Showing posts with label blog aktif. Show all posts
Showing posts with label blog aktif. Show all posts

Panaskan Enjin Jari

7.14.2023

Masyaallah Tabarakallah, lamanya tak jenguk sini, since dah tepu, kena jari menaip so sinilah tempatnya, memang brain dump place for mind betullah blog ni, hahaha. So tengok entry last berzaman masa puasa hari tu, sekarang dah habis raya haji pakej nak masuk tahun baru Islam dah, makanya take note sikit kat sini. Progress after shocking health screening, makanya kena insafkan dirilah, betulkan balik back to fitrah dan banyakkan puasa terutamanya puasa ganti yang belum terlangsai lagi. Betullah dalam hidup ada kala kena tersepak batu, tersadung jatuh dulu, baru gelabah nak ambil peringatan. Memandangkan dah makin tua kertu, masa makin berkurang, sesamalah kita ingat mengingatkan sesama kita bab kesihatan jangan dipandang ringan. Sentiasa pegang lima perkara sebelum lima perkara. Apapun kita semua diuji, yang bezanya cara kita renspons dengan ujian dan cabaran yang kita hadapi. 
Nak sambung menulis pasal road trip, short travel belum dapat mood, nak share pasal masakan pun malas masak sekarang ni, apatah semua tak boleh pakai, yang tahu sekarang buat jelah, tak paksa, tak rela, tapi buat je, hadap je. Short entry just for me panaskan enjin jari jemari aje, so till next entry, ya Allah bagi lah penulis blog ni rajin menulis lagi, amin. 

Google Adsense Lulus!

10.05.2020

Seseksi seksi mana makhluk Allah, sebesar-sebesar dosa yang hambaNYA lakukan, jika kita mohon taubat dan petunjuk pasti Allah ampun kan dan tunjuk jalan. Teringat dulu ada artis yang sangat seksi komen netizen kalah syaitanniirrajim, judge, label macamkan buat kerja Allah, diorang yang jahil tu kadang bila Allah dah jentik hati, bagi hidayah, berubah lebih baik dari kita, malah lebih sempurna dari kita. Kita ni sesama manusia kadang orang dah berubah pun sanggup pergi korek, ulang cerita silam dan dosa silam orang lain. Ingat Allah tak tengok kita punya permulaan, kita punya pengakhiran tu penting, kalau orang dah berubah lepas tu kita sinis dan perli, 'alahh ku tahu macam mana dulu orangnya' sibuk dok kirai dosa orang, baik lah muhasabah diri sendiri. Tapi tulah nama lagi netizen, maknanya dialah yang paling baik, paling bagus, boleh nilai orang sesuka hati. Hati-hati lah walaupun takde siapa tahu yang menaip kat medan sosial tu, Allah tahu dan tak pernah tidur, dosa sesama manusia ni kalau tak minta ampun sesama manusia, Allah sajalah tahu apa natijahnya, tambah lagi kalau yang dah meninggal, once ada yang fitnah kata-kata buruk tiada lainlah yang membelanya kecuali Allah, takut tak? Kita kat dunia ada lagi peguambela apa semua, tapi orang mati, peguambelanya Allah, hati-hati takut gamam tak terkata bila dapat kifarah atas dunia lagi. Scary nowadays pengguna sosial yang tiada batasan akhlak, nak menegur ada cara yang berhikmah bukan main sedap komen. Fuuh, begitulah baik buruk sesuatu pasti datang berpakej, guna media sosial untuk kebaikan dan manfaat moga ada pahala yang tercatat begitulah sebaliknya. 

So nak cerita ya Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah syukur sangat Google adsense Ika dah lulus, dari tahun lepas apply, tahun ni baru dapat, dah banyak kali adjust sana sini, buat ikut tips blogger otai, macam-macamlah tapi bayang nak lulus pun tak nampak gaya. Ada yang senang je apply dua hari terus dapat, ada yang makan minggu bulan dan tahun. Rezeki masing-masingkan? Alhamdulillah niat Ika nak aktif balik blog Allah permudahkan. Yelah takkan nak menulis saja-saja, menulis biar dapat duit padu terkejut gitu. Bab menulis ni memang minat Ika, cuma kadang-kadang hilang fokus dan kekangan masa. Sekarang anak-anak dah mula sekolah, Haniy pun komitmen dan keperluan pun dah berubah, maka banyak masa terluang Ika gunakan untuk menulis dan update entry. Buat yang berkongsi tips dan segala cara dan langkah untuk lulus Google adsense ni Ika doakan korang diberi ganjaran oleh Allah berganda-ganda atas kemurahan hati berkongsi ilmu dan Pelajaran, kadang tak tunggu benda besar, hebat untuk di kongsi, benda simple dan tak nampak apa-apa pulangan menguntungkan sangat memberi impak kepada orang lain. So korang kalau ada idea, ilham, ilmu, sharelah jangan simpan sendiri mana tahu asbab perkongsian kita dapat membuka minda, dapat bantu orang lain memperbaiki diri. Niatlah yang baik-baik. 


Bila adsense dari Google ni dah lulus memang gembira dan bahagia sangatlah sebab kita buat apa yang kita suka kan, lagi plak dapat hasil dari minat kita sendiri mana tak bahagia oii. Moga apa yang tercatat ke medan ni dapat membawa kebaikan dan juga manfaat terbaik untuk orang lain. Apa yang tertulis kat dalam blog hanya perkongsian Ika dari pengalaman, kenangan, detik dan waktu di lalui sepanjang diberi nikmat dan ujian oleh Allah. Yang baik buat teladan yang tak elok buat sempadan. So jomlah kita menulis yang baik-baik dan yang memberi manfaat, syurga Allah itu mahal, amalan kita sendiri tak menjamin kita masuk syurga. So buatlah apa saja kebaikan tak kira sekecil debu, semudah-mudah mengalihkan batu kecil kat jalan supaya tak menyusahkan orang lain pun boleh jadi asbab kita masuk syurga, moga dengan rahmat Allah dapat mengumpulkan kita semua disyurgaNYA amin. 

Mencari Blog Aktif 2020

8.21.2020

Ika tak sure masih ramai lagi tak blogger-blogger awal dulu aktif atau tidak tapi yang pasti kebanyakan dalam list reading Ika hampir 4,5 tahun dah kebanyakannya tak berupdate. Masih adakah mommy, adik, kakak yang masih aktif berblogging tak kira lah update sebulan sekali, seminggu sekali, asalkan berupdate. Just nak refresh my new list for reading and blogwalking. If ada please tinggalkan URL anda kat komen dan follow Ika, I will blogwalking and follow back. 




Lama dah tak buat aktiviti blogwalking ni, putus angin satu bila tengok yang dah berzaman tak berupdate, tapi kita fahamlah kebanyakannya dah tukar medium sosial dan aktif kat medium lain. But for now memang Ika shut off Facebook dan fokus blog je, sebab rasa real person bila menulis. If ada senarai blog aktif, please let me know. Buat masa sekarang Ika ada masa untuk update entry je, for blogwalking masih mencari masa untuk mengadap sebab takde list lengkap yang menyenangkan aktiviti blogwalking, jadi bila buka blog situ sini kadang memang dah bertahun tak update so situ dah take time kat situ dah masa gone macam tu je, anak lima yang tengah membesar ni faham-faham lah tak boleh hilang attention sikit, terus huru hara rumah, nak stay lama depan skrin memang agak mencabar, so untuk jimatkan masa this way more effective. Yang aktif, please do share your URL kat komen ok. Insyaallah I'll follow you back, tak kisah blog personal or business asalkan aktif. 

Aktifkan Blog Personal 2019

3.17.2019

I think ni azam yang sama setiap kali masuk tahun baru untuk mommy blogger, kan? Sudahnya, haram satu post naik disebabkan kekangan masa masing-masing.


Yang Ika perasan, semua blogger tegar dulu habis semua senyap bila dah bertukar gelaran mommy. Kebanyakanlah, yang tetap aktif yang femes ames macam cik epal, irine nadia apa semua tu. Hebat depa boleh still aktif menulis dikala tanggungjawab makin bertambah, anak makin bertambah, urusan makin bertambah. Fuhh, so inspired kan?


Ika ni aktif belog tiap kali nak umum anak lahir ja, wakakak. Sadis sungguh. So tahun ni even dah masuk bulan tiga dah pun, still azam tu still boleh dilaksanakan betul tak? Semangat nak menulis tu memang sentiasa ada, tak pernah padam, yang padamnya bab masa. Kena urus masa sebaiknya lah. Kadang malu kat orang lain yang boleh urus perkara lain hingga berjaya even banyak benda dilakukan dalam satu-satu masa, but we can't compare us to others kan, just give the best version of ourselves sudah.


Ikutkan banyak sangat nak share, tapi Ika try buat satu-satu termasuk share resepi step by step. Memandangkan anak-anak dah start sekolah ada luang masa yang Ika boleh gunakan untuk menulis dan aktif dimedia sosial. Just sharing the good thing yang boleh memberi manfaat, not updates as bawang rangers. Not my type dan bukanlah saham terbaik nak tinggal kat alam maya ni memandangkan ianya stay kat sini even the person dah takde. Inspired tengok arwah cikgu kimia yang passed away, tapi tutorial mengajarnya kat youtube still actived viewed. Tu mrmang betullah something yang memberi manfaat, ilmu, cahaya untuk alam sunyi nanti.



So just being and make a good thing for our lives and others. Sebab itulah matlamat kita semua datang ke bumi Allah, sebagai khalifah, sebagai pendakwah, spread a good thing, give other values. Insyallah. See next post orait. 





Reading List Hilang Seminggu, Biasakan Diri dengan Blogger Interface

1.22.2012

Actually, dah seminggu reading list dekat dashboard hilang tak tahu ke mana...susah nak tengok updated dari blogger lain tanpa reading list dari blog yang kita follow kan..lagi plak tengah biasakan guna new blogger interface...mende neh dah lama tapi baru nak update..maybe takut dengan perubahan...masih lagi kekok...nanti lama-lama okeilah kot...biasalah bab IT neh haku lambat sikit...hahah=p.. so nak godek-godek satu hal lah kan? tapi yang blogger interface baru neh lagi best dari yang lama..heh!baru nak merasa.. apapun tanpa reading list memang sukar nak klik dan taip satu URL blog yang wajib singgah.. Sekarang kalau ikutkan hasil penulisan dah hampir mencecah 900 entri err lambat lagi, tapi dah kira hampirlah...tak sangka rajin pulak haku hadap mende macam ni, kalau dapat duit takpelah jugak kan-_-"..

p/s: writing is really therapy^_^..

Pembaca Senyap adalah Pembaca yang Setia

11.08.2011

Pembaca senyap atau 'silent readers' yang mana mereka membaca entri kita tanpa meninggalkan jejak sama ada via comment, shoutbox dan sebagainya. Honestly, saya rasa macam tu, pembaca senyap adalah pembaca yang setia...walaupun pembaca senyap boleh dikategorikan dengan pelbagai karakter samaada sebagai seorang pembaca yang sukakan entri kita atau sebaliknya, seseorang yang tak sukakan kita tapi nak amik tahu pasal kita ataupun seseorang suka pasal kita dan memang akan amik tahu pasal kita, mereka tetap pembaca senyap melainkan tinggal jejak dengan komen sinis, ngee...macam-macam kategori jugaklah pembaca senyap ne, boleh jadi mereka adalah pembaca setia blog seseorang sebabnya kebanyakan mereka membaca entri kita secara details dan kalau boleh setiap post lama dihayati dengan baik. 
Pembaca senyap ne, boleh dikategorikan pembaca yang sentiasa tunggu kita update ape cerrr kat belog. Seronok begitukan, even tak banyak komen diterima, namun jejak kat traffic membuktikan pembaca senyap salah seorang penyumbang traffic. Kebanyakkan pembaca senyap tediri daripada orang yang kita kenali, dan ada juga yang tidak kita kenali yang suka membaca tentang hidup kita. Mereka tak kisah tentang apa yang kita tulis, setuju atau tidak mereka hanya membaca dengan setia. Ada blogger yang suka akan silent readers dan sebaliknya..tapi saya tak kisah, asalkan jangan jadi duri dalam daging sudah-_-"..By the way tak kisah lah pembaca senyap atau tidak sekurang-kurang saya tahu saya ada pembaca setia. Terima kasih en.azham dan adik kakakku. Mak in progress baca belog kudus saya ne...hehe. Apapun sayang mak...ayah juga. eh lari topik>_<"..

Note: Thanks for reading=)

::Wujudkah Hak untuk hadkan Privasi di ruang Blog??::

9.13.2011

Privasi atau kerahsiaan bukanlah sesuatu perkara remeh, namun didunia maya dan serba 'borderless' ne, semua maklumat dihujung jari sahaja. Namun dalam keghairahan kita berblog pernahkah kita menghadkan privasi kita sendiri??(okei, yang ne tanya diri sendiri-_-'). Dalam syok ber'blog' ne, kemungkinan kita terlupa untuk menjaga batasan privasi. Sehingga ada perkara-perkara yang mengaibkan pernah kita kongsikan. Untuk pengajaran atau sebaliknya, tak siapa yang tahu. 

Sering mengingatkan diri dikala jari menari-nari dikeyboard, segala yang terhasil mungkin boleh menghasilkan impak negatif dan positif. Dalam dunia maya segalanya berisiko. Terkadang dalam penulisan alam maya kemungkinan untuk kita menjadi musuh terjadi dengan tidak sengaja(nauzubillah) wujud. Puncanya berbeza pendapat. Kadang-kadang juga kerahsiaan yang sepatutnya kita rahsiakan boleh menjadi punca rosaknya hubungan. Semestinya hak untuk Privasi di ruang blog wujud bergantung setakat mana kita berkongsi kerahsiaan tersebut. Blog personal macam saya ne, sememangnya had privasi ditahap rendah ataupun moderate, melainkan kita tahu apa yang kita kongsikan. So much risk to face bila kita didunia maya, sama jugak dengan realitinya. Sebab itulah penting bagi kita (saya especially) mengingatkan diri untuk berkongsi cerita, ada benda yang kita boleh kongsikan, dan ada benda yang perlu elakkan untuk dikongsi. Kadang-kadang ruang sebegini bukanlah tempat terbaik untuk meluahkan perasaan. Cuba imagine apa perasaan readers bila baca entri kita yang marah-marah, memaki-hamun, mengadu domba, terlebih berkasih sayang, segala setiap inci dan saat dilakukan setiap hari dicoretkan tanpa sepatah perbuatan dan perkataan ditinggalkan dan semacam lagi (adeii, tak boleh imagine). Dulu masa mula-mula berblog ada jugak anggap blog ne macam diari, rupanya  silap. Bila baca balik entri sendiri dulu-dulu ada jugak rasa annoying kat diri sendiri...haha=p, apatah lagi yang  membacanya...hehe=). Kesimpulannya had privasi bergantung kepada tuan empunya, nak kongsi takde hal, tak nak kongsi pun tak jadi hal, privasi tu hak kita kan, so kita yang hadkan=).

Note: Blogging for fun

::Segmen Ben Ashaari: BEN ASHAARI BLOG::

1.27.2011


Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini 
Berapa kali update: Tak tentu, dalam 3-4 entri sehari
Jumlah entri saya sehingga kini: 624 post, kalau termasuk entri en.ben ne, 625 post..

Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..
Untuk memberitahu belog saya wujud dikalangan belas ribu blogger yang ada.. at least diorang tahu wujudnya blog saya, itu pun dah okei..hehhe^_^

Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?
mm...tak terfikir plak, sebab menulis bukan nak popular, just for sharing any idea, opinion dan macam-macam lagi, kalau fikir nak popular mungkin one day saya akan give up sebab takde orang amik peduli, so writing for my satisfaction is better and for therapy.. maybe akan terus menulis aje, sharing apa yang patut(-___-)

Note: takmo join ke?ada 4 bloglist je tuk pembubaran kali ini..apa lagi?jomm..

::Tag: Contest Blog paling comel cantik dan kemas::

1.20.2011

Saya join contest dari Farzana Farzanto dan di tag oleh Yusra , so untuk tidak melengahkan masa saya buat entri yang agak-agak simple-dimple but nice...haha=p, jangan lah loya...actually hari tu saya nak join contest header cantik, tapi bila tengok header balik macam...mmm, abaikan...so memandangkan dah kena tag saya harap ada jugaklah harapan nak menang...haha=p...harapan nak tinggi jek, pelempang kang!mane tahu kan?ngehngeh=p

nak tahu syarat dan terma klik header ye, banyak masa lagi ne....pastu saya nak tag 5 orang 

note: if ada masa layan lah tag ne ye...

::Segmen Ben Ashaari: Masihkah kau ingat?::

1.15.2011

Masihkah kau ingat kita berlari-lari, lari ke mana tu?jangan ke Siam sudah!...syahdu plak layan lagu tu kan... mesti en.Ben suka lagu tu kan?hehe...main teka-teka plak...haihhh!first letak header dulu...then fahami kehendak soalan, amik 20minit baca berulangkali, biasa ahh, kot-kot baca lain faham lain...grrrrr(-___-)
err...kalau kira macam nak wat review sikit boleh dalam menjawab soalan, alang-alang menyeluk pekasam, peluang diberi jangan dilepaskan(-___-)

mengimbas kembali saat saat kali pertama korang berblog
2009- Hujung tahun gitu start buat belog ne, URL asal belog ne, http://www.greenapel-wonderful-life.blogspot com. Panjang giler kot, tuan sendiri pun malas nak type. Start buat sebab nak tahu apa sebenarnya dunia belog ne..

2010- Awal 2010 masih ditahap pembelajaran, sekarang pun! dimana awal pembabitan dalam dunia belog ne, masih blurr dan selloww(slow) dalam bab-bab edit, sekarang pun camtu jugak!(T_T). Dan apa yang paling menyerlah setiap entri yang dibuat amat beremosi, mula-mula saya ingatkan belog ne tempat lepas amarah ke apa kan, asal orang baca entri saya jadi baran, asal orang baca jadi bengis, asal orang baca jadi nak marah...i guesslah!Tapi kalau dah ko memang baran ke hape, jangan nak sabitkan belog saya plak...yang tu memang nak kena pelangkung...grrr=p...

Pertengahan 2010 dan awal 2011- mengubah cara penulisan lebih santai dalam meluahkan perasaan serta cuba berkongsi dengan cara yang tersendiri. owh!oOh dan baru perasan kebanyakan entri saya sekarang macam berlawan dengan diri sendiri, ai mean monolog dalaman, negatif dan positif semua bantai je masuk(-___-)

Pahit getir korang buat blog
Paling pahit bila takde mood langsung nak ngadap belog, tapi tu dulu...kira macam buat lah macam mana pun, takmo ngadap belog!takmo ngadap belog!takmooo!!....tapi sekarang yang getirnya bila dah terlebih excited nak ngadap belog, asek nak mengadap aje...time petir berhempas-pulas pun nak ngadap belog....kena petir baru tahu...grrr(--")


Susah senang/ suka duka (double question answered in the same paragraph)
Susahnya pasal belog ne bila idea nak datang...err, bila masa ku tunggu idea datang plak?bukan ke selalu main taip je...huhu, takpe, abaikan...yang senangnya bila dapat ramai rakan blogger yang sporting, support each other, tegur yang mana perlu tegur dan yang penting...i loikkee!err...whatever..punggah soalan suka duka letak dalam soalan ne jugak boleh? ...sebab suka, duka tu dah banyak kot terluah kat dalam belog saya ne...(--")


Mereka yang datang dan pergi ... Blogger pertama yang meninggalkan komen 
Mereka yang datang yang pergi ramai kot, followers belog nelah kan sape lagi? datang baca entri saya kat belog ne, pastu pergi singgah kat belog orang lain plak, terima kasih^_^...Tapi kalau datang tak pergi-pergi, memang tak lain dan tak bukan tuan belog sendiri lah, kalau orang buat camtu boleh digelar obses kat belog saya pulak...eiiyuu!betul tak?...haha=p. Blogger pertama komen Eni noreni dan special guest  saya en.azham, eh tapi en.azham bukan blogger, huhu, abaikan...thanks^_^

Kutukan serta kejian .. Bagaimana korang mendapat inspirasi serta semangat untuk bangkit kembali .. Mereka yang sering memotivasikan korang (triple answered question)
Abaikan sahaja melainkan yang membantu saya memperbaiki penulisan..i will consider..hehe=p... Inspirasi dari en.Ben, dan mereka yang sering memotivasikan saya en.Ben juga dan blogger-blogger lain yang sentiasa memberikan tips-tips yang berguna dalam melayari bahtera blogger ini...ececeh..hehe^_^


Pesanan buat blogger baru/ Link blog yang di follow
Cuba elakkan plagiat, ai mean copy paste, ada orang tak suka, ada yang okei, kalau nak copy jugak kasi backlink sumber...eh betul ke?hehe...saya pun baru belajar juga...apapun be urself even dalam penulisan.. kadang-kadang orang kenal kita melalui penulisan...haihh, entah macam mana lah first impression blogger kat saya...mesti semua negatif je...alahai...terima jelah(T__T). Owh dan saya polo sekadar berkongsi sebabnya dah dia nak berkongsi, saya apa lagi...polo ahh orang nak berkongsi ne, pemurah betul, terima kasih...hehe^_^

Note: Aiiyoo...asal feeling sangat buat segmen ne...panjang lebar lah pulak, terlebih 100 patah...grrr,(--")..nak join boleh klik header kat atas g jenguk en.Ben punya syarat dan soalan. Happy weekends. ^_^

::Terkejut dan bertambah trauma, okei tipu!::

1.14.2011

kahkah...tak tahan weii tengok lawak...cam tah hape2 je lawak senario yang dulukala...owh!sempat snap ai mean followers yang ke-300...thanks ya sudi follow belog hudoss ini(-___-). Apapun acara mendera followers diteruskan dan kali ni malang tak malang, cucuAtokAji yang kena...err, ko tak takut kat atok dia ke, kang nak dera cucu dia?err...abaikan...hehe=p...sebelum ne followers ke-200 yang kena...hehe, thanks layan saya=)
Apapun soalan dera kali ini untuk cucu tok Aji...jeng jeng...eceh, takyah lah nak wat gendang bagai ... pelempang sibijik!adehhh...okei ne soalannya

1.Pendapat anda tentang isu kematangan adakah ia seiring dengan usia atau sebaliknya?
2.Sampai bila mahu berblogging?<--actually soalan ne femes kat blogger lain, saya amik sebab saya tak jumpa lagi jawapan yang saya cari..(-___-)

Dua cukuplah kot...happy blogging ya semua^_^.Thanks yang sudi follow, banyak lagi kena belajar dari kamu semua. Chaiyokk!

::Blog Aku, Bukan Privasi Lagi::

1.10.2011

waa, meaning sangat tajuk segmen pun...dah kalau semua benda dah diceritakan dalam belog...privasi nya g mane?enggak ada kan? tak payah nak berindon lah...geli wehh... haha=p..mari meneruskan segmen Blog Aku, Bukan Privasi Lagi ne.. cuba menyeronokkan diri sendiri(-_-)..i'm try, agogo (sambil lompat!lompat!)...Syarat & terma <--sila klik

Describe belog saya?
Pada pandangan mata saya, saya masih tak puas hati dengan header belog saya, masih tercari-cari nak design header sendiri macam mane...mmm, takde idea..eh?lari topik ke...hehhe=p, belog ne banyak cerita pasal diri sendiri, ada yang betul, dan ada jugak saya buat simpang siur, ada yang merapu, dan ada jugak yang kurang merapu...eceehhh(--"), pastu belog ne jugak ada yang buat orang menyampah, i guess?(-_-)...sebenarnya saya yang menyampah kat belog hudoss ne...wuwu(T_T). Apapun ia telah berdaftar, nak tak nak saya kena layan jugak belog ne...alasan!hehe...itu jelah..err, terlebih dari simple (Simple is the best)...so takde yang best(T_T)...

Saya dengan rasminya men"tag"kan segmen ini kepada

Note: Yang lain kalau nak buat segmen ne boleh aje, ikut syarat n terma, tarikh tutup 5 Februari 2011, kalau takde idea nak buat entri, segmen dari geng-geng blogger amat membantu...thanks=), eh kantoi!takde idea rupanya....haha=p

::Segmen Ben Ashaari: Mereka kata...::

1.06.2011

Header En.Ben adalah trademark..sila faham(--")

Kenapa segmen ne???
Mereka kata...blog adalah medan penulisan
Mereka kata...blog adalah medan meluahkan perasaan
Mereka kata...blog adalah medan kutuk mengutuk
Mereka kata...blog adalah medan pertunjukan fesyen
Mereka kata...blog adalah laman informasi
Mereka kata...blog adalah medan kekayaan
Mereka kata...blog adalah medan pelbagai bangsa berhubung
Pedulikan mereka kata...yang penting bagaimana cara kita berkongsi
idea, pengalaman, informasi, dan pelbagai cerita
So buat blogger baru jom kita memeriahkan lagi dunia blogger
blogspot world connection start with your fingers
rajin-rajin menaiplah ...hehe=p
keep in touch..welcome to weird world...hahaha<---ini adalah gelak hantu, 
sila takut(-_-)...okei, okei gurau je, t rajin-rajin singgah belog saya, takmo singgah pun intai-intai sikit pun okei dah...hehe=p

note: haa...ape lagi, tak mo join sekali ke segmen en.Ben? rugi!!!!

::Jom follow shahjiehan~jadikan 200 followers::

12.31.2010

Jom semua kita follow shahjiehan punye belog. tuan belog nak cukupkan 200 followers sebelum 12 tengah malam atau dengan kata lain menjelang 2011, apa lagi?? jom follow tuan tanah..
jangan segan-segan klik!^_^

Note: Tuan punya belog greenapel plak bila lagi nak "up" kan followers...haha=p, 
malu aihh(-_-")

::Giveaway eqbalzack-"SERBA SATU", perggghhhh!!::

Tengok tajuk pun dah terkejut!ai mean saya lah yang terkejut...terkejut pastu g minum air jap tenangkan diri...ececeh, nak menipu plak...haha=p,padahal terus taip entri je. Tapi seriously memang terkejut secara serius...apa ko cakap ne?!okeis, okeis..Memandangkan tahu lah diri sentiasa tak bertuah, sebab setiap kali ada cabutan bertuah tapi tak pernah bertuah nak dapat, mana tahu dapat GA dari eqbalzack kali ni...perghhh!nak jugak berangan...haha=p

Memandang hadiah serba satu, serba satu ye, diulangi serba satu! ko apehal nak ulang-ulang banyak kali?grrr... kan cakap terkejut tadi...makanya kita skodeng syarat-syarat GA ne..
perghh!hensem ahh en eqbalzack ne!Ape?ko ingat bodek-bodek boleh dapat hadiah ke?haha=p

Syaratnya:-

1. Jadi Followers eqbalzack.com.
2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com.
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu.
5. Tinggalkan link anda pada entry ini.


Tarikh Tutup: 
1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan: 
1.1.11 jam 11.11 pagi

Untuk meningkatkan lagi keterujaan makanya gambar hadiah haruslah ditempek sekali...hehe=p

Hadiah Utama:
Table Lamp IKEA...


10 hadiah saguhati:
Frame & Tea Towel Table  IKEA...

Akhir kata, untuk memeriahkan GA eqbalzack ne, saya tag Cikblablabla untuk menghangatkan lagi suasana GA ne...hehe, Apapun, bloggers yang lain turut dialu-alu untuk join GA ne, masih sempat, cepat!cepat!(--") sebelum tarikh tutup..asal baru perasan pasal GA ne...(T_T)

Note: cehh, first time join giveaway, ada nampak cam jakun tak?huhu(T_T)

::Ben Ashaari: Jom kita berkenalan::

12.15.2010

Dah nama tajuk pun dari segmen En.Ben makanya header En.Ben haruslah jugak ditempek bersamakan? En. Ben suka je buat segmen-segmen simple but nice, maka sebab simple punya entri saja En.Ben mahu, so laju-laju saja rajin buat, boles tak? ...haha=p..meh skroll ke bawah apa yang soalan-soalan pujangga simple En.Ben tanya..



Bila mula buat blog ?
 Dah lama jugak la bagi diri sendirikan, agak-agak dalam setahun lebih lah jugak^_^

Jumlah follower sekarang ini .
 hah?follower?apa tu?mm..nak tahu ke?(T_T) malu nak cakap..haha=p

Berapa trafik harian ? 
 errr...err, buat-buat tak faham soalan..(--") tak payah lah tahu, segan lol, tengok follower saje dah boleh agak..huhu(T_T)

Sehari brapa entri ?
 Tak kurang dari satu dan tak lebih dari sepuluh entri^_^

Berikan satu blog yang best korang suka baca 
Lol, satu je?macam tak sampai hati je nak bagitahu kang kecik hati orang lain..hehe^_^

Note: Siapa nak join boleh pergi terjah En.Ben sana sebelum segmen baru dipublish oleh beliau, tu kira dah tarikh tutupla..

::"BLOGLIST 2011..Selamat Datang Tahun Baru" ::

12.08.2010


Welcome 2011 and hope all bloggers more positive, 
as a newbie blogger i hope more readers, more cheers, more and more..whatever!
and no more lemak-lemak..hehe=)

Note: Sila pegi jenguk belog En.Ben ye...Thanks for him for much helping to new stuff in blogging world... For me: Dare to digging ...hoyyehhh!!

::BEN Ashaari punya segmen: Blog oh blog!::

12.04.2010

ne boleh dikatakan mengada jugaklah nak menjoinkan diri dalam segmen macam ne, first time and everlah... kata lagi nak isi masa kan, memandangkan tarikh esok dah last, so apa lagi..buat laju-laju..hehe

Usia anda berblog ..
laa, baru buat entri usia blog..eheh, masih setahun jagung, nak sedap sebut 1 tahun 3minggu dan 3hari..masih blur-blurr gitu dialam maya ne..(--")

Siapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
err..my friend and my curiosity feeling to dig about what the blog actually..i told you..hehe

Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog
mm..takde apa-apa, cuma membayangkan sesuatu yang sentiasa ber'update' dengan segala macam maklumat dan cerita

Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..
semua orang yang terlibat dalam hidup saya secara langsung dan tak langsung..owh, dan perasaan tertekan! kadang-kadang menjadi terlalu berinspirasi bila dalam keadaan begitu..hehe

Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT
rasanya takpe perlu terangkan, tunjuk sahaja page blog saya...tentu dia akan lebih faham..^_^

Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ?
honestly, not exactly, saya tetap diri saya...blog tidak mampu mempengaruhi kehidupan harian melainkan dari segi info terutamanya fashion yang up-to-date, boleh cuci mata tengok blogger yang cantik-cantik dan hensem macho, hei ingat orang laki je ke nak cuci mata..dan release tension..yang itu saya setuju, banyak juga maklumat diperolehi rakan-rakan blogger serta pengalaman mereka dalam kehidupan harian secara tidak langsung memberi impak positif dan ada juga yang negatif...bak kata Ben Ashaari.."sepatutnya dunia blog mudah jer... Berniaga , berkawan dan kenangan"..so apalagi..enjoy it okei..come 
cheer your blog, share ur ideas, sharing is always caring rite?..^_^

note: siapa nak join segmen Ben ni, masih berkesempatan..5hb last ye