Resepi Percik Style Kelantan

5.06.2021

Bila puasa ni, mula tekak meragam ingat itu ini, itu ini nak ditelan. Nasiblerr iols tak diet. Maka selepas ditimbang tara tahap selera tekak yang tak boleh diagak ni. Kita buat ikan percik.

Ikan percik atau masakan percik ni memang special bila bulan puasalah. Rasa puas bila dapat makan. Biasa menu yang selalu makan dengan masakan percik ni, jenis bersup-sup. Sama ada sup kaki lembu atau sup ayam kampung.

Perghh, telan air liurr wehh kalau cerita, ditambah pula ulam-ulaman dan sambal pauh ikan. Erghh dahlerr, kita tuju kat menu terus. Biasa kalau kat kampung beli jelah senang. Ni duduk merantau negeri orang kena merajinkan dirilah kalu nak makan selera menu macam kat kampung, hehhe. So checkout resepi mudah dan sedap.

Bahannya pun mudah sangat.

Ikan kembung/selar memang sedap digunakan untuk buat percik. Boleh juga nak tukar ke daging lembu/ayam/usus/organ dalam(ikut selera masing-masing). 
1 labu bawang merah saiz sederhana besar
1 labu bawang besar (Ika suka guna sebab manis)
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
Lada kering untuk kasi warna merah sikit /cili boh 1 sudu besar
1 keping asam
Gula melaka dan garam secukup rasa
1 kotak santan Kara guna yang pure lagi sedap
2 batang serai diketuk
1 cawan air tepung beras


Selamat mencuba insyaallah yang tak pernah buat pun gerenti jadi punya menu percik ni.


Buffet Ramadan Impiana Hotel Ipoh

Puasa tahun 2021 kali ni memang sepenuhnya masak kat rumah kecuali ada masa kami cari kuih muih kat gerai dan bazar yang ada, kasi supportlah juga peniaga-peniaga bazar Ramadhan kali ni. Nak makan kat luar renyah dah satu hal sebab sekarang musim hujan lebat, berangin ribut bila petang hari. Kalau dah keluar berbuka kat luar confirmlah hampir tengah malam sampai rumah. Kebetulan tengah Ramadhan kali ni nak tak nak pergi juga berbuka kat luar setelah diajak beberapa kali. So nak keluar berbuka dah mengadap meja makan adalah acara kegemaran anak-anak, kecoh dan heboh sekali kalau kat meja makan.


Tapi memandangkan kali ni meja makan kat tempat orang ramai, mesti lah dah berkali-kali pesan kat anak, nak makan nanti kat tempat terbuka dan ramai orang, jaga kelakuan, jangan menjerit-jerit, bergaduh, cari pasal antara satu sama lain dan paling penting jangan buat perangai tak semengah. Untuk anak ramai, that's reminder memang penting, al maklum budak-budak, what we can expect from them right? Peel bebudak ni luar jangka. Sedang elok kami sampai hotel, ingatkan kami paling last sampai, rupanya kami orang pertama masuk dan duduk kat meja makan, wakakka. Rasa dah bertolak abis lewat dah kononnya nak bagi sampai tu takdelah menunggu lama sangat untuk makan berbuka, sebab bab menunggu meja makan dengan anak-anak masa berbuka ni lah agak scary.


Jam pun dah tunjuk hampir masuk waktu berbuka, dan kebanyakan pengunjung dah sampai, semua dah start ambil makanan untuk persediaan berbuka. Kebanyakan juadah berbuka kat hotel ni menu biasa yang dibuat kebanyakan hotel lain juga, takde banyak beza, ada kerabu, dessert, makanan berat. Yang penting ada kambing golek, that's our favourite, tak lepas dari kambing. So bila too much menu di depan mata, tambah bila puasa plak, memang rasa hamakk nak timbun-timbun dalam pinggan. Tapi ku ingat pesan mak dedulukala, kalau makan kat hotel kena beringat-ingat ambil makan, ambil sekadar yang perlu untuk makan sahaja, sebelum ambil fikir makan ke tidak, habis ke tidak. So biasa kalau datang makan hotel ku ambil sikit-sikit, tapi semua menu dapat rasa tak tinggal sikit pun, smart eating gitu, barulah dapat merasa semua menu dan masakan. Perut tak penuh dan puas hati makan. So kalau bab ulang ambil makanan memang daku win, sebab yelah kalau ada 30 menu, kurang-kurang 7 ke 8 kali dok pusing kaunter makanan ambil apa yang patut. Yang pasti semua menu ku taram makan, wakaka. Yang sedap boleh repeat, yang tak berapa cukup rasa cuba sekali je.



Kalau tanya lakiku, memang tak berapa gemarlah, asyik dok ulang, macam tu sajalah makan kat hotel, setara tu sajalah kalau makan hotel, alhamdulillah boleh jugak merasa makan chef hotel masak, tetap win berbuka kat rumah juga paling nikmat. Ingat nak merasa berbuka puasa kat Gopeng Glamping Park tahun ni, apa nak dikata takdan apa-apa dah sold out buffet Ramadhan, punya dasyat penangan. Apapun pengalaman berbuka kat Impiana Hotel Ipoh kali ni kami puas hati. Teringin jugak nak try buffet kat Haven Hotel, tengok harga boleh tahan. Menu pun mengancam jua, tapi memikirkan tak berbaloi nak pergi dan balik lepas berbuka puasa tu, memang cancel niat dihati. 


Sekarang ni  cuaca hujan lebat lain macam dari lewat petang ke malam, kami memang tak berani la repeat sudah keluar malam-malam. Malam memang our rest time for us, sejak dari awal kahwin hingga sekarang, nak keluar malam memang fikir panjang uii, tambah tak nak usik waktu tidur anak. So untuk kali ni kasi excuse jelah sebab menghargai jemputan orang. So korang camne puasa kali ni, moga kita semua dapat menikmati dan buat yang terbaik di bulan Ramadhan kali ni walaupun semua diuji pelbagai ujian terutamanya buat peniaga-peniaga Bazar Ramadhan. Sungguh mencabar dan anggap lah ujian ini tak lain tak bukan untuk memantapkan keimanan kita semua, tambah lagi kita semua bakal beraya kat rumah masing-masing lagi untuk tahun kali ni. Tu pun boleh tahan menguji jugak emosi dan perasaan kami anak beranak sebab ini kali lah buat pertama kalinya kami merasa beraya diperantauan, huwaa, sedih kena telan. 


Peringatan di Akhir Ramadhan Akhir Zaman

Jika hari ini kita terpedaya dengan suntikan beracun yang menjanjikan kekebalan imuniti (sebaliknya membinasakan), bagaimana agaknya bila Dajjal membawa segunung harta dan makanan untuk kita, anak dan isteri yang sedang kelaparan, yang berhari-hari tanpa makanan?Sungguh takut dan ngeri memikirkannya dengan iman senipis kulit bawang, entahkan ada, entahkan tiada. Kita sekarang berada di fasa ke 4 (berdasarkan hadis zaman-zaman pemerintahan), iaitu Mulkan Jabariyyah, fasa di mana penguasa-penguasa yang memaksakan. Dalam fasa 4 ini kita akan bertemu 4 tanda-tanda besar kiamat, Dukhan, Dajjal, Nabi Isa, Yakjuj Makjuj dan Imam Mahdi di celah-celahnya.


Fasa ke 5 nanti adalah fasa kekhalifahan mengikuti manhaj, kebangkitan khilafah Islam. Maklumat ini saya ambil dari ceramah Dr. Noorazman, ianya bukanlah teori konspirasi, tetapi berdasarkan sabdaan-sabdaan Nabi tentang hadis akhir zaman. Selebihnya bergantung pada iman kita sama ada untuk percaya, yakin atau menolaknya. Sama juga apabila bertemu Dajjal, bukan lagi akal yang akan mengawal diri kita untuk follow atau fight, tetapi iman kita yang akan menentukan, sama ada kita akan jadi tentera atau musuh Dajjal.


Walaupun akal kita kenal dengan jelas nyata bahawa itu adalah Dajjal, berdasarkan tanda-tanda yang diberitahu oleh Rasulullah saw, tapi kita tak mampu kawal diri melainkan kita sudah bina kukuh iman, akidah dan tauhid dalam diri kita, dan ini sebenarnya tidak mudah dicapai tanpa membuat pengorbanan untuk agama. 


Apa yang saya nak sampaikan, termasuk untuk diri saya sendiri yang lemah dan hina, jika kita kalah dengan nafsu mazmumah sendiri hari ini, besar kebarangkalian kitalah pengikut Dajjal. Kata Dr. Noorazman, "orang yang tak mampu sabar hari ini, mereka akan follow Dajjal". Orang yang masih mengumpat cela hari ini, mereka akan follow Dajjal, orang yang sentiasa hidup mewah, orang yang masih dahagakan hiburan, yang masih mengejar keseronokan dunia, orang yang masih bersifat dengan sifat-sifat dan akhlak yang buruk, mereka akan follow Dajjal. (Seram, sebab saya masih ada ciri-ciri di atas). 


Kerana dengan nafsu sendiri pun kita gagal untuk tundukkan ia, kita kalah dengan nafsu, kita follow nafsu panas baran, nafsu suka mengumpat dan mencela, memperkatakan hal orang, suka berbalah/ berdebat, suka sarcasm persendakan orang, apatah lagi jika diuji dengan fitnah Dajjal yang lebih dahsyat ini.


Sehingga anak-anak kita bahkan mungkin akan mati kelaparan, saat itu Dajjal akan hidangkan makanan-makanan mewah, Dajjal akan hidupkan kembali ibu-ayah kita dan menjanjikan syurga, saat itu akal tak mampu fikir dengan waras.


Saya akui diri yang jahil lagi bodoh, satu ketika dulu apabila saya dengar hadis-hadis akhir zaman berkenaan Dajjal, Yakjuj Makjuj, Nabi Isa dan Imam Mahdi, saya anggap ia seperti cerita-cerita dongeng yang hanya berlalu di halwa telinga.


Rasa macam... "Lambat lagi Dajjal ni, aku tak sempat kot..."Sungguh, tapi hari ini kita sendiri dapat lihat bagaimana Islam diserang dari pelbagai penjuru, rumah-rumah Allah diganggu-gugat, rupanya saya belum beriman kerana tidak yakin dengan kebenaran Hadis Nabi dan kalam Allah, sekadar Islam baka yang mengamalkan ritual ibadah (solat, puasa, baca Al-Quran tanpa faham makna) turun temurun dari nenek moyang.


Hari ini sedikit demi sedikit terungkai kebenaran hadis Baginda saw, agama difitnah, rumah-rumah Allah cuba dikosongkan sedaya upaya, sunnah besar Nabi cuba dibinasakan, kerana disitulah pusat kekuatan ummah, dan kita sedang dilemahkan rohani dan jasmani.


Saya menyeru agar kita semua berhenti menuding dan mencari salah siapa, cukuplah kita perbaiki akhlak, iman, tauhid kita berserta anak isteri, cukuplah selama ini kita hanya Islam pada IC dan ibadah ritual, kerana semua ini sudah tertulis, perjalanan dunia ini semua dah tertulis oleh Allah untuk menguji hamba-hambaNya.


Selagimana kita menuding dan mencari salah, selagi itu hati kita sakit, selagi itu kita tak dapat menyucikan jiwa, dikhuatiri pemilik-pemilik hati yang sakit ini juga akan menjadi tentera Dajjal satu hari nanti, kerana hati yang sakit mudah dimanipulasi. Wa 'iyyazubiLlah.


Sebab itulah kita lihat orang-orang soleh, mereka sentiasa tenang menghadapi dugaan ini, kita belum lagi diuji seperti sahabat sahabiah Nabi, yang dihempap batu besar tengah panas, yang dikelar isinya hidup-hidup, yang disula dari kemaluan, tapi kitalah yang terlebih amarah dan benci dari mereka yang diduga sedemikian rupa. Nafsu amarah dan benci itu api yang akan membinasakan diri kita dan memancing untuk menjadi pengikut bapa segala kejahatan, iaitu Dajjal, siapa yang tinggi nafsu amarahnya, akan lemah imannya, maka mudah untuk "dipancing".


Untuk jadi tentera Imam Mahdi kita perlu sucikan jiwa, hati, didiklah nafsu mazmumah untuk taat pada iman, bukan kita yang ikut nafsu, hadapilah fitnah akhir zaman ini dengan mencari solusi terbaik untuk keluarga kita, berhenti sibuk bicara tentang sifulan bin fulan, berhenti sebarkan kebencian, berhenti tuding-menuding.


Semua ini tak lain dan tak bukan, demi keberuntungan diri kita sendiri di akhirat nanti. Tapi teruslah sebarkan fakta kebenaran dengan telus, dengan ikhlas, tanpa menghina dan mengecam mana-mana pihak. Sebarkan kebenaran tanpa rasa benci, tapi sebagai peringatan kasih-sayang sesama insan.


Kalau refer hadis Nabi fasa ke 5 nanti adalah fasa kebangkitan khilafah Islam, ketahuilah semua ini sudah tertulis oleh Robb, Yang Maha Mengaturkan, bersabar, jaga iman, jaga akidah, jaga akhlak, jaga ibadah, jaga hatimu sahabat-sahabat, buang kebencian dan dendam.


Usaha dekatkan diri dengan Allah lagi dan lagi dan lagi, UEL kata, orang yang dekat dengan Allah, akhlaknya jadi benar, percakapannya jadi betul, peringatan untuk diri saya juga yang sentiasa lalai. Insya Allah tak rugi bagi yang mengambil peringatan, kita akan sentiasa berjaga-jaga dari terus leka dengan tipudaya dunia yang sementara. Amalkan Qunut Nazilah sentiasa ye kawan-kawan, I'm just reminding us, me myself. Yang mata hatinya nampak apa realiti yang berlaku hari ni, tersurat dan tersirat, just keep prepping our Aqidah, soon will be harder. Sesungguhnya daku sudah menyampaikan apa yang perlu, selebihnya tepuk dada tanya iman. Jom buat terbaik 10 malam akhir Ramadhan. 


KuPendosa,
Wanita di Akhir zaman.