Showing posts with label Motherhood. Show all posts
Showing posts with label Motherhood. Show all posts

Akal Budi

12.17.2025

Kesian baca anak menantu mengadu jenis mak mertua ulang alik datang rumah every week, rimas, habis kacau plan. Kesian semua anak menantu yang tersepit ni ye. Sebenarnya luahan, makian, kutukan, umpatan untuk mak mak mertua kat medsos antara batu tara, sempadan, panduan juga untuk kita kita yang jadi bakal mak mertua orang nanti. Jangan hari ni ko kutuk mak mertua cemtu, suatu hari ko jugalah mak mertua sebegitu macam yang dikutuk dimakikan tu ekk. What goes around comes around  comes around, aku dah banyak tengok contoh depan mata. So bila dah kita experience gitu, do better soon, amin. 


Teringat kata-kata Madnor, "yang suka komen kalau tengok orang share resepi, eh ni salah masukkan bahan tu dulu, patutnya gitu, patutnya gini", "haaa! kau lah tu mak mertua orang yang asyik nak komplen menantu masak tak ikut piawaian tekak sendiri nanti-nanti". Tak boleh ke biar je dia masak macam mana asalkan akhir nanti penuh meja, siap juga makanan tu, sedap juga masakan jadinya. Hallah, hallah, semua benda nak komplen, orang hias rumah, masak, kemas, berjalan merata, semua tak betul, ada je nak dikata, semua benda nak atur ikut tekak cara sendiri. 


Ko tengoklah kat post mana-mana, komen-komen depa, kita dah boleh agak macam mana depa ni kalau jadi mak mertua, dia punya komen tak beragak, kaulah mak mertua hawau suatu hari nanti tu. Wkaka, padu terus madnor bagi, kita kalau hari ni asyik banyak komplen, asyik komen orang tak kena itu ini, memang sampai ke tua peel asyik komplen tu melekat. So train diri tahan komen kutuk orang, mengata orang, cukup tenung dan perbaiki diri sendiri, jwanjiihh. Tu sebab aku tak banyak komen, bukanlah semua setuju, semua tak setuju, tapi itulah hanya belajar menahan diri aje, takut-takut bodoh aku keluar, cukuplah bodoh kat blog aku sendiri aje nahh, wakakka.


Mak ayah, mak mertua aku sendiri dah contohkan sesuatu' yang baik untuk aku teladani. Tak payah tengok orang lain, cukup orang tua aku tunjukkan depan mata aje. Yang baik of course  aku amik apply, insyallah. Aku dah siap-siap pesan kat anak lelaki dan perempuan, dah kahwin jangan ada niat nak duduk sekali dengan kami, pandai-pandai urus keluarga sendiri, cari rumah sendiri, balik sekali sekala okay. 


Mak ayah aku jenis straightforward tegur anak-anak kalau tak kena, sama juga kami anak-anak bila ada mak ayah rasa tak kena kami kasi je pendapat kami sebagai anak-anak kat depa. Alhamdulillah kami memang boleh terima pendapat, kritikan membina tanpa ambil hati, tegur sebab sayang antara satu sama lain. Yang penting komunikasi kena padu, jangan dok main berlapik, kias-kias, teka-teka,  communication breakdown ni memang worst effect ye. Macam aku laki bini, kalau aku dengar ayat "abang nak tegur sikit ni" ahhh, sudah..terus berderau putih muka, ghisau, ghisau aku merentan kes sentap kena tegur benda betul, wakakka. Sama juga "maaf ye abg, baby nak cakap ni"...ahh sudah, elok berderau sesama dari orang lain yang menegurnya. 


Nak buat rumah sendiri pun jangan dekat dengan rumah kami, aku cukuplah pengalaman membesar dengan anak beranak sekeliling rumah, cukuplah pengalaman tu untuk aku tak apply dalam kehidupan aku dan keturunan aku nanti, pergilah korang nak duduk merantau mana-mana even if satu negeri pun jangan dok depan mata aje, dok jauh sikit kasi luas pemandangan tu, as long as kehidupan baik-baik saja, ups and down dalam rumahtangga tu biasalah, if dah susah sangat jangan malu minta tolong, dan rumah kami akan sentiasa terbuka terima anak menantu balik mengadu. Rumah anak beranak sekeliling ni, ada pro's and cons. Di masa muda ni merantaulah, bawa anak bini keluar pergi tempat berbeza, buang jumud dalam fikiran tu, biar terbuka sikit minda, world doesn't revolve around you. 


Kami ni ada fasa balik rumah mak ayah, ma kena tanya dulu depa ada program apa-apa tak?kalau tak ,balik gigit kuku jari aje, sibuk program rutin mengaji, ziarah kawan-kawan, bercuti situ sini, aku happy sekurang-kurangnya mak ayah, mertua aku padatkan jadual dan Allah atur kehidupan mak ayah terselit juga menguruskan kehidupan orang lain yang perlukan bantuan, dan urusan sebegitu bantu depa lebih sihat, lebih aktif dan tak duduk diam. 


Orang tua, even orang muda sekalipun kalau tak disibukkan rutin memang akan menyibuk dengan urusan kehidupan orang lain, tu yang banyak kisah masuk campur tu, cerr tengok aktiviti depa sehari-hari buat apa? Orang tua ni kalau kehidupan mereka baik-baik saja, takde masalah kewangan, takde masalah anak-anak cucu menantu, even benda kecik pun depa nak besar-besarkan, sebab apa? Sebab takde kerja rutin nak buat, terlebih masa nak memikir hal orang. Tak caya perhatilah. Depa kalau sibuk benar memang depa tak sempat nak masuk campur kehidupan orang lain. 


Aktiviti mereka macam tu buat depa bergerak sentiasa dan itulah kunci sebenar sihat dimasa tua iaitu kena bergerak aktif. Orang tak setuju kalau kata macam tu, tapi sebenarnya memang itulah jawapan nak sihat bila masuk warga emas, otot-otot yang melemah kena bergerak untuk terus sihat. Bila ada rutin, jadual penuh, depa tak sempat overthinking, comparing to others life. Kalau follow orang Jepun punya konsep depa apply kat orang tua sana, itu yang terbongkok-bongkok masih bekerja, sebab nak depa bergerak, valid jugalah kat sini, memang orang tua kena bergerak lebih, untuk make sure their brain function optima sesuai pertambahan umur. Lani aku terinspirasi tengok orang tua buat weight lifting workout, mak aku siap beli dumbbell dan kettlebell, bab bergerak aku tak risau sebab tiap-tiap hari mak ayah aku naik turun tangga 15-20anak tangga, rumah kat kampung tinggi benau, tapi ada kebaikan juga rupanya. Depa memang bergerak buat senaman lutut tiap-tiap hari.


Tapi janganlah konsep bergerak 'pergi mari' tu kau pi ulang alik jenguk anak menantu cucu. Orang tua pun kena ada common sense. Ye, depa pun ada kehidupan sendiri, ada rutin sendiri, depa nak balik depa akan balik, jangan dok mengatur sangat kehidupan anak-anak ni, ibu bapa once dah menjalankan amanah dengan baik, tak payah suruh paksa anak-anak bagi duit tetiap bulan, tak payah paksa depa balik kampung, they willingly doing it dengan hati terbuka. Jangan ada niat dalam hati tu sekelumit untuk anak balas jasa, sebab tu amanah, jangan salahguna title mak ayah tu ye. 


Jangan nak mengungkit-ngungkit jasa, pengorbanan masa besarkan anak tu, rugi, habis kosong macam tu aje pahala, takde ikhlas dah kalau mengungkit. Sia-sia habis berpuluh tahun besarkan anak, last-last mengungkit aje kerjanya. Benci aku baca kes-kes macam ni,yang mengadap real situation tak tahulah macam mana.


Aku, cukuplah anak membesar elok, bagi bimbingan, apa keputusan ikut kaulah, ilmu, jalan, semua dah bagi, then pandai-pandai pandu, urus hidup sendiri nanti. We support dan doa. Anak-anak, ada mak bapak baik, tak banyak cekadak jangan pula kau ambil kesempatan, nampak orang tua suka layan cucu, setiap masa kau tinggal anak-anak kat mak, benda cemni jangan buat ringan, jangan buat andaian sendiri, tanya directly, orang tua ni dengan anak-anak banyak yang tak tergamak nak tolak, anak-anak ni lah kena tinggi common sense as do parents. Sebagaimana mak ayah membesarkan anak-anak tanpa susahkan orang lain, kita pun applylah cemtu, sekali sekali ada urusan tak dapat elak tu lain cerita. 


Ada ye jenis anak menantu zero common sense and empathy ni, tak membantu malah menyusahkan. Biasa orang tua ni kalau boleh nak fasa bertenang-tenang dah. Takde dah nak kena sampai mengasuh cucu, depa sekali sekala anak cucu balik, layan masa tu okaylah. Tapi anak yang takde common sense dan zero empathy tak reti nak baca dan tafsir, perhati juga ye. Kalau rasa malas nak jaga besarkan anak ni, then konsep 'childfree' suit for you.


Orang tua ni memang tak gamak nak bagitahu anak-anak directly biasa takut anak terasa hati, ni yang jenis lembut,tak sampai hati nak tolak kalau anak-anak minta tolong tambah bab melibatkan cucu. Kalau dah mengasuh sampai title atuk nenek tu bertukar jadi macam mak ayah cucu, kesian ye. Jadi mak ayah ni kan sebenarnya takde rehat dah sampai mati, tapi janganlah anak-anak nak menambah beban orang tua, kasilah depa nikmati golden age tu, dan mak ayah pun janganlah ambil kesempatan sama guna ticket syurga bawah tapak kaki, betul tu ye, tapi suka ke kau eh anak-anak dok rasa bersalah kat mak ayah asbab nak penuhi nafsu kau yang tak habis-habis,rumah kata pergi, kubur kata mai. 


Sudah-sudahlah ek, sebagaimana kau nak anak-anak respect, respect juga kehidupan diorang. Kita ni tinggal sisa-sisa hidup aje, depa panjang lagi kehidupan nak lalui, cycle of life. Kita menua, anak-anak mendewasa, cucu nak membesar, kita mati, anak-anak menua, cucu cicit bina kehidupan and the cycle goes on. Manusia bila dia common sense tinggi setiap situasi dia akan pandai seimbangkan. Macam kehidupan rumahtangga ni kena waras, rational. Letak kita and partner sama tara, share pendapat dan feeling tu, adil tu bukan semua kena sama tapi adil untuk semua situasi yang berbeza.


Dah kata banyak merasa garamkan? do like you said. Ini tak, lagi buruk perangai ditunjuk. Tak pelik kena buang kat anak-anak. Biar semenggah sikit perangai tu, sebab tu ada doa khas untuk orang tua amalkan takut-takut perangai buruk tu lah menyusahkan anak-anak nanti. Sebenarnya kalau hidup berpandukan apa yang Allah suruh buat,patuh, insyallah jalan cerita kehidupan insyallah baik-baik saja, patuh apa yang Allah dah bagi panduan, ikut apa yang Nabi kita buat, insyallah kehidupan smooth walaupun banyak halangan ujian. Tapi itulah ramai pilih ikut hawa nafsu. Just reminding myself yang makin menua ni. Tak kiralah kita di title apa. 


Boleh kata common sense a.k.a akal budi ni, (adab+akhlak+ihsan+empathy+iq+esq+emotional intelligence+experience+logik akal/rational), ka banyak lagi gabungan, haishh. So jangan ingat orang ada sijil ada commen sense, ada PhD sekalipun yang zero commonsense, out terus and vice versa. Tapi jangan dok ingat pulak yang takde pelajaran tinggi akal budi, orang yang berakal budi tentunya orang berilmu. Hari ni memang ramai manusia takdak common sense termasuk yang dah tua-tua, tak sedaq diri, asyik nampak yang muda salah, dok berasa diri betul sampai sudah. Sama jugalah yang muda, biadap, tak boleh orang tegur,  akhlak entah ke mana. Yang masih tinggi common sense ni, alhamdulillah moga menjadi ikutan dan contoh buat yang lain. 


Apapun common sense today memang teruk benau dah, tak tahu mana yang lompang dalam didik anak-anak, this is big reminder jugak untuk aku yang sedang didik anak-anak sendiri. Apapun semua bermula dari rumah, dari sekecil-kecil rutin, bangkit dari tidur, katil takdenya dia terkemas sendiri, tandas guna setiap hari, tahu nak tinggal tahi dan flush,takde jadi bersih dengan sendiri kalau tiap-tiap hari guna semata aje, sebab tu cuti sekolah ni, kasilah anak-anak 'power' untuk depa involved dalam semua aktiviti dalam rumah, mak-mak anak-anak cuti sekolah ni, jadilah 'pemalas', kadang kita ni mak-mak always ada trust issues dengan kebolehdayaan depa untuk serah rutin kerja rumah, sapu tak macam kita sapu, basuh tak sama macam kita basuh, lipat kain tak macam kita lipat, give them a chance, kasi depa sedia makanan dan buat. Simple thing tapi dari benda cemnilah improve their common sense.


Contoh kita rasa simple tapi tak! untuk yang tak pernah involved beli barang basah, ikan selayang vs ikan selar tak boleh beza, halia vs lengkuas tak tahu mana satu, so dari situ kita give them a chance lah pergi pasar cari bahan masak, give them total power, lani settle dah masalah nak masak apa, nak beli apa, tahap professional dah, sebab apa?sebab bagi total power untuk depa belajar dan buat. Tak kasi buat, sampai sudah, tahu-tahu nak makanan masakan penuh meja, tapi satu benda pun tak tahu apa yang perlu ada untuk siapkan makanan atas meja tu. Dan lagi teruk, depa tak tahu pun perlukan duit untuk beli semua tu. Sebab tu ada certain manusia, dia komplen bila atas meja asyik lauk telur aje, tapi duit nak beli lauk tak pernah hulur, ajeee yang tahap benak benorr dah tu, alangkan common sense nak ada ye kalau dah cemtu gaya! Contoh! Bagi trust untuk suami/anak buat keputusan sendiri, jangan esok-esok anak nak beli tilam tidur pun kena tanya mak dulu. Erghhhh!!!! 


So mohlerr kita asah akal budi diri, anak beranak kita, bermula dari kita aje. Kalau tak sikit-sikit nak salahkan orang aje, yang ajar kat sekolah, yang ajar kat tuiyen, yang ajar kat kursus, yang ajar kat rumah buat buta tuli, idoknya berbekas kalau hari-hari tak asah. Akal budi ni memang penting sehari-hari, tak kisah dalam situasi apa-apa pun, tambah lagi dalam hubungan kekeluargaan, rumahtangga. It's whole aspect in your life, takde yang ni boleh disamakan dengan ..................... Ingat!Manusia satu-satunya yang dikurniakan akal, guna baik-baik. 


Soalan kritikal untuk perlakuan anak-anak aku yang biasa aku suka soal bila depa gaduh mulut/kelaku. 

1. Suka ke kalau orang kata macam tu kat kita balik?

2.Suka ke kalau orang buat kat kita balik macam yang kita buat?

(Sebab commonsense ni banyak libatkan perbuatan/perlakuan dan kata-kata je biasanya). So keep repeat that question,make sure depa jawab, apa patut buat/reflect, suruh depa kasitahu impact kalau buat juga, suruh depa fikir nak buat solusi macam mana. Ni melibatkan banyak benda, critical thinking, problem solving, etc. Dalam bab akal budi ni memang akan ada berlaku kesilapan, sebab dari kesilapan, kesalahan, kegagalan, depa tahu ada yang betul dan tak betul, patut tak patut, yang tak betul kena tegur, yang tak patut buat jangan buat. Jangan buat tak nampak, tak tahu, lagi lagi sebagai mak bapak ni, jangan jadi enablers ye.


Selalulah doa nahh, moga Allah tuntun kita setiap saat, jangan dihilangkan rasa 'manusiawi dan kehambaan' dalam diri. Peganglah moto diri sampai mati, jangan pernah merasa diri lebih baik dari yang lain. Bila rasa baik sangat ni, orang tegur pun boleh menggelupur perginya. Ghisau akhir zaman ni banyak nauu ujian kiri kanan belakang depan, atas bawah, setiap penjuru datang attack nak suruh setan dalam diri keluar. Allah. Bab akal budi ni, kalau buat research paper pun boleh beribu page ni. K daa. Actually nak taip cerita Kuala Rompin, tapi susur galur cerita hilang di tengah jalan, next year punya azam, setiap road trip tulis on the spot. Aku nak buat recap sekali dengan list azam(even sama je every year, pedulik ahh) moga rajin, kihkih insyallah.


Xoxo, 
Mak baran + gentle ikut situasi

Impian Orang

5.08.2025

Bahagia dan happy nya hari ni, takde sebab tapi perasaan tu datang sendiri. Tengok jam pukul 7.30pagi, bunyi kereta suami hantar anak-anak pergi sekolah dan berlalu pergi. Kicauan burung bersilih ganti, ku renung-renung banjaran kain yang sudah bertukar kedudukan menjadi tujuh benua (sudah diasingkan untuk memudahkan proses melipat). Punya lama kain selambak tu dok melepak kat ruang tamu dari hari isnin siap dobi, hari khamis ni ku cari kekuatan dan motivasi nak selesaikan misi yang paling berat ni. Hirup kopi panas dan tuju ke tujuh benua sambil caj bateri telefon, bersila dan fokus, lipat kain sambil istighfar dan zikir, tahu-tahu dua jam habis semata untuk melipat kain, tapi happy sebab dalam masa yang sama dapat habiskan zikir, kadang ku lupa bila sebab ralit nak siapkan semua kerja, so bila dah set dan fokus, rasa happy, sebab boleh completekan kerja disamping ingat jua DIA. Siap lipat kain, bersihkan diri, pakai kemas dan cantik, spray perfume dan ambil face mask dan earphone. 


The feeling.....entah tak tahu nak describe, tapi bersyukur dengan keadaan sekarang. Throwback balik ketika semua anak-anak masih kecil, hidup penuh chaos, mata rabak tak cukup tidur pun sebab tiga empat pagi baru boleh lelap, anak tak sihat, anak bangun menyusu kerap, anak buat perangai, bangun juga siapkan breakfast untuk suami, siapkan lunch untuk anak-anak time diorang masih tidur, once diorang bangun kadang mandi pun tak sempat, satu fasa kita masuk bilik air pun anak meraung macam kena pukul. Rumah yang dah siap berkemas, tersusun elok pada tengah malam semalam, biasaku siap kemas pukul 12tengah malam hingga pukul satu dua pagi, baru boleh tidur, bersepah balik, lepas tu scene bergaduh adik beradik, berebut, menangis meraung sebab tak menang dalam kes berebut, the chaos mak-mak yang merasa tahulah macam mana. Penat, tapi kena layan, letih, tapi kena hadap, mengantuk tapi tak boleh tidur, lapar tapi tak selera nak telan, nak mandi tapi anak tengah memerlukan. Dan fasa tu dah berlalu pergi. 


Hampir 10tahun melalui fasa ’’chaos’, sekarang fasa bertenang-tenang melalui hari-hari, ada hari rasa kosong dan sepi, ada hari happy dan bahagia, ada hari hyper tak tentu, ada hari moody tak tahu kenapa, but i'm so grateful, melalui fasa-fasa tersebut, ku lebih menghargai, menghargai waktu, fokus sekarang hanya untuk mendidik anak, fasa mendidik diri menghargai diri yang terlupakan dek kesibukan mengutamakan yang lain. Lupa dengan bentuk badan yang kecik comel dulu dah jadi gedempol, lupa raut wajah muda dan kulit masih toink-toink dulu dah mengendur menampakkan kedutan halus, masih belum terlambat untuk buat apa yang dilupakan tu, insyaallah. Cukup apa yang ada kat depan mata ni, Alhamdulillah for this feeling. Rasa macam takde apa-apa kehidupan macam ni, tapi ada yang mengimpikan kehidupan sebegini, jadi ku tak nak mengeluh sebab ku sedang melalui satu proses kehidupan yang dicita-citakan orang lain. Banyak lebih bersyukur, banyak kurang tetap bersyukur. 


Throwback lagi, ku sedangkan meniruvasi apa yang mak ayahku buat sepanjang membesarkan dan mendidikku, that's how i'm now. Mak ayah tak kaya, tapi tinggi value hidup, dan ku tak nak benda tu hilang cemtu je, ku nak apply supaya one day panjang umur melalui fasa 'warga emas' ku dapat nikmati juga moment 'indah'(surface) seperti mak ayah lalui juga. Even mak ayah tak kaya, ku salute sangat mak ayah financially manage at the top, takde pencen, tapi boleh pergi China, Australia, Turki, Mekah (beberapa kali), Korea dan beberapa negara lain, yang orang kata mustahil nak sampai, tapi rezeki dan juga berkat amalan mereka, masyaallah Allah kurnia something yang nampak mustahil. Mak ayah sangat memberi inspirasi buatku sebagai anak supaya merancang bagaimana kedepan-depan nanti even tak nampak lagi bagaimana rupanya tapi banyak sangat contoh, nak ikut ke tak ajenya. Kehidupan tenang tanpa drama tu mustahil, tapi doa selalu ujian yang sentiasa silih berganti, Allah kurnia kita kesabaran dan ketenangan untuk hadapinya. 



The older I get, the more I think
You only get a minute, better live while you're in it
'Cause it's gone in a blink
And the older I get, the truer it is
It's the people you love, not the money and stuff, that makes you rich
And if they found a fountain of youth
I wouldn't drink a drop, and that's the truth
Funny how it feels, I'm just gettin' to my best years yet
The older I get, the fewer friends I have
But you don't need a lot when the ones that you got have always got your back
And the older I get, the better I am
At knowing when to give and when to just not give a damn
And if they found a fountain of youth
I wouldn't drink a drop and that's the truth
Funny how it feels, I'm just gettin' to my best years yet
The older I get
And I don't mind all the lines from all the times I've laughed and cried
Souvenirs and little signs of the life I've lived
The older I get, the longer I pray
I don't know why, I guess that I've got more to say
And the older I get, the more thankful I feel
For the life I've had and all the life I'm living still


Ku selalu cakap kat suami, entah sempat ke dak ye kita pusing dunia ni, umur makin tua, tapi duit pun takdak ni, anak-anak makin membesar means makin besar dan banyak belanja nak keluar, tapi suami selalu cakap, insyaallah ada rezeki, jangan fikir sangat. Kadang-kadang suami pula berbunyi entah cukup ke tak belanja bulan ni, pov: orang lelaki tak meluah, tahu-tahu dok mengira kalkulator, ku pulak cakap, insyaallah adalah tu rezeki tak disangka-sangka, ye tak mudah nak didik diri sentiasa bersangka baik, tambah nak motivasikan dan bagi semangat kat pasangan, tapi bila kita redha, minta Allah lapangkan kegelisahan dalam diri, ada je hadiah tak tersangka-sangka seperti yang kita fikir. Kita dan pasangan ni memang seperti sebuah team, yang tu takde semangat, yang ni kasi semangat, yang tu lupa, yang ni ingatkan, yang ni moody yang tu legakan, that's a team function. Tak mudah nak buat kerja berkumpulan ni, ada fasa sampai bergaduh-gaduh, tapi kena juga cari solusi. Kan? Cemtulah laki bini, penting bab komunikasi, toleransi, ihsan dan percaya kemampuan dan keistimewaan masing-masing. Kan? Ku percaya apa yang ku lalui sekarang sama je macam mak ayah lalui, ada masa korek syiling,  tapi anak-anak tak tahu, ada masa gadai cincin gelang emas, tapi anak-anak tak tahu, teammates jelah yang tahu upside down the proses semasa membesarkan anak-anak, kan? 


Berkaca pulak mata ni, menaip sambil tayang scene memori dalam kepala tapi tak terluah details cemnilah, feeling tu. Allah ja tahu, kita semua kalau boleh nak cerita indah-indah saja, supaya segala apa yang hitam, tak elok berlalu pergi dan dilupakan, namun, percayalah semua yang hitam, gelap itulah yang paling mahal, kerana kita terpilih untuk lalui. The hardest part will be pass, segelap apa pun ku lalui, hari ni ku sedar sedang hidup dalam impian orang lain, hugs. Syukur selalu. 

Xoxo, 
Hidup untuk hari ini. 

3 Tahun

4.29.2025

Lima hari lepas alhamdulillah genap 3tahun umur anak bongsu, renung-renung masyaallah tiada daya dan upaya nak besarkan setiap anak, apatah lagi yang bongsu ni tapi Allah tolong, permudahkan segala urusan sejak mereka lahir. Setiap anak ada ujian dan nikmat. Sepanjang mengandungkan enam orang anak, mengandungkan anak bongsu ni lah paling serik sekali tambah banyaknya cabaran.



Masa  mengandungkan Hana ni banyak kali juga test UPT sebab banyak kali tak detect, mengandungkan Hana ni less stress bab check up sebab no more dah everyweek check up, less stress sebab ada selera makan, tapi banyak stress sebab terlalu penat bawa diri, berat sangat berat timbangan, kerap nangis sebab penat semata, takde energy. Memang tiap kali laki balik kerja daku hanya mampu menitiskan air mata saja, sebab nak cakap penat dah tak larat nak buka mulut. 



Penat sebab mengandungkan anak bongsu ni, masih kena layan toddler lain yang suka mengendeng, mengempeng, iaitu Haniy kakaknya. Punca penat yang paling memenatkan, sebab masih breastfeedingkan kakak nya, bermacam cara pun tak boleh nak cerai susu, Allah. Tak tahula kena mandrem camne dengan cap susu gantung. Masih rajin masak sebab anak-anak tengah selera makan semua nak membesar so tak boleh skip bab ni. Paling stress sebab masa PKP, stress berkurung, lepas tu sepanjang kena kurung batuk teruk sepanjang mengandungkan, details check up pun kata takde apa, batuk biasa takde jangkitan kuman, mana tak stress tak boleh tidur sepanjang  mengandungkan akibat batuk sepanjang tu, everytime buat test covid semua negative, how can it be, sedangkan daku batuk sangat teruk ye, nak cakap pun tak boleh, time malam lagi teruk sebab masa batuk tu tarik sampai ke urat perut bawah dada, adakala kahak pekat sampai tak boleh sedut nafas ikut hidung, semput. Batuk sampai terkencing-kencing ye, memang teruk seksa batuk, sampaikan mikir nak pergi admit kat wad aje biar tak boleh pun, nak suruh orang jaga daku plak, at least daku fikir diri sendiri aje dah masa tu, anak-anak lain lantak dia, nak duduk rest, sedut benda cairkan kahak tu aje sambil baring rilex. Once Hana lahir, batuk terus takde, gone. Allah, mana tak serik. Doktor cakap sebab pembawakan baby. Tobat serik, perit, pahit dan segala macam standing dengannya kalau cemtu pembawakan budak. Batuk seminggu pun dah rasa teruk, inikan pula nak kena batuk sampai keluar seketul budak, Allah, alhamdulillah merasalah azab sungguh. Banyak dosa agaknya, lahirkan terus gone cemtu je,how? macam jadi baby jugak kita ni, haisshhh. 




Tapi itulah, berangan bolehlah masa tu nak chill duduk baring rilex aje, nasib jugalah tak teradmit wad juga, sebab daku memang kaki berjalan masa anak bongsu dalam kandungan, bila kena kurung, stress tu mencanak, so dapat keluar pusing-pusing sekitar pun okay dah even tak dapat rentas situ sini, walaupun seram masa tu semua jalan sunyi sepi, rumah sepanjang kita orang lalu pun semua macam tak berpenghuni, betul-betul semua berkurung. Adalah terjumpa segroup dua aje kalau berkebetulan. Tapi masa tu betul best even creepy, macam dalam cerita zombie, semua tempat sunyi sepi. Macam mana kita boleh keluar? Orang lain tak keluar? Ku pun tak tahu, sebab masa tu memang dah boleh keluar tapi masih ramai tak berani, jadi bila semua dah mula2 keluar memang rasa macam kena panick attack, tak boleh tengok orang ramai, mungkin fear tu masih adalah kot ekk. Punya tahap takut tu sampai terjangkit kat anak bongsu, besar sikit tak boleh pergi tempat orang ramai, meraungg, rimas, macam-macam lagilah. 



Paling best mengandungkan anak bongsu ni, lebih chill bab nak beranak, hari jumaat bulan puasa, pecah air ketuban, call suami cakap kita balik buka puasa kat rumah ma la, sebab air ketuban dah turun ni, bertolak balik ikut Gerik, sampai rumah, siap makan apa yang mengidam, pergi klinik check, memang dah sikit tinggal air ketuban jalan dah buka 3cm, so doktor refer ke hospital, padahal boleh sangat nak ke hospital terus, tapi punya rilex sempat lagi suami teman pusing satu mall, siap shopping jubah bagai, dari mall terus ke hospital, admit pun dah petang benar, memang suami tak boleh teman masa tu, buat test covid apa semua, okay negative terus ke bilik check up check jalan, masa tu memang sakit gila dah contraction, tapi jalan buka stay 3cm aje, masih sama. 



Tapi doktor suggest masukkan ubat paksa bersalin tu, apa dia nama dah ku tak ingat namanya, takdan ubat function, ku rasa kepala budak dah kat bawah, terus cakap kat doktor, rasa nak teran keluar, dahlah masa tu semua orang kalut baru siap buka puasa, dari takdak orang nak layan semua kalut mai, sedia apa yang patut, alhamdulillah sekali teran keluar si Hana. Masyaallah Tabarakallah, terus call suami bagitahu dah siap bersalin, suami tunggu dalam kereta je sepanjang tu, first time lakiku tak tengok anak lahir, anak bongsu nilah. Kelima-lima anak suami hadap tengok, paling mahal memori suami cakap masa tengok kelahiran Hajjar, 2,3 hari kemudian lihat pengakhiran abah pula depan mata sendiri, alone. Takde ayat  lagi nak describe sampai sekarang katanya, huhuu. 




Apapun rasa macam sekejap je semua berlalu pergi, kadang dah lupa part mana sepanjang membesarkan Hana ni yang buat daku perit, tengok senyuman, dengar ketawa dan tangisan, bermacam rasa bercampuk aduk, tapi alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah kurnia. Hana bertuah sebab lahir dikelilingi abang kakak, jadi banyak guidance dari abang kakak dari segi progress berjalan, bercakap, bermain, bersosial. Umur dua tahun dah pandai sebut ayat pendek untuk sesuatu perkara dan buat perkara mindblowing yang kadang abang dan kakaknya tak pernah buat. Tiada doa terbaik dari seorang ibu untuk anak-anak nya. Moga Allah takdirkan yang baik-baik sahaja untuk anakanda kehidupan dunia akhirat, Amin yra. Moga yang menantikan si kecil, ku doakan Allah permudahkan rezeki kalian menikmati nikmat dan ujian yang datang dalam satu pakej ni, insyaallah, Amin yra. 



Mak

2.26.2025

"mak dulu, habis 40hari pantang terus masuk kerja, muka pucat lesi, penat letih tak habis lagi, nak cari pitis besar anak-anak",


Sedih pulak teringat kata-kata ayah.


Mak Ika orang berkerjaya, so bila isu compare itu ini, banyak sedih gak sebab kita pernah rasa dan lalui banyak pengorbanan mak buat anak. 


Letih orang berkerja pun boleh tahan penatnya. 


Banyak juga 'kos melepas' mak-mak berkerjaya.


Tentunya waktu dengan anak-anak.


Waktu pergi ambil mak balik kerja adalah waktu yang paling menggembirakan.


Dulu tunggu bot datang ambil dan hantar ke seberang sebelum jambatan pasir mas siap buat, lepas tu upgrade sikit tunggu bas, lepas tu last sekali tunggu mak depan pejabat sebab dah makin dekat, puluhan tahun macam tu. Seiring usia daku menanti mak macam tu. Menanti mak balik kerja. 


Walaupun mak sibuk kerja, air tangan mak tetap terbaik, hari minggu memang mak wajib masak special.


Kalau ada masa kami kena 'ikat perut' memang mak siap-siap masak menu dari pagi bekal sampai malam.


Jimat banyak dah kat situ.


Siapa kata kalau suami isteri berkerja, hidup senang. Ada waktunya teramat payah.


Tapi orang 'lihat' senang.


Tapi mak tetap buat terbaik untuk keluarga. Itulah mak, bekerja atau tak bukan isunya.


Isunya tanggungjawab sebagai mak tetap terlunas dengan sebaik mungkin.


Anak-anak dapat pendidikan dan ilmu terbaik. Tulah pengorbanan mak paling mulia dan besar pada pandangan daku sebagai anak. 


Mak selalu cakap, mak ayah takde harta nak tinggalkan buat anak-anak, yang ada hanya ilmu yang mak boleh usahakan untuk anak-anak belajar dan doa selalu. Nak harta, kau carilah sendiri, yang mak ayah dok buat ni sekadar untuk keperluan mak ayah je sebab mak ayah tak nak susahkan anak-anak kedepan-depan nanti bila dah takde tenaga. Untuk anak-anak masing-masing usaha sendiri. 


Tu sebab bab belajar, walaupun tak top ten tetap ku teruskan belajar sampai tua, even duduk rumah sekalipun. Mak selalu pesan, orang perempuan kena rajin membaca, membaca boleh buat minda terbuka, benda tak tahu jadi tahu. Even tak kerja kena rajin membaca. Nak tidur bacalah sehelai dua. Baca buku, baca Al-Quran lagilah, mak pesan jangan tinggal. Dapat baca sehelai sehari pun jadi, jangan tinggal. 


Ku tak pernah tak dapat soalan lain bila call masa duduk asrama dulu, mak tanya, dah solat ke? Dah baca Al-Quran ke hari ni, kalau tak terbaca lagi, memang mengaku je. Kenalah bebel sikit. Tapi jadi ingatan diri.


Kalau bab kat meja makan, perbincangan hanya tentang kami-kami, kalau terkeluar bab orang lain, terus mak cakap, biarlah bab orang, bab kita ni kena cara, tak suka diam aje. Jangan cakap, nanti Allah uji sama kat kita.


Kadang kalau memikirkan tak banyak memoriku dengan mak, sebab mak orang bekerja, yang faham tu faham lah. Tapi masa yang terhad mak gunakan sebaiknya dengan anak-anak jadi yang sikit tu lah jadi kenangan dan memori berharga buat anak-anak. Anak-anak betul jadi kawan bila meningkat remaja dan dewasa, maklah tempat borak dan sembang. 


Ku ingat jelas masa mak beri kepercayaan masak kat dapur mak, buat menu pertama untuk kami makan, mana tak happy, makanan dibuat pula kena puji, memang melangit dia punya impak, tu sebab ku suka masak sampai sekarang. Dan kepercayaan mak kat anak-anak tu sangat penting. Mak selalu cakap, ko gunalah trust mak tu leklok, sekali mak hilang percaya, tak dapat dah sama macam yang asal, pesanan mak masa daku meniti usia remaja.


Mak orang yang sangat payah nak marah, memang jaranglah tengok mak marah. Ku sebagai anak tak tahu bila mak marah, marah pun nada macam tak marah, jadi tak tahu bila masa marah. 



Entah ku dapat menjadi seorang mama sebaik sosok mak ke tak? Bagiku mak terlalu sempurna, entah bila mak berdukalara, kecewa ku tak nampak. 


Hanya ganjaran syurga buat pengorbanan mak ayah sebagai balasan penat lelah.


Mak tetap inspirasi terbaik.


Tetiba taip pasal mak, sebab bulan Ramadhan dah menghampiri, sosok maklah paling diingat, jiwa bersentimental tetiba.


Balik jumpa mak, ibarat dapat recharge balik segala tangki diri sebagai seorang anak, isteri dan sebagai mama. 


Masa cucu mak cakap rindu mamanya, dalam masa yang sama ku jua rindu kat mak. Sengaja forward voicenote cucu mak supaya mak pun potong bawang sama, naughty daughter. How can i imagine world without mak. Sobs. 


Xoxo, 
I need recharge (taip sambil kesat air mata) 


Mengempeng

11.08.2024

Masyaallah Tabarakallah, syukur alhamdulillah anak bongsuku dah berpisah susu badan, feeling dia macam-macam. Happy, sedih, rindu, geram, indescribable. Yang pernah merasa anak mengempeng ja tahu camne perasaanya sehari hari dilalui. Sorang pun stress, inikan pula berorang-orang, tiga orang anakku peel mengempeng ni. Pengalaman anak mengempeng ni, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. 


Dia asal je kau nak relax-relax landing, berehat, mula datang berlarian, mengempeng. Stress tahu. Asal baru nak duduk bersantai baca buku, berlari budak mengempeng datang mengendeng selak baju dan dengan santainya dia menghabiskan masa-masa yang terkira, hingga tahu dah habis seharian, takdak buat apa sangat dalam rumah. Sempat masak pun nasib baik sangat dah. 


Budak mengempeng ni macam-macam peel, annoying, lucu, geram, buat kita geram, buat kita serabut, buat kita happy, buat kita awkward kalau takdak dia datang ngendeng. Entahlah tapi kalau time banyak kerja nak settle tapi budak asyik mengempeng je, manalah tak stress. 


Daku masa memula hadap peel anak mengempeng ni rasa nak marah, emosi tak stabil, serabut serabai, mana tak serabutnya kat rumah sendiri pun tak buat apa dah, lagilah kalau balik rumah mak dan mak mertua, memang berlenggang kangkung mengabiskan beras orang kata. Mana tak sentap orang tegur asyik duduk kat bilik aje, takde keluar menolong apa, tunjuk muka time makan aje. Takkan nak selak baju depan diorang ehh sambil anak layan mengempeng, hahahah. Nak tahan sabar bab nilah yang boleh stress, kadang mertua, ipar takde kata apa, yang lebih orang luar pula, gitulah hidup. Baru bab anak ngempeng, haisshh stress haku kalau cerita balik pengalaman hadap anak-anak mengempeng, terhiris-hiris hati emosi sendiri, koyak.


Ingat tak sakit badan ke uii layan anak mengempeng ni, kalau dah biasa sebelah kanan dio layan, berjam-jam tulah ko baring sebelah, sampai sakit tulang belikat. Alhamdulillah daku support sistem terbaik, terutama laki sendiri, kalau laki sendiri pun buat tak faham memang daku tonyoh anak suruh mengempeng puting bapaknya, hahahaha. Ye, kadang stress tu ada masa support sistem sendiri buat tak faham-faham, budak kecik ni kalau ada button boleh control senang dah kerja kita, ini manusia, manusia yang tengah membesar, time nak tu larang apa pun, tak jadi hape, dapat distract sekejap tu dah kira okay dah. 


Alhamdulillah berlalu sudah segala pahit maung mengadap anak mengempeng ni, tak mudah, tapi Allah permudahkan, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Yang anak tengah mengempeng, ku takde tips, hadapp saja, keras hati dengan kata nista dan pandangan sinis itu. You all boleh! 

Susu

11.16.2023

Masih ingat cerita daku stress sebab si Haniy tak nak stop breastfeeding even umur dah 2tahun 3bulan? Even masuk umur ke 3 tahun! ku dah memang datang tahap annoy dah bila budak ni datang mengempeng, Ya Allah jaga hatiku tapi ku tahan sabar jebatt, memang feeling tak tahu nak describe, cuma ku pujuk hati sendiri je selama nak berhentikan si Haniy ni, dalam sabar daku, masuk umur 4tahun budak ni, agak-agak berhenti tak? Hmm, alhamdulillah syukur, berhenti jua akhirnya, yang harunya ku pun tak sedar bila dia berhenti, yang tahu dan perasan dia dah tertidur sendiri waktu malam, atau pun suruh gosok je kaki waktu nak tidur malam. 


Ahhh, sadis pula bila diri sendiri tak sedar bila Haniy berhenti sepenuhnya, adeii complicated sungguh feeling motherhood ni ye. Tampor kang. Punya tak perasan tu macamkan item yang depa breastfeed tu benda berasingan dari badan daku, itulah dia punya tahap pemilikan tu sampai lupa dah benda tu melekat kat badan sendiri. Hakikat susu cap gantung camtulah, orang kata free, tapi tuan badan ja tahu camne journey nak sempurnakan hak 2tahun tu untuk anak-anak. Moga Allah rahmati journey yang agak selekeh dipandangan sesetengah orang, tapi big goals journey untuk iols sempurnakan, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah semata, alhamdulillah. Apapun sekarang syukurlah kena hadap sorang ni lagi selama 6 bulan lagi sebelum iols fokus untuk 'jalan untuk....' sebelum umur complete 40, insyaallah amin. 


Tua dah uii, kubur dok memanggil-manggil orang kata, tambah lagi sekarang ramai orang muda mati awal, fenomena akhir zaman, gitulah, nak tak nak kena hadap jua. Moga Allah makbulkan niat yang satu ni, selagi tenaga masih muda, selagi kesihatan masih baik dan mampu, moga Allah permudahkan urusan untuk sempurnakan rukun Islam sebelum menutup mata berpindah alam lain pula. 


So, ceritanya terlintas plak cerita breasfeed mom dari seorang lelaki berkongsi pengalaman untung jika isteri susukan anak sendiri, mana tak untung tengoklah harga sekotak enfalac ni, mahu beratus dah satu kotak. Kami pernah lalui pengalaman anakanda Harraz guna susu ni lah, selepas fully pumping tak berjaya diteruskan selepas 6 bulan, Harraz confuse sejak dalam wad nicu, sebab masa tu dah bagi fake nipple a.k.a botol susu, dia refuse yang original sampai meraung setiap kali kena sua yang original, sudahnya masa tu cetek ilmu breastfeed ku tak pergi jumpa pakar laktasi (masa tu limited sangat person yang bahagian laktasi) kalau jumpa pasti tahu cara nak pujuk balik Harraz hisap yang original. Sudahnya genap 6 bulan, susu Enfalac ni pula sambung bagi sebab bagi susu lain, semua buat cirit. Dan masa tu juga bodoh sebab tak go deep through punca sebenar anak asyik cirit, sudahnya susu-susu formula cikai tulah disalahkan. 


Maka bermulalah journey membeli susu Enfalac ni, sebab doc suggest jenama tu disebabkan Harraz premature baby, makan modal uii, banyakkk, bukan sikit, satu kotak tahan tak sampai seminggu ye. Masa tu harga Enfalac dalam RM70± hinggalah harga RM98± kami beli, sebab dah tak tahan membeli susu mahal nak mampoihh ni, kami cuba tukar balik ke brand so call cikai semasa Harraz masuk umur 3 tahun lebih, tawakal je, alhamdulillah serasi elok tukar dugro, sebab susu Enfalac ni menghabiskan 50% perbelanjaan untuk susu semata, betapa banyaknya kena habis ye. Mana tak botak laki, daku pun stress betul masa tu. Bila tengok harga Enfalac sekarang memang terbuntang mata kami lakibini, mana tak terbuntang, susu ni lah buat kami bergaduh sakan dulu, hahha. Alhamdulillah asbab ilmu penyusuan, the first journey a big lesson learned for us,ye bukan for me, FOR US, sebab orang laki ingat bab penyusuan badan ni depa tak terlibat, silap besar sangat,yang ni next time ku bebel, until next next our kids semua membesar dengan susu cap gantung. Hasil dari support suami juga. Ingat ye, mak mak muda, setakat cinta je zaman sekarang tak cukup ye, tengok harga susu lah, tak nak duit habis beli susu, habis kan duit untuk ilmu, dan paling penting suami pun kena dua kali lima kena jadi support sistem untuk journey breastfeed isteri. 


BERSYUKUR JIKA ISTERI ANDA BF ANAK

Tadi pergi kedai beli roti dan telur.
Masa nak bayar terpandang harga susu ni.
Sampai 200++ 😳😳😳

Banyak pengajaran dengan sekali pandangan ni..

1. Bersyukur la jika isteri anda susu badan anak - anak.  Say thank you for your wife being breastfeed mom to your kids. 
 
2. Betapa hebatnya ciptaan ALLAH. Nak buat susu formula yang terbaik tak kan sama dengan susu badan ciptaan ALLAH.

3.Pasangan yang dah berkahwin atau sedang mengandung tambahkan ilmu tentang penyusuan bayi. JANGAN bila dah bersalin baru nak start membaca.

4. Ilmu penyusuan ni bukan datang dengan sekali bacaan. Kursus dekat hospital pun 20 jam tau!

5. Perlu ada kewangan yang kukuh. Bayangkan nak beli susu ni je dah 200. Tak tau berapa lama boleh tahan. Kalau sebulan? Setahun? Baru susu tu.. Belum cerita pampers lagi.

6. Perlu ada ilmu tentang family planning.

7. Ada juga case yang ibubapa dah usaha, tapi masih tak berjaya untuk BF. Ini bab rezeki. Tapi usaha perlu cukup ye.

Apa pun moga ALLAH mudahkan urusan ibu yang nak BF anak dan murahkan rezeki keluarga yang sentiasa berusaha..

Persoalannya..
Kalau 400 sebulan.. x 12 bulan.. x 2 tahun... x 4 orang anak..
Dah RM 38400 ni..

Perlukah suami hadiahkan gold bar 150gram pada isteri ? 
Kredit:MohdKhairilMustafa

 

Itulah agakan upah susukan anak sendiri kalau nak disamakan nilai susu badan dengan susu formula. Tapi tu lah, that's not my level upah. Upah yang daku dapat bukan dalam grams macam tu, upah daku selama menyusu anak adalah keluar makan angin je, dekat jauh, murah, mahal, tu je upah daku asalkan dapat me time, dapat yang grams tu kira bonus tambahanlah tu,dan kalau dapat yang grams tu, complete pusing keliling dunialah daku jawabnya, ahaaha. Asalkan suami concern, ada common sense, proses dan kerja susukan anak ni tak mudah sebab babitkan semua tenaga, emosi, masa. Ni pun banyak nak cerita. Until next time plak isu laki support tak support ni. Yang tak berjaya susukan anak jangan putus asa, jangan frust, even dah cuba, keep on going, jangan give up, ku doakan makin ramai mak-mak muda take seriously on breastfeeding thing, it's your responsibility. 

Harraz 6 bulan
Haddad 2 tahun
Hawaa 2 tahun 7bulan
Hajjar 2 tahun 5bulan
Haniy 3 tahun 10bulan
Hana 1 tahun 6 bulan and on going... 
Saja tulis kot lah ada yang sudi kira daku dapat berapa gram emas hasil menyusu kan anak, ahahaha. Kalau ye, kalau....hmmm, berangan itu percuma begitulah, haaa bestnyaaa kihkih. Kita aminkan saja, dapat dalam mimpi pun jadi lah, hahaha.


Ni sekarang timbul plak bab boikot sampai berdarah-darah berak anak yang consume susu formula yang out of list boikot. Sampai tara tu nohh, buat lah ikut kemampuan, kalau dah tahap macam tu, orang kata tak cerdik kang marah pula. Yang anak masih menyusu susu formula lepas umur 2 tahun, ku sarankan follow Dr. Suriyakhatun, asbab doktor ni juga, minda ku terkejut tentang fakta anak yang menyusu susu formula ni, since anak cerai susu ku dah tak ajar anak minum susu formula hingga umur sekian-sekian. Cerai susu terus kenalkan anak-anak dengan realfood. Alhamdulillah jimat, anak pun elok je terima makanan tu semua, takde isu picky eater, anak tak nak nasi bla bla apa semua tu. 

Kesian Harraz, anak sulung lalui semua baik buruk eksperimen mama, adik-adik semua asbab belajar dari perjalanan Harrazlah semua smooth je. Moga Allah balas kebaikan yang tidak putus-putus untuk Ahmad Harraz mama, maafkan salah silap mama jadikan Harraz apa yang Harraz lalui hingga kini, semoga kesembuhan, kesihatan terbaik Allah ganjarkan untuk Harraz juga anak-anak mama yang lain. Amin. 



2 vs 6

11.13.2023

Betul ka, kalau kita ada anak satu dua, tak layak nak nasihat orang anak ramai? Habis macam mana yang kalau ada anak tunggal, terus tak layak nak cakap apa-apa ke pengalaman, tips apa semua? Tak fair kan hidup? Sebab tu dalam islam ada istilah lapang dada, ihsan, empati dan bermacam lagi akhlak untuk kita apply dalam kehidupan. Sebenarnya dalam hidup ni tak kisah tips apa-apa applylah mengikut kemampuan dan keberadaan diri sendiri, bukanlah memaksa diri rigid mengikut tips yang kita banyak baca, dan ikut apa yang orang lalui, ambil sebagai panduan supaya kita bukan menonong buat sesuatu. 


Kita semua tak sempurnakan, begitulah bab tips-tips, tips ni datang dari teori dan pengalaman, tapi bab praktikal orang yang akan dan lalui sajalah tahu bagaimana ia dilaksanakan, sesuai ke tidak,kalau buat kita makin stress, tak sesuai lah tu, kalau buat kita makin mudah uruskan anak-anak, haa baguslah tu. Kita sebagai pembaca ni bijak dan pintarlah dalam buat keputusan nak buat ke tidak, nak teruskan ke tidak, nak ikut ke tidak, ilmu ikut-ikutan tidak berguna hatta tak bermanfaat jika menimbulkan guru hara akibat melainkan go deep dan betul-betul fahami apa yang realiti didepan mata, teori pastinya jauh panggang dari api dengan apa yang praktikalnya.


Tambah pula tips bab anak-anak ni, tak semua terpakai untuk kita buat, apply. Anak satu tak sama dengan anak tiga, anak sepuluh tak sama dengan anak lima, semua berbeza. Ragam, kelakuan, mindset, suasana, dan pelbagai lagi faktor yang membezakan kita semua. Sampai satu masa, kita rasa kita dah buat betul, orang lain semua salah. Bab anak-anak ni kita buat jelah apa yang kita rasa terbaik supaya anak kita boleh berada dalam masyarakat dan bersedia bawa diri, jaga diri dan tidak beri kesan buruk kat orang lain hatta diri mereka sendiri sekalipun, mereka dapat berdepan dengan pelbagai tingkahlaku pun dah okay sangat, kelakuan masyarakat yang semestinya berbeza dari diri. 


Tak mudah ye zaman sekarang, tetiba kita nak salam dengan orang yang tak kenal pun kena tuduh bawak virus dulu-dulu, anak-anak kat sekolah pun diperingatkan sebegitu kat sekolah dalam tempoh lama juga siap kena marah lagi bila hulurkan tangan, hingga hilang sudah common sense bila jumpa orang tua, kena bersalam. Tetiba juga kena kata anak-anak muda sekarang takde adab jumpa orang lebih tua even yang tak dikenali tak bersalam sedangkan kita jugalah yang cuba menormalisasikan benda tu kat anak-anak kecil, even tempohnya sekejap, tapi impaknya bukan sekejap. Begitulah, kadang orang tak nampak puncanya, tahu nak judge saja. Tak lagi bab lainnya, sudahnya di tuduh ramai anak-anak muda hilang common sense. Makanya keluarlah pelbagai tips dari syurga belaka, tak ingat dah apa realiti yang kita buat, berbelit-belit. 


Pengalaman daku anak dua dengan anak enam memang jauh beza bagai langit dan bumi, bila mak-mak anak satu atau dua mengeluh, mulalah yang ramai anak merentan kata depa lebih perlu mengeluh dengan apa yang depa hadap, haiihla. Bila yang anak satu dua kasi tips, yang anak ramai mulalah menyindir perli tak layak untuk bagi pendapat, pengalaman. Toksiknya mereka yang sebegini, tapi alih-alih depa play victim kata orang toksik, part dia bertoksik dia buat buta. Tak kira apapun situasi keadaan, pengalaman, pendapat, raikan sajalah. Bergaduh-gaduh ni nak kemana? Tapi tak nak, nak juga berbalas-balas. Entahla labuu, bila fikirkan masa kat dunia tak lama mana, cepat-cepatlah kita ignore, jauhkan diri dari situasi tersebut tak kira di alam maya atau di realitinya. 


Ku pernah dengar ye orang tua macam mengejek-ngejek mak muda, alah baru anak dua dah tak reti jaga diri, tengok yang tu anak sepuluh pun macam anak dara lagi (pasal yang ditengoknya si fulan tu dulu kurus keding, muka flawless) bila anak dua 360° darjah jadinya. Ku geram nak menjawab bagi pihak si fulan, tapi memikirkan orang tua zip mulut, ikutkan hati dah penampor tawar sedass. Mana tak membara, iols pernah lalui pengalaman anak satu, dua sampai enam, the struggles handle two kids bukan kaleng-kaleng ye, kalah anak enam, sungguh. Lagi pulak kalau yang jenis,"eh, baru anak satu, dah macam-macam nak bagitahu orang". Ya Allah tolong sabarkan daku jumpa manusia sebegini. Apapun hidup bercampur gaul dengan kepelbagaian spesis keturunan manusia ni macam tulah, sebab tu dalam Al-Quran banyak sebut bab sabar ni, ganjaran orang bersabar bukan kaleng-kaleng. Bersabar dalam berpenat-penat pun, duniakan tempat untuk berpenat-penat. 


Begitulah bab tips ni, terguna pakai bilamana sesuai dan pemudahcara namun, perlu juga disesuaikan dengan realiti hidup hari-hari sebab semuanya tiga ratus enam puluh darjah berbeza. Nak tegur tak semua mampu terima, tak tegur kang, melarat-larat lurus bendulnya, so pandai-pandai sendiri lah jadi bijak pandai dengan terus mencari gali ilmu, kerana ilmu itu cahaya, tapi kalau dah hati keras macam tembok, cahaya pun tak pass nak lalu macam mana? Usahalah kikis tembok kasi runtuh, yang penting kita as parents sentiasalah belajar perbaiki diri, datangnya anak-anak untuk kita bukan untuk kita ajar anak-anak, tapi ajar diri supaya diikuti anak-anak untuk teladan kehidupan mereka pula. Hidup jangan jadi macam ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul. Kena ingat kita ni pun akan menjadi pelajaran atau pengajaran untuk orang lain. Choose wisely, learn, do better. 


Kosong

10.26.2023

Sedih plak baca sharing atau POV tentang surirumah yang rasa kosong, kosongggg, tak tau nak fikir apa, buat apa pun rasa kosong, rutin penuh pun rasa kosong. Rasa kosong dari restless aktiviti harian. Tambah lagi kalau yang pernah bekerja, tukar rutin drastik. Ramai yang shocking mental, fizikal, emosi sampai terbeban, ramai juga yang rasa lebih freedom, dan bermacam ragam lagilah. 


Know what? Sebagai surirumah sepanjang dua belas tahun, I adore so much my nenda, opah and such beautiful strong mothers icon outhere yang berjuang setiap hari membesarkan dan mendidik anak tambah lagi tanpa suami disisi, sama ada bercerai mati/hidup. Ku bersyukur ku punya someone yang menanggung nafkah sepenuhnya, helper in house chores, dan sepanjang ups downs as full-time housewife, he the one know and understand the real struggle. Sebab tu orang yang dah alami kehilangan, they lost half of them, real lost, sebab separuh diri, hati, gone! 


Kalau nak ingatkan bab penat anak-anak fasa umur baru lahir ke umur empat atau lima tahun, memang penat gila, tambah yang berderet macam daku ni, memang penat takleh bincang, tambah lagi masa mengandung, asal suami balik, air mata turun, sebab penat dah tak boleh describe, nak bebel pun tak larat, apatah lagi nak cerita the whole day yang dilalui. Air mata jelah ceritanya, either tersesak-esak, turun senyap-senyap tu jelah tahap nak cerita penatnya, hehe. 


Sampai tahap penat tu, ku dah tune dalam pemikiran nak lari dari rumah tinggalkan anak-anak. Punya dasyat bab penat tu, ku execute plan nak lari dari rumah tidur, rehat kat hotel. Tapi anak menyusu wehh?! Macam mana? Fikir lagi, okay bawak yang masih bertempek ni aje, then anak-anak lain dah pandai urus diri, dan boleh tengokkan yang kecik tu. Makanan masak siap-siap, takdelah anak-anak lapar nanti, kurang-kurang laki balik kerja tengok bini hilang, boleh makan kenyang-kenyang, then sambung call cari bini, yang tak angkat atau dah off telefon. Tu pun kalau perasan bini takde. 


Bab bini plak sempat lagi fikir cemtu ye penat-penat pastu nak larikan diri pun, fikir lagi perut anak-anak, suami. Takpe teruskan plan, cakap kat anak-anak mama nak keluar cari barang, nanti makan kalau lapar. Teruskan rancangan, mesej suami, nak keluar, dapat izin, terus on. Off telefon teruskan gerak ke hotel. Alhamdulillah sampai hotel terus check in, wallah! Heaven, anak susu cap gantung dia tahu nak main ja, sorang pun takde masalah. Settle. Boleh lelap dengan aman, takde siapa kacau. Ermm...tik tok tik tokk,jam terus bergerak. 


Sampai waktu suami balik kerja. Mana mama? Entah mama cakap nak keluar sekejap je, tak balik-balik lagi. Suami cuba call, berkali-kali tak masuk line. Mula gelisah, bermacam timbul dalam fikiran minda, risau kemalangan, kena rompak, kena pedajal dek manusia yang lebih pada hantu. Mula risau, nak report polis tak cukup 24jam. Cuba call lagi. Tetap tak boleh. Macam mana ni? Nak call bagitahu mak ayah kat kampung? Kang pengsan orang tua. Terkejut. Takpe, cuba settle dulu. Cari kawasan sekitar. Terus keluar dengan anak-anak cari. 


Bini plak dok fikir macam yang suami buat, panjang punya fikir kalau suami terjumpa kereta park kat hotel, naik cari dan marah-marah macam mana? Huuh, nasib baik ada parking special, pasti tak jumpa kereta. Selamat! I hope they'll not find me. Begitulah dalam pemikiran. Terlelap. Tersedar bila anak nak menyusu. Lihat sekeliling, kosong. Datang menerjah memori tika suami balik kerja pasti ada sesuatu ditangan, sesimple ais cream cornetto, bilangan ais krim termasuk untuk mama sekali. Kadang-kadang sekotak coklat, pun termasuk untuk mama sekali. Comel. 


Tersenyum dengan perbuatan cute si ayah untuk anak-anak termasuk mama. Dalam pada berpenat ada yang membahagiakan, cuba menutup mata kesekian kalinya. Datang pula memori anak-anak, mama boleh masak ke hari ni? Nak makan apa? Harraz dah kemas sinki, nak tolong mama masak boleh? Sambil tangan depa dah mula sibuk keluarkan makanan dari freezer. Goreng sendiri apa yang patut. Mama tahu tak?! meneruskan tadah telinga cerita anak-anak hari yang mereka lalui di sekolah. Kadang-kadang terkekek-kekek ketawa dengan cerita mereka.


Sedihla pula terbayang anak ternanti-nanti mama, tertanya-tanya mana mama? Nak balik ke atau teruskan stay di hotel tanpa sebarang gangguan ni. Ahh, lantaklah, tidur lagi bagus, lelap. Kelam gelap lena. 


Mama! Mama! Nak bawak bekal nasi goreng boleh? Ooh, bangun dan lihat jam dah subuh dah. Masyaallah, astaghfirullah khayalan sampai tertidur. Begitulah. Penat-penat kita mampu berkhayal saja, ahahaha. Dah pi buat kerja nuh. Nanti ku sambung bab kosong ni how i'm deal with it. Banyak kosong kosong bab duit ni best, banyak kosong bab perasaan, emosi, jiwa ni jangan terikut-ikut sangat. Ikut hati mati. 


"Nanti besar Hawaa nak jadi macam mama, duduk kat rumah, best!" berdekahh ku dengar, comel sangat impian anakanda, okay mama doakan. Mama tanya sebab apa? Sebab boleh tidur lama sikit, kahkah, sabor jelah. Depa dah lupa time depa kecik-kecik agaknya apa depa buat dengan tidur mama, and still now.... 


Naiff betul anak-anak.


Dobi

9.10.2023

Masa berjalan-jalan makan angin atau balik kampung memang sukalah, tapi habis tempoh berseronok part paling tak seronok nak settlekan baju kain yang bertimbun kena basuh jemur dan keringkan dan part memakan masa paling lama hingga boleh berulang jadi bukit lepas surut adalah part melipat kain. Pengurusan pakaian ni memang penting sebab most of our time banyak habis kat sini selain kat dapur.

Dulu ku pengumpul tegar kain baju, dari baju sekolah menengah, kolej, universiti sampai berumahtangga, baju yang sama dibawa masuk keluar tempat tinggal baru, even berpindah randah baju yang saying nak dibuang tapi dah tak muat still daku letak dan simpan dalam box. Dari box satu dua, betambah jadi tujuh lap and box. Last-last sakit mata, sakit hati tengok keserabutan yang dicipta sendiri. 

So since anak ketiga ku dah buang peel yang satu tu, baju sendiri, baju suami dan anak-anak ada system in and out, yang tak muat mana yang boleh bagi kat orang, mana yang boleh recycle ku asingkan siap-siap, takde dah istilah baju bila kurus nak pakai balik, takde istilah baju sentimental, semua yang elok cantik ku bagi orang je. Mujur jugak lah masjid berdekatan buat projek sedekah baju untuk diambil percuma oleh sesiapa yang berkeinginan. 

Memang bab pengurusan baju ni, kena buang rasa sayang tak bertempat, melainkan baju anak-anak kecil dan kita expect untuk tambah anak lagi, berbaloilah simpan untuk kegunaan nanti dilain masa hadapan. Daku jenis letgo, memang tak simpan, sebab baju anak-anak ku dah set untuk pemakaian satu pasang baju sehari, tu pun dah  banyak sangat dah rasanya sampai penuh box baju masing-masing, sebab baju kita basuh, kadang yang tujuh pasang tu tak sempat pakai pun sebab ulang pakai yang basuh juga. 

So yang terlalu banyak baju, terlalu tak tahu nak pakai apa, check balik pakaian dalam almari, sebab dalam tak perasan kita dobi dan pakai baju yang sama je even less in a week, sebab kadang baju tu favorite kita dalam tak sedar, baju tu kita selesa untuk ulang, jadi satu pembaziranlah kalau kita keep beli dan beli lagi, last-last almari penuh. 

Bab baju ni, kalau sabit bab mendobi lah malas sekali tambah kalau dah start musim hujan,lembap, jadi tak cukup baju yang ada pulak, dilemma betul kan? Apapun checklist buat overhaul bab pakaian enam bulan sekali memang berbaloi sebab kos dobi pun boleh cut bila baju tak banyak pakai, letaklah rules yang memudahkan aktiviti pendobian kita, supaya masa pun tak banyak habis kat pengurusan kain. Begitulah. 


Setiap kali balik kampung pun kos dobi kami anak beranak termasuk sekali sebab memang tak basuh baju kat rumah mak atau mertua, sebab nak cepat dan jimat masa, baju pun boleh ulang pakai, ku rasa ramai yang anak perantauan buat macam tu tambah kalau semua adik beradik balik, memang tak baloi lah nak melambak menambah keharubiruan bila berkumpul ramai-ramai. Nak jemur baju memang lah lagi tak, kihkih. Jadi part dobi baju ni memang kena ambil kira bila balik bercuti kampung atau jalan-jalan makan angin. Kami ni memang dah expert dah bab dobi bila travel dan balik kampung, kena smart plan bila terhad kemudahan nak digunakan. Siapa sangka dari gigil nak masuk dobi, sekarang most of favorite place pasalnya cepat selesaikan bab basuh dan keringkan baju, haisshh dah boleh jual agaknya dryer kat rumah, ahahah. 

Berangan juga suatu hari nanti dapat setup mini laundry sebelah open kitchen ala buffet hotel kat laman rumah tiny house nanti untuk anak-anak balik kampung, depa basuh keringkan kain kat situ ja, duit pun masuk kat Mak pak juga nanti, haiilah bab berangan gak. Masalahnya depa nih sekarang pun dah set nak duduk dekat-dekat rumah mama, nampak bumbung rumah mama dari jauh pun tak ngape, asal kan tak dekat sangat, tak jauh sangat. Adeii, jauh mikirnya, kahkah. 

Do Nothing

9.05.2023

Sekejap je masa dari kalut pepagi sampai malam kadang tak cukup tidur and restless sebab handle tukar pampers, sedia makan, layan peel anak non stop masa anak kecil berderet, sekarang dah join group mak-mak anak sekolah berderet pula. Rutin bertukar 360 darjah bila anak sekolah, kalut hanya waktu awal pagi je sedia bekal makan kalau anak minta, takpun bangun subuh untuk tunggu diorang bersiap pergi sekolah je. 

Pagi-pagi sekarang memang sunyi sebab yang empat dah sekolah, yang dua kecil masih bantai tidur di awal pagi. Tv off, hanya bunyi kipas je, memang sunyi, daku apalagi, memang masa ni makan, minum ngopi-ngopi sorang-sorang, nikmati kesunyian ni. Kadang berbaring je, tenung kipas berpusing, kalau rajin, mengadaplah blog macam ni. Kerja rumah? Lipat kain? Sapu mop lantai? Tak!Memang tak, memang tak buat apa-apa housecores, sebab memang tak nak buat, nak baring, bermalasan saja. Nikmat yang tak semua isteri-isteri dan mak-mak dapat. Ku pilih nak rehat je. Bukan selalu dan setiap hari, tapi ada hari macam tu lah. Slowmotion day. Do nothing. 



Being housewife tak semua enjoy dan tak semua rasa bertuah, but for me walaupun cukup-cukup makan, takde mewah, i really love my live indeed. Dulu pernah terfikir masa zaman sekolah kena bangun bersiap-siap awal, sangat tak suka sebab tak boleh berlama-lama kat rumah masa waktu pagi. I really wish masa tu bila besar dewasa, takde rutin kena bangun dan bersiap-siap macam orang pergi sekolah dan pergi kerja, sebab mak ayah kerja masa tu, kelam kabut dia yang pernah rasa je tahu. Bila mak ayah lewat, anak plak slowmotion bersiap, punya haru biru waktu pagi tu, hahaha. 

Paling ditunggu hujung minggu, entah kenapa setting otak waktu tu, tak payah kejut, orang tak bangun subuh lagi kita dah bangun, mandi, bersiap-siap, turun ambil basikal pusing sampai ke hujung jalan sawah padi ambil angin pagi, terus kekedai roti canai beli roti canai kat kedai kopi Pi. Bahagianya lah hai hati masa tu, siap makan terus mengendeng kat nenek nak ikut pergi kebun, standby cacing dalam tempurung, pancing dari batang anak buluh. I wish my kids go through the same memories tapi itulah zaman sudah berbeza. Depa main depan rumah pun rasa dah tak selamat, memang gone wrong belaka dah sekarang ni. 

Sunyi macam ni, tak sangka plak dah makin tua meniti hari mendatang. Rasa macam mustahil pula tak nak anak-anak berhutang bila belajar dan bekerja nanti, tapi niat dan usaha je lah, supaya kehidupan anak-anak nanti lebih baik dari yang kami lalui sekarang. Ku doa semua anak-anak ku kahwin awal tak kira laki perempuan, sebab entahlah, yang ni I keep my own opinion, yang penting I wish all my son and daughter dapat pasangan yang melengkapi kekurangan dan kelebihan mereka as i do with husband. 

Even duduk rumah, i'm so happy sebab boleh jadi asbab untuk lapangkan hati suami yang pergi bekerja untuk tak gelabah fikir tentang jagaan anak-anak, ambil anak balik sekolah, lagi pula bila anak tak sihat, tak perlu fikir bab nak ambil cuti. Atau ada situasi kecemasan yang perlu travel jauh tak perlu fikir bab isteri payah nak cuti etc. Itulah antara kelapangan yang dah surirumah mampu bantu even takde bantu dari kewangan. 

Dulu bila terjebak dengan bisnes betapa huru haranya otak daku, sebab dok kalut dalam kepala kena aim sekian sekian, tapi betullah apa yang kita lalui semuanya dah tertulis dan sebuah pengalaman berharga. Sekarang ku buang semua sampingan hanya untuk fokus kat anak-anak je. Biarlah orang kata rugi tak bisnes ke hape, adaku kisah? Yang penting ku tetap enjoy every moment, sebab bab rezeki ni ku dah pasak kemas, untung yang bertadabbur, bila faham bab rezeki ni, takde gelabah itik, yang penting usaha tetap ada walaupun bukan cabang bisnes. 

So ada mak-mak macam daku tak? We just love dengan keberadaan diri kita, kita tentulah di tempat yang tepat seperti yang Allah rancangkan, sebagai hamba mari sentiasa bersyukur dengan nikmat sebegini. 

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras'.”


Cuti

8.28.2023

Rupanya tak semua orang suka bila cuti, anak-anak sekolah tak payah tanya, semua depa suka kalau bab cuti, kalau cuti sampai dua tahun tu baru depa reti dok rindu nak pergi sekolah, haha. Tapi kalau tanya yang dah tua dewasa ni tak semua orang suka cuti, daku? Uii, dari kecil sampai laa memang suka bab cuti, lagi lama cuti lagi suka. Dari anak kecik sampai anak sekolah, pun ku tetap suka bila anak-anak cuti sekolah. 
Ada ramai mak ayah yang tak gemar cuti lama bukan sebab apa, sebab depa kerja banyak kekangan kalau ada anak kecik dan anak sekolah, duit habis, cuti habis, tenaga habis, semua habislah. Kadang bila anak cuti sekolah, mak ayahnya pula takde cuti, habis cuti, kalau yang dah besar tak risau tinggal kat rumah je, kalau yang jenis transit ke apa, dan ada yang merungut penat bila anak-anak cuti sekolah sebab serabut, makin sibuk terutama bab sedia makan. 


Ada juga mak yang tak suka bila anak-anak cuti sekolah sebab dah takde rutin biasa, kalau anak-anak sekolah boleh lah keluar ngopi-ngopi, giteww. Entahlah daku kalau boleh sememangnya buat timing sendiri cutikan anak bila perlu dan tak tunggu cuti sekolah pun, sebab memang nak anak cuti, kihkih. Apapun ku appreciate sangat time anak-anak cuti sekolah ni sebab nak libatkan mereka dengan house chores, takde maknanya depa bersenang lenang masa cuti sekolah. Tenaga buruh free ni kena gilap masa depa umur cantikk macam sekolah rendah ni. Nak bawa anak-anak bercuti time cuti sekolah ni pun okay sangat sebab depa ada sekali join, kalau tak bila dah masuk Kolej ke apa, mulalah timing cuti dah tak sama, pun mak pak merungut lagi. 


Entahlah, apa yang di nak pun tak tahulah, sedih tau baca keluhan mak pak bila anak-anak cuti sekolah ni, dengan bermacam alasan. Ku dah setting otak anak-anak daku semua jenis mudah dan memudahkan, ku terima seadanya je semua sekarang bila ada kat depan mata ni, sebab tak tahu bila depa akan jauh dimata atau takde terus kat depan mata nanti, kena hargai masa yang ada bersama ni, suatu hari, suatu masa, suatu saat semua akan pergi, pergi membina kehidupan sendiri atau pergi ke kehidupan lain, tu ja, pilihan yang ada kita syukurlah selari dengan perbuatan dan respon kita kat anak-anak ni. Depa cuti kita happy jelah, tak boleh happy, bercampur baur perasaan nak hadap anak cuti, pun layan jelah. Tak selalu dan tak berulang. 


Nak melayan anak-anak 24jam depan mata ni memang kental sebab depa berulang, main, gaduh, happy, terlebih galak, yang boleh pacu keserabutan mak-mak, tapi maybe daku since muda-muda dulu dah terbiasa dan lepas kahwin pun anak-anak berderet, situation havoc, chaos tu dah terbiasa, jadi takde hal, asalkan anak tak ratib boring, asal boring tu memang takde aktivitilah tu, tambah yang libatkan kita as parents. Nak suruh senyap zaman sekarang memang senang, bagi phone je, tapi senang ke hati kita buat camtu? Kadang anak perlukan small thing action je untuk mereka semasa cuti sekolah, letak modul belajar masak ke, buat kebun ke yang libatkan kita dengan depa, insyaallah depa happy dan tak boring. So kemana tu cuti sekolah ni? Moga semua tenang-tenang saja, tak keluar bercuti pun, stay kat rumah buat aktiviti dengan anak-anak pun dikira bercuti, kita yang buat dia kan, moga baik-baik saja and enjoying your holiday. 

Kuku Rosak

8.16.2023

Sejak tiga bulan lepas kuku daku rosak, since now tak okay lagi, makin tua umur, jiwa muda ni (perahsan betul) benci betul tengok kuku jadi kementot. Dek kerana  kulat kuku,  kuku macam dah kena makan, even buang still ibu fungus still ada, dah bermacam ubat try tak jalan, satu je tak cuba lagi, pakai inai daun tumbuk manual. Tak terbuat lagi sebab tak jumpa daun inai in real. Ku nak petik daun dan tumbuk sendiri, takkanlah pokok inai pun dah pupus. 

Moments balik kebun mok kecik zaman 90an (nenek, belah ayah), satu aktiviti kesukaan buang tanah hitam yang melekat kat tepi kiri kanan ibu jari kaki nenda, kadang tu tolong ketipkan kuku nenda yang dah rosak, reput hujung, tak jari tangan, jari kaki yang rosak sebab nendaku pekebun tegar, paling syok korek guna jarum keluarkan daki hitam celah kuku, eh alih-alih tengok kuku sendiri dah semacam kuku nenda dulu. Nak kata buat kerja kebun, haukk daku takde kebun, yang pasti kuku daku ni kerap basah sebab banyak duduk kat dapur. Oh, selit cerita kat dapur yang buat ku trauma, tertengok Instagram sorang pempengaruh yang suka masak, bukan orang Malaysia yang suka masak, tengah live buat masakan, meninggal. Since then ku takut betullah nak tengok orang buat live, sebab tu tak pernah terjebak dengan orang yang buat live even untuk shopping baju, tudung, whatever product, memang ku skip. Tulah bab mati ni, sebut je takut, mikir pun takut, tapi persediaannya, hmm sedih. Tak kata oranglah, kata kat diri sendiri ja cukup. 

Cerita kuku rosak ni bermula ku ketip kuku anak-anak, terperasan kuku Hawaa ada yang rosak satu, ku cakap dalam hati "apesal huduh sangat kuku yang ni, hishh", haa sekali kuku anak dah okay, daku plak merasa kuku huduh kena makan kulat, see sekejap ja Allah kasi rasa apa yang terlintas kat hati, sesal pun tak guna, tak mudah ye nak hilangkan kulat kuku ni. Tu baru bab kuku, tak lagi bab lemak kat badan ni, haihh. 

Mm, cerita kuku rosak pun berlapis punya cerita. Nak buat medicine pedicure, haremmlah memang tak. Kuku rosak pun boleh buat rosak mood ye, masa tertengok jelah. Apapun syukur alhamdulillah masih berkuku lengkap lagi semua jari jemari, nikmat apa yang didustakan? Orang kata nak tahu tahap kesihatan diri pun boleh tengok kuku, kuku pun boleh bagi signal tahap kesihatan diri macam mana.

Biasa bila umur makin meningkat ni banyak lah mineral badan makin berkurang, bukan sekadar kolagen tubuh je makin berkurang, yang lain pun sama-sama berkuranglah. Bila umur bertambah ni takde lah kerja nak tunjuk terpaling awet muda, cukuplah aging gracefully gitu, yang penting hati, perasaan kita nak tenang-tenang je masa ni, takde dah masa nak compare situ sini, cukup dapat upgrade be better person day by day pun alhamdulillah. 


Ni nak pakai inai daun pun empat puluh kali fikir, maklumlah dalam hidup, hanya beberapa kali je pakai inai, masa budak-budak, masa akad nikah kahwin, ni macam buang tebiat plak nak pakai inai kes nak ubatkan si kuku tersayang ni. Penyakit berkaitan kuku ni, inai daun herba terbaik, ku tak tahu tara mana hasilnya, nak kena cuba dululah ye berkesan ke tidak, yang pasti tangan berinai ni buat ku seram plak pasal julung kali pakai, ahahaha.



Xoxo
Mencari inai daun


Tungku

8.03.2023

Last berpantangkan Hana, salah satu habit yang lekat kat Ika adalah bertungku, sebab sakit urat. Macam mana tahu sakit urat? Bila badan letih, sakit badan tapi tak boleh nak describe. Ika biasa kalau sakit urat, bila tapak kaki rasa lenguh, penat, rasa lenguh tu sampai naik ke badan. Haa petanda sakit urat lah. Ada orang sampai demam menggigil baru dia tahu diri sakit urat. Since dah lalui bermacam ragam badan bila dah beranak pinak ni, ku dah pandai dah detect diri bila sakit urat. 

Ubat sakit urat ni selain mengurut, bertungkulah. Ni untuk dakulah, lain orang lain preference, ada orang sakit urat dia telan panadol ja settle. Untuk Ika bukan memang tak jalan telan panadol, tapi memilih untuk tidak telan panadol waktu sakit urat. Ni pun ilmu dapat dapat dari bidan dan tukang urut juga, cara nak jaga kesihatan saraf tubuh untuk jangkamasa panjang, kena rajin bertungku. Selama amalkan bertungku ni, even selepas habis berpantang, Ika set wajib tungkukan tubuh sendiri at least sekali sebulan. Biasa kalau lenguh, banyak berjalan dan buat kerja memang lagi kerap Ika bertungku. Baru rasa release habis rasa sakit urat satu badan tu. Kalau tak terbawak-bawak ke hari depan rasa penat tak boleh describe dengan sakit yang tak tahu nak cakap sakit tang mana. 

Lain betul 'feel' bila rajin bertungku ni, ku pun tak tahu nak describe macam mana, yang amal jelah me rasa feel tu. Betul tak? Syukur sangat bab macam ni, ayahlah orang paling memahami, sebab setiap kali berpantang ayahlah orang paling kalut nak sediakan bahan orang berpantang. Macam batu tungku, memang ayahku cari batu tungku kat sungai, bagi dua ketul sorang kat anak-anak perempuan untuk stand by kat rumah sendiri bila waktu-waktu memerlukan aktiviti bertungku, masa datang haid ke, kembung perut dan banyak angin dalam badan dan terutama sekali bila rasa sakit-sakit tubuh bila urat sakit lah. Memang lega kena batu panas dilapik daun pisang dan dibungkus kain dan dilurut-lurutkan seluruh tubuh. 

Dulu ku pun tak pandai nak bertungku sendiri, lagi best orang buatkan, sekarang syok bila tungku diri sendiri sebab tahu dah bahagian mana nak tekan, nak golek-golek batu lebih, paling syok bila tertido dengan batu hangat suam kat bawah pinggul. Perghh, lega habis satu badan bangun pagi esoknya. Biasa bab tungku ni ku buat waktu malam, sedang elok nak tidur, sempatlah sejam dok melurut sana sini batu tungku kat badan, terbalikkan balik kiri kanan, habis gaya, bonuslah kalau suami nak tolong tungkukan. Tapi biasanya terbalik, last-last ku tungkukan suami sekali. Orang lelaki pun boleh dan bagus bertungku, tak spesifik untuk orang perempuan je. 


Bila dah bertungku, insyaallah dan alhamdulillah, semua rasa sakit tubuh selesai. Rugi kita orang nusantara tak amalkan kaedah bertungku tau, orang kulit putih pun kenmain depa buat treatmeant heat stone untuk relieve nerves pain. Siapa yang sukar tidur malam, bertungku ni memang buat rasa mata nak tidur. Selain tingkatkan imun sistem lebih baik, sakit saraf urat badan lega sangat. Kalau yang jenis sakit tumit, sakit tapak kaki, pinggul, rajinkan diri bertungku. Ku bila dah ramai anak cemni, memang bab kesihatan dirilah paling seram, sebab bila tak sihat pun still kena jaga anak-anak juga, rutin berjalan macam biasa. Anak-anak kecik ni bukan tahu masa kita sihat ke tidak, tahunya kena layan diorang. Betungkulah mak-mak, yang mak-mak macam daku lahir 80an, 90an mungkin masih menghargai aktiviti bertungku ni, generasi mak moden sekarang mungkin dah tak pandang benda traditional macam ni, sebab renyah, leceh. Apapun yang menghargai je tahu merasa nikmatnya. 

Xoxo







Lambat

8.02.2023

"eh! Seloww lah dia ni, orang dah sampai ke bulan dia baru nak start!", pedih ayat ni bukan. Tapi ketahuilah kita, dalam tak sedar setiap hari kita memberi tekanan kepada diri sendiri.

Sepatutnya dari tahun lepas lepas habis pantang Hana lagi Ika plan nak start detox, tapi biasalah rasa tak ready, macam-macam alasan timbul dalam kepala ni. Tau-tau dah masuk tahun baru, anak dah hampir setahun lebih dah, nak sampai fasa cerai susu badan dah, tapi bab turunkan berat masih statik. Bab makan asyik nombor satu. 

Pagi tadi terbaca quote yang sangat bagus untuk motivasikan diri, 'no matter how slow you go, you're still lapping everyone on the couch'. Ika suka, sebab ayat ni sangat dekat dengan Ika. 

Selalu memaksa diri untuk buat lebih baik, buat lebih cepat, buat lebih produktif, buat lebih dan segala-galanya adalah lebih, melebihi apa yang kita nak. Baca ayat pun dah penat kan?

Boleh rasa tak bagaimana emosi dan perasaan kita bila kita terpaksa melalui hari yang tak diingini atau omputeh kata 'bad day'.

🎶Cause you had a bad day, 
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie🎶

Adakah kita hilang nilai diri bila kita tak dapat buat apa yang kita mahu? Kita tak ada tenaga seperti yang kita mahu? Adakah kita rasa tertipu dan kecewa bila tak dapat apa yang kita ingini?

Kita masih memaksa diri buat, walaupun badan dan otak memberitahu kita supaya berehat!Mulai saat ini, ubah perspektif kita.

Ayat ini mengingatkan kita langkah kecil yang bayi kita buat. Adakah anak kita lahir terus pandai berjalan? Tentulah tidak. Biasanya bayi kecil ada perubahan dan kemajuannya yang tesendiri dan unik. Dari pandai mengengsot, jadi pandai meniarap, dari pandai meniarap, jadi pandai merangkak, dari pandai merangkak pandai meniti, dari pandai meniti jadi pandai berjalan.

Perubahan yang kecil tapi berterusan lebih besar impaknya. Kita selalu kata, 'jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, bandinglah hidup kita dengan diri sendiri'. 

Tetapi pepatah ini bawa makna yang berbeza buat Ika. BERMULALAH SEKARANG, tak kira di mana kita berada, ia penting kerana ianya membawa kemana kita mahu pergi/dapat.

So sedar tak sedar dah hampir sebulan tanpa plan, tapi BUAT JE, dalam tak sedar dah pilih jalan buat Lazy Keto, nak buat sekali dengan Intermittent Fasting tak jadi-jadi lagi, so gerak dengan yang mampu dulu. Mazhab nak turunkan berat badan ni banyak cabang ye, pilihlah yang mana suka dan buat ikut kemampuan diri. Jangan rigid sangat. Yang penting kita boleh sesuaikan dengan tahap badan kita, dan faham kemampuan diri. Ambil ilmu dari pelbagai sumber dan adjustlah dengan diri, yang penting ada progress. 

Ada yang rasa payahnya nak diet, nak jaga pemakanan, memang betul-betul mencabar pun kat Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan, masakan. Suasana tak membantu dan anything jelah yang boleh distract kita punya goals. No wonder Malaysia adalah negara di dunia pertama in list obesiti paling tinggi, hebat tak? Kihkih, yang rasa insaf takut dalam tak sedar kita dalam peratusan obesiti tu, marilah sama-sama kita insafkan diri. Kesihatan out takde siapa boleh tolong melainkan diri sendiri yang ubah. 

Yang rasa dan banyak fikir
"eh, boleh buat ke ni?"
"karang buat, separuh jalan je"
"nanti-nantilah bila dah sedia" Percayalah lagi lama bertangguh, lagi lah banyak risiko ditanggung kalau dah ada tanda dan simptom penyakit-penyakit kronik.

Since tak lama lagi dah nak masuk 40an, rasanya tak boleh tangguh-tangguh dah fasa restart balik untuk better health, fit body and stamina. Sekarang paling teruk ideal weight dah kelaut dalam, kulit, gigi breakout teruk after last pregnancy. Cannot go dah orang kata, bekam pun lama dah tak terbuat, pendek kata semua kelaut dalam lah. Selow tak seloww asal kita bermula. Letss. 

Masih Makan Bersuap

7.27.2023

Satu habit anak yang kadang buat Ika hangin adalah makan bersuap. Bukan Ika tak suka suap anak, tapi bila makan bersuap ni dari lima ke sepuluh minit makan, jadi sejam ke dua jam sesi makan.

Satu hari Allah buangkan perasaan tu dengan teguran dari anak je "mama Haddad suka kalau mama suap Haddad, sebab Haddad makan banyak, boleh sambil main."

Terpanah terus ayat tu kat hati.

Ika kalau suap anak mulut memang tak berhenti mengomel, membebel lagi plak kalau anak sengaja panjangkan waktu makan.

Hikmah banyak bila makan bersuap ni, sebab banyak antara nasihat yang anak ingat dan ikut buat nasihat ketika makan.

Masa makan pun sambil anak main boleh borak dengan diorang.

Hawaa kalau tengok abang-abangnya makan, wajib dia makan sekali, effect domino kot.

Harraz biasalah picky eater. Dia takkan makan selagi tak lapar. Tapi ada satu tricky yang Ika selalu buat nak suruh dia makan bila suapkan Haddad.

"Harraz tak nak makan takpe, cuba yang mama suap sekali ni je", biasa akan ada penolakan.

"Harraz awak tolong makan satu suap, mama rasa macam masin sangatlah nasi ni, cerr cuba", (terus cuba satu suap).

"masin tak?!", "tak masin sangat mama."

Biasa dari satu suapan memang akan berterusan sampai dia kenyang. Tapi nak berjaya ke satu suapan tu lah, kena banyak kali cuba.

So anak yang picky eater memang mommy kena kreatif.

Nak cari menu kesukaan dah satu hal, nak makan pun satu hal. Tapi magic suapan mak-mak ni kan, tak daya sesiapa persoalkan.

Sambil suap tu iringlah doa sekali.

Look like simple tapi tak semua mak nak buat, sebab ni kerja renyah, memerlukan kesabaran dan ambil dan curi masa yang banyakkk sedangkan banyak lagi kerja rumah nak diselesaikan. Boleh mencungap rasa sabar tunggu depa kunyah nasi tu. 

Tapi buat kerana Lillahitaala, insyaallah lain impaknya.

Cubalah mommy.


Sebab tu kot orang kata sesibuk mana mak-mak wajib masak seminggu sekali sekurangnya. Air tangan mak ada rahsia 'kasih sayang'. So, masa anak masih clingy nak makan bersuap, layanlah.

Bukan setiap masa pun makan bersuap, biasa ada demand je, "nak mama suap", ada masa anak-anak suka makan sendiri.

So anggaplah masa anak minta tu ibarat bagi hadiah istimewa kat mak-mak. 

Airtangan ibu,
Takde siapa boleh pertikaikan.
Siapa sangka pejam celik pejam celik dah besar dah belaka yang makan bersuap. 

Memandangkan dah hampir berkecimpung dengan aktiviti suap anak makan ni hampir sebelas tahun, apa yang ku perasan, mak-mak kena jaga emosi sendiri, jaga diri dulu sebelum anak-anak. Macam bab suap anak ni, sebelum suap anak, suap dulu diri sendiri kasi kenyang, perut kenyang, hati pun senang, kurang nak garang. Perut lapar, buat mak-mak penat, mudah nak marah, sebab dah letih, suap anak-anak nampak cikai, tapi penat tau sebab libatkan 'masa menunggu,menanti', penantian ni satu penyeksaan, tau? So, jadi mak-mak ni ada masa kena selfish.

Jangan biar perut lapar kes sibukkan nak menyuap anak. Pastikan perut mak kenyang dulu sebelum kenyangkan anak. Jangan jadi mak yang suka ambil yang 'sisa'. Belajar jadi mak yang suka ambil dan buat yang terbaik untuk diri sendiri. Kenyang perut sendiri pun me time terulung, apatah lagi mengopi-ngopi. 


Dulu, dan sekarang masih lagi depa bersuap, yang si kecikla, yang abang kakak dah jarang minta bersuap, semua nak makan sendiri dah, feeling makan bersuap ni anak-anak je tahu macam mana rasa, sebab makan jadi bertambah-tambah. Bahagia kot ek? Ke rasa sedap? Entahlah, kadang kusengaja cari point untuk suap anak-anak sekaligus, selain jimat masa, boleh save energy untuk kemaskan sepah depa makan tambah kalau nak keluar, kena makan dulu, jadi suap makanlah cepat sikit urusan. 

Terutama si Haniy dan Hana sekarang siap pakej merajuk kalau tak bagi makan sendiri, even kutip sebiji-sebiji nasi masuk dalam mulut, pun jadilah asal boleh makan sendiri, tapi berasaplah mamanya nak kemaskan sepahan Hana berkali-kali. Kasi can jelah si baby ni buat sepah. Daku pun time ada anak kecik macam ni jelah nak bebel banyak sikit. 


So anak anda masih makan bersuap? Sepp sikit, kita geng, wakaka. Komplen anak sendiri makan bersuap takpe kan, biasalah mak-mak asal boleh komplen anak sendiri, bukan tak bersyukur, tapi hanya berkongsi, indescribable feeling and moments. Yang tak boleh diulang, hihihi. 






Xoxo
-Beauty mom-