Siapa suka almari jenis open cemni, ku tak sedar sejak bila suka style open wardrobe tapi throwback balik memang sejak belajar dulu lagi ku cari cari open wardrobe sebab senang nak organize. Dan bagi rasa lapang boleh tengok barang apa ada kat rak, jenis tak reti nak sorok-sorok gituu. Sekarang ada instagram, antara those yang manifestation my imagination dream house to real adalah rumah belakang instagram,
dan tidy alin some of my minimalist stuff yang daku follow.
Untuk orang yang suka kabinet tertutup, open wardrobe ni nampak menyerabutkan mata, sebab nampak barang, depa kalau boleh semua benda nak tersorok dalam almari, baru nampak kemas, betul jugak tu. Tapi untuk daku yang dah berpengalaman dan merasai bagaimana hidden secret kabinet tertutup ni, jadi open wardrobe always my favorite. Almari tertutup ni, kebanyakan simpan barang yang jarang guna, atau pun tak terguna pun, sampai bertimbun-timbun dalam tu, sudahnya jadi sarang benda lain, tak semua orang macam tu tapi untuk certain people macam daku kabinet tertutup big no, setakat basic bawah area sink tu still okay, tapi kalau dah melarat Sampai ke atas dinding, belakang, depan, tambah area dining lagi, memang taklerr. Stress nak kemas nanti. Sebab tu yang jenis open shelves lover tak difahami oleh orang yang suka kabinet tertutup sebab kita berbeza view dan perspective. Tak kisahlah, yang penting dua-dua function kan?.
Bila makin bertambah umur memang ku tak nak serabut dengan barang-barang tak perlu dan kumpul habuk, cukup dengan barang yang betul-betul guna dan seoptimum dimanfaatkan, lagi pun ku antara orang yang tak berapa rajin mengemas, deep clean pun sebulan sekali satu rumah sekarang ni. Bila fikir bab rumah ni energy banyak guna untuk kemas, simpan, cuci, selenggara. Fikir umur makin meningkat energy tak sama dah sekarang, jadi bab buat rumah ni memang kena particular fikir bab selenggaralah, sebab benda selenggara ni guna duit dan tenaga. Salah plan, buat, habis tenaga dan duit dekat bahagian selenggara saja, dan salah buat tenaga dan duit tak dapat nak tolong cantikkan rumah pun. Lagi teruk macam tak bertuan even masih ada tuan
One of kebaikan ku praktik sepanjang guna open wardrobe adalah sistem FIFO, first in first out, so takde isu barang expired dan dibuang begitu sahaja kes tak nampak kat mata, rasa macam takde kat rumah, padahal memang dah ada, buat stock up takde masalah, tapi barang stuck kat tempat sama tu tanpa diguna last-last rosak buat daku frust, so open shelf kebaikan yang ku dapat takde pembaziran barang terutama bab makanan. Memang topup dan digunakan sepenuhnya.
Selain tu, open shelves ni menuntut diri sendiri pastikan kekemasan dan keteraturan barang kat rak, kebersihan, sebab benda see through kan, telus, mak mertua datang pun, even mak sendiri datang takdelah ku rushing, berpenat lelah buat deep clean pasalnya dan memang kena pastikan setiap masa berkemas, benda tertutup boleh sorok-sorok juga kalau tak menyempat kemas. Saja menaip sambil cari idea untuk rumah sendiri nanti yang entah bila nak terbina, kot masuk rumah abadi dulu pun tak tahu,huhuuu, berangan nak hire interior designer, tapi memikirkan duit tak berapa nak ada entah lepas ke tidak, maka terpadam cita-cita dan angan, cukup kita godek insta sep-sep yang share deco rumah, hahaha. Best betul berangan dikala cuaca bloomy,gloomy, bau hawa hujan, tarik selimut sambung mimpi pulak, kihkih.
Tajuk Buku: The Power of Focus
Penulis: Mark Victor HansenFokus sangat berkuasa. Berikut ialah 10 pelan tindakan mengubah hidup daripada buku "The Power of Focus":1. Tentukan matlamat anda. Apa yang anda ingin capai dalam hidup? Sebaik sahaja anda tahu apa yang anda mahukan, anda boleh mula menumpukan tenaga dan perhatian anda untuk mencapainya.2. Buat rancangan. Sebaik sahaja anda mengetahui matlamat anda, anda perlu membuat rancangan untuk mencapainya. Pelan ini hendaklah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan terikat pada masa.3. Tetapkan keutamaan. Tidak semua matlamat dicipta sama. Ada yang lebih penting daripada yang lain. Utamakan matlamat anda supaya anda tahu perkara yang perlu difokuskan terlebih dahulu.4. Hilangkan gangguan. Gangguan boleh menjejaskan tumpuan anda dan menghalang anda daripada mencapai matlamat anda. Kenal pasti gangguan anda dan hilangkan ia daripada hidup anda.5. Ambil tindakan. Sebaik sahaja anda mempunyai rancangan, anda perlu mengambil tindakan. Jangan hanya duduk dan menunggu perkara yang berlaku. Ambil langkah setiap hari untuk menghampiri matlamat anda.6. Bersikap gigih. Akan ada masanya anda ingin berputus asa. Tetapi jika anda gigih, anda akhirnya akan mencapai matlamat anda.7. Raikan kejayaan anda. Apabila anda mencapai matlamat, luangkan sedikit masa untuk meraikan kejayaan anda. Ini akan membantu anda kekal bermotivasi dan fokus pada matlamat seterusnya.8. Jangan takut untuk gagal. Setiap orang gagal pada satu ketika. Yang penting belajar dari kegagalan dan terus maju.9. Bantu orang lain. Membantu orang lain ialah cara terbaik untuk kekal fokus dan bermotivasi. Apabila anda membantu orang lain, anda juga membantu diri anda sendiri.10. Percaya pada diri sendiri. Perkara yang paling penting ialah percaya pada diri sendiri dan keupayaan anda untuk mencapai matlamat anda. Jika anda percaya pada diri sendiri, segala-galanya mungkin.11. Anda tidak seharusnya cuba untuk menjadi semua yang anda mahukan tetapi tidak menguasai apa-apa. Terokai bakat semula jadi anda dan jadilah pakar dalam bidang yang anda sukai. Kena pilih dan fokus.12. Jika anda sudah membuat keputusan untuk melakukan sesuatu, mula-mula anda mesti memutuskan untuk memberikannya. Dan apabila anda dapat menguasainya, mula membantu orang lain.13. Setiap orang harus memilih untuk mempunyai tujuan dalam hidup dan matlamat jangka panjang serta matlamat jangka pendek harus diselesaikan dengan kegigihan yang akan mempercepatkan kita ke arah tujuan utama kita.14. Hidup kita hendaklah seimbang. Kita sepatutnya mempunyai masa yang sesuai untuk keluarga kita, satu hari untuk menikmati pencapaian dalam seminggu dan lain-lain dimana fokus pun ada tingkat keutamaannya.15. Fokus untuk belajar dan meletakkan wang bukan untuk dikejar. Belajar satu kemahiran pada satu masa dan teruskan hingga anda betul-betul menguasainya . Kehidupan akan menjadi lebih seronok dan seimbang. Contohnya kebanyakan dari kita tidak menyedari hobi yang kita lakukan dapat di tukar kepada nilai wang, bukankah seronok melakukan sesuatu yang kita cintai dan mendapat wang.Kesimpulannya untuk focus, kena kecilkan skop yang kita nak capai, contoh kita tak tahu pun apa bendalah yang kita berbakat atau benda yang kita suka buat, banyak, tapi tak tahu mana satu yang betul-betul kita suka, so buat lah list, atau buat cabang/tree maps untuk kita nampak apa yang tertonjol dengan kemampuan kita.
Share untuk peringatan sebab daku in this situation now. Let's.
Terkejut baca ramai anak-anak muda zaman sekarang buat loan semata-mata untuk bercuti, melancong. Fuhh, bukan kaleng-kaleng ujian ye. Yang belum terjebak lagi, big no. Jangan sesekali. Please. Bagitahu sebab dah lalui. Big disaster, even bukan loan sekalipun, kad kredit pun samalah juga kekdahnya.
Nak berjalan-jalan kalau tak mampu, explore je dulu tempat sekeliling yang kita tinggal, tak keluar dari negeri pun takde pelik hape aihh, jangan dok ikut trending sangat. Cost takde tinggi sangat bila kita tak keluar jauh. Yelah zaman sekarang, asal buka pintu rumah, tayar bergolek, duit pun meluncur sama keluar macam air paip. Orang yang dok share tu banyak duit, kita kalau kayap, duduk diam-diam dan appreciate apa yang ada. Percayalah ramai je yang duduk dalam negeri kelahiran malah bekerja kat negeri sama, pun belum pernah explore negeri sendiri. Ku tak cakap orang lain.
Negeri kelahiran Kelantanku tak sempat nak explore, malah tak pernah tahu pun kewujudan tempat tu, tahu sebab viral aje. Oo rupanya ada kat negeri sendiri. Mak ayah tak pernah bawak jalan-jalan jangan salahkan diorang, sebab mereka pun ada batasan dan kekangan, yelah nak besar kita sorang pun dah jenuh luruh segala bulu, apa lagi yang berbilang -bilang adik beradik. Ada kemampuan, keluar jalan-jalan ikut daya mampu kewangan yang ada bila dah ada kewangan sendiri.
Teringat masa kena kurung tak boleh keluar daerah lain, jadi nak pusing keliling dalam daerah tempat tinggal aje, so itu yang kami buat, eh eh bila cemtu banyak pula jumpa tempat yang kami tak pernah sampai dalam daerah sendiri. Baru tahu. Bila kena kepung baru tahu nak appreciate, begitulah manusia ni ye, kihkih.
So bertitik tolak dari kejadian tu banyak jugalah pengajaran, ambil peluang kenal tempat sendiri, ini tak orang luar dulu yang tahu, sebab kita sendiri yang tak nak ambil peluang, dok nampak yang jauh aje cantik, comel, best. Ku dah buat list tempat setiap daerah kat Perak, juling mata nak habiskan bucket list untuk sampai semua tempat, kekangan masa lah yang paling mendominasi, memandangkan kerap balik kampung sekarang, jadi fulus banyak habis atas jalan aje. Untuk orang tua, apalah sangat, yang penting setiap kali on the road balik kampung pun kami enjoy the views.
Bila orang suruh menyimpan, menabung, mampu senyum saja. Takdak fulus nak ditabungkan, guna seoptimum boleh, ada lebih alhamdulillah, takde lebih korek syiling pun alhamdulillah. Yang penting kami dah tak terlibat dengan hutang takde keperluan, cukuplah yang dulukala nak dilunaskan secepat mungkin.
Sungguh menyesal bila terlibat hutang ni, mula-mula masa buat memang rasa lebih dari mampu nak bayar, tapi bila lalui, gelabah nak cukupkan bayar bulan-bulan, kalau tertangguh dah mula buat sakit kepala, serabut, gelisah, tak senang duduk, tak senang hati. Ku tak tahu orang lain, tapi itulah yang daku rasa bila ada hutang ni, rasa macam dikejar something yang tak ketahuan.
So kalau semata buat loan untuk berjalan makan angin toksah lah, seronok sekejap aje. Lepas serabut serabai, kalau cantik payment setiap bulan takde masalah, tapi kalau dah sampai kena cut sana sini, buat tidur tak lena, elakkan ye. What a memory, tapi itulah kalau tak lalui takde plak pengalaman nak handle situasi terburuk macam mana. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.
Terbaca suami tegur isteri buat sambal belacan tak sedap. Suami-suami nak tegur isteri boleh, tapi tegur biar berseni.
Isteri, bukan dia tak tahu pun dia buat tak sedap, tapi dia perlukan dorongan untuk bagi semangat dia cuba lagi buat terbaik.
Ika masih ingat situasi hujung minggu. Maklah orang yang paling kalut, sebab hujung minggulah waktu mak asah skill memasak.
Yelah, mak yang berkerjaya je tahu. Nak masak setiap hari memang mak tak sempat. So hujung minggu adalah waktu istimewa kami.
Ada suatu ketika mak cuba masak nasi ayam, sup tawar hebeyy, sos pedas tak menjadi. Kami yang makan pun terkedu.
Tapi ayah bijak, dia tak melatah dan tegur terus "tawarlah sup ni". Serius tak.
Ayah cakap "mm, special sungguh mak masak hari ni, alhamdulillah hari ni boleh makan nasi ayam special mak, payah nak jumpa",
Korang kalau suami puji macam tu depan anak-anak konpem kembang kempis dalam dada kan?
"kalau jual kedai ni wajib licin sokmo, cuma kuah sos ni kalau buat pekat sikit, pedas sikit, sup ni tambah rempah sikit lagi, ayah angkat 2 ibu jari, sedap hirup sup takdok tinggal."
Kami anak-anak pun senyum dan ketawa dengar pujian ayah, sambil mengiakan kata-kata ayah.
Comel sangat teguran ayah buat mak.
Walaupun masa tu masakan mak tak menepati piawai, ayah makan menambah.
Faham sangat, masa tu ayah menghargai usaha mak.
2 minggu lepas tu mak buat lagi nasi ayam, wajiblah terus meletup rasanya, sedap, secukup rasa. Hebat. 2kali percubaan terus mak berjaya buat nasi ayam paling sedap dalam dunia.
Hasil teguran dan pujian.
Nahh, suami-suami, belajarlah kemahiran menegur dalam pujian. Wajib berkesan. Sungguh.
Suamiku ni kena banyak lagi belajar skill dari ayah nampak gaya, kikiki. Straight forward, sentap, tanpa tapisan. Kalau orang lain terus tak nak masak terus agaknya, daku? Alhamdulillah, sentap sentap pun, cemtulah. Time rajin masak, time malas, tapau kedai, hahaha.
Senang aje orang perempuan ni kalau kena cara. Tak kena mulut manis sentiasa pun, hanya perlukan teknik berbeza saja dalam menegur.
Tak perlu tunggu bertahun nak hadap makanan isteri masak tak sedap. Kan?
Begitu juga seni komen. Komen nak tegur orang, lagi-lagi yang kita tak kenal sangat (read influencer), tegurlah dengan berhikmah. Kita semua manusia, tak sempurna, banyak buat silap, bukan hero, bukan real idola,komen jangan sampai melukakan hati orang.
Reads some comment of eating influencer ni memang boleh naik darah, main media sosial ni sebenarnya kena ada akhlak, takde akhlak takde beza kita dengan binatang, tapi kalau influencer memang peel buruk?
Dah tu kenapa follow, kau block aje senang citer. So the comment really harsh, takde empati, sangat tak berakhlak tak seiring dengan agama yang dianuti iaitu islam even if agama lain pun menuntut untuk berakhlak dan beradab.
MERDEKA - ‘SELALU DUK INGAT, TAKUT KOT LUPA’Sehari sebelum hari persembahan sempena kemerdekaan, dek kerana raptai penuh di sekolah, sang faqir hampir ‘tertuang’ sesi pengajian kitab dengan ALLAHyarham Guru.Namun, tetap dikayuhi basikal menuju ke teratak tua, guru tersayang.Apabila ditanya, “Awat lambat?” oleh Guru. Sang faqir menjelaskan bahawa ada raptai penuh di sekolah, balik lewat. Permohonan maaf diajukan. Guru tersayang hanya tersenyum dan mengangguk perlahan sambil berkata, “baguih hangpa la nie, macam-macam buat nak sambut merdeka. Kami dulu, bila kata merdeka nie, selalu duk makin ingat, takut kot lupa.”Budak mentah yang kepenatan sehari, tergaru-garu, “selalu duk ingat, takut kot lupa?” mengulangi semula kata-kata Guru tadi dengan nada soal.“Kita nie, buat kita betui- betui merdeka dengan buat-buat merdeka, duk ada dua saja, satu, INGAT, dua LUPA. Orang betui-betui merdeka, depa akan ingat selalu. Depa yang buat-buat merdeka, koi duk mai lupa.” Guru menjawab semula.Budak mentah berumur 14 tahun, masih samar-samar. “ Saya tak berapa nak tangkap, apa dia maksud dia?”“Hang tau apa maksud merdeka?” Soal Guru tersayang.Sambil diawali dengan Alif Fathah kurang lebih 6 harkat, maka jawab budak tersebut, “merdeka, maksudnya bebas, betui ka?”Guru tersayang sambil memandang ke langit dan tersenyum lalu menyoal, “ Bebas dari apa?”Budak tadi dengan yaqin menjawab, “bebas dari penjajah, kan?”Sambil menarik sebuah kitab, lalu dihulurkan kepada budak tersebut, tertera di muka hadapan kitab tersebut, ‘Faridah Al Faraid’. “Malam nie kita nak cerita pasai merdeka.”Kitab antara yang menjadi syarah oleh Guru tersebut kepada budak tadi, pada hari-hari sebelum itu lagi.“Nak faham merdeka, kena faham ayat nie;يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾Wahai jiwa yang Merdeka ( tenang), kembalilah kepada ROBBmu dengan hati yang Redha lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKU, dan masuklah ke dalam syurgaKU (Al-Fajr : 27-30).Maka, hang akan faham erti sebenaq merdeka. Ajaqlah pada anak cucu nanti.”Pengajian diteruskan.Fahamlah akan budak tadi akan maksud ‘SELALU DUK INGAT, TAKUT KOT LUPA’ (Selalu perlu Ingat, Bimbang nanti lupa).‘Siapakah mereka yang Merdeka?’‘Apakah Itu Merdeka?’‘Bagaimanakah cara untuk Merdeka?’‘Kenapakah perlu merdeka?’‘Bilakah sebenar-benar merdeka?’AlhamduLILLAH, pada malam itu, Persoalan-persoalan tersebut dijawab satu persatu oleh ALLAHyarham Guru tersayang.Merdeka pada seorang hamba adalah apabila sentiasa adanya SYUKUR dan HUDUR akan Kebesaran jua Keesaan ALLAH pada setiap hal serta keadaan.MAKA,Merdekalah dirinya dari segala kemusyrikan dan kekufuran.Merdekalah dirinya dari segala kemaksiatan dan kemurkaan ALLAH.Merdekalah dirinya dari segala azab pada zahir dan batin, dunia dan akhirat.Merdeka dari Syirik, Merdeka dari Maksiat dan Merdeka dari Azab.Itulah MERDEKA YANG SEBENAR kepada yang bergelar baharu.Merdeka pada Zahirnya BELUM semestinya Merdeka pada Batinnya.Namun, Merdeka pada Batinnya, SUDAH semestinya Merdeka pada Zahirnya.Gambaran Merdeka pada Zahir adalah Terlepas dari cengkaman penjajah.Hakikat Merdeka pada Batin adalah BEBAS dari SYIRIK Jali mahupun Khafi dan terurai diri dari sekalian belenggu Maksiat.Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke 66 buat semua.Merdeka AqidahMerdeka JiwaMerdeka AqalMerdeka ZahirMerdeka BatinInsyaALLAH, semoga menjadi suatu curahan kepada anak cucu kelak.-Kredit Wan Asrul Al-Kalantani
- Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
- Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
- Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
- KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.
- i-Akaun (Ahli); ATAU
- Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.
Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.
NOTA:
Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).
- i-Akaun (Ahli); ATAU
- Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.
Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.
NOTA:
Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).
Teruskan declutter 2022Banyak bentuk declutter boleh buat.Bersihkan rumah dari baju, peralatan dan perabot yang tak perlu.Declutter peti sejuk.Declutter phone dari apps yang tak perlu. Tengok semula inbox yang tak berjawab.dll.Saya teringat satu siri cerita bertajuk The Messiest Home, pasal rumah orang yang sangat bersepah. Suami itu menyimpan lebih 300 helai kemeja di rumahnya. Malah barang lain pun TERLALU banyak. Tak terurus. Isterinya lari duduk rumah lain kerana tak tahan suaminya terlalu banyak barang.Tiada ruang bertenang dalam rumah.Saya banyak belajar untuk declutter selepas tengok cerita itu. Sekarang masih belajar declutter. Mencabar tau.Satu ketika, bila balik kampung, saya pujuk abah declutter baju kemeja beliau yang sangat banyak dari zaman mengajar. Sekarang dah lama pencen.Selepas pujuk, abah declutter berpuluh-puluh helai baju kemeja. Alhamdulillah. Abah nampak lega bila dah keluarkan baju baju yang beliau sayang tu. Abah nampak mana bajunya akan pergi. InsyaAllah jadi harta kekal di akhirat nanti sebab abah pilih sedekah baju yang elok lagi disayangi.Poinnya ialah, teruskan declutter. Sedekah barang atau baju yang elok. Recycle mana yang rosak. Simpan semua yang masih menggembirakan hati. Simpan yang baik berguna di rumah, dan simpan semua hal yang baik dalam hati.Kredit Penulis Artikel: Nurul Adni Adnan
- Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
- Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.
- Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.
- Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
- Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
- Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
- Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
- Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
- Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
- Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
- Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih. Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.(Biasaku bertungku)
- Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
- Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
- Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
- Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
- Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali. (Biasaku buat minum air halia dan bertungku)
- Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia.
- Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
- Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.
- Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.
- Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.
- Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.
- Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.
- Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.
- Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.
- Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.
- Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.
- Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.
- Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus. (Yang ni pernah buat, selain tu ku minum air kisaran beetroot)
- Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi. (Pernah buat)
- Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam
- Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.
- Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk.
- Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.
- Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.
- Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.
- Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.
- Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh. (Yang ni pernah buat dan jadi)
- Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh
- Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.
- Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
- Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering. (Pernah buat dan berkesan)
- Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.
- Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.
- Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.
- Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.
- Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.
- Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.
- Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari.
- Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.
- Amalkan makan bush belimbing besi
- Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.
- Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.
- Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o pekat kemudian diminum.(Biasa buat dan berkesan lagi satu ku telan pilot che kat tae un)
- Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain
- Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.
- Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
- Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.
- Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
- Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.
- Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.
- Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.
- Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari. (Pernah buat dan berkesan)
- Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.
- Segera beri minum air kelapa yang muda. (Pernah buat dan berkesan)
- Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.
- Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari.
- Jumpa doktor.
- Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.
- Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata. (Tak pernah)

Top Social