Showing posts with label bayi pramatang. Show all posts
Showing posts with label bayi pramatang. Show all posts
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...genap sudah 6 bulan ahmad haddad, semacam semalam je baru teran keluar baby bambam ne, kelip kelip mata dah boleh makan bubur nasi dah...allahurabbi, cepatnya masa berlalu..huu, please don't be so fast going older dear, tak puas lagi melayan karenah bayi haruman syurga ne..huu...walaupun sampaikan takde masa untuk diri sendiri, bahagia hati hanya Allah yang tahu, derita hati pun Allah juga yang tahu..apapun, bersyukur semuanya dipermudahkan Allah...Ahmad Haddad really real warrior, tu kata ayahnya lah..kewujudannya tak disedari,kelahirannya tak dijangkakan..both my sons lahir awal, tak sabar nak bermanja ngan mamanyalah tu kan?mihmih....
fresh from my womb..sayu tengok gambar anakanda...huuu
walaupun haddad lahir tak cukup bulan, alhamdulillah perkembangan sangat memberansangkan, punya abang yang baik seperti ahmad harraz siapa yang tak suka kan, celik2 mata dah ditegur abangnya..ahmad harraz pandai main peranan walaupun adakalanya mengusik, that's normal..pagi2 bangun pagi, terus panggil adik!!!panjat katil cium adiknya, so sweet abang harraz..maklumlah abang kena tidur bawah pasal golekan ketika tidurnya tidak terkawal..so, kenalah tidur bawah dengan ayahnya,hii. okk..tak sempat sambung..len kali ya..punya bertimbunnnnnn cerita neh...huaaa...daaa
let me story about my second son..hurmm, macam tak banyak cerita tentang Ahmad Haddad dalam entri mama neh..asyik cerita pasal mama aje..gilerr glemer betul...wahaha..just kiddin'..Ahmad Haddad lahir dalam umur 34 minggu ++ dan dikategorikan bayi pra-matang..alhamdulillah, Allah maha mengasihi kerana mengurniakan anak yang sihat dan sempurna sifatnya dan berat Ahmad Haddad melepasi timbangan berat yang wajib iaitu 2kg..his weight 2.16kg, just nice..then my son ditahan wad selama 5 hari 4malam..disebabkan pernafasannya terlalu cepat and no others problem..alhamdulillah, after 1 day his breathing normal cuma ditahan lama sebab nak pantau, 2 days before discharge he showing signs of jaundice..tapi dibenarkan discharge sebab jaundis tak tinggi sangat about 100 gitu je..
gambar:waktu kejadian kuning
so being at home tak sangka pulak my son punya jaundis berpanjangan..sebulan lebih jugaklah, then apa aii buat selama anak jaundis??!!..pfftt..entah nak bagitahu ke tak, tapi disebabkan i'm really positive the jaundice will not defeat my baby, so bermacam cara diikhtiarkan to get rid the bilirubin..mandikan dengan daun inai, mandikan dengan daun herba 5 hari berturut-turut yang beli kat 'cino cabe/cina cabang'(one of famous chinese medicine herbs store kat kelate), jemur dengan cahaya matahari (waktu dhuha), bagi air anggur hitam/ air susu kambing tak cubalah pulak.....so tak tahu berkesan ke tidak..one of the effective ways to get rid jaundice 'jemur my baby dengan cahaya matahari" takdela jemur my baby direct bawah cahaya matahari not good for baby, yang dibuat hanya jemur dengan pantulan matahari.. lucky my parent house tinggi, so cahaya matahari senang nak masuk ikut tingkap, alhamdulillah...it really works sedangkan itulah yang ditegah doktor dari dibuat ibu-ibu zaman sekarang..daripada bacaan 200 lebih terus turun ke 100, 150 kebawah dah dikira normal(how i know?sebelum pergi check the rate i jemur my baby Haddad)...so after that, kuning berpanjangan hilang juga akhirnya setelah mencuba pelbagai cara..siapa tak sayang anakkan??..then, selama my sons kekuningan tu takdelah aii terlalu zalim menghantar anak ke klinik kesihatan untuk dicucuk diambil darah macam dracula hisap darah setiap hari(biasanya dapat arahan dari doktor untuk pergi check darah, so derhaka kat doktor sekali sekala i think it's ok..haha=p).....tak rela dengar anak menangis kesakitan, cukupla terseksa dok teringat macam mana anakanda meraung sakit bila dicucuk setiap hari kat kaki nak ambil darah sampai tertinggal kesan-kesan menyayat hati selama 5 hari kat NICU tu, so just imaginela kalau sebulan lebih ulang alik bagi darah??!!..aii just habiskan duit pergi scan kulit anak je dekat klinik swasta ibu&anak untuk tahu setakat mana rate jaundice tu..anak punya pasal kan...habis duit pun takpela,asal sihat.-.-'. selama sebulan lebih Ahmad Haddad nampak kuning tapi comel (wakaka, puji anak sendiri), dan disebabkan Ahmad Haddad amat aktif breastfeed so no worries cause one of the best cure for jaundice is the breast-milk, am i right??!and the most important, bayi pra-matang kebiasaannya akan dapat kuning yang berpanjangan..so we as parent kena sentiasa pantaulah biasa anak jaundis akan asyik tidur, so rajin rajin kejut anak hisap susu..prem babies they're really sensitive..daa..
wahh, punya tak hengat nak letak gambar si comel anak..so Ahmad Haddad stay in NICU for 5 days before discharge...memandangkan Ahmad Haddad takde masalah lain kecuali selepas kelahiran pernafasannya terlalu cepat dan laju, but then he's fine after one day warded...menjejakkan kaki ke wad NICU bukanlah satu pilihan, untuk mengingati balik perasaan ketika Ahmad Harraz(sulung) dilahirkan dan ditempatkan disana..tambahan pula untuk melihat wajah-wajah kesedihan ibu-ibu lain yang mempunyai anak pelbagai kompikasi dan masalah yang berbeza-beza..sungguh memilukan perasaan, kebetulan sehari selepas bersalin, keesokkannya dah boleh discharge except the son kena stay sanalah sampai betul-betul sihat. Sebelum balik, singgah dulu menjenguk anakanda di NICU, sayu hati tapi dah boleh menahan tangis tak sama keadaan macam dulu...pengalaman menguatkan diri, cehh-.-"..kebetulan ada beberapa orang ibu turut melawat anak masing-masing, turut terasa hiba bila melihat setiap ibu yang pulang berendam air mata( i know how the feeling)..hinggalah satu masa me amik peluang untuk tinggalkan susu perahan untuk anakanda, terlihat ibu yang kesedihan diluar bilik rehat, disebabkan dia masih teresak-esak..tanya si suaminya yang berada dalam bilik kelihatan tenang.."Anak lahir bila?"sambil dijawabnya "dah dua minggu, tapi baru je tiada"...terus bungkam tiada suara..al-fatihah...
Ahmad Haddad..
honestly, bilik NICU sangat menakutkan, takut untuk kita terima kenyataan dan kebenaran apa yang akan berlaku..same with me, dulu sangat takut kalau telefon berdering, dan ianya dari bilik NICU, takut sekiranya ayat yang dituturkan si pemanggil bakal menghancurkan hati dan perasaan..but i'm wrong, be always positive..insyaallah, Allah always be there...be strong for whatever happen..so yeahhh, dah merepek..here my second son, Ahmad(yang terpuji) Haddad(lautan), nama seperti ulama imam al-Haddad, waris nabi ke-100.
Tiada apa yang mengujakan dan menyeronokkan kita bila anak sangat senang untuk diuruskan setiap hari.Alhamdulillah. Membesarkan baby bukanlah perkara rumit tapi banyak melibatkan emosi dan perasaan, adakalanya anak meragam berterusan memang membuatkan diri stress, dan yang penting penat fizikal mental. Once kita dah bergelar mama untuk anak-anak, memang tak dapat dielakkan kita akan rasa apa yang mak ayah kita rasa masa besarkan kita dulu-dulu. Anyway, my litlle khalifah Ahmad Harraz is almost 6 months on 24th this january. How time flies! Experience membesarkan anakanda dengan pelbagai ragam, insha Allah jadi panduan untuk adik Harraz pulak..kihkih=p. Bila mengingatkan kembali dari anakanda Ahmad Harraz dari umur 1 hari hingga ke hari ni, memang boleh menitis air mata..sangat menguji diri, Alhamdulillah, syukur yaAllah atas kekuatan yang Engkau titipkan buat hambaMu yang lemah ni..
**First Day New Born-1 months
Memandangkan Ahmad Harraz tinggal kat NICU selama 47hari, sangat memilukan hati bila tak dapat tatap wajah anak setiap masa, kalaulah disediakan katil khas untuk mama kat NICU tu, sanggup je nak tidur sana, tapi mimpi jelah!!. So gagahkan diri setiap hari berulang-alik untuk jenguk anakanda bagi magical touch untuk Ahmad Harraz. Sepanjang Ahmad Harraz kat dalam tabung tu, memang macam bayi lain jugak, menangis masa lapar, masa poo poo & menangis tika rindukan mama..ooucchh!pity my little khalifah..so meragam tak meragam hanya mak angkat Harraz je yang tahu, setiap kali sampai kat NICU, nurse yang bertanggungjawab jaga Harraz akan bagitahu details bila ditanya "Ahmad Harraz macam mana semalam?bole tidur tak?susu dah minum banyak mana?bla2bla2 nurse tu bercerita panjang..tak cukup pergi setiap hari, malam-malam buta teringat sangat kat anak call pulak NICU tanya condition Ahmad Harraz..pathetic!kahkah..yang penting i know my son always healthy and active itu dah cukup melegakan..Sesuatu yang sangat magic, nurse yang jaga Ahmad Harraz sentiasa bagitahu my son ne macam tahu-tahu if i come to see him, tengah elok-elok tidur lena, if i dah datang, belum masuk lagi kat pintu depan NICU, mulalah my son's body dah bergerak-gerak, tak dok diam..so cute!so nurse tahu ohh mama Harraz dah datang!!Satu perangai Ahmad Harraz yang sangat tak boleh tahan tengoknya sampai sekarang, setiap kali bagi salam masa dia tengah tidur, terus dia buka mata sebelah dan senyum pastu buat-buat tidur balik..geram, grrr!!
**2 months-3 months
After come back home, inilah cabaran sebenar sebagai Mama Ahmad Harraz, orang kata bayi bila nak berubah bulan memang meragam..uhuu, so memang sangat-sangat memenatkan dalam tempoh ne. Sangat!! Kena berjaga malam dan siang, tidur tak payah cakaplah memang tak cukup, berat badan memang turun merudum-rudum, muka cekung bagai mak ponti...tapi bab makan, tak payah cakap macam bulldozer, makan je selagi boleh..Dalam tempoh ne, Ahmad Harraz suka sangat menangis, kembung perut, tak nak tidur..dan macam-macam lagi, stress, memang stress, penat memang penat, tapi macam tulah bila beranak kecil..walaupun perit tapi memang menyeronokkan bila boleh tengok wajah anak setiap masa. Lepas seminggu keluar wad barulah buat perkara sunat untuk anakanda, mentahnik dan cukur jambul, Alhamdulillah niat termakbul jugak supaya Tok Guru Nik Aziz yang tahnik dan cukur rambut anakanda..sebabnya masa mengandung lagi dah niat siap-siap nak bagi Ahmad Harraz menatap wajah suci bersih seorang ulama..Ahmad Harraz (Yang Amat Warak), sangat cantik nama diberi suami untuk anakanda, semoga panggilan Mama untuk Ahmad Harraz setiap masa menjadi doa yang dimakbul, Insya Allah, berkat didikan jugak ye nanti..hihi.
**4 months-5 months
Alhamdulillah, setiap kesukaran ada juga hikmahnya, now Ahmad Harraz seorang bayi yang sangat happy bila waktu bangun tidurnya dan hari-hari yang dilalui sangat menenangkan. Awal-awal dulu setiap kali bangun tidur memang menangis je kejenya, so i keep remind him, Ahmad Harraz setiap kali bangun tidur kena senyum, barulah comel..sekarang memang Ahmad Harraz bangun tidur dengan senyuman, dah tak nangis-nangis dah, dan yang paling menyeronokkan bila Ahmad Harraz sangat suka berkasih sayang & peramah (instead use manja, karang jadi manja terlebih-lebih sampai besar, naya!so kena kurangkan perkataan manja) sangat suka orang memeluknya..gaya tidur Ahmad Harraz sangat fleksibel, asalkan letak atas dada, dah tertidur, asal peluk lama-lama dah tertidur, kadang-kadang main sensorang pun boleh tertidur..ee geram! Pantang tengok cermin, memang mengekek ketawa, ferasan comel!Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas anugerah-Mu yang tak ternilai..Walaupun perkembangan anakanda lambat 2bulan ikut umur sebenar, umur knologi dah nak masuk 6bulan,(my son ada dua umur) it's ok as long as my son healthy, risau jugak ye tak meniarap2 lagi ni..go go my son!u can do it better..
**6 month and another coming season
Just praying that my son grow healthy and become a happiest baby..tak sabar nak introduce Ahmad Harraz dengan solid food..terasa rajin membuak-buak bab masak-memasak ni, tapi lemau bab kemas-mengemas..hihi..update soon..daa=))
Love&Faith
Greenapel,
Semacam tak percaya, masih terasa kehangatan majlis nikah kahwin sendiri hujung november tahun lalu. Kini hampir setahun berlalu, sudah bergelar mama dan ayah buat Ahmad Harraz. Terasa semacam mimpi, terima kasih ya Allah atas anugerah yang tidak ternilai, akan kami didik dan jaga amanah yang Engkau berikan sebaik mungkin menjadi hamba-Mu yang taat dan soleh.. cepatnye masa berlalu, tak sangka kini dah bertiga..rasanya baru sekejap berdua-duaan, tak sempat nak berhoneymoon sepuas hati..berbabymoon la nampak gaya pasne..hehe. 2 hari lagi genap 4 bulan umur Ahmad Harraz dan hujung bulan ne genap setahun usia rumahtangga kami..Betapa syukurnya ya Allah, walaupun terasa terlalu cepat Ahmad Harraz hadir dalam kehidupan kami, sesungguhnya bayi comel itu jugalah pengubat lara dan penghibur hati keluarga..Alhamdulillah.Masih terkenang-kenang peristiwa di wad Ahmad Harraz menjadi penghuni selama 47hari setiap kali menatap Ahmad Harraz. Masih terlalu rindu dengannya walaupun kini Ahmad Harraz sentiasa disisi..boleh tak camtu?i mean it!oo...hanya diri sendiri yang faham perasaannya..hehe.
pic: Ahmad Harraz last day in ward, weight 1.95kg and now it turn to 4.5kg..alhamdulillah
Peristiwa sedih di wad timur belakang semasa rooming in bersama Ahmad Harraz masih segar diingatan. Semoga menjadi iktibar buat diri. Insyaallah, ada masa i'll share it..daa^_^, time to rest.
Memandangkan Ahmad Harraz dilahirkan tak cukup bulan (7bulan-premature) doktor ada bagitahu yang risiko yang berkemungkinan berlaku untuk next pregnancy. Chances untuk lahirkan anak pre-mature meningkat dari 20%-40%..T_T, namun hanya 15% je berlaku camtu..tapi still kena berjaga-jaga, i hope and pray cukuplah kali ni jeT_T. Berdoa untuk next pregnancy akan normal and beautiful like other mommies. Bila baca info pasal pre-mature born ne mungkin akan berulang, betul-betul buat diri takut nak mengandung lagi...huhu. Rasa fobia dan trauma kena operate dan perut ditoreh-toreh belum hilang dan mungkin amik masa yang lama untuk dilupai..namun rasa serik nak mengandung tu takdelah..hihi, cuma takut aje-_-". If ditakdirkan mengandung lagi dalam masa terdekat walaupun doktor dah bagi peringatan supaya jarakkan kehamilan, siapa kita nak menolak kurniaan Allah. Sekurang-kurangnya Allah bagi peluang untuk merasai keindahan waktu kehamilan. Lagipun rasa excited nak bagi cucu ramai-ramai kat mak ayah^_^.Tersenyum bila teringat kata-kata suami tika ditemaninya di wad HKL"kesian awak, tahun depan sorang lagi"..-_-", adeii..kata-kata pun doa jugak kan..if that happen, redha jelah sanggup jugak nak bergadai nyawa bagi zuriat untuk suami. haha...Ahmad Harraz tak sampai sebulan lagi mama dan ayahnya dah pikir pasal nak bagi adik plak kat dia..*_*. Tak sempat menyempat..bahaha=p
Love&Faith,
Greenapel
Setelah mendapat kata-kata positif dari Dr. yang merawat anakanda Ahmad Harraz, semangat untuk memberi breast-milk buat anakanda berkobar-kobar. Hari kedua di wad kebetulan ada bidan kampung yang menjaga anaknya yang bersalin, so my MIL mintak tolong dia mengurut untuk meransang penghasilan susu, tambah plak anak sulung,my breast-milk mungkin sedikit sukar dikeluarkan. Alhamdulillah, memang rezeki Ahmad Harraz, kolostrum mula keluar walaupun hanya 2, 3 titik selepas diurut-urut..i'm just positif for that time, tak nak stress sangat..panduan dari Pa&Ma keluaran Ogos 2012 banyak membantu, 3 kali khatam baca tika di HKL untuk betul-betul hadam dalam kepala...hihi, so i'm just calm walaupun kolostrum terhasil sikit,but i'm sure it's enough for my little prince sepadan dengan size perutnya pada hari pertama yang sebesar manik. Hari ketiga, cuba mengepam, walaupun hasilnya hanya sedikit, i'm just teruskan effort mengepam selang dua jam sekali, dan alhamdulillah hasilnya memuaskan hati sehinggalah tika post(autopost) ne dibuat (hari ke-14 Ahmad Harraz di NICU) titisan emas buat anakanda sangat menyenangkan hati. Alhamdulillah ya Allah murahkan rezeki anakanda Ahmad Harraz^_^. Sampaikan nurse di wad NICU tegur kenapa susu Harraz banyak sangat sampaikan tak muat bekas orang lain dalam deep freezer...huhu, susu sikit kena bebel, banyak pun kena tegur pula-_-"..huhu, tak faham, apapun tak kisahlah as long as my son get benefit from the most precious milk from his mama yang sememangnya tak ada jual kat kedai. Walaupun sehingga kini Ahmad Harraz still menyusu melalui tiub, keep pray that my little son will direct breastfeeding as soon as possible like other babies. Tak sabar*_* melihat kecomelan ank tika menyusu. Aktiviti Kanggaroo care skin to skin between me Ahmad Harraz sangat2 membantu penghasilan susu^_^. Terima kasih sayang Harraz, this activity make me so close to you, i miss u every time expressing milk for you..grow up healthy sayang, mama tak sabar nak bawa awak balik rumah..hihi..
Me and husband memang tak menjangkakan Ahmad Harraz akan lahir seawal di usia 30 minggu2 hari, memandangkan doktor pun dah bagitahu yang i'm risk to give early birth, hati yakin mengatakan anak dikandung sempat mencapai umur 32minggu sebelum dilahirkan, so sempat lah prepared for fizikal n mental tika hadapi saat tu...namun siapa kita nak tentukan semua tu?jangkaan meleset, tu yang buat kami suami isteri really in big shock,ingatkan balik kelantan nak sambung duduk kat wad HUSM sekali kena beranak terus...huhu-_-". Congrates for others parents like us, dah bergelar ibu bapa walaupun baby tak cukup bulan don't be so worry, teknologi terkini sememangnya banyak membantu pre-mature baby like Harraz and your child grow up nicely. Walaupun awalnya terkejut dengan keadaan bilik neonatalogi/ NICU yang menakutkan dengan tabung yang banyak mengandungi anak-anak kecil dan immature senasib Harraz, tambah pula keadaan anak dihiasi wayar-wayar yang berselirat, just be confidence the doctor and staff nurse do their best effort to give our child special care to support their development. Just believe u're not alone, having a pre-mature baby can be traumatic, tapi alhamdulillah staff nurse dan doktor sangat memahami tekanan yang dihadapi..and they are there to help you as well as your baby like us^_^. Buku 40minggu kehamilan..err macam tulah lebih kurang tajuknya dari karangkraf banyak juga membantu tambah maklumat tika diwad HKL..Menghadapi kelahiran pra-matang sedikit sebanyak mencabar kesabaran diri dari segi tenaga dan masa, namun jika positif setiap masa, insyallah, Allah mudahkan setiap urusan..sentiasa berdoa dan dapatkan sokongan sepenuhnya dari ahli keluarga terutamanya suami dalam tempoh anak di NICU..this is really important to get support from everyone yang mana ianya sangat-sangat membantu diri dalam menghadapi situasi ni disamping semangat untuk pulih dari sakit beranak tu tinggi, hehe..Mungkin untuk bertenang dalam tempoh singkat amik masa, macam diri ne jugak, seminggu dop ulang alik buat kanggaro care untuk Harraz perasaan sebak dan menitis air mata ketika bercakap dengan anak tak boleh ditahan-tahan..masuk minggu ke-2 emosi dan perasaan dah stabil..insyaallah, jangan bimbang Allah kurniakan kekuatan buat kita yang bergelar ibu, yang penting jangan lupa pada-Nya..Lailahaillallah^_^
Love&Faith,
Greenapel
Going home after giving birth betul-betul melegakan. Being a parents of pre-mature baby which the baby admitted to a neonatal unit/NICU is a frightening experience. This situation is not expected or prepared for. Feel helpless when seeing my son for the first time in neonatal unit/NICU with surrounded like that with unfamiliar equipment to my son get the very best careT_T. For the moment i'm not sure how to cope the situation, early delivery come as a huge shock for me and husband. Terlalu banyak persoalan di fikiran, kenapa boleh berlaku kelahiran pra-matang. After get the best rest, i do some effort to know the reason spontaneous pre-term birth happen, find the info as much as i can do ..as i expect, it's true...one of the common reason infection in uterus and vagina can lead to pre-term birth which the bacteria contains in urine. Yes seminggu sebelum leaking, i've publish about the infection yang dialami, tak sangka itu salah satu petandanya-_-'. Ditambah pula dalam Pa&Ma keluaran Jun 2012 mengingatkan Braxton Hicks yang kerap berlaku sebelum umur kandungan mencapai 37minggu salah satu petunjuk akan kelahiran pra-matang. Exactly the info reminds me, dan ceritakan sedikit sebanyak kat husband so i've tell the doctors about mine soft contractions, then the answer "it's common"..begitu jugak bila tanya nurse KD dan KK, almost jawapannya sama, ia adalah perkara biasa. walaupun mendapat jawapan sebegitu, hati tetap juga risau..dan sememangnya risau itu bertempat..yup, my pregnancy not like others. Others reasons, my womb maybe weak, i'm not sure, i hope not...but i've soft bleeding at 16week pregnancy in three days, huhu, tambah pula salah satu hobi mop lantai rumah tak ditinggalkan, twice in a weeks tu memang ada aktiviti tu sebab tak nak ajar badan malas sangat, tak sangka aktiviti fizikal sebegitu membebankan ibu mengandung-_-"..dan yang paling besar tandanya air ketuban dah turun awal-awal sebelum sempat 37minggu which contribute to a pre-mature baby..others, pre-eclampsia and multiple birth can make pre-mature born happen.
Love&Faith,
Greenapel
Tak semua pregnancy dilalui dengan keindahan dan kebahagiaan..so bersyukurlah mereka yang berpeluang merasai nikmat kehamilan dengan selamat hingga anak dilahirkan. Problem yang berlaku tika mengandung boleh menjadi sesuatu yang menakutkan, sukar dan pastinya menyedihkan hati bakal ibu just like meT_T. Siapapun tak mahu jadi mangsa yang harus lalui komplikasi hamil termasuk kelahiran pra-matang. Tapi sudah ketentuan Allah, ku redha dengan ujian-Mu ya Allah...ku-mohon kekuatan dari-Mu untuk hadapi semua neT_T. Sebelum masuk ke dewan bedah pada pukul 12lebih tengahari, nurse bagi air apa entah rasa cam air gas manis-manis, tapi lepas minum terus rasa khayal . Setelah ditolak masuk kedewan bedah, Dr.khairul kenalkan diri sebagai pakar bius, katanya "awak jangan takut, nanti tak rasa sakit pun masa awak kena bedah nanti"..disuruh duduk memegang bantal ke dagu, nak cucuk epidural kot separuh badan..3 kali cucuk kat tulang belakang terus rasa kebas dari pinggang ke bawah, sakit kena cucuk dengan jarum sebesar dan sepanjang tu, tak payah nak bagitahu sakitnya macam mana-_-" "awak bertenang okei, sekejap je ne..nanti lepas ne awak rasa macam kena toreh lepas tu rasa macam kena tarik-tarik sikit bila anak nak dikeluarkan"..ececeh, sedap jek ayat Dr.khairul, kita yang kat katil bedah ne dah tak tahu macam mana nak describe rasanya, Allah je tahu perasaan masa tu..Selepas tu Dr. Ridhuan plak kenalkan diri sebagai doktor bedah yang bertanggungjawab & tanpa melengahkan masa terus Bismillah, torehan pertama dilakukan, rasa kena toreh?memang tak best!!masih teringat-ingat ngilunya walaupun kebas tapi pasal dah dengar bunyi torehan, tersimpan plak dalam memori-_-"...Lepas tu, hanya melayan perasaan sendiri sambil mulut terkumat-kamit baca doa Nabi Yunus & doa mudahkan urusan..tak berani nak tengok lampu atas untuk tengok perut sendiri kena bedah..huhu, selang beberapa minit terdengar Dr.Zaiton (yang bantu Dr.Ridhuan) cakap "ee comelnya!!" diselangi tangisan anak, sekejap aje terus dia berlari bawa my baby keluar dari dewan bedah...Ya Allahuakbar, alhamdulillah menitis air mata syukur tika itu, rasa macam bermimpi..Walaupun tak berkesempatan melihat anak sendiri disebabkan anak terlalu kecil, tetap terasa lega mendengar tangisan anak..nurse berbisik, anak awak boy lahir pukul 12:47tengahari...hanya tersenyum lega mendengarnya...Alhamdulillah^_^
Love&Faith,
Greenapel
"Your baby heartbit really not reactive when i review your fetal heartbit test, your baby in high risk to get any complication disebabkan organ dalamannya masih belum matang"...Allahurabbi, hilang sekejap diri bila mendengar ayat Dr. Fauziah.."Ditambah pula dengan air ketuban yang hampir takde dan baby dah berak, tak tahu dari semalam atau lepas subuh, your baby dah hampir lemas, dan ditakuti dia mula bernafas dengan saki baki air ketuban yang sikit dan bercampur najis yang boleh menyebabkan berlaku risiko lain kepada your baby"..Hanya merenung kosong anak mata suami mencari saki baki kekuatan yang ada untuk terus mendengar ayat Dr. Fauziah...suami dengan suara bergetar, bertanya apa seterusnya step nak buat..terus Dr. Fauziah sambung "memandangkan this case refer from gynea HKL and she keep calling ask how your condition, your case is our priority, so we decide to ceazer your wife now, this is really emergency tak boleh beranak normal memandangkan itu akan mengambil masa yang lama, ditakuti your baby lemas, so sign here"..terus diunjukkan surat untuk izin ceazer,sekilas memandang suami dan mengangguk setuju, seakan tidak berfikir sekadar sesaat pun terus laju tangan menurunkan tandatangan akibat terlalu bimbangkan keadaan anak dalam kandungan..Sambil turun dari katil dan melangkah lemah dipimpin suami, nurse datang menyambut pimpinan bawak terus ke bilik Usains untuk siap sedia ke operation room sementara suami call my parents and FILs tentang my condition, tak sampai 10minit sudah siap dipembaringan katil untuk ke dewan bedah...Siap berbaring dikatil nurse tanya " mana suami, kena ambil baju dan jumpa awak sebelum masuk dewan bedah"...seminit dua muncul my husband datang menggenggam tangan erat sambil berkata "tak apa, tak apa, you will be okei" sambil suami merenung anak mata sedalamnya memberi sokongan..terus teresak-esak melepaskan perasaan yang bercampur aduk sejak tadi...adeii, macam nak pergi mati pun ada jugaT_T.."doakan saya ye", itu aje ayat boleh cakap dalam esakan, cuba mengumpul kekuatan bagi menghadapi acara seterusnya sambil katil ditarik keluar dari bilik menuju ke dewan bedah....perlahan-lahan hilang kelibat suami dari pandangan dengan esakan yang masih berbaki..
Love&Faith
Greenapel
Pukul 5.30petang bertolak dari KL tambah tolak darab bahagi dengan jam teruk di KL, dekat pukul 1.30pagi jugak sampai rumah dikampung halaman, tambah pulak suami terlalu penat sebab rehat yang tidak cukup sepanjang tempoh 6 hari isteri berada diwad..T_T. Akibat terlalu risau sampai my family in law pun menunggu kepulangan kami dirumah besannya..Awal pagi esoknya after meals secukupnya kami dah get ready ke HUSM untuk register masuk wad tapi lain plak jadi jalan cerita bila saki baki air ketuban dah berubah ke hijau lumut selepas subuh. Bimbangnya hati sukar ditafsir...just pray everything will be ok, cuba bertenang sepanjang perjalanan ke HUSM. Sampai aje, terus registration person suruh ke labor room selepas ditunjukkan refer letter from my gynecology expert from HKL..tak ambil masa yang lama, my baby heart bit diambil, dan acara yang paling tidak menyeronokkan berlangsung lagi..diseluk kat bawah buat kali ketiga (adeii, part ne lah yang paling tak best dalam banyak-banyak pengalaman mengandung, habis hilang keseronokan perasaan ketika mengandung dan mengidam bila diseluk-seluk..wuhuuu-_-") ..So kena ingat okei mommies, mengandung memang sangat best, tapi nak bersalin...errr, masing-masing rasa sendirilah...wahaha, jahat betul ayat haku!!=p.Yang penting bertenang..ingat keypoint sini..BERTENANG, tarik nafas dalam-dalam hembus perlahan..insyaallah semua smooth..Lama jugaklah nak settle, selepas fetal heartbit, diseluk, buat ultrasound dan duduk menunggu sekejap sebelum dikejutkan dengan segerombolan nurse, pakar dan doktor..terus hilang sekejap dengupan jantung bila dikelilingi golongan berbaju putih dan purple tu..The gynea experts Dr. Fauziah memulakan ayat.."puan i need to tell you the truth about your baby condition" sambil seorang doktor mula cucuk masukkan jarum kat tangan, sakit!!huhu..sambungnya lagi "After review your fetal heartbit..." tak sempat Dr.Fauziah nak habiskan ayat, spontan memegang tangannya, terus bagitahu "Doktor, please panggil my husband, saya tak mampu nak dengar sorang-sorang tentang ne" dengan suara bergetar menahan perasaan yang bercampur aduk...terus nurse sebelah melangkah laju memanggil suami yang menunggu diluar labor room..Pucat muka suami bila tengok diri dikelilingi nurse dan doktor macam tu..."okei, kita cari tempat yang tenang sikit untuk saya bagitahu your baby condition", sambung Dr.Fauziah..terus menuju ke bilik ultrasound sambil berbaring dikatil menunggu bait-bait kata yang mungkin menghiris perasaanT_T..
Love&Faith,
Greenapel
Dos kedua ubat matangkan paru-paru dicucuk pada hari pertama di HKL(Allah, sakit yang amat masa kena cucuk tu, masa dos pertama kat Hospital Putrajaya tak pulak rasa sakit sangat, panic maybe time tu, tak sempat fikir pasal sakit dah huhu)..Hari-hari berlalu di wad HKL dengan suram, walaupun suram alhamdulillah Allah tak tarik selera makan, lagipun mind dah set my baby need more nutritions like booster, so makan memang sentiasa habis ditambah pulak makanan tambahan yang dibawa suami..kalau dibandingkan dengan rakan-rakan seperjuangan dengan bermacam jenis komplikasi yang pelik-pelik untuk didengar sehinggakan ada tak berselera langsung nak makan, syukur my case tak macam tu, huhu...Sesukar dugaan kita, sukar lagi dugaan orang lain, just thiking positive dalam tempoh kurungan-_-". Tak nak baby pun risau..segala vitamin ambil double, minum minyak kelapa dara sebanyak mungkin, telan minyak ikan sekerap mungkin...i do everything to make sure my baby healthy dalam tempoh terdekat sebelum dilahirkan in anytime je, cuma tak tahu bila. Setiap kali terjaga dari tidur surah yasin dan doa yasin jadi peneman. Allah!terasa sukar dan sulitnya hati dan perasaan ketika itu. Sebak setiap kali doa yassin di baca. Ditambah pula pada hari ketiga my parents datang mengejut selepas tahu keadaan diri memandangkan tak boleh ada waiting person, tu yang lagi terasa sedih bila duduk sensorang gitu. Kesian my parents tak habis lagi letih pergi balik dari johor dan melaka dengan urusan kakak sulung yang baru kehilangan anak diduga pula dengan keadaan macam tu oleh anak kedua. Sesungguhnya dugaan Allah pastinya berhikmahT_T. Insyaallah. So, hari ke-4 terus my parents balik selepas lega melihat my condition sangat okei, selera makan okei, hilang segala kegundahan hati selagi tak tengok wajah anak. Hari ke-5 berada di wad, suami decide nak transfer dari HKL ke HUSM kelantan disebabkan memikirkan banyak faktor, tambah pula tiada ahli keluaraga terdekat if anything happen, suami payah nak cuti, so merayu jugaklah dekat pakar mintak transfer even dibebel-bebel..Hari ke-6 tu baru dapat refer letter dan pelepasan untuk transfer, itupun atas risiko sendiri balik Kelantan. Urusan selesai hampir lewat petang 23hb tu, terus kami bertolak balik dari KL ke kelantan. Hanya bertawakal kepada Allah supaya perjalanan balik kami dipermudahkan dan my baby ok & tidak berlaku sebarang komplikasi sepanjang 8jam perjalanan tu..amin
-_-.
Love&Faith
Greenapel
Lepas doktor cakap kena tahan ke wad, terpaksa jugak menahan emosi dan perasaan sendiri..pasrah, naik ambulans ke HKL (sangat tak best okei naik ambulans)...Memandangkan my condition tak menunjukkan tanda-tanda nak bersalin, maka doktor nak pastikan my pregnancy can be pro-long to 32w to 36w before doctor decide untuk paksa bersalin tu yang kena dok kat wad untuk monitor(maybe anytime je tuan kat dalam rahim ne nak keluar)-_-". Dalam pukul 10.30malam sampai kat HKL terus daftar dan tunggu pakar check. Almost dalam pukul 1.00 pagi jugak menunggu nak confirmkan my pregnancy conditions, lepas aje pakar scan dia confirmkan memang my condition high risk pre-mature born, depends condition baby and ibu jugak, if baby tak kena jangkitan kuman (disebabkan air ketuban dah tinggal sikit high risk jugak nak kena jangkitan) dan ibu sihat dalam tempoh monitoring 4-5 hari maybe my pregnancy can be pro-long to 32w-34w or maybe 36w tapi chances untuk bersalin awal memang tinggi disebabkan i'm still leaking non-stop (even air ketuban keluar sikit-sikit) yang memungkinkan pelbagai risiko tambah plak my baby lungs tak matang lagi dan doktor meyakinkan diri bahawa my baby still can survive in my womb buat masa terdekat juga berharap ada peningkatan air ketuban. Maka malam tu ditinggalkan suami pandangan sayu dok sensorang kat wad ditemani orang lain yang senasib. Sedihnya perasaan, memandangkan tiada mak ayah, ma dan abah terasa sukarnya menahan emosi sendiri, risau dan bimbang bila terfikirkan anak dalam kandungan. Hanya mampu berdoa kepada Allah agar semuanya selamat dan berdoa supaya diberi ketenangan dalam menghadapi ujian Allah tika ini, positif memikirkan apa yang berlaku sebagai ganjaran Allah untuk mengkifarah dosa-dosa yang lalu, tanda kasih Allah pada hamba-Nya ..tidur dalam tangisanT_T..
Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Love&Faith,
Greenapel
Walaupun tiada langsung persediaan untuk bersalin awal, alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan kami semua..Sesungguhnya setiap hamba Allah ada dugaan masing-masing, kami suami isteri pula diduga dengan peristiwa tidak terjangka. Pada 17 julai baru-baru ne selepas selesai monthly check-up, masa untuk berehat dikatil memang dititik beratkan. Braxton Hicks yang kerap berlaku minggu-minggu sebelumnya sudah memberikan petanda kelahiran pra-matang cuma mamanya aje yang tak ambil pusing pasal doktor kata itu adalah biasa-_-". Seperti biasa Braxton Hicks datang menyapa, hilang je ketidakselesaan, terus bangun dan dikejutkan dengan air jernih mengalir laju. Ya Allah, terus telefon bonda untuk menghilangkan panik, yes memang air ketuban yang turun pada pukul 4.30petang tu, terus pulak call KD bertanyakan situasi untuk ditangani macam mana. KD arahkan pergi ke hospital dalam tempoh 24jam, pastu last sekali baru call suami bagitahu situasi diri..hehe, terbalik pulak, patutnya call suami dulu bagitahu-_-". Terus suami tinggalkan meeting balik serta merta (kesian suami,huhu). Sementara menunggu suami balik google apa yang patut dibawa ke hospital (maklumlah kata takde persediaan apa-apa lagi, terus bluurr bila jadik situasi macam tu, huhu) & cari maklumat sikit-sikit pasal my situation. .petang tu terus kami ke Hospital Putrajaya dengan hati gundah gulana, masing-masing menguatkan semangat masing-masing untuk menerima apa-apa je yang berlaku kelak. Masuk labor room untuk check-up keadaan baby, selesai aje, doktor panggil suami masuk dan menerangkan bahawa air ketuban diri mengalami kebocoran, for that time air ketuban dah almost takde hanya 4 liter aje yang tinggal dari 11liter. Allahu rabbi, terkesima sekejap bila doktor cakap my condition in high risk to born pre-mature baby however baby heart bit normal, weight normal at 29w2d. Terus doktor inject satu dos ubat matangkan paru-paru (sakit amat okei). Disebabkan i'm still leaking, kena tahan di wad...namun nasib tak baik bila hospital putraya dah full wadnya, terus refer ke HKL bila doctor bagi pilihan either nak di hantar ke HKL@Kajang@Klang..will continue later(lenguh)^_^
Love&Faith,
Greenapel
Allahuakbar..alhamdulillah, dikala ujian Allah yang datang bertimpa menguji kesabaran keluarga kami, Allah berikan kekuatan untuk menghadapinya dengan tenang. Awal bulan julai, kami sekeluarga diuji dengan kehilangan cucu sulung keluarga yang mana anak kakak tersayang dijemput ilahi sebelum sempat dilahirkan. Malam nifsu 15 syaaban cucu sulung keluarga kami selamat dikebumikan di Jasin Melaka. Seminggu juga wajah suci Siti Fatimah terbayang-bayang dimata membuat tidur tak lena, pilu hati bakal ibu bila teringat bakal sepupu anak sudah tiada sambil mengosok-gosok perut memujuk anak mengatakan Siti Fatimah sudah berada disyurga abadi Allah. Tidak tersangka, dikala kesedihan masih berbaki, keluarga dikejutkan pula dengan panggilan telefon mengatakan air ketuban diri sendiri sudah mengalir keluar. Allahurabbi, ibu bapa mana yang tidak risau dan bimbang bila anak-anak diuji sedemikian, hanya mampu berdoa serta redha dengan apa yang sudah tertulis. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Sesungguhnya Allah Maha penyayang, masih memberi peluang untuk mendengar tangisan anak.Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah Ya Allah..
Ya Allah, semoga Ahmad Harraz sentiasa berada didalam lindungan rahmat dan kasih sayang-Mu Ya Allah, Sihatkanlah Ahmad Harraz dengan kekuasaanMu Ya Allah, Hindarkan Ahmad Harraz dari sebarang penyakit, cergaskanlah tubuh badannya dan cerdaskan akal Ahmad Harraz. Lindungilah Ahmad Harraz dari sebarang gangguan syaitan, jin dan iblis ciptaan-Mu, berilah kekuatan semangat kepada Ahmad Harraz. Murahkanlah rezeki Ahmad Harraz untuk menyusu badan sepenuhnya seperti yang Engkau syariatkan. Ya Allah tetapkanlah iman Ahmad Harraz kepada-Mu Ya Allah. Jadikanlah Ahmad Harraz hamba yang sentiasa mematuhi perintah-Mu dan mengikut ajaran Rasul-Mu. Ya Allah hanya kepada-Mu kami memohon dan meminta,amin, amin amin Ya Rabbal alamin...
Love & Faith,
Greenapel
Week of pregnancy : 30 weeks 2 days (pre-mature)
Date of Born : 24/7/2012 at 12:47 afternoon (4 Ramadhan 1943H)
Gender : Baby Boy (Ahmad Harraz b. Mohd Azham)
Weight: 1 kg with 37cm height (incubator)
Current condition: he's doing really well, hope my little Harraz sentiasa dalam peliharaan Allah. Do the best dear, mama will give the best effort to supply breastmilk for you. Grow up & cepat tembam-tembam ye sayang mama. Anak mama kuat semangat. I know my little hero can do more than mama imagine. Mama & ayah love u so much and always pray for you dear.
Post terakhir sebelum ramadhan sememangnya meninggalkan kenangan buat diri dan suami...tak sangka tragedi ikan selayang merupakan petanda awal akan kelahiran si kecil^_^. Memang terlalu awal..owwhh, tak best mengarang dikala sisa sakit masih berbaki akibat ceazer..next time maybe..However, Pray for my little Harraz to doing the best in everything...insyaallah^_^
Love & Faith,
Greenapel
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social