Istimewa Entri di Hujung Februari

2.29.2012

Okei, terajin pulak nak menerbitkan sebuah entri <--such weird clause-__-'...uhuu. Memandangkan 29 februari jumpa 4 tahun sekali so such a meaning entri untuk diwujudkan pada tarikh 4 tahun sekali neh...mm, semalam besday kakak auni, kesian my youngest sister she really upset cause she thoughts  her beloved sisters don't remind about her birthday...sampai merajuk takmau cakap..she's turn teenagers this years, hope she'll more matured...not manja-manja like always..hehe, and your kak ngah will always love you and always pray  to your success. Yet, today it's my uncle besday, memang wish empat tahun sekali..hihi. eh, macam tak bermakna je entri ne kan??..kihkih. Apa pun tak kisahlah, rajin plak nak menaip...Entri sekarang kurang gambar...pasalnya tragedi folder gambar di hard disk hilang entah ke mana, mood nak ambik gambar, mood nak upload gambar pun turut hilang...cehhh, beriya jek, walhal takde efek sangat pun-__-. 
Teringin sangat nak buat kek okei...bukan nak makan ye, nak buat!tapi segala kelengkapan nak buat kek sume takde...i wish dapat handmixer for this month, tapi terkubur jugaklah nampak gayanya...baru nak menunjuk skill...so tunjuk dalam mimpi ajelah.. awesome!!!
p/s: apa yang istimewa entri ne takde pun..huhu

Berkurun Lama Terperap dengan Kemalasan

2.28.2012

Kebelakangan ne asyik malas aje, malas masak, malas mengemas, yang penting malas buat kerja rumah, err nak ngadap blog pun malas jugak ..hee-_-'. Kalau boleh nak goyang kaki aje, tapi tak boleh pulak macam tu..Tambah part yang paling malas sekali buat breakfast dengan bekal untuk suami..huuu, tapi semalas-malas perasaan...buat jugak!yelah, cian pulak kat suami pergi kerja tak berbekal, yeeahh!itulah isteri mithali, kahkah=p..so terpaksalah abaikan feeling buruk macam tu..mencongok jugak kat dapur berperang dengan periuk belanga di pagi buta. Paling tak tahan asyik rasa nak makan kat kedai aje sekarang neh, kecuali pasar malam...hehe, rasa mual kalau teringat pasal makanan pasar malam...kalau boleh nak makan yang sedap-sedap je, domino, pizza hut, mc'd...errr sumenya segera. Mungkin ini satu petanda...petanda nak kena lempang!huhuk-__-" ...

owwhhh..pastu tak tahu sekarang kenapa addicted sangat dengan iklan budak perempuan DutchLady yang panggil ROOTTTIIIIIIII...cute sangat...gggrrrrr!Roootiiiiii!!!wahhaaha...cute betul..okeilah...dah mula mengarut..bye-__-'

Note: banyak toksin dalam badan...huhu

Sindrom UAKD menyerang

2.17.2012 Malaysia

Sangat terperasankan diri sendiri..yang pasti sindrom UAKD atau dengan jelasnya Ulang Alik Ke Dapur mencari dan menyelongkar makanan semakin menjadi-jadi...pantang duduk bersahaja, terus gelisah melilau ke dapur...muahaha=P...memang menakutkan betul sindrom ne, berharap ianya sementara sahaja...-___-". Tak terlarat nanti nak mengusung badan sendiri...kalau suami tolong nak usung takpelah juga ye?!hehe...Balik dari kampung sehari dua ne tak menyempat lagi nak keluar shopping bekalan makanan, sampaikan tak tahu dah nak makan apa.. Lastnya pasar malam jugak yang jadik mangsa biarpun cuba bertahan tak nak makan makanan luar secara kerap...Tembikai yang besar gedabak pun boleh dihabiskan tak sampai 3 hari..apakah?!huhu..Entah siapa yang makan macam tu tak tahulah..Apapun bersyukur masih dikurniakan selera untuk makan..^_^

p/s: i need superfoods=)..yummehh

Wordless Thursday~Sweet Moment

2.16.2012 Kuantan, Pahang, Malaysia

Lovely sunrise with lovely person..happy two-month 10 day together..Barakallhulakuma=)

Second Honeymoon?Pasir Pantai Untuk Kulit Mahal

2.15.2012 Kuantan, Pahang, Malaysia

Seminggu kulit muka tak disental akibat tertinggal cleanser masa berkemas nak balik kampung...huhu..Nasiblah kulit jenis kulit mahal, sental dengan pasir pantai pun jadiklah...petua guna pasir pantai ne tak lain tak bukan dari ayahanda kesayangan, kalau nak gigi bersih putih, gosok dengan pasir pantai, tapi tang sental muka dengan pasir pantai haku memandai je cakap dekat en.azham...haha=p...So pepagi lagi selepas solat subuh kitaorang turun ke pantai kononnya nak tengok matahari terbit, tapi matahari terlindung dek awan...maka, ambil kesempatan dikala kepagian berjalan-jalan dua sejoli ditepi pantai..hehe=p.
monolog
en.a: kenapa kulit mahal?
miss.g :yelah kulit mahal sental lah dengan apapun kulit tetap okei, tambah mende free plak pasir pantai ne, kulit tetap cantik gebu
en.a: habis? kulit murah macam mana?
miss.g: kulit murah tu, kena guna pencuci mahal, baru kulit muka okei..
en.a:ooo...maksudnya kulit saya lagi mahal dari awak pasal tak pernah sental dengan apa-apa pun sepanjang hidup, kulit tetap okei..
miss.g: blurrr...
pic: men'comot'kan diri-_-'
Apapun kebanyakan masa dihabiskan dengan makan, muka semakin menggebu...uhuuhu, makan ikan bakar dekat Tanjung Lumpur memang tak puas...ehh, asal beralih isi kandungan ne, huhu...dari pasir pantai jadi makan-makan...okei bye!

p/s: tak sabar nak timbang berat...pulak dah!sekali kata tak nak naik penimbang, sekali nak menimbang...ada yang makan penampar-_-'...tak faham diri sendiri..

Second Honeymoon? Mood Berangan

2.14.2012 Kuantan, Pahang, Malaysia

Entahlah nak kata second honeymoon tak juga...hihi..sebabnya tak berseronok sangat...badan je penat lebih. Balik kampung haritu sempatlah menghabiskan masa dikampung 4 hari je, 3 hari lagi dihabiskan dekat kuantan je... memang tak puas balik kampung kali ne...Ingatkan boleh bercuti dipulau, memandangkan bulan 5 ne tak tahu lagi keadaan macam mana, kemungkinan besar percutian dibatalkan..huhuu-_-'. So bercuti di tepi pantai pun okei juga ditemani deruan ombak pantai..walaupun ombak sedikit ganas, it doesn't matter...still menyamankan.

Walaupun perjalanan yang memeritkan akibat jalan Kuala Berang yang teruk sangat sehingga melompat-lompat di tempat duduk bercuti dengan free amat menyeronokkan..hihi. So seharian jugak nak sampai ke kuantan...dalam 4.30 petang jugak kitaorang check-in dekat Swiss Garden Resort...terus penat tak ingat! Malam tu lepas keluar makan-makan dekat Tanjung Lumpur terus masuk bilik tidur..Makanan kat sana semuanya best especially sotong celup tepung..!Apapun kesemua aktiviti dimulakan esoknya..aktiviti bersantai aje tengok ombak pantai...hehe=)

p/s: teringat ikan bakar...uhuuu

Jeram Hulu Langat

2.13.2012 Semenyih, Selangor, Malaysia

Hari minggu sangat seronok bila berdua-duaan...hehe, tak sangka pulak en.azham ajak pergi dating di jeram sebelum balik bercuti kat kampung... dah lama tak main air jeram since tahun 2010, masa tu bersungguh bangun pagi semata-mata nak panjat Bukit Broga  punya bersemangat!lepas penat mendaki singgah rendam kaki di air jeram yang sejuk macam ais..dah tinggal kenangan... so hari ahad lepas siap je buat bekal sandwich dan beli nasi lemak terus kitaorang bertolak ke Semenyih..kali ke-dua pergi sana, dulu masa bujang, ne dah kahwin lagi seronok pasal dah tak kontrol malu nak main air dah tak main celup-celup kaki je, mandi terus...hihi=p

Sampai je kat jeram terus isi perut, tak sabar nak rendam kaki dalam air yang terlampau sejuk...bila dah start rendam kaki jangan kata tak teruja...mandi tak sampai tak nak balik, berkali-kali jugak en.azham ajak balik sebab tak tahan air sejuk, walaupun muka dah naik biru, punya bertahan berendam air...best sangat-sangat, tak puas rasanya mandi jeram, tapi disebabkan segelintir pengujung yang tidak menghargai keindahan dan kesucian alam sekitar boleh pulak mandi bershampoo dan bersabun bagai dekat jeram tu, hangin betul...jakun betul mereka ne!ggrrr, tak pernah mandi jeram ke, nak bershampoo, nak bersabun ko balik rumah sental habis-habis dalam bilik mandi bukan dekat jeram okei?ehhh ter'emo plak-__-' ...geram sungguh dengan orang yang sebegini, tak fikir orang lain kot, orang ramai, takkan takleh fikir, huh...apapun hujung minggu dipenuhi aktiviti yang sangat menyeronokkan..
p/s: sejuk itu menyamankan=)

Mengidam Kek Lagi Mungkin Sesi Terapi Diri

2.12.2012 Jalan Alamanda, 43000 Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya, Malaysia

Entah apa kena terasa nak makan kek sehari dua ne, pantang tengok, rasa nak beli yang sekilo terus, tapi macam melampau pulak, sapa yang nak habis kan...huhu-__-'. Sampai sanggup ajak en.azham ajak pergi tengok kedai roti kot ada yang jual kek yang sedap-sedap. Lastnya en.azham terus ajak makan kat luar, lagi lah suka, siap tanya betul ke nak makan kek?tak nak makan pizza ke?terus saya bertegas nak makan kek sebab tak terasa nak makan pizza walaupun iklan pizza bagai nak rak dekat tv, hehe...makanya terpaksalah en.azham  temankan saya makan dekat Secret Recipe je hari tu, order makan lainlah maknanya bukan pizza, kesian en.azham...mesti teringin jugak tu..huhu, tapi mengalah dengan isteri...hehe.. mengada betul sejak jadi isteri neh, orang lain macam tu jugak ke, ke haku yang lebih-lebih?huhu-__-"...
Sekarang ne bila terfikir penimbang berat, terus rasa tak keruan...tahap bahaya betul, entah macam mana nak diet balik, bahagia pun bahagia jugak...makan tetap nak kena jaga kan?huhu...apapun berharap sesi terapi diri bukan dengan makan apa yang nak! cukup je lah dengan menaip kan?tak menggemuk kan, ilmu pun dapat...

p/s: i need super food for healthiest life..

Kaki Wayang Aktif Kembali?

2.11.2012 Jalan Alamanda, 43000 Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya, Malaysia

Actually dah lama tak tengok wayang since bertunang awal tahun lepas adalah dalam setahun jugak, ikat perut punya pasal sampailah kahwin, panggung bukan tempat pilihan...so bila baru-baru ne dah start balik tengok wayang sekali, maybe en.azham takut saya boring ajaklah tengok wayang lagi...hehe, dulu pantang keluar filem baru, dah tercangak dekat panggung...sekarang dah suam-suam kuku...tak beria-ria macam dulu dah, hehe..rasa macam kiut plak feeling macam ne, namun memandangkan terlalu banyak cerita kartun best coming soon, rasa teruja jugak nak tengok...feeling suka tengok kartun still tak berubah...owwhhh!

p/s: hmm=)

Akhirnya Perkara yang ditakuti Terjadi Jua

2.10.2012

Tak menyangka dan tak terfikir apa yang berlaku pagi ni, entah bila berlaku, tapi baru disedari pagi ne...menangis tak berlagu bila berusaha mencari yang hilang tidak berhasil...huwaaaa, sedih sangat!baru terniat di hati nak hantar kedai...tup-tup dah hilang...T_T.. Entah macam mana, mungkin virus...semua folder gambar dalam hard disk dalam lappy hilang, dari zaman universiti punya kenangan hinggalah saat disatukan dengan en.azham hilang sekelip mata...sedihnya ya Allah... tak tahu nak cakap macam mana, gambar honeymoon, gambar masa muda mudi...semua hanya tercebis dalam ingatan sahaja...tak boleh nak buat apa dah...pengajarannya...ambil gambar harus segera cuci kat kedai gambar...jangan peram lelama...uhuuuuuuT_T

p/s: bluurr...gambar takde yang tersisa, ingatkan save dalam hard-disk terselamat dari virus..sobsob..sedihhhhhhhhT_T

Penat Bercuti Dalam Kereta

2.08.2012

Boleh dikatakan cuti balik kampung kali ne banyak menghabiskan masa dalam kereta aje, bontot ngan tulang pinggul dah naik senak duduk lama sangat kat seat kereta..-__-". Emosi pun banyak yang tak stabil akibat tak cukup rehat. Sensitif tak payah cakaplah. Apapun balik bercuti kat kampung kali ni tak menyeronokkan sangat disebabkan terlalu banyak perkara yang mengganggu gugat emosi..sabar jelah. Nak tak nak kena hadap jugak...Bercuti macam tak bercuti. Apa boleh buat cuti pun dah habis, yang tak seronok tu harap dibuang jauh..yang penting berharap hari mendatang dilalui dengan lebih tabah dengan dugaan yang tidak terjangka nanti, dan juga berharap hati dan perasaan lebih cekal..macam dah serik pun ada!huhu..semoga perasaan dan fikiran yang tidak elok terbuku di hati akan menghilang seiring masa.

p/s: i need a peace of mind for my lil bun grow up perfectly..amin.