Orang Tua Pok Eak

12.19.2012

Walaupun Pok eak bukanlah sesiapa, kalau ikut hubungan kekeluargaan pun jauh sangat, tapi keluarga kami tempat arwah menumpang kasih dan perhatian. Dia tiada sesiapa, hidup keseorangan.Terkejut juga dengan pemergiannya secara tiba-tiba namun alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Tubuh tuanya yang terbongkok-bongkok, tiada siapa sangka kadang-kadang dia berjalan kaki  berkilometer jauh disebabkan pemandu bas yang kurang adab tidak mahu berhenti dan sengaja mungkin. Hanya berjalan kaki untuk mencari sesuap makanan untuk diisi. Kedai kopi lorong rumah memang menjadi tempat wajib makannya, tanpa bayaran!Murah rezeki Pok eak, ada je orang yang bersedekah. kadang-kadang 3 bungkus atau 4 bungkus nasi dimakannya. Jika nasib tak baik, nasi dah habis..persinggahan wajib selepas makan tentulah rumah kami plak. Sambil menyapu laman rumah terdengar suara jeritan Pok eak marah-marah, membebel sorang-sorang, itu rutinnya...adalah tu orang yang buat dia marah. Habis menyapu, pintu rumah sentiasa menjemputnya masuk, segelas air teh dan dua keping roti buat pembasuh tekak. Kalau belum sempat menjamah nasi, dibagitahu nasi kat kedai kopi dah habis, tak makan nasi lagi. Bukan susah melayan orang tua Pok eak, letak sebukit nasi dan dua biji telur mata, itu dah cukup baginya untuk bekalan perut seharian sebelum jumpa makanan keesokan paginya pulak. Pok eak tak minum air sirap, katanya darah, tak makan mee goreng katanya cacing, tak makan ayam tak dimasak hingga garing katanya mentah. Tapi buah pisang adalah kesukaan Pok eak. Walaupun akalnya kurang tapi ingatannya kuat, takde penyakit. 
pic:satu-satunya gambar kenangan dengan arwah..
Tiap-tiap bulan ayah tolong bawa Pok eak ke MAIK untuk ambil duit zakat, kalau ayah tak sempat kitaorang anak-anak yang tolong bawakkan jika kebetulan ada bercuti dirumah..Peristiwa lalu yang menyebabkan Pok eak kesejukan masih terkesan dihati..huhu, sedih betul menyusahkan orang tua Pok eak. Setiap kali nak raya, ayah belikan satu kemeja lengan pendek, sepasang selipar dan kain pelikat. kalau Pok eak tak berkenan dengan selipar pilihan ayah, maka selipar ayah kat tangga rumah jadi mangsa, Pok eak tukar...hehe, dan peringatan wajib sehari sebelum raya "Pok eak!esok raya, nanti pakai baju baru" kalau tak, kemeja hapak, terkoyak dan lusuh jugak jadi pilihannya. ermm, sekarang semuanya tinggal kenangan, tiada lagi suara bebelan marah-marah Pok eak, tiada lagi pintu rumah digoncang-goncang menggila jika lambat buka pintu..dan tiada lagi orang tua Pok eak yang teramat kasihan bila berjalan-jalan ditepi jalan raya dibawah panas terik mahupun hujan. Tiada lagi kerisauan keluarga siapa akan menemani Pok eak disaat-saat terakhirnya. Terima kasih Allah hadirkan Pok eak dalam keluarga kami untuk memberi secebis kasih. Sesungguhnya disana tempat yang paling bahagia buat Pok eak, semoga arwah tergolong dalam hamba-hamba yang beriman.Al-fatihah.

Stroller Sweet Cherry Buggy

12.13.2012

Bila dah berkeluarga ne, keperluan pun dah lain, kehendak pun dah berubah. Space really important walaupun dulu  fikir semuanya takde masalah..ruang kecil?terhad?ala, main sebat je lah..tak jadi masalah. But we don't know how important until one day kita nak travel balik kampung atau pusing-pusing satu malaysia the space really a big problem bila melibatkan kenderaan untuk ke mana-mana. Tambah pulak dah bertambah ahli keluarga ne. So nak membeli something yang really big pun dah pikir banyak kali, muat ke tak sumbat dalam bonet kereta, makan ruang ke tak?rugi space ke?Bertambah-tambah payah bila nak travel jauh, barang nak bawak pun dah bertambah, yang anak lagi, yang mak bapaknya lagi, tak campur lagi bila dah balik kampung, nak mengangkut segala barang mak nenek dari kampung pulak kan..So mission mencari kenderaan baru semestinya harus diteliti dari segi kemampuan membayar i mean really affordable, flexible yang boleh menjimatkan ruang bonet kereta yang dah sedia sempit..gaya pun penting jugak, tapi kalau beli kenderaan yang bergaya je, tapi makan ruang memang sia-sialah kan..hehe-_-'
Kenderaan yang dimaksudkan bukanlah untuk orang dewasa, untuk budak comel tu, pasalnya dah tak larat nak mengusung bodynya yang padat...first round okei lagi, tapi kalau dah shopping mall bertingkat-tingkat mahu pengsan bawak anakanda Harraz yang mula membulat dengan jayanya..Harraz pergi testing dulu yang mana sesuai...memang rambang mata tambah plak sekarang YES!!ohh my, sabar jelah rasa nak borong satu rak baju jugak  untuk Harraz geram je tengok..tapi nafsu tetap nafsu, nasib boleh kawal..heheh=p. Kesimpulannya pilihan tertakluk seperti yang dibebelkan, 3 wheeler memang cantik bergaya, tapi sayang, kalau sampai buat barang lain tak muat nak letak dalam bonet disebabkan dia, just kick out from the list, nak yang berzapp zapp, tak mampu and never to have it macam tak berbaloi pulak habiskan banyak duit sedangkan boleh save untuk banyak perkara lain..kihkih^_^. So next month mission merembat kenderaan untuk anakanda, pilihan masih takde pasalnya dah pening banyak sangat yang cantik dan affordable..owh, my son!

Perubahan Isteri & Ibu

12.07.2012

Tak sangka plak petang-petang hari ada masa untuk menaip, biasa budak comel tu sentiasa sibuk memerlukan kasih sayang, sangat manja...emm, betul ke budak prem ne manja ye?ke sebab dimanjakan? apapun dia tengah tidur, maka boleh lah mamanya menaip sikit berkongsi rasa...kihkih.. Memiliki anak sesungguhnya suatu anugerah yang tak ternilai, seronok, bahagia, semua ada..especially bila masa mengandung lagi dilayan bagai permaisuri gituuu..BUT don't expect situasi yang sama bila dah ada anak, kita plak yang kena melayan baby macam raja..rite?stress pun ye jugak bila anak meragam..so as a new mama i found my new rhythm and adapt with so many new things!..please state your mind after birth, all of sudden you have the role of mother, home situation pun dah berubah, the baby claims its own place in the couple's intimacy and in the family..hebatkan seorang bayi? comel-comel macam tu dah pandai nak tunjuk lagak suruh bagi perhatian kat dia je..but the baby still baby, he doesn't know nothing!!just feeding, sleep with the cutest face and poo-poo with funny style...
pic:favor of bedstyle
when my son come home, memang a big shock for my physical and emotions, walaupun dah state my mind bila dah ada baby ne kita tak cukup tidur, makan tak tentu masa dan bermacam-macam lagi.. of course the body has the right to be tired. Sometimes timbul perasaan give-up and frust sebab terasa macam gagal berperanan sebagai mama for my son...tapi baby masa first to second month memanglah, banyak meragam, some babies make no difference between day and night, so berjagalah jawabnya, like me,hehe untunglah kalau siapa yang ada baby yang tak pandai meragam...apapun itu semua secara tak langsung mendidik kesabaran kita kan?..Alhamdulillah, now Ahmad Harraz has his own bedtime and allow me and hubby to rest well sleep longer..Pheewww!!!Thank you Allah give me a chance to be a mama..how great the feeling, walaupun penat, letih, stress dan berbagai masalah mendatang, merenung wajah suci Ahmad Harraz hilang semua gelisah..semoga ku lebih dekat pada-Mu dengan kurniaan-Mu ini & semakin matang dalam melayari kehidupan...alhamdulillah=)) insyaallah..amin

Perihal Annivesary & Ikan Dory

12.04.2012

Tup tap tup tap masa berjalan berjalan pantas..dah setahun berumahtangga, sungguh pantas, laju dan cepat masa berlalu sampaikan tak sedar dah berada disituasi sekarang, i mean tengah taip entry ne lah...hehe..dan sudah hampir 4 bulan lebih umur anakanda, dah nak masuk 5 bulan plak, pastu 6 bulan, 7 bulan, 8 bulan dan blablabla...okei merepek!actually disebabkan ber'anak' kecil ne, masa untuk ber'master chef' kat dapur pun dah limited...memandangkan Anniversary bukannya setiap hari maka berkira-kira untuk masak special for both of us untuk celebrate...biasalah hari istimewa kalau boleh nak yang air tangan sendiri buat, barulah betul-betul special..rite?hehe..so misi membeli bukan mainlah, tapi misi menyiapkan menu special hanya tinggal imaginasi sahaja...sudahnya ikan dory bergrill hanya menjadi tatapan di laman sesawang..celebrate makan yong tau fu aje ceritanya & paling tak tahan kek angry bird yang dibeli suami menjadi persoalan..kenapa angry bird???apapun celebrate first time ne ditemani budak comel..alolo..bahagia sungguh rasanya..okei, daa, yang tu aje nak cerita. Seandainya mama tahu Harraz nak keluar awal, tentulah kita dah celebrate annivesary kat china dah sekarang kan budak comel? takdela membazir tiket melancong..huhu, sayangnya mama kena mood verangan je sekarang...maybe next time ada rezeki kita celebrate lagi meriah..Istanbul aku datang..chewahh!berangan ko...kahkah=p....
pic: muka monyok tak dapat ikut umi sekali...hehe