Bertimbun

4.24.2024

Draft bertimbun, even bukan tugasan universiti untuk diselesaikan, sakit mata melihat draft penulisan yang mula bertimbun nih. Ku mintalah doa sesiapa rajinkan daku habiskan semua draft ni, disamping membuang apa yang patut dibuang dalam benak fikiran ni, ingat rumah aje kena declutter, penulisan tertangguh pun kena declutter uiii. Mohon ye doakan daku rajin menulis, kotlah makbul doa-doa orang yang tak dikenali, kalau tak nak daku rajin tulis pun sebab tak suka baca, pun doa jelah. Hahahaha. Ku aminkan semua doa. At least ada doa untukku. Alhamdulillah. 



Gambar Raya 2024

4.17.2024

Tema warna raya tahun 2024 ni boleh dikatakan agak caca merba, sebabnya last minute order baju saiz XL dah, bila sampai tak muat nak sarung. Gelabah order yang lain alhamdulillah sehari sebelum balik kampung sampai bajunya. Bahana berat badan tak turun-turun masa puasa, eh bersambung naik pula lepas raya. Itulah kisah ringkas yang agak ngeri. Last minute tu dah satu hal, color sama tapi bila sampai tone lain-lain,apedehal kita pakai ajelah asal warna lebih kurang sedondon. Tema family kecil Soft yellow, tema belah mak ayah green sage, tema belah mertua Cream, yang tak sempat pakai lagi warna maroon dan dusty purple, pasalnya raya dah habis, cuti dah habis kena balik dah. Jadinya forward ke raya haji lah jawabnya, hahaha. 


Sebenarnya kisah baju raya dah beli tak muat tu dah ngeri dah. Lagi ngeri bila tiga pasang yang ditempah tak muat juga, tukang jahit baru, dah bagi baju contoh pun depa tibai buat gelabah, semua tersekat kat skala pinggul, tak lepas nak masuk, sadis betul? Nak nangis pun tak keluar air mata, nak betulkan balik, seminggu dah nak raya. Jadi camno? Ku syak memang bukan warganegara yang buat, potong pun stail buat bundle macam pemborong punya stail menjahit. Apapun tu yang tak sempat pakai, sebab tak siap juga lagi, okaylah tu. Siap pun tak terpakai juga. 
Kisah baju raya dah habis, bersambung bab gambar raya. 


Waktu kita jalan-jalan raya, sambil pegang anak, borak gembira dengan sanak saudara, semua moment kita di capture seseorang. Tau-tau penuh gallery gambar, tapi tulah kau berangan jelah macam tu sampai sudah. Bab gambar ni kalau mak-mak tak bersungguh, confirm takdenya gambar raya tu ye, hahaha. Tak percaya tepuk dada, tanya betul ke dak? Nak harapkan orang ambilkan, tak payah. Tak payah susah-susah, kau pegang je kamera handphone tu setiap masa, ambik je ready ke, tak ready ke gambarnya, snap ajelah apa yang depan mata tu. Kalau dak menyesal bila nak tengok gambar satu pun tak dak. Walaupun diri sendiri takde dalam gambar pun, lantaklah. 


Rajin, selfiekan wefiekan semua moment, ahh gitu. Barulah tak bising dikemudian hari. Soalan paling mengjegilkan mata "mana gambar aritu, ada tak? Ooh, saborlah nak menjawab kalau memang takde momen yang di nak, tapi tak di buat rajin nak snap. Ye bab gambar ni, biarlah kita sendiri bersungguh, jangan harap orang lain tolong gambarkan moment kita. Nak jumpa tu satu dalam seribulah. Teringat pula arwah mak saudaraku, cemtulah everytime pergi rumahnya, jamu makan, setiap kali tu diambil gambar tengah makan, borak. Sekarang dah jadi kenangan abadi dah. Sekarang kalau bab mengambil gambar, video, ayah daku memang win, segala sudut, saat dia capture. 


Begitulah. Gambar bab gambar raya, lagi berharga sebab semua sanak saudara berkelapangan berkumpul bersama, tak selalu ada peluang macam ni, rayalah yang menyatukan, merapatkan silaturrahim kita semua, berborak, bersembang, bertanya khabar, yang jarang jumpa, yang bertahun tak jumpa, yang kerap jumpa, semua duduk bersama dalam satu momen yang akan diingati nanti. Rajin-rajinler ambil gambar, video, sungguh rindu tu akan buat kita belek balik semua yang kita ambil. 


So raya kali ni, kalau kat rumah mak ayah, biasanya lepas solat raya, balik bersiap-siap sebelum turun jalan-jalan raya sekeliling rumah, kami memang ambil gambar keluar gambar dulu sepuas hati, dah settle barulah start gear peluhkan ketiak berjalan situ sini, biasanya akan berakhir pada waktu zohor, lepas zohor bantai tidur belaka dah penat, kenyang. Sambung berjalan raya lepas asar pula. Rumah ma pula tengok keadaan, dah berkumpul semua set hari apa nak ambil gambar, ataupun spontan kalau berkebetulan semua giliran kat rumah ma ada, jadi adalah waktu bergambar bersama. Ku tak ingat tahun bila, tapi tahun terakhir bersama arwah abahlah, kami tak sempat ambil gambar dalam baju raya, masa hari semua dah nak bertolak balik baru kami capture moment bersama beraya. Sedih pula, allahummaghfirli waliwalidayya warhamhuma. Selagi ada waktu bergambar bersama, hargai. So mana gambar rayanya? takdak yang proper dalam gambar mak-mak ni, semua behind the scene, yang cantik, formal, elok, semua dalam telefon orang, tunggu depa send tak sampai-sampai lagi, lama nohh editnya. Masukkan behind the scene ajelah ye


Ada juga gambar daku pergi masjid solat raya, soheh raya pertama kat belah daku dulu tahun ni, yang pelupa balik kampung mana dulu bila raya, daku. Diambil kesempatan oleh dia, aahhh begitulah hidup, kasi cincai-cincai, sekali tak lupa, ku suruh ganti berturut-turut. Pedehal, siapa suruh cari pasal, hahaha. Begitulah hidup rukun rumahtangga. Tolerate boleh, jangan tang kita suruh tolerate, tang dia tak boleh tolerate, eh ehh, bab balik kampung jangan ye. Ku kira sehari semalam adil ke tidak sama kiraannya, tak sama ganti next time balik kampung, even berbelas tahun sudah pun. Benda boleh gaduhkan?. 

Tudung

"Tak nak mama gosok tudung lagi! ”


"Ok, ok, mama gosok tudung lepas Haniy siap mandi. Pergi mandi dulu, mama tunggu". Setelah 30minit drama kejut bangun pagi untuk ke sekolah, dah bangun drama tetap bersambung. 


Elok pakai baju lengkap, pakai anak tudung, sarung pakai tudung, 


"Tak nak nampak anak tudung!" tudung yang dipakai di campak. Ya Allah sabarkan daku. Sendiri pakai, sendiri marah kat tudung.


"Kalau macam tu, mari mama tolong pakaikan, tak nak bagi anak tudung nampakkan? Sambil ambil anak tudung pakaikan, dan sarungkan tudung kat kepala Haniy.


Dah pakaikan, dah okay pun seperti piawaian yang nak, terus di tarik buang tudung yang dipakai, " bukan cemtu, tak nak tudung ni kebelakang, nak kedepan sikit. Allahu Akbar! 


"Ok, ok, mama pakaikan sekali lagi". Dah pakaikan, tetap juga tak kena. Last-last dia tak nak pakai anak tudung. 


Tapi masalah lain pula. 


"Tak bagi kebelakang, tak nak rambut keluar tepi ni!” 


Tarik nafas panjang, " Meh mama betulkan" sambil betulkan dan letak brooch. Sekali dia buang tudung, tak nak letak brooch. 


Ok. Last. Buang brooch, dia pakai balik dan agak okay. Terus naik kereta. 


Sekali kereta jalan, dengar kaki menghentak-hentak sambil ku berpaling tengok kedua belah tangan Haniy sedang menolak kiri kanan rambut yang keluar. 


Diam. Buat tak tahu. Tahan amarah. 


Sekali sampai depan sekolah, "tak nak macam ni!sambil marah kat rambut yang keluar dari tudung”


Kesabaran yang tertahan sejak dari awal berakhir juga " tadi mama letak brooch suruh buang, ni dah buang kalut kata longgarlah, nampak rambutlah. Mama buat tadi dari awal dah elok dah, nak cari pasal dengan mama ke dengan tudung ni! ” suara keras keluar dengan jegilan mata yang tertahan marah. 


"Lainkali orang dah buat elok tu jangan dok usik, lepas tu semua tak kena!”.


Ku bantu betulkan sikit, tapi tak boleh buat apalah, brooch pun tinggal kat rumah, sudahnya anak turun pergi sekolah dengan perasaan tak puas hati, dan daku sebal mengingatkan mood semua orang kacau disebabkan tudung. Baru sorang peel dengan tudung. Ada 3 lagi yang kadang okay, kadang tak. Hari ni turn Haniy macam tu, hari tu Hajjar. 


Kes tudung semua boleh buat spoil suasana. Macam nak bergambar raya baru-baru ni tiga jam baru boleh settle, delay habis plan jalan-jalan raya asbab tudung tak jadi. Nasiblah daku ni dah berlalu momen tudung tak jadi, asal pakai je sekarang, tudung tak jadi dah bukan salah satu masalah daku dah. Asal boleh sauk cepat, tu ja point pakai tudung sekarang, kedut? Keriput? Tak jadi? Lantak pi lah, banyak lagi masalah lain nak diselesaikan dan difikirkan. Itu dakulah. 


Tapi itulah, nak mengadap masalah tudung yang dihadapi anak-anakla pulak sekarang, alangkan orang perempuan sesama perempuan pun boleh annoying mengadap masalah cemni, apatah lagi orang lelaki. Entahlah, haku pun tak paham orang perempuan ni. Apapun dulu pun daku pernah begitu juga, hahhaa. Sadis je bila orang mengadap mood orang yang pakai tudung tak jadi ni wehh, baru tahu, rasa nak tampar-tampar gitu. 


Masalah sejagat kaum Hawa, tak tahulah nak kata menyusahkan tidak, tapi yang pasti sangat .......... (anak mata ke atas), urut dada, sabarkan hati. 



Habis sepagi mood kacau dek tudung,  hampehhh. Kadang bangun awal, tudung elok dah, siap berbekal lagi, pun tetiba boleh moody, nak kata datang haid, kecik lagi. 


Teringat pula gaya si Hana tak setuju kalau apa-apa yang bertentangan kehendak, terus muncung dan bahu bergerak kiri kanan terjungkit-jungkit berulangkali, asal nak pujuk terus lari ke tepi dinding sambil buat gerakan yang sama. Hahaha. Itulah perempuan, geram, comel, kelakar , semua bersatu. Apoo.. 




Raya 2024

4.15.2024

Kenangan sungguh nohh, balik kampung 16jam, balik dari raya sehari semalam, balik pagi semalam esok paginya pula baru sampai. Dari jalan awam, ke jalan hutan bana jem teruk, ceruk mana teruk jem. Masyaallah kenangan sungguh tahun ni, bunyi ja balik raya lama lapan hari cuti, 3 hari total perjalanan pergi balik, lima hari ja total cuti beraya. Balik pun dok berulang alik atas jalan banyak pergi mari rumah mertua, mak ayah, jadinya memang tak terasa sangat cuti, huwaaa. Apapun syukur alhamdulillah walaupun rasa masa pendek sangat, dapat juga balik berbuka puasa, beraya bersama keluarga. 



Cemtulah. Raya-raya tahun ni alhamdulillah meriah macam biasa, anak-anak la paling suka, kita mak-mak ni yang paling letih, dari prepare pakaian, barang nak buat balik kampung, sibuk pula sediakan juadah berbuka dan juadah untuk hari raya. Tahun ni menu simple rendang ayam, rendang daging, satay goreng, ketupat dan pecah rekod tak buat sayur lodeh, sebab menu dah terlalu banyak, dan takdak siapa dah buat tapai. Dua menu tu tak sempat rasa. Lagi sadis turun berat masa puasa 3kg, naik 5 kg lepas raya, hahaha. 


Nasib naik juga decide balik awal sehari walaupun teruk tersekat dalam jem, tapi tetap ada waktu untuk rehat sebab sampai siang hari sehari sebelum sekolah dan setting mood anak-anak untuk permulaan sekolah balik. Kalaulah lewat pagi sampai, terus kena pergi sekolah memang nangis lerr, terpontenglah jawabnya, mak pak pun penat tak habis lagi kebas bontot duduk lama dalam kereta, nak berkejar pula settle anak-anak sekolah. Bahagian surirumah macam iols pula mood turbo nak clearkan gunung ganang baju hasil percutian panjang tak berapa panjang juga. Tapi baju tetap bergunung. 


Minggu depan dah kalut dengan open house, jam lagi mungkin tapi dalam bandarlah pula gayanya.  Apapun mohler termenung dulu tengok penimbang macam nak kena baling ni. Dahlerr makanan raya perak tak pulun makan lagi nih, hahaha. Tak habis isu jem kat realiti, kalut pula kat medsos isu macam anjing, tak upload gambar, joget trending. Wehh, tunggu sat, ku settle kain baju dulu, ini lagi penting dari ku pening lalat tengok rumah sendiri tak beraya, hahaha. Apapun Selamat Hari Raya Semua, Maaf Zahir dan Batin. Semoga 30hari berpuasa, penat lelah kita menahan nafsu tak habis dan rugi saja bila masuk Syawal. 0 - 0 ye. Gambar takde lagi ye, next entry sambil bebel, wakaka. 



Stereng

4.04.2024

Cerita pasal stereng, daku lepas exam SPM memang mak dah bagitahu sementara belum dapat panggilan ke universiti, kena ambil lesen kereta. Ku syukur sangat sebab mak ayah diberi kemampuan tanggung kami anak-anak buat lesen, masa tu yuran nak buat lesen kereta dalam lapan ratus ringgit juga, boleh tahanlah juga ongkosnya untuk kami yang pendapatan pertengahan. Tapi ayah usaha juga dengan mak supaya anak-anak dapat lesen bawa kereta sendiri. 


Sebab ayah kerja kadang balik tak menentu, kalau kena banyak pergi luar bandar, memang balik lewat malam, jadi yang nak kena ambil mak balik kerja nanti yang ada lesen keretalah. Lagi satu arwah nendaku memang setiap hujung minggu minta tolong ayah bawakan dia pergi pasar untuk cari barang rumah, jadi tak setiap minggu ayah ada kat rumah, mak pun kadang kena stay kat ofis kalau ada audit dan setiap bulan arwah pok eak kalau driver bas tak nak berhenti setiap kali dia tahan bas untuk pergi ambil wang zakat, ayahku lah yang dituju cari untuk bawakan dia ke sana. Banyak bab kena pandai bawa kereta lebih berkisar nak mudahkan urusan orang-orang sekeliling daku, bukan semata dakulah masa tu. Lagi pula untuk sediakan diri jika berlaku kecemasan ayah ke, mak ke tak boleh drive nanti. Bukan untuk diri sendirilah kiranya attention nak kena pandai bawak kereta ni. 



So ceritanya lepas dapat lesen kereta daku dapat panggilan sambung pengajian, jadi tak dapatlah nak apply ilmu belajar bawa kereta ni right after lulus tu. Orang kata dapat lesen buat hiasan dalam dompet, dakulah tu antaranya. Imagine, tiga tahun sambung belajar, within that period takde peluang dan paling utama takde keyakinan nak bawa kereta, pulas stereng sendiri. Hanya memandang lesen kereta dengan kebanggaan, at least ada lesennya. Gitu. Hahaha. Bila benda tu bermanfaat buat daku? 


Bila dah abis study, dapat rezeki mengajar sementara kat satu sekolah, boleh tahan jauh. Jadinya ayah berbincang macam mana nak buat, kalau nak hantar daku tak dapat sebab arah tempat kerja bertentangan, takkan sebelum subuh dah keluar nak hantar daku semata, kebetulan masa tu juga kereta lama proton saga ayah (manual) memang free takde siapa guna pasal ayahku dah ambil kereta baru. Jadinya yang manual banyak tersadai.  Jadinya dalam keadaan tertekan mikir nak pergi kerja naik teksi tiap pagi dan balik petang tak berbaloi, daku terpaksa on the spot bawa kereta. Seminggu sebelum waktu kerja bermula ku berlatih bawa sekitar lorong rumah aje, warming up. Pastinya memang banyak enjin mampus banding bergerak elok tambah kalau nak masuk simpang, nak panjat bukit. 



Hari kejadian, memang tawakal betullah bawa kereta setelah bertahun-tahun tak bawa. Alhamdulillah ilmu amal seiring terus jadi gangster jalanan, dak aaaihh gurau je, tapi pro terus bawa manual. Guna tapak tangan aje tukar gear, hahaha. Tapi itulah bila dah pandai, terus jadi supir, supir nenda, supir adik bongsu, supir pok eak, supir sesiapa sekeliling yang nak guna khidmat iols. Alhamdulillah nikmat ilmu tu. Sibuk terus jadinya bila pandai pulas stereng. Sabor jelah. Ku berhenti jadi supir bila dapat abang driver lepas kahwin, alangkan pusing, sentuh pun tidak. Tak hingin. Nak relax aje. 


Almost four years tak bawa kereta start pada kahwin tu. Mana tak kalut belajar balik bawa kereta, pasalnya anak dah nak start sekolah. Walaupun dah lama tak drive,syukur alhamdulillah skill tak hilang, hahah nak bawa kereta kena ada ILMU,  BERANI, kalau takut sampai sudah takkan pulas stereng, lepas tu kena ada MATLAMAT nak pergi mana, bila dah start drive wajib FOKUS barulah akhirnya sampai destinasi. So yang nak belajar kereta tu tak payahla niat bukan-bukan, takut kena cerai, kena tinggal, laki mati, ye hakikatnya semua tu ada risiko dan hakikat mati tu semua kita akan hadap. Tapi belajar dan menuntut ilmu kan tuntutan untuk kita orang islam, jangan belajar dengan niat yang tidak-tidak aje. 


Memang pandai drive ni antara keperluan semasa untuk yang berkemampuan dan berkehendak. Tak pandai drive pun takdak masalah, pandai drive alhamdulillah rezeki kitalah tu. Ku pun syukur sangat asbab pandai drive, ada masa emergency keluarga sendiri, dapatlah go head pulas stereng hantar suami dapatkan rawatan, anak-anak tak sihat boleh lagi suami bawakan ke tempat rawatan, suami tak sihat, masa ni lah ilmu daku ni bermanfaat. Gitulah. Yang tak pandai drive toksah susah hati, sekarang banyak dah kemudahan grab car apa semua tu. Kadang datang ujian semua lengkap pandai bawa kereta, kereta pula takde dan bermacam lagi ujian lain. Ilmu bawa kereta ada baiknya bila diperlukan, tambah bila keadaan mendesak. Apapun syukur selalu. 


Yang masih pegang lesen tapi belum ada keyakinan nak pegang dan pulas stereng, kena beranikan diri, paksa. Benda terpaksa ni kadang lagi mudah, sebab dah ada dalam kepala otak kita dah ilmu bawa kereta tu, yang takde cuma yakin dan pengalaman. Nak ada pengalaman kena bermula. Selagi tak mula takkan jadi sampai bila-bila. Dalam banyak-banyak pengalaman I'm proud myself experience drive ulang alik dari Ampang ke Shah Alam dengan highway yang super busy dan jem teruk, paling jauh drive pergi ke Melaka, well at least ada juga pengalaman bawak kereta long drive, hahaha. Jadilah. Sekarang dapat ngantor ngambik anak-anak dekat 5minit pun jadilah. You can do it, kalau tak mana nak dapat lesen tu, kan? So, fighting, brave yourself. 




Baju Raya

4.03.2024

Panas berdenting, lit-lit, dalam rumah macam sauna masa awal Ramadhan, tapi alhamdulillah bab puasa pulun rasa energy tak berkurang, rahmat dibulan Ramadhan, Masya Allah. Sekarang dah hampir penghujung, sejuk ja sebab kerap juga hujan petang, alhamdulillah. Anak-anak pun okay alhamdulillah semua boleh puasa kecuali si Hajjar mengguna pakai 'dia baru 7 tahun, dia tengah belajar' jadi satu hari ja lulus puasa penuh, hari lain, dia sahur pukul 7 sebelum pergi sekolah, balik sekolah petang dekat asar, buka puasa. Sabor jelah, yang penting nampak jugalah effort tu, lagi penting kena beratkan bab solatlah. Masih lompang dan kena 'cokeh' setiap kali masuk waktu.


So nak cerita panas sepanjang minggu Ramadhan ni, start dari sebelum Ramadhan bermula bermacam rupanya senarai isu panas, toxic dan starts dengannya. Boleh tahan panas juga jari jemari, hati menahan kesabaran dari isu panas. Apapun, moga semua baik-baik aja. Kita alih fokus buat benda lain, penuhkan kouta habiskan juz dan sewaktu dengannya. Fokus diri sendiri sudahlah. Hampir nak raya ni, teringat cerita baju raya. Ku bersyukur sangat dari kecil sampai tua lani, tak pernah putus orang sediakan baju raya untukku. Alhamdulillah nikmat. 


Cerita baju raya kelabu melekat dalam memori ku, teringat rasa bersalah tu. Ku ingat masa dulu-dulu beli kain meter je setiap kali nak raya, mak ayah tak pernah gagal belikan kain dan hantar ke tukang jahit siapkan baju, tukang jahitnya pula tak lain tak bukan, mak saudaraku sendiri, jadinya everytime raya baju kami last sekali siap, kadang malam raya baru dapat. Begitulah, disebabkan dah imun, baju raya last minit, jadi takleh nak kata apalah. Ku tak ingat sampai bila kami keep on tempah hinggalah mak tukar tukang jahit sebab lebih dekat dan lebih on time. Eh termelalut plak, nak ceritanya ada satu tahun Ramadhan tu mak ayah tak sempat bawa kami pilih sendiri kain kat kedai, jadi ayah tolong pilihkan kain untuk anak-anak. Balik rumah tu, terus je mak bagitahu kain untuk baju raya dah pilih dan mak bagi satu-satu kain bercorak satu seorang dan daku dapat kain warna kelabu, bunga biru. Baru perasan dulu-dulu takde tema sedondon ke apa, family dakulah, main ikut dan je ambil color dan corak yang berkenan, ku pun tak perasan sejak bila baju raya ni jadi trend pakai sedondon. 


Punyalah daku frust sebab tak menepati kehendak dan tak berkenan, sedih waktu tu terus letak cakap tak nak kain tu kat ayah. Aah, masa tu umur macam remaja kot, dah lupa, dalam tingkatan satu ke tiga, remaja baru nak up tahu nak ikut kepala sendiri ajenya. Ku tak kenan sebab nampak color macam orang tua pakai. Gituu. Sedih tak setuju terbawa-bawa merajuk sampaikan menangis kalau fikir bab baju raya. Ayahku apalagi, double kecewalah sebab anak tak happy dengan pilihan yang dia buat. Cuba pujuk, cakap dah jadi baju nanti cantiklah. Ku buat tak dengar sajalah. Mak buat tak tahu, hantar aje kat tukang jahit, kau nak pakai, pakai. Tak nak pakai nanti sudahlah, gitu kekdahnya. 


Sudahnya, pagi raya tetap baju raya yang tak disukai ku gosok, dah kalau tak nak pakai rugilah pula. Siap pakai, setting sekali dengan tudung, ehh terasa cantik pula bila di badan. Lepas tu terasa menyesallah pula merajuk dengan ayah sendiri. Ayahku sendiri cakap, haa kan dah cakap cantik, ayah tahulah. Bila dah pakai jadi baju baru nampak, ku tersipu-sipu sambil salam raya minta maaf dengan ayah sebab buat susah hati mikirkan daku yang tak terpuas hati. Begitulah antara memori raya yang agak awkward sangat mengjengkelkan peel daku nih, hahaha. 


So bila dah kahwin lagilah rilex, mak mertua yang decide every color every year belah suami,alhamdulillah ku onzz saja, bila datang tang decide color baju family kecilku sendiri, jadi blurr tak tahu apa. Yelah semua orang tolong buatkan, so biasa ku follow color yang mak decide nak pakai bila raya, senang, kasi matching ja dua dua side. Settle. Sekarang anak-anak masih excitedla setiap kali baju raya dapat, next bila dah reti, ada taste sendiri tak tahulah macam mana. Orang kata orang perempuan ni takkan kenal peel sendiri sampailah dia ada anak perempuan sendiri, ibarat bertemu buku dan ruas, betul ka? Ahh, ghisau pulak, hahaha. What comes around comes around, ghisau memikirkan peelku sepanjang membesar, menua nih, berapa banyak dah buat pening orang tua. Haishhh. 


Bila dah menua ni, nak fikir baju raya pun malas wehh, fikir kalut sebab baju anak-anak je, kalau tak repeat yang sama raya lepas-lepas pun tak mengapa dah. Gitulah agaknya mak-mak kitakan? Huhuu. Lagu raya yang buat daku makin nangis, sebab kaitan dengan baju raya, menjejes air mata dengar lagu ni waktu tu, alahaiii



Tiada salam atau ucapan

Tiada pesan tanda ingatan

Suasana penuh keriangan

Ku teringat pada seseorang oh

Di hari yang berbahgia ini

Hatiku kosong dan sepi sekali

Betapa manis kenangi lalu

Menyambut raya bersama denganku oh

Tiada bisikan lembut yang kudengar

Hanya suara azan sayup bergema

Masih kurasakan hangat tanganmu

Di pagi raya bersalam denganku

Tetamu datang tetamu pergi

Namun tak tiba orang kunanti

Hanya sepasang kurung nan biru

Menjadi teman mengubat rinduku oh

Tiada bisikan lembut yang kudengar

Hanya suara azan sayup bergema

Masih kurasakan hangat tanganmu

Di pagi raya bersalam denganku

Ho

  

Syahdu betul. So nak raya ni ramailer jugak update beli baju raya ye. Yang ku boleh kata dasat nohh harga baju raya sekarang. Yang sampai beratus-ratus memang tak masuk list dakulah, pasalnya memang tak berbaloi nak beli dan pakai, pesen pula pelik pelik. Nasib baiklah ada Haurabelle, kalau dak tak merasa nak beli pakai baju harga marhaen. Haurabelle ni antara brand pakaian favorite dakulah, pasal bajunya semua best, comfy, loose dan kain pun boleh tahan kualiti, tambah jahitannya kemas. Ku payah juga nak puji bab baju bajan ni, tapi Haurabelle ni memang toplist daku shopping baju raya. Klasik, oldschool dan paling penting selesalah, nak pakai pergi beraya naik turun rumah ke rumah, jenuhla kalau yang dah pakai macam pengantin, melecah tiak weii, daku belajar dari pengalaman, sekarang antara baju kurung riau, kebarung dan kurung modern, tu jelah pesen baju yang daku rembat pakai dan semua pesen tu ada kat Haurabelle. Yang lain memang tidaklah nak makainya tambah lagi yang kena cerut tepi , belakang depan ke, uiii renyah. Ohh dan tahun ni tetap beli online, jimat sangat banding dengan pergi kedai. Memang tak daya nak pergi bersesak masa puasa ni, tambah heret anak-anak sama, delulu boleh lah masa bujang pulun ronda bazar raya, sekarang mimpilah. 



 

Gopeng Glamping Park

3.19.2024

Kali kedua kami datang berbuka dekat sini, kali pertama masa sarat mengandungkan si Hana, April celebration special kebetulannya masa tu. Lakiku memang tiap tahun pasti ada berbuka kat sini, tak datang dengan kami, dengan group office pergi berbuka. So kali ni pergi lagi sebab nak support minggu permulaan buffet Ramadhan, antara port bercuti yang tampak best, kami tak pernah lagi bermalam kat sana, ada teringin tapi tunggu anak besar sikit lagi insyaallah, biar depa dah pandai naik ATV sendiri, kihkih, baru berbaloi nak pergi. Tapi tengokkan aktiviti kat Gopeng Glamping Park ni memang best sangatlah. Adventure dan nature surroundings tu best. So confirm best pasal tiap kali kami pergi, memang anak tak nak balik, hihuuu. 


So berbalik cerita Mini buffet Ramadhan kat Gopeng Glamping Park ni, even selection tak banyak macam kat hotel, tapi memang berbaloilah dengan harga tawaran berbuka, RM48/dewasa dan RM28/kanak-kanak 5-12 tahun. Berbuka puasa ni nak makan banyak mana je pun, kita menahan haus dahaga, berlapar berbelas jam pun, makan lima ke sepuluh minit pun dah rasa kenyang tak menahan dah, begitulah nikmat ni. Sepinggan makanan masuk pun dah menyandor dah, hahaha. 


Mini buffet Ramadhan kat sini memang complete juadah masakan kampung, western. Ku rasa setiap kali buffet kat sini, memang menu berubah-ubah tak sama. Rasanyalah. Yang penting BBQ ada, masakan kampung, kuih-muih semua ada. Ooh, masakan kat sini sedap ye, cukup rasa. Ku pernah makan kat hotel lima bintang, presentation memang wow menakjubkan, cantik, nampak melting, tapi bila suap masuk mulut, tak kena, tak sedap, tak cukup rasa. Jadi jangan tertipu sangat dengan jamuan mata selagi tak rasa. Best kalau makan kat hotel tu pun kalau orang belanja, hahaha. Yang tak sedap pun jadi sedap. Tapi betul kat Gopeng Glamping park ni memang buffet dia best, kalau tak takdelah tiap-tiap tahun pergi. Sangat okay, sedap dan berbaloi kat tekak kami. Alhamdulillah, rezeki Allah bagi rasa sedap.




Sukalah berbuka kat sini sebab surrounding mesra dengan anak-anak, tak bosan depa menunggu waktu berbuka, boleh main dekat playground dulu sementara menunggu. Ruang pun lapang, tak complicated even penuh dengan tent, kemas bersih, best views gituu. Complete semua facilities, surau, tandas. Pengunjung yang berbuka puasa pun depa limited, so takde rasa crowded dan serabut. Pernah berbuka kat somewhere, ingatkan hotel gah kenmain, surau okaylah, nak menapak pergi surau pun kenmain jauh, hujung bangunan pulak tu, seram mak. Adoii, kita dahlah ibarat ular sawa kenyang dah, nak tunggu lif dengan crowded, nak menapak lagi, uii memang ku tak nak join dah, hahaha. So kat sini memang chill betul, anak-anak pun enjoy je, sambil tunggu selesai solat depa bored main dulu kat playground. Kalau tak berpuluh kali dah dok ajak balik lepas selesai makan, tak nak duduk lama-lama, sabor jelah. Tu yang daku dah malas dah nak pergi kat tempat bertingkat-tingkat ni. Kat sini depa tak nak balik kes tak puas melepak, ishhh ishh, nanti kita overnight kat sini one day soon, insyaallah. 



Syahdu betul berbuka kat area kampung ni, terus rasa nak balik kampung wehh, ni pun tradisi daku jugak dari bujang sampai kahwin, at least ada moment berbuka dan sahur dengan mak ayah, tahun ni tak tahulah ada kesempatan balik berbuka dak dengan orang tua, kekangan waktu nak balik, moga-moga ada rezekilah nak balik awal sikit sebelum masuk satu Syawal. Doa dan harapan, gitulah. Ramadhan Kareem. 








Masjid

3.14.2024

Daku nih kalau bab timbul isu solat kat masjid, senyum ja baca. Kesian pun ada. Apapun bila jadi mak-mak, eh tak nyempat jadi mak pun, jadi isteri memang ku lebih gemar dan suka solat kat rumah. Ada anak lagilah daku malas nak pergi solat masjid, solat kat masjid hanya ketika bermusafir aje. Tu pun dah puas hati boleh singgah sekali sekala. Dah masuk bulan Ramadhan satu kelegaan besar buat daku dapat bersolat kat rumah, dengan keletah dan peel anak-anak even dah masuk umur empat lima enam tahun, ku tetap malas nak bawa anak-anak pergi masjid. Cukuplah depa masuk masjid masa bermusafir. 


Sebab ku ingat pesanan ayah masa memula dapat anak "tak payah dok jealous, rasa sedih, kecewa, rugi lah tak dapat pergi masjid bila terawih, afdal solat kat rumah je kita orang perempuan tambah ada anak kecil, suami pergi masjid iyye dah tu, pahala sama juga dapat kat isteri, jangan rasa rugi". Begitulah pesanan ayahandaku. Jadi ku tak pernah ambil port pun isu-isu mak-mak yang teringin, rindu nak pergi masjid. Biarlah depa, daku cukuplah pengalaman, nostalgia masa bujang jadi kaki masjid, lagi terpaling kaki masjid bila masuk bulan Ramadhan, mana tak rajin, penuh budak-budak tahfiz datang menuhkan masjid, hahahaha, hareyy sungguh niat sekali sekala nak usya bakal-bakal imam dedulu, kononnyalah. Part teman nenek pergi solat, part berlumba siapa terawih penuh sesama adik beradik dan sepupu sepapat. Begitulah memori daku pergi masjid dari zaman kanak-kanak, remaja, sampailah jadi single bujang. Memangku ambil peluang pergi terawih kat masjid. 


Jadi bila dah beranak pinak, makin menua ni, takde penyesalan tak pergi masjid masa muda-muda dulu dan atkde penyesalan bila tak dapat pergi sekarang tambah dibulan mulia ni. Rasa cukuplah memori dulukala mengubat kerinduan berjemaah kat masjid, insyaallah sampai masa sesuai Allah kasi balik rasa bahagia berjemaah dan beriftikaf kat masjid jika berkehendak. Gitulah. Sekarang kalau tersinggah kat masjid sedang elok masuk waktu, kira rezekilah dapat berjemaah, anak-anak dah besar dan cerdik, tinggal si bongsu yang paling kecil, ada kakak mengasuh kira okaylah, kalau tak gilir-gilir solat. 

Antara masjid yang teringin nak singgah


Apapun bawa anak-anak pergi masjid tak salah, yang salah bila takde common sense tak fikir jemaah lain. Tapi kita ambil peringatan juga akhlak yang ditunjukkan kepada anak-anak kecil oleh Nabi kita sebagai panduan. Kalau kita dah tahu anak macam mana bila ditempat awam, fikir sepuluh kali dulu sebelum buat keputusan bawa anak, kalau hingga menyusahkan dan mengganggu orang lain, tu satu hal. Satu hal lain, membahayakan anak sendiri, kot kita dok ralit solat, anak kena sauk kat orang, anak pergi merata sampai keluar masjid, masjid pula dekat dengan jalan raya, possible ye, tambah pulak jumpa sekumpulan baya. Haaa, naya. Sebaiknya solatlah kat rumah, jangan fikir adil tak adil, yelah suami pula bersenang lenang, tiada gangguan solat kat masjid.  Setiap perkara pasti ada sebabnya, yang pasti kita orang perempuan afdhal solat kat rumah dan pahala tetap besar. Toksah kalut. Kalau ikut memang serabutlah hai, solat pun anak dok ganggu, panjat situ sini, tarik telekung, lompat sana sini. Tapi takdelah hati dok risau anak pergi tak tentu hala, selesa pun lebih selesa kat rumah. Lebih mudah, nak jaga aurat, nak perbaharui wudhuk, macam-macam lagilah. Sekejap aje masa depa kecil ni. 


Kalau rasa tak boleh go nak solat masa anak dok aktif, cari masa anak tidur. Kita buat dia. Herlok jugaklah dapat solat kat rumah, kurang-kurang dapat jaga hati jugak dari bengkek bila acik-acik tak nak berganjak dari sejadah sendiri, nak kata satu saf bukan, tak kata satu saf pun bukan, tapi berjemaah. Pening sungguh, bukan lani ja peel cemtu, berzaman dah peel orang tua cemtu bila berjemaah, orang perempuanlah. Zaman daku budak-budak lagi, bila kosong ruang tak nak pula diri sendiri penuhkan, dok suruh orang lain pi penuhkan. Baik solat kat rumah la kalau tak nak bergesel bahu, sayang sejadah sendiri. Ke camne? Yang muda suruh beralah, yang tua tak reti-reti mengalah, begitulah. Kadang yang tua ni payah jugak nak diajar, kang tegur dikata kurang ajar. Apapun ingatlah, pergi masjid tunjuk akhlak baik, tak kira muda ke tua. 


Daku pun anak-anak dah bersekolah ni baru rasa tenang, chill nak solat, masa anak kecik-kecik , ya ampun terkejar-kejar, hujung waktu, terbabas, dan segala macam ragam, kecewa, sedih, tak puas hati, macam-macam feeling dah merasa, tapi itulah, semua yang kita buat layan anak-anak, niat sebagai ibadah kita. Moga ada pahala dan ganjaran, dikala orang lain bersolat sunat berganda-ganda, kita dok berkecah dengan anak-anak tak sudah-sudah sambil buat ibadah solat. Yang pasti tak selamanya begitu, ye dak? 


Kesimpulannya, masa muda,masa tenaga masih banyak dan paling penting masa masih berpeluang berjemaah kat masjid pergilah, lagi-lagi yang lelaki tu, yang perempuan ambillah kesempatan masa single, masa tak disibukkan dengan 'handbag-handbag' pelbagai saiz kiri kanan, depan belakang. Percayalah semua tu akan dirindui kelak sebab situasi takkan sama dah pada masa mendatang. Ingat peluang tak datang berulang kali, masa, umur, peluang sekali ja lalui belaka. Takkan nak tunggu masa dah tak mampu dok meraban meratib nak pergi masjid, mampu tu masa sihatlah, mampu tu bila ada peluang. Manfaatkan. 


Makan

3.13.2024

"Mama, haniy tak nak pergi sekolah esok!"

"Kenapa pulak?"

"Tak nak pergi, sebab memang haniy tak nak pergi!"

Aaa sudah, zikir anakanda sebelum tidur. 

"Dak aih, makanan tak sedap ke kat sekolah? "

"Sedap! Sedap makan kat sekolah, haniy suka. Tak nak pergi sekolah esok!"

"Kalau cemtu, mama tak bawa bawak haniy pergi beli makanan lah, tak nak bawa haniy pergi jalan-jalan"

"Nak juga! "

"Abis tu, nak kena pergi sekolahlah".

" Oo, nak beli susu lepas balik sekolah lah"

"Okay, bagus"

Macam tu je kena gula-gulakan anak, ugut pujuk bersatu, hahaha. Drama setelah hari ke lapan bersekolah. Tetiba tak nak pergi sekolah, terkejut mak. Biasa dialah orang first bangun, mandi dan bersiap. Pujuk beli makanan, settle, tapi kena keluar duit lah, entah siapa yang gula-gulakan siapa, sabor jelah. 


Bila tiba bulan Ramadhan ni macam-macamlah timbul tambah bab makan, makanan mahal, makanan tak sedap, makanan terlebih mewah dan macam-macamlah lagi berkaitan bab makan, tak cukup makan takdak bunyi, atau yang tak cukup makan biasanya depa tak bising-bising, yang terlebih makan ni biasanya yang bising. Tahun ni mungkinlah tak menjejaskan ramai orang bab belanja makan, ada orang tahun ni makan lebih mewah, lebih cukup begitu jugak sebaliknya. Yang penting dalam apajua keadaan pun bersyukurlah, sekurangnya kita tak macam saudara kita kat tanah rebutan tu, habis zalim kejam dah tak tahu nak describe macam mana dah. 


Kita? Bab makan ni beringat-ingat takut bab makan ni takut senjata makan tuan. Yelah, penyakit tu puncanya dari perut, makan tak tentu hala, ikut nafsu mendapat juga akibatnya, terlalu memilih-milih, cerewet pun tak elok, maka kuncinya bersederhanalah dalam makan-makan. Sekarang bila dah tahu kebanyakan supplier kuih muih kat hotel kebanyakannya dan majoriti non muslim, terus tak selera nak makan buffet kat hotel ku rasa mual memikirnya, entah dah berapa banyak telan yang syubhah sebelum sebelum ni. Nak cari hotel, cari yang tawarkan sajian halal, memang hotel ada sijil halal, pandai-pandai sendirilah ambil tahu. Karang kenmainlah puasa seharian, akhirnya berbuka dengan sajian yang syubhah dan meragukan. Pilihan diri sendiri belaka. 

Ramadhan kali ni ku dah set dua jenis lauk ja nak masak untuk berbuka, nak jimat masa, dan jimat makanan. Anak-anakku sekarang jarang nak makan nasi jadi kena masak benda lain macam mee, kuetiau dan macam-macam menu lainlah. Yang penting by the time pukul 6 ku dah settle masak. Biasa bulan-bulan ramadhan sebelum ni rapat juga ke waktu berbuka ku masak, yelah konon nak makan yang panas-panas. Sudahnya letih, terkejar-kejar nak buat ibadah, so tahun ni start chillex sikit nak fokus bukan bab makanlah. 


Dalam kepala ni sibuk juga dok mikir mana nak beli kuih muih, jenis peminat tegar kuih muih ni payah juga ye nak buang habit makan kuih, aduii. Memang kalah jiwa raga tengok kuih muih tradisional, nak buat memang tak lah. Nak mencari kat bazar ramadan lagilah malas. Ku dok imagine tahun depan nak jual nasi bungkus dan kuih muih, tapi itulah. Hanya khayalan semata, rindu nak masak banyak, tapi baru ja nak hilang letih mengasuh anak-anak, takkan nak sambung letih memasak seharian pulakkan. Tapi itulah, .............. 





Start

3.09.2024

Punya penat layan minggu anak-anak masuk sekolah, alhamdulillah seminggu dah anak mula bersekolah, semuanya lancar dan dipermudahkan urusan terutamanya budak yang baru nak up kenal suasana persekolahan, si Haniy. Dia punya excited sekolah tu sampaikan marah kita ambil awal, punya seronok kat sekolah. Asal tak macam daku dulu eh, dia punya berat, malas nak pergi sekolah tu, sampai terfikir macam-macam idea nak memonteng. Lain macam punya zaman, hahaha. Apapun masa sekarang daku lebih free pasal sekarang ada sorang je lagi nak cukupkan umur masuk sekolah, lepas tu daku memang free and easy, aishh nak buat apalah. Nak masuk kerja? Ramai juga kawan-kawan yang masuk kerja balik bila dah free macam ni. Daku sejenis perumah tak tahu lagi apa dia nak dibuat soon. 


Yang pasti bab jalan-jalan tu wajib dan pasti dah. Ahh, sedap sungguh berangan ye, hahaha. Diam tak diam, sedar tak sedar, Ramadhan bakal dilalui dan didoakan berpeluang nikmati bulan mulia yang dinantikan setiap tahun. Tak semua orang berpeluang, sedih pulak mikirnya. Kebanyakan dah berhabis duit untuk sesi persekolahan anak, untuk sesi raya kita beringat-ingat nohh, kalau takat baju raya macam baju prngantin, confirm pakai sekali setahun, tak payahlah dok perabis duit, melainkan duit terlebih, nafsu nafsi ni memang, selagi tak diikut selagi tu dok triggered, rasa macam masuk mimpi kalau tak dapat yang berkenan, tapi bila dah beli, time memakainya tak menang, buat puas rasa gelojoh time nak memiliki aje, itu dakulah. Peringatan untuk diri sendiri sajalah, hahaha. 


Baju yang herlok, yang dah tak muat, tak terpakai kes terlalu banyak dah koleksi, herlok lah letak kat tempat baju-baju yang boleh orang tak mampu untuk dipakai, sekurang-kurangnya tak bermanfaat untuk diri, bermanfaat untuk orang lain. Ramadhan nak datang perasaan excited tu kena lebih dari nak sambut raya, kemas rumah, buang apa yang menyemak dalam rumah, clear, cuci, mop, apa yang patut. Telekung yang nak guna masa ramadhan kasi bersih atau upgrade yang lebih elok. Kasi up semangat nak buat ibadah, insyaallah. 


Daku bersyukur sangat anak-anak start awal persekolahan, memang tak kalut, anak semua dah mood on sekolah in progress, semua dah habis mood cuti, so lainlah vibes, bila dah sekolah dan nak sambut Ramadhan serentak ni. Apapun ku doakan semua yang struggles termasuk daku juga, Allah permudahkan segala urusan kita semua. Sentiasa syukur, dalam payah dan perit kita nak memyekolahkan anak-anak, ada lagi yang lebih perit dan menduga jiwa raga, segala pengorbanan pasti ada ganjarannya, amin. Actually ku down teruk sepanjang dua tiga bulan ni, tapi itulah, nak luah pun tak tahu, yang pasti hanya doa jelah Allah kasi semangat nak mula balik. Take orang lain boleh ubah nasib sendiri, kecuali diri sendiri. 

Bell Suites Sunsuria City Sepang

2.26.2024

Musim cuti sekolah ni, pasti agenda jalan-jalan makan angin salah satu benda yang dirancang kebanyakan parents untuk anak-anak kan? Kalau tak balik kampung, ada yang memilih satu tempat lain untuk berkumpul. Aa, best betul. Ye waktu berkumpul ramai-ramai terutama dengan ahli keluarga bila ada cuti, cuti panjang ni memang best. Ada orang tak berapa gemar, tapi ini agenda yang paling ku suka sebab tak banyak kesempatan yang ada untuk berkumpul ni, so kalau ada peluang, memang macam dapat emaslah. Gold time, for us, for them lagi-lagi orang tua kat kampung. Memang harapan diorang lerr, walaupun ada yang tak terluah nak anak-anak balik berkumpul. Sebab ramai juga orang tua kita faham kekangan anak-anak mereka. 


So yang berkesempatan, ambillah peluang. Macam dakulah, memang spesis adhoc plan nak pergi mana-mana, takde plan details. Kalau yang plan details tu melibatkan ramai orang, kalau takat kami-kami ja, memang main terjah je. So nak dijadikan bila tahu ma datang nak bercuti, terus kami book bilik kat tempat sama. Adhoc tapi menggembirakan, sebab tak plan nak berkumpul, adhoc tapi tak menyebalkan sebab memang itulah harapan, cuma tak terluah. Memandangkan kami pun dah lama tak pergi belah Nilai, makanya timing yang ada ni cantik sangat, tapi berturut-turutlah sebelumnya dah turun KL untuk hantar mak ayah. Jadi tempat kali ni memang tak pernah masuk dalam list pasal nya memang tak tahu, tapi area yang kami pergi kali ni adalah tempat kebiasaan kami lalu lalang masa menetap di Banting. 


Most favorite arealah, sebab nak pergi tengok kapal terbang berlepas dekat aje, tempat lepak makan nasi kandar, jalan-jalan cari makan, tempat briskwalking dalam MITSui tu, kihkih. Memang tak terjangka dek akal dari hutan belantara jadi hutan batu dah, nak cakap cepatnya pembangunan bertumbuh kawasan tu. Jadi kami stay area Kota Warisan Sepang dan ambil bilik di Bell Suites Sunsuria City yang mana ianya berdekatan dengan Universiti XiangMen, persis bangunan di negara China. Pun kami baru tahu kewujudan universiti ni. Bila sampai memang kami dah pernah datang sini, tapi woww memang lain terus dengan yang dulu. 


Nak cari Bell suites ni pun takde lah payah, ikut google Maps aje. Tempat agak baru dan kebanyakannya students universiti menyewa. Best kat sini sebab tak crowded dan safety sangat tempat penginapannya. Bell suites Sunsuria City macam apartment dan studio lah, nak book pun senang je melalui booking.com, nak kata besar tak juga, tapi okaylah untuk kami satu family bermalam. Kebetulan masa tu bilik pun harga promo dapat RM100± untuk satu bilik dengan double queen bed, kira okaylah sebab lengkap dengan kitchen utilities. Paling penting kat sini ada kolam mandi, itulah benda terpaling yang anak-anak soal dan tanya kalau pergi bermalam mana-mana. 

Jadi bawa depa mandi kolam pun dah kira bercuti paling best dah tu, tak nanti nak pergi water park, dapat mandi kolam kira settle. Haihh, teringat daku zaman umur depa, cemtulah. Tak lepas pada main air. Memandangkan kami dah lewat petang bertolak, dalam pukul 9 malam jugaklah sampai check-in. Ambil kunci terus naik ke bilik, kami pun dah makan siap-siap masa singgah solat, jadi tinggal nak mandi bersihkan diri, tidur. Masa naik nak masuk ke bilik tu, kebetulan bilik kami kat hujung bangunan, so dapatlah tengok pemandangan malam yang sangat cantik, masa tu pun kapal terbang banyak yang baru berlepas dan mendarat. Memang best sangatlah kat sini. Nak dikira jarak memang jauh jugaklah dengan airport KLIA tapi masih boleh nampak dengan jelas termasuk hotel movenpick dari jauh. Cantik sangat bila malam. 


Pagi esoknya agenda kami hanya mandi kolam, dan plan seterusnya belum dibincangkan. Jadi sambil mandi kolam kami borak-borak what the next, then baru teringat plan kami masa road trip ke Johor, Masjid Sendayan termasuk dalam pitstop kami yang tak sempat kami singgah sebab lalu route lain. Jadi alang-alang dah kat sini kami masukkan dalam pitstop bila keluar jalan-jalan nanti. Keluar dalam pukul 11 pagi kami terus tuju ke tempat makan tengahari Itik Salai Mastar di kawasan Nilai, kat sini pun dah banyak pilihan kedai makan. Sekitar tempat menginap pun boleh tahan kedai makan kalau tak nak keluar jauh. Tapi dah sebab nak makan masakan salai-salai kami tuju ke sini. Pilihan masakan agak banyak dan rasanya sedap. Sedap secukup rasa, kami kalau bab Salai ni tak lari dari nak rasa daging Itik, memang terbaik. Daging Itik ni antara favorite kamilah, sejak belum kahwin lagi kami dah suka daging Itik, dari saja-saja cuba, terjatuh cinta, gituuu. 


Mashtar Itik Salai ni antara kedai makan pilihan ramai juga, kami datang awal jadi takdelah scene crowded atau beratur. Kedainya pun agak besar dan lapang, lengkap semua facilities. Nak datang bercuti atau ke tempat makan pilihan ramai, timing sangat penting. So timing kami pergi pun hanya weekend tapi dah hampir ke hujung bulan, jadi takdelah ramai sangat pengunjung. Nak makan pun bertenang-tenang aje. Selepas makan kami terus ke Nilai 3, untuk cuci-cuci mata kat kedai karpet. Datang sini lagilah, takde banyak perubahan kurang dari sepuluh tahun dulu, tapi agak berbeza jugalah. Memang dah tak cam tempat-tempat kami hunting barang-barang nikah kahwin dedulukala, kihkih. Nostalgia wehh kalau bab nikah kahwin, kenmain la dulu nak jimat, pelamin pun dalam RM1000± ja, asal boleh, yang penting nikahnya. Hahaha, asal boleh nikah.


Dah terberkenan karpet-karpet yang sangat cantik dan latest, terboronglah. Dah terborong, baru pening nak adjust macam mana dalam kereta. Siap memborong terus kami tuju ke Masjid Sendayan, masyaallah rasa jalan shortcut yang kami lalu dulu nak ke Port Dickson, perghh. Apapun terkejut, teruja. Sampai Masjid Sendayan memang kagumlah, sebab cantik sangat Masjid ni. Kami sampai tu, panas terik betul. Sebelum sibuk nak bergambar situ sini, kita selesaikan apa yang wajib dulu. Melihatkan senibina Masjid ni, Masyaallah Subhanallah, terus teringat someone yang suka berjalan-jalan memburu masjid-masjid sekitar Malaysia. Good content, sebab daku pun tak tahu sangat masjid-masjid sebegini wujud kat negara sendiri. Siap solat, sempatlah kami bergambar buat kenangan dan terus balik ke tempat penginapan.

Mode santai-santai malam last, kami keluar dinner kat area Sepang tu, banyak je pilihan tempat makan, siap makan sempatlah kami pusing-pusing tengok tempat sekitar Bellsuites Sunsuria City ni, agak menarik jugalah bila malam, meriah. Apapun nak bercuti tak tunggu kat tempat jauh, dapat staycation berdekatan dengan rumah lagi okay kan. Begitulah bab bercuti ni, ada seratus bercuti cara seratus, ada seribu bercuti cara seribu, ada angin saja, bercutilah cara free, nak seribu daya, usaha kritis dan kreatif. Walaupun tempat simple aje, yang lebih berharga moment berkumpul bersama tu yang diingati dan dirindui. 


Antara tempat menarik di Kota Warisan Sepang yang boleh dilawati

Muzium Kereta

Mitsui Outlet KLIA

Hilltop Sepang

Masjid Sepang KLIA

HL Dragon fruit Farm


Jamuan

2.20.2024

Tamat sudah belaka sesi persekolahan, sekejap je tahu-tahu dah habis, tahu-tahu dah bertambah anak masuk sekolah. Nak masuk sekolah pun tak lama dah, cuti sebulan tu kelip-kelip je habis. Seminggu sebelum cuti sekolah aritu kenmain daku scrolling medsos cari idea nak masak untuk jamuan anak-anak sekolah. Sekali tanya, anak nak bawak nasi goreng bodo yang biasa depa buat makan bersekali dengan sambal lada goreng untuk dimakan bersama. Anak-anak minta yang mudah-mudah aje alhamdulillah. Sekali anak sulungku tak nak bawak apa-apa kecuali air kotak, ku tanya kenapa? Dia risau takut tak habis, dan kena buat balik semula. Alahai. 


Ku tanya "kenapa fikir macam tu? " Tahun lepas habis je. 


Dia cakap "tak nak tengok makanan membazir banyak sangat". Pulak dah. 


Ku cakap, "Harraz bawa je,nanti kalau ada lebih, makanan atau makanan kawan-kawan abang Harraz, abang Harraz bagitahu cikgu nak buat balik makanan yang tak habis tu”. Dia okey kan saja. 


Alhamdulillah hari kejadian semua anak-anak balik cerita makanan dibawa habis, dan semua makanan lain yang lebih, ramai kawan bungkus buat balik juga sebab ramai juga standby bawa bekas kosong untuk isi makanan. Jadi takde pembaziran dan semua happy. Simple. Takde karangan mak-mak sedih makanan yang dibawa anak tak habis atau tak terusik kalau mak-mak sendiri yang bijak handle situasi mudah macam ni. 


Teringat dedulu, memang macam tulah konsepnya cikgu buat. Disebabkan semua orang bawa makanan semestinya banyak makanan akan berlebihan sebab bawa dalam amaun lebih dari seorang makan. Jadi makanan yang tak terusik bukan tak sedap, tapi tak sempat makan pasal banyak sangat pilihan cikgu kasi arahan semua ambil makanan kawan-kawan dan bahagikan makanan sendiri yang tak habis kepada semua kawan-kawan. Jadi kalau ada yang malu nak bungkus takut nampak macam menketedarah, tak timbul isu sebab semua kena bawa balik makanan. Ku syukur sangat anak masih merasai moment macam yang daku lalui dulu, bertukar-tukar rasa pelbagai jenis makanan, sambil sembang pelbagai topik dulu. Dan semuanya happy, takde cerita sedih depa buat balik. Alhamdulillah. 


Cuma depa tak terdedah dengan kad profile macam kita dululah, kenmain bertukar-tukar namecard sebab tak tahu bila boleh jumpa balik. Dah tukar kad satu hal, tulis pula dalam buku diary nama, hobi, signature dan kata-kata motivasi untuk kawan-kawan. Masa ni tak berleluasa lagi zaman select, ada tu ada, tapi alhamdulillah ku tak pernah select orang dari zaman budak sampai laa, orang ja select daku pasal tak sama pendapat, tu pun zaman tua merasa cemtu, haihhla hahaha. What a memories. 


Ni dah nak start cuti sekolah tak habis mujuk lagi anak-anak join kem solat, depa punya sekaki tu, cemni plak gayanya. Ku nak suruhla anak-anak berjinak duduk jauh sikit, kasi dok dengan tok ayah depa, tapi macam bermimpi disiang hari. Sudahnya kena standby sedia jadual depa untuk cuti sekolah panjang ni. Yang pasti ku nak pastikan daku nak kurangkan masuk dapur masak untuk depa, kena terbalikkan situasi, moga dipermudahkan hendaknya, almaklum ramai intern nak buat kerja cuti sekolah ni. Mak malas macam ni lah. Depa hoorey tak pergi sekolah, daku hoorey dapat dok santai mengadap blog nanti, amin. Angan jadi realiti, hahaha. Banyak nih list dalam draft, aduhaii. 


Yang pasti sampai ke hari ni ku tak sempat lagi nak godek medsos terutamanya bab mengarang pasal tak menyempat, walaupun bertambah tukang buat kerja rumah, still sibuk aihh, apapun selamat bercuti belaka. Ku baru nak lepas penat, deret tiap minggu balik kampung, fuhhhh..


Lelaki dan Bunga

2.08.2024

Tertengok satu video ada tiga lelaki sekawan, duduk lepak kat bangku sambil berborak. Belakang bangku tu taman tempat orang ramai beristirehat. Sedang diorang asyik lepak, tiba-tiba ada seorang lelaki yang membawa bunga tersandung kaki depan mereka bertiga, lelaki tu berdiri dan minta tolong salah seorang dari tiga lelaki tu pegangkan bunga tersebut untuk dia betulkan tali kasut yang tertanggal. 


Dalam tempoh lelaki yang tersadung kaki tu betulkan tali, tiga sekawan tadi pakat-pakat cium jambak bunga yang diminta pegang tadi sambil menggangguk senyum (mungkin mengiakan bau jambakan bunga tu wangi). Bangun dari ikat tali kasut tu, yang pegang bunga tu hulurkan balik jambangan bunga tu, tapi lelaki tu geleng kepala dan suakan balik bunga kat si pemegang, dan ambil cebisan kertas bagi kat si lelaki yang tolong pegang bunga dan berlalu pergi. 


Dengan keadaan teruja dan tertanya-tanya, dia buka cebisan kertas yang dilipat kecil tertulis "May you heal from thing that you don't speak about". Terus lelaki tu tertunduk dan menangis, yang lagi dua kawannya pun tepuk-tepuk bahu kawan tanda turut berempati. Adoii sebak lak kita tengok video cemtu, berkaca-kaca mata. Itulah, lelaki pun perlukan 'bunga', lelaki pun perlu best word to keep them be truthful. Diwaktu yang tepat datang someone bagi supportive word yang membuatkan dia terluah rasa hati yang dipendam dengan tangisan. Ya lelaki pun perlu menangis, bila perlu. 



Tapi tulah orang lelaki ni memang jarang meluah in details macam kita orang perempuan. Depa lebih banyak diam, pendam, banyak tidur bila ada masalah, even in big problem depa masih boleh senyum biar dalam kepala ligat dah berputar bermacam masalah. Tapi nama lagi khalifah, ketua keluarga, strong word 'adam', depa memang Allah dah fitrahkan sebagai pencari jalan untuk selesaikan masalah. Lagi pula lelaki kebanyakannya bukan jenis suka besarkan masalah yang dah sedia besar apatah lagi masalah kecil. Mereka ni lebih mudah, fikir lojik, takde complicated macam orang perempuan. 


Daku ni alhamdulillah sejak remaja lagi mak dah peringatkan jangan banyak cakap bila ayah balik kerja, siapkan diri masing-masing untuk ready masuk waktu maghrib, lepas tu kat meja makan siap makan baru kitaorang borak, luah dan macam-macam kat situlah. Sekarang baru faham, kenapa mak pesan macam tu. Sebab tu sampai laa lekat, peel daku even letih, nak marah tara mana selama uruskan rumah tangga, ku memang zip mulut ja bila laki balik kerja, yang paling riuh suara anak-anak jelah sambut ayah mereka balik. Kalau rajin ku dah buat air siap-siap, kalau tak sempat, tekanlah sendiri air penapis tu. Nak cerita, nak bebel, tunggu lepas makan, dah relax dah kenyang semua orang. Jadi nak panjang cerita pun takde masalah. 


Waktu penting nak jaga sebab masing-masing letih dah, tak kira laki bini, jadi dapat tengok wajah masing-masing selepas seharian berpisah syukur sangat dah. Ada orang tunggu laki tak balik-balik tahu-tahu pagi tadi adalah momen terakhir tatap mata suami. Jadi selagi kita dapat menatap pasangan masing-masing, bersyukurlah kerana tak selamanya ia kekal. Yang bekerja, yang surirumah, buatlah sesuaikan dengan kemampuan dan kesesuaian, sebab masing-masing je tahu bagaimana partner masing-masing. Ada yang dah terbiasa asal nampak muka suami buka pintu dari balik kerja, terus start machine gun, bertih jagung, pun suka hatilah. Kadang ianya kebiasaan kita semua. Mana nak tahu suami ada masalah ke tidak, takde bunyi apa kan? 


Dalam bab cemni, kadang diam lebih baik, tapi support with body language. Pegang tangan, sandar kat bahu, peluk, urut whatever body language calm the partner. Yang takde partner pun camtulah, kadang ada yang jenis meluah, dengar je, kadang keluar ajak minum, pastu bersama-sama termenung, diam. Listen with no judgement. Look simple tak ramai yang dapat buat kan? Tulah 'bunga' macam ramai dah orang lelaki tak dapat sebab stigma. Orang lelaki tak boleh menangis sebab orang lelaki kuat, orang lelaki tak boleh lembik, sebab orang lelaki memang kuat dah. They're human too, like women. Fragile, need support too etc. Whatever always remember, we may have millions problems, but Allah has unlimited solutions. 

Pecah

2.07.2024

Masih ingat cerita slow juicer yang daku beli dulu, alhamdulillah baik sangat hasil dan khidmatnya selama digunakan. Genaplah hampir 4 tahun digunakan, banyak resepi, pelbagai rasa dah buat, puas hati. Berbaloi memiliki dan belian dibuat. So nak dijadikan cerita kerap sangat awal tahun ni digunakan, one fine day tengah syok dok menjuicer macam luruh jantung kita, tengah dok mesin buah epal, dengar macam letupan kecil kat depan mata sambil berselerak plastik kemana-mana. Off elektrik, tengok rupa mesin slow juicer dah macam kena bom, nasib baik tak kena isi rumah percikan plastik yang pecah.

Sudahnya hasil jus yang dah separuh buat kena buang sebab keraguan takut-takut masuk serbuk, serpihan plastik pecah termasuk dalam air jus. Tak tahu apa masalah, ku syak plastiknya lapik belah atas maybe dah reput ka, yang pasti mesin dalamnya herlok lagi function, tapi benda takde jual asing-asing untuk spare part, jadi takde guna disimpan, makanya ku buang semua, huhuu. Sekarang tengah buat kira-kira nak beli smartcooker imix Russel Taylor atau nak beli slow juicer Braville nih. Bab mengabiskan duit ni bukan mudah-mudah ye, yerlah bukan senang surirumah ni nak menabung. 


Nak menghabiskan senang aje, nak menyimpan tu jenuhh, banyak kena korbankan tambah lagi bab nafsu ler. Ini pun boleh dikatakan nafsu jugakla. Haishh, better beli yang murah ulang pakai sampai rosak, atau beli yang mahal ulang pakai pun ada risiko rosak jugak kan?  Ku nih bila part peralatan modern ni berkira sikit, sebab takut banyak yang jadi tukunnya, time guna boleh kira dengan jari. Contoh paling ku perasan, memang daku tak layak guna vacuum cordless tu, memang tak bermanfaat buat daku, sebab tak puas hati dengan hasilnya, rasa lebih puas hati guna yang manual and old version jugak la iaitu batang penyapu, rasa lebih licin bersih. 


Sama dengan rice cooker, boleh kira berapa kali guna, banyak guna dapur gas untuk tanak nasi. Tu yang banyak buat pro and cons bila nak beli barang, air fryer, breadmakers apa segala mak nenek yang bakal jadi tukun, dan ku dah tahu kesudahannya, memang tak masuk listlah. Jadi bila benda yang favorite kita guna tu, jadi bernafsu nak beli yang herlokk terus katanya. Haishh, alasan ka apa ni. Review imix Russell Taylor pun tak ramai lagi yang share, tunggu dua tahun lagi ka macam mana baru boleh decide beli, hahaha. Kalau tengok function tu dah boleh juicing juga, tapi takdak siapa share, tak banyak sharing, jadi berfikir-fikir pulak nak masuk dalam listing wishlist. Tu kadang daku pun tak faham diri sendiri. Dalam wishlist tu dua benda dah dapat, tu pun boleh kira berapa kali guna, dapat free pulak tu, ni yang malas nak letak listing, kot tak jadi manfaat, masa tak memiliki, memang beria-ria. Sobs. 


Kalau partnerku plak senang, blender jelah. Ahh, orang laki apa tahu kerja kita kat dapur. So macam mana ni? Sepanjang guna slower juicer brand Berkshire ni, memang puashatilah. Senang nak basuh, keringkan, pasang balik. Hasil pun smooth ja, nak repeat balik beli, bukan tak nak, nak juga tukar selera, hehe. Bukan selalu, alasan jugakah ini, haah, perempuan memang sukar dimengertikan. 


Bukti rajin menjuicer. Kihkih. Some mazhab pemakanan juicing tak herlok, it's so okay, iols tetap meraikan, you do you. 









Diet

2.06.2024

Alhamdulillah kenyang part kunyah bahagian pagi. Bila cakap pasal diet ayah akulah orang yang paling banyak bebel.


"toksoh dok berdietlah, kito ore nyusu kena makey, keno ado tenago nak nyusu anak, nak carro ko anok lagi",


Aku tersengih-sengih dengar bebelan ayah. Serius, tahun ni walaupun dah enam orang anak, hidup sangat teratur dan terurus termasuk bab emosi dan mental.



Teringat zaman anak dua, memang rupa aku macam hantu Kak Limah, tunggu suami balik macam jerangkung tunggu mangsa nak dijerkah Dan dikokak kokak. 


Nak menghambur segala penat tak terperi. Mana aku tak garang, kadang sehari tu aku tak sempat mengunyah pun. Betullah orang kata perut lapar ni buat orang baran, bukan laki je, perempuan pun sama, tapi tulah in sopan version ada, buruk version pun ada. Iols kalau lapar memang buruk perangai. Hah, mengaku terus, hahaha. 


Asal nak mengadap pinggan yang tu "yuyaa yuyaa meraung, terus mati selera nak menelan",


Betullah kata ayah "perut jangan bagi lapar sangat, kalu dok bekenglah, beraso nak makey ore",


Betullah tu. Memang masa anak dua tunggang langgang hidup aku. Mana tak mental sebab banyak marah, lepas tu menyesal, ulang 7492902 kali cemtu, jemm rasa. 


Sampai tak sedar dah teruk sangat. Tahap suami ajak balik kampung pun aku rasa benci nak hadap semua orang.


Stress, depress, letih yang amat, tak campur lagi bab fizikal yang sangat teruk akibat kesan sampingan cucuk perancang, macam belon dari muka sampai kaki.


Dulu orang anak aku rasa macam ada sepuluh orang.
Alhamdulillah bila anak dah enam, tetap rasa ada enam orang anak, wakakka.


Teringat kata-kata pak saudaraku, "beranaklah selagi boleh, muda-muda masa ada tenaga ni",


Betul yang ni ku setuju sangat. Bila dah rasa senang cemnilah. 
Cuba masa jem otakk memang tak setuju. 
Tapi masa waras dan rasional, memang ku setuju. 
Dan ramai jugak yang tak setuju kan.


Tapi bagi Ika yang dah lalui fasa anak berceretekk kecik cemni, kami sangat rasa Allah permudahkan urusan. Takdak daya upaya kami, melainkan pertolongan dari Nya jua. 


Rasa tak banyak karenah, sebab diorang tak banyak beza keperluan dan kehendak.


Kadang Allah uji kita dengan benda yang kita tak nak dan tak suka, dan seriously aku pernah niat nak tangguh dulu mengandung masa awal kahwin konon nak honeymoon dulu.


Dan sejujurnya aku pun tak suka budak. Sejak budak-budak, naik remaja, jadi dewasa ku tak suka budak. Sungguh. Tengok pun suka, apatah nak layan. Tapi itulah, 360° Allah kasi hati berbalik. 


Tapi Allah bagi awal-awal. Pastu beratur pula tu,  diluar kehendak aku sendiri. Jadi pecinta budak. 


Penat kot cara ke anak ni, tapi tu lah kita ni manusia, tetamu plak dibumi Allah. Tuan rumah tahulah apa yang terbaik untuk tetamunya.


Bila kita belajar tentang redha, dan ilmu mengenal Allah, Masyaallah ku syukur dengan apa yang Allah kurniakan.


Belajar bersyukur buat hidup lebih tenang.


Macam jugak bab pindah rumah ni, sungguh tak suka pindah rumah baru ni, tapi Allah ni  tahu apa yang kita tak tahu.


Terlalu banyak persoalan dalam diri akhir-akhir ni, semalam baru berani buat garfu tala. Dan ini yang Ika dapat. LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH

وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).


Manusia Merancang Dengan Cita-Cita. Tapi Allah merancang dengan cinta.


Untuk mak-mak yang rasa lelahnya hidup, take a time, lepaskan. Jeritlah, keluarkan air mata mu, luahkanlah jangan disimpan. 


Juga bab nak diet ku malas nak sebut depan ayah, confirm ayat "nak diet gapo lagi nyo, kurus doh tu. Kurus terlajok tok comei, sedey-sedey molek doh tu" dalam pada masa yang sama ku dah sauk baju double XL instead of XS dulu. 


Mak terus menyampuk "hah! jangan dengar cakap ayah tu, anak-anak dia comel sedey molek belako, kito tu tukar saiz doh tak kaba-kaba, sedak makey sokmo, gi nuhh exercise". Ahh pedas menusuk, jadi ku dengar cakap mak. Mak always betulkan? Hahaha


Throwback zaman dedulu, kita semua pernah kurus. Alhamdulillah, senang banget ya buu! Tu yang berlipat-lipat perut sekarang. Tengah love hate relationship dengan penimbang. Emosi ups and downs. Oo Allah give me strength. Nak menulis takde mood. 


Atikah Mat
Catatan selepas 'me time'. 
Masih on mode berkejar bayar hutang.



Galeri Rumah Lat

1.18.2024

Korang mesti familiar dengan cerita Kampung Boy kan? Bagi generasi sekarang, Ku tak tahulah, tapi anak-anakku antara peminat cerita Kampung Boy, lawak, tapi berisi. Kalau depa mengadap tengok tak sah kalau tak ketawa. Ulang tengok pun depa tak pernah puas, mungkin gambaran dan suasana dalam cerita Kampung Boy dekat di hati mereka, dan juga tentunya daku yang pernah melalui pengalaman membesar dikampung, real gitu jadi kartun/bacaan Kampung Boy ni masuk dengan jiwa. So anak-anak walaupun depa tak membesar di Kampung, setiap kali balik Kampung, segala yang mereka lalui kat Kampung boleh dikatakan lekat kat hati mereka. 





Ceritanya Galeri Rumah Lat yang terletak di Batu Gajah, Perak yang dibina atas tanah keluasan 0.0412 hektar untuk menyimpan semua hasil seni yang telah diciptakan oleh Datuk Lat sepanjang karier beliau dengan menempatkan segala koleksi lukisan, barangan peribadi dalam sebuah rumah copy paste betul-betul seperti yang digambarkan dalam koleksi lukisan beliau. Galeri Rumah Lat ialah galeri seni yang menempatkan hasil karya seni, memorabilia dan bahan-bahan berkaitan kartunis Malaysia, Lat. Replika rumah Kampung tradisional berasaskan kayu ni memang rare, sebiji seperti rumah asal Datuk Lat. Feel in love betullah dengan rumah Kampung ni, terutama bab dapur kayu tu. Datang ke Galeri Rumah Lat pun unplanned, nak datang settle hal lain, sesambil tu dah ada kat tempat Batu Gajah, singgah Galeri ni. 




Ku pernah merasa, guna dapur kayu sebegitu, sempatlah tengok scene nenek jemur badan kat dapur kayu berdiri depan dapur tu merasa haba panas untuk kurangkan rasa sakit tubuh bila balik dari sawah padi dan kebun tepi alor. Nostalgia betullah. Kalau datang ke Ipoh datanglah ke Galeri Lat ni, masukkan dalam Initiery sekali dalam trip bila datang Ipoh, datang semata nak masuk lorong-lorong cuci mata tengok orang jual barang-barang saja rugilah, karya sebegini lagi berharga untuk dilawati tambah-tambah untuk generasi akan datang menghargai kehidupan masyarakat melangkaui pelbagai etnik dan budaya melalui suasana kehidupan masyarakat sehari-hari. Penceritaan mudah, ada nilai murni, pengajaran dalam setiap episod. Tak rugi datang sini, tambah bawa anak-anak datang tengok dan kenali karyawan yang tiada ganti macam ni. Mana tau ada perintis baru macam Datuk Lat untuk generasi anak-anak kita pula yang berkarya melukis suasana hari ni yang melalui terlalu banyak perubahan sehingga nilai-nilai terdahulu dilupakan, who knows? Part lukisan Datuk Lat ni mengkagumkan tentunya segala suasana ketika itu dilukis teliti, seperti real in time, macam kamera. 


Kesimpulannya rugi tak datang Galeri Rumah Lat ni, sampai lani takde bayaran masuk lagi, tapi ku tak tahulah since day dengar khabar Outlet GPO dekat Silverlake Batu Gajah dah mula operasi, mula ramai orang berkunjung ke sana, maybe free ticket will end soon. So selagi dapat masuk percuma ni, hargai sajalah, kihkih. Really worth to visit, yang tahu menilai je boleh merasa. Jomlah. 


Galeri Rumah Lat (Lat House Gallery)
Add: Lot 365404, Jalan Bemban, 31000 Batu Gajah, Perak.
Tel: 013-4040372
Waktu Buka : 10pagi hingga 4petang setiap hari– Tutup pada Hari Isnin