April Birthday Celebration Diet+Jimat+Mengidam Version

4.29.2012

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah dengan usia yang makin bertambah-.-. Bulan april lepas adalah special month untuk saya dan en.azham sebab celebrate besday dalam bulan yang sama beza 4 hari je tarikhnya. ehhee, lambat update, malas!Memang jimatlah kan, sebab dalam bulan yang sama tak payah susah nak beli kek berkali-kali...so memang kitaorang potong kek yang sama, sebab tak habis..bezanya hari memotong kek jek, hehe (bukan  nak cheapskate lah kan) sekarang neh, tengah mengurangkan makanan manis-manis untuk mengurangkan kebarangkalian kenaikan berat badan yang melebihi kadar sepatutnya...dah dua kali kena bebel dek nurse, sekali sebab kencing kotor, second pulak berat naik terlebih-lebih..hheeehuu (so part kena bebel kat nurse tu yang  tak best pasal sedap lagi dengar bebelan mak kita kan..hhuuhuu, miss her-.-)

p/s: B-day penulis 19 April (diet)
Disebabkan awal mei neh nak balik berkampung, mulalah sesi nak menghabiskan lauk yang dah lama terperuk kat freezer..tambah lagi sekarang memang tak makan nasi  for dinner. Belajar gantikan menu yang lebih ringan berbanding nasi..Nasiblah en.azham jenis on je kita masak pe, so sepanjang kahwin ne kitaorang banyak makan kat rumah je, masak sendiri untuk lebih jimat dan menambah kasih sayang dengan air tangan isteri. Kadang-kadang jelah keluar makan sebab nak tukar selera. Even untuk birthday dah belajar sambut sederhana je..macamlah sebelum neh sambut bermewah-mewah kan?kahkah...Apapun tak kisahlah how we celebrate it, yang penting sentiasa berdoa Allah permudahkan segala urusan rumahtangga kami dan berkati rumahtangga kami ke jalan yang diredhai-NYA...amin=))
p/s: B-day suami 23 April (habiskan stok ikan)hehe..

Panic Attack, CCTV dalam Rumah

4.27.2012

Mulalah panik bila terfikir yang ada CCTV dalam rumah ne..yelah mana lah tahukan kot tengah kita basuh baju orang mengendap kan?basuh baju okk lagi, kalo basuh yang lain..tu yang tak sedap tu..okei tu citer lain..CCTV dalam rumah yang ne lain macam sikit..haha. Kadang-kadang, yelah masa kita gini-gini (ecess, berkias pulak, maksudnya tengah mengandungi bayi dalam perut ne) semua mende en.azham perhati satu-satu apa yang dimakan maknya, kira macam food controller lebih kurang gitulah adanya..So mende-mende feberet dulu macam nescafe ke, teh memang dah kena skip terusla kan, ais pun kena kurangkan jugak, megi pun masuk list jugak..part minum susu macam wajibun pulak kena bebel kat en.azham pasal kurang men'susu' lembukan tekak ne..part mengurut (pasal dia kena jadi tukang urut tiap2 malam) lagilah ceramah hipotesis kesinambungan dari kekurangan tenusu mengakibatkan kurang kalsium yang memacu sakit pinggang (err, tu hipotesis ke-.-') tu dah jadi dessert plak. Sayang betul rupanya kat bini. Terima kasih daun keladi, i lebiu jugak..okes menggedik pulak..

Apapun adanya yang menimbulkan kepelikan dan kehairanan seperti adanya CCTV bila mana en.azham macam tahu-tahu pulak apa haku makan tika dia pergi kerja..nak sedapkan hati mungkin dia hanya menduga tapi terkebetulan betul pulak..kihkih. Macam soalan wajib pulak setiap kali balik kerja suami tanya makan apa?. Cukup kejung mulut nak jawab bila ditanya "awak makan apa hari ni? tengahari tadi makan apa?" (kejung nak jawab bila ada kes curi-curi minum nescafe ke, terbuat teh tarik ke, tergoreng megi ke ape kan) macam soalan dari CSI pulak, nak menipu kang, tipu diri sendiri pulak, so jawapan selamat kita tanya balik "agak-agak awak kita makan apa?" ..sekali bila terkena tu jawapannya betul yang part kita tercuri-curi minum/makan menu yang dilarang, mulalah kan haku nak buat-buat tertido..adeii..sampai sudah bila tanya "erkk macam mana awak tahu ne?!!!" en.azham gelak-gelak tak nak jawab..sampai sekarang misteri betul (tetiba X-Files opening song muncul lam pale otak..seram drama tu).. 

p/s: instinct la kot kan, sedap kan hati...hehe, tiap2 org ada CCTV kot dop perati setiap masa kan?..

Untungnya Orang Ada Alahan!!Buah dan Diet

4.24.2012

Tak sangka mengandung pun nak kena diet jugak-.-. Tambah pulak kena dekat orang yang tak suka berdiet ne memang seksa lah kan. Kadang-kadang terlintas di fikiran, kalau macam ne untung orang yang mabuk-mabuk takleh makan dari terlebih selera makan masa mengandung..cepat-cepat istighfar..kena bersyukurlah atleast tak lalui saat sukar untuk mengadap bowl toilet akibat mabuk-mabuk..alhamdulillah, setiap kesenangan dan kesukaran ada hikmahnya...So disebabkan selera makan tak terjejas berat badan terlebih. Sekarang neh semua mende dah mahal, buah-buahan tempatan pun mahal aduii, tu tak campur lagi barang keperluan lain. Gaji statik je, mende lain every month ada je meningkat naik, tak sikit banyak, tak banyak sikit-_-'. Betullah sekarang neh, perlu materialistik, sebab tu lah tak boleh nak salah kan ibu bapa sekarang jugak bila anak-anak terabai sebab parents sibuk cari duit nak sara hidup dan keluarga, sebab semuanya kena guna duit. errmm, something going wrong with life balance sekarang ne kan, hope kita sama-sama boleh hadapi all challenges nowadays as a parents, insyallah..eh, terbebel pulak..kihkih. 
p/s: takdenye makan separuh-separuh, sebijik terus-.-'..
So berbalik pada buah-buahan ne, memang kena banyakkan masuk mulut tika ne. Masa first trimester memang banyak makan buah tembikai, delima dan jus delima je. Every weeks memang en.azham bekalkan dengan buah-buahan tu.Tapi memang mahal betullah buah tembikai ne ye, baru tahu-.-. Sebijik pun dah nak dekat RM10, makannya tak sampai seminggu dah habis..so dalam awal-awal bulan hari tu memang banyak jugaklah berhabis untuk buah-buahan pun dah berapa kan?huhu..masuk second trimester selera jenis buah lagi up..adeii, berubah kepada tembikai ke mangga, pisang & buah naga pulak..berhabis lagi suami..-.-. Ke selera haku yang lebih-lebih, sekarang nak makan  nasi pun dah kena kurang-kurangkan, orang cakap kena makan untuk dua orang tu memang tak sepenuhnya betul..kena jugak jaga for healthy untuk mengelakkan dapat penyakit yang tak pernah dapat before this..prevent better than cure rite?.we're responsible for our self.. 

p/s: so chubbyyy bie bie rite now...owhhh*__*. 

KFC dan Kenangan Makan Ayam Cubit-cubit

4.23.2012 Malaysia

KFC bukanlah kegemaran tekak, tapi ada masa dan ketika rasa nak makan tu datang jugak...sebabnya KFC adalah ayam celup tepung yang digoreng, bezanya tepung salutan adalah secret recipe!..so nothing special melainkan mengidam, tetibala jadi special...tu lain cerita...hehe. KFC jugak terselit kenangan dengan suami masa first datenya dengan 'yang menaip ne', dan sesungguhnya kesimpulan yang paling baik untuk lelaki yang tak pernah bercinta dan belum pernah merasai perasaan meluahkan perasaan dihadapan orang yang disukai jelas terlihat dengan makan ayam cubit-cubit dan tak habis serta cakap putus-putus..worst ever!! tapi tu lah kenangan manis orang kata...hehe, sampai sekarang still ingat moment tu^_^...comel je suami masa tu, tapi Allah tak wujudkan lagi perasaan cinta kat suami masa tu, kata still young kan..Alhamdulillah makan tahun both of us tak jumpa lepas first date tu, Allah wujudkan perasaan tu untuk jadi suami isteri bila jumpa balik..itu lagi bagus=)).

So, sekarang takde dah makan ayam cubit-cubit, makan sungguh-sungguh dah. Saje tetiba terkenang, entri sungguh tidak bermakna kecuali untuk penulis...hehe=p.bai!

p/s: ya Allah permudahkanlah segala urusan kami=))

Bio Oil & Stretch Mark vs Cellulite

4.18.2012

Stretch Mark dan selulit jelasnya memang tidak sama, tapi ada keserupaan. Stretch mark sudah tentu terbentuk dari regangan kulit yang melebihi had yang sepatutnya..contohnya ibu yang mengandungi bayi, i mean pregnancy...hee>.<. Selulit tentunya kulit yang semacam kulit limau (eeeuurgghh burukkknya)..kebanyakkannya tertempek sekitar peha dan punggung...orang kurus ke gemuk memang berisiko ada menda alah neh, sebabnya masalah selulit ne they genetically driven, 85% mostly in female...huhu-_-'. Walaupun bukan masalah negara, ianya adalah masalah kecantikan, kecantikan dan perempuan memang sinonim kan, so to get rid this thing memang payah and takes a time. Macam stretch mark jugak, kalau tak ambil langkah awal memang melopong terkejutla tengok hasil regangan nanti-.-. 
So sebagai langkah awal untuk mengelakkan over stretch mark due pregnancy ne, Bio-Oil memang pilihan terbaik untuk sapuan yang kering dan selesa, bau pun sedap...ehhee, baru je nak masuk 2 weeks guna Bio-oil, tapi memang best, walaupun kesannya ambil masa sikit at least ada effort untuk elakkan perasaan menyesal dikemudian hari. Tambah pulak Bio-Oil memang mengeratkan hubungan suami isteri, bila sistem giliran menyapu diamalkan..kihkih, untunglah suami pun sibuk nak guna jugak menda alah ne=p. Baby junior pun suka!..Untuk selulit plak effort nya sama jugak, haha...sapu Bio-Oil, walaupun Bio-Oil lebih berkesan untuk stretch mark, bantai jugak sapu minyak ne. Selulit bukan senang nak hapuskan, kalau kurangkan maybe ada logiknya..bukan mustahil, tapi sukar sebabnya its a genetically driven. Tapi tak salah berusaha untuk cantik dan tempek segala produk yang mungkin boleh membantu, most important jaga makanlah-.-'. huuhuu...so mari kita berusaha untuk lebih cantik buat suami..=))

p/s: senyummmm

Perihal Ais dan Aiskrim~Gagal

4.10.2012

Yang orang larang tulah payah nak buang tabiatnya....sekarang memang pantang tinggal minuman berais, uhuu, takde ais takpe asal sejuk-.-...degil betul nak tinggalkan tabiat tu tambah pulak bila selalu tengok suami dok minum minuman sejuk...mana tak terliur nengoknya, pantang suami bukak peti sejuk, kita pun bukak peti sejuk jugak...hehe=p. Siap bertekad tak buat ais (homemade) konon nak mengelakkan en.azham bukak tutup peti amik ais dan secara tak langsung mengurangkan rasa jeles tengok en.azham minum minuman berais, sekali diri sendiri gagal takleh menahan takde ais, buat jugak ketul-ketul ais!gagal test diri sendiri...muahaha=p.Masa awal-awal tu lagilah siap ada stok aiskrim dalam peti ais, huhu-_-". Nak dekat time check-up tahu plak nak berpantang, pasal tak nak dengar ceramah bebel dari nurse. Satu lagi sebab utama tak boleh tinggal minuman sejuk adalah haba terlebih, asyik panas aje, adeii..baru panas kat dunia-.-...huumm, macam mana ne...asal malam tak boleh tidur, pasal kerap bangun ngadap toilet... pundi tak tertahan, memang simptom ibu mengandung macam tu...
Alhamdulillah, walaupun tidur tak lena bersyukur sangat sebab secara tak langsung kita dah terlatih secara perlahan-lahan untuk bangun malam-malam, orang kata preparation untuk diri supaya senang nak bangun bila anak kejut nak menyusu nanti, insyaallah^_^...takdela tidur keras macam batu tak sedar apa-apa anak menangis nanti kan...so kena appreciate lah segala ketidakselesaan masa mengandung, insyaallah ada hikmahnya..amin. Grow up my lil'bun... 

p/s: betul ke baby jadi besar kalau asyik minum ais?mmm...-.-'

Kumpulan Minuman Berkalsium Tinggi

4.07.2012

Entahlah nak list yang mana satu minuman berkalsium tinggi, yang pasti SUSU wajib berkalsium tinggi..hehe, memang takleh nafi, tapi antara pilihan susu yang fresh dari ladang, susu kambing memang terbaik...sedapnya!! teringat pulak akan kesejukan susu kambing fresh dari ladang beli kat depan masjid KLIA....ehehe, memang takleh lawan susu kambing debu tu, tambah lagi susu debu yang lain...(gulp!). Teringat pulak pesanan seseorang kalau nak anak rambut kerinting, makan kerang..hehe, macam lucu pulak..kihkih...eerr ke haku sorang je rasa statement tu lucu??huhu-.-".okei lari topik! Kalau yang jenis tekak tak boleh nak terima sangat susu (macam ada sorang tu...hee) boleh ganti dengan horlicks, cukup khasiatnya macam susu, ada asid folik dan zat-zat lain. Milo pulak nak kata tak berkhasiat tak jugak, okei je nak minum milo macam iklan dop pung pang cakap Milo bagi tenaga, memang betullah sebab ia diperbuat dari malt barli..cuma ada certain orang sembelit kalau minum milo...hehe..apapun nescafe/kopi/teh memang ada kafein yang boleh serap zat kalsium..so kena beringatlah...err, macam bagi pesanan kat diri sendiri aje...kihkih...okei bai>.<.
p/s: Air barli sangat baik untuk usus dan untuk orang demam..hee

Ini dah Bukan Mengidam dah!Menketadarah Namanya

4.06.2012

Beautiful month in a year sebabnya bulan April adalah bulan special untuk saya dan en.azham..tteettt!!ingat lagi tak mengidam entah apa-apa..tehee, alhamdulillah boleh pulak en.azham tak ingat jiran setaman ada buat kenduri ahad baru ne..diri sendiri lagilah pelupa sejak perut dah mula memboyot ne, cehh bukan ke memang dah pelupa dari lagi dulu ehh??hehe=p...2 hari sebelum kenduri tu, dah pelik kenapa bising-bising rumah jiran, bila intai disebalik langsir terus rasa nak melompat gembira tengok orang pasang khemah... haha...malu anak kat dalam perut dapat bakal mama yang macam tu!huhu...so apalagi terus gembira hati menahan perasaan nak kongsi dengan en.azham apa-apa yang diidamkan tercapai...boleh makan kenduri orang kahwin...Sehari sebelum tu pulak pegi menjenguk khabar anak sedara kat puchong...eceehhhh, bangga gila sebut anak sedara, biasalah sebelum neh tak pernah merasa ada anak sedara, kihkih=p. Bakal anak sedara sulung belah kita beza sebulan je dengan anak dalam perut ne...insyaallah^_^, so disebabkan berminggu dah sebut nak makan Domino's, makanya terus en.azham beli untuk makan ramai2 sekali ngan ipar duai. Memang beruntunglah kan orang mengandung, sebut aja apa nak makan, suami berusaha jugak nak penuhi...alahai. Dua hari berturut-turut dapat makan apa yang diidamkan, selang 2 hari pulak pergi lagi Domino's, tahu kat mak neh, confirm kena ceramah pasalnya kerap makan menu segera ne...haaiihhh...Entah lah my cute lil'bun ne pun dah tak nak amik peduli apa mama dia makan, semua balun..jawa, kelantan, western, asal sedap je...heheh. Apapun berat yang turun bulan lepas still maintain-__-'..bakal mamma pun kena diet..heee*_* 


p/s: memang berbaloi-baloi untuk yang tersayang^_^...


March Treating the Great Memories

4.03.2012

Boleh pulak tak perasan dah masuk April rupanya-.-'. Semacam duduk dekat planet lain pulak sampaikan hari dan bulan tidak diambil peduli...oowwhhh, cepatnya masa berlalu...so much thing happens, sampaikan tak tahu nak cerita yang mana satu, atau just keep in save in memory, hehe=p...apapun, it's the best time to get much more info and inputs for becoming lil' bun, prepare to be the best mama like my mother...miss her so muchT_T. Lately memang sensitif sikit kalau teringat kampung, pasalnya dah terasa lama sangat tak balik kampung, miss the moment breakfast together makan nasi kerabu mak minah, i miss my bantal busuk, miss my mother kitchen and everything about home sweet home. Kalau takde something nak cakap dengan en.azham selalu je tersebut 'rindunya kat kampung' 'teringatnya kat dapur mak macam dah lama tak masak kat dapur mak' 'dah lama tak tidur kat bilik sendiri kat kampung' pilu betul-_-'..dah jadi isteri orang macam tulah kan, tak sama macam membujang dulu, sukahati je nak balik kampung melainkan duduk kat kampung tade hal lah kan, bila merantau macam ne lah gaya nya..whether like or not kena redha jelah, huuu-__-..Semoga lebih bertabah! Apapun bulan mac yang berlalu sungguh indah, seindah perjalanan seterusnya..amin, semoga dipermudahkan segala urusan^_^
p/s: Senyum...mm, sekarang ne update by schedule je..dasar M, hehe=p


Tak Suka Minum Susu, Kalsium Tahap Kritikal

4.02.2012

Satu benda yang paling sukar nak diaplikasikan dalam menu seharian iaitu SUSU!!owhh, tekak neh  memang kureeenggg sikit dengan minuman berkalsium tinggi...Tu pasallah perkara yang paling serius berlaku semasa trimester pertama adalah sakit belakang dan pinggang. Pantang rajin sikit buat kerja rumah, mulalah sakit-sakit belakang dan pinggang, end-up suami pulak yang mengurut malam-malam lepas balik kerja, bukan kita yang mengurut suami penat balik kerja-_-". Terbalik punya kes...haha=p. Yes, i know memang kurang kalsium..ataupun disebabkan perubahan fizikal yang nak prepare space for my baby grow up...hehe, menyedapkan hati, tapi yang jelasnya terpaksa jugak habiskan sepaket besar Dumil MAMA tu, walaupun susunya sedap sangat sebab rasa vanila dan kurang manis..seakan terseksa nak habiskan sepaket tu-_-". The best solution after habiskan susu tu (sedaya upaya tak membazir, ikut kan nak buang aje, kalau en.azham tanya cakap je dah habis!...tehee;D, tapi tak oraitlah menipu suami, kesian suami cari rezeki kita dop membazir pulak kan...hehuu) kenalah mencari pil kalsium, kasi telan je..kan settle masalah!-.-.

p/s: mencari kedamaian^_^