Makan seafood memang mahal, tapi hasil makanan dari laut ni memang favorite kami anak beranak dari ikan selayang, ikan mabong, ikan selar, ikan siakap, jenahak, kerapu, mentarang, udang, sotong, ketam, semua sapu kalau makan tambah lagi kalau orang belanja makan, ahahaha.
Pengalaman makan seafood kat Sabah paling kami paling seronok, murah dah satu hal, punya hari-hari makan seafood sampaikan tekak dah tak boleh makan even tengok sekalipun, dasyat punya penangan makan seafood tu, kami makan dalam 40 orang baru 1.6k habis, murahlah pasal bukan kami bayar, hahaha. Tapi memang murah sangat dah tu sebab kami makan kat semenanjung ni 8 beranak kami saja wajib habis lebih kurang RM170-RM200 merangkumi harga siakap, udang, sotong dan basic menu lain yang biasa, tu pun dah rasa berpatutan sangat. Tapi itulah, segar memang segar, tapi masakan tu lari banyak, jadi kesegaran seafood tu kira dah backup masakan Sabah yang agak unik.
Pernah kami makan kat Langkawi sebelum viral ikan mahal kat Langkawi, pun kami rasa berpatutan dengan ikan yg diambil tengok saiz dan berpadanan dengan jumlah orang yang makan seramai 20orang. Kami kalau bab cari seafood murah paling best membeli dekat pasar basah jeram Pasir Penambang Kuala Selangor, sanggup uii drive beli seafood segar kat sana, sekarang kami ada tempat favor kami dah yang lagi dekat. Kalau bab nak makan seafood memang sanggup kami beli mentah dah masak sendiri, sebab lagi jimat tambah kalau nak ratah-ratah lauk, kadang harga mentah bahagi dua dengan harga yang dah masak, so kalau bab makan seafood ni kalau nak makan kat kedai kena pandai-pandai cari kedai yang berbaloi, berbaloi dari rasa sedap satu hal, yang penting seafood segar. Biasa kami beli borong atau pun direct kat Jeti, memang harga seafood dapat murah, untuk kami cara macam ni memang ngamlah, maklumlah banyak mulut yang nak makan, nak makan seafood beli mentah masak sendiri jimat berganda, yang orang masak kat kedai tu sekali sekala bolehlah layan tekak dan nak ke suasana. Layan nafsu memang tak cukup sokmolah kan?.
Pengalaman makan seafood ni tak boleh dilupakan makan seafood kat Johor sebab tak pernah seumur hidup habiskan duit sebanyak tu untuk makan seafood semata,dan sangat berbaloi, sebab masakan sedap sangat dan seafood segar, jika ada rezeki insyaallah kami repeat lagi, sebab memang sangat berbaloi. Lakiku cakap, nak makan cemni lagi kita doa bebanyaklah tunggu orang belanja pulak, ahahha. Once a while, ada lebih belanja, kami layan makan dekat kedai seafood segar. Antara yang masuk list kami kat Perak ni Tepian Sungai Teluk Intan dan kat Manjung Restoren Farina Ikan Bakar & Seafood antara yang kena dengan selera kami.
Selain tu makan seafood kat Melaka kedainya dekat kedai langsir berdekatan MITC tu, tak ingat nama kedainya, memang umphhh dia punya asam pedas pakej ikan segar, perghh sampai sekarang rasa puas makan macam tu. Kat Penang, Kedah tak merasa lagi seafood segar dan sedap, insyaallah mana tahu sampai sana nanti dapat merasa yang paling best sekali.Kalau kat Terengganu, Zul Ikan Bakar kat Besutlah yang paling segar seafoodnya, harga pun murah berbaloi. Kat Kuantan ku dah lupa kedai apa, tapi bukan Ana Petai yang famous tu, kami pergi yang tak popular, tapi sedap amat, nantilah repeat balik daku share kat mana tempatnya, nama kedai ku tak alert, sebab paling alert jumlah orang dalam kedai ramai ke tidak sampai hilang fokus nak tengok nama kedai, hahahah. Nak makan seafood memang kena tahu harga semasa, kalau tahu harga barang makin mahal, means ambil seafood lagilah bertambah mahal. Kena ambil tahu harga semasa supaya kita pun sebagai pengguna takdelah diambil kesempatan juga. Begitulah.
Dalam banyak-banyak seafood, yat-yat lah yang paling mahal buat kami, pasalnya kalau nak makan bukan kena bayar guna duit, kena guna usaha dan tenaga even free, lenguh,sakit pinggang membawak ke dua tiga hari hasil sodok pasir pantai cari yat-yat ni, mahal sangat pasal takde orang jual, hahahaha. Nak makan carik sendiri, ajee...