Bertimbun

4.24.2024

Draft bertimbun, even bukan tugasan universiti untuk diselesaikan, sakit mata melihat draft penulisan yang mula bertimbun nih. Ku mintalah doa sesiapa rajinkan daku habiskan semua draft ni, disamping membuang apa yang patut dibuang dalam benak fikiran ni, ingat rumah aje kena declutter, penulisan tertangguh pun kena declutter uiii. Mohon ye doakan daku rajin menulis, kotlah makbul doa-doa orang yang tak dikenali, kalau tak nak daku rajin tulis pun sebab tak suka baca, pun doa jelah. Hahahaha. Ku aminkan semua doa. At least ada doa untukku. Alhamdulillah. 



Gambar Raya 2024

4.17.2024

Tema warna raya tahun 2024 ni boleh dikatakan agak caca merba, sebabnya last minute order baju saiz XL dah, bila sampai tak muat nak sarung. Gelabah order yang lain alhamdulillah sehari sebelum balik kampung sampai bajunya. Bahana berat badan tak turun-turun masa puasa, eh bersambung naik pula lepas raya. Itulah kisah ringkas yang agak ngeri. Last minute tu dah satu hal, color sama tapi bila sampai tone lain-lain,apedehal kita pakai ajelah asal warna lebih kurang sedondon. Tema family kecil Soft yellow, tema belah mak ayah green sage, tema belah mertua Cream, yang tak sempat pakai lagi warna maroon dan dusty purple, pasalnya raya dah habis, cuti dah habis kena balik dah. Jadinya forward ke raya haji lah jawabnya, hahaha. 


Sebenarnya kisah baju raya dah beli tak muat tu dah ngeri dah. Lagi ngeri bila tiga pasang yang ditempah tak muat juga, tukang jahit baru, dah bagi baju contoh pun depa tibai buat gelabah, semua tersekat kat skala pinggul, tak lepas nak masuk, sadis betul? Nak nangis pun tak keluar air mata, nak betulkan balik, seminggu dah nak raya. Jadi camno? Ku syak memang bukan warganegara yang buat, potong pun stail buat bundle macam pemborong punya stail menjahit. Apapun tu yang tak sempat pakai, sebab tak siap juga lagi, okaylah tu. Siap pun tak terpakai juga. 
Kisah baju raya dah habis, bersambung bab gambar raya. 


Waktu kita jalan-jalan raya, sambil pegang anak, borak gembira dengan sanak saudara, semua moment kita di capture seseorang. Tau-tau penuh gallery gambar, tapi tulah kau berangan jelah macam tu sampai sudah. Bab gambar ni kalau mak-mak tak bersungguh, confirm takdenya gambar raya tu ye, hahaha. Tak percaya tepuk dada, tanya betul ke dak? Nak harapkan orang ambilkan, tak payah. Tak payah susah-susah, kau pegang je kamera handphone tu setiap masa, ambik je ready ke, tak ready ke gambarnya, snap ajelah apa yang depan mata tu. Kalau dak menyesal bila nak tengok gambar satu pun tak dak. Walaupun diri sendiri takde dalam gambar pun, lantaklah. 


Rajin, selfiekan wefiekan semua moment, ahh gitu. Barulah tak bising dikemudian hari. Soalan paling mengjegilkan mata "mana gambar aritu, ada tak? Ooh, saborlah nak menjawab kalau memang takde momen yang di nak, tapi tak di buat rajin nak snap. Ye bab gambar ni, biarlah kita sendiri bersungguh, jangan harap orang lain tolong gambarkan moment kita. Nak jumpa tu satu dalam seribulah. Teringat pula arwah mak saudaraku, cemtulah everytime pergi rumahnya, jamu makan, setiap kali tu diambil gambar tengah makan, borak. Sekarang dah jadi kenangan abadi dah. Sekarang kalau bab mengambil gambar, video, ayah daku memang win, segala sudut, saat dia capture. 


Begitulah. Gambar bab gambar raya, lagi berharga sebab semua sanak saudara berkelapangan berkumpul bersama, tak selalu ada peluang macam ni, rayalah yang menyatukan, merapatkan silaturrahim kita semua, berborak, bersembang, bertanya khabar, yang jarang jumpa, yang bertahun tak jumpa, yang kerap jumpa, semua duduk bersama dalam satu momen yang akan diingati nanti. Rajin-rajinler ambil gambar, video, sungguh rindu tu akan buat kita belek balik semua yang kita ambil. 


So raya kali ni, kalau kat rumah mak ayah, biasanya lepas solat raya, balik bersiap-siap sebelum turun jalan-jalan raya sekeliling rumah, kami memang ambil gambar keluar gambar dulu sepuas hati, dah settle barulah start gear peluhkan ketiak berjalan situ sini, biasanya akan berakhir pada waktu zohor, lepas zohor bantai tidur belaka dah penat, kenyang. Sambung berjalan raya lepas asar pula. Rumah ma pula tengok keadaan, dah berkumpul semua set hari apa nak ambil gambar, ataupun spontan kalau berkebetulan semua giliran kat rumah ma ada, jadi adalah waktu bergambar bersama. Ku tak ingat tahun bila, tapi tahun terakhir bersama arwah abahlah, kami tak sempat ambil gambar dalam baju raya, masa hari semua dah nak bertolak balik baru kami capture moment bersama beraya. Sedih pula, allahummaghfirli waliwalidayya warhamhuma. Selagi ada waktu bergambar bersama, hargai. So mana gambar rayanya? takdak yang proper dalam gambar mak-mak ni, semua behind the scene, yang cantik, formal, elok, semua dalam telefon orang, tunggu depa send tak sampai-sampai lagi, lama nohh editnya. Masukkan behind the scene ajelah ye


Ada juga gambar daku pergi masjid solat raya, soheh raya pertama kat belah daku dulu tahun ni, yang pelupa balik kampung mana dulu bila raya, daku. Diambil kesempatan oleh dia, aahhh begitulah hidup, kasi cincai-cincai, sekali tak lupa, ku suruh ganti berturut-turut. Pedehal, siapa suruh cari pasal, hahaha. Begitulah hidup rukun rumahtangga. Tolerate boleh, jangan tang kita suruh tolerate, tang dia tak boleh tolerate, eh ehh, bab balik kampung jangan ye. Ku kira sehari semalam adil ke tidak sama kiraannya, tak sama ganti next time balik kampung, even berbelas tahun sudah pun. Benda boleh gaduhkan?. 

Tudung

"Tak nak mama gosok tudung lagi! ”


"Ok, ok, mama gosok tudung lepas Haniy siap mandi. Pergi mandi dulu, mama tunggu". Setelah 30minit drama kejut bangun pagi untuk ke sekolah, dah bangun drama tetap bersambung. 


Elok pakai baju lengkap, pakai anak tudung, sarung pakai tudung, 


"Tak nak nampak anak tudung!" tudung yang dipakai di campak. Ya Allah sabarkan daku. Sendiri pakai, sendiri marah kat tudung.


"Kalau macam tu, mari mama tolong pakaikan, tak nak bagi anak tudung nampakkan? Sambil ambil anak tudung pakaikan, dan sarungkan tudung kat kepala Haniy.


Dah pakaikan, dah okay pun seperti piawaian yang nak, terus di tarik buang tudung yang dipakai, " bukan cemtu, tak nak tudung ni kebelakang, nak kedepan sikit. Allahu Akbar! 


"Ok, ok, mama pakaikan sekali lagi". Dah pakaikan, tetap juga tak kena. Last-last dia tak nak pakai anak tudung. 


Tapi masalah lain pula. 


"Tak bagi kebelakang, tak nak rambut keluar tepi ni!” 


Tarik nafas panjang, " Meh mama betulkan" sambil betulkan dan letak brooch. Sekali dia buang tudung, tak nak letak brooch. 


Ok. Last. Buang brooch, dia pakai balik dan agak okay. Terus naik kereta. 


Sekali kereta jalan, dengar kaki menghentak-hentak sambil ku berpaling tengok kedua belah tangan Haniy sedang menolak kiri kanan rambut yang keluar. 


Diam. Buat tak tahu. Tahan amarah. 


Sekali sampai depan sekolah, "tak nak macam ni!sambil marah kat rambut yang keluar dari tudung”


Kesabaran yang tertahan sejak dari awal berakhir juga " tadi mama letak brooch suruh buang, ni dah buang kalut kata longgarlah, nampak rambutlah. Mama buat tadi dari awal dah elok dah, nak cari pasal dengan mama ke dengan tudung ni! ” suara keras keluar dengan jegilan mata yang tertahan marah. 


"Lainkali orang dah buat elok tu jangan dok usik, lepas tu semua tak kena!”.


Ku bantu betulkan sikit, tapi tak boleh buat apalah, brooch pun tinggal kat rumah, sudahnya anak turun pergi sekolah dengan perasaan tak puas hati, dan daku sebal mengingatkan mood semua orang kacau disebabkan tudung. Baru sorang peel dengan tudung. Ada 3 lagi yang kadang okay, kadang tak. Hari ni turn Haniy macam tu, hari tu Hajjar. 


Kes tudung semua boleh buat spoil suasana. Macam nak bergambar raya baru-baru ni tiga jam baru boleh settle, delay habis plan jalan-jalan raya asbab tudung tak jadi. Nasiblah daku ni dah berlalu momen tudung tak jadi, asal pakai je sekarang, tudung tak jadi dah bukan salah satu masalah daku dah. Asal boleh sauk cepat, tu ja point pakai tudung sekarang, kedut? Keriput? Tak jadi? Lantak pi lah, banyak lagi masalah lain nak diselesaikan dan difikirkan. Itu dakulah. 


Tapi itulah, nak mengadap masalah tudung yang dihadapi anak-anakla pulak sekarang, alangkan orang perempuan sesama perempuan pun boleh annoying mengadap masalah cemni, apatah lagi orang lelaki. Entahlah, haku pun tak paham orang perempuan ni. Apapun dulu pun daku pernah begitu juga, hahhaa. Sadis je bila orang mengadap mood orang yang pakai tudung tak jadi ni wehh, baru tahu, rasa nak tampar-tampar gitu. 


Masalah sejagat kaum Hawa, tak tahulah nak kata menyusahkan tidak, tapi yang pasti sangat .......... (anak mata ke atas), urut dada, sabarkan hati. 



Habis sepagi mood kacau dek tudung,  hampehhh. Kadang bangun awal, tudung elok dah, siap berbekal lagi, pun tetiba boleh moody, nak kata datang haid, kecik lagi. 


Teringat pula gaya si Hana tak setuju kalau apa-apa yang bertentangan kehendak, terus muncung dan bahu bergerak kiri kanan terjungkit-jungkit berulangkali, asal nak pujuk terus lari ke tepi dinding sambil buat gerakan yang sama. Hahaha. Itulah perempuan, geram, comel, kelakar , semua bersatu. Apoo.. 




Raya 2024

4.15.2024

Kenangan sungguh nohh, balik kampung 16jam, balik dari raya sehari semalam, balik pagi semalam esok paginya pula baru sampai. Dari jalan awam, ke jalan hutan bana jem teruk, ceruk mana teruk jem. Masyaallah kenangan sungguh tahun ni, bunyi ja balik raya lama lapan hari cuti, 3 hari total perjalanan pergi balik, lima hari ja total cuti beraya. Balik pun dok berulang alik atas jalan banyak pergi mari rumah mertua, mak ayah, jadinya memang tak terasa sangat cuti, huwaaa. Apapun syukur alhamdulillah walaupun rasa masa pendek sangat, dapat juga balik berbuka puasa, beraya bersama keluarga. 



Cemtulah. Raya-raya tahun ni alhamdulillah meriah macam biasa, anak-anak la paling suka, kita mak-mak ni yang paling letih, dari prepare pakaian, barang nak buat balik kampung, sibuk pula sediakan juadah berbuka dan juadah untuk hari raya. Tahun ni menu simple rendang ayam, rendang daging, satay goreng, ketupat dan pecah rekod tak buat sayur lodeh, sebab menu dah terlalu banyak, dan takdak siapa dah buat tapai. Dua menu tu tak sempat rasa. Lagi sadis turun berat masa puasa 3kg, naik 5 kg lepas raya, hahaha. 


Nasib naik juga decide balik awal sehari walaupun teruk tersekat dalam jem, tapi tetap ada waktu untuk rehat sebab sampai siang hari sehari sebelum sekolah dan setting mood anak-anak untuk permulaan sekolah balik. Kalaulah lewat pagi sampai, terus kena pergi sekolah memang nangis lerr, terpontenglah jawabnya, mak pak pun penat tak habis lagi kebas bontot duduk lama dalam kereta, nak berkejar pula settle anak-anak sekolah. Bahagian surirumah macam iols pula mood turbo nak clearkan gunung ganang baju hasil percutian panjang tak berapa panjang juga. Tapi baju tetap bergunung. 


Minggu depan dah kalut dengan open house, jam lagi mungkin tapi dalam bandarlah pula gayanya.  Apapun mohler termenung dulu tengok penimbang macam nak kena baling ni. Dahlerr makanan raya perak tak pulun makan lagi nih, hahaha. Tak habis isu jem kat realiti, kalut pula kat medsos isu macam anjing, tak upload gambar, joget trending. Wehh, tunggu sat, ku settle kain baju dulu, ini lagi penting dari ku pening lalat tengok rumah sendiri tak beraya, hahaha. Apapun Selamat Hari Raya Semua, Maaf Zahir dan Batin. Semoga 30hari berpuasa, penat lelah kita menahan nafsu tak habis dan rugi saja bila masuk Syawal. 0 - 0 ye. Gambar takde lagi ye, next entry sambil bebel, wakaka. 



Stereng

4.04.2024

Cerita pasal stereng, daku lepas exam SPM memang mak dah bagitahu sementara belum dapat panggilan ke universiti, kena ambil lesen kereta. Ku syukur sangat sebab mak ayah diberi kemampuan tanggung kami anak-anak buat lesen, masa tu yuran nak buat lesen kereta dalam lapan ratus ringgit juga, boleh tahanlah juga ongkosnya untuk kami yang pendapatan pertengahan. Tapi ayah usaha juga dengan mak supaya anak-anak dapat lesen bawa kereta sendiri. 


Sebab ayah kerja kadang balik tak menentu, kalau kena banyak pergi luar bandar, memang balik lewat malam, jadi yang nak kena ambil mak balik kerja nanti yang ada lesen keretalah. Lagi satu arwah nendaku memang setiap hujung minggu minta tolong ayah bawakan dia pergi pasar untuk cari barang rumah, jadi tak setiap minggu ayah ada kat rumah, mak pun kadang kena stay kat ofis kalau ada audit dan setiap bulan arwah pok eak kalau driver bas tak nak berhenti setiap kali dia tahan bas untuk pergi ambil wang zakat, ayahku lah yang dituju cari untuk bawakan dia ke sana. Banyak bab kena pandai bawa kereta lebih berkisar nak mudahkan urusan orang-orang sekeliling daku, bukan semata dakulah masa tu. Lagi pula untuk sediakan diri jika berlaku kecemasan ayah ke, mak ke tak boleh drive nanti. Bukan untuk diri sendirilah kiranya attention nak kena pandai bawak kereta ni. 



So ceritanya lepas dapat lesen kereta daku dapat panggilan sambung pengajian, jadi tak dapatlah nak apply ilmu belajar bawa kereta ni right after lulus tu. Orang kata dapat lesen buat hiasan dalam dompet, dakulah tu antaranya. Imagine, tiga tahun sambung belajar, within that period takde peluang dan paling utama takde keyakinan nak bawa kereta, pulas stereng sendiri. Hanya memandang lesen kereta dengan kebanggaan, at least ada lesennya. Gitu. Hahaha. Bila benda tu bermanfaat buat daku? 


Bila dah abis study, dapat rezeki mengajar sementara kat satu sekolah, boleh tahan jauh. Jadinya ayah berbincang macam mana nak buat, kalau nak hantar daku tak dapat sebab arah tempat kerja bertentangan, takkan sebelum subuh dah keluar nak hantar daku semata, kebetulan masa tu juga kereta lama proton saga ayah (manual) memang free takde siapa guna pasal ayahku dah ambil kereta baru. Jadinya yang manual banyak tersadai.  Jadinya dalam keadaan tertekan mikir nak pergi kerja naik teksi tiap pagi dan balik petang tak berbaloi, daku terpaksa on the spot bawa kereta. Seminggu sebelum waktu kerja bermula ku berlatih bawa sekitar lorong rumah aje, warming up. Pastinya memang banyak enjin mampus banding bergerak elok tambah kalau nak masuk simpang, nak panjat bukit. 



Hari kejadian, memang tawakal betullah bawa kereta setelah bertahun-tahun tak bawa. Alhamdulillah ilmu amal seiring terus jadi gangster jalanan, dak aaaihh gurau je, tapi pro terus bawa manual. Guna tapak tangan aje tukar gear, hahaha. Tapi itulah bila dah pandai, terus jadi supir, supir nenda, supir adik bongsu, supir pok eak, supir sesiapa sekeliling yang nak guna khidmat iols. Alhamdulillah nikmat ilmu tu. Sibuk terus jadinya bila pandai pulas stereng. Sabor jelah. Ku berhenti jadi supir bila dapat abang driver lepas kahwin, alangkan pusing, sentuh pun tidak. Tak hingin. Nak relax aje. 


Almost four years tak bawa kereta start pada kahwin tu. Mana tak kalut belajar balik bawa kereta, pasalnya anak dah nak start sekolah. Walaupun dah lama tak drive,syukur alhamdulillah skill tak hilang, hahah nak bawa kereta kena ada ILMU,  BERANI, kalau takut sampai sudah takkan pulas stereng, lepas tu kena ada MATLAMAT nak pergi mana, bila dah start drive wajib FOKUS barulah akhirnya sampai destinasi. So yang nak belajar kereta tu tak payahla niat bukan-bukan, takut kena cerai, kena tinggal, laki mati, ye hakikatnya semua tu ada risiko dan hakikat mati tu semua kita akan hadap. Tapi belajar dan menuntut ilmu kan tuntutan untuk kita orang islam, jangan belajar dengan niat yang tidak-tidak aje. 


Memang pandai drive ni antara keperluan semasa untuk yang berkemampuan dan berkehendak. Tak pandai drive pun takdak masalah, pandai drive alhamdulillah rezeki kitalah tu. Ku pun syukur sangat asbab pandai drive, ada masa emergency keluarga sendiri, dapatlah go head pulas stereng hantar suami dapatkan rawatan, anak-anak tak sihat boleh lagi suami bawakan ke tempat rawatan, suami tak sihat, masa ni lah ilmu daku ni bermanfaat. Gitulah. Yang tak pandai drive toksah susah hati, sekarang banyak dah kemudahan grab car apa semua tu. Kadang datang ujian semua lengkap pandai bawa kereta, kereta pula takde dan bermacam lagi ujian lain. Ilmu bawa kereta ada baiknya bila diperlukan, tambah bila keadaan mendesak. Apapun syukur selalu. 


Yang masih pegang lesen tapi belum ada keyakinan nak pegang dan pulas stereng, kena beranikan diri, paksa. Benda terpaksa ni kadang lagi mudah, sebab dah ada dalam kepala otak kita dah ilmu bawa kereta tu, yang takde cuma yakin dan pengalaman. Nak ada pengalaman kena bermula. Selagi tak mula takkan jadi sampai bila-bila. Dalam banyak-banyak pengalaman I'm proud myself experience drive ulang alik dari Ampang ke Shah Alam dengan highway yang super busy dan jem teruk, paling jauh drive pergi ke Melaka, well at least ada juga pengalaman bawak kereta long drive, hahaha. Jadilah. Sekarang dapat ngantor ngambik anak-anak dekat 5minit pun jadilah. You can do it, kalau tak mana nak dapat lesen tu, kan? So, fighting, brave yourself. 




Baju Raya

4.03.2024

Panas berdenting, lit-lit, dalam rumah macam sauna masa awal Ramadhan, tapi alhamdulillah bab puasa pulun rasa energy tak berkurang, rahmat dibulan Ramadhan, Masya Allah. Sekarang dah hampir penghujung, sejuk ja sebab kerap juga hujan petang, alhamdulillah. Anak-anak pun okay alhamdulillah semua boleh puasa kecuali si Hajjar mengguna pakai 'dia baru 7 tahun, dia tengah belajar' jadi satu hari ja lulus puasa penuh, hari lain, dia sahur pukul 7 sebelum pergi sekolah, balik sekolah petang dekat asar, buka puasa. Sabor jelah, yang penting nampak jugalah effort tu, lagi penting kena beratkan bab solatlah. Masih lompang dan kena 'cokeh' setiap kali masuk waktu.


So nak cerita panas sepanjang minggu Ramadhan ni, start dari sebelum Ramadhan bermula bermacam rupanya senarai isu panas, toxic dan starts dengannya. Boleh tahan panas juga jari jemari, hati menahan kesabaran dari isu panas. Apapun, moga semua baik-baik aja. Kita alih fokus buat benda lain, penuhkan kouta habiskan juz dan sewaktu dengannya. Fokus diri sendiri sudahlah. Hampir nak raya ni, teringat cerita baju raya. Ku bersyukur sangat dari kecil sampai tua lani, tak pernah putus orang sediakan baju raya untukku. Alhamdulillah nikmat. 


Cerita baju raya kelabu melekat dalam memori ku, teringat rasa bersalah tu. Ku ingat masa dulu-dulu beli kain meter je setiap kali nak raya, mak ayah tak pernah gagal belikan kain dan hantar ke tukang jahit siapkan baju, tukang jahitnya pula tak lain tak bukan, mak saudaraku sendiri, jadinya everytime raya baju kami last sekali siap, kadang malam raya baru dapat. Begitulah, disebabkan dah imun, baju raya last minit, jadi takleh nak kata apalah. Ku tak ingat sampai bila kami keep on tempah hinggalah mak tukar tukang jahit sebab lebih dekat dan lebih on time. Eh termelalut plak, nak ceritanya ada satu tahun Ramadhan tu mak ayah tak sempat bawa kami pilih sendiri kain kat kedai, jadi ayah tolong pilihkan kain untuk anak-anak. Balik rumah tu, terus je mak bagitahu kain untuk baju raya dah pilih dan mak bagi satu-satu kain bercorak satu seorang dan daku dapat kain warna kelabu, bunga biru. Baru perasan dulu-dulu takde tema sedondon ke apa, family dakulah, main ikut dan je ambil color dan corak yang berkenan, ku pun tak perasan sejak bila baju raya ni jadi trend pakai sedondon. 


Punyalah daku frust sebab tak menepati kehendak dan tak berkenan, sedih waktu tu terus letak cakap tak nak kain tu kat ayah. Aah, masa tu umur macam remaja kot, dah lupa, dalam tingkatan satu ke tiga, remaja baru nak up tahu nak ikut kepala sendiri ajenya. Ku tak kenan sebab nampak color macam orang tua pakai. Gituu. Sedih tak setuju terbawa-bawa merajuk sampaikan menangis kalau fikir bab baju raya. Ayahku apalagi, double kecewalah sebab anak tak happy dengan pilihan yang dia buat. Cuba pujuk, cakap dah jadi baju nanti cantiklah. Ku buat tak dengar sajalah. Mak buat tak tahu, hantar aje kat tukang jahit, kau nak pakai, pakai. Tak nak pakai nanti sudahlah, gitu kekdahnya. 


Sudahnya, pagi raya tetap baju raya yang tak disukai ku gosok, dah kalau tak nak pakai rugilah pula. Siap pakai, setting sekali dengan tudung, ehh terasa cantik pula bila di badan. Lepas tu terasa menyesallah pula merajuk dengan ayah sendiri. Ayahku sendiri cakap, haa kan dah cakap cantik, ayah tahulah. Bila dah pakai jadi baju baru nampak, ku tersipu-sipu sambil salam raya minta maaf dengan ayah sebab buat susah hati mikirkan daku yang tak terpuas hati. Begitulah antara memori raya yang agak awkward sangat mengjengkelkan peel daku nih, hahaha. 


So bila dah kahwin lagilah rilex, mak mertua yang decide every color every year belah suami,alhamdulillah ku onzz saja, bila datang tang decide color baju family kecilku sendiri, jadi blurr tak tahu apa. Yelah semua orang tolong buatkan, so biasa ku follow color yang mak decide nak pakai bila raya, senang, kasi matching ja dua dua side. Settle. Sekarang anak-anak masih excitedla setiap kali baju raya dapat, next bila dah reti, ada taste sendiri tak tahulah macam mana. Orang kata orang perempuan ni takkan kenal peel sendiri sampailah dia ada anak perempuan sendiri, ibarat bertemu buku dan ruas, betul ka? Ahh, ghisau pulak, hahaha. What comes around comes around, ghisau memikirkan peelku sepanjang membesar, menua nih, berapa banyak dah buat pening orang tua. Haishhh. 


Bila dah menua ni, nak fikir baju raya pun malas wehh, fikir kalut sebab baju anak-anak je, kalau tak repeat yang sama raya lepas-lepas pun tak mengapa dah. Gitulah agaknya mak-mak kitakan? Huhuu. Lagu raya yang buat daku makin nangis, sebab kaitan dengan baju raya, menjejes air mata dengar lagu ni waktu tu, alahaiii



Tiada salam atau ucapan

Tiada pesan tanda ingatan

Suasana penuh keriangan

Ku teringat pada seseorang oh

Di hari yang berbahgia ini

Hatiku kosong dan sepi sekali

Betapa manis kenangi lalu

Menyambut raya bersama denganku oh

Tiada bisikan lembut yang kudengar

Hanya suara azan sayup bergema

Masih kurasakan hangat tanganmu

Di pagi raya bersalam denganku

Tetamu datang tetamu pergi

Namun tak tiba orang kunanti

Hanya sepasang kurung nan biru

Menjadi teman mengubat rinduku oh

Tiada bisikan lembut yang kudengar

Hanya suara azan sayup bergema

Masih kurasakan hangat tanganmu

Di pagi raya bersalam denganku

Ho

  

Syahdu betul. So nak raya ni ramailer jugak update beli baju raya ye. Yang ku boleh kata dasat nohh harga baju raya sekarang. Yang sampai beratus-ratus memang tak masuk list dakulah, pasalnya memang tak berbaloi nak beli dan pakai, pesen pula pelik pelik. Nasib baiklah ada Haurabelle, kalau dak tak merasa nak beli pakai baju harga marhaen. Haurabelle ni antara brand pakaian favorite dakulah, pasal bajunya semua best, comfy, loose dan kain pun boleh tahan kualiti, tambah jahitannya kemas. Ku payah juga nak puji bab baju bajan ni, tapi Haurabelle ni memang toplist daku shopping baju raya. Klasik, oldschool dan paling penting selesalah, nak pakai pergi beraya naik turun rumah ke rumah, jenuhla kalau yang dah pakai macam pengantin, melecah tiak weii, daku belajar dari pengalaman, sekarang antara baju kurung riau, kebarung dan kurung modern, tu jelah pesen baju yang daku rembat pakai dan semua pesen tu ada kat Haurabelle. Yang lain memang tidaklah nak makainya tambah lagi yang kena cerut tepi , belakang depan ke, uiii renyah. Ohh dan tahun ni tetap beli online, jimat sangat banding dengan pergi kedai. Memang tak daya nak pergi bersesak masa puasa ni, tambah heret anak-anak sama, delulu boleh lah masa bujang pulun ronda bazar raya, sekarang mimpilah.