Ladang Tomato di KC Kwang Kg.Raja Cameron Highlands

12.05.2020

Tak pernah tahu pun tentang ladang tomato ni, ni pun kes singgah ladang anggur, takde intention pun nak tengok ladang tomato, tapi di kira rezeki jugalah dapat tengok bagaimana tomato dihasilkan secara komersial, start dari anak benih hingga lah masuk kotak untuk dipasarkan, anak-anak pun turut teruja dapat belajar sesuatu kat sini. Haa, anda pun mesti tak biasa kan datang ladang tomato ni, biasa kalau naik Cameron Highlands tempat wajib singgah adalah ladang strawberri dan teh, betul tak? So kali ni masa dah on the way balik ke Kelantan kami singgah kat Ladang tomato sekali dah Alang-alang sampai ladang anggur. Tempat yang sama tapi lain-lain kawasan. Kat sini memang dapat masuk directly kilang pemprosesan dan pembungkusan untuk tomato dipasarkan.

Biasa kalau naik Cameron Highlands wajib borong tomato ceri dan tomato biasa tu, anak-anak ni antara sayur diorang makan adalah tomato, sos paling disukai adalah tomato. Masakan yang masam-masam kesukaan mereka.Walaupun dikategorikan sebagai makanan, tomato juga kaya dengan pelbagai manfaat untuk menjaga kecantikan kulit dan rambut. Sebagai sayur yang memiliki kandungan air yang tinggi, tomato boleh membantu melembapkan kulit dan membuatkannya lebih sihat.

Setiap biji mengandungi 20 peratus pengambilan harian vitamin yang diperlukan tubuh bagi membantu menjaga penampilan lebih sihat dan menarik.

Berikut kebaikan tomato bagi menjaga kecantikan diri.

• Kaya dengan kalsium, tomato mampu mengukuhkan kekuatan tulang dan gigi bagi memastikan ia tidak mudah longgar dan tercabut.

• Vitamin A, flavonoid, vitamin B kompleks, thiamin, folat dan niacin yang ada dalam tomato membantu menghalang penyakit berkaitan penglihatan, seterusnya membantu mata lebih bercahaya.

• Memiliki antioksidan flavonoid seperti lycopene dan zea-xanthin yang menghalang kerosakan sel akibat radikal bebas, sekali gus menjadikan kulit lebih awet muda.

• Kandungan protein yang tinggi membantu memperbaiki sel dan membina otot.

• Ia tidak memiliki lemak dan boleh dimakan dalam jumlah banyak untuk melapik perut, pada masa sama memberikan pelbagai nutrien yang membantu mencantikkan kulit.

• Jus tomato yang disapu pada wajah, dibiarkan sehingga kering sebelum dicuci boleh membantu mengecilkan liang roma, menjadikan kulit kelihatan lebih lembut.

• Menggosok separuh potongan tomato pada wajah boleh membantu nutrien diserap ke dalam kulit dan membuatkan wajah lebih berseri. Ini kerana tomato mempunyai vitamin C yang sememangnya terbukti boleh mencerahkan kulit.

• Minyak biji tomato juga boleh membantu merawat masalah kulit seperti jerawat, kulit kasar dan tanda penuaan seperti garis halus pada wajah.

• Kandungan sebum yang berlebihan pada wajah boleh menyumbat liang roma dan membuatkan kulit berjerawat. Jus tomato yang disapu pada wajah dapat mengurangkan sebum seterusnya membantu kulit lebih sihat.

• Makan tomato atau minum jusnya juga boleh membantu melindungi kulit daripada pancaran UV kerana ia bertindak seakan-akan tabir matahari semula jadi.

• Jus tomato yang dicampur dengan avokado yang dilenyekkan juga boleh dijadikan penyegar semula jadi kulit dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi.

• Tidak perlu membahayakan kesihatan dengan ubat atau suplemen memutihkan kulit tetapi cukup dengan menyapu tomato pada kulit kerana ia adalah ejen pemutihan kulit semula jadi.

• Kulit yang terdedah pada panahan matahari akan kemerahan dan kemudian menjadi lebih gelap. Tetapi mereka yang makan tomato setiap hari mampu melindungi kulit daripada masalah itu. Bagi kulit yang mengalami kemerahan, sapukan tomato yang dibelah padanya.

• Tomato juga boleh menyingkirkan sel kulit mati pada wajah apabila ia digosok pada kulit.


Yang tak makan tomato rugi, kikiki. I think dalam banyak-banyak sayuran, tomato adalah makanan paling digemari kanak-kanak. So datang sini memang kenangan terbaik untuk anak-anak memang diorang ingat satu-satu part. Ladang tomato ni kat Kg. Raja, dah on the way nak turun ke Lojing sebelum masjid Lojing tu. Nak kelainan boleh singgah ladang tomato ni. 

Pulangkan Balik Cincin

11.30.2020

Terbaca kisah cincin tunang kena jual dek bekas tunang. Apa boleh buat, ujian kadang tak terjangka. Allah datang kan orang yang salah buat kita pasti ada hikmah besar. Tambah lagi kalau dalam tempoh tunang. Ika dan suami bertunang lama kot, hampir setahun jugak bertunang. Dalam tempoh tu macam-macam jadi Allah nak duga dan hampir pulangkan balik cincin tunang, suruh tunang cari orang lain, hihi. Tapi nasib baik masa tu gaduh teruk pun tak sampaikan benda tu kat orang tua. Hampir tarikh kahwin makin rasa in doubt betul ke nak kahwin dengan tunang. Orang yang pernah alami je tahu. Kisah cinta Ika pun bukan mudah sangat, bukan susah sangat. Sebelum bertunang entah dah berapa kali hati di tikam-tikam sebab kena reject dengan orang yang berbeza, wakaka.


Ika ni daring sikit bab perasaan, kalau suka terus bagitahu kat orang tu yang kita suka. Bukan main tarik tali, bukan pendam, anak kedua kan, dia bold sikit,kahkah. Imagine kau luah perasaan kena reject, tapi alhamdulillah Allah bagi hati kental sikit bab cemni. Even rasa malu, kecewa kena reject Ika ambil masa sekejap dan move on hingga lah orang yang ke last reject Ika, Ika janji dengan diri tak nak dah fikir pasal bercinta, kalau ada orang nak lepas ni terus nak kahwin, tak nak bercinta lama, kahh confident je niat macam tu,macamkan ada orang nak. Tahu apa jadi selepas tempoh hibernating from love emotion? suami datang approach. Rasa macam pelik sebab sebelum ni semua orang Ika yang approach dulu, stail timba cari perigi kekdahnya Ika punya cara, tapi semua gagal. Tapi masa tu pujuk hati sendiri, ingat kata-kata arwah bestfriend, "Ika kalau nak cari suami cari orang yang lebih sayang kita, dari kita yang sayang orang, lepas tu jangan cari yang hensem sangat, sebab hensem tu tak boleh beli beras" tergelak kami masa tu. "asal tak boleh beli beras pula?", “yelah kalau setakat hensem tapi pemalas nak kerja, nak dapat beras macam mana, kalau takat, perhatian! Perhatian, aku hensem, tolong bagi beras! Memang mereputlah kau dapat laki macam tu", sambung gelak lagi kami, ahh lawak masa zaman sekolah. Sampai sekarang tersenyum ingat bicara arwah. Alfatihah buat Norhatini Mohd Noor.


Bila suami datang approach, memang Ika main tarik tali, jinak-jinak merpati bab kata ayah. Pesanan tu Ika ingat lepas habis convo, macam takde tanda ada pasangan, ayah pun macam ada instinct pasal anaknya. Ayah pesan kita orang perempuan tak boleh jual mahal sangat, kena jadi jinak-jinak merpati. Nak tengok kesungguhan orang nak kat kita macam mana. So bertitik tolak dari pesanan ayah, ku pertimbangkan balik huluran dari suami. Rasa macam tak sangka, dari senior masa sekolah je, kini kami serumah, sebilik dan sebantal. Masa bertunang bukan sorang dua je datang, sekampung suami datang kes nak tengok tunangan, keterujaan orang tua belah suami juga sebab dapat orang satu negeri. Sebelum ni ma abah dapat menantu jauh, sorang selatan sorang utara, so bila dapat yang satu negeri, satu kampung datang rai, kelakar juga bila di ingat. 

17 belas tahun perkenalan bermula dengan pertemuan pertama kali selepas habis spm, suami ajak keluar, ingat lagi kami bertemu kat KFC dengan Ika berbaju kurung biru, nampak gentar dihati sebab katanya first time jumpa dan cakap dengan orang perempuan secara dekat, suami makan ayam pun tak habis, masa tu memang zero feeling jumpa atas dasar senior junior dan masa tu Ika pun tengah relationship dengan orang lain, jarak jauh. Dari pergi makan, teman cari seluar sukan katanya dah nak pergi belajar jauh pasni, tak ku tanya pula masa tu. 2003 pertemuan pertama merangkap pertemuan akhir kami jumpa. Bulan akhir tahun 2009 pertemuan kali kedua selepas beberapa percubaan suami cari melalui MySpace, lost contact lagi lepas tu then suami dapat contact dari email. 2008 suami start mesej tapi tak di layan sebab masa tu frust baru clash, dan masa tu juga tengah gila pangkat kat universiti, semua jawatan kelab, course kesnyaku tibai sibukkan diri kononnya, tak nak fikir benda lain. 2009 dapat sambung master dekat uitm, suami gigih call, mesej, sampai naik annoying tengok nombor. 

Last-last tanya juga apa yang dia nak asyik call mesej. Dia cakap dia baru habis study dan baru dapat kerja, so what? Bagitahu aku dapat apa? Cengeng gila rupanya aku ni sejak dulu, wakaka. Suami cakap nak serius dengan Ika, then ku cakap kita kawan sudahlah karang bercinta, putus buat bazir masa dah satu hal. Terus suami cakap dia betul-betul serius. Masa tu mula gelabah sebab tone suara suami dah lain, "ok, bagi masa saya 3 hari fikir", punyalah drama. 3 hari fikir tak dapat jawapan, bila suami call Ika bagi cadangan, kita cuba dulu bercinta 3 bulan, kalau rasa tak okay, kita kawan macam biasa sajalah, suami setuju tapi dengan syarat dia nak datang jumpa keluarga dulu, amboii, amboii tak menahan. Aku tanya kenapa? Yelah dia pun nak kenalkan dirilah orang yang tengah kawan dengan anaknya. Alahaii, apa bendalah ni, aku okay kan saja,berani sangat nampak gaya nak jumpa iols punya mak ayah. Kita tengok nanti. Sekali hari yang dinanti, bukan bawa bodynya sendiri, dia bawa mak abah sekali datang, dah alang-alang datang dia kenalkan diri dengan mak ayah, ma abah pun dia kenalkan sekali. Amboii ni bukan kaleng-kaleng punya strategi ni laki aku pakai. So disebabkan this gentleman act, Ika mula buka hati untuk suami. That's how's our relationship start, pandai laki aku tackle hatiku yang dah mula pasang kunci. Lepas tu terus tunang for a while dan kahwin.

Nampak macam, wahh senangnya. Tapi scene sebelum bulan Majlis kahwin berlangsung ku cakap tak nak kahwin, tolong ambil balik cincin tunang. Cari orang lain yang dah kerja ke apa, someone better lah kononnya. Tersenyum ingat dugaan-dugaan yang datang tak kira waktu tunang, kahwin. Ingat lagi masa awal-awal kahwin takde duit nak balik kampung nak tengok mertua yang jatuh sakit masa tu, ada RM50 ringgit lepas buat bayar tol je, tapi alhamdulillah sampai juga ke kampungnya. Masa bercinta memang tak kenal lagi suami yang sebenar macam mana, tapi dah masuk alam perkahwinan lain pula gayanya. Alangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri, 5 tahun awal kahwin memang tempoh mengenai lagi sebenarnya. Nak sabar dalam perkahwinan ni memang banyak kena berkorban, yang paling penting kunci yang paling mahal dalam perkahwinan adalah komunikasi. Komunikasi fail, memang akan buat banyak masalah kecil dari besar sebab nak faham dan memahami semuanya terletak kat komunikasi. Apapun, banyak lagi dan panjang lagi perjalanan dalam rumahtangga ni, just hope hubungan ini Allah izinkan hingga ke syurga Allah kerana hati ni jua milik Allah. Moga cinta, kasih sayang, ihsan semakin utuh dengan izin Allah. Hari ni anniversary kami yang ke 9 perkahwinan dan 17 tahun perkenalan kami. May Allah bless us, amin. Syukur atas segala ujian dan nikmat serta rahmat sepanjang kami menikmati nafas ini. Alhamdulillah. 

HOGA Gaharu Tea Valley, Gopeng Perak

11.24.2020

Tempat ni sangat cantik dan indah sangat bagi Ika selain Cameron Highlands yang di penuhi dengan kehijauan pokok teh, kat sini bukit bukau di penuhi dengan kehijauan pokok Gaharu. Pokok Gaharu tu biasanya sinonim dengan air bauan atau pewangi. Perusahaan berasaskan pokok gaharu sememangnya mendatangkan pulangan lumayan, ditambah pula minyak yang dihasilkannya antara paling bernilai dengan setiap milimeter boleh mencecah ribuan ringgit. Dek keharuman minyak pokok gaharu ini, ramai pengusaha minyak wangi terkenal di dunia sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi mendapatkan bahan mentah utama kepada produk keluaran mereka. Harga Kayu Gaharu paling cikai RM1000-RM25000 sekilo gram. So kalau datang sini kira macam tengok duit lah bertaburan di bukit bukau tu, dasar mata duit, gurau pun tak boleh ek, wakaka.


Bila datang sini memang pemandangan dari bangunan tinjau sangat mengkagumkan sebab cantik sangat dan rasa berada kat negara lain. Tiba di pintu gerbang HOGA ni pun dah lain macam sebab macam masuk ke negara China, sebab pintu Gerbang HOGA ni dibina berinspirasikan tembok besar China. Masuk je kat sini anda akan terpana dengan kecantikan dan kehijauan pokok Gaharu yang cantik tersusun disegenap tempat. HOGA antara tarikan Eco-pelancongan yang mula memdapat perhatian dari pengunjung serta tempat. Kat sini anda jangan risau part parking kereta sebab kawasan ya sangat luas. Menuju kat bangunan utama yang Bertempat ya Galeri dan Shopping centre hasil dari pokok Gaharu. Juga terdapat cafe dan tempat anda sekeluarga duduk bersantai menikmati Aiskrim berperisa Kayu Gaharu dan juga jangan lepaskan peluang untuk mencuba Teh Kayu Gaharu. Walaupun rasanya kelat dan pahit semacam, ianya sangat unik sebab di hujung rasa teh ia akan menjadi manis. Cubalah tak rugi pun.

Entah dah berapa kami datang ke sini lebih dari lima kali dah kot, disebabkan view kat sini. Sempat bawa mertua dan arwah abah datang sini, mak ayah belum sampai lagi, insyaallah next time kita bawa mak ayah plak datang sini. Bersyukur sangat mak ayah dulu sempatlah beberapa kali keluar negara melihat keindahan Ilahi di benua lain, disebabkan situasi sekarang memang takde peluang nak keluar dari negara even kaya sekalipun, alangkan tempat jauh, tempat yang dekat pun belum tentu dapat lepas keluar, semua tak dapat pergi mana-mana. Sungguhlah masa ni baru kita tahu nikmat bebas ke sana ke sini kan? Apapun kita doakan semoga Malaysia akan terbebas dari cengkaman virus ni. 

Dalam initiery wajib masukkan sekali tempat ni bila anda datang ke Perak. Teringat cerita lucu pak saudara Ika datang sini, punyalah teruja dan terpana tengok Cantiknya tempat ni, sampaikan masa parking kereta lupa nak off enjin. Syok diorang semua satu keluarga naik menara tinjau lama plak tu lepak situ, turun peluk pokok, sampai kat tempat last sekali baru teringat dan datang confuse enjin kereta tutup ke tidak? Lepas tu tak keruan dah, nak nikmati pemandangan kat Lover's Park dah takde hati, wakaka, memang gelak keluar air mata kalau ulang cerita ni sesama kami, nasib baik tak hilang keretanya, elok je kat tempat parkingnya, cuma enjin hidup lah, nak kata nasib baik tu selalu ada alhamdulillah. 

So apa menarik kat HOGA ni? Selain tempatnya lengkap dengan surau, cafe, galeri, shopping centre jangan lupa ambil peluang untuk beli produk makanan berasaskan Kayu Gaharu ni. Memandangkan sekarang PKPP masih berjalan, Ika tak sure perkhidmatan van yang bawa naik pengunjung ke menara tinjau dah beroperasi ke tidak? Paling latest Ika pergi masa lepas habis PKP dan PKPP, servis van masih belum beroperasi . Anda boleh membeli tiket HOGA ride pada harga RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun jika dah available nanti, tak tahulah kot nanti buka harga Tiket dah naik, hehe. So sekarang servis van tiada, kalau nak naik tengok view kena menapaklah guna kaki anda kat Viewing Stage, hehe. Tak larat panjat, boleh menapak ke pinggir bukit ke Hugging Park, dan juga ke Taman yang mempunyai tangga pelangi dan pokok unik yang besar berusia beratus tahun berpaut antara satu sama lain di Lover's Park. Kat sini juga ada Taman kecil dan kolam ikan, bolehlah buat aktiviti bagi ikan makan. Actually bersempena tahun 2020 ni memang banyak sangat pembaharuan dekat HOGA ni beza sangat dengan masa mula-mula kami datang sini. Pembaharuan yang sangat menarik dan mampu menarik lebih ramai pengunjung memandangkan masih belum ramai yang tahu akan kewujudan tempat ni. Kaki instagram pasti suka tempat sebegini, untuk natural lover tempat ini memang untuk anda. Tunggu part semua kurung ni berakhir yang entah bila agaknya, semua rindu kan kebebasan kan? So do we too.

Buka setiap hari dari pukul 9 Pagi-6 Petang kecuali hari Selasa. 


Sindrom Mak-Mak

11.22.2020

Sindrom paling teruk melanda bila jadi mak-mak ni adalah tertukar nama. Dulu teringat mak ayah tersalah panggil nama anak-anak kami gelak, al maklumlah nama semua berpangkal A, sekarang daku plak alami sindrom ni dengan anak-anak. Perkara yang paling lucu, anak-anak siap mengadu, bukan mama ayah saja salah panggil nama Harraz Haddad, ustaz dan ustaz ah pun tersalah juga panggil nama kami, nak panggil Harraz pergi sebut Haddad. Kenapa mama letak nama A dan H kat depan? Soalan yang selalu di ulang anak bila balik sekolah, one of topik sentiasa ada selepas ambil adik beradik ni balik sekolah.


Kadang-kadang kawan-kawan pun tertukar sama panggil nama, ingatkan Harraz ni Haddad lah, kelakarlah mama kan? Bukan setakat mama dengan ayah je tertukar,wakakka. Aku bet semua mommy akan alami benda ni, it's spontaneous action sebab dalam kepala ni memang penuh dengan anak-anak je. Dulu masa Harraz Haddad memang dua nama tulah sekali sebut, lahir rapat-rapat, sekarang lima nama, memang tibai lima sekaligus kalau sebut.

Tergelincir lidah ataupun berebut sel minda nak suruh sebut yang itu ini dalam masa sama. At least bila anak-anak melalui satu-satu fasa, sindrom mak-mak tu berbeza. Dulu masa anak kecik dalam umur 5-6 bulan antara sindrom mak-mak yang teruk Ika alami adalah asal masuk bilik air dengar anak menangis, keluar balik tengok anak relax je dok landing main dengan kakak abang, hihi, kelakar bila ingat.

Masing-masing dah besar, sindrom lain plak yang mengganti, apapun tak sangka rupa-rupanya daku antara insan terpilih besarkan  dan didik anak-anak di zaman fitnah berleluasa, Allahu, seriously rasa beban yang menggunung, hanya kepada Allah sajalah kami bergantung harap. 

Sandwich Campur Masa Outing Zaman Sekolah

11.20.2020

PKPB ni acara paling meriah adalah acara masuk keluar dapur, betul tak? Bab makan tak pernah putus, bila anak makin membesar ni tong beras makin tinggi demandnya. Dok asrama lagilah cepat rasa lapar, lapar je manjang, selera bukan main tinggi tambah ada member sama naik bab makan. Teringat plak masa masuk asrama dulu, sedih tak terkata bila mak ayah decide untuk masukkan Ika ke sekolah berasrama dulu. Punyalah mak ayah nak pujuk, setiap minggu mak ayah datang jenguk kat asrama bertanya khabar. Alhamdulillah, sekarang rasa bertuah sangat diri sebab keputusan mak ayah dulu, kalau tak, takdelah diri Ika yang macam sekarang ni.


Antara makanan yang mak suka bawa bila datang jenguk anaknya nih, adalah sandwich. Baru-baru ni ada kawan sekolah tanya macam mana buat sandwich yang macam mak Ika buat dulu, dia masih teringat-ingat akan kesedapan sandwich tu. Ika lupa plak sandwich yang macam mana, maklumlerr banyak urat terjejas kes bersalin, so bila recall balik ingatan dengan bantuan minyak ikan dan lecithin berterusan, alhamdulillah terus rewired dan ingat balik.


Oh! Sandwich ni rupanya yang mak dok bawak dulu datang makan sesama dengan kawan-kawan yang lain. So pagi ni Ika share sandwich version mak suka buat dulu.


Mudah je bahannya:-
Roti sandwich(Ika guna gardenia
Sardin Mackerel
2 biji telur yang direbus
Mayonis
Planta untuk sapuan roti(ikut kesukaan masing-masing)
Sedikit lada hitam dan garam
Tomato
Timun batang






Selamat mencuba, hujung minggu ni boleh buat, hehe. Biasa kalau ada sandwich Ika buat menu berat sekali nasi lemak ke, bihun atau mee goreng ke, tengahari makan light-light je sebab pagi dah kenyang macam hape dah, Kiki. 

Komen dah Selawat Ke Belum Hari ni?

11.18.2020

Kalau anda perasan dalam setiap komen dan IG, Twitter atau hot post orang membawang, atau isu apa pun, ada terselit komen ni, adakah anda sudah berselawat hari ni? Jom kita berselawat sambil bait-bait selawat tertera di komen. Nampak kelakar dan a bit annoying tapi Ika salute buat orang yang gigih di setiap komen dia copy paste benda ni. Bagi Ika ini adalah orang yang mencari peluang untuk mendapat saham pahala berantai selagi mana post tu wujud, dikala orang lain mencaci maki, mengata, memfitnah di komen tersebut dia dalam tak sedar berbuat dakwah.
Nampak takde apa, tapi komen sebegini mampu menjentik hati manusia yang beringat-ingat dari melakukan perkara mazmumah. Walaupun baca saja-saja komen tu, tak pasal-pasal hati berselawat on the spot. Simple kan cara dakwah sebegitu, saham pun dapat sama. Kadang kita tak perlu harsh pun dakwah dan educate orang, kalau anda suka cara yang kasar, tak sopan, untuk educated orang silakan follow, tapi jangan sama kan diri dengan orang lain yang mungkin tak suka cara sebegitu. Kedegilan orang bukan tiket untuk kita menghambur orang sesuka hati atas tiket "demi". Apapun hidup ni kan pilihan, jika kita tak suka orang memilih dan mengatur hidup kita bagaimana dan macam mana, begitulah juga orang lain. So jangan sesekali samakan orang dengan kita atau sebaliknya. 

Begitulah juga bab dakwah ni, apapun Sempena Hari Maulidur Rasul marilah kita sama-sama berselawat kerana di akhirat kelak syafaat Nabi Muhammad s.a.w yang kita perlukan. Jangan hari ini kita memperlekehkan, meninggalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan tanpa malu segan kita meminta pertolongan Baginda nanti. Seiringlah perbuatan dan amalan kita moga mendapat ganjaran disana nanti, jangan tunggu hari istimewa sebegini baru kita berselawat, selawat lah setiap hari, setiap masa yang kita ingat kerana Nabi Muhammad s.a.w mencintai umatnya yang berselawat kepadanya.


Sekarang ni kalau tengok sekeliling dengan mata hati kita memang dah tak buat sunnah Nabi dah, malah di promosi setiap hari dah kat TV sedar tak sedar je. Apapun moga Allah ampuni kita yang tak mampu berbuat apa sepatutnya. Sedih memang sedih tapi kena move on sajalah buat apa yang kita mampu buat, kita tak mampu ubah orang tak mengapa, yang lagi penting kita mampu ubah diri kita sendiri. Ika dah saksikan, rasa kan sendiri khasiat selawat ni, selawat pun ada banyak jenis, selawat tafrijiah, selawat syifa, selawat fatih dan banyak lagi. Salah satu yang banyak Ika amalkan selawat Syifa.

Masa Harraz lahir tak cukup bulan, everyday pergi buat skin to skin routine, Ika selawat Syifa masa tu. Takde kata-kata terbaik hanya mampu selawat je masa tengok keadaan anak. Dengan selawat tu jugalah satu perasaan dan yakin akan kesembuhan anak dan miracle happen. Selawat Syifa bukan saja untuk kesembuhan, apa yang penting adalah kita perlu ingat bahawa segala penyakit dan musibah yang datang semua dari Allah SWT dan penyembuhnya juga dari ALLAH SWT.


Antara kelebihan selawat Syifa selain untuk penyembuhan penyakit, ianya juga bagus untuk minda anak-anak, bagus untuk amalan zikir harian. Selawat lah dengan ikhlas, insyaallah pasti dapat manfaatnya. Amin. Tambah lagi keadaan yang menekan kita semua hari ini, dengan aktiviti ekonomi terbatas, ramainya yang hilang kerja, secara tak langsung impaknya ke atas emosi dan jiwa sangatlah hebat, makanan orang-orang yang beriman di akhir zaman adalah zikir dan selawat untuk kekuatan jiwa dan emosi. 

Cameron Valley Tea House 2

11.16.2020

Kami ada kenangan kat Cameron Valley Tea House 2 ni bersama arwah abah, so bila ma nak datang sini kami ikut je sebab tahu pasti terkenang memori bersama di sini makan-makan ramai-ramai masa buat familyday dulu tahun 2012. Selepas check in kat Hotel sambil tunggu hujan reda, kami terus ke sini, ikutkan plan asal nak pergi makan scone dekat Lake House, tapi belum rezeki kali ni nak pergi sana sebab hujan dan waktu pun dah lewat petang, makanya layan scone kat sini pun okay sangat. Dah banyak pembaharuan kat sini pun dah buat bertingkat dan asingkan pengunjung yang nak pergi tengok view ladang teh. SOP kat sini bagus sebab memang tak bagi masuk over limit, tunggu meja kosong baru dapat masuk ikut turn. Masa kami sampai tu alhamdulillah orang tak ramai dan tak beratur lagi. Tapi menunggu lah juga sekejap nak dapat meja kosong.


Masa lepas kahwin dulu teringat plak pinjam kereta ayah dulu sebab nak angkut barang-barang dan hadiah yang orang bagi masa Majlis, memang penuh satu kereta bonet dan tempat duduk belakang, dari sekecil-kecil barang dan sebesar-sebesar barang kami dapat termasuk lesung batu dan dapur gas,wakaka. Awesome betullah siapa yang bagi hadiah kat kami tu, Ika doakan mereka Allah limpahkan rezeki mereka Berganda asbab pemberian mereka memang Ika masuk rumah lepas kahwin cuci kaki je. Tak banyak barang kena beli sendiri, so masa berangkut barang boleh plak suami ajak on the spot naik Cameron Highlands terus sebelum masuk rumah, apa lagi? On sajalah, dengan kereta penuhnya dengan barang, kami tidur kat Lodge Country Brinchang, walaupun ramai yang kata Hotel tu paling keras kat Cameron Highlands alhamdulillah kami tak pernah lalui pengalaman seram kat sana, bukan sekali kami pilih Hotel tu, banyak kali jugaklah sebab area sekeliling strategic. So sempatlah sambil honeymoon layan view ladang teh kat Cameron Valley TS2 ni, kihkih.


Sempat lagi menyelit kenangan sendiri, so hampir 15minit beratur dapat meja kosong dan terus buat pesanan makanan. Kat sini kira complete jugalah sebab ada shopping centre untuk tea product. Kalau tak naik Sungai Palas kat Boh pun dah okay kalau singgah sini sebab dah macam-macam ada termasuk souvenirs. Perasan tak kalau minum teh kat sini rendam uncang teh tanpa gula pun rasa teh tu sedap sangat, kena dengan suasana sejuk-sejuk gitu. Best sangat fefeeling layan makan scone, minum teh, sambil hirup udara segar dan sejuk, that's why lah kot Cameron Highlands ni antara port pilihan ramai orang naik berkali-kali pun tak pernah puas, tak pernah jemu. Ika dulu memang tak suka pun naik Cameron Highlands sebab jalannya agak menggerunkan, bersimpang siur dan tinggi. Tapi tulah, orang kata jangan benci dan tak suka, nanti-nanti kita jatuh cinta. Begitulah ibaratnya Ika ni, kihkih, memang in love btul dengan Cameron Highlands ni. Kalau boleh tetiap minggu nak naik, wakaka.

Apapun takut juga tengok semakin hebat Pembangunan kat atas Cameron Highlands ni, bagus memang bagus sebab makin banyak kemudahan, pembaharuan tapi setiap kelebihan ada kekurangannya juga, banyak dah hasil semulajadi kehijauan diusik tanpa batasan. Sama juga kat Lojing lagi scary, betullah manusia ni memang takkan pernah puas, makin banyak alam sekitar termusnah akibat tangan-tangan manusia tu sendiri. Akibat kehendak dan permintaan manusia yang tidak berkesudahan, semakin teruk pula paku-paku bumi ditarah, dirata, digondol, sedih plak tengok dan ingat.

Masa nak naik Cameron kakakku siap pesan jangan berhenti dekat tempat ambil gambar view jalan dari simpang pulai tu, sebab kat situ kawasan risiko tersangat tinggi. Cantik memang cantik, tapi bahaya, yelah malang ni tidak berbau. Katanya tuan kedai dan pemilik gerai kat situ degil dan gedebey bukan main, berapa kali dah surat warning JKR dah bagi, sebab kat situ memang kawasan Red zone, everytime je boleh runtuh. Bukan tempat lepak santai ambil gambar, bukan tempat makan-makan. Tapi tulah manusia ni kan, kalau dah degil katalah macam mana pun, memang tak jadi apa melainkan dah berlaku apa-apa kejadian baru nak menyesal agaknya, so pepatah dah terhantuk baru nak tergadah memang elok wujudnya. Apapun datang Cameron Highlands kali ni dengan ma dan adik-adik banyak buat refleks diri. Alhamdulillah. So datang Cameron Valley Tea kali ni memang dapat berantai-santai relax dan chill.

CH Green Stay Resort Apartment Lengkap Sempurna

11.14.2020

Bagi yang suka naik Cameron Highlands pasti tercari-cari tempat penginapan yang lengkap dengan segala kelengkapan sambil menikmati percutian. Kali ni naik Cameron dengan family mertua, bawa ma dan adik-adik pula menikmati cuaca sejuk sambil menikmati makanan panas di malam hari. Ahh macam duta Cameron Highlands pulak kami laki bini ni, dulu Cameron Highlands bukanlah tempat kegemaran mungkin berbukit-bukit, sekarang ada peluang naik Cameron Highlands, kami naik, balik hari pun dah banyak kali. Nak menginap kat Tiny Boutique Habitat je tak pernah-pernah dapat, punya sentiasa penuh je. 

So samalah kali ni pun, memang plan asal nak menginap kat Tiny Boutique Habitat tapi harap maklumlah tempatnya yang strategik dan menarik, makanya tidak lah kami berpeluang menginap situ. Makanya cari tempat yang available dikala hujung minggu nan sesak, macam biasa Cameron Highlands asal hujung minggu memang sesak, kami dapat book penginapan kat CH Green Stay Resort Apartment ni kat Tanah Rata berhampiran dengan Kampung Taman Sedia. Kira okay lah, ada juga tempat menginap.



So kami memang tak letak expectations yang tinggi sangatlah kat apartments ni. Rupanya jangkaan kami meleset bilamana tiba kat apartment ni. Masa nak datang ke Resort ni hujan memang lebat sangat dan takde tanda berhenti pun, makanya plan kami untuk keluar jalan-jalan petang tu hold dulu tengok situasi semasa. Tengokkan bangunan memang macam bangunan lama lah juga, tapi view kat resort ni still the best for us sebab berhadapan dengan padang golf, hijau sejuk biji mata memandang. Yang penting bangunan ni ada liflah. Takkanlah punya tinggi takde lif, terus kasi 1 bintang terus nanti.

Check in je kat apartment kami terkejut juga sebab kelengkapan apartments more than enough. Mana taknya jarang tempat penginapan yang sediakan dapur lengkap dengan serba serbi alatan untuk steamboat, masak-masak dengan rice cooker, bread toast, pinggan mangkuk, segala alat-alat untuk bersteamboat memang lengkap. Tambah lagi setiap bilik almari penuh dengan bantal dan toto tambahan buat penginap yang datang ramai atau ahli keluarga yang besar. 3 bilik semuanya. 

Memandangkan kami dah bawa alatan memasak sendiri makanya guna jelah yang kami punya, kalau tahu dari awal apartment ni punya lengkap sebegitu rupa takdelah kami berangkut bagai, kihkih. So korang yang ada niat nak makan-makan steamboat tapi buat sendiri bolehlah masukkan CH Green Stay ni option anda. Senang kerja, bawa bahan utama nak masak je, sayur mayur boleh boleh borong kat Kea Farm Market atau sekitar Tanah Rata dan Brinchang. Settle dah tak payah fikir-fikir nak cari kedai makan melainkan memang niat nak jalan-jalan cari makan kat Cameron Highlands ni.

Oklah dengan harga penginapan tak sampai RM300 pun, anda dapat lebih dari sempurna. Kalau kat Nova Hotel tu pun basic je yang ada, cuma lebihnya hotel tu baru dan lebih luas ruangnya disebabkan design apartments tu. So untuk penginapan kali ni Ika kasi 3.9 bintanglah. View kat sini pun boleh tahan cantik, minum teh panas-panas sambil menikmati kehijauan padang rumput golf yang menyegarkan pandangan dan minda. Ika booking melalui Agoda je masa tu, sebab paling murah rate compare website lain. 

Perapan Ayam Versi Detox

11.12.2020

Petang-petang ni boring pulak, anak-anak dah kenyang, semua buat tak tahu je ke mama. So petang ni ada masa terluang Ika share cara perap ayam.

Memandangkan dalam program detox ni selain ikan bakar, ayam bakar pun memang best layan tekak.

Simple je bahan perapan ayam bakar versi detox ni.

Bahan mudah:
Bahan utama ayam (Ika buat untuk 4 keping thigh dan dada)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Mix herb(iltalian herb)-2 sudu besar
Serbuk lada cayyene-1 sudu besar
Cili boh - 1 sudu besar
1 sudu kecil lada hitam
Garam pink secukup rasa
Perahan air lemon
2 sudu minyak zaiton
Blend semua kecuali lemon(kalau tak bergerak blend tu boleh tambah air sikit) . Lepas tu ratakan bahan perapan kat ayam. Boleh freeze, nak masak malam sebelum guna tu boleh defrost kat chiller. Bakar/panggang pun boleh. Makan dengan salad etc.

Simple je. Ni memang rasa Italian. Lenkali kita share rasa ayam panggang kampung lak. Sebenarnya kalau tengah dalam proses turunkan berat badan, key paling penting adalah buang GULA. Ya, gula dalam masakan, minuman, dan gantikan garam dengan garam pink, sebaiknya tak payah letak terus dua benda ni, insyaallah memang easy peasy turun berat badan, tapi lidah nafsu kena kental lah. Otak dan badan kita kalau dah terbiasa dengan gula garam dalam masakan dan makanan yang kita makan, memang buat kita gelisah, serba tak kena pada minggu pertama terutama hari kedua dan ketiga. Selain tu key lain adalah kerapkan minum air kosong, rasa tetiba nak makan, minum air kosong, rasa-rasa nak mengudap minum air kosong, kosong kalori dan air kosong yang di minum mampu memadamkan nafsu ketika itu.

Buat detox atau turunkan berat badan ni best kalau ada geng dah boleh motivate kan each other, Ika buat laki sendirilah geng sebab sama-sama menggemuk lepas kahwin, asyik makan sedap aje, asal request aje kubuat, sweet gitew. Sekali semua baju dah ketat metat laki plak disalahkan, laki sendiri perut boroi takde pulak disalahkan bininya, hahha. Begitulah ya orang perempuan ni, semua salah, bab impian nak Kurus semua ada impian ni, tapi kita gemar makan, nak buat macam mana? Begitulah ujian dan cabaran dalam hidup ni. 


Nak turunkan berat badan ni tak boleh stress, higher expectations, tapi kena konsisten, slowly but surely gitu, depends masing-masinglah. Tapi the whole thing paling penting kena ubah adalah lifestyle, termasuk bab tidur sebab tidur pun mainkan part penting dalam progress turunkan berat. 

Merapu Sekali Sekala

11.10.2020

Fuhh, banyak lagi entry in list nak publish dan perlu dikarang, sorry sangat yang komen kat entry blog Ika jarang balas sebab memang Ika buat scheduled posting, jadi biasanya Ika log in blogger once in two weeks atau lebih tengok kelapangan diri. Biasa scheduled post yang Ika buat memang cover untuk sebulan terus. But, alhamdulillah ilham yang Allah kurniakan buat Ika pantas mengarang dan dapat idea, so bila dah buat entry sempatlah Ika cover at least tiga ke lima sekali karang dalam satu-satu masa. Bukan senang juga nak konsisten ye, tabik buat blogger otai yang update on time setiap hari atau lebih dari tu. Nama lagi passionkan? Alhamdulillah more than a month Ika berjaya konsisten buat entry selang 2 hari sekali even scheduled post Ika sangat happy sebab berjaya make this blog alive balik, terima kasih buat yang sudi baca. Moga-moga ada post yang pembaca dapat manfaat dan info berguna. Ika pegang kata-kata sang guru, jangan tunggu waktu yang sempurna, semuanya sempurna untuk kita mulakan sesuatu, gunakan apa yang ada di tangan kita. So here i'm, Ika share apa yang Ika lalui, nikmati kerana pengalaman kita semua pastinya berbeza tak kisah dari segi apa pun.


Bila masuk umur dah suku abad ni, tak lain tak bukan kita hanya cari ketenangan hidup kerana penghujungnya kita tahu bagaimana hakikat sebuah kehidupan. Moga-moga baki umur yang ada ni, Allah izinkan untuk Ika share semua Ilmu yang Ika dapat, belajar, belajar balik kerana ilmu ni tak ada penghujungnya. Semakin kita belajar semakin kita rasa kita tak tahu apa-apa. Bab ilmu ni juga satu ujian buat kita, sebab ilmu boleh buat manusia rasa ujub, bongkak, takabbur, meninggi diri dan sebagainya. Mintak jauhlah semua tu, insyaallah amin. Moga apa yang tertulis kat sini ada saham yang baik untuk dibawa kelak kerana antara salah satu sedekah adalah ilmu yang bermanfaat yang berpanjangan.


Syukur jugak pengalaman dan kenangan pergi berjalan-jalan tahun-tahun sebelum ni banyak diperam, bolehlah buat content untuk gerakkan entry dalam blog ni, wakaka. Style Ika mengarang kat blog, kalau ada idea datang memang Ika saved part tajuk dulu dan point-point content, jadi bila ada mood nak mengarang Ika dah ada rangka dan idea. Blogger otai lain Ika tak tahu diorang buat macam mana, yang pasti tips diorang mesti lagi power, dan Ika juga suka baca perkongsian mereka dari segi teknikal bagaimana nak buat blog post atau content dan Ika sangat berterima kasih kerana mereka-mereka ini tak pernah lokek untuk berkongsi. Ika pun dikira nasib baik juga sebab banyak sangat content yang Ika peram, kes tak sempat masa mengarang setahun dua terdahulu,syukur alhamdulillah Allah bagi kelapangan masa sekarang ni. Nasib baik tu selalu ada je ye, bila keluar tengok dunia luar, banyak bergerak dan jumpa ramai orang, kenal banyak tempat memang banyak membuka minda. That's why dalam Islam galakkan kita berhijrah, hijrah untuk banyak sebab salah satu supaya kita mudah berlapang dada melihat perbezaan cara hidup orang lain di sesuatu tempat, cara mereka berfikir dan sebagainya. Nak buka minda ni bukan benda mudah sebab otak kita sendiri ni pun dah banyak terdoktrin dengan pelbagai perkara dalam kehidupan, so nak move keluar dari comfort zone memang kena banyak berjalan. Yang lagi bagus jika dapat keluar dari negara Malaysia dan lihat budaya orang, bangsa lain. 
Apapun entry kali ni just my thought, sebab antara pesanan otai-otai, guru-guru banyakkan diam, lebihkan melihat, perhati, teliti gelagat, perlakuan orang lain kerana di situ ada pengajaran dan pelajaran untuk kita menjadi orang yang lebih baik. Owh dan juga membaca, kerana membaca juga membuka minda kita yang sempit. Buatlah target habiskan satu buku dalam tempoh 3bulan pun dah okay, Ika still on 4 bulan satu buku, tapi bab beli buku setiap bulan kalau boleh nak shopping, wakaka. Tang nak habiskan baca tu jenuh juga. Tapi okay lah asalkan bermula. Alhamdulillah. So mohler kita berjemaah dalam memperbaiki ke arah yang lebih baik, insyaallah.

Dicatat pada 29 Oktober 2020
12.33am

Ladang Itik di Trong Leasure Farm and Resort

11.08.2020

Kat Perak ni penternakan apa yang takde? Semua ada kat sini terutamanya ba Alif ba ya, kihkih. So kali ni dah sampai Lumut Perak dan Pantai Remis kami ambil jalan balik ke Tapah ikut jalan Trong. Kat Perak ni kalau sesat jalan jangan risau, insyaallah akan jumpa kat mana-mana simpang jalan yang lurus yang kita cari sebab jalan kat sini berhubung kemana-mana perak tengah, hilir dan Hulu. Masa memula sampai Perak kami laki bini konon nak jalan-jalan kenal jalan kat Perak lah, dari Tanjung Tualang sampai ke tempat lain, tapi bila lama-lama dah faham jalan kat Perak ni macam mana, quite fun juga sebab tak risau if salah jalan pun lama-lama akan sampai juga ke tempat yang dituju. 

Suatu hari tu lepas mandi pantai, beli ikan-ikan segar kat Pantai Remis suami decide nak guna jalan lain untuk balik. Scary jugak sebab masuk hutan kelapa sawit tapi tak sangka ada Leisure Farm yang agak menarik kat sini iaitu Ladang Itik yang agak besar. Dah lalu tu kami depan Farm ni, kami terlepas dan patah balik sebab nampak macam menarik even tak ramai sangat orang. Rugi tak singgah tengok apa ada kat sini kan, nak datang sesaja bukan kamilah melainkan dah niat. Masuk ke tempat parking kami cari tandas dulu, tempat wajib anak cari kalau kereta berhenti. 




Masuk kat tempat tu kami ke kaunter tanya berapa kos Tiket masuk sini. Anak-anak dah teruja bukan main tengok patung-patung itik beratuk, bot itik gergasi kat dalam kolam. Kat sini memang bangunan utama ada shopping centre yang berasaskan itik, ada. Bayaran masuk untuk dewasa yang berusia 65 tahun ke bawah berharga RM8 dan warga emas 65 tahun ke atas ialah RM6. Manakala kanak-kanak berusia 4-12 tahun RM4. Trong Leisure Farm & Resort terletak di Trong, berhampiran dengan pekan Changkat Jering, Taiping, Perak. Sementara menunggu traktor yang akan membawa kami ke ladang itik, layan anak-anak main sekitar dulu. Memang kena naik traktor nak ke ladang itik ni sebab kawasannya sangat luas. Dari satu ladang ke satu ladang yang lain. Kat sini ada beberapa bahagian ladang, untuk anak itik yang baru lahir, untuk itik spesis yang berlainan. Kalau tengok itik kat sini agak mengkagumkan sebab terlampau banyak itiknya dan kawasannya sangat bersih, kemas dan teratur. 



Kalau baca kisah bagaimana terbinanya ladang itik ni sangat membuka minda sebab pemiliknya betul-betul mengoptimakan sumber yang ada iaitu dengan menggunakan lombong-lombong tinggal sebagai tempat penternakan skala besar, yelah Perak ni kan terkenal dengan bijih timah dan lombongnya yang agak banyak sekitar Perak. So ownernya dari bela itik skala kecil terus berkembang dengan penjualan daging, telur, dan menjadikan ladang itik ni menjadi Pusat rekreasi dan agro pelancongan dengan membina resort. Bijakkan? Beli Tiket masuk, nak bagi makan kat itik kena beli makanan itik, then makanan tu bagi kat itik kat situ juga, the cycle tak lain tak bukan memang semua masuk dan untung kesitu juga, itik pun untung juga dapat pelawat macam kami, hehe. 

Trong Leisure Farm & Resort merupakan Pusat Rekriasi di Ladang Itik yang pertama di Malaysia. Trong Leisure Farm & Resort diwujudkan pada Januari 2011. Kawasan ini asalnya hanya daripada ladang itik biasa dan berjaya diubahsuai untuk menjadi lebih menarik. Trong Leisure Farm & Resort mempunyai permandangan tasik yang cantik, tempat riadah yang membolehkan semua orang menikmati kegembiraan dan mempelajari tentang perladangan itik. 

Trong Leisure Farm & Resort mempunyai ladang itik berukuran 70 ekar untuk dilawati dan mempunyai lebih kurang 60,000 ekor itik di ladangnya. Spesis itik di sini dikenali sebagai ‘Itik Pekin’. Selain daripada melawat ladang itik untuk merasa lebih dekat dengan itik dan memberi itik makan ; kami juga menyediakan pelbagai hiburan seperti penginapan di Trong Lakeside Leisure Resort; Trong Lakeside Seafood Restaurant menyediakan hidangan itik yang istimewa dan pelbagai jenis hidangan makanan laut; aktiviti air yang menyeronokkan di tasik yang sesuai untuk di lakukan seisi keluarga; kolam ikan yang tersedia untuk semua pengunjung termasuk kanak-kanak untuk merasai pengalaman memancing; waktu riadah petang, berjalan sekeliling Trong Leisure Farm untuk merasa ketenangan. Selain itu,Trong mempunyai ladang buah-buahan tropika Malaysia untuk dilawati oleh pengunjung dan berpeluang untuk merasa buah-buah juga. Ladang buah yang dimaksudkan adalah kebun buah-buahan tropika Trong dan pokok buah makisa. 


Rasa berbaloi singgah ladang itik ni sebab anak-anak pun dapat Pelajaran kat sini, dapat bagi makan kat itik, tengok bagaimana itik diternak, dan bagaimana fasa itik lalui sebelum jadi daging. Kebanyakan hasil kat sini diimport keluar negara. Tempat makan kat sini don't worry ada tempat makan untuk orang Melayu Islam, dan ownernya Melayu dah asing siap-siap. Kalau was-was tak payah makan, sebab kebanyakan pengunjung sini Chinese, depa kan suka daging itik, hihi. Kalau nak lebih dari tu, bolehlah bermalam kat sini. Kalau kami memang prefer pantailah, lebih seronok. So lawatan kami ke ladang itik Trong sangat puas hati sebab anak-anak pun seronok dapat buat aktiviti sampai meminta nak bela anak itik, kes comel sangat. Nak kelainan dalam bercuti, boleh singgah sini. Ika memang suka tempat-tempat macam ni, terutamanya macam mangrove ke apa, rasa dekat sangat dengan alam. 

Trong Leisure Farm & Resort
PT293, Jalan Kuala Trong, 34800 Terong, Negeri Perak

Cabaran Bila Putuskan Habit

11.06.2020

Habit Ika pepagi wajib ambil coffee, rasa macam tak lengkap hidup kalau tak ambil, since buat detox dah bermula, actually nak mula puasa plus detox, tapi takut badan and mind terkujat, jadi makin menjadi-jadi cari benda yang tak patut makan, so Ika just start prepare mind dengan mild detox dulu.

Detox cara Shaklee memang tak extreme pun malah selamat, yang tak selamatnya our mind itself sebab selama ni mata dah terjamu dengan bermacam makanan, minuman, samalah bab kafein ni. Ika ni nak kata ketagih pun ye. Memang hari pertama pun dah gelisah, Self talk yang menguji diri dan paling teruk sakit kepala yang berpanjangan. Macam satu battle dalam diri sendiri berjuang, ya ampun, orang lalui je faham benda ni. So as the morning memang Ika nak break the pattern ganti kafein dengan greenjuice. Greenjuice memang sedap, tapi the healing proses tu, Masyaallah, sepanjang hari pertama detox tanpa kafein buat Ika tak keruan.

Dia macam ni lah, badan kita ni sebenarnya pun ada memory, apatah lagi otak, bila badan kita tak buat rutin kebiasaan yang kita buat, contoh macam Ika selalu ambil kafein sebelum mulakan hari, bila Ika tak ambil, badan mula hantar signal warning kat otak, red alarm, ada sesuatu yang tak kena berlaku. Haa, masa ni otak akan mula bekerja keras, berbunyi-bunyi bising kasi amaran, korek semua file bagitahu badan Ika kena ambil kafein, kalau tak ambil apa akan jadi, macam Ika dulu dah set dalam otak kalau tak ambil kafein, rasa tak cergas lah, rasa tak semangat lah,rasa tak lengkap lah, otak masa ni tengah kukuhkan, keep repeating in mind and self talk, ini tak betul kalau kita teruskan tak ambil kafein. Sebab tu badan kita mula triggered rasa serba tak kena, gelisah, rasa nak buat air nescafe on the spot, macam orang ambil rokok, dadah kekdahnya. Selagi tak dapat selagi tu nak cari, samalah.

So apa jadi kita kentalkan hati tak ambil kafein? Takde apa-apa, hari kedua, ketiga prosesnya sama macam kat atas, kita hadap inner battle, masuk hari keempat, ketujuh, kesepuluh, signal tu mula melemah dah putus sepenuhnya, badan mula simpan rutin baru yang kita buat tu, iaitu tiap-tiap pagi mesti kena minum greenjuice, hantar signal kat otak, otak save file baru, file lama burn. Makanya terbinalah habit baru kita, selagi mana kita buat pengulangan rutin baru.

Nampak, wahh! Senang je, tapi cabarannya yang lalui je tahu, hehe..cubalah, memang tak mudah tapi boleh. Rasa nak break habit baru, kena list semua habit baru yang anda nak bina, tulis, jangan dok terawang-awang je dalam kepala. So alhamdulillah this first week walaupun sesi detox ada lompang sana sini, alhamdulillah masing-masing dah turun more than one kilograms ni kes tak strictly menu. Kalau strict memang confirm 5kg dah out for first week, but it's okay as long as ada progress, kena raikan sekecil-kecil kejayaan, hehe. Bab change bad habit ni tak boleh mudah give up, jom sama-sama habit sempena tahun baru 2021, tak lama lagi dah pun. 3 month before New year insyaallah the next year kita hidup dengan lifestyle dan habit yang kita nak. Good Luck for me and others yang ada niat untuk ubah lifestyle. 

Galeri Sultan Azlan Shah Berbaloi dilawati

11.04.2020

Kalau datang ke Kuala Kangsar, jangan lupa singgah di Galeri Sultan Azlan Shah, berbaloi sangat singgah galeri ni. Masa mula-mula Ika sampai suami just tinggalkan Ika kat Galeri ni dengan si kecil, sebab nak bawa anak-anak yang lain pergi main playground selepas solat kat Masjid Kuala Kangsar, Masjid Ubudiyyah yang cantik tu. So Ika ambil peluang masuk Galeri Sultan Azlan Shah sebagai me time sambil isi masa menunggu anak-anak main, takdelah bosan sangat.

So, masa nak masuk tu dah pelik sebab kat depan tulis kena bayar tiket, tapi masa tu takde orang so ku masuk macam tu, kot lah kat dalam ada kaunter, rupanya kaunter bayaran tu tempat pak guard jugalah. Kebetulan ada tiga empat anak muda duduk kat depan galeri tu, rupa-rupanya krew TV3 tengah buat penggambaran, terus diorang bagitahu bayaran tu masa mula-mula masuk lagi, tak pasal kena patah balik bayar untuk Tiket. Kat Galeri Sultan Azlan Shah ni bangunan cantik sangat, terutama bangunan utamanya. Tapi Ika masuk bangunan lain dulu iaitu bangunan yang mempamerkan kereta-kereta mewah milik Sultan serta segala cenderahati yang di terima Sultan sepanjang memerintah. Uii kalau tengok barangan yang Sultan dapat sebagai Cenderahati, memang terbuntang biji mata. Setelah puas pusing dalam Galeri tu, pergi pula Galeri utama, haa yang ni lagi terkejut sebab bangunan utama ni a bit tricky sikit sebab terlalu besar, seram pun ye, sebab takde orang sangat datang Galeri ni. 


Boleh kira dengan jari. Kalau dah masuk memang tak jumpa yang masuk sekali tu sebab bangunan, bilik-bilik yang bersambung situ sini, macam main hide and seek pun ye. Kat sini semua apa Sultan pakai semasa acara serta majlis dipamerkan. Segala perabot, pinggan mangkuk, pakaian dipamerkan. Segala senjata dan peralatan yang digunakan oleh Sultan dipamerkan. Memang kalau nak tilik satu-satu tak sempat, bukan tak sempat, lebih kepada seram sebab kat dalam tu guna lampu kuning dan agak suram, lepas tu barang pun penuh padat di setiap ruang, ku kan penakut, wakaka. So setiap ruang yang Ika masuk tengok tu tak sampai 5 minit pun. Tapi okay sangatlah kalau anda datang dengan group kecil melawat jika sudah bebas untuk keluar nanti, Galeri Azlan Shah ni memang berbaloi untuk ambil tahu sejarah. 

Biasa Ika kalau datang Kuala Kangsar wajib singgah makan kat Kedai depan Sungai Kuala Kangsar yang menghidangkan banyak lauk resepi orang-orang kampung, sedap dan banyak pilihan. Tapi penangan PKP, PKPB banyak sangat kesan kat orang berniaga, dari seluas-luas kedai dan sebanyak-banyak lauk, sekarang dah sikit pilihan, tak berbaloi kot masak bebanyak, tak ramai pengunjung. Yang regular customer berdekatan mungkin cari, kalau nak harap pengunjung dari luar sekarang memang taklah. Berharap fitnah terbesar sekarang ni berakhir, covid19 bukan biasa-biasa bagi yang mengkaji, pesanku buat teman-teman banyakkan amalan, tingkatkan ibadah dan amalan kuat kan rohani, banyakkan perbaiki Diri juga paling penting tingkatkan sistem imun melalui pemakanan yang baik. Hope this will end soon. Kesian tengok ramai yang terjejas akibat virus ni. 

Galeri ini maparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan.Tidak terlepas dari signifikansi sejarahnya, bangunan megah Galeri Sultan Azlan Shah menunjukkan perpaduan unik dari gaya arkitektur seperti atapnya unik berbentuk 'bumbung limas' dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid,manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri - genteng dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali - untuk melengkapkan batu tempatan dan yang terbaik dari 'Cengal' dan 'Meranti' kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok .

Pelbagai aneka memorabilia dan barang-barang peribadi milik Sultan Perak dipamerkan di galeri ini. Ada juga bangunan berasingan yang menunjukkan unit kereta kerajaan dan kereta peronda yang digunakan dalam iring-iringan kereta ketika Sultan Azlan Shah memerintah. Ada juga kedai cenderamata yang menjual barang yang berkaitan dengan kesultanan Perak.

**Anda tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam galeri ini.

Harga Tiket:
Dewasa (RM4)
Kanak-Kanak (RM1)
Warga Emas (RM2)

Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 10.00 pg – 5.00 ptg
(Tutup sementara pada waktu solat Jumaat) : 12.15 tgh – 2:45 ptg

Nostalgia Sabun Mandi Popular

11.02.2020

Kalau sebut sabun mandi, sabun mandi apa yang tak pernah try, semua dah bau, dah pakai, dah rasa tapi semua tak sehebat sabun mandi yang menjadi trending geng generasi 2000 dulu masa duduk asrama. Ika pun terjebak sama dengan trending guna sabun popular masa tu iaitu Impulse yang baunya memang semerbak bukan setakat baunya lekat dalam bilik air, malah lepas pakai sabun ni, macam pakai perfume kot, lalu sebelah memang baunya wangi sangat sehingga boleh mengalih pandangan orang lain kat kita, punyalah nak kat wanginya. Dan seperti satu kebanggaan kot kalau dapat guna sabun Impulse ni dulu sebab harganya boleh tahanlah pada waktu tu.

Dari senior, menjebak ke junior pakat guna, semacam wave gitu, tapi tak lama sabun ni lepas tu gone macam tu je. Sayang sebab baunya memang menggamit memori dan nostalgia budak-budak asrama, nak beratur guna bekas sabun je untuk tunggu giliran mandi. Sanggup tu kadang-kadang malam-malam lepas habis prep pun bantai pergi mandi malam, konon tak selesa, berpeluh, macam-macamlah, biasanya pergi basuh baju kain then mandi, yelah dah buat aktiviti keluarkan peluh, nak tidur mestilah tak selesa, so mandi lah dulu jawabnya. Teringat dulu kalau nak pergi bilik air kat hujung bangunan kena keluar dari bilik dorm satu cabaran yang besar, sebab hadapannya bilik asrama lelaki. Kalau ada yang crush on someone ke apa, punya bising lah asrama lelaki dok bersorak tengok crush jalan nak pergi bilik air pun, kahkah. Macam hape dah yang perempuan ni cover tutup muka dengan tudung dan tuala kes tak nak orang perasan, tapi biasalah selain saja depa nak seronok seronok mengusik pelajar asrama perempuan ni sambil sekodeng, ada je idea geng asrama lelaki nak buat bising memalam sebelum tidur, ahahah agak kelakar tapi those memories sweet sangat sekarang. 

So hari ni Ika nak reveal satu benda, sebab bab-bab nostalgia pasti anda sukakan, macam sabun mandi ni. Ramai yang tanya kenapa sabun ni dah takde, kenapa tak keluarkan dah sabun ni, mana nak cari bau sabun yang semacam tu, rindulah! Kalau ada pasti nak beli sabun Impulse ni, gitew, punyalah nostalgia tu mahal untuk dicari balik macam dulu, bukan mudah. So Ika nak share dengan anda yang mencari sabun Impulse ni, nak cari kat mana? Betul ke ada? Sejujurnya sabun Impulse ni memang takde dah, tapi ada sabun yang sebiji bau Impulse ni, nak kata 100% bau sama tak tapi memang best dan hampir 79.9% sama baunya, semerbak, tahan lama dan sangat wangi. Ika memang setiap kali beli borong dua botol, anak-anak pun suka baunya, katanya wangi sangat, dan memang melekat wangi baunya macam perfume. Khas untuk generasi 2000 je tahu nostalgia sabun tu, so wajib share benda baik ni bagi pemburu bahan nostalgia. Pergi je pasaraya mana-mana insyaallah ada sabun ni jenama Fruiser ni, Ika beli dekat TF-Mall je. Paling sama baunya yang seaweed tu, cubalah. 


Kemeriahan Waterfront Lumut Perak

10.31.2020

Kalau datang ke Lumut macam kewajiban plak singgah sini untuk bahagian anak-anak main kat playground. Kalau tak memang tak lepas perasaan dan emosi anak-anak yang fitrahnya memang bermain. Selain tempat membeli belah makanan laut kering kat area jeti Lumut tu, kat waterfront Lumut pun boleh tahan meriahnya pada waktu petang. Biasa orang-orang Lumut suka bawa anak-anak datang main dan lepak santai bersama keluarga kat kawasan ni. Angin laut sepoi-sepoi sambil makan lokching, uii mana tak bestnya. Chill gitu di hujung minggu.

Kat waterfront Lumut ni kawasan rekreasinya sangat luas start dari kawasan jeti hinggalah ke hujung kawasan Teluk tempat rekreasinya. Lumut Waterfront yang cukup sesuai untuk dijadikan lokasi berjalan-jalan bersama keluarga sambil menikmati pemandangan air laut. Kat sini meriah sangat dengan orang yang berniaga gerai-gerai makanan petang, bolehlah sambil makan, sambil layan anak-anak main, tak pun kita sendiri boleh enjoy naik skuter elektrik. Iyye, kat sini bukan takat budak-budak je datang bersantai yang dewasa pun sama naik habiskan waktu petang bergembira naik skuter elektrik, kayuh basikal dan macam-macam lagilah. Lagipun sewa skuter dan basikal kat sini sangat berpatutan dan banyak pilihan untuk anak-anak juga untuk yang dewasa. Dah puas main skuter, basikal, boleh layan main playground kat sini yang agak besar dan bermacam saiz dan bentuk. Memang puashati kot kalau datang Waterfront Lumut ni, kalau yang datang bercuti tu, bolehlah masukkan tempat ni dalam initiery.


Dating dengan suami dengan anak berderet cemnilah, enjoy!

Biasa petang tu baru nak start meriah, memang sampai ke malam lagilah meriah. Ala-ala dataran Putrajaya kekdahnya, orang datang kerumun even pada waktu malam untuk bersantai-santai bersama keluarga di hujung minggu. Kalau nak datang makan malam kat kawasan ni pun kedai makan pun ada tapi tak semeriah jalan ke Teluk Batiklah. Nak makan masakan yang pelbagai dan sedap kena keluar dari Waterfront Lumut tu sikit, baru jumpa banyak kedai termasuk masakan siam. So kalau tanya ada apa kat Waterfront Lumut? Inilah dia dataran rekreasi keluarga, berbaloi juga untuk disinggahi kalau dah alang-alang sampai Lumut tu, hehe. Dalam pukul 5 petang dan keatas tempat parking memang akan penuh dan sesak, kalau hari biasa tu mungkin taklah, yang biasa meriahnya hujung minggulah.


Makan Steamboat di Rumah Lebih Selesa dan Puas Hati

10.29.2020

Kalau bab makan steamboat ni memang minat kami laki bini. Sejak bujang sampai kahwin ada masa tekak terasa nak makan steamboat kami layan. Masa anak baru satu sempatlah sekali layan steamboat kat kedai, masuk anak dua dan berderet-deret sampai sekarang memang mimpi sajalah nak makan steamboat kat luar, boleh sangat tapi err takpelah, memang kami buat kat rumah sajalah. Kami sendiri tak selesa dan orang lain pun mungkin tak selesa tengok karenah anak-anak yang aktif ni. Jadinya nak makan bertenang-tenang, puas hati memang aktiviti steamboat atau grill ni kami buat kat rumah ni. Masa kat Banting dulu rumah ada ruangan belakang, so ada masa nak buat grill ke apa, guna ruang belakang untuk aktiviti bakar-bakar, kalau tak memang angkat periuk nasi buat steamboat kat ruang tamu. So bila pindah kami gunakan ruang makan dapur sajalah untuk bersteamboat pun seronok juga. 

So far kami suka dan selesa macam tu, tak payah fikir dah part anak-anak membuas, sebab kat rumah suka hati dioranglah nak buat apa, nak mewarna sambil tunggu makanan masak, nak main dulu ke, fleksibel dan kami laki bini pun boleh berborak santai-santai sambil makan. So anda yang anda kekangan atas pelbagai sebab tapi nak makan steamboat sebab best nampak orang makan steamboat ni, buatlah kat rumah, if nak ajak kawan-kawan, atau family lain pun seronok. Orang kata takde suasanalah macam tu, makan steamboat ni kan syok makan ramai-ramai, tu yang makin best makan kalau tempat yang ramai tu, yang tu maybe depends masing-masinglah kan? 


Bila dah jadi parents ni kami laki bini banyak belajar 'ilmu tassi(sebut dengan nada sabdu)" bak kata ayah, atau ilmu common sense, ilmu andaian. Dah ada anak-anak kecil ramai ni kita sendiri kena andaikan jika pergi sesuatu tempat atau mana-mana tempat, jangkaan perlakuan anak kita macam mana, yelah kita pasti tahu peel anak sendiri macam mana kan, so if apa-apa yang buat anak mula buat perangai, kita boleh ke hadap, macam mana nak kawal, andaikan tempat orang ramai, apa reaksi dan pandangan orang, adakah orang akan rasa terganggu dengan perlakuan anak kita dan macam-macamlah, so ilmu-ilmu sebegini pentinglah untuk parents. Yelah karang anak-anak buat pasal bising, huru hara situ sini, kita makpak buat bodoh as if nothing happen, sadis jugak ye macam ni. So ilmu tas'si ni bukan part yang tu banyak lagi bab-bab lain seperti kita sebagai anak, andaikan kita berada di tempat mak ayah kita, tengok anak-anak berjalan rata riti melancong, pergi situ sini makan sedap-sedap, pasti ada keinginan untuk turut serta. So kalau nak steamboat kat kedai rasa tak berbaloi pula sebab kos per kepala makan steamboat ni RM25 keatas biasanya, kalau bawa laki bini ok lagi, kalau anak-anak berderet macam kami ni, uii tak padan dengan yang dimakan, kalau orang belanja, okay sangatlah, kalau sendiri belanja, wakaka faham-fahamlah. Yang duit kepok-kepok takde masalah, yang macam kami ni kena kreatif banyak, yang penting happy, kan? 

Pernah terbaca kat mana lupa someone yang suka tanya soalan kat maknya yang sudah tua bagaimana perasaan kalau mak ayah anak yang pergi dulu, atau mak ayah yang pergi dulu, mana yang lagi sedih? Maknya jawab anak yang pergi dululah sebab matlamat ibu bapa adalah anak-anaknya, kalau anak yang pergi dulu, hilanglah salah satu matlamat terbesarnya. Lagi satu soalan, apa perasaan kalau anak-anak balik berkumpul bersama? Tak ingat dah siapa yang share, berbaloi ikut artikel yang di tulis, sebab buat kita berfikir dan buat yang terbaik sebagai anak dan juga sebagai mak ayah. Sungguh hidup atas dunia ni terpikul segala amanah atas kita, dalam pada melaksanakan amanah dan tanggugjawab pasti ada kurang dan lebih. Ilmu tas'si ni memang wajib semua tahu dan amal, even dalam rumah tangga sekalipun. Contoh lah macam bila dah kahwin, si isteri atau suami berkeras setiap kali raya wajib balik ke rumah keluarganya dulu, ada tau isu sebab ego, tak nak mengalah, then berpuluh tahun buat, sampai anak besar, anak perati apa yang kita buat, anak dapat pasangan, pasangan anak pula perangai sebiji macam kita dulu, apa perasaan kita bila anak buat macam tu, anak tak dapat balik sebab dah janji dengan pasangan? Kadang kita tak nampak dan rasa impaknya, tapi akan sedar bila diri sendiri pula lalui apa yang kita buat. Sebab tu apa yang kita buat sekarang jika melibatkan ramai orang terutama sekali ahli keluarga, fikir panjang dan banyak sabar. Orang tua kita pun tak selamanya ada, dan kita pun tak selamanya panjang umur. Nak tak nak sabar tu macam dah acara wajib dalam kehidupan, tak gitu. 


Emm tadi tajuknya steamboat, asal masuk part lain sudah, hahaha. So korang kalau nak bersteamboat atau buat Bbq kat rumah memang ngam sangatlah, tambah lagi kalau balik kampung,duduk berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik, mak ayah, wajiblah buat aktiviti ni. Kos pun takdelah banyak sangat kalau buat kat rumah, lebih murah dan jimat, sos pun boleh buat sendiri ala-ala Johnny's tu. Mak ayah pasti suka tengok persepakatan anak-anak bila berkumpul. 

Selain dapat tukar suasana kat rumah, pastinya aktiviti sebegini dapat menghiburkan hati orang tua melihat anak-anaknya dapat berkumpul bersama. Percayalah masa ni mood orang tua berubah lebih positif, gembira, selera makan bertambah dan lebih banyak bercakap. Korang kalau jumpa orang tua yang suka bercakap tentang anak-anak janganlah mudah bersyak wasangka, negatif, "aa, nak tunjuk lah tu mana anak-anaknya yang paling power, hebat", percaya lah mereka takde benda lain untuk dikongsi melainkan berkongsi tentang anak-anak mereka sebab nak besarkan manusia dan jadikan anak 'manusiawi' bukan perkara mudah, anggap sajalah perkongsian mereka sebagai kata-kata semangat untuk kita yang bakal melalui proses yang sama seperti mereka. Raikan apa yang mereka kongsi. Sungguh orang tua akan bercakap benda yang sama 6491649kali bila bercakap, so do we too. Tengoklah kita masa kecil-kecil dulu beratus kali tanya benda yang sama, sabar je mak ayah layan dan jawab, samalah juga bila tiba waktu tua, ibu bapa pula bercerita perkara yang sama, apa nak susah, tadah saja telinga, dalam ceritanya pasti ada pelajaran, pengajaran dan iktibar untuk kita juga. Hargai lah masa yang ada dengan ibu bapa kita. Balik sekali sekala, berkumpul sekali sekala dengan keluarga jadikan satu acara berbeku dan steamboat. Lain macam auranya, selamat mencuba. 





Berkelah di Pantai Teluk Batik, Lumut

10.27.2020

Seriously ni aktiviti kesukaan kami, Ika pun seronok rasa tenang, damai bunyi ombak dan bau laut masin. Kind of earth therapy gitu, yelah kita pun asal dari tanah, nak sihat memang kena connect dengan alam. Ada terbaca salah satu buku kegemaran, antara orang yang paling sihat atas muka bumi adalah para petani? Wonder why? Sebab merekalah yang banyak sentuh germ, terdedah dengan banyak jenis bakteria, virus dan manusia yang banyak bergerak ikut fitrah badan dicipta. Manusia ni ibarat sebuah mesin yang kena bergerak, kalau tak bergerak lama-lama makan diri, tengoklah orang sakit terlantar lumpuh kalau tak bergerak lama jadi macam mana kat belakang badannya. Manusia kena bergerak, masa kita tidur pun badan kita bergerak, so nak kurus pun lagilah berganda kena bergerak, eh kesitu pulak kita ye. So nak ceritanya bab berkelah, berkhemah tak try lagi dengan anak-anak, soon kita cuba insyaallah, asyik bawak dan rasa yang senang saja kan? Kena cuba juga yang susah dan menyusahkan. Bab berkelah ni, kalau tak membekal memang tak sah. Nak berkelah tak perlu kaya raya, ada duit minyak nak bergerak ke tempat nak dituju insyaallah sampai. Makanan lebih afdal bawa yang dari rumah, jimat pun ye. 


Teringat dulu masa duduk Banting kami kerap berkelah dekat Paya Wetland tu, sambil anak main basikal, makan-makan pun jadilah, kosnya minyak dan masa sahaja. Sekarang kos untuk beriadah pun boleh tahan mahal, dulu-dulu mak ayah siap bawa kami masuk hutan kes nak cari batang pokok liar untuk buat pokok hiasan, yang kena drill buat lubang then cucuk-cucuk bunga atau daun, jadilah pokok hiasan yang boleh tahan mahal harganya masa tu, yang part pokok tu ingat, yang part masuk hutan pun Ika ingat, seronok sangat. Kadang mak ayah bawa pergi pantai atau jeram, makan-makan berkelah ramai-ramai. Bila dah jadi mama ayah ni baru faham, once bila dah ada anak-anak, anak-anaklah matlamat terbesar ibu bapa. Ini jelah kenangan nak bagi kat anak-anak supaya dewasa nanti mereka pun ingat waktu-waktu terbaik mereka dengan kita, tak kira susah atau senang. 


Kali ni kami cuba juga pergi ke Teluk Batik, Lumut, even sebelum ni kami dah sampai untuk survey dan putus angin kes tengok terlalu padat, tapi kali ni kami cuba pergi tengok keadaan kotlah kan ada kelapangan kat kawasan pantai, lagipun bawa anak main pasir hari tu tak sempat habis haul dan depa pun tak sempat puas. Makanya misi kali ni kami bawa anak-anak nak main pasir je, dapat spend 3 4 jam depa mengadap pasir pun dah okay sangat. Alhamdulillah biasa tengok jalan penuh padat, bersusun orang. Kali ni jalan smooth je, pun rezeki juga perjalanan lancar. Kali ni takde drama singgah menyinggah kat mana-mana sebab semua dah kenyang makan roti canai pagi, Ika bawa bekal sambal cili dan nasi je. Selain ya bawa lauk mentah ikan dan ayam untuk di bakar kat tepi pantai. 


Sampai sana, ada kawasan yang agak lapang untuk kami lepak. Kalau nak datang kat Teluk Batik ni, sama ada bawa khemah, atau paling simple bawa tukar dan boleh sewa kerusi santai yang dah sedia ada kat tepi pantai tu, duduk je insyaallah sampailah orang yang ambil caj tu, tengok kita ambil atau guna berapa buah kerusi, satu kerusi RM3 kalau tak silap. Nak berteduh kat pokok yang lebih rendang dah penuh orangnya, semua pakat berkumpul situ, maka dapat berteduh kat bawah pokok kelapa pun jadilah. Alhamdulillah banyak pahala orang yang tanam pokok area sini ni. Tak dinafikan pemandangan pantai kat sini sangat cantik. Kalau nak naik banana bot atau bot pusing Pulau Marina pun boleh, tapi tak sure lah pula berapa cajnya. 

Kalau datang bawa body je semata-mata tanpa niat nak berkelah tapi terkelah juga kat Teluk Batik ni pun takde hal sebab kat sini banyak kedai - kedai makan tapi part baju tu terhad lah sikit pilihannya. Apapun berkelah di Teluk Batik kali ni memang puas hati sebab anak-anak dapat mandi air laut sekali even dah bagitahu main pasir je, kalau dah kaki dah basah main gigi air tu, rendam jelah kasi basah satu badan, baru betul mandinya. Tengok orang lain betapa strugglenya cari duit untuk menampung kehidupan zaman ni, tambah lagi dengan isu covid ni, memang buat kami insaf, bersyukur dan banyak berfikir. Till then, next time Ika sambung karang lagi cerita. 


Makan Western Suasana Kampung di Along Burger Leleh Bidor Perak

10.25.2020

Kadang betullah yang nak makan kat kedai tu bukan kes makanan, ada yang pergi makan sebab suasananya, ambil feel orang kata, betul tak? So kali ni kami pun cubalah explore Bidor, yelah dah datang tu kan, kena ambil peluang explore apa yang ada, Bidor ni famous dengan Petai, rasanyalah sebab Petai in everywhere. Kalau nak dibandingkan Tapah, Bidor ni hanyalah pekan kecil, ala-ala Pekan orang Pencen pun ada, sebab orang sini relax je, tak sibuk. Tahu pasal Along Burger Leleh ni kes viral kat page Rizal Hakim kalau tak silap, so kami apa lagi, pantang juga ye bab viral ni, tapi pilih-pilih jugaklah kalau yang viral pun, kadang tak seindah yang di viral, kikiki.


Along Burger Leleh ni dalam Kampung Koh letaknya, kalau dari tol Bidor tu jumpa simpang tiga ambil ke kiri, lepas tu straight je, sampai jumpa pustaka kampung Poh, then masuk lagi ke dalam, memang confuse jap, betul ka ada kedai dalam hutan, pokok tebal ni, tapi kat situ memang kampung orang, jangan risau, insyaallah Google dan waze jumpa lah gerai comelnya. Bagus jugak konsep kedai depan rumah ni, jimat dah satu hal, yang penting suasana kampung ni, menggamit memori kat kampung sambil makan. Kami sampai dah petang dah masa tu, dah lah tengah buat detox cukup tujuh hari, terus cheat day, hapelahh, cabaran orang nak turun kan berat ni bukan kaleng-kaleng, inner motivation kena kuat, tambah pula kalau diuji dengan makanan sedap, hancur. So kalau orang share keberjayaan dapat turunkan berat tu, raikan sebab bukan benda mudah nak buat.


Sampai je kat sana, benda pertama anak-anak cari adalah tandas, sabar jelah. So ada tandasnya, don't worry, walaupun kampung style tandas ada, tempat parking ada, dan tempat duduk dalam kedai selesa dan kemas. Menu agak banyak juga termasuk yang dalam talam, rugi pula tak order yang ramen masa tu. Sebab al-maklum nama lagi cheat day, kau dah rambang mata tengok makanan macam ni, ya Rabb, kuatnya nafsu makan ni, wakaka.

So order yang sedang-sedang buat kenyang ambil yang talam satu set dan burger untuk anakanda, tu pun jenuh nak perabis, burger punya tebal, anak tak habiskan makanya mama ayahnya yang menghabiskan sisa, mana lemak tak menari, kalau part habiskan makanan ni memang tak lain tak bukan kita lah. Nak kat sedap, okay lah bagi rate 4/5 dengan suasana ala-ala kampung, gerai ni buka sebelah petang hingga malam, so bolehlah masuk dalam acara makan petang membawa ke dinner. Kenyang.

Kredit gambar: Yetza

Alamat: Along Burger Leleh
Kampung Koh Bidor
GPS:4.0770442, 101.3468348