Sentosa Villa Taiping

7.22.2026

Alhamdulillah boleh balik Taiping. Lama betul rasanya tak balik sini, bukan kampung aku tapi this is place you should keep coming for calm soul. Gituhh. Aku suka balik Taiping, betul-betul tenang, kalau duduk lepak kat Taman Taiping tu berjam-jam pun tak terasa. Masa anak-anak kecil, memang kerap datang sini semata-mata nak bergolek, terlentang atas rumput taman. Kali ni ambil bilik kat Sentosa Villa, entah berbaloi ke dak? Tapi sebab masa pendek aje, nak mandi kolam takdan, jadi cari tempat takde kolam pun okay jelah, sini ada air jeram je. Anak aku tak excited sangat kalau jeram, depa tak heran sangat, padang luas, taman saujana jauh mata memandang lagi feel untuk depa, kalau kolam ye, bagilah saiz apapun depa memang beria, tak paham aku budak-budak ni. Jadi vice versa, kali ni pergi bercuti tak fokus mandi kolam, anak-anak aku ada kolam, benda lain tak pandang dah, pergi ronda tengok kawasan ka, not their attention dah. Itu pasal kalau pesen aku nak pergi mana-mana bagitahu direct aje kasi faham bukan nak pergi mandi kolam, nak pergi berjalan gitu gini, nak pergi banyak tempat gitu gini, baru aku boleh berjalan makan angin dengan tenang. Kalau dak, hangin, bila nak mandi kolam? Kalau pergi bercuti mandi kolam, maknanya itulah banyak masa dihabiskan. 


Memang betul, slow vacay ni bagi aku, repeat vacation pun bagi kat aku, sebab aku pergi satu tempat memang ada fokus. Aku tak pergi banyak tempat, terjah 7-18 pitstop, otak aku tak boleh function, dan percutian jadi stress. Otak aku takdan baca apa yang aku tengah buat, tak sempat nak menikmati kalau laju-laju situ sini, situ sini, sudah aku balik rumah rentan, pergi tambah stress. wakakka. Aku punya version bercuti bawak parents aku depa boleh stress, sebab bercuti tak pergi mana-mana, banyak stay satu tempat aje. Kalau pergi pun satu dua tempat aje aku pi terjah, tengok, visit. Sapa spesis ngan aku, kita geng lah ek. Aku tak pelik orang yang pergi berjalan satu tempat sampai berbelas pitstop depa sempat singgah, memang ada orang suka macam tu. Rasa rugilah tak pergi banyak tempat dah sampai, betul jugak tu. Do whatever we like, yang penting kita semua happy with ourselves version, kan? 


Jadi sampai kat Taiping kali ni kami santai-santai ajelah, check in, ronda sekitar Sentosa Villa ni. Masa mula-mula sampai kami terkejut juga sebab jalan nak masuk ke Sentosa Villa ni kiri kanan rupanya dalam Taman Perumahan, lahh dalam Taman Perumahan sama konsep dengan Kinrara Resort , resort dalam Taman Perumahan, tapi bila masuk, wow tak sangka Resort kat sini in best nature surrounding, yelah dekat juga dengan Burmese pool, jadi surrounding kat resort ni memang macam dok dalam hutan tebal. Pokok-pokok tua yang lama, tapi amazed sangat, bermacam flora fauna kat sini, I'm too love with their nature, ada mini waterfall kat dalam resort. Kami pusing segenap tempat kat resort ni, sesuai sangat buat family day. 




Masuk bilik pulak luas macam sebuah tiny house, puashati sebab masa tu kami book bilik last minute, dalam RM260++ . Memang selesa sangatlah buat kami lapang beranak. Sat lagi anak makin besar memang bilik connecting pun tak selesa dah untuk kami. Sekali sekala ambil hotel cemni sangat okay. Honestly betul payah nak cari hotel untuk big size family cemni, even connecting room kat tengah bandar KL kami pernah stay pun rasa kecik asbab katilnya rasa tak enough melainkan tambah bilik lain. Datang satu family nak bilik asing-asing memang tak best la ekk. Dia tak kisah bilik kecil ke besar, jumlah katil tu yang penting, wakaka. Nama lagi percutian bersama, takkan nak duduk asing-asing dengan depa yang kecil ni. Dah besar lain cerita plak.









Siap pusing sekitar hotel kami keluar ke Taman Tasik Taiping pula, berjalan menikmati pemandangan nan indah, tenang kat sini. Entah berapa kali datang, pemandangan sama, tetap tak puas eh, entah kenapa? Sama macam naik Cameron Highland entah berapa puluh kali naik dah, tetap tak rasa bosan, Same vibes kalau datang Taiping, tetap boleh ulang datang sebab feel macam first time datang aje, mungkinkah asbab pokok-pokoknya? Atau...banyak fikir pula, nikmati sajalah, hehe. Sepetang habis kat Taman Tasik Taiping, kami pergi makan kat Restoren Lepak Kitchen, kali kedua datang sini sebab western foodnya sedap, dikira murah dan anak-anak aku suka makan pasta. Takde gambar sebab masa ni bateri phone daku dah zero. Last snap sunset then sampai tempat makan aje, terus padam, kihkih.
 




Pagi esoknya kami keluar breakfast kat luar, ni pun selalu kami buat, ambil tempat tidur tanpa breakfast, asbab nak keluar tengok tempat orang suasananya dipagi hari. Aku suka masa pagi cemni keluar cari makan, teringat breakfast kat area Bukit Merah, pagi masih berkabus, hawa sejuk masih terasa, tapi dalam sejuk, nampak kesibukan pagi orang kampung keluar makan pagi kat gerai-gerai kecil, same vibes too dekat Taiping ni, kami pergi makan dekat area orang nak hiking ke Bukit Larut tu, kind busy place at the morning, aktif betul semua orang. Love this scenery, ada yang cari makan pagi macam kami juga, ada yang sibuk dengan aktiviti fizikal dipagi hari. Bahagianya tak boleh describe, kind of feeling in the morning...







Siap makan, kami tuju ke Taman Tasik Taiping lagi, morning briskwalk sambil menikmati cuaca pagi yang sangatlah mendamaikan hati. Aku cakap kat laki aku " best kan tiap-tiap pagi keluar rumah macam ni, sebelum pergi kerja jalan kaki.." biasa kalau depan mata macam ni, jarang orang hargai, mesti dia tak buat apa yang dia nak buat tu, macam tu aje laki aku mematikan sebuah angan-angan, hahaha. Ada betulnya ekk, hahaha. Dia yang jarang tengok tu jadi macam peghak, itu yang buat luar dari biasa. Tengok taman kat rumah tu, cantik bukan main, gunung sekeliling, takde pula hari-hari aku keluar jalan-jalan menikmatinya. Aku jelah kot pesen cemtu ek, hahaha. 



Habis pusing taman, sambung pusing kat Sentosa Villa pula, cantik semua genap ruang, dengan tumbuhan rarenya, entah kenapalah aku tak ambil course as botanist dulukala, bila perati benda cemni lagi mengujakan aku rupanya. Ke sebab dah tua baru reti nak perati segala benda elok-elok, baru sedar ada lumut secantik itu, ada pokok batangnya seunik itu. 





Perut dah kenyang, mata dah dijamu, terasa puas dihati, pukul 12 tengahari kami check out. Memandangkan perut masih kenyang, kami cari tempat untuk lepaskan energy anak-anak lagi, depa mana tahu penat, taman besar Taiping tu pun masih tak menghabiskan tenaga depa, jadi kami decide pergi Muzium sejarah Taiping. Satu lagi tempat mengujakan kanak-kanak, seperti anak-anak aku, selain taman, kolam, muzium adalah satu tempat yang depa boleh spend their energy in good way, dapat information and knowledge at the same time. Kebetulan masa kami visit tu ada pameran tambahan tentang keris-keris yang penuh sejarah. Korang nak masuk tempat cemni sentiasa ingatkan anak-anak bagi salam, yang maknya kena baca ayatul qursi, ada budak-budak memang tulis suci boleh nampak benda tak patut, anak-anak aku alhamdulillah Allah tutup hijab, minta jauh lerr, tengok pokok-pokok, bunga-bunga dahlerr. Hana je lah yang selalu suka sebut hantu, sini hantu, haishh, mulut budak kecik ni....








Habis pusing satu muzium, sambung pula main playground tepi muzium, dengan panas berdentingnya, depa mana peduli. Takpe!mainlah sepuashati. Cuaca cantik sangat, alhamdulillah. Dekat setengah jam layan depa main "mama, dah penat!lapar!" Okay, ini yang kita tunggu, kihkih. Apalagi kita cari tempat makan, tanya depa nak makan apa? Anak-anak semua nak nasi goreng udang, jadi bawa satu tempat yang memang semua menunya udang, kihkih. Senang, takde banyak fikir, kami pergi ke Restoren Mak Jah Kuala Sepetang. Senang sebab tepi restoren, ada masjid, siap makan terus boleh pergi solat, selesaikan jamak sebelum bertolak balik. Masakan kat Mak Jah Mee Udang ni memang tak berubah kat tekak aku, sejak first time datang makan sini, sampai laa. Alhamdulillah semua puashati makan, makan semua habis, sebab dah lapar sangat. Itu pun tips anak-anak nak makan bersungguh, kasi depa letih, insyallah dah kenyang, dalam kereta, perjalanan panjang, depa tidur aje. Berkesan untuk anak-anak aku cara tu,kihkih.


Alang-alang dah sampai Kuala Sepetang ni, rugi pula tak singgah kat tempat arang ni. Ni special untuk mamanyalah. Lepas semua orang dah dapat treat, haruslah ada sesuatu untuk diri sendiri selain kopi,kihkih. Aku borong 3 paket besar arang kayu, puas hati buat bersidai bawah bara api. Kayu cemni memang bara api padu. Alhamdulillah balik bercuti even kain dobi bertambah, mood happy sebab boleh sambung bersauna atas bara api, lencunsss peluh. Lega satu badan, tidur tak sedar apa lepas berjemur cemni, spa aku kat rumah cemnilah, jimatt, hahaha 




Xoxo

💋


River Cruise Sungai Teluk Intan

7.21.2026

Kalau datang Teluk Intan jangan lepaskan peluang pergi Pulau Bangau, naik river cruise menyusuri sungai Teluk Intan. Berbaloi weehh. Alhamdulillah ada alasan juga nak menyusuri Sungai Teluk Intan asbab nak tinggal anak-anak dengan mak ayah selama dua minggu umrah haritu, mak ayah aku ni dah lama zaman tinggal aktiviti pengasuhan anak-anak kecil ni, aku risau diorang penat, boring pakej penat, so sebelum melalui tempoh boring,penat aku bawa depa tukar angin sikit sebelum berkepung dalam rumah,ulang alik ambik cucu depa pergi dan balik sekolah,kihkih.


Aku memang dah lama aim nak pergi Pulau Bangau ni, laki aku cakap tak best sebab kita tak ramai, what? Dah enam orang aku teran keluar pun boleh cakap masih tak meriah, sabor jelah, jadi alang-alang orang tua ada aku bawak depa makan angin sekitar Teluk Intan, masa awal-awal pindah kat Perak ni ada sekali adik aku datang bawak mak ayah yang kebetulan datang tolong kami kemas rumah berpindah, pergi dekat menara condong Teluk Intan sebelum depa pergi Pulau Pangkor, punya excited mak ayah aku sampai nak feri baru perasan beg baju depa tertinggal rumah aku kat tepi pintu sliding, berdekahh kalu ingat balik, tak pasal kena shopping baju pakai kat Pangkor. Memandangkan mak ayah aku pun sampai sempat sipi-sipi aje kenal Teluk Intan, kami bawa pusing pekan Teluk Intan di hujung minggu tu.


Kami bawa mak ayah makan tengahari kat D'Tepian Teluk Intan tempat favorite makan kami, puas hati ayah mak makan, semua makanan yang kami order abis licin, dan masakan kat situ memang sedap mak ayah puji sedap ye. Puashati ye tengok orang tua makan berselera. Siap makan kami bawa mak ayah ke Masjid Teluk Intan, Salah satu tempat wajib juga singgah kalau datang Teluk Intan ni. Tempat musafir banyak singgah. Aku suka. Siap solat kami terus ke belah jeti Sungai Teluk Intan, kat situ memang banyak pilihan untuk naik Cruise, so kome pilih je lah mana-mana pakej, sebab datang ramai tu boleh jimat sebenarnya, kami ambil pakej A dalam RM150++, aku dah lupa exactly price, tapi berbaloi naik satu bot, sekali dengan boatman yang cerita sejarah sungai Teluk Intan.





Sungai Teluk Intan ni kalau pandangan mata aku ibarat lautan sebab kelebaran sungai tu memang besar sangat, kalau lalu jalan nak ke Manjung memang nampak macam lalu tepi laut. Apapun naik bot dalam sejam gitu, ronda slow setiap bahagian, bermula dari jeti, kenapa menara Condong Teluk tu, ada kaitan ke tak? Cerita kampung kecil seberang dari Jeti utama, pokok sungai yang jarang orang ambil tahu, tempat udang-udang berkumpul, tempat spesis bangau dalam kelompok yang agak besar dan pelbagai spesis. Seriously lalu kat pulau bangau tu macam cerita National Geo wehh, ya Allah nak dijadikan cerita masa tu air surut jadi takde rezeki nak lalu kat laluan kecil yang boleh tengok lagi dekat bagaimana depa bersarang, macam mana kelompok depa beranak pinak situ. Perghh kalau dapat lalu video mahal untuk aku dapat capture that moments. Tapi itulah, lainkali pula nampak gayanya, pi tengok sunset sambil belek sarang depa nohh. 


Boatman pun bagus sangat dari story telling, santai tapi penuh information. Cerita pasal kepala keretapi tengah sungai Teluk Intan tu, sejauh mana kebenarannya terbongkar, mengekek aku dengar cerita. Apapun seronok betul baik Cruise Sungai Teluk Intan ni, berbaloi dan memang boleh repeat. Boatman pesan kalau betul-betul nak menyelusuri laluan Pulau Bangau tu, call tanya dulu keadaan sungai, sebab sungai Teluk Intan ada musim sungai jadi warna hijau biru, dan timing pasang surut tu, jadi better call next time. Time kami pergi tu air surut, air sungai warna teh tarik,kihkihh. Ayah aku siap angkat cap jempol, maknanya puas hati benor lah tu dapat naik cruise dapat plak function boatman. Nak pergi memancing and stay kat Kelong pun boleh ye. 






Alhamdulillah selesai ronda sungai Teluk Intan, hujan turun. Macam-macam tahu-tahu aje program kami dah selesai, jadi on the way kami balik singgah makan malam ringan-ringan, roti Nan, kat Saddam Teluk Intan. Sebagai orang yang dah berulang kali makan kat Gulam Rasul, betullah Saddam takleh challenge rasa kat Gulam Rasul, tapi kalau banding Gulam Rasul dengan tempat lain yang aku suka, memang jauh lagi lah,kihkih. Korang datang Teluk Intan naiklerr cruise, best! 


Xoxo,
I love Perak

Restoren Abah Sekinchan

7.16.2026

Baru-baru ni pi cari ikan kat pasar Pasir Penambang. Ikan kat sana memang murah, tapi aku dari Teluk Intan nak sampai sana, minyak tol lagi, baik beli kat pasar berdekatan ajelah sebenarnya. Tapi ni kes nak berjalan-jalan tukar angin sama, kasilah asbab nak cari ikan, baru tayar boleh bergolek jauh sikit,hahaha. Kalau masuk pasar sana, memang mabuk, semua seafood aku rasa nak beli. Ikan memang confirm segar dan murah banyak, rasa hamakk nak borong banyak-banyak, tapi peti sekarang tak boleh nak dipenuhkan sebab aku malas nak deep cleaning kerap. 


Kami singgah makan pagi dulu, takde pagi manalah, pukul 10 pagi baru breakfast. Teringat tosai kat Slim River jadi order tosai masala kat Gulam Rasul plak. Order lagi roti Nan cheese sekali di tampal sekeping cheesedale atas roti Nan, uiii angin aku.  Banyak pula makan, lepas tu orang cakap tembun, merentan!Haihhh. Nak ambil gambar tak gamak, sudahnya dua keping order roti nan tak habis, bungkus buat balik tambah cheese sendiri nanti. Takkan kena pi Shah Alam semata nak makan roti Nan cheese, idokklerr jawabnya. Siap makan, kami bertolak ke Pasir Penambang. Cuaca pun redup aje, alhamdulillah. 




Jalan Kuala Selangor ni kalau cuti panjang, hujung minggu, tak kena timing memang beratur ye. Jadi pandai-pandailah adjust. Kami sampai kat Pasar Pasir Penambang dalam 3 petang, asbab banyak stop singgah tandaslah, singgah membelilah, anak-anak aku cemtulah, lagi kan yang bongsu, selagi tak belikan apa-apa, menekan-nekan zikir "nak beli", wakaka. Layannn. Kadang tak padan dengan berhenti, belinya choki-choki ajelerrr. Jenis tak reti nak paw betul-betul ayahnya, wakaka. 


So sampai kat Pasar, sesi telek menelek ikan sampai berkenan, deal, borong apa patut, total burn tak sampai RM150, dapat seekor ikan tenggiri saiz besar, bawal hitam saiz sederhana besar, ikan sardin 2kilo, sotong besar 2kilo, dua jenis kepah, puas hati membeli barang basah cemni, yang penting segar dan murah. Siap borong ikan, kami cadang makan malam terus sebab dah skip lunch. Masa kami lalu jalan Sekinchan tu ramai orang jual mentarang, kami nak beli pun, baru je lepas habiskan mentarang yang beli kat simpang keluar tol Behrang, kebetulan masa tu seller jual RM18 sekilo, murah sangat dah tu. Jadi masa lalu kat Sekinchan tu tengok jelah, heheh. 



Ni kalau masak, potong nipis isi, tumis Lada kering pedas tu, campak sos tiram,perghhh


Singgah kat kedai makan abah ikan bakar, kat Kuala Selangor aku perasan banyak betul kedai makan tok abah, abah, orang sini suka panggilan tu kot eh?! Kali ni pilih singgah makan kat Kedai makan Abah yang dekat Medan Selera berdekatan dengan bandar Sekinchan. Kedai tepi jalan besar je, malas nak buka Google maps cari kedai, kita singgah yang nampak kat mata ajelah. Ikan kat sini segar, ambil seekor jenahak, tu aje, sekali aku buka peti frozen depa bersepah macam-macam seafoods dalam tu, dannnn ternampak siput yang paling aku suka makan kat Sabah dulu, alhamdulillah rezeki ni. So ambil satu packet buat masak serai. Takde masakan cili kering macam aku pernah makan dulu. Try ajelah dulu. Erm, memang sedaplah ye siput gonggong ni, aku boleh letak dalam list aku antara siput tersedap, selepas siput sedut. Moga impian nak makan siput laut paling besar makbullah, teringin nak rasa camne struktur dan rasa siput besar tu. Mesti sedap, laki aku cakap tak selera pun tengok, tapi pedulik apa aku, tekak aku yang nak makan, wakaka. Sekali makan, anak-anak pun bukan main semua makan, mula-mula geli, tapi depa repeat makan, and that's good. Makan benda pelik ni kena test juga, kalau tak pernah try tak tahu pulak camne rasa. Kalau sekali rasa dah tak boleh go, jangan dipaksa-paksa, karang muntah hijau, heheh. 


Habis semangkuk siput, aku cakap tak puas makan, jadi tambah satu lagi packet siput gonggong buat masak halia pulak. Wehh sedapnyaaaa. So lain kali datang mai craving nak makan menatang ni ,aku tahu dah mana nak tuju. Bab makan laju aje saved kat mana yang nak repeat. Begitulah. Aku cakap kat laki, asal kedai ni takde orang eh, sedap sangat kot masakannya, laki aku cakap banyak pilihan kot kedai ikan bakar kat area Kuala Selangor, Sekinchan ni banyak, kadang orang nak view laut sambil makan ikan kenalah masuk dalam sikit. Aa ye jugak kan?! Ikan bakar kat Jeram pun dah bertahun tak pergi, dulu biasa singgah situ aje masa anak-anak kecik. Lani jarang sekali datang Kuala Selangor. Time cemni jelah datangnya, nak beli ikan jadi asbab. Hmm, what a memory. 


Xoxo
Fish Hunting 



Nurul Resort Merbok Kedah

7.15.2026

Bila orang pakat share sunset kat Kedah, weeee aku pun rindu balik kat Kedah. Tak tahu nak habaq camne jatuh cintanya kat Kedah, antara doa aku, bucket list aku, moga Allah rezekikan unlimited visit pergi Kedah, Perlis sampai puas hati. Dua negeri ni tak tahu dah buat apa kat aku, tak pernah jemu tu dah satu hal, deep feeling yang dirasai tu tak mampu nak terjemahkan dalam satu ayat bila stay kat sana. More than content feeling, entahlah. Berkaca-kaca mata menatap keindahan kat sana, some scene deeply inside in yours core memory.


Lani kalau nak roadtrip rasa sikit bersalah sebab takde dua abang ikut sekali, adik-adik plak asal nak bergerak pergi satu tempat, Harraz Haddad tak pergi ke? Padahal obviously memang abangnya tak balik, melainkan depa berdua balik bermalam, kesian pula nak keluar sebab tak dan puas depa dok kat rumah. Haishh, cemni feelingnya ekk, dulu macam tulah kami adik beradik rasa, bila sorang-sorang start takde kat rumah. Lani merasa sendiri camne feeling sebagai mak-mak pula, huhuu. Fuhh! Tak sangka dari kecil-kecil depa 24 jam melekat kat mama, sorang sorang dah start buat hal sendiri dah, Masyaallah Tabarakallah moga Allah buka seluas-luas jalan, permudahkan urusan untuk anak-anak meneroka kehidupan dunia realiti penuh cabaran. Jadi cuti panjang sikit ambil peluang anak-anak berjalan, dulu asal hujung minggu hilang tak tahu pergi destinasi mana, main redah aje, sekarang hujung minggu tak visit anak, keluar ronda dekat-dekat ajelah. Puas hati juga sebab masa anak-anak masih kecil sampai habis sekolah rendah, kami redah ambil peluang juga bawa anak-anak keluar ke tempat baru. Alhamdulillah, so korang anak-anak kecil, masa tak perlu fikir anak-anak bab sekolah bawalah depa sepuashati teroka dunia ciptaan Allah yang maha luas ni. Masa anak kecik ni bawa jalan-jalan banyak penjimatan dari segi tiket, kos bilik, kos makan etc., hehe. 




So nak dijadikan cerita masa cuti panjang lepas raya puasa, kami ambil peluang isi cuti yang berbaki bawa anak-anak mandi kolam. Anak-anak aku ni bawa mandi kolam pun riuh bukan main seronoknya, jadi asal tempat ada kolam untuk depa mandi mandi kira dah cukup syaratlah. Ingat nak cari area Perak aje, tapi driver rajin nak pi jauh, kita follow ajelah. Kami bertolak ke Kedah dah lewat petang sebab macam biasa, selesaikan komitmen kerja dulu, then baru bermusafir. Apa yang aku suka bila bermusafir, tentunya doa, baca doa dalam hati, baca doa kat mulut, pesan juga kat anak-anak nak apa-apa doalah masa musafir ni, mustajab doa bila bermusafir. Disebabkan dah lewat petang, nak singgah menyinggah makan, confirm dah satu jam tu wajib habis bila berhenti, jadi kami call Nurul Resort ni tempah makan malam sekali, nasib baik depa accept lagi tempahan sebab 9.30 keatas tu depa dah tutup tempahan, kita dah lewat. Kami sampai dalam pukul 10 jugaklah kat sana, ambil kunci bilik, check in, lepas tu turun makan. Alhamdulillah dah penat, tapi makanan dah terhidang, puas hati. Makanan sedap, cukup rasa, dan harganya berpatutan. Siap makan, kami terus naik bilik siap-siap untuk tidur aje. Wehh, senang juga tempat penginapan complete dengan restaurant ni. Macam hotel tapi version marhaen, breakfast, lunch, dinner semua boleh kat sini dengan harga restoren biasa. 


Kami ambil bilik family, agak besar dan selesalah untuk kami 8 beranak. Makin berumur ni, tempat tidur jadi first thing first pula kami ambil kira, biar semua dapat tidur selesa, masa anak kecik berhimpit-himpit pun tak ngape, ni semua dah besar, aku Dan laki pun memang kena tidur tempat katil sedap dan selesa, kalau tak sakit badan dah, hahaha. Dulu sakit badan tak rasa mana lagi, sekarang salah tidur sikit tempat sempit, tilam nipis, aaa sudah. Haishh, jadi mahal sikit pun tak mengapalah asal semua dapat baring tidur lena. So bilik kat Nurul Resort ni selesa sangat-sangatlah, bilik luas, katil berlebih-lebihan. Bilik lengkap dengan aircond. Takde tv takde masalah, aku kalau pi tempat bercuti, tengok tempat, kalau tempat jeram, sungai, resort dalam hutan, kebun, aku lebih prefer takde tv. Memang saje tak nak bagi anak-anak melekat kat skrin lain plak, udah depa stop sekejap kat skrin kecil, takkan nak sambung kat skrin besar, memang aku suruh depa fokus bercuti aje, nikmati percutian betul-betul. Takde tv depa memang depa tidur awal. Tu ja, hahaha. 








So bila tidur awal, bangun pun awal, jadi pagi-pagi lepas subuh depa dah kalut nak mandi kolam, tanah tak terang lagi uiii. Kami turun breakfast dulu kat restoren sebelum turun mandi kolam, menu breakfast kat sini pun banyak, Dan paling penting sedap. Kebetulan masa tu tak ramai penginapnya, jadi kami conquer kolam mandi, puas hati depa main gelongsor kat kolam. Aku agak Nurul Resort ni asalnya rumah persendirianlah kot tengokkan gayanya, tapi diubah jadi resort. Sesuai sangat nak buat family gathering kat sini, banyak bilik, dan harga pun sederhana dan mampu milik. Nak buat company holiday/event pun boleh sangat. Nurul Resort ni dekat aje dengan Masjid Al-Busyra Merbok yang viral tu, aku tiap kali datang Merbok wajib singgah masjid tu, solat pun ye, pi beli shawarma kat kedai makan situ pun ye jugak. Shawarma kat situ sedaplah. Approved by anak-anak aku, depa penggemar shawarma. 


Back to story mandi manda, dari pagi sampai matahari naik, pukul 11 pagi kami naik, kalau ikutkan hati anak-anak mana depa nak naik, nak mandi sampai petang, tapi kami kena balik dah, sebab hujung minggu, nak elak terperangkap dalam jem teruk kat Plus tu haahh. Itu sebab utamanya, dapat bermalam semalaman kat Nurul Resort ni pun puas hati, betul-betul bercuti, datang mai tidur, makan, mandi kolam, stay je situ dari check in sampai checkout. Betul-betul menikmati kekdahnya. Jarang juga kami bercuti version sebegini, biasa mesti keluar kemana-mana kawasan sekitar, balik bilik untuk tidur semata-mata. 


Korang datang Merbok, mai tidur sini, best! Kalau nak view laut, pi je Yan Kedah, dekat dah tu, lalu Merbok juga nak ke Yan. Sebut pasal Yan Kedah, kami 3 kali repeat dah sebelum Yan Kedah viral, aku cakap ngan lakiku "nasib baik kita dah pergi 3 kali, tapi masalahnya tak puas lagi pergi sana, kan?", hahaha. Memang betul mabuk Kedah belum habis, Changlun pun belum sampai lagi nak visit tempat aku belajar dulu, Kulim, Baling dan banyak lagilah tempat kat Kedah aku aim nak pergi. May Allah ease our dreams, memang nak pergi semua ceruk tempat kat Malaysia ni, Amin.



Xoxo
Dream big.