PetroSains KLCC Kuala Lumpur-2

1.05.2016

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh
Sampai je tingkat 5 petrosains bypass tak naik train,kitaorang sampai distesen sains terus..sebab tak naik train jadi dah skip yg mula2..yg tu xjadi hal, sampai kat stesen pertama area yg pamerkan tentang angkasawan dan berkaitan dengan planet2 camtula, pusing tengok sentuh sekejap terus kitaorang ke stesen seterusnya..
kalau taksilap geotime apa entah, yang mana kat situ ada dinosaur besar yg bergerak2..memang terkejutlah anakanda harraz dan Haddad bila tengok saiz dinosaur besar macam tu,bergerak2 pulak,takut-takut nak masuk dekat take a time,tapi memang diorang berdua tak nak ambil gambar sebab takut...then dari situ kitaorang berjalan menyusuri pameran tentang kewujudan purbakala dulu, sampailah ke stesen yang digemari double H iaitu exploration & activities zone..bolehla diorang berdua mencuba mesin jengkaut macam tu, drive kapal terbang dan yang paling menyeronokkan tentu2 lah playarea...hihi, memang asyikla si harraz menyusun lego..sempatla setengah jam lepak kat situ.
So kami anak beranak menapak ke stesen seterusnya bahagian pelantar minyak, pamerkan bagaimana struktur tempat kerja geng2 offshore, tempat tinggal,how they work etc...kat sini my kids memang tahu berlari duduk sana sini jela..kiki, then ke bahagian speed tentang kelajuan objek macam tu,ahmad harraz again jumpa lego terus menyusun sekejap, lepas tu sempat la setiap sorang try duduk sekejap dalam kereta f1 tu,so lepas tu memang kitaorang jalan sepintas lalu je sebab anak2 sibuk nak naik lif, terus kitaorang ketingkat atas satu lagi ke ruang pameran tindakbalas sains science station 2 & activiti area..memang macam2 menarik tapi maklumlah dengan keadaan sesak penuh dengan ramai orang lagi2 anak2 pun dah tunjuk tanda penat, so kitaorang memang sepintas lalu je semua sehingga sampailah kat stesen last sekilas masa so sempatlah kitaorang naik train untuk keluar dari ruang pameran. So lengkap lah jugak journey kitaorang 4 beranak dalam petrosains tu...kikiki



Kesimpulannya, memang berbaloi bawa anak2 lagi2 yang dah bersekolah & belajar tentang sains ne ke petrosains...banyak ilmu baru termasuk kitaorang sendiri yang kadang2 dah lupa. Bawa anak2 sebesar Ahmad harraz dan Haddad pun berbaloi jugak sebab boleh perkenalkan mereka dengan sesuatu yg baru..lagi2 dengan harga tiket yang dikira amat berpatutan jika dibandingakn dengan tempat2 menarik yg lain,petrosains dikira masih dalam kategori murah takdelah berkira2 makpak nak bawa anak2 kan..kikiki.
Lastly,my tips sebelum nak datang petrosains ne plan elok2 masa, either elakkan masa cuti sekolah or peak season,atau datang awal supaya banyak masa boleh spend dalam tu..hihi,kitaorang rasa memang rugi sebab boleh singgah sekejap2 je kat tiap2 stesen dalam petrosains,if datang awal memang boleh try every single thing yang menarik dalam tu..maybe for next time tu tak tahu bila lah pula kan..lagi satu kalau datang dengan anak2, atau by group family better treat well your kids, like kenyangkan dulu perut diorang make sure yg kecil dah menyusu dan kenyang, alert kid's napping time n so on, sometimes menda2 kecil macam tu boleh spoilkan kita punya mood bila anak dah mula tunjuk perangai,if you can handle well no problem..kalau tak memang sakit jiwa nak melayan karenah anak..behehe, alhamdulillah double H really behave walaupun skip napping time diorang, they just happy sebab teruja dan boleh main. Lepas exit tu memang xsempat sampai ke parking kereta dua2 dah terlena sorang dalam stroller sorang lagi tertidur atas bahu ayahnya...penat sangat dan penuh dengan pengalaman baru..daa,kbai

PetroSains KLCC Kuala Lumpur-1

1.02.2016

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabaraktuh


Perasan tak tahun ne kita sambut maulidur rasul 2kali...1436H jatuh pada 3 Januari 2015, dan kali kedua 1437H pada 24 Disember 2015. Sempena cuti maulidur-rasul 2015 1436/1437H kitaorang bawa anak-anak ke petrosains KLCC lagipun umur diorang dah tahap meneroka & belajar sambil seronok-seronok...kiki, cadangan ke petrosains tentu-tentulah dari suami..behehe. Kalau ikutkan plan asal nak pusing-pusing zoo, tapi memandangkan mak buyung tak larat berjalan dibawah mentari, maka Petrosains adalah pilihan yang ok tapi bukanlah terbaik sebab musim cuti sekolah kan, dan juga public holiday..maka faham-fahamlah sendiri betapa sesaknya dalam petrosains tu apatah lagi klcc.


Memandangkan kitaorang lakibini pun first time pergi petrosains, so sampai kat sana sedang-sedang je masa sebelum orang bersesak-sesak dalam pukul 11 , tempat parking siap boleh pilih2 dan yang penting masa beratur nak beli tiket tak ambil masa yg lama..dalam 20minit ke setengah jam,hihuuu...actually lama sangat dah tu memandangkan orang ramai sangat, kira dah okla beratur selama tu. So sempatlah bawa Ahmad Harraz pusing-pusing kawasan sebelum datang perasaan boringnya tambah2 lagi tengahari waktu tidur diorang. Harga pakej keluarga yg kitaorang dapat dalam RM31++, masa beratur beli tiket tu ready terus dengan IC dan mykid anak2 dan pembelian tiket dapat 10% diskaun kalau tunjukkan kad mesra petronas. So memang jimat sangat la kan...hihi. Tiket masuk plan beza setengah jam setiap kemasukan..kitaorang dapat tiket masuk pukul 1.30tengahri.


Nak tunggu pukul 1.30 tu kitaorang settle hal anak2 dulu sebelum masuk, nasib baik bawak bekal..so suap anak2,diorang minum susu n tukar diapers (actually nak free diapers kan anak2,tapi misi belum berjalan lagi...huu). Settle semua baru kitaorang naik balik masuk kat bahagian pameran Illusion dulu sebelum ke bahagian pameran petrosains. Lagipun masa kitaorang naik nak beratur masuk tu ya ampun panjangnya..dalam 50minit ke sejam lebih nak lepas masuk. Nasib baiklah disebabkan kesesakan yg luar biasa, staff petrosains mencadangkan sesiapa yg tak nak naik train terus bypass naik lif ke pameran..fuhh memang lega, kalau tak entah pukul berapa baru boleh masuk. Anak2 pun dah tunjuk muka monyok mengantuk dah,risau lah kotnya buat perangai kalau dah mengantuk macam tu. Alhamdulillah perut masing2 dah kenyang,so takde risau sangat kalau tak memang tunjuk perangai tak pasal2 burn camtu je tiket...hihuuu. Kitaorang pusing2 dalam pameran illusion tu pun memang sekejap je,dalam 20minit sebelum 1.30ptg, then lepas tu terus bypass naik lif ke tingkat 5, tu pun sempatla jugak merasa beratur..kikiki,apedehal kan, datang lagi musim camne,tulah makannya..so nothing to merepek nanti sambung next entri plak...hihi

Ditulis pada 25 disember 2015
5.29pm