Masyaallah Tabarakallah, sedar tak sedar dah pertengahan bulan sembilan dah weii, ya rabb lamanya aku tak jenguk laman ni, padahal tiap-tiap hari aje aku menulis kat laman sebelah, laman sini tak sempat lagi nak mengarang, laman sebelah takpe kerja aku merentan emosi aje tiap-tiap hari, iyolah benda kena buat, wakaka. Nak menulis tapi ilham mengarang tak mai, biasa kalau mengarang satu entry aku perlukan 15minit non stop dengan extra kelajuan taipan keypad aje, dah settle pun satu entry bila datang idea mencurah-curah. Ini road trips tiap minggu pun tak mendatangkan ilham dan juga mood untuk aku mengadap blog ni. Aku rindu kat diri sendiri yang menulis, aci tak?
Nak cerita tempat aku pergi pun malas, nak belek gambar tempat yang dah pergi pun entahlah. Apapun tiap-tiap hari aku menulis ye, tapi laman tu biar aku jelah yang baca. Aku nak menulis tapi tak tahu nak tulis apa, jadi itulah yang jadinya entry ni, sebab sedar-sedar dah bulan sembilan. Kat Instagram dah berjujuk kat FYP, tinggal 4 bulan lagi sebelum berakhirnya 2026, do everything you plan to do, etc. Ya!Ya! Tengah buatlah ni, tapi itulah. Bila mai tang nak tulis apa, bukan asbab fikir orang nak baca, tapi aku fikir aku nak share apa yang bermanfaat, yang ada sesuatu kebaikan dari apa yang kita tak kisah tentang apa dan apa. Aku takde pernah kisah pun ada orang baca, ke tak blog aku ni, ko nak baca, ko tak nak baca ya, udahlah! sebab aku fikir aku menulis, aku kisah apa yang aku tuliskan asbab aku nak tulis aje. Macam kentut, selagi tak lepas kentut yang ditahan, selagi tu kau rasa tak selesa, tak best, dah kentut, legaaaa..ermm, gitulah edisi menulis version aku..
Asbab satu entry di bulan ni, pembuka bicara untuk 4 bulan seterusnya sebelum aku buat entry khas setiap hujung tahun atau awal tahun baru, recap version bloggers. Instagram senang sebab boleh edit gambar semua, video, aku version menulis ni, baca benda nak luah tapi in proper ayat dan words kerana tiap ayat pun kasi trigger my memory cells.
Moga makin kerap kentut

Top Social