Showing posts with label anakanda. Show all posts
Showing posts with label anakanda. Show all posts

Episod Bersunat Anak Jantan

1.15.2021

Alhamdulillah, hampir genap sebulan dah peristiwa anak bersunat berjemaah, jemaah dua beradik sajalah musim kena kurung ni, tak boleh ramai-ramai. Apapun syukur semua dipermudahkan, ingatkan banyak lah drama in between sebelum bersunat dan proses penyembuhan, tapi Allah lancarkan semuanya, anak-anak tak meragam, mudah je jaga supaya luka bersunat cepat sembuh. Telan ubat tahan sakit 3 kali je lepas tu ambil suplemen konsisten, hari ke 8 dah boleh balik kampung pakai seluar. Cumanya part tanggal kuping luka tu ambil masa, tambah lagi habit sekarang depa berdua pegang seluar tak habis lagi, punya lah seriau lagi even semua dah cantik elok sembuh.

Ikutkan planning berkhatan ni sejak tahun 2018 lepas lagi,tapi belum masa diizin terjadi, ada je benda yang jadi unexpected sampai plan kita orang laki bini tak jadi. Until lah kes kobidiot ni jadi, baru ada masa luang tu pun punya lama cari dan tanya klinik yang buat, kebanyakan buka slot hujung tahun je even dah kena kurung lama, sebab musim berkhatankan biasa berlangsung hujung tahun.
Tu pun ada yang jenis laser je, yang clamp takde, tapi nasib baik jugaklah yang jenis clamp tu takde kes trauma baca kes viral anak bersunat guna version clamp sampai terpotong si anu anak, last-last doktor berlepas diri, haiilah sadis sungguh dunia hari ni. Akibat baca cerita viral cemtu dihantui jugaklah dalam pemikiran ni, tu sebab orang kata jangan feed mind dengan benda camtu, samalah realiti sekarang yang dok repeat hari-hari kat tv, last-last tertanam satu doktrin yang mengarut lagi tak lojik dek akal sampai buang syariat agama sendiri, eh!

Apapun syukur lah semua dah settle, seminggu sebelum berlangsung acara berkhatan untuk anak nombor benda tu takde masalah, sebab yang sorang tu siap berhipp hipp horeyy punya tak sabar nak bersunat, yang jadi kerunsingannya anak sulung sebab awal-awal dah bagitahu tak nak, tak bersedia. Punya lah banyak kata-kata motivasi, semangat dan cerita nak kasi sama excited dengan si anak kedua. Still emotionaless, sampailah ditanya kenapa tak nak, kenapa rasa takut? Luah yang tu baru dia okey, lepas tu 3 hari sebelum nak bersunat tanya lagi dah ready ke tak, then anakanda sulung bagitahu sehari sebelum bersunat diri dia dan badan akan bersedia, wakaka. Macam-macam peel lah karenah anak-anak ni, apadahal yang penting program jalan. Pepagi sebelum bertolak ke klinik dua-dua bangun awal pagi dan breakfast ambil ESP Shaklee, pakai kain pelekat, yang penting semua pergilah. Sampai kat klinik 3 beranak tu je masuk jumpa doktor. Suami cerita dua-dua berebut nak jadi yang pertama nak bersunat, nak fair and square diorang main oosom (gunting, batu, air) kat depan bilik doktor, jadinya anak kedua masuk dulu. Relax je sambil silang tangan belakang kepala, anak tengok doktor buat macam mana kat anu dia, punya berani, sebaliknya abang sulung plak tak sanggup tengok minta telefon kat ayahnya nak alih fokus dan hilangkan ketakutan. Alhamdulillah selesai begitu saja. 

Balik rumah baru dua-dua merengek dah start sakit kes ubat tahan sakit dah hilang. Hari pertama hingga ketiga memang dua-dua tak dapat tidur lena lah, sebab rasa serba tak kena setiap malam tidur-tidur ayam, masuk hari keempat kedua-duanya dah okey, sebab luka dah kering, paling tak tahan anak nombor dualah sebab jenis tak duduk diam, manalah mampu terbaring je, start hari kedua dah start berjalan sini sana even berpelikat je, asal boleh bergerak beza dengan abangnya memang stay calm duduk diam situ lah. Apapun syukur sangat Allah permudahkan segalanya, suami pun tak ambil banyak cuti nak jaga anak sembuh dari luka berkhatan.

Paling tak tahan soalan anak sulung "mama, lepas ni abang Harraz akan mimpi ke?", advance terus soalan, ni kes tengok cerita anak-anak Sidek si Bun tu mimpi jumpa bidadari dalam mimpi, haihhh pengaruh cerita boleh tahan. Apapun selamattt, even dua-dua tengah sakit selera makan tetap terbaik dan anak-anak rajin makan vitamin tanpa banyak songeh, Sr vitamin C, Zinc Complex, ESP Shaklee, vitamin E tu memang tiap hari tanpa skip. 

Mula Berjalan dengan Baik

9.23.2020

Perkara yang paling Ika syukur selama hampir 10 tahun ni adalah buat keputusan untuk bergelar surirumah. Walaupun pada awalnya sakit hati, kecewa dengan jangkaan dari orang lain, marah dengan kata-kata negatif orang, alhamdulillah tak sangka hampir 10 tahun tu juga dapat di lalui dengan baik walaupun terlalu banyak air mata dah luruh, hati di tikam berkali-kali, hanya bersyukur dengan nikmat hari ini. Sungguhlah segala ujian pasti ada hikmah besar yang kita tak tahu dan rasa sehinggalah pada masa yang tepat dan baik semuanya rasa manis belaka walaupun pelbagai perisa pahit, kelat, masam, masin, tawar. Takde perisa begitu dalam kehidupan tak best pulak, hidup dan ujian berpisah tiada dalam kehidupan sebagai hambaNYA, betul tak? Teringat dulu masa suami nak mengorat dan setuju sebagai pasangan bercinta, siap cakap kat suami kita try tiga bulan bercinta kalau rasa tak boleh pergi jauh, kita sambung kawan baliklah, ewahh semudah begitu je kuborak dengan suami, hahha. Kemudian saja nak uji suami, bagitahu supaya baik suami cari orang lain je untuk bercinta and jadi partner sebab masa tu Ika masih tak dapat kerja, tambah pulak masa tu trending mak-mak mertua cari menantu orang kerja kerajaan. Ayat balasan tak boleh tahan dari suami, "taknak lah, saya nak awak je, tak kerja pun tak apa, kerja dengan saya je untuk selama-lamanya", tersengih-sengih busuk teringat ayat mengayat, haiihh orang tengah angau ni macam-macam ayat keluar, wakaka. Tak sangka pulak jadi betul kata-kata suami, dari awal kahwin ingat nak jugaklah cari kerja dan sempat kerja sekejap. Tapi ditakdirkan jadi surirumah adalah takdir terindah buat diri, syukur seadanya dengan anugerah nikmat Allah.


Salah satu yang paling best dapat tengok dan perhati teliti setiap progress setiap anak. Walaupun dulu rasa rendah diri sangat, tapi rasa bangga jugaklah berjaya harung cabaran dan dugaan hampir 10 tahun bergelar surirumah, bukan mudah tapi Allah jualah yang mempermudahkan segala urusan. Si bongsu Haniy tunjuk perkembangan ke fasa seterusnya iaitu berjalan. Punya lama abang kakak tunggu, 1 tahun 3 bulan barulah ada keberanian untuk terus berjalan. Biasa umur 1 tahun 5bulan perkembangan berjalan tu dah tahap Pro dah. Semua anak-anak Ika merangkak selama tempoh 6bulan ke 8 bulan lamanya. 



Walaupun tak secepat perkembangan anak-anak lain tapi dah faham setiap anak ni unik dan perkembangan mereka berbeza, so takdelah sinikal sangat bila orang tanya anak dah pandai buat apa? Kita memang tak boleh kawal apa yang orang akan tanya, fikir dan kata kat kita, tapi kita boleh kawal diri sendiri untuk bersangka baik dengan apa yang orang tanya contohnya bila nak tambah anak etc, ni antara soalan kegemaran kot sebab Ika antara yang kerap bersalin, hahaha. So let it be dan jawab baik-baik sajalah, moga ada ganjaran buat kita sendiri menahan sabar. Hidup ni begitulah yang datang dan singgah dalam hidup kita bukan sesaja Allah izinkan datang dan pergi, ada pengajaran, panduan dan pelajaran yang Allah sertakan untuk kita berfikir.





Bila anak dah start berjalan ni cepat je fikir anak-anak membesar. Baru-baru ni, salah seorang rakan bisnes share akan kehilangan anak sulung dan mak mertua dalam kemalangan, sedih pedih tu terasa kat kita juga, terus belek-belek gambar anak-anak dari mereka lahir sampai besar, entah berapa lama lagi Allah pinjamkan tak tahu, tapi selama Allah pinjamkan ni berharap, berdoa dan berusaha dan dah buat terbaik untuk mereka sebagai amanah yang Allah anugerah kan kita sebagai mama ayah. Cuma sekarang hargai sajalah masa yang Allah kurniakan untuk menikmati nikmat berkeluarga.


Milestone anak mula berjalan ni memang di tunggu-tunggu kebanyakan kita kan sebagai mama ayah? Kalau anak lambat berjalan jangan terlalu risau sangat melainkan dah tunjuk red flag tiada tanda nak berjalan mulai umur 12bulan ke atas, biasanya anak-anak umur 12 bulan ke atas mula berdiri dan berpaut berjalan dari jarak satu tempat ke satu tempat yang sebelum menunjukkan kemahuan untuk bangun berdiri tanpa apa-apa sokongan. Ni antara red flag yang ibu bapa boleh ambil panduan jika anak tidak menunjukkan perkembangan untuk berjalan. 


12 bulan: Masih belum boleh berdiri dengan sokongan
18 bulan: Masih belum boleh berjalan sendiri tanpa sokongan
24 bulan: Masih belum stabil semasa berjalan.


Bila dah laju berjalan sambil berpaut, lama-lama memang mereka akan mula me cuba untuk berdiri dan berjalan tanpa di pegang atau meme gang sesuatu. Lagi satu guna walker takkan membantu anak anda berjalan dengan cepat malah silap cara boleh buat otot kaki anak cedera. Bila anak dah start berjalan jangan over sangat sampai setiap masa paksa anak berjalan, kes nampak comel sangat dia berjalan. Just follow je aktiviti dan kemahiran anak berjalan. Dah nampak makin lancar berjalan tambah aktiviti lain untuk memahirkan lagi aktiviti berjalan.


Kalau anak-anak selain anak sulung ni, kira beruntunglah sebab diorang ada guidance dari abang kakak mereka, perhati abang kakak setiap hari pun dah banyak bantu anak untuk meningkatkan perkembangan dan kemahiran dengan lebih cepat. Macam Haniy ni banyak sangat dorongan dari abang kakaknya tu yang cepat je bila dah start berjalan takde sekejap-sekejap dah, terus nak laju je jalannya. Apapun selamat maju jaya anak mama bongsu keladi ni. Yang pasti mama pun kena turut aktif berjalanlah, kasi lemak-lemak yang ada ni burn, lagi best berjalan-jalan makan angin dari jalan-jalan bakar kalori, kehkeh. 

Review: Trampoline dari Mama Kiddies Terbaik

6.21.2020

Balik perak ni mati kutu anak-anak bosan duduk kat rumah. Duduk kat kampung boleh tahan lagi, dapat gak buat aktiviti bebas, kutip telur itik, bersiar-siar tengok sawah sambil sedut angin segar. Datang sini, kalau tak kelaut rumah, berkurung dalam rumahlah Jawab nya. Alhamdulillah raya hari tu, walaupun tak beraya sangat, duit raya anak-anak meriah, so decide cabut sikit sorang invest beli trampoline buat depa main kat rumah, memandangkan sekolah tak tahu bila bukanya. Biasa lah ku pun macam merempan revenge masa kat kampung dalam tempoh pkp tahan nafsu nak shopping online kes dok fikir kalau beli barang banyak nak bawa balik ke perak satu hal plak tambah barang dalam kereta mengangkut. Balik perak even masih atas kereta ku dah start enjin mengoder barang, wakaka. Apa jenis lah perangai, tapi puas hati dapat settle apa yang terpendam, perempuan punya peel, aku lerr tu. Selagi tak dapat, selagi tu dok memikirnya.

So masa nak order kebetulan trampoline yang kids berkenan habis stok, scroll punya scroll ada yang 8kaki, ku agak besar sederhana sedang elok cantik letak kat living hall. Berdebar-debar tunggu sampai barangnya. Sekali sampai, Ya Rabbana, memang sebakul lakiku tazkirah kan dulu, sebab tak cek betul-betul saiz, besar bukan main, yang letak kat mall, hotel terus yang aku order saiznya. Bahana fail dan lemah matematik cemni lah ekk, otak bukan untuk angka-angka, nak agak-agak saiz pun fail teruk. Tapi dah benda ada depan mata, takkan lah nak dibiar simpan dalam stor, lakiku gigih kan jugak pasang siap-siap trampoline. Dari tengah malam, sambung ke awal pagi pasang nak siapkan seketul trampoline ni. Memang nak tak nak kena letak kat luar rumahlah kalau tak tak pasal sempit rumah. Yang lagi sadis habis ruang idaman untuk buat kebun hijau. Salah sendiri, apa boleh buat pasang jelah. pagi-pagi lagi anak dah bangun tolong ayahnya pasang sekali trampoline.

Baca ini juga>> Terapi Pasir untuk Anak


tadaa, bila dah siap mama adalah orang paling gembira dalam menyesal sebab berjaya jugak nak anak-anak rasa kegembiraan melompat yang sebenar. Apa taknya setiap kali diorang melompat kena marah kat mama kes takut sofa patah, kayu lapik tilam patah, sebab diorang memang suka melompat. So bila ada benda alah ni nak melompat sekuat hati, sepuas hati pun mama galakkan sajalah. Bagi hormon stress, hormon tak baik dalam badan release. Kasi diorang happy dan enjoy sebagai kanak-kanak walaupun dah tak lalui zaman kanak-kanak macam mama lalui, nak kurangkan anak-anak expose dengan screening gadget. Masa tempoh PKP banyak jugak kerja sekolah anak yang memerlukan anak tengok phone, so balik sini nak setting balik diorang buku memang take times sikit, tapi alhamdulillah dapat get to normal balik. Radiation exposure dah satu hal, bab kesihatan mata anak pun kena take care, apatah lagi kat brain effect. Memang betul mencabar zaman sekarang, even banyak sangat kebaikan gadget, tapi ianya datang dalam pakej, pasti ada keburukan. Manfaat yang sangat besar, sama besar dengan keburukannya kalau tak kawal. Apapun pilihan masing-masing, as for me cukuplah pengalaman lalu sebagai pengajaran, betullah nak didik anak tak semudah bercakap, benda kena buat dan amal.


Bila dah ada depan mata, memang tak berhenti melompatlah diorang. Pernah terfikir kenapalah budak-budak ni suka melompat kan? Lagi dilarang, lagi dia buat, sebab fasa diorang tengah explore, memang kena bagi ruang dan peluang kat anak sebab nak bina confident diorang, kalau asyik dah jangan, jangan, jangan, anak sendiri pun hilang kepercayaan tentang potensi diri mereka sendiri. kasi ruang, bagi panduan dalam masa yang sama. Bila anak dah pandai dan bijak kawal dan buat insyaallah diorang lebih confident nak buat keputusan etc. Antara kebaikan melompat Trampoline.


keadaan trampoline yang springy akan membuat anak-anak berusaha mengawal keseimbangan dengan lebih tinggi semasa melompat diatasnya. Bila anak-anak melompat atas trampoline ni, daya lonjakan dari trampoline yang anjal akan menyebabkan berlaku tekanan pada bahagian sendi-sendi utama kaki dan tulang belakang semasa anak-anak mendarat diatas trampoline yang dipanggil stimulasi proprioception. Manakala semasa anak-anak melonjak, daya tujahan yang diberikan oleh keanjalan trampoline akan menyebabkan anak-anak melompat lebih tinggi dan pelu Kawal balance tubuh dari terjatuh yang dipanggil vestibular.


Dapat menguatkan otot utama kanak-kanak yang penting untuk kesedaran tubuh. Stimulasi yang berlaku semasa anak-anak melonjak ke atas trampoline bantu mereka kenalpasti bahagian tubuh dengan lebih baikdan input sensori dapat disampaikan dengan lebih baik. Secara tidak langsung akan anak-anak sedar akan pergerakan tulang belakang dan sendi utama kaki. Kesedaran ini akan bantu kanka-kanak untuk kurang hyperaktif, menguatkan core muscles serta membantuserta membantu meningkatkan alertness pada persekitarannya. Melompat ialah aktiviti fizikal yang boleh merangsang emosi positif.Bila melompat, tubuh akan mengeluarkan endorphin yang memainkan peranan sebagai pencegah kesakitan, dan buatkan tubuh lebih santai. Meningkatkan pengaliran darah serta memberikan banyak nutrien kepada kulit serta memperkuatkan organ dalaman agar dapat berfungsi dengan lebih baik.


Boleh membuka liang roma dan mengeluarkan toksin dalam badan melalui peluh.
Ketika anda melakukan lompatan berulang kali, tubuh badan akan membakar sebanyak 800 hingga 1000 kalori dalam masa satu jam berbanding 200 hingga 300 kalori terbakar ketika berjalan dalam jumlah yang sama. Semasa melompat, otot, mata, kanak-kanak akan terstimulasi untuk belajar fokus pada sesuatu tempat dalam keadaan tubuh bergerak dan sekaligus melatih kemahiran visual motor yang penting dalam kemahiran menulis dan membaca, juga memberikan rutin verbal seperti kanak-kanak mengulang perkataan "lompat!", "lompat!". Ini membantu kanak-kanak belajar vokabulari berkaitan dalam suasana yang menyeronokkan.





Memang berbaloi sangat jugakla beli trampoline ni, anak-anak enjoy. Paling lucu tokei yang hantar basikal anak-anak pun atas bawah perati trampoline, jiran-jiran yang lalu depan rumah pakat tanya plak beli benda alah ni kat mana. Sampai kan ada yang call suami kes nak tanya beli kat mana trampoline ni. Shopping kat lazada je sekarang SENANG, MAMA KIDDIES seller memang recommended. Banyak gak seller lain, tapi tips nak beli kat Lazada pilih yang dapat 5 bintang banyak komen recommended. Insyaallah barang sampai puas hati. Buat keputusan beli trampoline ni pun kes anak kena homeschool sampai tahun depan bermula tempoh PKP ni. So nak mengabiskan baki lagi hampir 6 bulan kat rumah memang lama jugaklah lagi. Beli mainan memang tak sempat seminggu dah hilang, punah ranah dan paling buat hangin, bersepahlah. Bersepah dah satu hal, bab terpijak kat kaki tu dah boleh buat naga hembus api. Bila homeschool ni baru tahu punya payah anak siapkan 2, 3 helai kerja sekolah dalam buku.


Catatan di meja kopi, dinding putih
4.18pm (21jun2020)
-edited today❤️


Tandem Nursing Anak: Pengalaman Kali Kedua

7.21.2019

Alhamdulillah pengalaman kali kedua tandem nursing anak, Ika syukur sangat Allah limpahkan rezeki buat anak-anak untuk terus menyusu badan. Orang tua kata memang tak elok kongsi susu ni, cacing katanya. Ika iyakan sahajalah kalau jumpa golongan mak-mak, nenek-nenek yang percaya dengan mitos tu. Sebab tulah soalan paling popular sepanjang Ika menyusukan anak-anak, "ish, hisap susu lagi?", "tak pisahkan susu lagi?", "ya Allah, kongsi susu? Bagi penyakitlah kat adik nanti?" blerghh boleh tahan padu gak ayat-ayat cinta depa tapi senyum dan let it go. Kita yang tahu tentang ilmu penyusuan just teruskan aktiviti tandem nursing ni dengan gembira dan tenang ok.







Kadang orang tua ni diorang sendiri dah lupa diorang pun buat apa yang kita buat sekarang. Teringat pulak soalan lucu mak saudara bila tanya Ika "Ya Allah tak letih ke anak berderet rapat ni?", "Ika tanya balik, laa maklong dulu anak-anak kecik rapat macam ni, tak penat ke?", "ha'ah kan, sama jelah memang penatlah", terkekek kami ketawa. See kadang-kadang, mak-mak, nenek-nenek kita sebenarnya tak nak kita lalui kepenatan dan keletihan sama yang diorang lalui dahulu even they know and they'll never forget what they're journey. Macam mana tahu diorang lalui sama macam kita? Sebab diorang jugaklah yang dok ulang cerita "dulu polan si polan ni blaa blaa...." means diorang pun takkan pernah sesekali melupakan segala pengalaman tu seumur hidup like we're doing now, and we will do same like them to our kids later, right? Mbahahhah.





Bukan nak kata serba tahu, tidak sesekali, apa yang Ika buat sekarang ni pun sebab dah niat nak susukan setiap anak cukup haul selama 2 tahun, kalau dapat lebihkan sikit pun alhamdulillah. Pengalaman kali kedua tandem nursing ni Ika lebih bertenang sebab dah ada pengalaman kot camne nak handle posisi, situasi bila anak tandem nursing.


Montel sangat anak mama penangan susu badan, berat tu jangan cakap. Dia punya berat lain macam. 




Pengalaman kali pertama tandem nursing Hawaa dan Hajjar memang Ika stress sebab Hawaa suka mengempeng, pantang je nampak Ika duduk atau baring terus datang, macam magnet. Ya Allah memang situasi tu menguji emosi fizikal sebab menyusu ni memang fizikal penat bila duduk lama dalam satu-satu posisi. Lagi plak Hawaa ni memang payah nak mengalah dengan adik selalunya adik sempat meraung, menangis dululah nak dapat turn menyusu. If menyusu serentak pun, Hawaa will be the last person to stop breastfeed, nak letak bila siap menyusu dah satu hal, beralih tempat terus sedar balik manalah tak stress layan anak mengempeng ni. Balik kampung lagilah takleh buat apa-apa melainkan bangun makan, nak pergi tandas. Nak berlama-lama buat benda lain memang tak jalan, seriously selama tempoh penyusuan ni kalau suami sendiri tak faham journey yang kita lalui lagilah bertambah stress, cukuplah suami faham and the others misunderstood kita dah tak ambik pusing, orang nak kata kita malas ke, tahu bertapa dalam bilik je ke, asyik tidur ke, semua tu dah tak masuk list. As long as your husband knowing that you in process of breastfeed your kids and need full support then it worth for mommy. 




Nak tandem nursing memang bukan mudah, menyusukan sorang anak pun dah letih, ni berkongsi lagilah berganda-ganda letih, nasib baik dah reti amik suplemen takdela daku merempan setiap kali anak nak menyusu. Kali pertama tandem nursing ingat nak genapkan dua tahun cukup-cukup kat Hawaa sebab adiknya lahir Hawaa baru umur 1 tahun 8 bulan, kecik je lagi, nak stopkan breastfeed memang rasa bersalah. Teruk jugaklah situasi budak mengempeng bila mama masuk wad nak lahirkan si adik, suami bagitahu hampir setiap malam Hawaa tak dapat tidur, kes teringat kat mamanyalah. The great about tandem nursing ni, Ika tak alami dah bengkak susu/mastitis sampai diri demam macam kelahiran Haddad dulu, kes bengkak susu punya pasal berpantang pun rasa ngeri tak tambah lagi masalah sembelit. Lagipun masa Hawaa lahir Ika dah amalkan ambil Lecithin untuk elak bengkak susu, so bila lahir Hajjar tetap ambil juga tapi more effective dan bertambah baik dengan bantuan Hawaa. 




Disebabkan Hawaa jugaklah adik pun dapat menyusu dengan jayanya sejak dari awal kelahiran sebab hisapan yang kuat dari Hawaa merangsang penghasilan susu selepas kelahiran dan tanpa overflow/fastflow sebab biasa dia yang rasmikan dulu. Cuma tulah bila nak wean off, Masyaallah cabarannya Allah saja yang tahu, punya payahnya yang tu Ika share next entry plak. So bila pengalaman kali kedua tandem nursing, Hajjar pulaklah yang bantu adik baby menyusu dengan baik tak overflow yang boleh buat baby tersedak susu.




Since diorang berkongsi susu, apa yang Ika perhatikan memang diorang payah nak demam/selsema/batuk, even kena pun less than a week they'll fine. Yelah anak-anak ni bab makan kadang payah, biasa bila anak tak sihat Ikalah yang take action up immine diri dengan segala mak nenek natural remedi termasuk ambil vitamin, so that anak yang menyusu dapat manfaat yang sama. Betul ke bila tandem nursing ni cepat kurus? Not exactly and maybe yes. Well memang aktiviti breastfeeding buat mommy cepat turun berat badan sebab aktiviti tu bakar kalori tapi at the same time that activities make you like a hungry monster. Asyik lapar je memanjang, rasa nak mengunyah 24jam, imaginelah korang menyusukan sorang budak dah tak keruan lapar, ni berkongsi dua orang memang macam zombie kat dapur, takpun kerja ko asyik ulang alik kat dapur selain kerja dok togok air kes dahaga tak boleh bawak bincang.




Dan Ika sangat pantang kalau suami balik atau tersebut "buat apalah kat rumah sehari-hari", nak buatku tak bercakap seminggu bolehlah cakap cemtu, seriously. Breastfeed mommy memang pantang kot ayat cemtu, even for housewife, soalan macam tu pantang, macamkan kau tak buat apa-apa seharian. Sedangkan kebanyakan masa kau habis disebabkan aktiviti menyusu anak saja. That's why bagus sangat sekarang kelas-kelas antenatal/postnatal melibatkan suami sekali supaya tahu apa yang isteri lalui sepanjang tempoh hamil, bersalin dan menyusukan anak, sebab all those journey is not easy. Elleh, tengok mak-mak lain ok je, mak-mak zaman dulu pun ok je menyusu anak, are you sure? Mak-mak zaman dulu takde media sosial takde circle macam sekarang, boleh sharing dan bantu antara satu sama lain, mak-mak dulu letih pendam sendiri jelah. Nasib jugak ada media sosial macam ni, at least semua mommy cuba buat yang terbaik dizaman mencabar ni. Kalau tak mencabar, takdelah masalah stress/depression dikalangan mommy yang makin meningkat sekarang. Tambah lagi yang career mommies yang fully breastfeed, lagilah berganda komitmen dan cabaran. 





Penat memang penat tandem nursing ni, tambah lagi banyak habiskan masa kita seharian dengan aktiviti menyusu je, tapi sangat berbaloi. Selain dapat elak bengkak susu, tandem nursing memang galakkan susu bertambah, tu yang makin sedap menyusu, tambah lagi kalau makan durian, amboii macam depa plak makan durian, kihkih. Tapi tulah kelebihan susu badan selain jimat kos dari berhabis beli susu formula, diorang punya flavor susu unlimited, ada perasa kopi, durian, kurma dan bermacam-macam rasa lagi bergantung pada apa yang mommy consume. Bestkan? 




Alhamdulillah, syukur suami faham keperluan nutrisi Ika sebagai breastfeeding mommy, of course suami fully support untuk suplemen tambahan kasi Ika bertenaga dan yang penting badan mommy cukup nutrisi penting, insyaallah susu yang dihasilkan pasti berkualiti. Tiada istilah milkbooster jika mommy faham keperluan tubuh badan sendiri. Kita ni ibarat kilang susulah untuk anak, kalau bab selenggara kilang tak jaga, macam mana nak produce susu yang baik kan? Nak susu yang baik dan berkualiti mommylah kena jaga pemakanan harian, dan suplemen tambahan untuk bantu tubuh badan mommy dapat vitamin dan mineral lengkap akibat kelompangan nutrisi dari menu yang mommy makan hari-hari. Yelah ibu menyusu ni jadual makannya kelaut, takde masa spesifik, asal sempat makan. Tu Ika lah, mbahaha, so that's why Ika perlukan makanan tambahan, letihh uii nak handle anak 5 orang ni, but again i'm so grateful for what i'm doing now for tandem nursing my kids, you go mommy, you can do it! Insyaallah amin. 



Hati-hati Bila Punya Anak Umur 0-6Tahun, Bahaya dimana-mana

7.11.2019

Hari ni terbaca lagi tentang anak terbelit tali kat leher, bukan kecik lagi anaknya dah besar pun. Itulah nak cakapnya if dah ada anak-anak tak kira umur berapa kita as parents kena sentiasa beringat-ingat. Anak-anak ni umur cemtu dia banyak nak explore kadang apa yang dibuat memang tak terlintas dek akal kita ni. 


"makpaknya buat apalah, tak tengok anak elok-elok ke?" "

" Jenis makpak tak reti jaga anak, tahu beranak je", 

"Jenis tak sayang kat anak macam tu lah!", 

"kenapa maknya itu, kenapa paknya begitu, lupa ke, tak beringat ke?!" 

Hati-hati ye korang lintasan hati, lidah, kata-kata hatta tulisan. Kita belum diuji lagi ye. Jika tiada kata-kata baik untuk dikongsi, ditulis, dikata, sebaiknya diam. 

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2-3)

Makpak manalah yang tak sayang anak-anak, ada memang ada tapi minoriti, majoriti makpak atas mukabumi Allah ni dah diikat dengan kasih sayang oleh Allah Taala. 

Jangan sombong ye dalam berkata-kata, ingat kita belum diuji lagi. Takut-takut nanti kata-kata kita tu memakan diri sendiri, tak kita, anak-anak atau keturunan kita. Bersangka baik dan jadikan iktibar dan anggap kejadian tu sebagai peringatan buat kita jua. 

Bila terbaca berita tragedi melibatkan anak kecil, sentiasalah mengingatkan diri supaya beristighfar dan bersyukur kerana tak diuji sedemikian. Itu bahagian ujian untuk mereka siayah dan ibu.

Ika masih ingat pesanan ayah ketika mana Ika dapat anak pertama. Ayah bagitahu "bila kita ada anak ni, kena mula beringatlah, bahaya dimana-mana sahaja tak kira luar rumah, dalam rumah, kena sentiasa beringat suami isteri, anak kecil dia tak tahu apa-apa".

1. BILIK AIR
Bilik air lepas guna pastikan tutup pintu. Pastikan dalam bilik air takde baldi berisi air. Sebab anak-anak kecil ni suka dengan air, mangkuk tandas lepas guna tutup. Jangan biarkan anak-anak mandi sorang-sorang, biar kita jadi pemerhati. Air dalam baldi walaupun tak nampak bahayanya buat kita, tapi untuk anak kecil mampu membawa maut. 

2. BENDA TAJAM
Gunting, pisau, jarum, benda-benda tajam simpan tempat tinggi atau tempat tersorok dalam laci. Garfu, pisau makanan/sapuan pun kena letak asing dari sudu. Anak-anak ni semua benda dia nak tahu, keinginan nak tahu dia tinggi. Boleh nak bagitahu fungsi, cara guna, tapi kena tengok dan pantau, jangan lepas tangan. 

3. BARANG BENTUK KECIL DAN SAIZ MINI
Elakkan beli mainan yang berbentuk mini, yang ada risiko anak boleh sumbat dalam telinga, hidung, mulut. Tasbih, manik-manik, skru-skru, soroklah ditempat sepatutnya, sebab anak-anak ni kan nak cuba. Teringat lagi arwah adik lelaki Ika pernah sumbat manik tasbih dalam hidung tak pasal kena pergi klinik cabut keluar. Tak cerita lagi kes-kes anak-anak telan duit syiling. Allahuakbar, kadang makpak dah beringat tetap jugak jadi. Sebaiknya usahalah sebaik mungkin elakkan benda begitu bersepah atau ada merata-rata. 

4. BAHAN SERBUK/CECAIR MERBAHAYA
Serbuk sabun basuh, sabun basuh pinggan, dettol, ridsect dan semburan berbahaya simpanlah ditempat selamat supaya anak tak sewenangnya boleh pegang dan main tambah lagi bahan api. Segala ubatan berbentuk tablet atau cecair sorokkan atau letak tempat selamat. Ada je kes anak telan ubat ingat benda tu gula-gula.

5. PINTU BILIK/RUMAH/SLIDING
Pintu rumah, pintu bilik pastikan semua kunci bilik ada spare. Biasa pintu tombol mudah rosak dan boleh buat anak terkunci dalam bilik. Hmm, yang ni dari rumah Banting sampai pindah rumah baru, semua pintu bilik jahanam disebabkan Haddad pernah terkunci dalam bilik akibat suka tutup pintu style hempas. Sudahnya semua pintu bilik rosak dan pengajaran yang dia dapat adalah terkunci kat dalam bilik. 

6. KERETA
Kereta. Isu anak dan kereta ni banyak kali dah berlaku, tak nak ingatkan part tinggalkan anak dalam kereta, enjin masih hidup sebab kebanyakan kita buat dan pernah buat. Tinggal nasib baik dan tak nasib baik saja nak terkena anak terkunci, anak gerakkan gear dan sebagainya. Tapi peringatan mudah ayah Ika, even nak masukkan anak dalam kereta pun kena alert sebab anak boleh terhantuk ketika nak masuk dalam kereta, terkepit jari atau tangan ketika tutup pintu kereta, dan kesilapan tu juga dari mak ayah yang buat sebab tak sengaja. Nak bagitahu kita sebagai mak ayah tahap teliti dan berjaga-jaga sampai tahap tu kena alert.

7. KELUAR DARI RUMAH
Bila anak-anak keluar dari rumah, zon keselamatan anak lagi mudah terancam tambah kawasan dan bergaul dengan ramai orang. Pesan ayah, kita sebagai orang islam, mintaklah Perlindungan dari Allah jika mahu keluar dari rumah lagi-lagi bawa anak-anak, baca 3 Qul dan ayat Qursi, moga-moga anak-anak kita terhindar dari pandangan dan niat jahat segala makhluk dan terlindung dari segala mudharat. 

Kalau pergi shopping mall mak ayah mudah terlalai dengan persekitaran, macam cerita adik Ika once pergi IKEA baru-baru ni, ada mak terlalai dengan anak dia umur 2 tahun, melalak anak cari mak tak jumpa, mak pulak ralit tengok barang. Allahu. Nauzubillahiminzalik.

Tu kot salah salah faktor yang kami laki bini memang sepanjang anak-anak membesar, ramai pulak ni, jarang masuk tempat sebegitu sebab nak kurangkan risiko. Tak sanggup tengok video oversea bagai nak gila mak ayah tetiba anak hilang dari pandangan mata sesaat je terlalai. Allahuakbar. 

Begitulah nak share, kita ni nama lagi manusia, asal perkataan manusia dari 'nasia', maksudnya 'lupa'. Correct if i'm wrong, ingat sebab Ustaz Junos yang ajar syariah perkataan asal manusia ni.

Kita ni takde daya upaya pun, jika Allah berkehendak, sekelip mata boleh terlalai, lupa, walaupun dah beringat-ingat, sebab itulah letakkan pergantungan kita sepenuhnya pada Allah taala. Allah bila nak uji kita sekejap je. 

Kejadian Hajjar jatuh terhentak belakang kepala akibat panjat grill rumah, satu pengajaran besar buat Ika. Bukan Ika tak beringat, biasa nampak Hajjar mula panjat laju Ika lari dan ambil Hajjar sebelum dia panjat sampai atas, tapi ada satu hari tu, kebetulan Ika tak tahu bila masa terlelap, sekelip mata je sedar dari lelap tengok anak terjatuh, Allahu rasa macam pecah jantung terkejut. Ingat baru je pejam mata. Tapi kalau Allah nak uji tak tunggu sekelip mata, depan mata pun boleh jadi, kan? 





Orang ingat mak-mak duduk rumah ni boleh rilex, goyang kaki ke, taklah. Cerr korang suruh suami stay sehari dengan anak-anak boleh agak dia punya penat ya ampun, macam CCTV bergerak kekdahnya dok dalam rumah tu. Anak diam lama-lama tu bukan diorang duduk leklok biasa ada bahan kajian yang diorang tengah dok buat. 

Sekarang lebih beringat-ingat dalam beringat-ingat namun paling Ika ingat dalam beringat Ika minta pertolongan Allah moga segala apa yang kita lakukan, apa yang kita ingatkan pada diri, kita sandarkan sepenuhNYA kepada DIA. 

Panjang lebar pesanan ayah. So mak-mak bapak-bapak, sama-samalah kita ambil peringatan sesama kita, kadang nampak situasi macam tak bahaya, tapi sebaiknya beringatlah sebelum kena, tak bahaya kat mata kita, tak semestinya selamat untuk anak kita.

Dalam rumah sendiri pun dah terlalu banyak bahaya jika kita ada anak-anak kecil, sekecil kecil perkara dan segenap ruang boleh mengancam. Even bab panjat pun kena pantau.

Bukan tak bagi terus kalau tak macam mana anak nak develop kalau semua benda tak bagi kan. Boleh je dengan PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN ibu bapa. Jangan semberono biarkan anak-anak.

Ingatan ni pun untuk Ika sendiri sebab anak-anak tengah membesar, sekecil Hawaa dan Hajjar masih dalam risiko tinggi. Harraz Haddad dah fasa lain dah tahap keselamatan, dan boleh faham kenapa dan mengapa kena hati-hati. Yang kecil tak tahu apa-apa ni yang 24jam kena tengok. Even tidur pun boleh tergolek jatuh katil.

Bukan senang ada anak ni kan, tapi itulah amanahNYA, renyah, leceh, meletihkan, dan bermacam lagi bila Allah datangkan anak dalam keluarga.

Itulah nikmat, nikmat itu datangnya pakej dengan ujian. Berdoa dan berserah pada Allah jika anak-anak kesayangan kita dalam jagaan pengasuh. Tak kira di mana-mana rumah sendiri atau rumah orang lain, perkara sebegitu sememangnya ada risiko, tak lain tak bukan hanya padaNYA kita meminta perlindungan. 

>>>>Jika anda rasa peringatan ini bermanfaat untuk orang yang kita sayang, kongsi dan #SHARE kepada mereka. Moga Allah melindungi orang yang kita sayangi terutama anak-anak kita semua, insyaallah Amin.

Dalam Hujan Ada Tenang dan Rahmat

12.18.2018

Tersenyum baca artikel perkongsian seorang suami yang bercerita tentang isterinya yang sukakan hujan. Ika rasa memang kebanyakan semua orang suka bunyi hujan. Tahukah anda, dalam hujan ada ketenangan dan sememangnya Allah dah bagitahu hujan itu rahmat.



Pernah fikir tak kenapa saat hujan, doa kita mustajab? Doa sangat mudah dimakbulkan Allah? Nih Ika nak share, tak nak simpan sorang-sorang, sebabnya gelombang hujan adalah gelombang Alfa. Gelombang Alfa ni gelombang tenang, saat kita berdoa memang doa sampai directly pada Allah. Ada satu kisah yang mana pesakit mental menggunakan terapi bunyi hujan untuk mengatasi tahap depress dan sakit mentalnya. Hasil yang menakjubkan pesakit tu lebih tenang dan mula rasional dan berjaya mengawal emosinya. Betapa hebatnya hujan yang Allah hadiahkan buat kita manusia ni.



Salah satu terapi untuk sembuhkan otak yang sakit adalah bunyi hujan. Cubalah korang search kat youtube, healing brain. Antara bunyi-bunyian untuk membaikpulih otak adalah bunyi hujan. Bila ada seorang yang share artikel main hujan buang penyakit, ramainya yang komen gelak-gelakkan pakcik tu. Ika hanya menggeleng kepala betapa sedihnya tengok respon manusia ni. Tapi tulah kita memang tak boleh nak ubah pamdangan dan persepsi orang tapi kita boleh mengubah diri kita melihat sesuatu perkara dari sisi yang baik. Apa yang pakcik tu kongsikan, Ika percaya sebab Ika dah alami sendiri.



Salah satu pengalaman Ika sendiri dan anak, iaitu Ahmad Harraz, anak pramatang yang dilahirkan dengan paru-paru yang masih fragile. Harraz sangat sensitif dengan air sejuk, suasana sejuk. Asal sejuk sikit mudah selsema batuk terus, bukan yang biasa-biasa batuk dan selsemanya, tapi tahap teruk tahap nafas hujung-hujung bila bernafas. Bila melihatkan perkembangan Harraz dari tahun ke tahun Ika memang insecure, terlalu banyak "jangan" kat Harraz sebab terlalu risau. Tapi still condition Harraz tak berubah pun, malah doktor siap cakap Harraz ni kemungkinan besar ada asma. Setiap bulan wajib kami laki bini ke klinik hospital, rumah kedua dah, duit tu tak payah cakap memang betul-betul tabur kat ubat saja. Until one season, musim hujan, Harraz umur 4 tahun ke 5 tahun Allah detikkan Ika untuk benarkan Harraz Haddad main hujan. Bayangkan masa mula-mula anak kena hujan, menangis teruk sebab tak pernah kena air hujan. Masyaallah rasa lucu tapi dalam masa yang sama sedih sebab ingat diri sendiri dulu Ika sangat suka main hujan ketika umur diorang.



Sampai saat anak sendiri Ika tak pernah sekalipun bagi anak main hujan sebab takut selsema batuk demamlah. Rasa teruk masa tu. Bila anak dah menangis teruk, Ika ajaklah anak naik atas rumah. Cakap dan terangkan yang kena kat badan diorang tu apa. Ika doa esok tu supaya Allah turunkan lagi hujan sebab Ika nak ajar anak main air hujan. Tahu esok jadi apa? Esoknya hujan selebat-lebatnya.Ika mula briefing anak-anak tentang hujan, dan diorang mula tunjuk respon positif, keluar rumah perlahan-lahan, dan mula hulur tangan, sentuh air hujan. Lama-kelamaan diorang dengan sendiri berlari-lari gembira didalam hujan lebat, Allah jatuh air mata waktu tu. Ika niatkan supaya air hujan tu dapat kuatkan tubuh

anak-anak Ika dan jadi lasak.



Siap mandi hujan, mandi air suam bagi anak-anak minum air suam. Masa tu memang yakin sangat anak-anak takkan demam, selsema dan batuk lepas main hujan. Amazingnya, memang anak tak demam pun, malah anak-anak dari tahun ke tahun makin lasak terutama Harraz tak mudah dah dijangkiti selsema batuk dah. Ikutkan history Harraz asal ada orang batuk selsema datang dekat, habuk, suasana sejuk, kena air sejuk memang akan kena batuk selsema. Ika syukur sangat terapi hujan bantu anak-anak lebih kuat dan sihat. Betullah Allah bagi sesuatu tentunya ada manfaat tersendiri mengikut apa yang kita respon dan niat. Bila kita yakin dan berserah kepada Allah, hasilnya sangat membuka mata hati dan minda Ika.
Kalau kita asyik tanam dalam otak anak-anak asal kena hujan, demam maka itulah yang kita dapat. Alhamdulillah syukur sangat Ika install benda yang baik untuk anak-anak supaya melihat ada hikmah dan rahmat disebalik hujan. Sekarang kalau hujan lebat, takde guruh petir pasti anak-anak tanya, "mama boleh kami main hujan? Pasti boleh, sekali sekala mama pun join sama, sebab sejuk air hujan sangat damai dan menenangkan tubuh badan Ika, terus datang nostalgia indah ketika waktu seumur diorang. I love rain my kids too.
Korang suka tak hujan?

Achievement unlock- Hajjar Berjalan

9.29.2018

15 september 2018 secara rasminya Hajjar berjaya bangun dan berjalan tanpa bantuan. Umur Hajjar 1 tahun 1 bulan lebih, alhamdulillah akhirnya. Nak kata teruja pun ye, yelah setiap perkembangan anak-anak mesti diraikan dan ditunggu. As long as setiap masa ada perkembangan yang lebih baik. Memandangkan Hajjar ada abang dan kakaknya sebagainya guideline, tu yang cepat sikit kot bangun berjalan. Tengok kan tuan tu kecikk haluss mulus macam mamanya jugak, ewahh kecikla sangat, dagu dah 3 lapis ni.

Macam Hawaa pun cepat pick up sebab banyak melihat abangnya. Cepat faham arahan dan sebagainya. Umur Hawaa pun baru 2 tahun 6 bulan, ramai ingat Hawaa ni umur dah 3 tahun kes fizikalnya sama saiz dengan sepupunya yang umur 3 dan 4 tahun. Akal panjang boleh tahan gak si Hawaa ni, aduii puji anak sendiri biasalah jadi mak-mak ni walaupun hingus anak bertempek simpang siur, mbahaha.

Mak-mak aje faham. Kadang tak sangka plak dah bergelar mak budak, yelah kadang balik rumah mak, ingat macam balik dari asrama, aku bantai tidur sepuasnya, bangun pagi pun bermalasan sebab feeling-feeling macam budak baru balik asramakan nak lepas rasa tak puas tidur tu. Tu lah feeling tiap balik kampung singgah rumah mak. Nasib baik mak paham, huu. Kalau buat cemtu rumah mak mertua, seganla pulak, hehhe, so kat rumah mak ayah jela iols buat cemtu.

So bila anak dah dapat berjalan ni satu kelegaan besar kot buat mak-mak, rasa dah dapat kunci kebebasan kecil, kiki. Lega aihh, tambah lega bila anak cerai susu badan.

Alhamdulillah rezeki Hawaa still dapat menyusu kongsi dengan adiknya, tapi dh tekad gak nak ceraikan susu sebelum bulan 10 ni, harap-harap tercapaila hasrat kes tak larat nak layan peel mengempeng teruk Hawaa. Aishh, dia punya melekat kalah adiknya, rasa dah cukuplah kasi can kat Hajjar pulak menyusu secara lonely. Moga dipermudahkan untuk cukupkan 2 tahun menyusukan si Hajjar plak, amin.

Terapi Pasir untuk anak

7.18.2018

Anak siapa yang tak suka main pasir kan?  I though every kids love the sand. Yang tak sukanya mungkin mak ayahlah sebab renyah nak cuci kemaskan pasir bersepah nanti kan.

I love surprised from husband. He's very unexpected person sometime, most of the time unplanned shortvacay from his ideas. Tapi anak-anak suka, and me as housewife 24jam duduk dalam rumah memang mencari masa untuk keluar dari rumah.

Teringat plak cerita spongebob bila patrick ketakutan disebabkan sales person from somewhere bagitahu "keluarlah dari bandar". Ingatkan kena halau dari bandar, rupanya orang suruh keluar ambil angin luar dari bandar. Punyalah serius patrick sampai sanggup bertukar ke patricia.

Wallah,i'm the one mother who remembering this cartoon episode..hahaha, kantoi lah layan kartun setiap hari.

So back to the story, bila anak dengar "apa?pantai mama?kita nak pergi pantai mama" wehuuuu, teriakan gembira buat anak, but not for me for a while..hehhe.

Well, biasalah dah jadi mak-mak pastu terkenan plak perangai mak mertua, iols kena siapkan bekal. Pergi mana-mana wajib sediakan bekal.Tak siapkan atau tak buat bekal untuk anak-anak ibarat cari pasal dengan depa.

So sebelum zikir lapar sepanjang perjalanan nak sampai ke pantai tu dizikirkan, better sediakan payung giteww. Memandangkan iols nih kategori mommy godzilla jugak, sangat tak suka perkara disebut berulangkali, so to cut that scene, bento must be done.

Perjalanan ke pantai tu atau kemana sahaja tak sah takde persinggahan. Kalau bukan anak-anak, mamanya, kalau bukan mamanya dan anak-anak, wajiblah ayahnya. Hmm, family matters when travel, biasalah tu,haha. Biasa kalau perjalanan jauh dan boleh jamak,memang kami jamak bila bermusafir.

Sepanjang perjalanan kemana-mana dengan suara anak-anak bergaduh, bergurau senda just a like lullaby song. Alhamdulillah biasa kalau dah sampai destinasi anak-anak tidur adalah sekali dua yang tantrum sebab bangun dari tidur. Dah lali sebab memang dah ajar anak travel sekerap mungkin. Anak-anak Ika, pengubat masa diorang tantrum adalah basuh muka.

Ya, mudah seperti ABC, berebut ke, gaduh gaduh ke,  end up the scene of crying here  and there, just stop the car and wash their face. Settled.

So bila dengar air pantai,nampak pasir memang macam kena pukaulah. Lagi plak kalau dah sentuh pasir,semua senyap, khusyuk. Bagus sebenarnya ajar anak-anak main pasir. Sekarang pun dah banyak educational play ada yang guna magic sand tu.

Antara kebaikan terapi pasir untuk anak.

1. Meransang motor halus

Menggengam, menghancurkan, menggumpal dan menyelerakkan pasir  membantu membina otot kasar dan otot halus. Anak- anak boleh berlari, melompat, berguling, menggali. Dan jika di pantai pula anak-anak boleh belajar berjalan di pasir yang kering ataupun basah.

2. Menjadikan deria lebih peka

Pasir adalah bahan deria yang sempurna untuk kanak-kanak yang suka kepada sentuhan. Kanak-kanak mahu menyentuh segala-galanya dan sentiasa mencari input sentuhan.  Dengan pasir anak- anak akan menyentuh, memerah, dan bermain dengan gembiranya.

3. Menulis dan melukis

Sebelum kanak-kanak cukup bersedia menggunakan pensil untuk belajar menulis, mereka perlu diberi peluang untuk mengamalkan kemahiran melukis dan pra-penulisan mereka dalam bahan pelbagai deria. Bermain pasir adalah jawapannya.

Kanak-kanak boleh menggunakan jari atau alat-alat kecil untuk menulis dan melukis. Ini boleh memberikan mereka beberapa input deria tambahan dan membantu mereka mengamalkan genggaman pensil mereka tanpa menggunakan pensil.

4. Pemikiran kreatif

Pasir boleh dimain dengan pelbagai cara dan gaya. Caranya tidak terhad seperti bermain bola yang hanya menyepak dan baling. Apabila bermain pasir, anak terdedah dengan cara bermain yang tidak terhad dan disini penjanaan idea kreatif itu berlaku. Setelah adanya idea, ada pula perlaksanaan bagaimana nak jadikan idea itu berlaku.

Di sini lah kenapa terapi pasir sangat bagus untuk kanak- kanak  autisme. Dengan memberikan kanak-kanak itu sebesen pasir bersama-sama dengan beberapa alat, bahan-bahan untuk acuan atau bangunan, anda memberikan anak bahawa peluang untuk menjana idea kreatif.

5. Aktiviti ceria

Bermain pasir adalah aktiviti yang amat menceriakan anak. Boleh main macam-macam permainan dengan pasir ni. Acuan yang ada boleh bina kreativiti anak seperti bina highway/trek untuk kereta mainan, buat bangunan, buat tempat tinggal binatang – binatang.

Kesan : anak2 dapat mengenali/merasai ciri-ciri pasir, bina konsep fahami isipadu dan dapat belajar untuk handle alatan yg digunkan (fine motor).

6.  Dari segi perkembangan bahasa dan juga sosial

Tanam mainan dalam pasir dapat bina kefahaman walaupun kita tak nampak objek tersebut, namun sebenarnya objek itu ada di situ. Ia juga membantu dalam memisahkan anak- anak dengan ibu bapa dalam tempoh tertentu dengan rasa selamat masih ada dalam diri anak2. Contoh tanam dinasour: anak- anak boleh berangan menjadi arkeologist.
(kredit:ibudoakan.com

Hati Tisu

2.12.2018

Bila bab anak, mak-mak mana kat dunia ni pun hati tisu. Semalam tinggalkan Haddad dalam keadaan dia refuse nak pergi sekolah. Well bila macam tu terus tak keruan lepas hantar anak pergi sekolah.

Sebelum ni tugas hantar anak-anak pergi sekolah ayahnya punya rutin tapi disebabkan banyak program kat kampung, still kena stay until semua selesai.

So, semalam sempatlah luah kesedihan dan kerunsingan kat ayah takut si Haddad menangis tak sudah sebab biasalah 'anak kedua', i know him better sebab iols pun anak kedua. Mintak tolong ayah gi intai anakanda takut dok meraung tak sudah hingga ganggu sesi pembelajaran kawan-kawannya.

Alhamdulillah, semua ok je, mama is terover act risau lebih..hehe. Ayah pun cakap "biasalah tu, mana mana mak ayah, anak-anak akan sedihlah berpisah sementara nak pergi sekolah, biasa dok keliling pinggang, nak berpisah macam-macam rasalah.

Hmm, sedih betul ayat ayahanda. Baru berpisah sekejap kat dunia ye dah teruk camni rasanya.

Sindrom mak-mak bila anak pergi sekolah belum habis lagi rupanya iols ni. Memang hati tisu. That's why mama suka pergi ambil anak sekolah banding dengan hantar anak pergi sekolah, alahaii macam mano nak jadi hafiz anakanda ni, tengok abby abadi hantar anak ke turki pun iols dah basah lencunsss. Tu anak orang, anak iols sendiri tak tahu macam mana gaya.

Long way to go, be strong mommy.

Azra Hawaa's Milestone

4.18.2017

Sedar tak sedar princess sorang ni dah berumur 1 tahun lebih. Cepatla pulak kakak hawaa membesar, tak puas gomol, cubit pipi, cium bertubi-tubi lagi anak syurga ni.hihi.
22 februari 2016
Genap 36minggu,azra hawaa dilahirkan. Mild contraction selepas solat subuh petanda awal azra hawa akan keluar. Tapi mama, relax lagi siap kemas beg ayah awak nak bertolak balik keperak dah sebelum tinggalkan mama dan anak-anak untuk tunggu masa bersalin. Allah, syukur sangat Allah makbulkan doa supaya suami ada disisi ketika bersalin.
So, masa on the way ayah hantar mama ke rumah makayah tak sangka darah dah banyak keluar. Sampai rumah, terus kemas beg, makan, dan terus bertolak ke hospital husm. Alhamdulillah masa tu tak ramai sangat, dalam pukul 3petang bila check masih 2cm bukaan, transfer wad dulu. Dalam menunggu masa, selepas isyak sakit contraction makin kerap then bila check 4cm, terus dibawa ke labour room.Then doktor cakap biasa lambat lagi keluar baby kalau 4cm, then what happen tepat 12.35tengahmalam hawaa dilahirkan. What a miracle and easy proses. Alhamdulillah.
Perkara paling menggembirakan, adalah dapat direct feeding hawaa selepas kelahiran. Such a wonderful moment, sebab dua kelahiran sebelum tu ika tak mampu buat demikian. 3hari selepas kelahiran the most thing happen yang buat mak dan ika sendiri terkejut hawaa dah angkat kepalanya sendiri bila dimandikan. Still jaundis tapi hanya 10hari berbanding haddad dulu.
Milestone Hawaa
Fasa bubbling paling menyeronokkan bila hawaa dah pandai bagi respon dan gelak serta bubbling bila abang-abangnya bercakap. Umur 5bulan hawa mula pandai bergolek, mengengsot,dan plaing win pandai turun tilam sendiri dengan teknik mengundur hulurkan kaki dulu.hahah.Umur 8bulan hawaa mula merangkak dan makan solid food yang lebih bertekstur kasar selepas 2bulan makan bubur nasi yang dikisar halus. Fasa kenal orang, tak nak dengan semua orang kecuali mama ayah.9bulan mula bangun dan meniti dari kerusi ke kerusi. Pandai bermain, bergelak tawa, kejar mengejar merangkak dengan abangnya.
Paling tak tahan fasa insecure,tak boleh tengok mama solat, pergi tandas, pergi dapur, dan macam2 lagi.Mula tahu merajuk, bertantrum guling2 bila someone ambil barang kat tangannya.10bulan mula bertolak ansur dengan orang lain selain mama ayah,takde dah teriakk macam kena dera bila orang lain dukung.
Win sekali bila dengar sesuatu yang abangnya suka terus buat suara macam nak mention kat orang.11bulan gigi mula tubuh 4 batang sekaligus. Mula meniti dengan bantuan dinding, merangkak dengan pantas sekali. Latest one, boleh berdiri tanpa bantuan selama 7saat then jatuh dia tergelak-gelak. Paling hawaa suka sekali bila dia berjaya buang pampers yang dipakainya sendiri. Suka kemainn. Makan makin banyak, pantang tengok orang makan.
Dan yang paling PANTANG sekali buat hawaa bila bilik air terbuka, dialah paling kalut nak masuk bilik air, dari mengengsot sampai sekarang. Tu sebab kena make sure everytime kunci bilik air, kalau tak ada adengan tukar baju seluar 23010736829 kali.
Sekarang dah 1 tahun 3bulan, fasa tantrum yang terlalu awal. Tengah praktis jalan. Fasa tantrum ni kena cerita next entri, macam kejutan buat mamanya pun ada kes awal sangat bertantrum.
Note to AH
Xoxo

Tips Penting Disiplinkan Anak dari Awal Kelahiran

3.04.2016

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh..semoga pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu...


Bila anak2 semakin besar ne, kita as parents semakin banyak kerisauan kan? Lagi2 plak nak mendidik anak2 dizaman yang serba mencabar, belakang depan atas bawah hiburan, pengaruh tak baik dimana2 sahaja termasuk benda 4 segi iaitu TV, gadget betul2 ianya salah satu faktor mencabar buat parents masa kini. Mana taknya, tak nak anak2 mengadap gadget tapi mak pak 24jam mengadap teknologi melalaikan. Ya Allah ya rabbi, terasa I uollss-__-". Nak2 pula gadget macam ne dijadikan medium until pemasaran. To set a limit memang payah kan? Betul teknologi kadang2 ianya merosakkan, merosakkan hubungan manusia...24jam rasa nak mengadap benda alah tak bertamadun ne..nak makan, nak tidur, bangun tidur, every time, everywhere terasa macam tak boleh tak mengadap gadget kan..actually boleh sebenarnya, kita je yang tentukan? Kadang2 disebabkan gadget kita terlepas waktu2 berharga kan? Either dengan anak2 or suami, suatu yang tak boleh diulang2 kerana ianya melibatkan masa. Melalut pula kan?

So my experience dengan anak2 how to set their time n discipline, the most important, the most KEY to discipline 'bermula awal'. Yes bermula lah seawal mana yang kita rasa anak2 kita dah sedia, lagi awal lagi bagus, alhamdulillah they both memang lepas abis pantang terus set time tidur malam pukul berapa, dan bangun pagi automatik sebab diorang tidur awal. Rasanya macam pernah buat entri pasal ne dulu. Nak disiplinkan anak just saying 'no' n konsisten with that rules, jangan sekali2 bagi kelonggaran like me memang tak bagi anak2 menyibuk nak duduk kat depan beriba pegang stereng lagi2 masa ayahnya drive. Don't even bagi keizinan walau sekali dua, sebab dari sekali dua akan bertambah2 permintaannya. Sekali mengamuk terus bagi then lain kali memang akan repeat again macam tu. So alhamdulillah me n husband memang tegas bahagian yg ne. Sama jugak bab beli barang mainan or meminta2. Tak pernah lagi diorang meminta2 yg bukan2. Sebab tu ada some time kitaorang beli kan something sekali sekala. Mereka pun nak enjoy jgk main macam budak2 lain...behehe, kitaorang takdelah skema sangat just some part kalau dah no memang no sampai ke sudahlah. Yang penting they both know why, sebab tu penting persoalan why dalam minda anak2 kena diselesaikan supaya anak2 tak pandai sendiri tafsir yg bukan2.. Insyaallah kalau explain better they will understand. Nampak je kecik anak2 ne, sel2 otak saling berhubung, jangan main2.


Hope that rules tetap diorang praktik sampai bila2. The second rules, yang ne memang payah sebabnya kita as contoh. Anak2 copy siapa? Tentulah anak2 copy mak bapaknya, nak anak akhlak baik mak pak kena tunjuk contoh baik, nak anak2 soleh solehah kenalah mak pak soleh solehah dulu. If not anak memang 2x5 sebab cerminan seorang anak adalah hasil makpaknya..gerun yang ne tau, sebab we know how we're so memang banyak sangatlah lagi yang kena baiki as parents kan?-____-". Like harraz selalu cakap, harraz nak solat kat masjid, yang ne bapak dia pun terkedu..beheheh. Memang independent sangat yg sulung ne.



BTW satu lagi train the oldest one, then others will follow..yang ne penting jugak, train sebaiknya anak sulung sebab anak sulung memang menjadi contoh kepada adik2 yg seterusnya..like Haddad, Ahmad harraz memang idolanya..every single thing yang Ahmad harraz buat he'll copy and paste..so the simple thing train your oldest kids..hihi:-)


Tu jelah antara tips simple korang boleh apply yg penting bermula dari kita sendiri as parents. Kalau kita pun tengahari matahari naik mencanak baru nak bangun tidur, janganlah korang harap anak pulak kejutkan korang sebelum subuh, sama2 perbaiki diri. Yang table reward belum start lagi tu pun salah satu interesting methods utk disiplinkan anak2, so korang just be calm sudah, try and error, parenting is about flexible, suitable, comfortable and so on, takyah too strict and want anythings be perfect, jangan terlalu memaksa anak n diri sendiri, relaxlah anak2 baru nak kenal dunia berbanding kita yg dah berpuluh tahun Allah bagi nikmat nyawa kan?diorang baru nak teroka dunia, just guide them with proper n cool,behehe...tq sudi baca..daaa




Anak Berlatih Azan

2.23.2016

Umur Ahmad harraz dah masuk 3tahun lebih dan banyak pencapaian serta perkembangannya..cuma yang risau bahagian nak bergaul dengan kawan-kawan tu, macam manalah nak pergi ke sekolah nanti, memang plan nak hantar ke playschool dulu supaya dia pandai bergaul, bukanlah tak pandai dan tak nak langsung cumanya anakanda sorang memang ambil masa yang lama untuk join the group..hihihi,adiknya takde masalah sebab lahir-lahir pun dah ada kawan sejak bayi iaitu abangnya...hahah,so memang takde masalah..


The best part bila Ahmad harraz adalah idola adiknya..kadang-kadang TV ada juga kebaikannya, disebabkan sejak kecil Ahmad harraz dah dibiasakan dengar azan 5 waktu kat TV, umur 3 tahun Ahmad Harraz memang dah pandai azan, dan adiknya tentulah bab copy paste nak juara jugak...korang yang mana anak suka tengok TV, tablet pilih-pilih la juga pengisiannya takut anak terbabas tengok benda lain..alhamdulillah walaupun kadang-kadang terlepas juga telefon kami suami isteri kat anakanda biasanya just a few minute je Ahmad harraz tengok..sebab kitaorang off data internet bilamana telefon dapat kat anak.


Kadang-kadang kesal juga dengan diri sendiri yelah tak nak anak mengadap gajet tapi makpaknya 24jam mengadap smartphone, so camne nak ajar anak, Mak pun dah macam ketam..behehe, alhamdulillah bersyukur sebab tak pernah kenalkan anak dengan tablet sebab tahu kalau terlepas menda tu kat anak, rasanya I cannot handle to control them, so better tak bagi terus lebih selamat..anak-anak sepahkan rumah hari-hari no big matters..asalkan diorang bermain dengan permainan fizikal...hihi, kenalah menyahut seruan Dr.rozila pakar psikitri, say no gadget for kids even though for parents..huuu, lepas ne memang kena hadap masa anak tidur jelah...daaa

Solat di Masjid Besi Putrajaya

2.21.2016

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh
Hujung minggu baru ne kitaorang just spend time kat rumah je...suami cuci halaman rumah pasalnya diberak kucing peliharaan jiran, alang2 nak basuh simen laman depan tu suami gotong-royong dengan anak,merumput pasu2 bunga yang dah tumbuh semak samun..cuci dan kemas barang2 stor yang bertimbun kat depan rumah..my kids apalagi memang sepuas hati la main-main sambil tolong ayahnya...hihi sekali-sekala terlepas,maklumlah kadang2 je diorang berdua terlepas main kat luar rumah..bukan setiap hari,huu maklumlah paranoid dengan keadaan semasa yang makin hari makin tak selamat dengan pelbagai news jenayah yang menakutkan..so just better prevent la kan..



Disebabkan dah seminggu bertapa kat dalam rumah, dan hujung minggu camtu anak2 rasa freedom sikit,just bawa anak2 ke masjid untuk gembirakan diorang...tu pun gembira sangat dah sebab boleh pergi masjid..muahehhe, sekejap je behave ikut jemaah solat lepas tu dengar suara anakanda je buat bising...huu, kanak2 macam tu la...kikiki, for me takde masalah pun asalkan diorang tak bawa najis dan jejaskan ibadat orang lain...ingat lagi suami cerita masa ceramah ustaz kat masjid masa tu tetamu jemputan asyraff Muslim tentang pendedahan untuk bawa anak2 ke masjid..kat malaysia memang kesedaran bawa anak ke masjid, persepsi bila budak-budak,kanak2 ke masjid masih ditahap yg rendah dan negatif bilamana kebanyakan jemaah menyalahkan anak2 yg bising sebab boleh hilangkan khusyuk jemaah..



ustaz tu kata kalau nak khusyuk jangan solat kat masjid solat kat rumah je, sebab kat masjid memang kita datang nak ambil pahala berjemaah, nak khusyuk solat kat rumah sorang2 hihi..apapun didiklah anak supaya anak2 tahu adab2 dimasjid..macam Ahmad harraz & Haddad walaupun dah diberitahu berkali-kali ikut sama ayahnya solat..last2 solat sekejap main jugak tak sempat selesaikan solat..hahah,ahh just please tolerate they just a kids..insyaallah one day they will understand,give them a chance lah kan...behehe,ok daaa...







Ditulis pada 25 disember 2015
10.30 pm

Teknik Beri Bila tak Minta sebagai Penghargaan

4.01.2015

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh, moga pembaca yg setia dikurniakan kesihatan yg baik sentiasa..tiada nikmat yg paling berharga melainkan waktu sihat dan masa lapang..





Tak sangka pejam celik anak-anak main membesar...cepatnya masa berlalu, tahun ni ahmad harraz dan ahmad haddad akan menginjak umur ke 3 tahun dan dua tahun. Semakin petah bercakap itulah harraz, dalam proses membaca al-fatihah, moga dilembutkan lidah anak-anak mama menyebut ayat-ayat suci al-quran, haddad pula dalam fasa belajar bercakap, bunyi hujung-hujung je, tapi kalau dengar elok-elok dia dah pandai buat ayam macam abangnya cuma dalam lingkungan 3 patah perkataan. Fasa ni memang sedikit memenatkan tapi best sebab anak-anak tengah banyak meneroka dan dalam masa yang sama diorang dah belajar sikit-sikit untuk berdikari.


my precoius!

Sangat bersyukur dikurniakan anak-anak baik, walaupun kadangkala kesabaran teruji, namun nikmat yang dimiliki tiada nilainya. Ahmad harraz dan ahmad haddad memang tak pandai meminta untuk dibelikan sesuatu, even if kitaorang lalu depan kedai permainan yang boleh buat anak-anak rambang mata sehingga boleh mewujudkan situasi anak bergolek-golek, mengamuk sakan mahukan mainan dibeli, alhamdulillah kedua ahmad ne masih boleh dikawal. So disebabkan diorang berdua tak banyak songeh, dan yang penting diorang dah pandai main sama2, bergurau dan berkawan, lagi2 yang paling melting ahmad harraz selalu cakap "nak tolong mama" if nampak me nak sapu sampah, nak lipat kain, nak basuh pinggan, yang si ayah pula merajinkan diri beli sesuatu untuk anak-anak, tu pun bukan selalu, adalah one time tiba-tiba macam surprise buat mereka berdua. Reaksi anak-anak tentulah teruja bukan main...hihi, masa ne memang seronok tengok reaksi dan gelagat mereka. Macam ahmad harraz, memang tersipu-sipu malu bila dapat surprise macam tu, pastu ucap terima kasih pun sorok2. lucu pun ada anakandaku ne-___-". They really appreciate & both of us appreciate them. 





Buat parent yang diuji dengan karenah anak-anak, bersabarlah, sekejap je diorang membesar, layanlah amanah baik-baik, kita didunia untuk diuji, anak-anak juga ujian...moga kita diberi kekuatan, kesabaran dalam mendidik dan membesarkan anak-anak...insyallah...amin...daaa


Nutrition for Picky Eater like Harraz

11.28.2014

Untuk memenuhi selera Ahmad harraz memang tak mudah tapi tak payah..cuma merumitkan sebabnya tak boleh expect apa yang dia nak makan pada waktu tu...macam kalau dia minta nasi dan dihidang nasi, tapi tak makan, just buat main2..masuk mulut sebiji dua yang lain memang buat bazir..lebih kurang dalam iklan tu...walaupun tak makan dan still hisap susu kerap tapi ianya memang tak mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan Ahmad harraz yang dah berumur 2 tahun 5 bulan. Disebabkan fizikalnya yang tak menggambarkan tuannya yang berumur 2 tahun. Nak memasak dan menyediakan menu untuk ahmad harraz memang kena try and adjust. Kalau tak sampai sudah dia tak makan.

Anak pertama kebanyakan memang macam tu kan? Sebabnya bila share masalah bab anak makan anak pertama memang memilih dan payah nak makan. Anak kedua main taram je makan apa yang disuapkan semua Haddad makan. Alhamdulillah walaupun diuji sebegini sekurang-kurangnya Ahmad harraz masih berselera minum susu. Kadang-kadang bila teringat balik dulu-dulu menyesal pula sebab terlalu strictly mengikut rules sedangkan masa tu dah tahu anak benar-benar dah mahu makan tapi disebabkan terlalu sarat info maklumat tentang pemakanan anak, so let it be, at one time yang rasa dah boleh start bagi makan barulah nak bagi makan sedangkan mungkin anak dah merajuk dan terus menolak semua makanan. Itu yang jadi macam tu kot ahmad harraz, so mulalah nak blame diri sendiri..hhiihuuu-_-". I'm the one pengamal perubatan homeopathy, kalau boleh nak elak anak-anak makan ubat berasaskan dadah sebab ada pengalaman pahit terjadi masa Ahmad harraz demam batuk selsema masa umur 1 thn 2 bln, walaupun dah bagi dos kurang dari disarankan..the effect from dose sangat menakutkan..suap ubat selsema untuk harraz waktu pagi sampai petang dia tidur, bangun sekejap tengahari sebab nak minum susu n zzzz balik, tu pun macam sedar tak sedar..that situation sgt menakutkan sebab anything can happen kan? cukuplah pengalaman tu sekali, sekarang memang tobat tak bagi anak2 makan ubat hospital..berusaha guna home remedies dan homeopati. petua-petua dulukala ada juga yang mujarab. Dan sekarang my choose suplemen untuk mencukupkan keperluan serta membantu menguatkan imunisasi tubuh Ahmad harraz iaitu mealshake Shaklee setelah guna, rasa dan percaya akan kesannya. Lebih selamat kerana ianya berasaskan bahan semulajadi. Sebelum betul-betul percaya dengan Shaklee ne memang banyak rumors yang tak betulkan?sabar jelah, dan yang paling memalukan i'm the one yang ter'percaya' dengan rumors tersebut..well!!tu sebab kena sahihkan cari gali maklumat yang betul...terbukti i'm the one pemalas nak cari maklumat yang betul, main percaya je orang sebarkan,..boooo!!-_-". just get reminder for the next time.

Oleh kerana ahmad harraz really picky eater toddler, dia sangat senang kena selsema dan batuk dan ianya salah satu faktor dia tak cukup nutrisi imunisasi Ahmad harraz dan Haddad berbeza sebab sempat 6month exclusive je susukan Ahmad harraz banding adiknya yg fully breastfeed. So one solution untuk Ahmad harraz adalah cuba mealshake. Tak berharap sangat tapi ianya adalah satu usaha dan ikhtiar kami untuk anakanda. Moga ada hasil yang lebih positif. Walaupun sekarang dah nampak lain seleranya sebab dah mula ratah dan makan isi ayam/ ikan saja, tu pun dah kira baik..kes pengaruh upin ipin makan ayam-_-". Pengaruh upin ipin memang dasyat kan...kira okeyla tu..hehe..until story then ya!daaa..


Kendali Amarah/Tantrum Anak

6.19.2014

entri sebelum ne dah buat dah pasal macam mana nak handle anak bila dia buat perangai a.k.a tantrum..so just nak share nasihat dari prof dr. rozieta...


Soalan:
As salam prof... maaaf menganggu... sy ibu dua org ank lelaki usia 4thn dn 2thn... prof sy ingin penjelasan dr prof utk menangani kerenah ank lelaki saya.. kenapa budak baya ini ssh mendegar kata kalau kite menegur..juga akan memukul sy balik jika kemahuan ya tidak dituruti.. kdg2 prof sy jadi hilang sabar dn memukul mereka kerangeram.. tp sy ada baca jika kita lg pukul mereka lg mereka jadi degil..Betul ke prof? Apa cara yg patut sy lakukan?

Jawapan:
Kita ni manusia, jika anak berperagai buruk, memang mudah kita hilang sabar. Oleh itu bilanglah berapa banyak anda boleh bersabar dan hargailah diri anda yang sedang berusaha belajar bersabar. Ini sangat penting dalam meraih sabar yang besar. Ada beza anak yang mengamuk pada usia 2 tahun dan yang mengamuk pada usia 4 tahun. Budak pada usia 2 tahun sememangnya akan lebih kuat mengamuk jika kehendaknya tidak diikuti. Ini adalah pada usia ini dia mula cuba untuk ekspres dirinya dan uji sejauh mana dia boleh mempunyai kuasa kepada ibu atau bapanya.Tantrum ini juga berlaku kerana ketidakbolehan anak mengawal kekecewaan yang mereka rasa di dalam diri mereka. Juga kerana kurangnya mereka diberi outlet untuk mengeluarkan tenaga negatif yang tersimpan dengan bermain. Ibu sudah banyak menulis mengenai bagaimana untuk mengawal anak yang tantrum.

Jika anak anda yang sudah 4 tahun mengamuk dan memukul anda, kemungkinan besar semasa anak itu dua tahun dan dia tantrum, cara anda mengendalikan keadaan itu membuatkan radang anak itu tidak selesai. Bila anda sama menjerit marah, maka anda sebenarnya sudah kalah di dalam power struggle itu. Apa yang disarankan anda buat, bukanlah memujuk, tetapi dengan tegas tanpa berleter atau menjerit kepada anak itu, bangun dan lihat dia ke bawah. Ketinggian anda membuatkan anda memberi mesej anda memegang kepimpinan di situ. Beritahu, anda tidak suka dia berperangai begitu. Pegang tangan atau kakinya dan beri dia amaran dengan kasih-sayang tapi bernada tegas.Jika dia terus memukul. Ambik dia dan bawa ke satu sudut dan nyatakan dia duduk di situ sehingga dia boleh belajar mengawal tangan atau kakinya dari memukul atau menendang anda. Tinggalkan buat seketika. Jangan pujuk, tapi bercakap baik.

Anda perlu cekal hati dan mengawal emosi anda jangan membenci dia. Dia dapat merasakannya.Setelah reda, anda boleh bawa dia dan membasuh mukanya dan beritahu, bukan pujuk, bahawa perangainya memukul anda itu perlu berhenti. Dia perlu ikut cakap anda jika anda melarang sesuatu. Dan anda juga perlulah berpatutan dalam melarang. Janganlah semua benda pula hendak melarang. Perlu bijak menggunakan kuasa. Kerana anak belajar menggunakan kuasa dari anda.Bila dia sudah nampak bekerjasama, ucapkan kata penghargaan kepadanya dan puji sikapnya.Sebagai ibu bapa kita perlu memimpin dengan kasih-sayang dan tegas bukan lemas dalam pergelutan kuasa dengan anak.

perasan tak highlight tu..yes..point tu sama dengan some paragraph dalam entries terdahulu..dah lupa dah kat mana tengok yang ingatkan usia emas anak-anak kita antara umurnya 2tahun, that's mean memang waktu tu waktu terbaik kita nak didik and train anak kita control their emotions..huu, so memandangkan ahmad harraz berada linkungan umur tu dan pengalaman yang kitaorang dah alami sepanjang otw balik dari kedah ke KL haritu sangat memberi kesan ..bayangkan perjalanan balik dari kedah hampir memakan masa yang lama sebab ahmad harraz mengamuk nak duduk beriba atas ayahnya while driving..honestly memang aku tak ajar anak duduk depan/beriba masa ayahnya drive..orang lain sukahati dialah, but me won't allow that happen..silapnya, pagi sebelum balik KL, ayahnya nak beli breakfast bawa dia sekali, tapi tak nak duduk dengan his uncle, end up, pergi kedai sambil beriba dengan ayah, so bila dah jadi camtu, he know, "oo, rupa-rupanya boleh duduk depan" maklumlah sebelum ne tak terdedah...huhu, i just wonder my son thinking like that...so tu yang mengamuk sakan, disebabkan dah terlalu lama perjalanan, bosan maybe...so ahmad harraz menjerit/menangis bagai nak rak nak pergi duduk depan...my mistakes, disebabkan dah terlalu penat duduk dalam kereta lama, i'm not handle my emotion first, big mistake there..semakin dilarang semakin kuat keinginan dia nak pergi duduk depan...sampaikan kitaorang banyak kali stop kat R&R..suami pun dah letih, mengantuk nak hadap karenah anak lagi, so lastly kitaorang take a deep breath and slowtalk, my hubby dukung sekejap..amik angin luar, then duduk kat drive sit sambil riba anakanda harraz..and tell slowly kenapa tak boleh duduk depan blablabla, memang take a minutes, but the end ahmad harraz slowly come to sit with me and sleep...memang meletihkan amat that situation, penat ok..tapi disebabkan peristiwa tu me and hubby dah lebih clear how to handle the toddler emotion,..hii, boleh bayangkan kitaorang bertolak balik pukul 3petang dari gurun kedah, pukul 4pagi kitaorang sampai rumah, guna highway tu...pfffttt..tu pun my hubby dah penat sangat terpaksa berhenti tidur kat R&R mane ntah sekejap..penat hooihh mengurus anak-anak membesar ne, but really worth it..so hargailah emosi anak-anak ketika waktu emas ne kalau tak nak lagi penat bila diorang dah semakin membesar...tu pasal ada pepatah melentur buluh biar dari rebungnya...takut bila dah besar lansung tak boleh disentuh/tegur/patahkan..whatever.. jom like page prof dr rozieta...banyak ilmu keibubapaan...k daa

Punca & Tips Anak Buat Perangai/ Tantrum

4.07.2014

Pernah tak kita fikir apehal anak haku buat perangai ne? !!perasaan marah meluap-luap dalam hati tambah pula kita dah penat, letih dengan urusan seharian...kadang-kadang kesabaran ada hadnya...alhamdulillah walaupun karenah anak-anak cukup mencabar kesabaran diri, tetap boleh sabar dan isnyaallah moga Allah beri kekuatan, kesabaran dalam membesarkan anak-anak yang serba mencabar diakhir zaman ne..dalam pada tu mendidik juga diri bersabar, huu...pesanan mak ayah tetap tersemat dihati masa dah nak balik rumah sendiri lepas habis pantang ahmad haddad..."balik duduk jaga anak nanti jangan sampai naik tangan kaki kat anak walaupun marah serabut setakat mana pun, kena banyak bersabarlah dengan karenah anak-anak"...lebih kurang gitulah pesan mak ayah kita, yelah bila anak dah masuk dua, sama-sama nak perhatian sedikit sebanyak mencabar kesabaran kita...

Dari pengalaman sendiri punca utama tunjuk perasaan sebab tak dapat perhatian...yes, exactly..anak2 akan cuba sedaya membuat pelbagai karenah untuk menarik dan mendapatkan perhatian kita...like Ahmad Harraz sangat pantang tengok mamanya mengadap laptop, like he know the 'laptop' will take my attention more than him, so dengan mantapnya anak haku terus off suis wireless dan laptop, habis cerita..maklumlah plug dinding kat bawah, memang senanglah ahmad harraz buat kerja..huu-.-". satu lagi, kalau dia perasan perhatian me kepada adiknya more than him, mulalah bunyi hekk hekk hekk sambil berguling-guling . Lagi yang nampak obvious ahmad harraz dah pandai tunjuk perangai bila kehendak dan keinginan dia dihalang...like main benda yang boleh membahayakannya, or larang dia pukul adiknya..mulalah dia hentak kaki, takpun masuk dalam bilik menyorok belakang penyangkut pakaian, takpun berguling-guling kat lantai..yes, indeed semua reaksi marah ahmad harraz dia dah pandai tunjuk..so apa yang boleh kita buat?!! Alih perhatiannya...yaa, cara ini sangat berkesan!untuk ahmad harrazlah, lain budak lain treatnya kan..biasa kalau ahmad harraz buat perangai macam tu, terus tanya either dia lapar?nak makan apa? nak tidur ke?nak mandi ke?biasa ahmad harraz akan terus ke dapur tunjuk apa dia nak, then terus ok..kalau nak mandi terus ke bilik tunjuk bilik mandi...macam tulah biasanya..

Salah satu punca lain ahmad harraz dan ahmad haddad juga buat perangai, tak cukup tidur... yerr, bila anak tak cukup tidur dan tak dapat rehat sepenuhnya, memang keduanya meragam, menangis bersungguh, semua serba tak kena...huu-.-'. kadang-kadang tidur elok-elok, bangun menangis sebabnya tak puas tidur...so apa yang me buat, ajak diorang mandi..alhamdulillah, cara macam tu sangat berkesan, walaupun diorang akan jadi segar bugar balik lepas mandi, dan tak jadi nak tidur dah, tapi sekurang-kurangnya their intention to tantrum gone, happy main then seterusnya ajak minum susu then diorang akan tidur kalau penat main..Actually kalau nak disenaraikan punca anak buat perangai, banyak puncanya macam makpak tak faham apa yang nak disampaikan anak, kadang-kadang anak-anak nak bagitahu something tapi kita faham bahasa diorang, so tak sampai maksudnya.. pun boleh buat anak marah dan tunjuk perangai..Cara asuhan pun boleh jadi punca anak tunjuk perangai either terlalu dimanjakan atau tak konsisten...kadang-kadang cakap boleh pastu lainkali tak boleh pulak..kadang-kadang semua bagi je, sekali kali ni tak boleh bagi pulak apa yang diorang nak..Fobia pun boleh jadi jugak anak buat perangai, bila anak diperlakukan atau tengok perkara yang boleh menjejaskan emosinya...anak-anak ne kita jangan expect tak faham dengan situation yang berlaku kat sekelilingnya, they're sponge okei, jangan main-main...huhu
gambar contoh anakanda..heee
So how to handle this?!we need to control their tantrum, i believe setiap anak-anak akan mengalami fasa ne, cuma bagaimana kita as parent nak control tahap tantrum tu? nak lite-lite je ke, atau tantrum yang tak boleh dikawal langsung. Actually haku pun tak pandai dalam bab-bab ne, apa yang dicatatkan hanya berdasarkan pengalaman sendiri dengan anak-anak, pemerhatian terhadap kelakuan anak-anak sendiri... mungkin kita boleh control tahap tantrum anak supaya ianya tidak melarat dan terbawa-bawa sehingga mereka membesar, it's not good...my experienced and tips, if one of them menangis dan mula tunjuk perangai, me takkan biarkan anak menangis sampai hilang suara dan biarkan diorang tunjuk perangai dalam masa yang terlalu lama....yess, indeed, boleh nak dengar mereka menangis tapi jangan dalam tempoh yang lama, please immediate!!. jangan sampai anak buat perangai, mengamuk, menangis lastly dia tidur dengan tangisan, penat dengan tangisan dan terdiam dengan sendiri, big no!! biasa Ahmad harraz me biarkan jugak dia menangis seminit dua, then ambil dukung dan tanya apa dia nak? basuh muka, kalau menangis juga still tanya tapi bukan mendesak, tanya dia nak makan ke?lapar? atau make a choice nak makan biskut atau buah? biasanya my treat memang menjadi, dia akan diam sekejap then ahmad harraz akan tunjuk sendiri mana dia nak...then dah lupa dah yang dia menangis-nangis tadi..Believed me, kalau kita sendiri biarkan anak menangis dalam tempoh yang lama, tanpa memujuk dan menenangkannya ia akan jadi habit anak..yes habit..jangan main-main, ne bukan cakap sesaja ok..nak pujuk pun bukan main pujuk je, tapi pujuk biar kena cara, cara mendesak, cara memaksa sangat salah..-.-". emosi seorang anak kecil yang baru nak mengenal dunia tak boleh dijangka. kadang-kadang ada anak yang memang sukar nak alih perhatian, kalau dah mengamuk buatlah apapun, tak jadi...haa, ne yang payah, sebabnya should refer my paragraph kat atas balik punca..jumpa tak? yerr, mari muhasabah balik, masa mula2 anak-anak dah pandai tunjuk emosi, kita perasan tak apa yang kita buat, biarkan?buat tak tahu?pujuk ke tak? segera ke tak?alert ke tak? tu sebab me cakap ia akan jadi habit anak kalau dah dari awal kita ajar macam tu...kalau kita tak alert dan control dari awal..it may happen..huu

By the way, we as parent don't have to expect a perfectionism from our kiddos, mereka baru nak mengenal dunia, nak explore benda baru...kadang-kadang kita akan rasa gagal, frust, sedih, kecewa dan sebagainya sebabnya kita mengharapkan sesuatu yang mengikut citarasa, kehendak dan keinginan untuk-anak buat, ikut...kita parents jugak kena banyak cari ilmu, yup ilmu dari mak ayah kita, ilmu dari pengalaman ibu bapa yang terdahulu, sangat banyak sumber yang kita boleh cari tentang ilmu kekeluargaan dan keibubapaan, nak dengan tak nak aje, cari saja pun tak boleh juga, cuba praktis..haku pun dalam kategori ibubapa yang baru bertatih dalam dunia kekeluargaan, nak mendidik anak bukan senang dan bukan perkara rumit...asal ada matlamat, usaha insyaallah Allah mudahkan urusan kita...appaun, this entry i share from my experienced..lain orang lain caranya, apapun moga kita berusaha lebih dan berusaha sebaik mungkin dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Layanilah anak-anak kita sebaik mungkin kerana kita tidak tahu selama mana Allah pinjamkan mereka, dan Allah berikan nikmat memiliki anak kepada kita...insyaallah...daa