disudara resort, kalau ikutkan plan asal kitaorang nak ke thailand pergi ke krabi island dan melawat kawasan sekitar. Tapi ubah plan disebabkan jauh dan tak ramai yang boleh join, so pilihan disudara resort memanglah tepat sebab semua boleh join. Walaupun minggu tu dah start hujan, tapi hari tu alhamdulillah hujan sekejap je so sempatlah anak-anak mandi air pantai walaupun ombak semacam je, bolehlah lepaskan keinginan dan malamnya sempat berBBQ. Punyalah family gathering agendanya lebih kepada berkelah ramai-ramai pasal asyik makan aje dari petang kitaorang sampai ke malam BBQ. Petang makan bihun goreng, kek batik, tat telur, nasi berlaukkan ikan masak kari,  ayam kampung goreng rempah, daging rusa goreng, gulai lemak kuning ikan tongkol, puding triffle sambung pula ke malamnya kitaorang BBQ ayam bakar, daging kambing bakar, sotong bakar, udang bakar, sosej bakar, satar bakar, lokceng bakar, jagung bakar...adooii stress haku tulis entri neh!!terus lapar wehh, grrr-_-". Begitulah jika tukang-tukang masak bergabung tenaga, habis membuntal anak-beranak makan kekenyangan. kebetulan minggu tu memang penuh bilik resort dan hotel, tidur semalaman pun dah kira berbaloi sangat dah, yang penting best berkumpul ramai-ramai macam tu. pagi sebelum kitaorang balik sempatlah buat acara sukaneka isi masa bersama keluarga, seronok2. what a best moment!! diharap lain kali insyaallah boleh buat pula..hihi, sebab this event memang wajib for every year for my family...

Kenangan Raya Haji 2014

10.13.2014

I think raya haji tahun ne tak semeriah sebelum belum ne...hu, sebabnya pergi balik kampung pun dah makan masa 13 jam, dah macam wajib pulak jem teruk bila balik raya, dan tahun ne memang tak makan banyak daging lembu seperti tahun tahun yang sebelum-belumnya...dan pecah rekod jugak tahun ne tak sempat merasa daging panas-panas masih berdenyut-denyut otot selepas disembelih disiat dan dipotong masuk dalam kuali goreng kunyit ke, goreng kicap ke, sup ke, singgang ke...no!! Tak sempat merasa..really frustrated..huu, tang tu yang mahal sebenarnya balik kampung dihari raya korban..takde rezeki nak merasa macam tu ye tahun ne...so balik dari bercuti raya haji memang sehari dua kitaorang laki bini tak boleh nak makan nasi kes muak apatah lagi tengok daging walaupun tak makan daging banyak...btw pecah rekod raya haji pulak tu haku sebat makan ketupat banyak ada 20 biji -_-''....manalah tak naik badan, makan macam ____ sudahnya berisiko tinggi untuk orang awam keliru adakah tuan belog ini seorang bibik atau bokbong hasil dari pengumpulan lelemak berlebihan...kesimpulannya...tiada yang tersimpul daaa...raya haji this year no picture

Kisah Raya 2014 & Ulang Alik di Jalan Raya

8.08.2014

ehemm, lama betul blog bercuti...malas betul sekarang nak menaip..lama betul cuti raya, sampaikan surirumah pun malas nak masuk office jugak, kain menimbun tak berlipat, rumah tak dimop, huwargghh..apapun cerita pasal raya belum sempat nak kongsi...alhamdulillah, balik raya tahun ne kitaorang tak sangkut jem teruk masa balik kampung...sadis betul dengar cerita kawan-kawan yang balik kampung sampai 20jam pun hado...ish2 teruk bebenar penangan orang balik kampung raya tahun 2014 ne, malam jumaat last di bulan ramadhan, buka puasa dan terawih kitaorang dah bertolak...sepanjang perjalanan haku taksedar hape...tidola teww jawabnya, aku jarang tido sebab neman hubby drive...sekali malam tu haku dulu yang mentido...agagaga!!tahu2 dah nak masuk waktu sahur stop di gua musang sahur solat dan berehat kejap...so balik awal sempatla kitaorang gilir berbuka puasa rumah mertua masing-masing 2 3 hari sebelum berakhirnya ramadhan. Memandangkan tahun ne giliran raya belah suami, makanya stay rumah mertua sampai raya ketiga baru balik rumah mak ayah. Kononyalah, walaupun  raya belah hubby, raya first nakla jugak dua-dua merasa beraya rumah mak ayah jugak...sudahnya pagi raya rumah mertua, belah petang balik rumah mak ayah pulak...kihkih, gitulah ye kalau kahwin satu negeri...dekat-dekat pulak tu, ulang alik atas jalanla jawabnya...raya kedua barulah duduk diam-diam rumah mertua...hihuu...

so raya kali ni giliran adik beradik beraya tak sama sebab kakak sulung dan adik dah kena balik melaka raya kedua dan ketiga tu, so terkejar-kejar jugak ulang alik nak berkumpul sesama jugak kekdahnya..kena fair and square lah kekdahnya, nasib suami pun layan, kalau tak ada jugak drama pagi raya..berkumpul satu family walaupun sekejap pun dah puas hati...so suami-suami sekalian alam, jika kita sendiri nak kita adik beradik satu family berkumpul sekali, begitu jugaklah belah isteri...kenalah saling memahami dan bertolak ansur ye...cewahhh gituu...mihmih. Raya tahun ne takdelah sakan sangat memandangkan tahun ne betul-betul beraya disebabkan dua tahun lepas dan berturut-turut beraya dalam pantang semestinya raya tahun ne nikmat sebab boleh makan ketupat rendang lontong dan segala mok niqo...ekekek. 

OOTR (outfit of the raya) tahun ne simple sangat sebab kitaorang recycle je baju yang pakai masa kahwin my sis (cream) dan baju masa kahwin sepupu (turquoise) belah suami...settle!!tambahan baju raya buat penaip entri ne ganti baju raya yang lepsa kononnya...hihi, last minit cari kat jalan TAR...last day puasa kitaorang berbuka rumah mak ayah, sebelum balik malam raya rumah mertua...bersyukur sangat sempat tolong mak masak juadah raya untuk open house first raya...tradisi setiap tahun sebelum ne memang raya kedua open house tapi tahun ne berubah kes giliran raya anak-anak kat kelantan dulu tahun ne..haku?? wajibun dah raya kat kelantan tiap-tiap tahun,tapi tiap-tiap tahun sekejap ada, sekejap takde kes ulang alik rumah mertau sekejap, rumah mak ayah sekejap...-__-'' miahahaa...tambah pulak mak tak sihat last puasa kes gastrik dan nak demam, so awallah kitaorang adik beradik prepare juadah open house untuk esoknya...lepas buka puasa terus masuk dapur proses apa yang patut...menu tahun ne nasi beriyani, roti jala, kari kambing, kari daging kuzi ayam & rendang ayam, mak rehat dan tido je standby layan tetamu je esoknye, anak-anak settlekan masak semua menu...gambar non-hado...tak menyempat nak snap...huhu, my feberet menu sayur lodeh takde tahun ne, so boleh request mak buat raya haji nanti...balik rumah mertua malam tu ma baru nak start masak lontong dan rendang..lepas jugak keinginan nak makan sayur lodeh...hihi. Ok dahlerr...layan gambar jelah, gambar raya tahun ne meriah belah suami, belah kita pun meriah jugak tapi kelam kelibut pasal sibuk nak potong kek, nak pergi beraya dan sambung ulang alik, tahun depan insyaallah boleh frame yang proper sikit, hihi..daa. SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA READERS.


Ujian & Bazar Ramadhan 2014

7.09.2014

alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati bulan penuh rahmat ini..ramadhan kali ini sangat bermakna like i said in previous entry diberi kesempatan untuk bangun menyediakan makan sahur dan juadah berbuka untuk suami..huu. Bila memikirkan kita masih ada suami yang mengambil berat tentang kita dan anak-anak, terus saja rasa sedih dihati atas pemergian suami sepupu rapatku sejak kecil lagi yang baru kehilangan suaminya dalam kemalangan kereta perisai dikuala kangsar baru-baru ni..Allahurabbi beratnya dugaan sepupuku hadapi. Berita tu sangat mengejutkan kami, apatah lagi baru je rasa kegembiraan diorang boleh duduk bersama setelah setahun lebih bergelar pasangan jarak jauh. buat sepupuku fatihah ismail, moga dirimu diberi kekuatan dan keteguhan untuk meneruskan hidup disamping buah hati pengarang jantung hasil perkongsian cinta hatimu. Tabahlah dengan ujian Allah, ya!!sesungguhnya bercakap tidak semudah yang menanggung, namun aku tahu dirimu kuat, kuatlah demi anakmu..Sesungguhnya Allah punya perancangan yang baik untukmu diatas ujian ini. Insyaallah, segala ujian dariNYA bukti Allah sayangkanmu. Kuatkan semangatmu, insyallah kami sentiasa dibelakangmu, menyayangimu dan sentiasa menyokongmu dalam apa jua keadaan, insyaallah.. Al-fatihah buat kop. che Patanah Ismail, moga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin

Dibulan ramadhan ne juga banyak ujian tambah bab nafsu membeli terutamanya membeli makanan kat bazar. So far, alhamdulillah tak menyempat lagi singgah membeli juadah kat bazar. Masak kat rumah lagi puas hati. huu, tapi yang peningnya nak fikir menulah kan? few reason kenapa kita orang laki bini tak nak beli kat bazar tahun ne, my hubby of courselah sebab bini ada kan, masak lebih jimat dan memenuhi selera, for me pulak, beli bazar tak memenuhi selera dan tak berbaloi dengan duit yang keluar..so, untuk yang bekerja kalau dah rancang untuk masak kat rumah untuk berbuka itu lebih baik..memandangkan sekarang banyak kes tak menyedapkan hati bila makan makanan dibeli kat bazar better for healthy pilih-pilihla dalam membeli...puasa ne memang, semua nampak sedap je...nafsu je tu. huu.. dan yang peniaga pun satu hal, asal nak untung berlipat kali ganda cepat, asal nak jimat lebihan makanan dijual, ada gamaknya dijual balik makanan tu esoknya pulak,kalau elok lagi boleh dimaafkan, tapi kalau dah sampai dalam dah berulat, hmm ...menjawablah korang dimahkamah Allah nanti, orang nak meniaga, ko nak meniaga jugak, tapi menipu..plak tu pertaruhkan nyawa orang lain..hebat sungguh penangan duit ne, sampaikan buta mata hati dah manusia....nauzubillah, nak buat pahala senang je, tepuk dada tanya iman..moga-moga dibulan mulia ini kita bersaing sebaik mungkin untuk meraih ganjaran Allah yang Maha Pemurah..so far sahur bulan ne untung suami, pasal belom skip sahur kecuali hari ni sebab anakanda main phone sampaikan off alarm set,huu...sudahnya laki bini terbabas waktu sahur, bertuah anakanda....hiiihiii....daaa!!  korang buka ngan apa hari ni?

Sakit Belikat & Ramadhan 2014

7.01.2014

Alhamdulillah masih diberi nafas oleh sang pencipta untuk menikmati ramadhan tahun ne...alhamdulillah, alhamdulillah, tiada perkara yang lebih berharga selain diberi peluang untuk beribadah disamping keluarga tercinta...korang pernah terkena sakit sakit belikat ne?adoii, 3 hari sebelum berpuasa, my family datang menghantar my sis dah habis pantang balik ke melaka, dan kebetulan pula me sakit belikat...Allahurabbi, sakitnya Allah je yang tahu, nak bangun menyusu anak seksa, nak pegang anak dan menoleh kiri kanan lagilah..malam sebelum my family datang mintak tolong husband tampalkan pelekat tiger balm kat belikat yang sakit...orang kata sakit belikat ne sebab urat terbenam, betul ke tidak tak tahulah, so keesokannya legalah sikit tapi tetap tak boleh menoleh kanan kiri...huu-_-"..sebelum ikut family ke melaka jugak, seharian kat rumah, my bonda & ayahanda dapat kesan something wrong with me, maklumlah kan, takkanla nak tunjuk tengah tak sihat time mak pak datang, kihkih, susah hati nanti diorang...sekali dapat detect jugak..hihi, mak kita "eh!!eh!kenapa pulak tu? masa anakanda comel panggil kita, tak boleh nak toleh...terus ayah cakap "haa, sakitla tu gitu!!penat sangat tu sakit belikat tu.. yes, menguruskan anak-anak memang penat!thanks ayah sangat memahami siap tolong urutkan lagi belikat kita...sobbss!!soobbss!terharu...terus hilang rasa meregang kat belikat tu...ayah cakap, itu yang perlu mak ayah datang jenguk anak sekali sekala, tengok keadaan anak...alamak aii, kita lagilah sedih dengar ayat cenggituT_T.....alhamdulillah, aku masih punya mak ayah, terima kasih ya Allah atas pinjaman yang terlalu berharga ne. 
so, ramadhan tahun ne jugak sangat bermakna sebab tahun ne dapat berpuasa disamping suami dan anak-anak, dapat bangun sahur dan berbuka bersama. Maklumlah dua tahun sebelum ne selepas kahwin terus dua tahun berturut-turut pantang kat kampung...muahaha, tak beragak betul..alhamdulillah rezeki Allah bagi, btw tahun ne pun rezeki jugak dapat bersahur, berpuasa dan berbuka bersama suami. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-3 kita berpuasa, diharap kita diberi kekuatan untuk menjaga segala anggota badan turut sama berpuasa termasuk jari-jemari yang comey lottey ne menaip yang baik-baik sahaja.moga dapat kawal nafsu makan semasa berbuka dan dapat kawal nafsu semasa membeli kat bazar...harap this year boleh kurangkan aktiviti ke bazar..apapun moga Allah sentiasa ringankan tubuh badan kita untuk beribadah kepadaNYA dengan ikhlas...daa, bulan puasa ne pening pula nak masak menu apa kan?!!...daa

Kenduri Kahwin di Stadium Hang Jebat Melaka

6.03.2014

tajuk kemain lagi hoh..sekembali dari kenduri kendara harap maklumlah badan akan makin naik mendadak dari saiz yang dah sekian mendadak...pfftt, betul merepek..terus nak hashtag cikepal punya program diet, sesungguhnya cik epal sungguh sabar menahan nafsu makan, terkejut tak hengat tengok gambar mek comel tu sekarang, al-maklum memang dah lama sakan tak menerjah blogger femes disebabkan kekurangan masa 'me time', tau tau dah kahwin pun...-.-", ada masa pun kejenya mengunyah je...so bila dah tengok akan keanggunan cik epal selepas diet sihat yang mencantikkan diri, terus rasa nak mengemop lantai, dinding, syiling dan sebagainya...workoutla kononnya...bahaha, tapi tak daya deknon..semangat macam cik epal memang lain macam...salutee, ralit tengok gambar like a fairy-tale wedding cikepal..supercantik!!..


minggu ne sangat penat macamkan haku yang drive kereta, dari melaka selepas kenduri adinda tersayang di stadium hang jebat, terus ke kedah, sehari dua berehat terus balik kelantan pulak, i wish kitaorang ada heli i mean helicopter-seriously, so bolehla nak fly anywhere upon on request..ngeehhh!!part mendobi dan part yang paling suka dahulukala, sekarang dah tak berapa suka-lipat kain, sangatlah membosankan, dan part yang paling merimaskan, kemas beg..ahh, semua plak jadi tak suka...well manusia ne, i mean me..oohh, please bersyukurlah-.-''..at least ada jugak kain nak jemur, nak lipat...ppfft...eh, tetiba blank terus nak taip hape...tadi dah berduyun dah idea datang..anak-anak bangun terus hilang focus..menyambung lainkali nampak gaya...daaa

Balik dari Beraya Haji

10.21.2013

fuhh, lama betul balik beraya haji, letih seharian perjalanan balik semalam belum hilang lagi...yang penting puas hati balik kali ni makan daging sepuas hati,okeyy tetiap kali raya haji memanglah kejenya makan daging aje..tu pasallah bertambah-tambah lemak tepu kat badan yang sedia berlemak berketul-ketul ne..akhirnya siapa yang stress??haku jugak-.-". so balik beraya haji kali ni memang sibuk memanjang, sibuk atas jalan raya..pergi balik rumah mak mertua ngan rumah mak ayah..letih hoii nikah ngan orang dekat pun, letih ulang alik atas jalanraya tu, pagi rumah mak mertua, petang rumah mak ayah, malam tido rumah mak mertua, pagi esok balik rumah mak ayah, haku pun tak tahu apa motif ulang alik macam tu sedangkan boleh je tidur dua tiga hari dulu rumah mak mertua sebelum balik rumah mak ayah..muahaha...apapun raya haji tahun ne selesai kenduri akikah Ahmad Haddad, raya haji tahun lepas akikah Ahmad Harraz..dan haku harap raya haji tahun depan akikah anak orang lainlah pulak...sadis pulak kalau haku lagi yang buat akikah...wakaka, walaupun hati berdup-dap nengok perut buncit semacam dan hati menyedapkan kes makan lembu banyak tu pasallah perut naik semacam...payah sungguh benih gagah perkasa tak makan saman ne, harap-harap boleh rehatla dua tiga tahun ne besarkan budak comel dua orang tu dulu..insyallah..so balik raya haji banyak benda berlaku dalam tempoh kat kampung..my baby haddad rupanya bukan kena chickenpox tapiiii...ok yang tu wat lain cerita, panjang pulak ceritanya...selama balik kampung kali ni kitaorang tak sempat makan nasi kerabu...yess, itu perkara wajib tiap kali balik kampung, tak sempat nak mencari kuih muih sedap dekat pasar, oo macam-macamlah yang tak sempat...dan yang paling penting dengan jelasnya my weight gain sampai dua kilo...huaa, terus rasa nak nangis..macam mana ne?orang kata breastfeed body figure makin cantik, tapi apehal berat makin menaik-naik ne, ke haku menketedarah tak ingat duniaT_T...oo, my!!my body!!my body!!ok terus tak tentu arah, terus hilang mood menaip..ok daaa...nak menelek perut...sobsob

Puasa & Raya 2013

8.05.2013

Actually tak tahu nak cerita apa pasal puasa dan raya...memandangkan me buat kali keduanya berpantang dibulan yang mulia ne, tak dapatlah nak up entry "masak apa hari ni untuk juadah berbuka puasa?"giteww...kalu tak memang dah tertukar dengan blog masakan pasal tetiap update juadah berbuka...berangan!!miahaha...macamlah rajin sangat masakkan kan?so, seperti tahun lepasnya, kita disini berpantang, suami disinun bersahur dan berbuka sensorang..pity-.-'..so hopefully next year dapat jadik isteri mithali lagi solehah, bangun pagi-pagi, masak sahur, kejut suami bangun sahur, lepas sahur solat subuh jemaah sekali, pastu ngaji sesama tunggu matahari naik...kejut anak-anak, mandikan anak-anak, hantar suami kat pintu sebelum pergi kerja, balik kerja petang tu suami layan anak-anak pulak sambil tunggu isteri sedia juadah berbuka...wahh, panjang ko punye imaginasi..miahaha...insyaallah^_^. Puasa tahun ne berganti lagilah jawabnya-.-"

Apapun raya tetap raya...dan terlebih-lebih plak rayanya dari orang puasa...siap berpasang-pasang baju raya...huu, maklumlah tahun lepas sempat jugak pakai baju raya, tapi feeling raya langsung takde pasal Ahmad Harraz masih kat NICU masa tu..so this time, walaupun tak happening sangat...but sangat bersyukur diberi peluang beraya dengan anak-anak..hii, so Selamat Hari Raya..mohon ampun sekiranya coretan di halaman maya ne bisa merobek hati si pembaca...semoga segala kekhilafan dimaafkan walaupun tidak bertemu mata..Maaf zahir Batin...daaa^_^

Ulangtahun Kelahiran 27

5.03.2013

Alhamdulillah, syukur masih bernafas dibumi Allah, dah masuk bulan Mei pun..dan hampir seminggu sudah berada dikampung tercinta sempena musim raya 5tahun sekali, ai mean pilihan raya, mood raya dikelantan memang lain macam setiap kali raya 5tahun sekali ni...tapi memang meriah dan paling hangat raya kali ne...moga ini kali Allah memenangkan pejuang-pejuang kebenaran..insyaallah, so please as rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia baliklah mengundi demi masa depan anak-cucu kita, jangan disebabkan buta politik, masa depan negara tergadai dek pengundi asing yang tidak diiktiraf. Hak mengundi jangan diambil ringan!!Tanggungjawab kita, dan siapa pilihan pimpinan kita akan dipersoal di'sana' nanti, jangan kata kita tak suka, tak nak masuk campur, tak kisah dan sebagainya, politik dan agama tidak boleh dipisahkan, sekecil-kecil perkara kita lakukan kat dunia ne semuanya akan diambilkira di'sana' nanti..okei, dahlah tu bab politik, kang ada yang mencebik pulak..tempek sikit kata-kata Prof Muhaya, btw Selamat Mengundi semua..pilihan ditangan anda..  
Memandangkan sudah hampir seminggu berkampung dikampung halaman, sementara suami pula sibuk berulangalik ke hospital disebabkan my FIL warded hampir seminggu jugak..so, antara gembira dan tak gembira, alhamdulillah...kami tetap bersyukur diberi kesihatan yang baik oleh-Nya, semoga abah semakin pulih walaupun perjalanan untuk masa akan datang sedikit sukar, insyaallah semoga Allah memudahkan segala urusan keluarga kami..kebetulan kitaorang balik kampung untuk check-up susulan anakanda Ahmad Harraz, dan kebetulan juga my FIL baru admitted ward one day before balik, dan juga kebetulan tarikh mengundi pun dah hampir...so memang balik kali ne betul-betul 'kena' dengan masa dan situation, so my hubby just stay amik leave one week sampai hari mengundi, alhamdulillah..senang semua urusan, settle this week sebelum balik ke rutin biasa...insyaallah

Back to the topic, April lepas semestinya bulan istimewa buat kami husband n wife coz kitaorang celebrated birthday in the same month, tarikh je lain-lain..yang penting jimatlah beli kek, cukup sebijik sudahlah..tapi ini bukanlah cerita berkongsi kek birthday..huhu. Ini cerita tentang bertambahnya angka dalam perkiraan umur dan semakin pendeklah jangkahayat yang berbaki untuk mencari keredhaan Allah, astaghfirullah..means April lepas genaplah my age at 27years old...Allahurabbi, cepatnya masa berlalu...-.-". Alhamdulillah atas nikmat Allah yang Maha pemurah, dengan suami disisi, anugerah dari Allah cahayamata Ahmad Harraz, penghibur hati suami isteri serta bakal khalifah kecil yang akan lahir tak lama lagi...Allahuakbar..tidak tergambar dengan kata-kata rasa syukur dengan pinjaman Allah yang terlalu indah..mm, tiada apa lagi yang terbaik selain meniti kehidupan sekarang sebagai hadiah hari lahir yang sangat mahal harganya sebagai isteri dan mama kepada Ahmad Harraz dan bakal adik Harraz nanti...Alhamdulillah=))..so itu jelah ceritanya. Kejutan dari suami memang tak sahlah kalau takde...my hubby just take a short vacation to PD for me to rest from duty of housewife, bersenang-lenang, beristirehat bersama keluarga as precious time..itu sudah memadai untuk buat kita sebagai isteri tersenyum walaupun dengan hadiah bukan berupa material..rite??hihi..sangat enjoy even just one night spend at Eagle Ranch, most memorable moment sebabnya this is second time i celebrate my birthday as preggy mom, tahun lepas preggy Ahmad Harraz ngidam makan kek coklat, tahun ne ngidam Red velvet plak..funny>_<. 
owhh..my tummy semakin berkembang maju, ditambah pulak duduk kat kampung ne...everything main taram je makan sepuas hati...segala kuih muih, abis satu kota Bharu my parents cari apa yang diidam..ohhhh,bahagianya anak dalam rahim ne, lagi bahagia mamanya...haha..Ahmad Harraz pulak seminggu berkampung semakin laju pula skill yang dipraktik...such adorable son, makan pun bukan main berselera lagi..moga makin bertambah berat, yang penting sentiasa sihat, mama dah bersyukur sangat..his skill to sit still in learning process, yet not stable..go,go my son u can do it...he start to crawling but when he trying to move,  masih teragak-agak,...asyik nak tersembam..hehe..btw do your best sayang, mama tak paksa...love u son,=)). daaa..till then




Love&Faith,
greenapel

Sinonim Cuti dan Balik Kampung

1.25.2012 Malaysia


hmm, kalau cuti memang tak sah kalau tak balik kampung..dan magiknya cuti Chinese New Year ne saya tak balik kampung, melangut kat rumah je ne ha, sambil tengok tv atau baca blog orang atau ayat yang lebih sesuai dan berbisa, menggemukkan diri sendiri-_-"..oowhh, memang berbisa!kalau duduk berdua-dua dengan suami takpelah jugak, kalau sensorang macam ne habiskan cuti sesahihnya memang bosan!uhuu ...dulu-dulu biasa setahun sebelum dah meroyan fikir nak beli tiket balik kampung atau pun dah ada jadual bila nak balik kampung...bila dah kahwin ne, jadual dan tahap kemeroyanan totally berubah...maybe hormon dah berubah...wahaha=p, konon!okei, ini memang serius...orang sibuk balik kampung bercuti kita dop bergolek-golek kebosanan..

Apapun tak kisahlah, yang penting MOU balik raya tahun ne belum lagi ditandatangani...tak tahulah macam mana gamaknya...harap win-win situation la kan-_-'..kalau ikutkan saya dan en.azham teringin nak makan yee sang...mmm cuma tukang masaknya belum ready lagi nak buat...huhu, terliur tengok kat tv macam sedap je...bahan pun takde lagi nak tunjuk bakat..

p/s: rindu kampung