Resepi Nasi Arab Sempoi, campak-campak pun jadi

2.25.2023



Panjang aihh dia punya mukaddimah. Saje nak bagitahu, time hujung bulan la, gaji merangkak nak masuk, dia punya tekak tu memacam nak makan kan, tengok orang makan terliur, tengok iklan meleleh. Tapi kalau dapat gaji pun, gaji lalu masuk akaun je, menyinggah kejap katanya.

Jangan sendu ok, tak nanti makan kat kedai je makanan special nasi arab ni. Buat sendiri lagi puas hati aihh, air tangan kita plak tu, wajib rasa lagi special. 

So, tetiba pulak tekak wat hal nak makan nasi arab boleh buat sendiri dah. Kalau bujang takpela baru rm8-rm12 sepinggan, kalau anak berjujuk macam iols ni, kenalah kreatipp giteww. So memandangkan ayam seekor dah RM13-RM15 jimatla beli seekor 2 kali makan, kan?

Meh try nasi arab version hujung bulan atau boleh jadikan juadah istimewa bila hujung minggu yang penting sempoi, within 1jam dah boleh makan terus, panas-panass..fuhh yang penting semua puas hati.

Bahan untuk ayam:
Seekor ayam belah 4 (Ika just guna separuh je,  ambil bahagian thigh dan isi dada je untuk sekali makan)

Bahan rebusan:
1 batang Kayu manis
1 sudu jintan manis+jintan putih
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil Sedikit garam
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaitun/minyak sapi

Bahan untuk hidangan sampingan
Timun batang potong dadu
Tomato potong dadu
Bawang merah mayang halus
Mayonis
Lada hitam
1 biji limau kasturi

Bahan untuk sos lada tomato:
1 ulas bawang putih
Sedikit daun ketumbar
Tomato
Lada merah
Cuka
Garam gula secukup rasa
2-3 biji limau kasturi atau 1biji perahan limau nipis/lemon

Februari Makan Gaji Tapi Pokai

2.23.2023

Haa, ada yang dah mula rindukan tulisan daku tak? Perahsan betullah macamkan ada reader kekdahnya, ahahaha. Mak budak cemnilah gaya menulis, kejap ada kejap takde, kejap rajin kejap moody, kejap ilham berjela, kejap blurr tak tahu apa. Dia punya selang seli mood tu tak boleh agak, minggu ni hibernate kat rumah je even cuti bersambung, dengan cuaca tak boleh agak, tak menentu so nak berjalan jauh rentas negeri pun takde motivasi gitu. Jadinya melepak kat rumah lebih afdal. Tahun lepas dan tahun ni banyak kejadian banjir tak terjangka, simpati sangat kat mangsa banjir yang tak pernah jadi mangsa. Kejadian banjir tak agak ni pun banyak jadi kat kawasan perumahan baru, atau yang tak pernah kena banjir, jadi impaknya just bear. Betullah ujian harta walaupun harta tak banyak, tapi kalau satu rumah tenggelam dek banjir, sakit kepala juga nak settlekan segala aftermath flood. Tak mudah, rumit dan juga melibatkan kos agak besar. Lagi sakit kepala bila kos barang semua menaik, tinggi lain macam. 

Sehari ni banyak pula timbul kat feeds "4 Hari lagi mengira hari, hashtag yang tahu je tahu". Ye daku paham, semula menunggu gaji masuk, ada yang makan dah bercatu sejak tengah bulan lagi. Sebab pernah dan masih melalui pengalaman yang sama since bekeluarga ni, kita semua banyak berkorbankan. So faham dah tahap takde duit sesen pun dalam poket, apatah lagi bank, tapi alhamdulillah even sampai tahap tu syukur sangat tetap ada jua makanan terhidang biar seringkas mungkin. Takde duit kat tangan, tapi peti sejuk penuh lauk, rak makanan penuh pun rezeki. Takde makanan kat rak kat peti, tapi ada duit pun rezeki, takde duit kat tangan dan bank, takde makanan dan lauk kat rak dan peti sejuk, tapi orang belanja dan dijamu pun rezeki, apa jua ujian dan nikmat tetap juga semuanya ujian buat kita untuk bersyukur atau tak. 

Bulan Februari ni pendek tapi rasa panjang pula. Dan bulan ni juga anak-anak dah cuti panjang persekolahan sebelum mulakan sesi baru bulan hadapan. Jadinya ia berkebetulan atau tak sama dengan masuknya bulan Ramadhan. Maknanya bulan depan banyaknya kos nak kena keluar untuk persekolahan anak, persiapan Raya Dan sebagainya. Daku sebagaimana surirumah pun berpeluh memikirkan aliran kewangan yang bakal berlaku, tak beringat-ingat, pokailah jawabnya. Apapun rasanya semua dah diingatkan waves economy tahun ni, yang beringat yang sememangnya tak boleh apa, hadap je cukup tak cukup, ada ke takde, yang penting doakan semua urusan parents dipermudahkan. 

Ku baru je habiskan baca buku POKAI TAPI BERGAJI. Sangat sesuai untuk bacaan kita yang tak pernah ada simpanan, payah nak buat simpanan, tak sempat dan tak cukup nak buat simpanan, tahu-tahu hujung bulan dah mengorek tabung, tapi tabung pun licin, pergi tukar syiling pun cukup-cukup untuk tampung makan sedang elok gaji masuk, ku cadangkan baca buku ni. Bacaan santai, tapi membuka jalan dan minda untuk alert dengan tahap kewangan masing-masing. Sebenar nya ramai dah yang red flag dengan tahap kewangan masing-masing tahun ni tapi buntu atau pun tak nak keluar dari masalah, ada yang berterusan buat hutang, gali sana kambus sini situ, pinjam lagi. So cari solusi bukan tambah masalah, supaya dikala ombak mengganas kita tetap tenang-tenang, tak tenggelam, tak terapung, yang penting masih survive. 



Tajuk Buku: Bergaji & Pokai
Penulis: Suraya Zainuddin

1. Siapa tak suka duit?Tak perlu duit? Zaman sekarang tak keluar pergi mana pun, duit keluar laju macam air, yelah, semua online kan? Apatah lagi bila keluar, laju lagilah aliran duit. Betul tak. Perkongsian penulis dalam Buku ni agak praktikal, even daku pun dah praktik of her advice dan berjaya buat. Santai namun mendalam maksud nak disampaikan. 

2. Sungguh sekarang ni nak nasihat orang buat simpanan ramai yang berasap baca, boleh bayar hutang lagilah untung, dapat gunakan Wang hingga helaian terakhir hingga hujung bulan, kira nasib baiklah tu. Penulis ni bagi cara kita bayar hutang, kenapa kita nak bayar hutang payah, tapi buat hutang mudah. So ada cara nak push kita bayar hutang walau jumpa tembok takde cara dah nak bayar hutang, pasal duit dah takde tetap penulis bagi cara dan solusi sehingga kita meminta bantuan pengurusan kewangan dan hutang kat tempat yang sepatutnya. 

3. The best thing isi Buku ni sangat related dengan realiti sekarang, nasihat yang sangat relevan, juga kebenaran tentang praktikal kita terhadap kewangan sendiri agak menusuk tapi kelakar, sebab kebanyakan kita macam tu. Banyak nasihat yang sentuh "ukur baju di badan sendiri" which is good sebab sekarang ramai yang terpesona dengan "influencer lifestyle" Sehingga terikut-ikut hingga mengorbankan kewangan sendiri. 


4. Menariknya penulis ni letak diri kasut dalam orang lainlah, tak kira golongan mana, berempati bukan main terjah je judge sama rata orang tak reti mengurus duit either cara belanja, bayar hutang dan sebagainya sebab kita semua ada pengalaman berbeza, tahap kewangan dan Komitmen berbeza, jadi fokus penulis untuk semua peringkat bab urus dan bagi panduan macam mana nak urus kewangan. 

5.Panduan dalam buku ni of course tak dijamin jadi ke tak melainkan kita buat ikut kesesuaian dan kemampuan kita semua. Tak semua boleh buat benda yang sama kan? So panduan yang penulis bagi insyaallah ada yang boleh kita praktikkan. Nampak macam susah je, tapi once buat insyaallah boleh kekalkan on track apa yang kita dah buat. 

So yang dah blurr, ada masalah kewangan, yang nak belajar mengurus kewangan supaya lebih teratur, buku ni recommend untuk bacaan sebab cara penyampaian macam dok sembang-sembang dengan member, topik serius tapi santai. Zaman ni bukan nak kata apa lah, harga makin naik dan naik, inflasi makin menggila, nilai yang sama dulu dah tak boleh benda yang sama pada waktu sekarang sebab jurang yang terlalu jauh. Tapi nak tak nak kena hadaplah apa yang mendatang. Apapun best buku ni. Topik kewangan memang memboringkan tapi penting, so ambil cakna.

Cabaran Penyusuan Badan Selama 10 Tahun

Post Kali ni lebih kepada edukasi dan pengalaman sendiri yang boleh dijadikan panduan, pengalaman atau ingatan untuk ibu-ibu yang menyusu atau orang yang terlibat dengan aktiviti penyusuan ibu-ibu secara langsung atau tidak. Alhamdulillah tak sangka Allah kurniakan rezeki menyusu badan untuk keenam-enam, enam anak bermacam ragam cabaran menyusu badan ni. Orang nampak senang je menyusu badan ni, selak baju, anak kenyang, giteww. Orang tak lalui macam mana proses nak selesaikan 2 tahun penyusuan mungkin rasa begitulah, tapi yang lalui tu tahulah pahit manis menyusu badan. Just nak share cabaran Ika sepanjang menyusu badan anak-anak ni, banyak juga cabaran yang agak keras sehingga menitiskan airmata. Simpan sini kenangan sebab mungkin anak-anak, atau ibu-ibu muda yang baru nak belajar jadi ibu dan decide untuk menyusu badan boleh jadikan panduan. Kalau jiwa tak kental, takde support dari orang-orang penting, pasti proses penyusuan badan kita akan terganggu. Paling utama kitalah yang paling kena kuat dengan pilihan yang kita dah buat, nak jalan terus hingga tamat atau berhenti tengah jalan.



1. Ibu menyusu badan Pemalas/ambil kesempatan 
Ini cabaran paling banyak dan utama bila menyusu badan. Bukan dari pandangan orang lain pun, kadang suami sendiri pun tak faham tentang ibu menyusu badan. Alangkan orang lain (ibu sendiri, ibu mertua, ahli keluarga, saudara mara etc) nak faham, kalau suami sendiri pun dah jadi cabaran utama, mentallah rasanya. Masa anak pertama kebanyakan pasangan macam tu lah, sebab baru, pengalaman pertama kali, suami tak faham, bila balik kerja, tengok rumah tak terurus dan soalan paling pedih di ulu hati 'buat apa je sehari-hari kat rumah'. Begitulah, nak memahamkan orang yang tak menyusu badan ni payah melainkan mereka terdedah dengan ilmu. Ye, suami atau mereka yang ambil tahu ilmu penyusuan takkan sesekali judge ibu menyusu pemalas, sebab tahu impak penyusuan ibu kat tubuh badan si ibu macam mana.


Tu baru tang suami, kalau balik kampung, asyik duduk kat dalam bilik pun kena judge sebab anak menyusu kadang ada yang ambil masa lama, ada yang sekejap. Mulalah kena tuduh malas nak masak, malas nak buat kerja dan sewaktu dengannya. Begitulah kalau ada antara anak yang mengempeng, sakitnya tu disini kekdahnya(tersentuh hati). 


2. Dahlah pemalas, makan banyak. 
Tahu tak ibu menyusu ni akan keep on hungry, from time to time ada selang masa lah, bukan setiap saat dok mengunyah aje. Biasa kekerapan ibu menyusu lebih dari biasa, kena ada kudap-kudap, kerap rasa nak makan, minum air. Dahlah kena judge pemalas dah satu hal, dituduh pulak kerja asyik menghabiskan makanan aje. Sadis tak sadis, itulah realiti yang kita akan jumpa, tak semua tapi tetaplah ada kerana manusia takkan cuba memahami even sejantina pun. Sedih tak sedih, itulah hakikatnya. 


3. Makan banyak, tidur pun banyak 
Dasar buat alasan saja penat menyusu! 
Yang ni penat sikit nak terangkan dekat orang sekeliling, selain rasa di sedut-sedut segala makanan dan minuman yang kita makan, yang buat asyik lapar je, kita tidur pun salah ye. Yelah, menyusu je kot, penat apanya. Ahh, sudah! Kalau suami pun malas nak ambil tahu tentang susu mengandungi hormon cholecystokinin (CCK) yang dirembeskan semasa penyusuan yang mengakibatkan rasa mengantuk pada kedua ibu dan bayi, apatah lagi nak terangkan kat orang lain. Penat. Dituduhnya kita tahu membuta sajalah. 


Cabaran utama ni antara kulalui semasa tahun pertama dan kedua penyusuan. Stress oii bila orang-orang yang kita sayang tak faham dan tak cuba faham, sedih memag sedihlah, tapi penyusuan badan tetap diteruskan. Nak tunggu approve orang lain buat apa, anak kita suka hati kitalah. Sedangkan untuk proses penyusuan badan ni perlukan support sistem yang mantap dan padu terutama dari suami dan orang sekeliling terutamanya ahli keluarga. Dia tak nanti orang luar kecam, yang terdekat pun dah boleh bagi negative vibes kalau takde ilmu. Tu baru cabaran luaran, cabaran dalaman untuk ibu tu sendiri hadap lagilah. Ni antara cabaran dan pengalaman yang ku lalui sepanjang menyusukan anak


1. Sakit Payudara
Dengan kata lainnya banyak jenis sakitlah bila menyusu badan ni, payudara bengkak, puting luka atau melecet, ni antara perkara yang kerap juga terjadilah bila menyusu badan, tak boleh lari dah kalau anak dah start tumbuh gigi. Bila sakit part ni, habis jejas emosi, fizikal siap ada pakej sakit urat, demam dan sebagainya. 


2. Mengempeng
Part ni paling stress, sebab budak kecik tahu apa bab 'kita ada kerja lain nak buat', yang depa tahu nak menempel, nak mengempeng selama boleh. Ku dengan anak ketiga memang cemnilah stress tu sampai menangis-nangis bawah air hujan bilik mandi. Penat tak boleh describe kalau ada anak mengempeng ni, ada sampai satu tahap rasa benci, muak, menyampah, sakit hati, tapi tak boleh buat apa, kena go on je. Paling tak boleh tahan bila ada anak mengempeng ni, pantang kita duduk atau baring, depa datang. Sabor jelah. 


3. Penat Unlimited 
Menyusu badan sangat memenatkan sebab ia bukan fizikal semata-mata, kalau mak dah stress, agak-agak keluar air susu? Ku pernah penat sampaikan rasa nak lari dari rumah, jauh dari anak-anak, nak berehat tanpa diganggu. Nak berjuang urus emosi semasa tempoh penyusuan badan ni tak mudah kalau takde support system terutama dari pasangan. 


4. Cerai susu yang sukar
Yang ni lah paling struggle moment even now, memandangkan ku dah kali ketiga tandem nursing, ini kalilah paling sukar nak ceraikan susu si anak terutamanya nombor lima ni. Habis segala petua dan cara semua tak jalan, buntu dah, hanya doa sajalah moga Allah mudahkan proses cerai susu ni, orang kata sedih nak ceraikan susu anak ni, ku tidak sama sekali, malah setiap kali cukup 2 tahun penyusuan ku rasa gembira, syukur, tak sabar dan rasa puas sebab dah genapkan tempoh menyusu badan. Sebab tu proses cerai susu ni bukan perkara mudah untuk setiap anak, tapi untuk maknya maybe masing-masing berbeza. 


5. Tak cukup tidur
Yang ni sangatlah tepat, entah sejak bila ku dapat tidur yang lena sepanjang jadi mak-mak ni da tak ingat. Tapi ku bersyukur masa bujang remaja dulu ku kaki tidur. Asal hujung minggu bantai tidur, asal ada kesempatan tidur ku tidur, asal rehat masa kerja, tidur je, makan nombor dua. Asal dapat tidur, sekarang nak dapat tidur yang lena apatah lagi cukup macam mimpi sajalah. Apapun itulah pengorbanan dan cabaran. 


So inilah cabaran dan pengalaman Ika sepanjang menyusukan anak, alhamdulillah masuk tahun ke sepuluh menyusu badan ni suami dah tahap pro dah tahu keperluan dan kehendak ibu menyusu badan, dah lebih dari memahami dah, alhamdulillah, cukup suami faham dah macam satu dunia faham kita, so lantak pi lah siapa yang tak faham-faham apa yang ibu menyusu badan ni, selagi tak lalui sendiri memang takkan faham. Ada yang lalui sendiri pun buat-buat lupa apa yang dilalui, begitulah. Sesukar dan seperit mana pun pengalaman menyusu badan, tetaplah momen tersebut jadi momen manis mak-mak, itulah yang diulang cakap bila dah tua-tua nanti. Yang bakal jadi mak-mak once decide nak menyusu badan, mindset kitalah yang paling kena padu, supaya tak mudah goyah dengan apa jua halangan dan cabaran, bila mindset dah padu, jiwa kental, insyaallah hadap je apa yang dilalui. 


Hari ini dunia mengecam kita, orang keliling pandang rendah pada usaha kita, orang perkecilkan kesungguhan kita, orang perlekeh usaha kita berjuang menyempurnakan hak anak, orang label kita dgn macam-macam kata hanya kerana kita mahu ajak ibu lain berusaha menyusukan anak mereka.

Tapi ketahuilah ibu-ibu menyusu semua, jihad kalian bukan setakat mengenyangkan perut anaknda, bukan setakat mengikut perintah Allah dlm Al Quran, bukan setakat menghidupkan sunnah, bukan setakat menyempurnakan tugas sebagai seorang ibu buat anak tapi hakikatnya asbab dari usaha kalian kita yang hidup penuh dosa dan noda masih terpelihara dari di timpa bala..dek kerana masih ada anak-anak kecil yang masih menyusu dengan kita.


Rasulullah ﷺ bersabda “Kalau bukan kerana orang tua yang beribadat dan bukan kerana anak kecil yang menyusukan susu ibunya dan juga bukan kerana orang miskin nescaya Allah سبحانه وتعالى akan menurunkan bencana kepada kita.”


“Selama mana ada 3 perkara ini, Ummatku tidak akan dihancurkan oleh Allah سبحانه وتعالى sebagaimana Dia menghancurkan Ummat yang terdahulu


1)Selagi ada hamba-hamba-Ku yang bangun tahajjud beribadat di tengah malam.

2)Selama masih ada anak kecil yang menyusukan susu ibunya.

3)Selagi ada binatang yang memakan rumput.


Ibu, bangkitlah berjuanglah untuk anakmu. Selagi daya berusahalah menyempurnakannya. Ternyata, menyusu badan bukanlah suatu tugas yang mudah seperti sesetengah orang sangkakan. Maka, tidak hairanlah ada syarikat tertentu dan negara-negara maju menawarkan pekerja mereka cuti bersalin lebih lama daripada kebiasaannya. Ini kerana komitmen yang diperlukan oleh seorang ibu untuk menyusukan anaknya adalah amat besar. Malah, ia juga boleh menjejaskan emosi serta kesihatan fizikal wanita, terutamanya yang masih dalam pantang.


Jadi, berbanggalah jika mommy masih bertahan hingga ke hari ini. Percayalah semua kesusahan yang kita lalui ada hikmahnya dan setiap cebis pengorbanan anda juga dinilai oleh Allah. Usah berbangga dengan usaha kita, yang penting buat saja ikut kemampuan. Jangan putus harap dan jangan putus asa okay mommy yang baru pertama kali terutamanya jika anak pertama tak sempat cukupkan 2 tahun atau tak mampu langsung susukan anak, next next cuba lagi, daku pun macam tu jugak, gagal sekali tak bermakna akan gagal selamanya in fact Ku rasa gagal teruk kot as first timer breastfeed anak, tapi ku tak pandang orang yang bagitahu bab susu badan ni memperlecehkan usaha mak-mak lain yang tak mampu seperti daku lalui pasal kena bagi susu formula kat anak malah ku ambil segala kata,tulisan, video mereka sebagai pemangkin semangat, dan asbab mereka jugalah ku gigih upgrade ilmu dan praktik sepanjang journey ni. Follow geng-geng laktasi dan group percuma, insyaallah mereka banyak sangat ilmu untuk dihadam dan jadi panduan juga bantuan. Ganbatte! Jangan takut untuk niat, jangan takut untuk cuba, buat je dulu, once niat insyaallah Allah permudahkan journey breastfeeding, amin. 

Pak Man Chalet Teluk Batik Perak

2.22.2023

Ku tak ingat berapa lama tak pergi Teluk Batik ni, sebab seingatnya lepas kena kurung kami datang sini, orang macam semut, lepas tu air berminyak, lepas tu kami tak datang dah Teluk Batik, tak masuk senarai dah untuk repeat pergi tapi itulah kami lupa bab yang tu, jadi terpergi sekali lagi siap bermalam pula kali ni. Yelah lama tak kena air pantai, anak-anak seronok kenmain lah boleh main air masin. Sekali bila dah masuk mandi, melekat-lekat minyak kat badan, nampak macam kotor terus anak-anak tak main dah air pantai esok paginya. Adoi, kami laki bini siap "eh, laa patut kita tak nak datang mandi belah sinikan, rupanya pasal minyak, tapi dua-dua lupa", ya Rabbi entah siapa putus urat bersalin sampai lupa, tapi ni dua-dua pelupa tak boleh bincang,adehh. Tapi dah alang-alang termenginap sini, layan jelah main pasir, yang dah termandi apa boleh buat, sental sabunlah nantinya. 




Datang cari pantai kat Perak ni, tak banyak pilihan. Pantai terbaik tetap juga Pantai Terengganu, tapi dah duduk sini, bersyukur apa adanya dan nikmati saja laut yang terbentang ni. Pantai kat Perak rasanya paling bersih setakat ni Pantai Pulau Pangkor, Pantai Segari dan Pantai Teluk Senangin. Pantai belah Tanjung Piandang tak pernah lagi pergi mandi, so tak tahu tara mana. Apapun alhamdulillah sepanjang menikmati Pantai Teluk Batik buat sekian kalinya. Rupanya bukan takat tempat popular lain yang dah kurang pengunjung, Teluk Batik pun sama dah makin kurang pengunjung beza betullah masa dengan lepas PKP effect tu, mungkin kuasa beli dah makin menurun, dan agak, bukan agak dah, memang teruk, impaknya bukan terkesan kat kos harian je, part lain lagi lah. Orang dah mula memikir panjang nak habiskan duit sewenang-wenangnya terutama kat tempat bercuti. Sebab habis duit kat bab makan minum bulanan pun berganda-ganda dia punya naik dan mahal. Inikan pula nak habiskan duit untuk percutian yang bukan murah dah. 

So panjang bebel bab duit dan kos ni, hmm tapi kalau tak datang tempat cemni boring jugalah tak tahu nak buat apa, sekali sekala tukar angin bolehlah. Sepanjang gerai-gerai makan, kedai souvenirs yang jual baju, topi, mainan sunyi je. Sedih pula tengoknya. Sepetang kami lepak kat Pantai Teluk Batik memang tak sesak, tak ramai orang, sedang-sedang je orang, nak kata tengah bulan tak. Nak kata bukan timing orang datang Pantai tu, tak tahulah sebab cuaca cantik je. 


Dari jalan-jalan ambil angin, kami check in masuk petangnya kat Pak Man Chalet atau Chalet Kenangan Pak Man, tengokkan gaya chalet ni memang berzaman punya chalet, legend dah, sebab design dan tempatnya pun macam dah lama bersebelahan dengan Taman rekreasi apa entah yang dah berpuluh tahun mati sebelah Pak Man Chalet. Sengaja pilih chalet ni sebab ni je Chalet paling dekat dengan Pantai Teluk Batik. Jalan kaki berapa langkah je sampai gigi air Pantai, kihkih. Memang taste penginapan dekat Pantai cemni favorite kami walaupun seram bunyi ombak malam-malam, yelah datang tsunami memang sekali kaut je, adehh overthinking plak. Tapi macam tulah, takut pun tetap suka, hahaha. 

Tambah pula Pak Man Chalet ni based kayu kayan, rasa macam duduk rumah kampung, vibes tu nostalgia betul. Kami ambil yang rumah Chalet sebuah, ada 2bilik tidur, sebuah bilik air. Sangat besar untuk kami sekeluarga dan selesa. Yang kurang gemar rumah kayu macam ni memang kasi rating dua bintanglah kot, tapi untuk kami memang empat bintang sebab ada tempat tidur selesa, dua katil queen, dua katil single. Nak komplen bab lantai rumah jadi berpasir, melekit dah nama lagi dok kat pantai so kami anak beranak enjoy saja. Petang lepas check in kami habiskan masa kat pantai je sambil sembang. Bila malam cantik sebab lampu-lampu dari Vale iaitu tempat storage bijih besi punya proses sebelum berpindah kenegara lain, macam short cut Jalan laut untuk kapal-kapal letak stok bijih besi ni. Cantik memang cantik lah, tapi air pantai berminyak jadinya asbab pembangunan ni. So nak repeat datang mandi sini mungkin tak dah lah, boleh datang main skuter je ambil angin pantai next time. 

Datang duduk kat tepi pantai wajib ada aktiviti bakar-bakar, untuk ingatan anak-anak kenangan depa bila dah besar nanti. Tu jelah hadiah terindah untuk anak-anak, sambil main bunga api, dapatlah berbeku kat tepi chalet dengan angin pantai. Tak seindah di Teluk Senangin tapi tetap terbaik dan seronok untuk anak-anak main dengan adik beradik. Tenung punya tenung gelagat anak-anak ni, sekejap je kan penat lelah, macam jerangkung hidup mamanya masa anak-anak kecil tukar pampers, basuh berak, menyusu, tak cukup tidur, dan semacam monster garangnya, tengok-tengok semua dah besar. Masa pasti berlalu tanpa noktah. Penghujungnya kita semua jumpa di syurga Allah. Amin. 

Tersyahdu pula, esok pagi semua dah tak nak mandi pantai makanya lepak santai makan pagi je lah, kebetulan pula hujan renyai-renyai, so kami decide balik je selepas cari barang anak-anak. Dari Teluk Batik terus ke bandar Manjung, singgah cari makan, beli barang dan balik rumah. Yang nak datang Teluk Batik tu kalau bab air pantai berminyak bukan hal besar untuk korang, bolehlah datang berkelah, mandi manda kat sini. Honestly rasa kecewa sangat bila alam sekitar ni tercemar, yelah benda takde ganti, rosak yang tu, even pulih tak sama dah dengan yang asal. Pembangunan bila berlebihan macam ni lah. Apapun adat hidup kat dunia camnilah, benda tak kekal dan fana. Selagi boleh dinikmati tu alhamdulillah. Nak beach view chalet dan jarak pun dekat pilihlah Pak Man Chalet ni ye. Memang worth untuk penginapan sederhana dan kampung vibes. Boleh naik bot pusing tengok pulau Pangkor dan Marina Bay, worth time to spend. Kami ingatkan cuti kali lama sangat, padahal dua hari satu malam je, sebab aktiviti banyak,rasa macam banyak hari je kami spend kat sini. Apapun alhamdulillah. 


Chalet Pak Man Teluk Batik
Inapan
Bilik Hotel
Chalet Lantai kayu
Chalet Lantai Mozek

Aktiviti sekitar
Naik skuter/basikal
Main air pantai
Naik banana bot/Naik bot pusing pulau
BBQ(sesuai sangat untuk Family Day) 
Makan-makan Iran bakar(banyak restoren ikan bakar, thai) 
Tunggang Kuda