Apa Perlu Buat Dalam Tempoh #DudukRumah

4.08.2020

Ramai dah bertiktok dan tunjuk kreativiti hasil memerap kat rumah akibat RMO Covid-19 ni kan? So selain aktiviti buka peti 478399kali, masuk keluar dapur 899276kali, me masak sampai keluar simbol ¿???? dah kat dalam kepala, apa lagi yang perlu buat dalam tempoh kita duduk rumah ni? So the idea tu memang banyak lah tapi tang buat dengan tidak sajalah.

Memandangkan unplanned version stranded duduk kat kampung kes balik sebelum RMO bermula 18Mac 2020 baru-baru ni, unplanned situation yang berlaku adalah high risk berat badan yang mendadak naik sepanjang PKP tapi berbanding dengan penyakit berjangkit yang tengah kita perangi ni that's better for gain weight. Tapi untuk iols memang ini adalah mimpi ngeri, nak berdiet dikala duduk kampung ni semacam mustahil, tapi cubalah sedaya mampu turun kan apa yang patut. Kalau tak menangis nak sarung baju raya even raya tahun ni pun belum tentu kita semua dapat beraya macam sebelum ni kan? Nampak gaya suasana hari raya tahun 2020 bukan kaleng-kaleng kerana semua akan beraya dialam maya dengan berootd baju raya. Agak saja macam tu. I bet semua berootd di Instagram dan Facebook sahaja. 


The best thing yang orang terlepas pandang dalam tempoh RMO ni adalah tingkatkan kesihatan dan imunisasi diri sepanjang masa. Memandangkan nak tak nak virus covid19 mungkin kita dah dapat tapi takde simptom disebabkan sistem imun kita kebal dan kuat, so jomlah kita baiki cara pemakanan kita sepanjang tempoh RMO. Isu vitamin C dan covid19 memang panas masa ni sebab ada certain yang anti vitaminC dan kebanyakannyo missinfo tentang kebaikan nutrisi dan hubungkaitnya dengan sistem imunisasi badan but sebagai pemilik tubuh badan, pasti kita boleh buat pilihan terbaik untuk kesihatan sendiri. So choose wisely.

Macam Ika sendiri suplemen Shaklee ni memang wajib, vitamin C, garlic Complex, Vitamin E, Vivix, antara suplemen yang bagus untuk tingkatkan imun diri, selain tu air Kunyit, lemon, minyak zaiton Kurma, Habbatus sauda dan makanan sunnah lain antara item wajib ada kat rumah Ika ni. Air Kunyit tu buat dan rebus sendiri je. Ada yang perli, sindir bukan main bab makan sunnah ni ok, hati-hati dalam sesuatu perkara. Apapun semua ada akal yang waras, boleh buat pertimbangan baik buruk. Masing-masing tahu apa yang terbaik untuk diri dan keluarga. Too much follow mainstream ni boleh buat diri overwhelmed jugak, bersederhana sudah lah, itu yang terbaik. 

Memandangkan duduk kat kampung selain masak dan makan tidur, anak-anak pun nasib baik dapat berhomeschool even tak dapat hadir ke sekolah. Teringat pulak peristiwa netizen maki hamun seorang artis yang buat homeschooling dan melabel flatearth sehingga menghina, sekarang perasan ke tidak kita semua dah buat homeschool tak pepasal, sebab tu jangan mengata orang, sekejap je Allah boleh switch kita dalam situasi yang kita dok kata kat orang. Satu pesanan penting dalam tempoh RMO elak dan jangan sesekali buat dosa free, sekarang zaman di hujung jari, kita nak Jadi netizen bermanfaat atau netizen penyambung dosa, pun pilihan kita. Akhir zaman hak dan batil sukar dibezakan, banyak kan muhasabah diri dan jaga jari jemari. Masa terluang jangan di tambah dengan saham dosa, diwaktu berharga ni, memang banyak kita hilang fokus. Yang bekerja dari rumah dan berubah suasana kerja memang stress nak cope dengan keadaan semasa, nak handle rumah tangga, anak-anak dan siapkan kerja dari rumah satu cabaran baru. 

Sepanjang duduk kat kampung ni memang banyak cabaran lah sebab adakala anak-anak tak sihat dan meragam, dan paling penting boringlah. Maklumlah FITRAH manusia ni kena aktif bergerak dari satu tempat ke tempat lain, tak keluar dari rumah rasa tak lengkap hidup kan? Rasa mudah stress, sebab suasana yang sama. Dalam pada tu tingkatkan sistem imun masing-masing dan keluarga, jaga pemakanan sebaik yang mampu, pilih yang lebih menyihatkan dan boleh latih anak-anak kurang kan makanan processed food dan buang terus junk food. 



Antara perkara perkara terbaik yang boleh dibuat dalam tempoh PKP ni adalah reschedule jadual atau Rutin harian, contoh awalkan lagi waktu bangun pagi supaya sempat buat solat sunat sebelum masuk waktu subuh, banyak kan Baca Al-quran/khatam, baca buku, berkebun dan banyak lagi aktiviti lain yang bermanfaat boleh dilakukakan, semuanya pilihan kita. 

Apapun enjoy sajalah waktu PKP ni, kurang kan rungutan, dulu-dulu nak dapat cuti panjang punya payah, ni free-free kita dapat makan hargai lah. Dulu tak sempat buat hobi kesukaran, maka penuhi masa PKP dengan hobi dalam waktu dan Rutin harian. Dulu tak sempat duduk lama-lama dalam solat, sekarang lah waktu emas Allah hadiah kan untuk berlama-lamaan disejadah. Dulu tak sempat luangkan masa untuk anak-anak akibat sibuk kerja, sekarang tumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga sebaik mungkin. Dulu tiada masa untuk diri sendiri sekarang adakan masa yang kita ada untuk diri sendiri, upgrade diri better version hingga jadi habit even tempoh PKP dah tamat. Banyak hikmah untuk muhasabah diri dalam tempoh PKP ni, bezanya tindakan sajalah. Ika agak ramai juga yang stranded kat rumah mak ayah atau mertua dalam tempoh PKP ni, peluang terbaik untuk rapatkan silaturrahim dan lebih dekat dengan keluarga. 




Anak-anak duduk kat Kampung ni memang heavenlah depa, macam Harraz Haddad dan adik-adiknya, selain main, makan, tidur buat aktiviti lain main kat laman rumah kat kampung memang berbeza lah, syukur sangat ada support sistem kat kampung boleh tengok-tengok anak-anak sekali almaklum suami kena masuk kerja, merasalah pengalaman BERPJJ dengan suami. Tak tahu macam mana keadaan kalau kena terperap kat rumah sana, dengan laman takde, rumah siang hari pun kena buka lampu rumah sampai malam, tak dapat cahaya matahari, how stressful. Tak boleh fikir macam mana yang duduk kat rumah flat nak hadap habis kan tempoh PKP ni, moga Allah permudahkan urusan mereka jua. Kita yang duduk rumah kampung ni terasalah juga bebas turun naik rumah berjalan kat laman ambil udara segar kat luar. Bersyukur selalu. 


Xoxo
Take care #kitajagakita
Tingkatkan imuniti sepanjang PKP dan setiap masa.