Pages

Pages

6.23.2020

Pengalaman Cari Yat Yat di Pantai Perak

Mengidam nak makan benda-benda pelik dan rare ni bukan sesaja. Masa mengandungkan Hajjar memang semua yang nak makan tak dapat termasuk belangkas. Sampai budaknya umur dah masuk 3 tahun still tak dapat makan lagi belangkasnya. Sudahnya memang lama jugaklah Hajjar berair mulut, meleleh air liur, sampai gigi naik sepenuhnya pun tak habis air liur meleleh.

Bila mengandungkan si Haniy, teringin nak makan Yat-Yat, la, gilah blurr lakiku nak melayan kan Karenah ibu mengandungi ni. Kalau benda senang nak cari takde dikisah kan sangat, kalau pelik dan payah nak cari ni memang sajalah buat pasal. Apapun, macam biasa, takde pun tak ngape, cuma kadang nafsu tu bukan-bukan, mana boleh di layan sangat. Tapi gigih lakiku layan kan jugak permintaan isteri masa mengandung, anak dah lahir pun consider belum settle. Kebetulan awal tahun ritu ramai yang update makan Yat-Yat, ku bagitahu kat suami, apa lagi bila hujung minggu tiba, kami sekeluarga bertolak ke Senangin, kononnya nak mencari yat-yatlah. Google macam mana nak tangkap, siap bawa sekali alat-alat nak mengaup Yat-Yat kat pasir pantai nanti. So nak di jadikan cerita, cari tempat bermalam, kebanyakan resort dan chalet kat Senangin dah penuh, tapi nak cakap ya rezeki, ada jugaklah yang kosong untuk kami bermalam. Plannya awal pagi esok boleh lah mula kan kerja cari Yat-Yat.






Tapi petang tu kami dah cuba lah korek-korek dan kaup kat pasir, haram takde seekor pun nampak Yat-Yat. Masa tu dah in doubt betul ke ada Yat-Yat kat Teluk Senangin ni? Tapi takpe, harapan esok masih ada. Petang tu memang kasi can kat anak-anak main pasir, main air pantai, biar diorang memain pepuas sebelum kami laki bini jalankan misi pagi esoknya, berkobar-kobar kau punya semangat kes nak makan Yat-Yat wakaka. Pagi esok ya suami bangun pepagi pergi menggagu kat gigi-gigi pasir ombak laut, sedihnya memang takdak seekor sangkut. Bila anak-anak bangun, kasi depa mandi laut, main pasir lagi. Malam tu memang puashatilah anak-anak dapat berbeku ngan ayahnya bakar seafood yang beli kat pantai remis. 






So, lepas check out tengahari tu, suami singgah kat hujung pantai tanya tokei resort, rupanya yat-yat tu kena cari kat Segari dan ramai yang cakap kena cari kat tempat berbatu-batu sikit. Seorang je bagitahu kena cari kat Pantai Segari, situ memang confirm ada, tak putus asa, dari Senangin terus kami ke Pantai Segari, punyalah gigih suami berhenti tanya kot ada yang jual tapi hampa, tiada orang jual, bintang tu memang kena tangkap sendiri. 

Dalam perjalanan ke Pantai Segari tu macam tak yakin je, sebab tengok keadaan sekeliling hutan penuh lepas kawasan mega bela ayam, sampai sana, Ya Rabbi lalat punya teruk sampai hitam satu-satu kawasan, asal buka pintu kereta kena serbu masuk dek lalat. Gila menakutkan punya lalat kes terlmapau banyak, disebabkan situ memang kawasan penternakan ayam terbesar kat Malaysia kot. Tapi suami turun tu tengok ada dua tiga group tengah memancing, apa lagi suami turun bawa alat penangkap yat-yat, terus buat kerja kaut pasir. Matahari pacak kepala dah masa tu, tapi apedehal suamiku dan anak semua ke tepi pantai mengaut pasir berharap dapatlah yat-yat yang dicari.Dari jauh suami menggeleng kepala setelah beberapa kali percubaan. Kemudian seseorang menuju ke suami, dengan secara sukarela menunjukkan cara mencari yat-yat.
Beberapa kali jugaklah suami mencuba seperti yang diajar, alhamdulillah rupa yat-yat yang dicari terperangkap di jaring besi yang dipinjamkan. Guna besi jaring kipas je, sekali kaut memang selambak yat-yat sangkut, apa lagi anak-anak bertempik gembira lah tengok hasilnya. Kat Pantai Segari tu memang bukan kawasan untuk mandi manda sebab struktur pantainya yang curam. So kat situ memang takde orang pergi pun kecuali geng pemancing je. 


Setelah beberapa kali cubaan mengaut pasir, hampir sebesen jugaklah yat-yat kami dapat. Sempat lah borak-borak dengan hamba Allah yang kami baru kenal kat pantai tu yang sudi bagi tunjuk ajar kat kami cara tangkap yat-yat, kalau tak kerana diorang memang kami tak merasalah yat-yat. Apapun aturan Allah cantik sentiasa. Masyaallah, sukanya hati, syukur sangat jumpa kak NoorAida sekeluarga yang bermurah hati menunjukkan cara tangkap yat-yat ni, siap bagi tips lagi macam mana nak tangkap dan masak yat-yat.
Moga berjodoh berjumpa di lain hari dan waktu. Kesimpulannya, sekecil-kecil perkara perlu ada guru supaya matlamat kita tercapai dalam masa yang sing kat. Semuanya atas izin Allah.
Harga semangkuk yat-yat bukan kaleng-kaleng yang sanggup nak makan je kena usaha cemtu sekali, terima kasih suami. Dah dapat sebesen penuh yat-yat kami terus bertolak balik sambil singgah kat kedai cari ais untuk pasti kan yat-yat kekal segar bila sampai rumah nanti. Sampai saja ke rumah tengok jam dah 8.30 malam, alhamdulillah nasib baik dah singgah jamakkan solat, terus singsing lengan baju tanak nasi, blend bawang cili boh untuk siapkan menu ketam bersambal telur. Paling istimewa yat-yat yang dikutip tengahari tadi di gigi pantai. Yat-yat ni pun pertama kali kami tengok dengan mata kepala kami, sebagaimana pertama kali kami merasa. Sedap, manis. Seakan udang tapi bukan, seakan ketam tapi bukan, rasanya memang payah nak dijelaskan. 








Tapi memang berbaloi lah dapat merasa yat-yat, sedap sangat bila goreng celup tepung, anak pun ratah makan cemtu je, siap cakap manis sedap dan rangup. Nak siang yat-yat pun tak susah, just basuh-basuh, rendam air lada kasi dia keluarkan pasir lepas tu terus boleh tos kan dan goreng. Ikutkan nak buat rendang tapi dah try dulu yang celup tepung memang celup tepung best. Next time ada rezeki, nak makan lagi yat-yat ni, insyaallah amin. Tak semua orang dapat merasa yat-yat ni, ku bersyukur Allah bagi peluang rasa antara salah satu nikmat dan rahmat kurniakan Allah kat muka bumi ni. 

Catatan 22 Jun 2020
Kenangan di Pantai Segari Perak 4&5 Januari 2020