Nasi Berkuah Budu, Cili Api Picit

3.29.2012

2, 3 bulan neh kadang-kadang selera tak menentu, kadang-kadang nak makan, kadang-kadang tak nak makan...ecehh, kelentong je keje...hehe=p. Actually selalu jek berselera tapi part yang berselera tu kadang-kadang tak boleh nak expect nak makan apa. Alhamdulillah, sepanjang trimesters pertama (yeeayy!dah nak nak masuk trimesters kedua) memang takde masalah untuk menjadi master chef kat dapur, cumanya kadang-kadang kemalasan tu adalah terselit sesekali dua mengakibatkan en.azham pergi kerja tak berbekal makanan tengahari...huhu-__-". At least tak pernah miss sedia breakfast kira okeilah kan?err menyedapkan hati-.-'. 
Kelantan rencah, budu rasa;D
Yang paling perasan, dalam sebulan sekali mesti ada feeling nak makan nasi putih berkuahkan budu je, pastu picit-picit cili api bagi pedas (penangan tanam pokok cili api depan rumah) berlaukkan ikan kering kekek (import khas dari kelantan) dan sedikit ricikan timun batang...perghh!macam master chef betul plak...salin ye resepi!payah nak dapat ne-.-...Confirm kelantan sejati anak dalam perut neh, budu mengalir dalam darah...kihkih=p. Memang berselera hadap menu neh, kadang-kadang nasi tambah, tapi sekarang dah kena kurangkan makan nasi, sebab tak nak berat badan naik mendadak-dadak-dadak.huhu. Kang tak pasal-pasal kena ceramah kat nurse plak bila check-up. So better beringatlah kan..Hurm, selera masa mengandung ne bukan boleh ikut citarasa anak tekak dan perut aje, tapi kenalah make sure anak dapat zat yang secukupnya dari apa yang ibu makan, pointnya berkhasiat. BUDU??of course berkhasiat, NeaLOFA pun makan budu okei tu pasal kulit cantik, katanya lah kan?-_-'. Sayang baby mama! kihkih=p...rasa nak hempuk je yang menaip ne..okei behave!

p/s: next mission-->cari pokok limau purut!




Baby Budget & Shopping Planning

3.28.2012

Walaupun budak cute dalam perut neh masih di awal perkembangan untuk membesar alooo tomei tomei hahha=p, planning untuk shopping dan penyediaan budget perlu dibuat seawal mungkin supaya tak kelam kabut dalam aliran kewangan dan kita pun tak terover budget bila berbelanja. Betullah orang kata bila dah kahwin ne, cabang belanja semakin meluas seiring pertambahan orang baru dalam keluarga. So secara tak langsung sememangnya harus bersedia sebelum kahwin lagi mental dan fizikal untuk hadapi semua proses kehidupan. insyaallah^_^. Yang penting kena sentiasa bersederhana dalam semua perkara, insyaallah apa yang kita cuba perolehi cukup dari segala segi sekiranya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurnia-NYA. 
So berbalik kepada baby budget, sekarang dah mula mendapatkan panduan untuk menyediakan keperluan bakal junior dan budget yang perlu disediakan. Shopping planning pun dah kena target kat mana nak mencari keperluan baby junior with affordable price...SOGO one of my choice tapi kena pilih hari yang tepat untuk bershopping. Kalau yang jenis malas bersesak-sesak so kena avoidlah weekends..hheehuu. Teringat pulak peristiwa shopping barang-barang kahwin kat SOGO..memang berbaloi. So need to more info about promotion or sales and many more  tips klik saja SINI
P/s: owhh...^_^

Mengidam Luar biasa~Makan di Kenduri

Makin hari makin lemau nak mengadap belog sendiri, bukan takat lemau nak mengadap blog, nak buat kerja rumah pun punyalah berat bontot...tambah plak part memasak...huhu, paksakan diri jugak!hmm, sejak semalam mengidam nak makan lauk kenduri-kendara...boleh tak??!!stress betul dengan keinginan entah hape-hape neh...musim kenduri dah lepas, nak tunggu cuti sekolah akan datang mahunya tak meleleh neh air liur...uuuhuuhuu, kalau ikutkan boleh aje pergi cari lauk gulai kawah ke, tapi ne tahap mengidam ne bukan yang nak makan sorang-sorang, tapi nak makan ramai-ramai masa kenduri tu...-__-", adeii tak paham diri sendiri..saiz badan pun dah macam terlebih comel...semua baju kurung tak muat...heeehuuu
stress lagi sambil makan cokelat..
uhuuhuu...bestnye makan reramai macam nehhh....grrrrr*___*.


The Best Feeling at 12 weeks Pregnancy

3.20.2012

Lama sungguh tak mengadap lappy, huhu...entah apa kena...takde mood or memang tak boleh dekat dengan lappy seminggu dua ne, memandangkan baru je lepas fasa sibuk macam orang kahwin jugak...2, 3 hari ne memang betul CIR (Complete in Rest), berbaring aje keje...disebabkan kandungan masih di ambang terakhir trimester pertama dan disebabkan sedikit warning dari orang baru dalam perut, makanya nak tak nak memang kena berehat...Seminggu sibuk dengan aktiviti yang banyak menggunakan fizikal betul-betul mengancam orang baru...should be more careful-__-'...Alhamdulillah sepanjang trimester pertama semuanya okei, takde alahan, takde muntah-muntah, pening-pening...selera makan pun okei, tak terjejas...syukur

Sunyi pulak minggu ne, sepanjang cuti sekolah memang rumah meriah sebabnya my parents serta my PIL (parents in law) datang berkampung kat sini...seronoknya hati disebabkan tak dapat balik kampung at least orang tua datang menjenguk sambil nak kenal rumah yang kitaorang suami isteri diami lepas kahwin hari tu jadi pengubat hati...Semalam sangat bahagia bila dapat tengok anak dalam kandungan sedang bergerak aktif, very active kata doktor..hehe, tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bila tengok anak yang dikandung sedang menikmati perkembangan yang baik, so the end up tak print gambar baby sebab doktor payah yang nak catch up the best position disebabkan baby tak duduk diam, nak ambil ukuran kepala pun bukan main payah, hihi..so cuteeeee anak mama!!!haha=p...Memandangkan dua hari lepas ada sedikit warning dari kandungan dengan tanda-tanda pendarahan, memang buat tak lena tidur...Alhamdulillah, doktor cakap the baby just fine, uri kat atas, no crack, air kentuban mencukupi dan baby pun membesar dengan baik berdoa kandungan sentiasa dipelihara Allah...Amin^_^. So today, my baby dah 12 weeks and 6 days. Mcam tak percaya...hihi

Beli Perabot Adakah Keperluan

3.05.2012

Tak sangka pulak bulan neh terover bajet..apapun entah mana datang fulus..turun dari langit memang mustahil...buat pengantin baru yang baru belajar duduk berdikari macam saya neh, memang tak pernah terfikir nak membeli perabot apatah lagi masih menyewa...seakan pembaziran...tapi bila pula waktu sesuai untuk membeli perabot?Katakan kita hanya mampu duduk di rumah sendiri mungkin dalam tempoh 3 tahun akan datang..bukankah satu masa yang lama untuk membiarkan rumah yang disewa hanya dihiasi lantai kosong beralaskan tikar? Macam mana pengalaman korang?...lepas kahwin terus penuhkan rumah dengan perabot atau tunggu sehingga setahun dua, takpun memang tak amik peduli langsung?...kalau rumah sendiri memang best sangatlah part cenggini, nak menghias rumah pun tak rasa serba salah, kan? Melainkan barang yang memang wajib ada untuk kegunaan seharian seperti mesin basuh, peti sejuk dan tv. Yang tu memang asas, kecik takpe asalkan berguna. At least dalam tempoh tertentu kita menang memakai. Kadang-kadang  terfikir jugak newly brides macam mana handle situation lepas kahwin pasal tempat tinggal. Sama macam kita tak?Asalkan ada rumah yang lain tolak belakang-belakang dulu, atau macam mana...mm

p/s: sangat tak rajin sekarang

New Month and Unexpected Situation

3.01.2012 Malaysia

Wahh, dah masuk mac...cepat masa berlalu, almost 3 month en.azham and i menjalani alam berumahtangga...a lots to learn especially masak dan menguruskan masa dengan bijak..bijak keeee???wahaha...apapun ada yang kelakar, ada yang buat weird face when something happen disebabkan perkara yang tak dijangka...dan semacam segala perangai, tabiat yang sebelum neh tak pernah kita tahu tentang pasangan akan pecah tembelang..so much fun and new thing to learn with each other, hopefully he'll be my imam forever after until my last breath..eceehh, menggedik plak ayatnye...gelii ohh!!-__-". Insyaallah. 

Dah semestinya hampir cuti sekolah ne, musim berkompang gendang gebana kembali meriah..eerr i mean musim sekolah yang sinonim dengan musim kahwin berderet-deret bakal menyaksikan ramai rakan-rakan seangkatan akan menamatkan zaman bujang...i know how their feeling right now..almost excited to be a wife/husband, nervous to change a status , happy to be with the beloved one, bluurr & stress with the preparation of wedding day blaablaablaa..somehow i wish they always pray to Allah s.w.t to simplify all those thing perfectly..owhh, teringat my reception!hehe=p

Dan tahun 2012 jugak nampak gaya ramai juga rakan seangkatan yang bertukar status kepada "mummy daddy"..bertambah khalifah dibumi Allah..hihi, termasuk my older sister..ME?insyaallah on the way jugak nak jadi parents..just be prepare mentally and physically to next stage..Apapun tahun ne memang banyak perkara planned jadik unplanned...apapun pasrah dan redha.Segalanya berhikmah, tapi menangis jugak dalam hati terpaksa cancel free honeymoon travel ke china nanti...so SADT_T. Honeymoon trip ke sabah pun kemungkinan besar hanya tinggal planning aje, burn tiket! Berharap ada rezeki nak travel lain kali pulak kan...insyallah^_^. 

p/s: i need fresh air..