Short Trip Villea Morib Resort

9.21.2026

Percutian untuk pujuk anak-anak kena tinggal selama dua minggu, rasa lain ye lepas balik berdua bercuti beribadah dengan suami semata-mata, yelah mana tak rasa lain, kami tak pernah tinggal anak-anak kalau pergi mana-mana selama mana anak lahir dari anak sulung sampai anak bongsu. Namun perjalanan ibadah ni juga waktu terbaik untuk kami suami isteri buat reflection balik antara kami selepas berbelas tahun, antara best moments for us, like second honeymoon juga, thank you Allah atas ujian yang aku tak nampak mana hikmahnya lagi, jika ini jalannya, moga hati terus kuat sehingga akhir nafas nanti, Amin yra. Betullah nak berdamai dengan takdir tak mudah, may Allah ease for every journey. 



Memandangkan feeling jetlag tak habis lagi even dah seminggu balik Umrah, kami decide pergi tempat tak jauh sangat, yelah driver pun teruk juga jetlag, tapi kerja tetap kena masuk macam biasa bila cuti dah habis, aku beruntung dapat bantai tidur sepuas hati, ambil masa nak back to normal timing. Apapun memang rindu moment masa Umrah, sebab fikir tentang nak buat ibadah je, macam masuk dimensi lain, clearkan terus apa dihati, semua tertuju yang SATU, nothing distract. Tu sebab kita rindu kan? Moga Allah jemput lagi kami semua. Ikutkan angan, nak anak-anak sampai juga sebelum kami dijemput lagi, insyallah, supaya depa tak berat hati dah bila tengok macam mana tempat kami buat kerja haji nanti, even tinggal depa lama nanti, depa dah ada bayangan kita kat mana etc. Amin yra.






Apapun bila berjalan makan angin sekarang, aku rasa banyaknya hikmah bersafar. Tu sebab orang suruh keluar, keluar tengok dunia, keluar tengok tempat lain, banyak buka minda yang tertutup. Banyak membuka ruang untuk otak berfikir dan paling banyaknya tentulah rasa syukur kerana masih dikurnia nikmat merenung, memerhati, mengambil pelajaran dan iktibar akan sesuatu perjalanan. Banyaknya kebesaran Allah terbentang luas untuk pandangan mata ni menatap. So back to short trip kami kat Morib, decide sebab tak nak pergi jauh dan ada tujuan lain juga.








Kebetulan pula kami nak jemput orang balik bercuti juga, so kami cari tempat yang dekat ajelah dengan airport, takde rushing nak pergi nanti. Tempat yang available masa tu kat Villea Morib Resort kat Banting, tempat kami mulakan hidup rumahtangga kami dulukala, datang mengenang susah payah, perit, senang, gembira, semua feeling, situasi pernah wujud disini dulukala, kihkih. Alhamdulillah for bitter sweet memories, paling ingat tentulah rumah kena rompak dek warga asing, dalam pada kenangan tu ada juga kelakarnya, perompak keluar lari ikut kiri, laki aku keluar kejar ikut kanan, mana taknya mata rabun, spek tak tahu mana hala, wakaka, asal kejar je time tu, adehh, nasib baik takde apa, benda hilang boleh ganti, nyawa hilang takde 8 level lagi 'hidup'. Ikutkan hati muda masa tu nak beli sangat dah rumah kat sana, tapi Allah tak izinkan, ada hikmah besar juga, hehee. Apapun menyusuri kembali jalan kat sana sepanjang kami nak ke Villea Morib Resort tu, really make us more grateful. Masyaallah Tabarakallah, tanpa pengalaman, tiadalah pengajaran dan pelajaran untuk sekarang. 









Kami sampai kat resort dah petang sangat dah, yelah banyak menyinggah situ sini, yang penting alhamdulillah sampai. Aku cakap kat laki apesal macam tak pernah ada pun hotel ni dulu masa kita stay sini, rupanya ada, tapi nama lain, maybe dah tukar owner and rebrand la kot, jadi yang sekarang aku tahu Villea Morib Resort ni lah. Ambil kunci bilik dan terus check in, ingatkan bangunan sama dengan tempat lodge, rupanya bangunan lain, kami bergerak dari tempat ambil kunci ke bangunan sebelah, tapi bangunan resort yang berasingan dari bangunan utama. Naik ke bilik, alhamdulillah okaylah walaupun ni je bilik yang available, syukurlah dapat juga bilik dari takde langsung, kes nak tepi pantai, dapat bau air laut pun jadilah. Selesai solat, kami keluar untuk makan malam kat Bagan Lalang. Antara tempat makan ikan bakar yang kami kerap datang dulu time gaji, kihkih. Untuk rasa yang berbaloi, seafood segar memang sini port best nak makan bakar-bakar. 



Lepas makan, kami balik bilik, tidur. Actually masa dapat bilik ni, aku dah fikir bukan-bukan, mana taknya sebelah bangunan hotel ada rumah lama yang dha ditinggalkan kat sebelah bilik, seram mak, aku ni kan penakut, mulalah fikir yang bergentayangan pakai kain putih tu, wakaka. Punya teruk dalam fikiran bab hantu ajelah, tapi diam jelah, doa-doa lah takde apa yang aku terfikirkan. Lagi berdebor bila aku buka laci ada Al-Quran, lagilah aku ghisau, yelah jarang sangat hotel ada Al-Quran ni, adeii punya teruk bab sangkaan tu. Rupanya pagi tu terjawab sangkaan aku tak betul rupanya, padahal dah banyak pelajaran,ingatan kat Tanah Suci tentang seketul hati ni, itulah habit bersangka dah lama bersarang, moga Allah buang sepenuhnya dalam hati aku ni. Pagi tu rupanya ada asbab kami dok bilik belah tu, dahlah kami aje kat line bilik tu. Allah hadiahkan pemandangan matahari terbit yang sangatlah cantik, sampai berjurai-jurai air mata aku menatap, malu dengan diri sendiri asbab salah sangka yang buruk. Punya cantik tak tahu nak kata, suasana meruntun hatinya dengan ciptaan dan kebesaran ciptaan Allah, aku istighfar banyak-banyak. Kalau ikut awal pagi tu aku sedar banyak kali, until pukul 5pagi aku today tak boleh tidur asbab sejuk aircond 26°c. 










Pagi tu, semua bangun awal asbab nak mandi kolam, jadi kami breakfast dulu sebelum layan depa mandi kolam. Makanan buffet kat sini okaylah untuk aku, cukup lengkap sangat dah untuk makan pagi. Bercuti kat hotel ni aku tak beria sangat bab makanan hotel, melainkan memang betul-betul book untuk pergi makan semata-mata, yang tu kena take seriously sebab kita bayar betul-betul untuk makan,kihkih. Itu akulah. Cantik betul rupanya hotel ni, tengok dari luar macam biasa je, tapi bila masuk belah dalam boleh tahan tempatnya, ada chalet juga, ada bilik-bilik hotel. Aku pusing sekitar resort, bila tengok ada laman luas untuk sekarang aktiviti memang sesuai sangat kalau buat small family gathering. Takde benda lain to concerns, sekarang kalau ada cuti bersambung, kami bincang adik beradik untuk berkumpul bersama mak ayah, tengok mak ayah makin menua ni entah berapa lama lagi kami dapat meluangkan masa bersama. Kolam kat sini pun boleh tahan luas, puas hati anak-anak aku layan berenang kat sini. Perghh kalau semua anak-anak fruits ada ni confirm depa pun melompat, buat skills gymnastics dalam air dengan sama geng. 


Apapun stay kat Villea Morib ni terasa duduk kat tepi Pantai Port Dickson, lama betul juga kami tak sampai sana, kalau duduk Banting dulu antara tempat kami ulang pergi, Nilai, Port Dickson, Seremban, then Morib, Bagan Lalang, takde tempat lain dok pi mai pi mai situ jelah paling dekat. Masa mula-mula Mitsui siap, situlah tempat kami lepak, santai-santai, menghabiskan masa pusing dalam mall, dah boring pergi pusing makan-makan kat airport KLIA, port makan juga situ, kihkih. Aktiviti rekreasi tengok kapal terbang naik, turun, ni paling winlah untuk Harraz Haddad. Hmm, what a memory. Tak sangka kali ni kami datang jauh semata stay sini dan dapat mengimbau memori anak-anak membesar kat sini, cepat masa berlalu.
















Anak-anak aku kalau dah cakap nak mandi air kolam, memang depa mandi sepuas hati, tak nak naik sampai rapat waktu nak checkout, jadi 30minit sebelum check out depa naik dari kolam, masuk bilik bersiap-siap untuk ke tempat lain plak. Kalau ikut ada sehari lagi sebelum esoknya nak ke airport jadi tak tahu nak stay mana lagi. Takpelah tempat tidur tu, boleh fikir nanti, anak-anak dah barai berenang, masing-masing dah kelaparan, nak makan tengahari pula. Cari makan dekat tempat berdekatan, kami cari dobi basuh dan keringkan kain baju, then pergi makan. Siap makan kami cari tempat tidur, dah alang-alang kami lalu ke Bagan Lalang, decide tidur are itu ajelah senang, try google then alhamdulillah ada yang available. Keluar dari Villea Morib Resort, aku cakap lain kali boleh datang lagi sini, quite okay jugaklah kat sini untuk bercuti. Cuma takde area pantai lah untuk duduk-duduk tengok laut, melangut sambil main pasir pantai, kalau dulu aku pernah bawa mak ayah datang hotel kat Morib tapi hotel tu sekarang dah macam tempat horror plak dah, pkp and covid impact maybe. Entah macam manalah owner-owner bilik yang beli untuk investment, may Allah ease.


Xoxo
Solitude