Mee Udang Kuala Sepetang

1.30.2012 Perak, Malaysia

Kuala sepetang lah sangat..haha, tak menyempatnya nak pergi perak nun sebab mee udang semata...disebabkan kehabisan modal untuk memasak (ada jugak, time blurr tak tahu nak masak apa-__-') dan juga kehabisan lauk pauk tinggal udang galah abang ipar bagi je, maka mee udang Kuala sepetang jadi pilihan..padahal malas nak bersiap keluar makan kat luar, haha...boleh tak?aku sanggup masak dari terpaksa bersiap-siap nak keluar makan semata, melainkan memang tak reti nak buat iaitu nasi arab, yang tu kena lah keluar cari makan kan?hehe=p...Ada berani ke tenung lama-lama gambar ne...wahaha, eh asal ko ne? okei, selamat mencuba-___-"
p/s: asal ada udang pastinya sedap...^_^

Bride Please Be Aware! Kerana Nila Setitik Habis Susu Sebelanga

1.29.2012 Malaysia

iye-iye je tajuk, tapi memang nak ingatkan B2B berhati-hati!...dalam keterujaan melangsungkan hari bersejarah kita, jangan kita masuk kemulut buaya, terpesona dengan tawaran pakej perkahwinan sama ada untuk make-up ke, pelamin ke, photographer ke, katering ke, semualah!kena berhati-hati dan alert dengan sekecil-kecil perkara...takut kita tertipu nanti...tetiba up entri neh, pasal kecoh kat wall FB photographer penipu...tak pasal-pasal tercemar imej photographer dek orang sebegini...menyalahgunakan kepandaian dan kemahiran untuk mendapatkan keuntungan!pathetic! ada jugak yang terdesak buat macam tu ea...kerana DUIT sanggup buat apa saja..indah sungguh dunia hari ni, akan datang tak tahulah...harap masih bertamadun..-_-". Karang sia-sia pulak jadik si cerdik pandai contohnya macam si salmah lakonan Eira Syazira dalam cerita 'Baju Kebaya Terakhir Bapak" kat TV9 hari tu..memang sadis cerita tu...nauzubillah! semoga kita menjadi anak yang taat serta sentiasa berbuat baik kepada ibubapa sehingga ke akhir hayat mereka...eh, termasuk simpang cerita lain pulak...huhu-__-'. 

Back to the topic, nak memilih orang yang terlibat dalam kerja kahwin kita bukannya semudah melihat hasil yang diberikan seperti yang diwar-warkan, kadang-kadang indah rupa dari khabar..so tak nak lah akibat terlalu berhati-hati juga kita terkena...dalam memilih kena ambil banyak panduan, tapi dalam soal ne, kadang-kadang nasib juga...even kita dah pilih yang terbaik namun berlaku juga kesilapan dan ketidaksempurnaan dalam majlis...anggap itu hanya ujian dari Allah...kena positif, tak semua benda yang kita nak sempurna jadi sempurna, kita hanya mampu merancang, yang menentukan hanya Allah yang Maha Esa..Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahnya...Whatever, to bride to be, just follow the flow, give the best effort for your awesome wedding day dan jangan lupa sentiasa panjatkan doa dari-NYA semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan..enjoy your single life before you enjoy the marriage life..Buat penipu yang berusaha untuk menipu, thumbs-up untuk usaha yang terlalu sia-sia itu, duit boleh diambil , tapi keikhlasan untuk untuk dimaafkan payah untuk dicari...semoga Allah sentiasa membuka hati si pelaku supaya insaf dan dilindungi rahmat Allah selalu...amin. 

p/s: harap-harap tak tertipu jugak, nauzubillah..outdoor photo shoot dah bayar deposit dah, entah bila nak tunjuk diri ne-__-.... tadde masa lagi...huhu

Sunday & Jalan Tunku Abdul Rahman

1.28.2012 Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

Bukanlah sesuatu yang mudah diajak oleh en.azham untuk berjalan-jalan dan shopping..yup!exactly memang bukan perkara yang mudah jika yang mengajak terpaksa keluar duit poket, hehe...tapi ahad baru ne memang sesuatu yang janggal bila en.azham ajak pergi jalan-jalan kat Jalan TAR...yang penting shopping bukan untuk saya...tapi sempat jugak paw suami sendiri...muahaha..eheemm!memang tak senonoh perangainya..
-__-..sedikit menyesal...err, sedikit??!abaikan

i don't know how to describe whether i like or not shopping there...yang penting memang rambang mata...certain kedai memang ada yang mahal harga barangnya...kena pandai pilih jugaklah..tapi berjalan dalam lautan manusia bukan satu pilihan, saya sanggup duduk rumah ngadap tv je, memandangkan ramai balik kampung sempena CNY baru ne, sangat risau nak berjalan kat sana takut berlaku kebanjiran warga asing...lagi lah tak sanggup berjalan dicelahan bau yang sangat menyeramkan warga nepal, bangla dan sebagainya...mahu fengsan nanti-_-.. tapi alhamdulillah, Jalan TAR ahad baru ne tak seteruk yang di imaginekan..even ramai tapi selesa nak berjalan-jalan cuci mata...tak sesak!hehe..sempat pusing semua kedai even bukan nak shopping sangat pun..sekadar melepaskan batok ditangga...Menghabiskan masa berdua memang seronok, walau penat, tapak kaki lenguh it's worth!!Tak semestinya five star place to share the best moment with our love...Jalan TAR pun  jadik tempat melakar kenangan kan, ihihii..owhh sungguh indah hubungan halal..terima kasih ya Allah atas nikmat pemberian-Mu...alhamdulillah^_^

p/s: fesyen tudung/ baju muslimah sekarang macam dah mengarut sangat..kat lagi fesyen kan?huu..macam-macam...semoga Engkau lindungiku dalam rahmat-Mu ya Allah..

Sabtu, Surprise dan Sedih

1.27.2012 Malaysia

Hari sabtu lepas hanya dipenuhi acara tengok tv je, memandang setengah hari jugak en.azham keluar settlekan kereta maka nya rutin harian saya hanya biasa-biasa saja kemas rumah, masak, makan, tengok tv, gemokkkk...eee....tak sukanya!so kebetulan masa en.azham balik saya tengah masak, bukakan pintu terus masuk dapur sambung aktiviti...masa tu dah perasan je en.azham pegang satu plastik, tapi saya tak berminat nak tanya sebab fikir mungkin en.azham beli charger kot..takkan beli sesuatu yang di angan-angankan, nak kata entri tu dah publish tak mungkin! sebab saya dah set tarikh, tak mungkin en.azham dah baca...dan tak mungkin en.azham tahu.. okei dah terlebih fikir masa potong sayur-sayur sempat lagi berangan, entah-entah en.azham beli untuk saya sesuatu, tapi takkanlah??!!..macam mintak sebuah gununglah nak dapat sesuatu, takkan dapatlah...okei dah memang sahih en.azham beli charger kot dah rosak saya tak tahu..menyedapkan hati!biarpun hati dan mulut bagai meronta-ronta nak tanya en.azham beli apa?huhu-_- (biasalah nama lagi perempuankan)...ok, fine, biasalah cuba berkeras hati tak nak bertanya...

Sampai waktu makan masa hidangkan makanan, sempat saya menjeling ke arah plastik misteri yang cantik terletak atas laptop di tepi tv...sambil masuk ke dapur, fikiran terus bergerak laju memikirkan apa kejadahnya dalam plastik tu..waarghh!macam nak pecah dada ne tahan diri dari bertanya...chantekk perangai!-_-'... so saya biarkan dada bagai nak pecah tu...ajak en.azham makan sambil kami menonton tv layan hindustan, sambil saya buat-buat tak nampak mende alah misteri tu kat depan mata..sambil makan sambil berteka teki la mengadap tv...punyalah bersabar! Siap aje makan kitaorang bersantai je depan tv...punyalah lama gila menahan hati bagai nak gila bertanya en.azham apa dalam plastik tu...akhirnya...terpacul juga soalan "abang beli apa tu?charger telefon ke?"..en.azham balas, "pergilah tengok"..terus menjeling curiga en.azham sambil bergerak pantas ambil plastik tu tengok apa kat dalam..terus rasa sebak, spontan nak nangis tanya en.azham dengan mata menahan tangis "nape beli ni? saya tak minta pun"...sedihhhhh sangatttt..sebab tak pernah terfikir en.azham nak bagi benda-benda macam tu kat saya walaupun berharap...dan saya pulak tak pernah terfikir nak minta-minta benda-benda mengarut, cukuplah berangan...itu sudah memadai bagi saya..tak nak menyusahkan suami, asalkan saya disayangi dan dikasihi itu sudah melebihi segalanya..T_T. Ada dalam 3 kali saya ulang soalan sama bertanya "nape beli ni? saya tak minta pun"..tak percaya!"surprise ke ni abang?surprise untuk saya ke? terima kasih!"...hanya itu yang mampu di ucapkan...hehe, suka sangat kejutan semacam tu, lain kali jangan buat lagi...terharu!!!-_-'
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s: walaupun tak sama seperti yang diangankan, sangat seronok dapat surprise macam tu..hihi, terima kasih daun keladi, sila sambung...

Sinonim Cuti dan Balik Kampung

1.25.2012 Malaysia


hmm, kalau cuti memang tak sah kalau tak balik kampung..dan magiknya cuti Chinese New Year ne saya tak balik kampung, melangut kat rumah je ne ha, sambil tengok tv atau baca blog orang atau ayat yang lebih sesuai dan berbisa, menggemukkan diri sendiri-_-"..oowhh, memang berbisa!kalau duduk berdua-dua dengan suami takpelah jugak, kalau sensorang macam ne habiskan cuti sesahihnya memang bosan!uhuu ...dulu-dulu biasa setahun sebelum dah meroyan fikir nak beli tiket balik kampung atau pun dah ada jadual bila nak balik kampung...bila dah kahwin ne, jadual dan tahap kemeroyanan totally berubah...maybe hormon dah berubah...wahaha=p, konon!okei, ini memang serius...orang sibuk balik kampung bercuti kita dop bergolek-golek kebosanan..

Apapun tak kisahlah, yang penting MOU balik raya tahun ne belum lagi ditandatangani...tak tahulah macam mana gamaknya...harap win-win situation la kan-_-'..kalau ikutkan saya dan en.azham teringin nak makan yee sang...mmm cuma tukang masaknya belum ready lagi nak buat...huhu, terliur tengok kat tv macam sedap je...bahan pun takde lagi nak tunjuk bakat..

p/s: rindu kampung

Album Kahwin~Rindu Saat Indah Ijabkabul

1.24.2012

Bila lihat, belek-belek dan tenung-tenung album kahwin boleh pulak senyum sensorang...ihiihi mengada!.. teringat pulak saat syahdu bila pertama kali cium tangan suami selepas acara membatalkan air semayang...indah betul perasaan tu pasal dah lama dop imagine sensorang bilalah boleh cium tangan orang kita cintai, dan saat itu terakam dalam memori sampai bila-bila, tambah lagi syahdu bila setiap kali solat dah boleh cium tangan suami...haha=p. Kalau ikutkan masa sebelum akad nikah saya dan en.azham dah sepakat tak nak ada gambar cium dahi ke apa, cukup jelah momen cium tangan suami di rakam, yang lain belakang tabir sudah.. sekarang boleh tengok album kahwin bila rindu saat ijabkabul..seronok je, macam baru semalam je berlaku semua tu...
cepatnya masa berlalu kan..-_-' 
Lebihan gambar yang belum dicuci ada dalam seribu keping lagi, entah bila nak menelaah pilih yang ok untuk hantar kat kedai...hurmm, kalau ikut nak burn je dalam cd tapi macam berisiko tinggi untuk hilang...huhu. miss the moment^_^

Camera Tripod Stand Memang Penting untuk Bekukan Saat Indah Berdua

1.23.2012

Kalau bercuti dengan orang tersayang rugilah tak bergambar bersama kan?nanti orang ingat kita pergi bercuti sensorang..hehe, so masa bercuti berdua memang payah nak bergambar bersama pasalnya takde orang yang tolong shootkan gambar, kena gilir-gilir ambil gambar...takkan asyik nak suruh orang amik kan aje...satu keping okei lagilah, kalau berkeping-keping, mahunya muntah orang yang tolong shoot gambar kita kan?heeh!..so memang penting Tripod stand camera neh, kecik pun takpe, melainkan guna DSLR perlulah cari stand yang besar..nak shoot gambar beratus keping pun takde masalah..^_^..saat berdua dengan pasangan kat mana-mana pun boleh dirakam tanpa menyusahkan sesiapa..

Samsung Galaxy S macam best sesangat kan?gambar pun cantik dan sharp..humm...bilalah leh merasa pakai neh...sendu plak tengok nokia 2300 tu...-_-"..okeilah melalut plak. orang dah habis canggih pakai, kita baru nak terhegeh-hegeh..ihiii=p

Reading List Hilang Seminggu, Biasakan Diri dengan Blogger Interface

1.22.2012

Actually, dah seminggu reading list dekat dashboard hilang tak tahu ke mana...susah nak tengok updated dari blogger lain tanpa reading list dari blog yang kita follow kan..lagi plak tengah biasakan guna new blogger interface...mende neh dah lama tapi baru nak update..maybe takut dengan perubahan...masih lagi kekok...nanti lama-lama okeilah kot...biasalah bab IT neh haku lambat sikit...hahah=p.. so nak godek-godek satu hal lah kan? tapi yang blogger interface baru neh lagi best dari yang lama..heh!baru nak merasa.. apapun tanpa reading list memang sukar nak klik dan taip satu URL blog yang wajib singgah.. Sekarang kalau ikutkan hasil penulisan dah hampir mencecah 900 entri err lambat lagi, tapi dah kira hampirlah...tak sangka rajin pulak haku hadap mende macam ni, kalau dapat duit takpelah jugak kan-_-"..

p/s: writing is really therapy^_^..

Yummy Fresh Salad Strawberry @Big Red Strawberry Farm

1.21.2012

Buah strawberry memang sinonim dengan Cameron Highlands..tahun 2008 kali terakhir pergi family Day trip kat sini tak banyak tempat jugak yang saya sempat singgah, lebih kurang berbulan madu kali neh jugaklah...cuma tempat yang pergi dengan en.azham kali ne memang tempat yang tak pernah pergi lagi...baru syok kan..asyik tempat sama boring jugak nanti..memandangkan dah dua ladang teh kitaorang visit, so BOH Centre kat sungei Palas kitaorang memang tak sempat nak pergi..nak panjat bukit ngan kereta memang taklah..gerun wei lalu tepi curam..huhu-_-'..so terus decide cari strawberry park yang menarik dekat area Berinchang...Nasib baik terperasan signboard Strawberry Farm Agro Tourism...kat sana memang best.. memang satu bukit tu ladang Agro Tourism, tak habis nak pusing...tapi kitaorang sempatlah teroka semua ladang...alang-alang sampai guna je lah masa yang ada untuk menikmati cuaca segar kan?^_^...
p/s: salad kat sini sangat sedap..err, memang fresh..
Di ladang neh memang puas hatilah sebab semua dah ada kat sini, strawberry farm, cactus farm, flower farm dan yang penting sayur-sayur yang ditanam kat sini guna kaedah hidroponik. Boleh kata kat sini one-stop centre garden sebab semua dah ada kat sini, tak payah pergi banyak-banyak tempat sebab teroka semua tempat sini macam dah lengkap pusing satu cameron Highlands..ihii=P..gitulah umpamanya..lama jugak kitaorang lepak dekat sini hampir satu jam lebih...sebab kitaorang decide makan strawberry kat sini je..
pic: sekarang dah tak suka tengok gambar sendiri...gemokkk bulat-_-'

p/s: Big Red Strawberry memang best, 8.30 pagi dah dibuka..

Kisah Kain Batik~Seksi @ Nilai Ketimuran

1.20.2012

Lucu pulak bila google word 'kain batik' keluar jugak part tutorial..tak sangka pemakaian kain batik zaman sekarang menjadi sesuatu yang rumit...hehe^_^..ermm, maybelah zaman sekarang dah tak ramai yang suka pakai kain batik...sangat jelas. Masa majlis bertandang hari tu, since saya dah tanya kakak apa yang kita harus buat in a first day as a new family member belah suami, so kena rajin lah tolong MIL buat sarapan ke, kacau air untuk breakfast or apa-apa je lah...Keesokan selepas majlis belah suami, siap solat subuh terus ke dapur (semangat ko...haha) rasa jugak kekok...hihi...even sebelum ne dah banyak kali singgah rumah en.azham...still juga terasa kekok..konon!bllerrhhh-__-'

So pepagi lagi dah tunjuk muka kat dapur even tak tahu nak buat hape..sekali tengah syokk dop basuh kuali, mak sedara en.azham tegur "lahh, lekat pulak ika pakai kain batik, orang sekarang dah tak pakai kain batik dah dop sarung seluar je''... tersengih malu*blushing*...lepas tu kecoh plak abang ipar bagitahu kakak ipar pasal saya pakai kain batik...sebab kakak ipar saya tu tak pandai pakai kain batik, siap kakak ipar interview plak...katanya masa pantang je dia pakai...hihi... lucu plak ingat situasi tu..korang suka tak pakai kain batik?orang kata pakai kain batik neh memang selekeh, tak kemas, selebet dan macam mak nenek..apapun saya suka pakai kain batik...pandai pakai kain batik pun sebab saya dan kakak kena marah dengan mak minah<---(panggilan mesra nenek belah mak) depan sepupu-sepupu lelaki tahun 2000 macam tu, baru je sekolah menengah...malu woohh, kena bebel kat mak minah, dahla ramai-ramai time tu...masa tu kalau tak silap memang asyik pakai seluar aje kalau pergi rumah mak minah (1 km dari rumah) dekat je, sekali kena sound masa tu, terus mak minah ambil kain batik ajar ikat macam mana..ambil masa yang lama jugaklah nak biasakan diri, lama-lama suka plak pakai..siap dapat gelaran ratu kain batik masa study kat matrik kedah...sebab suka pakai kain batik aje..sempat jugaklah share ilmu pakai kain batik dengan roomate tersayang...entah sekarang dia dah biasakan tak pakai mende alah tu...hehe

Kalau kat kelantan pengantin baru yang berkunjung ke rumah sanak-saudara @ ore kelate panggil 'ngajok na'ttu (panggil menantu) confirm akan dapat kain batik atau kain pelikat...hehe, boleh tambah koleksi..Apapun tak salah berkain batik di rumah, yang penting kena kemas dan nampak cantik...jangan pakai kain batik dengan t-shirt selekeh pastu tambah pulak dengan bedak sejuk putih tertempek kat muka, mahu tak trauma laki balik kerja mengadap pontianak sundal selebet sambut kat pintu-_-'..

p/s: nilai seksi?hanya suami yang tahu..nilai ketimuran?hanya kita yang boleh tentukan.. apa lagi budayakan pakai kain batik dirumah..hihi=p

Jatuh Tergolek di Ladang Teh Cameron

1.19.2012

Hambooii, laju je...suka sangat tengok orang jatuh tergolek ye...hehe=p. Pergi Cameron Highlands tanpa ke Ladang Teh memang tak lengkap kan...so kitaorang decide malam tu apa aktiviti seharian sebelum bertolak balik esoknya...susun schedule ke mana nak pergi penuhkan sehari tu sebelum pukul 4 petang sebab time tu fikir dah lewat petang nak betolak balik...Pepagi lagi, bukanlah lepas subuh dah keluar...dalam pukul 9 pagi kitaorang terus keluar isi perut..tu pun dah kira lewat check-out-_-". 
p/s: miss the moment
Kenyang je perut terus pergi ke ladang Teh, so alang-alang dah sampai kat ladang teh tak sahlah kalau tak shoot gambar sekeping dua...huhu..Sempatlah dua ladang teh kitaorang pergi...dekat ladang ke-2 tu, bukan mainlah suka dop shoot gambar...memandangkan dekat cameron cuaca sejuk, hujan sekejap-sekejap..tanah ladang pun jadi bahaya dan licin...Dalam keterujaan kitaorang dop sengih-sengih depan kamera, berlaku kejadian tak diduga...err, yang penting bukan saya yang jatuh tergolek...insiden tu berlaku dekat orang lain tapi sebelah kitaorang..en.azham plak ternganga tengok si cantik manis jatuh tergolek...haku plak gelabah lebih, pasal ter'imagine' macam manalah kalau diri yang tergolek masa tu, sah macam nangka busuk tergolek dengan badan dah debab ne..huhu-_-. Apapun buat yang bercadang nak berjalan masa CNY nanti kat ladang teh tu kena beringatlah ye.. Keindahan dan kehijauan ladang teh memang memakau pandangan mata...subhanallah...tak puas rasanya menatap keindahan alam^_^

Cameron Highlands Bukan Tempat Kesukaan

1.18.2012

Saya dengan sejuk memang tak serasi, tak boleh kalau sejuk sangat-sangat...Namun disebabkan keindahan dan kehijauan Cameron Highlands, ia memang termasuk dalam list untuk berbulan madu walaupun dah tahu cuaca sejuk semacam kat sana..eheh, bunyi macam banyak tempat yang aim nak pergi honeymoon siap dengan list tu, tapi berangan jelah..heh!Kalau terlampau sejuk memang tak boleh tidur, tapi sekarang dah ada suami no big deal la kan, tapi bagi saya tempat sejuk tanpa stoking..it's a big deal!..Apapun untuk mengelakkan saya tak boleh tidur malam akibat sejuk melampau tambahan bila kaki yang mula-mula sejuk, memang nak cari nahaslah tak pakai stoking (lupa bawak, kata lagi kelam kabut mengemas beg), mahu pergi berjalan-jalan dengan mata merah nanti keesokkannya...so lepas je check-in dekat hotel, tunaikan solat...terus kami keluar cari makan dan niat mencari stoking...errr, tempat sejuk pun boleh jadi jugak buat perut cepat lapar...hihi..
Kitaorang book hotel dekat Berinchang, banyak pilihan kedai makan berbanding di Tanah Rata, siap je makan terus ke pasar malam dekat situ...sempat lah berhabis beli souvenir  sikit untuk adik-adik dan anak sedara (menyesal shopping kat sini, padahal ada lagi tempat lebih murah)huhu...dan yang penting stoking wajib beli...Apapun walau semalaman tidur kat Cameron sudah cukup puas hati...hehe

p/s: err...kenapa lupa beli bunga-__-'

Unplanned Honeymoon yang Kelam Kabut

1.17.2012

Seronok jugak bulan madu mengejut gitu...tak sangka lah pulak en.azham balik kerja hari sabtu baru ne, terus ajak pergi Cameron Highlands memandangkan ianya salah satu destinasi pilihan untuk berbulan madu masa berbincang untuk planning kerja kahwin hari tu...Tapi disebabkan kekangan masa, -_-' maka hasrat untuk berbulan madu terpaksa simpan rapi je dalam angan-angan..sedih betul. Memandangkan sekarang takde aktiviti nak buat melainkan menunggu en.azham balik kerja aje setiap hujung minggu, agaklah memboringkan selain melayan cerita hindustan...So bila ajakan spontan macam tu dari yang en.azham, manelah tak melompat seronok..dop main yyeeaay!yyeaayy! je saya sepanjang perjalanan nak pergi Cameron...macam budak-budak!kesian ko!huuh-__-'..
p/s: masyaallah..the beauty of nature
So bila dah nama unplanned, memang kelam kabutlah tengahari tu mengemas bagai, kelam kabut jugak booking hotel...semalaman je pun tidur sana...hahah=p...So dalam petang jugaklah bertolak, alhamdulillah dalam pukul 8 malam dah sampai ditempat penginapan...Apapun perancangan kelam kabut macam tu tak boleh jadi tabiat karang sebab bila dah sampai tempat tu tak tahu nak pergi explore kat mana dulu err macam kitaorang, tambah pulak yang memang tak tahu apa yang menarik kat tempat-tempat tu...whatever the honeymoon still the best, i mean the best surprise..ihiii^_^

Pulut Mangga Kg Baru memang marvelous

1.16.2012

Aktiviti menggemukkan diri bukanlah menyeronokkan...namun disebabkan perasaan yang tidak dapat ditafsirkan...ikut jelah...muahaha=p. hujung minggu dipenuhi aktiviti makan semata..actually tak dirancang pun...korang pernah makan pulut mangga dekat kg baru tu? rugi kalau tak pernah...pulut mangga kg baru memang tak dinafikan kesedapannya...kombinasi pulutnya yang lemak lemak manis, kuahnya yang pekat berkrim..dan yang penting mangganya manis-manis masam, memang tak puas makan!hmm teringat pulak-_-' ...actually kalau pergi ampang memang tak sah kalau tak pergi makan dekat mak cik pulut mangga ne ai mean kat kg baru lah...makan plak tak pernah kongsi ngan en.azham pasalnya macam tak cukup makan satu pinggan pulut ne...haha=p. Kalau ikutkan di carrefour ampang sentiasa ada khemah jualan makanan-makanan siam, tapi pulut mangga kat situ memang takleh lawan pulut mangga kat kg baru...uhh tetiba teringat sangat
p/s: pulut mangga vs pulut durian

Aktiviti Mengidam Makan Kek Coklat

1.14.2012

Alamanda bukanlah tempat pilihan untuk berdating, sebabnya trauma asyik jumpa rakan sekelas kantoi berdating  dulu(malu hokeiihh)..kahkah=p. Namun disebabkan perasaan nak makan kek membuak-buak, en.azham bawa jugak pergi situ memandangkan itulah tempat paling dekat...hehe=p. Kek bukanlah sesuatu yang makanan yang serasi dengan tekak ne, namun disebabkan masa kahwin hari tu takde aktiviti acara memotong kek, tetiba menjadi perkaitan plak...huuhu (dasar)...hehe, so disebabkan si gemuk neh dah mengidam makan kek, actually bukan setakat kek...grr-_-'. Tak sangka en.azham suruh beli dua slices kek kat secret recipe, menyampah agaknya asyik dop merengek...sekali beli dua slices untuk sorang makan (dah alang-alang kan?!masa tu dah siap berdebar-debar pilih slices kedua, pasalnya takut tak habis makan..huhu)...siap aje beli kek, terus pergi solat maghrib dulu sebelum menuju ke tempat idaman en.azham iaitu mc'donalds, memandangkan dah lama saya tak makan roti mak cik anne's, order pretzel choc eclairs dan parmesan cheese untuk makan malam kononnya...dan makan malam kami meemang melampau...err, melampau dengan makanan segera, dua slices kek yang kononnya tak habis, licin masuk mulut, dua ketul ayam mc'd (ayam mc'd memang best lagi dari kfc), dua ketul roti mak cik anne's, memang membuatkan aktiviti layan nafsu makan melampau dari biasa...huhu-_-'... berjaya genapkan berat badan yang sudah sedia melampau. Kenyang-kenyang perut  bawak pulak perut sama-sama ngadap midnight movie...ehehe. apapun hujung minggu memang tidak menarik..

p/s: suka...

Rasa nak Naik Pelamin Sekali lagi

1.11.2012

Mabuk sekejap tengok pelaminan yang super duper cantik...sekarang neh tengah hot pelamin yang simple dengan pinwheel dais!uhh, rasa nak ajak en.azham naik pelamin sekali lagi...macam-macam design sekarang neh...grrr-_-''...zaman sekarang lagi bagus DIY je semua perkara yang nak DIY...jimat duit..yang tak jimatnya hanyalah masa je...apapun design sekarang memang buat ex-brides macam saya neh jeles...haha=P...pasal dah terlepas nak merasa design santek-santek pelaminan...ihihi...apapun yang pasti, satu part lagi belum lengkap...sempatla berangan nak pegi photoshoot macam mana dan nak demand apa kat photographer nanti..boleh ke bos?nak berangan je...huuu*__*..takpun bawak accessories sendiri ke photoshoot nanti..aci ke tak ye?ihhiii=p... 
pic source:chezwedd.com

p/s:bosan*_*

Hampir Terlanggar Babi di Putrajaya

Huh, memang first time tengok babi hutan dengan bijik mata neh, ingatkan apo mondo berbaris melompat-lompat melintas jalan masa nak pergi dinner semalam...lewat 45saat sikit je dari perdana V6 tu..kalau tak memang dah kena samak kereta...yang penting V6 tu memang kena samak pasal dah langgar seekor babi, kesian babi tu...-__-"...terhencot-hencot! Tak sangka plak boleh tengok babi (teruja kahkah=p) biasa dengar orang mencarut jek-_-'..

Semalam tak sangka plak boleh makan free, siap dapat ang pau lagi sebab baru kahwin...huhu tetiba, dah nak masuk sebulan lebih dah...yang penting masa makan tu tak sempat nak ambil-ambil gambar. Eh?! baru perasan.. sekarang jarang sangat menggunakan kamera, tak tahu kenapa? en.azham tahu alasannya...huhu...apapun berharap oneday ada gadjet khas untuk saya untuk aktiviti klik!klik! tanpa sesiapa boleh usik melainkan dengan keizinan saya aje...wahh demand plak! mengada-__-'. i know! just dreaming until grow old..hmm. apapun entri ne memang merapu..dah bye!

p/s: *_*

Yellow vs Orange, Inspired for Wedding Theme

1.09.2012

i think yellow colours amat fofular untuk wedding theme for 2011, and for 2012 maybe many more extreme colours yang bakal menjadi warna pilihan untuk bakal pengantin..really? i don't know...maybe lah kan,sebab kebanyakkan pengantin sekarang sudah tidak terikat dengan warna yang terlalu common...try to be extraordinary than others atau lebih menonjol dengan pilihan warna yang bukan menjadi pilihan kebanyakan pengantin, suatu tindakan yang bijak..depends!kadang-kadang idea bakal pengantin tidak dijangka kan? hehe...
pic source: google
Kalau ikutkan majlis saya baru-baru ne, yellow pale adalah pilihan kalbu, namun disebabkan perkara yang tidak dijangka berlaku dan pale colours bakal menenggelamkan bakal pengantin dengan decoration yang dah dipilih, i mean what i get tak sama dengan imaginasi dan keiginan, makanya tema wedding bertukar kepada kuning!ai mean extreme yellow....however, i love it so much...hasil yang sangat...no word to say! People who are blind to other colors can usually see yellow. hehe-_-".Yellow is full of creative and intellectual energy. So, bakal pengantin choose the best color suits for yours dan yang penting gorgeous brides bakal mencuri tumpuan...ihiihi=p. Apapun warna orange pun macam cantik sangat warnanya jika kena decorations..hehe=)

p/s: ^_^

Baru Perasan Tiada Acara Potong Kek di Majlis Sendiri

1.07.2012

what could i say?hmm...baru perasan selepas menggodek dengan gigihnya album kahwin, my Bigday tanpa acara potong kek.. -_-" (ooohh, adakah ini feeling sesal ataupun frust). Nampaknya kena redeem balik tak lain tak bukan dengan en.azham..itu pasallah seminggu dua dop teringat nak makan kek(mmm yummehh!!grrr)......rupanya acara yang yang ditunggu-tunggu kebanyakkan pengantin tertinggal semasa majlis ataupun sememangnya terlupa... huuuuuT_T. Semua mende nak terlupa. sedihnya.
Tapi selepas callback memory, semacam ada someone yang mengingatkan tentang acara potong kek, tu pun dah malam, sama ada saya just ignore pesanan tu ataupun saya suruh je someone tu potong-potong kek then bagi je makan kat siapa yang ada...huu, apapun tak kisahlah yang penting sekarang semacam nak makan kek sesangat...

p/s: mmm...-_-"

Suami Guntingkan Rambut~Such a Desire

1.06.2012

Siapa yang tak nak suami sendiri yang jadi hairstylist kan?Suami gunting rambut, kemaskan rambut kita...takde maknanya??! sukar jugak mencari suami mana yang suka jadi hairstylist isteri sendiri kan?hmm, entah siapa yang cari suami yang guntingkan rambut...apapun saya juga berharap macam tu..tapi cukup aje lah dalam mimpi.. hehe=P
Bukan tak mahu suami gunting kan rambut, kadang-kadang kaum suami jarang yang sanggup guntingkan rambut isteri..melainkan dah memang kerjayanya hairstylist...yang tu memang bestla kan, ikut demand je kita nanti... haha-_-". mm, apapun tak dinafikan memang ada suami yang gentleman tolong guntingkan rambut isteri sendiri walaupun tiada bakat..payah nak cari tu, cuba google, kot-kot jumpa...hihi. Apapun acara suami guntingkan rambut isteri atau isteri trimkan misai@janggut suami boleh eratkan hubungan. hmm, apa lagi?demandlah kat suami ye..

p/s: Terkejut tahap super duper, berat naik 3 kilo...ooo myyyyyyyyyyy fatty...nangesT_T. say hate to penimbang berat...grrr

Tahun Baru 2012, Masih adakah Harapan

1.02.2012

okei...actually ter'frust' pasal ter'delete' post senarai semak bajet kawen edisi first...nak taip balik dah hilang langsung idea...muahaha, ingat senang ke nak menaip entri bukan main panjang? bukan sehari dua fikir, hanya idea spontan yang datang...grrr, so bila dah jadik macam tu tak pasal-pasal takde mood terus nak menaip..harapan untuk 2012 tentunya banyak...target apa yang mahu direalisasikan tahun ne, apa yang dirancang pada tahun  ne untuk tahun depan(hmm) dan yang penting sekarang sedang buat apa untuk capai?...apapun yang jelas dalam kepala sekarang ne, nak kurangkan berat badan...BMI dah hampir cecah ke 'abnormal'...sangat menakutkan...usia muda(err..mudalah sangat!) kenalah jaga betul-betul kan?...belum terlambat untuk wish happy new year 2012 to all Malaysian...harap tahun baru bakal merubah segalanya...terutamanya dari segi amalan kita... masa tidak menunggu untuk kita berubah dari baik kepada lebih baik... insyaallah=). mari melompat lebih tinggi!err..takde motif-_-'
p/s: wondering something..