The Real Warrior~6 Month

12.29.2013

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...genap sudah 6 bulan ahmad haddad, semacam semalam je baru teran keluar baby bambam ne, kelip kelip mata dah boleh makan bubur nasi dah...allahurabbi, cepatnya masa berlalu..huu, please don't be so fast going older dear, tak puas lagi melayan karenah bayi haruman syurga ne..huu...walaupun sampaikan takde masa untuk diri sendiri, bahagia hati hanya Allah yang tahu, derita hati pun Allah juga yang tahu..apapun, bersyukur semuanya dipermudahkan Allah...Ahmad Haddad really real warrior, tu kata ayahnya lah..kewujudannya tak disedari,kelahirannya tak dijangkakan..both my sons lahir awal, tak sabar nak bermanja ngan mamanyalah tu kan?mihmih....
fresh from my womb..sayu tengok gambar anakanda...huuu

walaupun haddad lahir tak cukup bulan, alhamdulillah perkembangan sangat memberansangkan, punya abang yang baik seperti ahmad harraz siapa yang tak suka kan, celik2 mata dah ditegur abangnya..ahmad harraz pandai main peranan walaupun adakalanya mengusik, that's normal..pagi2 bangun pagi, terus panggil adik!!!panjat katil cium adiknya, so sweet abang harraz..maklumlah abang kena tidur bawah pasal golekan ketika tidurnya tidak terkawal..so, kenalah tidur bawah dengan ayahnya,hii. okk..tak sempat sambung..len kali ya..punya bertimbunnnnnn cerita neh...huaaa...daaa

Fasa Merangkak yang Terlalu Lama

12.13.2013

lama tak post pasal anak-anak...disebabkan sibuk dengan anak-anak sampai tak menyempat nak menjenguk alam maya khasnya blog sendiri..macam manala ibu emak lain handle masa..ahmad harraz sangat tak suka tengok mamanya mengadap laptop, terus tarik tangan ajak untuk melayannya main, ajar dirinya berjalan..yezzaa, ahmad harraz masih dalam proses belajar untuk berjalan..his enthusiasm to learn so high, ajakan sebegini dari anak manakan boleh ditolak sewenang-wenangnya, walaupun dah hampir sebulan lebih berlatih, namun tuan punya diri need more time nampak gayanya, dan hasil usahanya dah menampakkan hasil sehari dua ne bila more step without any pit stop...mihmih. Ahmad Harraz melalui fasa merangkak yang sangat lama, i guess..sebabnya waktu Ahmad Haddad dilahirkan, masa tu tak pandai pun budak comel ne merangkak, alih-alih bila adiknya boleh keluar wad dan bawak balik rumah, haritu jugaklah ahmad harraz boleh merangkak, cam magik pulak kan? mentang-mentang nampak adiknya terus nak tunjuk kebolehan...kohkoh-.-'. So sampaila dari hari tu sehinggalah sekarang ahmad harraz belum boleh jalan sepenuhnya lagi, almost nak masuk 6 bulan atau setengah tahun...but it's ok, setiap anak berbeza keupayaan dan kebolehannya, no worries, tambah pulak lepas baca tips dari pakar mental kanak-kanak,really good info ...adiknya pula bila dah lama memerhati usaha abangnya berjalan, sekarang dah tunjuk usaha untuk meniarap dan berpusing 720darjah...berlumba-lumba pulak dua beradik ne, huu..makin penatla mamanya nak melayan keaktifan dua beradik ne..

ahmad harraz pun baru pandai pegang botol susu dalam tempoh sebulan lebih ne, that's why sangat penat bile keduanya nak menyusu at the same time, tangan sebelah pegang botol susu, sebelah lagi pangku adiknya nak menyusu, baby bambam tu bukan tahu nak sabar ke, nak menunggu, yang dia tahu kalau lambat disumbat hasil susuannya, mahu bergegar taman perumahan diraungnya...yang abang pulak memang tak boleh nampak didahulukan adiknya, mulalah merajuk..manja hokeiii, sudahnya kakitangan haku jugak sibuk bekerja..mihmih, anak punya pasal, kenalah kreatif, tambah pulak bila dua-dua nak berdukung..dua-dualah kena angkat jawabnya...letih memang letih tapi bila fikir balik sekejap je masa nak layan karenah anak-anak masa diorang kecil, rasa berbaloi sangat, sekarang pun dah rasa rindu sangat masa ahmad harraz baby..tup-tup dah besar, sekejapnye masa ya allah...huuu. tu jelah sempat kongsi, daa

Anak Ketagihan Gadget

12.02.2013

2 hari yang lepas genap sudah ulangtahun pernikahan kami..alhamdulillah atas nikmat yang diberi sang pencipta, tiada yang lebih indah selain mensyukuri segala yang dianugerahi sepanjang meniti usia kehidupan yang sementara ne..tanpa dugaan tiadalah indah hidup ini, tanpa cabaran dan ujian tiadalah kekuatan dan kesabaran, tanpa kepahitan tiadalah kemanisan disebalik apa yang terjadi..terlalu banyak hikmah berumahtangga, dua tahun pernikahan masih dalam tempoh perkenalan buat kami untuk mencari persefahaman, keserasian, tiada yang sempurna melainkan saling melengkapi antara satu sama lain..insyaallah, semoga kami suami isteri lebih bertanggungjawab antara satu sama lain dan beramanah dalam menjaga perhubungan dalam mendapat keredhaan-NYA...insyaallah, amin

so dah meleret-leret macam ucapan menang anugerah..nothing to write and no ideas to start this, but i think the article from saiful nang & wardina recently good for us to think..for sake of our child, maybe it's not easy to practice..but does need effort from we as parent..it about gadget, gadget and gadget..ada pro and cons about this, melihatkan reliti kehidupan masa kini, really scary right?..i think belum terlambat for me and hubby to realize and practice this, little bit frustrated  with myself..memandangkan ahmad harraz dan ahmad haddad sedang mengalami perkembangan yang aktif diusia emas ni, sangat kecewa bila kebanyakan masa tv dibuka..dan yang menontonnya adalah anak-anak kecil yang masih suci ne, huuuT_T..walaupun ahmad harraz ada rancangan kesukaannya tersendiri like azan, rasul yang kata, upin ipin, fattabouni, al-khawater dan zikir or something like kuliah zohor dan asar (funny kan?sebab ayahnya pun tak tengok), almost tv alhijrah adalah pilihan ahmad harraz, tapi sampingan iklan yang tidak sesuai dilihat dan didengar almost he watch it..so ada juga kesannya..for me al-khawater sangat rancangan sangat bermanfaat untuk audit diri kita..kadang-kadang termalu sendiri kerana anak-anak adalah hasil cerminan kita, setiap perlakuan anak-anak adalah refleks dari perlakuan kita..macam mana nak bentuk anak sedangkan kita sendiri sedang meniti kesilapan, astagfirullahallazim, dari sekecil-kecil perkara hatta rutin tidur pun ada kesannya..semoga segala ilmu bermanfaat kita dapat ambil sebagai pelajaran untuk diamalkan...insyaallah, dan semoga entri akan datang juga lebih bermanfaat buat diri dan pembaca...untuk mengubah sikap dan sifat kita bukan perkara mudah..semoga diberi kekuatan oleh
NYA...amin

Gigitan Hama disangka Chickenpox

11.15.2013

Alhamdulillah, masih diberi nikmat oleh sang pencipta untuk sentiasa bersyukur atas kesihatan yang baik dan kehidupan yang tenang, keadaan ahamd haddad dan abangnya sudah pulih seperti sediakala setelah berbulan naik bintil-bintil merah seakan chickenpox, tapi rupanya bukan chickenpox..huu, masa balik kampung sempat ke klinik Balqis (pakar kulit), bukan main payah nak jumpa dr. balqis ne..pepagi buta dah tercongok depan klinik nak ambil no.giliran punya pasal..klinik belum buka pun dah berbondong orang menunggu..tapi memang berbaloilah, sebabnya ubat kat klinik balqis ne dibancuh sendiri dr.balqis..sangat awesome kan?dan tak sampai dua minggu bintil-bintil kat kepala ahmad haddad sembuh, patutla makan bulan chickenpox luarbiasa ni, rupanya kesilapan perubatan, biasalah tu kan..no human perfect, sekali tengok memang macam chickenpox..so me tak salahkan doktor yang merawat, cuma silap jumpa doktor yang tepat..apapun tak kisahlah, yang penting my sons dah sembuh, alhamdulillah..kesimpulannya keduanya kena gigit serangga atau lebih tepatnya kena gigit hama.. penat juga mengemas rumah, merebus pakaian anak-anak, dan buat apa yang patut untuk membunuh kuman hama ne, hama ne memang kejam sikit spesisnya, sebabnya sekali dah gigit ia akan merebak ke kawasan sekelilingnya, means satu gigitan dah cukup untuk tinggalkan really bad rashes..memang perangai huduh, so disebabkan rumah tepi jalan lagilah senang habuk dan debu berterbangan sekali dengan hama tu..doesn't mean kita pengotor lah jika ada hama ne, ehemm..tu ayat doktor bagilah kan, so memang betul, walaupun hari-hari mengemop, rumah pun takde karpet disebabkan my prem babies, so elakkan rumah ada karpet, debu tak elok for them...apa boleh buat, hama berkenan jugak nak datang menjenguk my sons, redha jelah..-.-"

sakit-sakit ne kifarah dosa..oleh itu sentiasalah bersyukur Allah nak ringankan bebankan kita dan anak-anak..dalam pada tu didik juga kita bersabar kan?..menjaga amanah Allah bukannya mudah tapi insyaallah Allah permudahkan urusan kita jika kita sentiasa mengingati-NYA...so much happens lately yang banyak memberi pengajaran berhikmah..samada nak ambil secara positif atau negatif je apa yang berlaku sebagai iktibar dan sempadan dalam meniti kehidupan yang sementara ne..sesungguhnya kematian itu pasti walaupun sejauh mana kita pergi, kerana ianya adalah perkara yang paling dekat...entah selama mana diri ini memiliki dan dimiliki, entah selama mana diri meminjam dan dipinjamkan..semoga jumaat yang penuh barakah ini kita sentiasa mengambil peluang yang ada untuk sentiasa mengingati dan menginsafi diri untuk apa kita wujud di dunia ini...perkara yang paling mudah adalah menasihati, semoga diriku sentiasa berada dijalanmu yang benar ya allah...amin...salam jumaat^_^

Fasa Berbulan Madu

11.08.2013

Honestly masih terasa diri di fasa bulan madu..alhamdulillah, ahmad haddad dah 4 bulan lebih umurnya...tak menyempat nak menaip disebabkan beberapa hari ni mengalami diri tidak punya kesihatan yang mengizinkan tapi sempat shopping online..wakakak...sakit perut yang melanda beberapa hari memang menyebabkan hati berasa tidak tenang, pasal dah terfikir yang bukan-bukan...masa tulah sibuk fikir dua batu nisan, alahai manusia manusia, bila sakit baru nak ingat pencipta..khilafnya aku ya allah..walaupun masih berbaki rasa sakit perut ne..takde cirit birit, maybe angin kuskus disebabkan dah langgar pantang awal-awal makan pulut banyak sangat, padan muka kau!!so natijahnya tanggunglah sendiri...begitulah kesimpulannya...disebabkan sekarang terlalu banyak wabak penyakit yang tidak terjangka, boleh pulak terfikirkan air kencing tikus...nauzubillahiminzaliq, takut jugaklah kan, even dah beringat supaya kurang-kurangkan makan dan beli makanan kat luar, tapi ada masa jugak malasnya datang, beliiilah jugak...huuu, apapun nampak gayanya tak bersambut lagi anniversary tahun ne, konon nak bercuti tapi koya-koya sendirilah gayanya..dalam mimpi lah-.-".

so fasa berbulan madu dengan anak-anak lagi best, dah macam-macam plan dengan hubby bila ahmad harraz dah boleh jalan, nak pergi zoo lah, nak bawak diorang campinglah, berkelah lah...huii, macam-macam kalau bab cakapnya, tapi yang bab laksana tak tahulah entah bila...takpelah, sampai masa nanti tertunailah jugak..sabar itu membuahkan hasil...mihmih..tambah pulak sekarang dah nak cuti sekolah..mengingati tarikh penting ne memang penting, tak tahulah kenapa kan? tapi my memori very very bad, ada sekali masa nak buat buku merah ahmad harraz ke ahmad haddad dah lupa, lol..bila nurse tanya tarikh nikah, terus blank, tak ingat tarikh, kena tengok kad nikah dulu..huhu dan tahun lepas punya anniversary pun suami yang buat surprise pasal haku tak ingat...huhu, so tahun ne buat awal-awal entri supaya ingat tarikh anniversary sendiri, tak tahulah bila dah dekat tarikh jadi terlupa pulak-.-"..adoii, hape penyakit tak tahulah, banyak berkarat ne...apapun berharap fasa bulan madu akan terus segar sampai ke akhir hayat kami suami isteri...moga anak-anak menjadi penyeri hidup yang menyejukkan hati...ok daa, salam jumaat&salam hijrah, moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas..insyaallah

Suntikan Perancang & Berat Badan

10.31.2013

my weight obviously not right from the normal weight...and i know the caused of it..apa boleh buat disebabkan suntikan perancang yang menyebabkan hormon kucar kacir, haru biru, and the effect will differ to others body...huu, so terbukti suntikan ne sedikit sebanyak menaikkan berat badan, terfikir nak stop ambil dan makan jamu je, tapi ada jaminan tak jamu bole hold situasi "uwekkk uwekk" dan tak effect kesihatan..walaupun dah tahu suntikan perancang ne tak elok untuk jangkamasa panjang..i have to take it..no choice banding buat implan bagai...huhu, cukup tiga kali ambil suntikan i think nak stop dan ambil jamu je..since dah beranak pinak ne baru sibuk nak fikir makan jamu bagai...i mean, beranak ikut pintu...huu, masa beranak ikut tingkap aritu memang amik jamu tapi disebabkan doktor cakap kemungkinan jamu sebabkan pil perancang jadi tak berkesan, so ragu-ragu nak teruskan sekarang lepas beranakkan si haddad sebab dah suntik, so anyone?suntik tapi still amik jamu?ada apa-apa effect tak?...betul ke tidak macam tu? masa beranak ceaser siap boleh lagi mandikan anak sambil bersila, nasib baik bukan pasya sandha, kalau tak dah kena hentam...wakakak, tak jaga pantang...cantekkk perangai!!lepas beranakkan si haddad baru tahu nak jalan kepit-kepit, duduk sopan-sopan, tahu takut!!..bila fikirkan berat badan ne, stress jugak...ok tak nak fikir dah..kita tenang-tenang aje, selagi ahmad haddad breastfeed insyaallah segala lemak dan lebihan berat tu pergi kat baby haddad...itulah kesimpulan ringkas menyedapkan hati sendiri...kesian ko ni kan-.-"....daaa

Catatan buat Anak, Cepatnya Anakanda Membesar

10.23.2013

Merenung wajah suci anak-anak ketika tidur menimbulkan perasaan yang sukar ditafsirkan..betul tak?kadang-kadang terfikir terlalu cepat anak-anak membesar..rasa tak puas lagi melayan keperluan anak ketika baby...owwh, ahmad harraz cepat awak membesar, sekarang dah sibuk-sibuk berlatih menggunakan kaki berdiri sendiri, tidur tidak bertepuk bontot..mama rasa belum puas melayan kehendak awak masa baby baby dulu..tak puas menatap wajah baby awak dulu waktu dalam pantang, tak puas lagi mama melayan awak masa dah pandai bercakap-cakap bahasa baby..sekarang dah pandai tunjuk diri nak independent..semua nak buat sendiri...oowh, rasa nak suruh awak masuk balik dalam perut mama, jadi baby kecil mama semula..mihmih...how time flies..emm, macam tulah agaknya mak kita rasa bila tengok anak-anak dah besar, kahwin dan punya kehidupan sendiri kan?alhamdulillah Allah kurniakan ahmad haddad buat pengubat rindu mama melayan kerenah baby.. alhamdulillah mama bersyukur kerana diberi rezeki untuk melihat awak berdua membesar dan berkembang dengan jayanya setiap saat...semoga sentiasa didalam lindungan Allah anak-anakku, membesar dengan penuh kasih sayang dan keberkatan hendaknya...amin
seriously miss u ahmad harraz when u still baby till now..adudu, nih kes teringat 47hari ahmad harraz kat nicu lah neh..muahaha
so now, rasa macam tak percaya and the miracles that Allah give for ahmad harraz, ahmad haddad and me..the strength, the feelings, bila melihat ahmad harraz membesar dengan sihat dan semangat jitu...i feel so bless. yes!!indeed, the only mother who through the moment with premature baby like me who will truly understand the feelings..allahuakbar,the test from you ya rabbi mematangkan diri..hope i will be the best mama for you anakanda...love you both ahmad harraz & ahmad haddad..ok, daa, emosi dimalam hari..belum lagi anak nak kahwin..dah macam ni gayanya...huu.. love u too mak ayah yang besarkan kita..oowhh miss them so much

Balik dari Beraya Haji

10.21.2013

fuhh, lama betul balik beraya haji, letih seharian perjalanan balik semalam belum hilang lagi...yang penting puas hati balik kali ni makan daging sepuas hati,okeyy tetiap kali raya haji memanglah kejenya makan daging aje..tu pasallah bertambah-tambah lemak tepu kat badan yang sedia berlemak berketul-ketul ne..akhirnya siapa yang stress??haku jugak-.-". so balik beraya haji kali ni memang sibuk memanjang, sibuk atas jalan raya..pergi balik rumah mak mertua ngan rumah mak ayah..letih hoii nikah ngan orang dekat pun, letih ulang alik atas jalanraya tu, pagi rumah mak mertua, petang rumah mak ayah, malam tido rumah mak mertua, pagi esok balik rumah mak ayah, haku pun tak tahu apa motif ulang alik macam tu sedangkan boleh je tidur dua tiga hari dulu rumah mak mertua sebelum balik rumah mak ayah..muahaha...apapun raya haji tahun ne selesai kenduri akikah Ahmad Haddad, raya haji tahun lepas akikah Ahmad Harraz..dan haku harap raya haji tahun depan akikah anak orang lainlah pulak...sadis pulak kalau haku lagi yang buat akikah...wakaka, walaupun hati berdup-dap nengok perut buncit semacam dan hati menyedapkan kes makan lembu banyak tu pasallah perut naik semacam...payah sungguh benih gagah perkasa tak makan saman ne, harap-harap boleh rehatla dua tiga tahun ne besarkan budak comel dua orang tu dulu..insyallah..so balik raya haji banyak benda berlaku dalam tempoh kat kampung..my baby haddad rupanya bukan kena chickenpox tapiiii...ok yang tu wat lain cerita, panjang pulak ceritanya...selama balik kampung kali ni kitaorang tak sempat makan nasi kerabu...yess, itu perkara wajib tiap kali balik kampung, tak sempat nak mencari kuih muih sedap dekat pasar, oo macam-macamlah yang tak sempat...dan yang paling penting dengan jelasnya my weight gain sampai dua kilo...huaa, terus rasa nak nangis..macam mana ne?orang kata breastfeed body figure makin cantik, tapi apehal berat makin menaik-naik ne, ke haku menketedarah tak ingat duniaT_T...oo, my!!my body!!my body!!ok terus tak tentu arah, terus hilang mood menaip..ok daaa...nak menelek perut...sobsob

Kebaikan Buaian & Puting

10.15.2013

since lahirnya Ahmad Haddad tak pernah terfikir pulak nak beli buaian untuk anak. Namun disebabkan mak sendiri kesian tengok anaknya melayan cucu-cucunya dengan agak kelam kabut, haru biru dan sebagainya dalam tempoh berpantang...so my parent tolong decide untuk beli buaian untuk cucunya bagi menyenangkan kita..Memandangkan hari pertama baby Haddad dibawa pulang setelah bermalam di hotel NICU, maka terbuntanglah mata abangnya melihat mamanya mendukung seseorang yang berbalut comel..nangis sikit baby Haddad, terus kena peluk mama (i mean breastfeed) mana tak jeles abangnya masa mula-mula adiknya balik...tengah-tengah malam bangun sama bila dengar suara adiknya nangis, tapi yang bertenggek atas ribanya, confirmlah dia tu pun sekejap aje sempat bertenggek pasal masa tu luka belum baik dan  mak kita cepat-cepat amik si abang, mana tak meraung budak tu, terasa tersisih, terpinggir, poor my son..huhu, minggu pertama confinement tu memang sedih tengok reaksi si abang Harraz..menangis minta didukung, menangis minta beriba..owhh, memang sadis perasaan masa tu..ada jugak curi-curi angkat si abang sebab kesian, yelah kalau angkat depan mak ayah mahu kena bebel 43756ratus kali takut peranakan jatuh...huhu-.-'..

So after two weeks, brainwash benda sama dekat abang Harraz, tell him that baby is his little brother..so lama-kelamaan he can accept that...datang dekat cium cium dahi...kadang-kadanglah, kadang-kadang datang geramnya, mahu dicucuk mata adiknya, lempanglah, tindihlah...so kena sentiasa dalam pemerhatian, sama-sama baby, sama- sama tak tahu apa-apa, baik ke buruk ke, asal boleh lempang macam dah satu something fun pulak kat dia..so don't let it be happen...just repeatedly give positive and nice word to him, show how to kiss little brother and etc..insyaallah lama-lama fahamla dia..so meleret tak tentu hala lagi, nak cerita pasal buaian asalnya...after that my mum belikan cucunya buaian untuk berendoi...tak kiralah siapa yang nak berendoi asalkan boleh menyenangkan kerja nanti bila dah habis berpantang dan balik ke rumah sendiri nanti..memandangkan selama ne Abang Harraz tak pernah berendoi, just guna carseat untuk amik syarat buai-buai sikit masa dia nak tidur, almost six months ++ jugak macam tu, lepas tu dia dah tak nak duduk dalam carseat, nak tidur bergolek-golek aje atas comforter asal ada yang menepuk bontotnya terus lena...so try jugak letak abangnya dalam buai pasal dah tak sempat nak menepuk-nepuk bontotnya, nak menyusu si adik lagi...ada dua tangan je ok, memandangkan jadual menyusu dan tidur keduanya sama dan tak menunjukkan tanda perubahan untuk bergilir-gilir, so nak tak nak kenalah jugak ajar anak berendoi...ingatkan pelangi hingga ke petang rupanya ribut sekejap ditengah hari..Abang Harraz tak boleh tidur berendoi, tidur tak lena dan sekejap aje...menangis mamanyaT_T. okehh, takpe try adik nya pulak...sekali...pun sama tak boleh tidur berendoi...muahaha...padan muka haku, terpaksa guna kaki tangan yang ada..-.-". means dalam pantang orang yang paling bizi, dah tentu-tentulah haku..maklumlah mak berkerja, muehehe..so dalam membengkungkan diri sendiri, mentungkukan diri sendiri, memanggang diri sendiri..waktu yang paling tak tahan dua-dua meraung nak menyusu dan tidur...dengan haku sekali menangis...wuhuuhuu, menangis sebab penat, menangis sebab macam tak tahu nak buat apa...tapi itulah pengalaman...manis jadinya, walaupun masa tu rasa pahit..haa, kang meleret entah apa-apa lagi...so, kesimpulannya my sons menolak untuk berendoi...orang lain sibuk tak nak bagi anak berendoi, ko sibuk nak ajar anak berendoi...wakaka, for me berendoi atau tidak as long benda tu akan menyenangkan why not guna jelah daripada serabut serabai dengar anak menangis, lagipun orang kata tidur berendoi ni anak lena tidurnya, bagus la kalau gitu, yang tak bestnye susahlah sikit nak bawak buai kesana kemari..macam mak-mak sedara kita...muahehe, takpelah susah sikit masa anak-anak kecik je, dah besar nanti dah senang hati...insyaallah.
 gambar: pertama kali kenalkan carseat buat Ahmad Harraz
gambar: Ahmad Haddad tidur dikaki buaian je
gambar: akhirnya buaian jadi hiasan je, freestyle jadi pilihan dua beradik comel ne...hihi
selepas peristiwa guna buaian gagal..try pulak nak bagi baby Haddad puting..memandangkan baby Haddad suka memuting, so my mum bagitahu "ishh, tak makan minum, tak buat apa-apalah la ko nanti kalu anak asyik nak bergayut" terus my mum beli puting..tapi tak berjaya jugak..tak macam abangnya..abang Harraz memang ada peristiwa macam mana dia nak puting...masa tu umur dah 5bulan lebih kalau tak silap..dia menangis malamnya, semua serba tak kena, sekali sumbat puting terus diam dan tidur...sampailah sekarang..sampaikan tak tahu dah nak buang tabiatnya yang suka memuting tu macam mana..putingnya hanya berfungsi masa nak tidur(kalau dah tidur dia sendiri akan buang dan campak sesuka hati) dan masa menangis aje, selain waktu tu dia akan campak sesuka hati, bila nak mulalah tercari-cari(mama dialah yang kelam kabut mencari)..huhu-.-". so i decide biar abang Harraz sendiri yang berhenti memuting..hihi, lama-lama bosanlah kot..harapnyalah...-.-".For me dua benda takde masalah, depends parents..baby happy kita pun happy, ye tak...daa>_<"

Vaksin & Rawatan Homeopati

10.11.2013

Bila kedua-dua anak tak sihat, berpanjangan pula tu...i really really worried about their conditions...batuk berkahak yang berpanjangan dan selsema yang menyukarkan dan menganggu tidur malam anak-anak menyebabkan me as mom turut sama tak sihat mental fizikal..bermula dengan Ahmad Harraz yang tidak sihat, lama-lama berjangkit kat adiknya Ahmad Haddad...pity my sons, they still babies...owwhh, emosi pulak nak menaip, nak menaip pun emosi emosi bagai..haaiihh!!ok..so ceritanya selama umur setahun Ahmad Harraz membesar hanya sekali 2 dia terkena demam selsema...tu pun sekejap aje, about 2 days terus kebah after minum air barli, sejukkan badan my sons dengan air asam jawa termasuklah mandikan dia 3x sehari, walaupun pergi klinik ambil ubat demam, selsema bagai, i really not confident to give them cause 2 years below baby memang tak digalakkan makan ubat-ubatan macam tu..so after he got 2+1 vaccine dose pada umurnya yang genap setahun bulan 7 lepas, nurse dah confirm akan cakap anak kita akan demam dan itu biasa..but unlucky for Ahmad Harraz he get prolong fever..dan ini bukan demam biasa, ianya luar biasa disertai dengan batuk berkahak dan selsema, hampir berbotol jugaklah bagi ubat jugak kat anakanada sebab dah terlalu risau, dan lagi risau bila ubat-ubatan berterusan seperti tidak membantu...okey sehari 2, datang balik panas, okey 3 ke 4 hari datang pula panas badan si anak..berhabis untuk si anak tidak mengapa, tapi dah kalau macam tu je gaya hasilnya tiap kali pergi klinik, so me and hubby berikhtiar untuk cuba homeopati..memandangkan dah hampir sebulan jugak my son kena fever ringan tapi berulang, so why not we try the alternative medicine..rite?memandangkan they both pra-matang, batuk berkahak sangat tak baik untuk paru-paru diorang..doktor pun dah bagitahu awal-awal their immunization tak sama dengan bayi lahir cukup bulan..huu 

The point is i'm not blame the MMR vaccine caused the prolong fever to my son, but the prolong fever combo with flu and phlegm cough comes after my son got his dose..the issues on this vaccine is really big issues recently, some of parents have their own opinion for that issues..so, i think better just go with your own views/stands cause we as parents know and want the best to our kids rite?and important for us as parents membaca dan dapatkanlah info/maklumat sebanyak mungkin demi kebaikan anak-anak. tak rugi. conclusion on this issues?!!sangat menakutkan baca comment ibu-ibu bapak-bapak di page DR.Halina  wahaha.. so emotional..anyway, whatever happen on that issues takkanlah sampai kita menolak terus perubatan moden, no needs to do that as long as our healthy in a good track, so why don't kita still amalkan juga petua-petua orang dulukala..they have learn so much thing/ways trough their experience in a long lifetime being..so jangan diambil ringan juga petua diorang. Every single thing comes with pros and cons, don't be so negative, be open minded, and respect to others opinions..huu, just remind myself...yang penting we want and try the best to our child. vaccinated or not depends your own, tambah pulak dengan pelbagai bangsa asing dah membanjiri negara ne dan bergaul sama dalam masyarakat kita nowadays, entah apa penyakit diorang bawak,so kita kena beringatlah..eh melalut pulak..
gambar:love u both=))
So back to my story, me and hubby terus ke Bangi setelah buat appointment dengan Dr. Ahmad, my last ikhtiar-.-' (setelah berbotol  ubat bagi kat anak dengan perasaan berbelah-bagi tak jugak baik)..punyalah lama menunggu turn sampaikan anak-anak tertidur, after 1/2 consult and advice, Dr.Ahmad bagi ubat titis kat lidah for both sons, with doa and ikhtiar i hope the fever, cough and flu will get rid from my sons..supposedly i really satisfied with homeopath medicine a week after they both showing a good healthy ..it works for Ahmad Harraz and Ahmad Haddad, no cough and flu and fever in the midnight which let them cry sampaikan we both tak cukup tidur jugak pasal anak-anak tak sihat. so kesimpulannya anak-anak sihat, makpak pun senang hati...gitewww>_<". daa

Pentingkah Breast-pump buat Mom To Be

10.08.2013

Benda ni depends sebenarnya..ehh, haku ne suka kan buat entri tanpa mukaddimah kan?..wahaha,sesuka hati je..so i think i need to clear this thing for mum to be.. bukan apa takut nanti kita membeli tak berbaloi. So,penting atau tidak breast-pump ne, depends sebenarnya..atas niat kitalah...if kita wanita berkerjaya, dan berniat untuk breastfeed the baby, so breast-pump memang penting dan wajib dimiliki, susu keluar ke tak nanti yang tu belakang cerita..untuk surirumah breast-pump tak pentingkah??yang ne susah sikit nak jawab penting atau tidak, need my explanation based on  my experienced...oo, i think i dah story little bit tentang breast-pump dalam entri yang lepas-lepas..pernah jugak google "perlukah stok EBM untuk surirumah" cause i need that information for my own refer, tapi takde pulak any blogger yang tegar breastfeed buat entri camtuh, so i think that thing memang tak penting, but i'm wrong..my info about breastfeed really limited compare to others banyak lagi kena membaca dan cari bahan untuk pengetahuan dan ilmu bagi diri sendiri...huhu, based on my experienced exclusive pumping ahmad harraz. Compared exclusive pumping dengan direct feeding tentulah direct feeding lebih senang dan selesa..malam-malam bangun menyusu takdelah susah-susah bancuh susu, tapi memandangkan sekarang ahmad harraz dah fully fm, bangun jugaklah malam-malam, bancuh susu sorang breastfeed sorang..penat memang penat, but really enjoy it, tak selamanya my sons baby, so masa diorang menyusu ne kenalah kita happy buat something untuk anak-anak, mengantuk ke penat ke, tetap jugak boleh tersenyum-senyum tengah-tengah malam buta sambil menyusu anak..honestly, masa ahmad harraz lahir memang macam tulah my feelings, bangun malam-malam tukar kain lampin anak pun boleh tersenyum tengok muka anak tengah tidur..wahaha, gilerr hape dop tersenyum-senyum, sengih-sengih sensorang memalam tu kan..tapi alhamdulillah, disebabkan macam tu my baby haddad sangat baik,selepas 44 hari berpantang baru dengar baby haddad nangis my parents cakap "baru rasa ada orang lepas beranak dalam rumah, sebelum ne senyap sunyi" yelah asyik tidur aje kejenye, bangun nyusu, tidur balik, senyum-senyum aje bayi comel ne, menangis sebab lapar je..mungkin pembawakan masa mengandung tu kan, yelah mengandung 5bulan baru sedar diri mengandung..huu, what a mom, daanggg!!!

Back to stories, penting ke tak breast-pump ne terutamanya surirumah? memang penting, tapi untuk suri rumah i suggest beli manual breast-pump dah memadai, lagipun yang manual lebih flexible dan murah jika dibandingkan elektrik..ada bajet lebih boleh dipertimbangkan yang elektrik cumanya yang manual kena guna tenaga lebihla kan. Brands breast-pump yang terbaik, memang banyak pilihan buat mom to be, dari yang paling murah hingga ke yang mahal, pilih je yang mana berkenan dan bila perlu beli breast-pump ne? i think better lepas bersalin, tengok condition kita dan baby macam mane, my case disebabkan dah tahu awal-awal the highest potential dapat premature baby, so i standby awal-awal breast-pump ne..if your baby takde masalah dan berniat directfeeding, so no need to buy breast-pump..breast-pump ne just untuk kita get ready to any emegency yang tidak kita jangka, stok EBM needs for those mommies yang ambil ubatan yang menyebabkan kita takleh bf baby for a while and another reminder breast-pump not a trend ok, nampak orang tu beli, kita nak beli, study and make a list should have or not,ok...daaa

Kuarantin kerana Chickenpox

10.07.2013

Dah hampir sebulan lebih berhujung minggu dirumah, bersambung dari yang anak-anak demam batuk berkahak...apa perasaan anda dikurung sebegitu rupa?? jawapannya adalah dah takde perasaan dan rupa tak macam orang dah, rasa nak makan orang...huahua, kesian betul haku, takpe takpe..ne baru nak duga sikit dah menggelabah tak tentu hala, nasib ada wifi...kalau tak dah jadi gorila, wahaha...kiddin'..apapun kalau dah nama duduk rumah aje, makan vera tido ajelah..menggemukkan badan..hope my sons cepat sembuh...dua-dua kena chickenpox..huhuT_T..poor my sons, kecik2 baby pun dah macam-macam sakit kena..aduhai hati sabar jelah-.-"..so disebabkan chickenpox/cacar air atau 'bertih' istilah ore kelate, terpaksalah kuarantin anak-anakku sayang, mahu nak keluar jalan-jalan jangkitkan orang lain...makan sumpahla nanti..haha, so better berkurung untuk kesihatan anak-anak jugak, chickenpox ne boleh berjangkit melalui sentuhan, senang cakap mudah nak berjangkit bagi orang yang belum  pernah kena chickenpox ne...giteww..apa boleh buatkan, fikir positif bahawa sakit anak-anak ne Allah nak ringankankan beban dosa makpaknye..huhu, nak suruh banyak sabar, usaha, tawakkal, dan yang penting lebih dekat dengan sang pencipta..wallahualam..
so, apa boleh buat dengan chickenpox ne?doktor cakap virus ne takde penawar, ia akan sembuh sendiri..yang penting kena sentiasa jaga-jaga takut demam panas, selsema dan batuk..alhamdulillah my sons dah demam awal-awal kot, pakej sekali batuk ngan selsema..huhu, so sekarang tunggu bintil-bintil air tumbuh dan meletup je..sapu calamine lotion untuk kurangkan gatal dan miang bintil tu..tak lupa jugak bagi air tawar kiriman dari tok ayah buat cucu-cucunya..hehe, petua minum air kelapa lom buat lagi untuk ahmad harraz, baby haddad still baby lagi, takkan nak bagi air kelapa jugak??huhu..doakan my sons cepat sembuh...daa

Snek Hebat Ketika & Selepas Pantang

10.01.2013

Biskut tawar/biskut kering dan bermacam lagi gelaran pada biskut yang rasanya tiada beza antara jenama..tapi memang tipulah kalau nak kata takde beza kan??...sepanjang pantang i wonder why yang datang menziarah turut sama bawak biskut kering for me...so selepas dua kali beranak dan dua kali mengalami situasi sama, i mean setiap kali yang datang tengok my baby turut sama bermurah hati bawa biskut kering untuk aii(alhamdulillah murah rezeki)..lebih kurang gini ayatnye" ne untuk mok hak patte make"..which means biskut kering tu memang khas bawa untuk si ibu berpantang makan..menunggu-nunggu jugak yang datang bagi biskut chipsmore ke, biskut oats ke..hehehe..
pic credit:hype.my
selepas peristiwa tu..i know biskut kering, ore kelate panggil 'biskut tawar' sememangnya snek hebat untuk ibu berpantang..cicah dengan air milo memang sedap pagi petang dan sebelum tidur...u know what?ibu yang dalam berpantang memang akan lapar sebab biasanya breastfeed baby kan, so it's normal kalau rasa mulut asyek nak mengunyah aje..lagipun kita takdelah menketedarah nasi banyak-banyak dalam pantang, kalau tak macam mana nak dapat body figure back to normal as anak dara..wahaha..dapat kilo asal sebelum preggy pun dah kira baik lagi baik kalau dapat timbangan sama macam kat universiti dulukala..okeh mood berangan datang..but tak mustahilkan? dalam pantang pun tak boleh berpantang sangat, ai mean kenalah jugak makan makanan berkhasiat, kalau asyik makan ikan kering bakar, manalah anak nak dapat khasiat..so just variety menu in confinement asalkan dapat skip makanan yang boleh buat badan berangin/sejuk/ gatal and tak memudaratkan (ai mean makanan yang boleh buat tumpah darah balik)..yess, mende neh memang wujud,ada certain makanan yang kita boleh makan dan tak boleh masa pantang..tapi sekarang kan moden, mommies pun dah moden, ada yang berpantang secara moden n tradisional..so depends your own..okei suka sangat melalut tak tentu arah, nak ceritanya pasal biskut kering pastu dah sampai lain-lain punya hal pulak...huuhu. 

dulu-dulu biskut kering ne tak pernah nak masuk dalam list makan, sekarang main ngapp macam tu aje, tak celup-celup susu macam oreo pun takpe, kunyah bodoww gitu jah ore kelate oyak...muahaha..memang sedap rupanya, ke haku yang lapar tak tentu arah sampai biskut kering pun dah rasa sedap yang amat..my suggestion, biskut kering ne wajib ada buat stok kunyah..lagi-lagi yang Julie's Butter, Jacob's Original & weetameal tu..nak lagi best biskut kering Hup Seng, one of my favorite..Supposedly biskut kering boleh dikatakan healthier choice untuk mommies yang sedang berpantang dan untuk yang dah habis pantang..untuk control kita punya weight la kan selain breastfeed dan juga untuk bagi tenaga untuk kita lakukan kerja seharian...daa

Belajar Buat Kek

9.27.2013

i lovee cake, but to bake and put some effort to make it...i failed..entah hape jenis tanganlah, asal buat bantat, tak sedap, tak jadi...ingatkan boleh guna magic hand as wife boleh bake itu ini, nak buat roti lagi tapi hareem..pernah cuba buat sekali, kucing pun boleh mamposs kalau kena balingan hasil roti yang dibuat.. huahua..tu pasal my hubby tak nak amik risk makan my homemade cake, hijau muka nanti nak habiskan sebijik..wakakak...sedih tak haku history buat cake/kuih/roti/dessert..tapi bab masak lauk pauk boleh la bagi thumb print..tak penah lagi laki muntah hijau makan hasil masakan, perut makin ke depan adalah,kihkih..so akibat tak pandai buat cake dan sederet dengannya, maka jalan yang paling mudah lagi habis duit..beli jelah!!-__-"...walaupun tiap kali tengok kek, keinginan nak buat sendiri tu tinggi menjunam..lagi lagi kek cokelat..takpe, selagi keinginan tu ada masih dikira okeylah kan, ada jugak keinginan...cuma motivasi nak buat belum ada..hehe. sangat best tengok blogger yang terer masak n bake ne...meleleh air liur menengoknye...huhu, so kesimpulannya memang tak pandai buat tapi pandai makan je..daa, motif entri??kelaparan!!!hahaa

Bayi Pra-matang & Jaundice Berpanjangan

9.26.2013

let me story about my second son..hurmm, macam tak banyak cerita tentang Ahmad Haddad dalam entri mama neh..asyik cerita pasal mama aje..gilerr glemer betul...wahaha..just kiddin'..Ahmad Haddad lahir dalam umur 34 minggu ++ dan dikategorikan bayi pra-matang..alhamdulillah, Allah maha mengasihi kerana mengurniakan anak yang sihat dan sempurna sifatnya dan berat Ahmad Haddad melepasi timbangan berat yang wajib iaitu 2kg..his weight 2.16kg, just nice..then my son ditahan wad selama 5 hari 4malam..disebabkan pernafasannya terlalu cepat and no others problem..alhamdulillah, after 1 day his breathing normal cuma ditahan lama sebab nak pantau, 2 days before discharge he showing signs of jaundice..tapi dibenarkan discharge sebab jaundis tak tinggi sangat about 100 gitu je..
gambar:waktu kejadian kuning
so being at home tak sangka pulak my son punya jaundis berpanjangan..sebulan lebih jugaklah, then apa aii buat selama anak jaundis??!!..pfftt..entah nak bagitahu ke tak, tapi disebabkan i'm really positive the jaundice will not defeat my baby, so bermacam cara diikhtiarkan to get rid the bilirubin..mandikan dengan daun inai, mandikan dengan daun herba 5 hari berturut-turut yang beli kat 'cino cabe/cina cabang'(one of famous chinese medicine herbs store kat kelate), jemur dengan cahaya matahari (waktu dhuha), bagi air anggur hitam/ air susu kambing tak cubalah pulak.....so tak tahu berkesan ke tidak..one of the effective ways to get rid jaundice 'jemur my baby dengan cahaya matahari" takdela jemur my baby direct bawah cahaya matahari not good for baby, yang dibuat hanya jemur dengan pantulan matahari.. lucky my parent house tinggi, so cahaya matahari senang nak masuk ikut tingkap, alhamdulillah...it really works sedangkan itulah yang ditegah doktor dari dibuat ibu-ibu zaman sekarang..daripada bacaan 200 lebih terus turun ke 100, 150 kebawah dah dikira normal(how i know?sebelum pergi check the rate i jemur my baby Haddad)...so after that, kuning berpanjangan hilang juga akhirnya setelah mencuba pelbagai cara..siapa tak sayang anakkan??..then, selama my sons kekuningan tu takdelah aii terlalu zalim menghantar anak ke klinik kesihatan untuk dicucuk diambil darah macam dracula hisap darah setiap hari(biasanya dapat arahan dari doktor untuk pergi check darah, so derhaka kat doktor sekali sekala i think it's ok..haha=p).....tak rela dengar anak menangis kesakitan, cukupla terseksa dok teringat macam mana anakanda meraung sakit bila dicucuk setiap hari kat kaki nak ambil darah sampai tertinggal kesan-kesan menyayat hati selama 5 hari kat NICU tu, so just imaginela kalau sebulan lebih ulang alik bagi darah??!!..aii just habiskan duit pergi scan kulit anak je dekat klinik swasta ibu&anak untuk tahu setakat mana rate jaundice tu..anak punya pasal kan...habis duit pun takpela,asal sihat.-.-'. selama sebulan lebih Ahmad Haddad nampak kuning tapi comel (wakaka, puji anak sendiri), dan disebabkan Ahmad Haddad amat aktif breastfeed so no worries cause one of the best cure for jaundice is the breast-milk, am i right??!and the most important, bayi pra-matang kebiasaannya akan dapat kuning yang berpanjangan..so we as parent kena sentiasa pantaulah biasa anak jaundis akan asyik tidur, so rajin rajin kejut anak hisap susu..prem babies they're really sensitive..daa..

Wordless Day~Fasa Hidup

9.25.2013

hanya lah kata2 org tua yg saya dpt dr org lain, bukan dr hadis or sumber yg sahih. Cuma kita hanya mmpu berharap dan berusaha, fikirkn yg baik...insya'Allah dpt yg baik2... kehidupan kita semua telah ditetapkan olehNya.. Tuhan yg lg maha mengetahui.
sumber:FB

Rutin Surirumah

9.23.2013

Untuk punya masa sendiri sekarang sangat sangat susah, malam tidur awal, pagi pun bangun awal, sampai tak sempat nak buat hal sendiri..ingat best ke jadi surirumah?(hmm, surirumah fikir macam tu, yang bekerja pulak asyik fikir bila plak nak jadi surirumah)...err, apapun jadi surirumah memang bestt!!wahaha..so weekend memang heaven buat housewife like me, dan mungkin jugak heaven buat mommies bekerja cause dapat cuti untuk spend time lebih buat family tercinta..me as housewife pulak walaupun tak pernah dapat cuti, tapi weekend adalah waktu terbaik pasal ada assistant untuk bantu kerja-kerja rumahtangga..hee, so sempat update sambil suami mengasuh anak-anak, maklumlah anak kecil macam kembar ne, weekdays lagilah tidak menyempat, nak mandi pun terkejar-kejar, nak masuk tandas pun tak menyempat pasal sorang kat tangan sorang bergantung kat kaki, lagi stress kalau dua-dua meraung, hahaha itulah ragam anak-anak ye,hihihi...apa yang best bila anak-anak tidur, pastu haku pun turut terlentang sama mentidokan diri(kalau bernasib baiklah)...wakaka..tapi weekdays ke weekend ke sama je, memang tak sempat melelapkan mata tu pasal kena merehatkan diri awal, kalau tak fengsan surirumah ne -.-', entah apa haku buat hari-hari pun taktahulah-.-"....apapun sangat bersyukur kerana hari-hari dipenuhi dengan sebaik mungkin, melihat anak membesar dengan sihat, melayan pelbagai karenah anak-anak dan suami..wahh suami pun nak masuk list jugak ke...wahaha..tentu tentulah kan??>_<". my sons memang nak buat mamanya sangat sibuk..abang nak menyusu,si adik pun nak menyusu jugak, adik nak tidur, si abang pun nak tidur jugak..lagi yang tak menahan waktu bangun nak menyusu malam-malam pun sama..memang kembar!!kembar lain tahun...huu, so memang penat, tu pasal semenjak dua menjak ne terasadiri  kurus kecil melidi giteww walaupun tiap-tiap masa mulut dop mengunyah...inilah namanya syok sendiri...eh ini kan me time punya update, tak habis-habis pulak cerita pasal anak-anak..okey, apa nak buat ye dengan diri sendiri?nak make-up?melaram?keluar shopping?beranganlah...daa(ini pun scheduled entry)


Labor Room HUSM

9.20.2013

wad berlian 1 HUSM sememangnya meninggalkan kenangan pahit manis, pahit manis tika lahirkan dua putera kesayangan tu..tak lupa jugak kenangan kelakar..kelakarlah jugak for me yang naif neh..selama 12 jam bertapa dalam labor room bilik no.4 pelbagai peristiwa berlaku...lucu pun ada, menakutkan pun ada..selama menahan sakit contraction, pelbagai ragam bakal mak-mak dan yang dah jadik mak berkali-kali termasuk yang menaip ne lah..ada sekali tu terdengar sayup-sayup suara menempik yang yang menakutkan...haku siap tanya nurse "kenapa tu? sakit sangat ke nurse?ne yang saya takut nak beranak (even masa tu memang sakit nak beranak pun..ppffttt) " then nurse cakap, "haa awak jangan bertempik teriak camtu plak nak meneran anak keluar..masa buat sedap, masa ne tahu plak sakit" hokeyy...teruss haku bengkeekk dalam hati...weii nurse tolong ko jangan samakan masa buat tu sedap..ne nak beranak ok..definitely tak sama, pleaseeee jangan samakan situasi ne okey...wahh, emo plak disitu..pasal diri sendiri pun dah cuak sebab tak pernah tahu dan rasa camne nak meneran keluar si comel dalam rahim tu..so i think memang sakit sampai hujung nyawa..huhh...takde maknanye setia masa ne-.-''..

dahla cuak, panik, berdebar even mulut terkumat kamit baca ayat penenang jiwa dan doa mudah bersalin, perasaan macam tu memang takleh sorokla kan..tambah plak dok dengar macam macam suara..lagi haku tak tenang..ko nak senyap sunyi ko pergi beranak kat swasta habis citerr..ok fine, sambung balik, dalam banyak-banyak suara, suara geng doktor dan staff nurse yang bagi kata-kata semangat buat kita ketawa terkekeh-kekeh walaupun masa tu kita sendiri tengah hadap contraction..sangat enjoice dengar semangat dioram lebih dari yang nak beranak..hehe "teran lagi!!lagi!tahan nafas!teran, sambung tahan nafas!!teran lagi!!..dah nampak kepala..tahan nafas terus teran!!gitula lebih kurang sampaikan ada waktunya geng neh kena marah balik kat mak yang nak beranak!!tokleh nok teran doh doktor!!sakit weii!!sayo tokleh!!sampaikan laki sendiri kena marah"...wakaka, memang me dan hubby terdiam masa dengar dia marah-marah tu...no words... masa dengar geng dioram dok meniup kata semangat sebegitu sempat haku berfikir..how to tahan nafas then sambung tahan nafas??mahu biru muka nanti hilang nafas...siap bincang dengan suami lagi macam mana perkara ayat tu nak dilakukan..wakaka, tulah ko, orang suruh pergi kelas antenatal, praktis apa yang patut ko cakap tak perlu...tak pasal-pasal jugak waktu jugak baru nak praktis tahan nafas..pppfftt

haku punya pengalaman pun nasib baik tak lebih kurang..cuma menahan perasaan dengan mulut je masa suami cakap, jangan keluarkan suara nanti habis tenaga...nasib baik masa tu tengah meneran, kalau tak ngan suami sendiri dah kena taram ngan mulut..they don't know how really pain to push the baby out, nak bagi arahan-arahan pulak kat kita, try beranak bole??..hoho..but i really appreciate dengan adanya suami kat sisi masa bersalin tu, ada jugak teman, nasib baik suami tak muntah balik apa yang dimakan selepas melihat kejadian baby keluar lihat dunia (golongan mabuk darah katanya..hihi)...so, suami biasalah women, penuh dengan emosi, nak beranak sangat-sangat pun still emosi...just accept that..wahaha..ehh, apasal citerr pasal beranak..really i miss the moment...daaa^_^

Tips Sembelit dalam Pantang

9.16.2013


berpantang memang best (sarcastic je cam ayat) tapi serius memang best!! yang tak best sembelit dalam pantang...uiihh, memang pantang...memang derita la menjawabnya dalam jamban tu...menangis tak berlagu sensorang melayan perasaan yang terseksa akibat sembelit. Sembelit ne macam sinonim plak ngan orang pantang tak tahulah ngapenye...disebabkan skip banyak sumber makanan yang berasaskan fiber gitulah hasilnya..adoii..selepas bersalin normal, memang normallah kena jahit sikit atau banyak bahagian bawah..tapi disebabkan banyak atau sikit yang berjahit tulah yang menyebabkan betapa bertambahnya lagi beban derita nak membuang...dahla sakit dijahit, nak pulak sembelit..tengok jamban pun jadi fobia.huhu...teringat pulak seorang kakak yang turut sama melahirkan anak pada tarikh yang sama with me...sebelum discharge keesokkannya, doktor akan check balik jahitan dan laluan untuk pastikan kita dah boleh kentut dan buang air dengan jayanya..imaginela kan, dahla baru kena jahit, boleh pulak doktor main sumbat jari jemari kat area kena jahit tu....wahhh, ngeri haku nak ingat balik#mommies yang tunggu masa nak beranak tak digalakkan baca perenggan tu#wakaka...so, nak dijadikan cerita akak tu rupanya dari awal mengandung dah terkena sembelit yang menyebabkan berlakunya buasir awalan...hadoii, lagilah takleh imagine betapa deritanya kehidupan seharian akak tu mengusung perut yang boyot lagi, sembelit lagi masa mengandung dan selepas beranak...wuuwuu-.-''

ehh, terpanjanglah pulak, nak ceritanya tips untuk sembelit dalam pantang, nak bagi dua tips je pasal yang lain dah banyak info, google aje , berderet-deret, neh nak bagi tips yang jarang orang bagi...first yang neh memang common tips #Banyak minum air# orang tua kata tak boleh minum air banyak masa pantang, tapi diff dengan doktor akan suruh kita banyakkan minum air..so bab ne, kita ikut doktor, tak semua mende kita kena ikut advice doktor..ada juga yang perlu ikut advice orang tua dulukala, maklumla diorang lebih makan garam dari kita..ada certain makanan/lauk kita boleh makan dengan tak, kalau ikut kata doktor semua makanan boleh makan..err, nak boleh penyakit ikutla, depends masing-masing punya pendapat dan pendirian..huu. so sumber air ne memang penting, kena cukupkan sekurang-kurangnya 8gelas sehari first untuk lancarkan perjalananan darah, kedua bantu kita hadam/cerna makanan dengan baik secara tak langsung bantu sedikit sebanyak perkara dalam jamban nanti dan bagusnya untuk tambah susu badan..see!kalau nak senaraikan banyak kepentingan air ne..SYABAS main wayang umum air kena sekat pun dah kelam kabut, apatah lagi badan kita kan??!haa, tips yang kedua memang jarang orang nak cakap, lebih kepada petua lah kiranya #sapu minyak tika nak membuang kat area laluan najis atau dengan kata kasarnya dubur samaada minyak kelapa dara atau minyak masak# watdehel...kotornya entri ko ne..alah, orang dop pun pang pung masuk tv surat khabar  naik turun mahkamah, rayu jangan tak rayu pasal main tuttt, tak kotor plak kan?ehh...apekemende haku melalut neh...wakakaka...emo plak disitu petua neh i got from my sister's MIL..memang berkesan, jimat yang penting boleh mengurangkan rasa sakit bila kepala keretapi nak keluar(sila fahamkan ayat sopan tu) dan sisa boleh keluar dengan jayanya...tak payah susah-susah keluar duit beli pil, beli produk itu ini..pergi kat dapur..ambil sedikit minyak, calit(please buat dalam jamban ok,jangan dok buat aksi kat dapur tu...maluu aii bagi petua neh, disalahguna plak..wakaka. apepun selamat mencuba..wee..daa, yeayy..ada 'me time' di hari malaysia...pasal sembelit plak tu..mihmih-.-"

Kahak, Hingus, Muntah Susu

9.12.2013

Anak-anak tak sihat memang membuatkan kehidupan seharian terganggu, terganggu dek perasaan yang tidak tenang..sesungguhnya ini semua dugaan Allah...dugaan untuk memberi kekuatan, kesabaran, insyaallah...dah bermacam petua cuba untuk keluarkan kahak anak..tapi nak kata tak berjaya, adalah jugak keluar kahaknya bila anak muntah susu..batuk berkahak dan selsema memang membuatkan hati risau dan perasaan berkecamuk..sebab utamanya kedua-dua anak adalah anak pra-matang...dan sejarahnya kelahirannya yang membuatkan diri trauma fobia dan seangkatan dengannya menambah beban dihati..bila batuk berkahak ne tentulah melibatkan paru-paru anak yang yang dulunya dibantu dengan ubat moden untuk menguatkan organ bagi berfungsi dengan cemerlang...tapi bila diduga begini perasaan dan fikiran tidak elok datang menerpa...oowh, nauzubillahiminzaliq...semoga anak-anakku dalam lindunganmu ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang terbaik buat anak-anakku ya Allah..

Bila membaca sesetengah artikel, isteri perlu bersolek untuk menambat hati suami...manakan nak bersolek dan melawa bila beranak kecil sebegini..muntah susu dibahu baju, masam bau susu badan sebagai perfume harian, tambah pula anak berkahak dan berhingus, tentu saja ada yang terlekat dibaju dan pakaian harian...manakan mahu bersolek kalau perfumenya ratusan ringgit bisa hilang dengan bau masam susu, kahak dan hingus, hehe...alhamdulillah, kerana Allah ada ganjaran untuk pengorbanan kita sebagai ibu yang sebanyak-banyak pengorbanan demi anak-anak...hehe, eh apesal macam bermadah pulak ne..ok...daa..sungguh tidak berilmu entri kebelakangan ne..mihmih-.-"

Infant, Toddler & Me Time

9.05.2013

ppheww...penat okey ada baby kecik ngan baby comel at the same time..tapi disebabkan they're so adorable, penat, tak cukup tidur pun takpela..as long dua-dua sihat walafiat, syukur alhamdulillah.... memandangkan ahmad harraz tengah aktif berlatih berdiri, memanjat and so on, perkembangannya memberangsangkan memandangkan umur dah setahun sebulan lebih cc 10 bulan, if ikut kiraan sebenar due date ahmad harraz dikira dalam garisan yang sepatutnya walaupun bayi pramatang...alhamdulillah, insyaallah dalam tempoh terdekat ne dah dapat bertatih a.k.a berjalan, depend on his effortla kan..adiknya pula bukan main tembam dan semangat dan pasal kerjanya hanya menyusu, tidur, poo poo...nampak gaya adik yang juara dalam acara timbangan berat..huhu, walaupun ahmad harraz dah cecah setahun lebih berat badan hanya naik ke 7.4 kilo je..-.-'..entah macam mana dah cara nak tingkatkan selera makan anak..adiknya pula baru 2 bulan dah cecah 4.7kilo, beza sangat dengan abangnya dulu 2 bulan baru cecah 3kilo even kedua anakanda lahir pra-matang...huu...
setelah berhari-hari peram entri yang sama, tak sempat-sempat nak update..2 3 hari ni sangat tak tenang bila anak-anak kurang sihat, tidur pun tak lena..dahla tak cukup tidur, tambah plak bila tidur tak lena...alahai, moms punya feeling kan memang macam tu kalau anak tak sihat...dengan maknya sekali jadi tak sihat mental fizikal, risau terlebih...-.-''. ahmad harraz selesema dan batuk yang berpanjangan, tidur malam pun terganggu dek pernafasan yang tidak selesa..kalau boleh tak nak ajar anak makan ubat banyak dan berpanjangan..not good for baby below 2 years..owhh, sons semoga cepat sembuh sayang..love u both..so berharap lepas ne ada 'me time'...sebab banyak benda nak settle kan, rumah tak berkemas lagi and so on...sungguh serabut..ok, just stay calm ..ok daa

Senarai Mengidam Selepas Habis Berpantang

8.25.2013

hai..so lama dah tak menulis, of coursela sebab ada anak yang macam kembar dan belangkas, so bila dua-dua dah tido wajibun mentidurkan diri jugak,tapi kadang-kadang tak mentidurkan diri jugak...time anak tidur tulah sibuk nak ketip kuku anak-anak, belek-belek rambut anak, tenung-tenung wajah anak...lastnya memang tak tertidola...bila dan bangun si anak ni kaki tangan pun tak cukup...tu yang rabak mata berjaga punya pasal..hisshhh tak paham betullah perangai sendiri..memang  tak sempat nak bersosialla kita..hehe.. dah habis raya belum?kita kat sini cukuplah 6hari beraya sakan ai mean kat kampunglah..pastu dah back to normal situation..if ada open house maybe yang tinggal kat luar, syawal semestinya berakhir sampai 30syawal kan..so sebelum bertolak balik ke sisi suami tercinta (habiskan baki hari berpantang dikampung) i think i need write something.......eheh, for therapy kononnya pasal dah makin sibuk dengan karenah anak-anak nanti..nak hadap blog sendiri dah tak menyempat, nasibla bukan keperluan pun kan..bukan ada yang nak baca pun..so lepas ne entry wujud bila ada rasa nak mewujudkan entry tu...ok ayat dah tunggang terbalik

Bila dah terasa lama berkurung dalam rumah, need fresh air to up the energy & motivate myself..wakaka..konon jugak ne...huhu, memandangkan perintah berkurung mungkin dipanjangkan, tunggu baby Haddad besar sikit, but thinking again i can't wait anymore..terasa kaki ni ringan nak berjalan-jalan window shopping, berjalan-jalan ditepi pantai..owhh mak-mak zaman sekarang memang kelass-.-
''... tak berkepentingan langsung...terasa comel plak ada keinginan camtu..maybe kes masa mengandungkan Haddad tak sempat habiskan apa yang dikempunankan..tu yang timbul macam-macam keinginan tu..kan Haddad kan? tetiba sabitkan anak dalam situasi ni...kahkah*lempang nak?*>_<"...apapun nafsu tetap nafsu..ok, daa...tengah buat list!!o_o

Kelahiran Anak Kedua

8.11.2013

wahh, punya tak hengat nak letak gambar si comel anak..so Ahmad Haddad stay in NICU for 5 days before discharge...memandangkan Ahmad Haddad takde masalah lain kecuali selepas kelahiran pernafasannya terlalu cepat dan laju, but then he's fine after one day warded...menjejakkan kaki ke wad NICU bukanlah satu pilihan, untuk mengingati balik perasaan ketika Ahmad Harraz(sulung) dilahirkan dan ditempatkan disana..tambahan pula untuk melihat wajah-wajah kesedihan ibu-ibu lain yang mempunyai anak pelbagai kompikasi dan masalah yang berbeza-beza..sungguh memilukan perasaan, kebetulan sehari selepas bersalin, keesokkannya dah boleh discharge except the son kena stay sanalah sampai betul-betul sihat. Sebelum balik, singgah dulu menjenguk anakanda di NICU, sayu hati tapi dah boleh menahan tangis tak sama keadaan macam dulu...pengalaman menguatkan diri, cehh-.-"..kebetulan ada beberapa orang ibu turut melawat anak masing-masing, turut terasa hiba bila melihat setiap ibu yang pulang berendam air mata( i know how the feeling)..hinggalah satu masa me amik peluang untuk tinggalkan susu perahan untuk anakanda, terlihat ibu yang kesedihan diluar bilik rehat, disebabkan dia masih teresak-esak..tanya si suaminya yang berada dalam bilik kelihatan tenang.."Anak lahir bila?"sambil dijawabnya "dah dua minggu, tapi baru je tiada"...terus bungkam tiada suara..al-fatihah...
Ahmad Haddad..
honestly, bilik NICU sangat menakutkan, takut untuk kita terima kenyataan dan kebenaran apa yang akan berlaku..same with me, dulu sangat takut kalau telefon berdering, dan ianya dari bilik NICU, takut sekiranya ayat yang dituturkan si pemanggil bakal menghancurkan hati dan perasaan..but i'm wrong, be always positive..insyaallah, Allah always be there...be strong for whatever happen..so yeahhh, dah merepek..here my second son, Ahmad(yang terpuji) Haddad(lautan), nama seperti ulama imam al-Haddad, waris nabi ke-100.

Puasa & Raya 2013

8.05.2013

Actually tak tahu nak cerita apa pasal puasa dan raya...memandangkan me buat kali keduanya berpantang dibulan yang mulia ne, tak dapatlah nak up entry "masak apa hari ni untuk juadah berbuka puasa?"giteww...kalu tak memang dah tertukar dengan blog masakan pasal tetiap update juadah berbuka...berangan!!miahaha...macamlah rajin sangat masakkan kan?so, seperti tahun lepasnya, kita disini berpantang, suami disinun bersahur dan berbuka sensorang..pity-.-'..so hopefully next year dapat jadik isteri mithali lagi solehah, bangun pagi-pagi, masak sahur, kejut suami bangun sahur, lepas sahur solat subuh jemaah sekali, pastu ngaji sesama tunggu matahari naik...kejut anak-anak, mandikan anak-anak, hantar suami kat pintu sebelum pergi kerja, balik kerja petang tu suami layan anak-anak pulak sambil tunggu isteri sedia juadah berbuka...wahh, panjang ko punye imaginasi..miahaha...insyaallah^_^. Puasa tahun ne berganti lagilah jawabnya-.-"

Apapun raya tetap raya...dan terlebih-lebih plak rayanya dari orang puasa...siap berpasang-pasang baju raya...huu, maklumlah tahun lepas sempat jugak pakai baju raya, tapi feeling raya langsung takde pasal Ahmad Harraz masih kat NICU masa tu..so this time, walaupun tak happening sangat...but sangat bersyukur diberi peluang beraya dengan anak-anak..hii, so Selamat Hari Raya..mohon ampun sekiranya coretan di halaman maya ne bisa merobek hati si pembaca...semoga segala kekhilafan dimaafkan walaupun tidak bertemu mata..Maaf zahir Batin...daaa^_^

Pengalaman Uri Tersangkut

7.31.2013

Betullah orang kata bila bersalin ada bahagian masing-masing rasa....syukur walaupun perit dan membuatkan diri fobia, semua selamat. Dalam pada selepas bersalin, suami keluar untuk doktor selesaikan tugasnya..doktor tercakap kat nurse yang membantu..."uri tak keluar ne, saya kena buat jugak "tak keruan dengar ayat doktor tu..terus doktor tu "i'm sorry ok, awak tahan sakit sikit...sedut gas entonox, saya bius sekali nak kurangkan sakit" keletihan meneran satu hal...sakit bersalin dah lupa dah...sakit yang ini yang menakutkan, pasal dah terbaca isu uri tersangkut kat Pa&Ma bulan Jun, tak tersangka plak jadik kat diri sendiri...so i know the process and how pain it is..huuuT_T. Allahuakbar, tak tahu nak describe macam bila doktor mula masukkan tangan kat bawah tu dan cuba menarik keluar uri...seperti sepohon pokok yang tumbuh subur ditanah, tiba-tiba akarnya direnjat-renjat keluar dari tanah...Allahurrabbi hanya Allah je tahu macam mana sakitnya, berkali ganda sakit lebih dari sakit bersalin, tiga kali doktor tarik, uri keluar...dan ...meneliti uri tersebut lengkap atau tidak...sekali lagi doktor tanya  nurse tu" dah lengkap ne kan?tapi macam ada yang tertinggal sikit"..Allah...bertambah tak keruan, sekali lagi doktor, noooo, berkali-kali doktor keluar masukkan tangan korek serpihan uri dah darah beku yang ada kat dalam rahim..perasaan masa tu dan rasa sakitnya...T_T(hanya mampu nangis kalau nak ingat balik)..sampaikan diri dah tak berapa nak sedar akibat terlebih sedut gas entonox untuk menghilangkan rasa sakit (tapi tak kurangkan jugak sakitnya) kena korek macam tu, banyak kali pulak tu..sampaikan diri dah hampir terawang-awang dan pandangan mulai nak gelap...doktor panggil my name "please, menyahut!!" masa tu memang tak menyahut sebab still sedar cuma tak mampu nak sahut panggilan aje...dah siap berdoa dalam terawang-awang tu, "ya Allah, jika tiba masanya ku pulang ke pangkuan-Mu, kembalikanlah aku dalam Husnul khatimah"..

Namun, dalam sedar tak sedar..doktor menggerakkan my body suruh celik mata.."hah, buat saya risau je", "maaf ye, saya kena buat macam tu sebab kalau ada sisa uri yang tertinggal saya risau awak tumpah darah lepas ne...dah siap, cuma nak make sure sekali lagi semuanya dah keluar ke tak, kita scan sekejap"panjang lebar doktor bagitahu.. then after scan, rupa-rupanya ada lagi yang tertinggal.."doktor, please...sakit sangat sangat..kena korek lagi ke?" dah separuh merayu.."sorry ye"doktor terus korek apa yang tertinggal..Allahurabbi, rasa dihujung nyawa lagi.."ok dah, semua selesai, saya nak jahit koyakan awak tahan ye"kata doktor...part ne tak payah cakapla, disebabkan sakit terlampau kena korek tadi, sampai stress doktor nak jahit koyakan disebabkan me tak dok diam..huhu, lastnya selesai juga...alhamdulillah, lepas tu terus lelap lepas dibagi ubat bius sekali lagi untuk mengurangkan sakit yang masih bersisa ..sedar dari lena, tengok doktor yang melayan karenahku tadi kat sebelah, sambil bertanya..."macam mana?ada rasa sakit tak kat perut?"hanya mengangguk..sambil memegang tangan doktor, aku ucapkan terima kasih, say sorry sebab susahkan kerja doktor tadi..she just smile...then say "it's ok, just get rest, and don't forget, jarakkan kehamilan lepas ne, luka czer awak masih dikira baru, tapi nasib baik luka dalam dah sembuh elok, uri sangkut tadi pasalnya uri anak tebal sangat..takde kaitan dengan luka czer, congrates"..for this time memang lupa nak tanya nama doktor tu...semoga Allah sentiasa memudahkan urusanmu..so, sementara menunggu ubat kecut rahim habis dimasukkan, me terlelap sambil dok termimpi-mimpi keskitan kena korek tadi...mulut terkumat kamit cakap sakit, sakit...sampai suami yang entah bila masuk balik ke bilik bersalin suruh selawat bebanyak..so malam tu, memang tak boleh tidur akibat sakit seluruh badan dan asal tidur termimpi mende sama..My MIL tumpang simpati katanya memang sakit kalau kena macam tu.."ma baru je dengar cerita orang dok cerita pasal uri sangkut, tak sangka pulak kena kat menantu sendiri"said my MIL..huu, itulah pengalaman bersalin kali kedua..sakit tapi nikmat, huu^.^ 

Pengalaman Bersalin HUSM

7.28.2013

Sekarang nak servis doktor wanita ketika bersalin memang payah kalau bukan bersalin dihospital swasta, hospital kerajaan pun ada tapi tak banyak..dan isu tentang doktor lelaki yang menjadi bidan wanita bersalin terus hangat diperkatakan..Alhamdulillah, syukur kerana Allah memudahkan segala urusan ketika bersalin...walaupun perit untuk mengingati, tapi tentunya jadi kenangan manis dihari-hari mendatang...Ahmad Haddad (my second baby name)..walaupun dalam sakit-sakit nak beranak, sempat lagi ingatkan Ahmad Harraz kat rumah, tu tak kira lagi kes menangis kat wad pasal rindukan Ahmad Harraz tika admitted ward beberapa hari sebelum bersalin...owwhh no word to describe motherhood feeling ...hehe

so, bila dah terlalu kerap berlaku contraction, memang ke labor room terus sambil berdoa semoga Allah menjaga keaibanku ketika bersalin nanti..supaya mulut terjaga dari meraung tak tentu arah...yelah bila sakit kita tak tahu macam mana rupa dan gaya kita layan sakit tu melainkan Allah sentiasa diingatan..terus baring kat katil untuk CTG test dan VE...alhamdulillah, siapa sangka untuk kali ni semua doktor perempuan yang buat dari buat VE sampai bersalin semuanya dari kaum sendiri...malu dan segan juga bila asyik terfikir bagaimana nak bersalin nanti jika yang bertugas doktor lelaki, hanya mampu berdoa setiap kali selesai solat semoga Allah jaga segalanya dan mempermudahkan segala urusan...maklumlah hospital goverment, tak boleh memilih melainkan dah amik pakej berbayar..tak mampu eden-.-"...kira berserah dan pasrah je masa tu, doktor lelaki ke perempuan asal selamat bersalin alhamdulillah..Bila dah check jalan rupa-rupanya dah 5cm terbuka, patutla sakit yang amat sepanjang malam tu..tambah plak melayan anakanda Ahmad harraz yang berperangai luarbiasa meraung-raung tengah malam tu..oo macam tu rupanya sakit contraction..untuk ingatan dimasa depan..huhu, masa Ahmad Harraz tak rasa sakit camtu, so memang takde pengalaman...

bila dah camtu, terus ke bilik bersalin, bilik no.4...menunggu detik dan ketika..sekejap-sekejap ok, sekejap-sekejap sakit amat, sambil menunggu kepulangan suami dibilik bersalin...sekejap-sekejap pejam mata, sekejap-sekejap mengiring kiri kanan...semua serba tak kena...dari 9pagi sampailah ke 4petang, takde tanda baby nak keluar..takde tanda rasa nak meneran..sampaikan suami sampai dan duduk disisi bagi semangat, contraction yang makin lama makin kerap...tak jugak merasa air ketuban pecah...disebabkan this second baby still in 34w++ (prem) doktor decide tak nak pecahkan ketuban..let it be natural birth..biar pecah sendiri...sampaikan jalan dah bukak 8cm and 3 doktor cuba pecahkan ketuban tak berjaya..exactly belum sampai masa...sampailah azan maghrib contraction stop, lama plak tu..so terus panggil nurse, memang camtu katanya..masa tu memang berdebar, berdebar takut kena czer ke apa, tapi disebabkan air ketuban still ada, no worries anak lemas or other problem..tunggu punya tunggu sampailah pukul 9.30malam, suruh suami keluar makan dulu..tak menyempat nak makan teman isteri layan sakit punya pasal-.-"...boleh pula lepas aje suami keluar, nurse pun takde lalu lalang, tetiba datang sakit contraction tak boleh nak describe sakitnya...sunyi sekejap..sampailah seseorang lalu depan bilik...terus panggil "nurse, please dah tak tahan ne, cuba buat VE, rasa tak tau nak meneran ke tak?" punya panjang berjela haku cakap, siap bagi arahan pulak tu..haha..rupanya yang kebetulan lalu tu memang dah doktor, bukan nurse...doktor yang tertulis untuk sambut kelahiran anak...terus doktor buat VE then "ok, dah bukak 10cm ne, awak buat la apa yang awak rasa nak buat, nak teran ke apa..saya pecahkan air ketuban ye" (terus rasa panas suam lepas doktor pecahkan ketuban)  wahh...boleh plak cakap camtu...dengan takde pengalaman ne>.<"..lagi doktor tanya" mana suami awak?baby dah nak keluar ne"..sempat lagi dalam rasa nak meneran tu "takpe doktor, nanti suami saya kenyang dia masuk"...elok aje baru nak start teran, suami masuk..apa lagi dua kali push terus keluar si comel anak..alhamdulillah suami sempat tengok kelahiran anak...bahagia ok!terus doktor suruh suami azan kat anak sebelum dimasukkan ke NICU, sempatlah anak dok kat dada sekejap...subhanallah, hebatnya ciptaan Allah..nikmat bersalin Allah bagi peluang rasainya..okey bolehla pasang niat nak beranak lagi 2 ke 3 tahun akan datang,insyaallah(let me rest for a years, tak larat ok)..kahkah tak menahan pasang niat terus!..fobia lagi kali ni, bila semua dah selesai(ai mean bersalin) even mendapat layanan first class dari nurse dan doktor tambah pulak semua dari kaum sendiri, tentulah ada kelass, miahhaha..ada lagi masalah lain. T_T (continue)

Kelahiran Baru Penantian 12 Jam

7.23.2013

As expectation, at anytime i'll deliver the baby...so sakit contraction yang hilang after discharge kembali aktif after two days, ditambah dengan darah sedikit yang keluar..tapi masa tu memang tak expect sakit yang menunjukkan memang betul-betul nak bersalin..so rileks saje ingatkan memain sakit tu...tambahan pulak anakanda Ahmad Harraz menunjukkan perangai luarbiasanya, merajuk bukan main, tengah malam bangun menangis dan macam-macam lagi yang ditunjukkan seakan-akan tahu je dah nak berkongsi kasih sayang...hehe..baby instinct truly deeply...

Sempat lagi pada pagi kelahiran anakanda bangun bersahur untuk ganti puasa lahirkan Ahmad Harraz tahun lepas sebab masih terfikir yang sakit tu maybe ambil beberapa hari untuk menunjukkan tanda betul-betul nak bersalin..nak tak nak kena juga bertabah hati nak habiskan baki puasa yang tak sampai seminggu untuk diganti sebabnya tak nak rasa terbeban dengan hutang puasa yang terlalu banyak...ni kes mengganti puasa last minitlah, tu yang jadi macam tu, kalau ganti awal-awal dah pasti tak sibuk-sibuk dihujung syaaban nak mengganti puasa...huhu, ok, salah sendiri..walaupun wanita mengandung diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa tak nak lah disebabkan kelonggaran tu kita main-main pulak mengganti puasa sedangkan diri mampu...huhu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde gunanya, bayar fidyah lah nampak gayanya..okess, meleret pulak..

Disebabkan sakit yang makin kerap selepas solat subuh terus bagitahu mak yang perut dah terasa sakit sangat...kalau ikut janji dengan doktor yang bagi discaj dah memang patut ke labor room terus..so pagi tu ayah terus cakap tak payah puasa, maybe dah sampai masa..masa tu memang dup dap dup dap je jantung berdebar memikirkan situasi ketika bersalin, tambahan pula suami pun dah terus decide nak balik bila inform contraction masa bersahur tu..sempat lagi dok fikir sempat ke tak suami temankan masa anak dilahirkan nanti...memandangkan masa Ahmad Harraz dilahirkan suami tak boleh teman, berharap juga yang suami akan ada disisi untuk kelahiran kali ni...huhu, dalam berdebar-debar dan sakit habis jugak sebungkus nasi kerabu breakfast pagi tu, masa sahur dah sepinggan nasi bertelur mata kerbau..selera tetap mantap dikala kesakitan gitu...-.-"

continue...

Pray For Saidatul Hafeeza

7.18.2013

always...everytime i wake up to bf Ahmad Haddad, i used to pray for her, tertanya-tanya sendirian how is she now?...even she's no one for me..but i keep a doa for her healthy, semoga diberi keajaiban oleh Allah untuk diberi peluang menjadi ibu pada anak-anak. Semoga diberi ganjaran syurga oleh Allah buat kebaikan Kak Pija yang memudahkan dan membantu ibu-ibu bersalin tika di wad bersalin   ..tak tahulah mengapa begitu tersentuh hati bila mengenangkan takdir Allah buatnya..buat Keluarga Kak Pija semoga bertabah hati dengan dugaan Allah, semoga untie Hani sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan..Pilu membaca coretan hati si ibu mengenangkan nasib yang menimpa si anak..membaca setiap barisan ayat dari hati untie hani, membuatkan air mata mengalir tanpa dipinta..moga dibulan penuh rahmat Allah berikan seribu hikmah buat Kak Pija sekeluarga..we as a blogger lets spread our love and doa to Kak Pija, go to Untie Hani to give her support, we always care...insyaallah (with love)^_^

Menikmati Tempoh Berpantang

7.11.2013

Being a mum really tired, but worth for it...menatap dan mencium bau syurga dari bayi yang masih suci dari kekhilafan setiap kali membuka mata...cehh, bermadah pulak..so sekarang apalagi selain menikmati tempoh berpantang after bersalin, takkan nak melepak kat starbuck pulak kan?ada yang makan kaki nanti..Exactly untuk kali ne memang tempoh berpantang betul-betul dimanfaatkan, tak sama masa bersalinkan ahmad Harraz tahun lepas....disebabkan terlalu takut apa-apa jadi kat jahitan ceazer, langsung tak berbengkung, ada!!...tapi boleh kira berapa kali ikat perut..bertungku berurut pun amik syarat je..compare dengan bersalin normal (yang turut sama ada pengalaman buat diri fobia)..fobia fobia pun ko beranak tetiap tahun...huuu-.-" (next time kena beringat dah) cukuplah dua kali fobia pengalaman bersalin..tempoh berpantang kali ni memang betul-betul berdisiplin dan rajin untuk kembali cun ramping macam erra fazira...kahkah=P

Walaupun jahitan episiotomi entah berapa jahitan (ngeri ok nak ingat balik), tu pasal tak nak tanya doktor berapa jahitan yang kena kat bahagian sensitif tu...asalkan boleh kentut, mean doktor tak terjahit sekali saluran tu...okeh melalut pulak-.-"...so, setiap pagi bangun mandi air teresap (air rebus campur daun pandan, daun lengkuas, serai wangi dll) memang menyegarkan orang bersalin macam kita ne, nak hilangkan hanyir bau darah nifas, lepas mandi berbengkung pula dengan kapur diperah limau nipis disapu kat perut untuk kecutkan peranakan...siap berbengkung, makan nasi berkuahkan lada hitam dan ikan bakar...genap tiga hari, panggil pula tukang urut mengurut dan bertungku selain bertungku sendiri setiap malam sebelum berganggang untuk kecutkan urat-urat depan dapur kayu moden..owhh, begitulah rutin orang berpantang, walaupun macam terlalu banyak perkara nak dilakukan, i really enjoy it, untuk diri sendiri jugak..beranak dan berpantang bukan selalu...so kena hargai masa berpantang, insyaallah..cukupla terlepas peluang masa bersalin anak sulung hari tu...so bila melalui tempoh berpantang macam ni, orang-orang tua (nenek kita) turut berbunyi...katanya orang sekarang dah tak berpantang tradisional..sakit, ubat ada!! tak perlu susah-susah nak pantang. betul tu! tak habis pantang dah berkeliaran di shopping mall, makan sesuka hati...baiklah nenekku sayang, harap cucu nenek bukan begitu dimasa sekarang dan masa akan datang..insyallah-.-"
Menikmati spa memanggang body dikala berpantang,ore tuo pggil gangge..


Selamat berpuasa dan menghayati bulan ramadhan penuh rahmat ni..owhh, rindunya nak berpuasa dibulan Ramadhan...buat kali keduanya berpantang di bulan puasa...

Dua Kelahiran Sulung

7.02.2013

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..syukur selepas penantian yang menyeksakan, my second baby boy selamat dilahirkan. Exactly dua kelahiran sulung, sulung ceaser Ahmad Harraz, sulung normal adiknya pula...alhamdulillah atas nikmat yang Allah bagi..dapat rasa dua-dua perasaan hebat lahirkan anak..=))thank you Allah atas nikmat yang tak ternilai.updates later.really need a rest...daa

week of pregnancy: 34w++(prem)
Date of Birth: 26/9/2013 at 10.22pm (20 Syaaban 1434H)
Weight : 2.16kg (NICU)

Discaj & Standby

6.26.2013

mm..my second baby ne nak jugak mamanya merasa dok dalam wad..even 3 hari bermalam di wad sungguh menyeksakan...nasib baik jugak dah berkampung kat kampung halaman, kalau tak benda tak expect jadi camni...tak tahulah nak pegi letak kat mana anakanda sulung yang comel tu-.-"..Kebetulan jugak my hubby balik this week..Allahuakbar, perancangan Allah tiada siapa yang tahu..alhamdulillah segalanya dipermudahkan, semoga anak mama bersabar untuk menjenguk dunia, at least 2 weeks++ mama dah syukur sangat...tapi kita boleh doa jelah, ketentuannya hanya Allah yang tahu...semoga sentiasa didalam lindungan Allah anakku..amin..disebabkan kontraksi bersalin yang terlalu awal tanpa bukaan serta tiada tanda-tanda lain dan disebabkan sejarah prem abangnya. terpaksalah kena tahan kat wad..test pun dah menunjukkan tanda positive bahawa adik Harraz maybe akan keluar awal dan bila-bila masa..memandangkan i'm still in 34w++, little bit awal dari umur cukup bulan, so terpaksalah merasa pulak sakit kena cucuk dos matang paru-paru yang menyakitkan sangat-sangat dan dos petidin untuk hilangkan contraction tu...huuu...hanya mampu berharap dan berdoa my baby dapat bertahan sampai cukup bulan untuk dilahirkan dan cuba untuk merasa kelahiran normal after ceaser..ya Allah, sakit contraction tanpa bukaan pun dah sakit yang amat apatah lagi nak buka sampai 10cmT_T...Allahurrabbi semoga dipermudahkan segalanya..pray for me readers...daa..

Untuk makluman, bagi yang kenal Dr.Saidatul Hafeeza (blogger kak Pija, merahjamboo.blogspot.com) pray for her, semoga ada keajaiban dari Allah. moga Allah sembuhkan kak Pija walaupun harapan untuk pulih sepenuhnya tipis, insyaallah doa dari kita saudara seagama semoga Kak pija diberi kekuatan, sesungguhnya segala penyembuh bagi segala penyakit datangnya dari Allah, amin...walaupun hanya kenal dekat blog and i'm the one of her blog reader..plus she is the one doctor yang sambut Ahmad Harraz in labor room tahun lepas..what happen to kak Pija benar-benar mencuit perasaan seorang mommies..sedih dan berharap Kak Pija sedar dari koma after deliver her second baby...tetiba rasa takut sangat nak beranak...huuuT_T

Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan

Mudahkan Bersalin

6.13.2013

Almost a weeks kat kampung, actually planning balik kampung untuk gathering with family members kat Tok Bali aje, memandangkan keadaan dah sarat sangat nak berualang alik balik kampung menimbulkan perasaan tak sedap hati...better for safe terpaksa stay kat kampung aje menunggu masa untuk bersalinkan adik Harraz yang comel ne, tak nak pisang berbuah berkali-kali... terpaksalah membujangkan suami awal sikit..huhu-.-"..kononnya kenalah berehat bila dah masuk 30weeks++, tapi lain jadiknya, sebelum bertolak balik ke terengganu terus, sempat lagi pergi tawaf bangunan GM Klang, dua kali pulak tu..siap pasang niat nak tawaf sekali lagi sebelum balik beranak...nasib baik dah duduk kat kampung, kalau tak kempis poket suami hasil mentawafkan diri kat situ...so, conclusionnya GM Klang dah boleh masuk list tempat shopping barang baby yang best dengan syarat BORONG...heheh..memang kelabu matalah dok kat sana..memang best, tambah best ada Ayam Penyet jugak kat sana...bahaha, takde kaitan...disebabkan niat dah tak tertunai untuk pusing GM Klang untuk kali ketiga, maka niat suci murni tu kita tunaikan lepas deliver adik Harraz lah ye..haha. tersedak suamiku baca nehh..-.-". 

Memang banyak betullah aktiviti sebelum balik baru-baru ni, bukan takat tawaf satu GM Klang tu aje, satu zoo Melaka pun dah tawaf sehari sebelum tu..huu, tak pernah-pernah, tambah pulak dok travel jauh-jauh, memang cari pasal betul, apa-apa orang cakap banyak jalan-jalan mudah nanti waktu bersalin ..hope everything fine..Ahmad Harraz pulak semakin hari semakin atap (berat, bahasa ore kelate) dan semakin manja, asal nampak mamanya nak bangun sikit dah meraung suruh angkat sekali, memang tak boleh buat kerja apelah selain budak comel tu dok berbelit dikaki aje...maybe dah tau nak ada adik, tu yang manja terlebih..huuu, walaupun tak pandai merangkak, sekarang dah tunjuk pandai nak meniti di sofa dan panjat bendul dan tangga..adeii...tak sampai seminggu dah dapat skill baru...daa, just short entry for updates...tengah struggle settle hutang puasa beranakkan Ahmad Harraz tahun lepas...takut this year bertambah pulak hutang untuk adik Harraz..so, kena bertabah hati habiskan jugak..semoga sentiasa didalam lindungan Allah...amin=))

Bajet & Tempat untuk Beli Barangan Baby

5.30.2013

The best place untuk mencari barangan baby  tentulah Manjaku, tak tahulah dalam banyak-banyak tempat memang Manjaku menjadi pilihan especially kat Bandar Baru Bangi..hehe, dan dalam banyak-banyak Jusco, Jusco Taman Maluri  memang best baju baju baby banding Jusco tempat lain..haha, macam mengarut pun ada, actually kalau ada duit kat mana-mana pun best untuk shopping barang baby ne kan?kalau nan-ado, memang menyengih jelah pergi window shopping.. Nak shopping barang-barang baby ne bergantung pada budget masing-masing..Antara barang yang boleh hold dulu, tak payah rushing sangat nak beli, carseat, stroller, rocker n etc, kebanyakannya accessories untuk babyla. Those thing boleh dicari after baby lahir or habis pantang....sebabnya keperluan yang paling utama untuk newborn adalah pakaian, lampin and basic things macam tub, wet cotton n etc..so for mommy to be tak payah nak pening-pening kepala fikirkan terlalu banyak keperluan yang takde priority untuk newborn melainkan overbudget sampai taktahu nak buat apa dengan duit bolehlah membeli ikut nafsu dan kehendak...hihi

Pengalaman bershopping barang-barang untuk anakanda Ahmad Harraz, budget yang habis sekitar RM600++, baju-baju baby pun dah RM300++, tak masuk barang-barang cinonet yang lain,budget tu pun dah termasuk breast pump Manual Avent untuk get ready if nak guna, dan sememangnya berbaloi beli pasal tak sangka Ahmad Harraz lahir awal, every two hours everyday kena perah dan kumpul stok untuk dibawa ke NICU setiap kali melawat Ahmad Harraz selama 47hari..sangat berbaloi Avent Manual Breast pump ne, (beli online plus diskaun) disebabkan Ahmad Harraz lepas keluar hospital pun tak nak direct feeding terpaksalah berhempas pulas mengepam setiap hari..oh anak mama ne-.-"..yang penting fleksibel boleh perah dimana-mana je tak perlu bantuan tenaga elektrik, tu pasallah cepat sangat turun berat badan disebabkan terlalu banyak guna tenaga nak mengepam, hoohoo...keep praying moga adik Harraz nanti boleh directfeeding je sampai umur 2 tahun...insyaallah, moga anak-anak mama sentiasa dimurahkan rezeki... amin^_^

Kebanyakan barang yang dibeli semuanya berbaloi, sebab memang digunakan sepenuhnya, takde pembaziran kecuali stok bedak, shampoo n etc yang dihadiahi, belum sempat habis..tips nak beli baju baby jangan beli saiz newborn banyak sangat cukup 2,3 helai je..selebihnya cari saiz untuk 6bulan-9 bulan, sudahnya Ahmad Harraz sampai sekarang masih boleh guna baju-baju yang elok-elok je muat walaupun umur dah nak masuk setahun, genap setahun boleh pass ke adiknya pulak..kahkah, jimat punya pasal kannnnnn...itu pasallah sampai sekarang tak over excited lagi nak men-shopping sedikit barang untuk adiknya pasal lebihan barang masih lagi mencukupi untuk kegunaan masa akan datang...baju-baju Ahmad Harraz yang dah tak muat boleh pakai untuk adiknya nanti..gituuuu!!Melainkan adik Harraz gegirl, kenalah shopping jugak nanti ye...yahuuuu!!! Nak tips lebih baca sini...daa, selamat bershopping mommies=))