::am i MateRiaLisTic?::

1.24.2010

honestly..yup, i'm materialistik, sangat2..he3, kalo orang tanya aku "nak keta besar/mewah?" aku jawab NAK,NAK!! "nak umah besar?" aku tetap jawab nak, sape yang tak nak kan?lagi plak jenis yang berduit tebal lam poket n beg duit n bertimbun2 banks, maunye tak rambang mata ye..sememang nye, itu la fenomena akhir zaman. Masing-masing berlumba2 nak tunjuk sape lebey banyak harta, sape lebih banyak keta mewah, sape lebih banyak lot2 tanah, sape lebey banyak rumah2 besar...

aku memang takut bile berhadapan, oo..tak,tak!aku memang takut bile berada dalam situasi yang mana aku dikelilingi oleh kaum kerabat keluarga/ saudara mara/ kawan-kawan/ atau sesiapa sahaja yang ade kaitan dengan aku, bilemana masing2 menunjukkan kekayaan yang ada/ seakan berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat..bagi aku tak salah semua tu, asalkan tidak bersulamkan perasaan riak dan takbur, kadang-kadang bagi aku sikap materialistik tu perlu ade lam diri, maksud aku sikap materialistik yang berpada2, bertempat..kadang2 kite perlu untuk menunjukkan kejayaan kite untuk kepuasan diri serta reward tuk diri sendiri atas segala kepayahan dan kerumitan tuk memiliki semua kekayaan dan kejayaan, secara tak langsung ianya memberi contoh kepada orang lain tuk turut mengikut jejak langkah kejayaan tersebut..itu bagus!!

tapi yang tak bagus nye, bile sikap materialistik tu menguasai diri sampai sanggup menggadaikan maruah diri, sampai menggadaikan body tuk memiliki segala kekayaan, tuk merasai kemewahan..itu semestinye perkara tersebut amat malang pada individu yang sebegitu.

bagi aku pulak, sebagaimana pengakuan aku yang  materialistik!! bagi aku cukuplah materialistik yang membuat aku selesa dengan ape yang ada, apa yang aku mampu, asal kan hati aku bahagia, tenang. Tak perlu untuk aku berlumba2 tuk tunjuk sape yang paling hebat, yang penting cukuplah tuk aku mempunyai keluarga dan bakal kehidupan yang kaya dengan kasih sayang dan cinta, itu impian aku, bagi aku itulah harta yang tidak ternilai tuk aku miliki..insyaallah..alhamdulillah, mak ayah telah mengajar dan mendidik aku ape itu erti kesederhanaan..


tapi aku tetap berangan-angan dan memasang impian tuk memiliki sebuah rumah yang selesa kerana bermula dari rumah yang selesalah, keluargaku (bakal suami dan anak-anak) yang sempurna, sihat, ceria dan bahagia akan terbentuk..insyaallah, will be (tinggi angan2 ku ye),.
p/s: owh, miss ma family and him so much..(actually banyak g nak titipkan, mata da ngantok, tambah lak kerinduan yang menebal membantutkan aku tuk mengarang,hehe)