NR Cafe Pata

10.05.2023

Masa viral warung Celup Tepung Pak Nong kat area Mengabang Telipot, kami masa sampai Terengganu tu nak lerr niat jugak menyinggah tempat viral, bisalah terpengaruh. Lepas check in kat Chalet Anees terus kami pusing area sekitar untuk cari makan celup-celup tepung, dari Chalet Anees jumpa warung Nizam Celup Tepung, nampak kedai baru nak buka lewat petang, so kami pergi lagi ke atas, jumpalah warong Pak Nong. 

Subhanallah, orang macam semut, pakej yang sedang beratur, bukan biasa-biasa punya beratur, tapi siap bentuk S bersimpang siur, nak cakap panjangnya dan ramainya orang, tunggu turn nak duduk makan, memang tak lerr kitaorang singgah makan. Mungkin view cantik atau pun binatang laut Celup tepungnya memang sedap dan murah bebeno, warong pun memang legend sebab warung orang lama. Disebabkan kami tak sanggup beratur kami pergi lah lajak kedepan lagi sampai jumpa satu kedai makan nampak okay sangat, NR Cafe Pata. Tapi kereta dua buah je kat depan kedai, cunn. Kenapa tak ramai ekk? kedai cantik sangat kot, klasik, guna buluh, ala-ala dok kat dalam hutan tapi tepi pantai. Ke taste daku tengok kedai tak sama level dengan orang lain, ahahaha. Masa berhenti tu berharap kedai ni sedap gak makanan sebab nama NR Cafe tu familiar sangat bagiku masa stay belajar, tempat isi perut kami kalau ke kedai makan. 
So kami decide makan kat kedai tak nampak orang crowded dan tak ramai. Rupanya memang berbaloi sangatlah kami lajak hingga ke sini, rezeki makan kat sini sebab view pantai sangat cantik, deco kedai guna konsep buluh yang memang sinonim dengan kedai asal NR cafe. Kalau NR Cafe Tok Jembal memang kedai makan favorite  daku lah masa zaman universiti, tak sangka depa dah expand lagi bagus siap buat tepi pantai betul-betul, kira memang sustain betul business depa ni, 20tahun maintain meniaga. 
Lagi bagus, tetap sedap even buka cawangan lain. Kat NR cafe Pantai ni memang celup-celup Tepung depa sedap sangat. Nak makan ala-ala berkelah kat atas pasir Pantai pun boleh, depa kasi tikar, makan sambil ambil angin Pantai, lagi best kat sini memang kedainya lengkap tandas, surau, dan tempat makan luas. Nak tempah dulu pun boleh sebelum datang makan, terutamanya makan malam. Masa kami singgah tu takde orang pun, pelik juga ingatkan makanan tak sedap, tapi orang lebih pilih untuk beratur, pilihan masing-masing kan. Kami bab beratur ni memang out of list terus maka tepat juga lah pilihan kami untuk singgah makan sini. Harga pun murah dengan hidangan yang kami ambil, puas hati sangat. 

So yang anti-beratur semata untuk makan, nak pulak makan celup-celup tepung singgahlah NR Cafe Pata, recommended sangat. Ku agak memang kedai ni ramai orang tapi mungkin masa dinner kot, kami pergi petang cemtu, maybe tak ramailah sebab orang serbu waktu malam. 



https://nrcafe.my/