Baru-baru ni pi cari ikan kat pasar Pasir Penambang. Ikan kat sana memang murah, tapi aku dari Teluk Intan nak sampai sana, minyak tol lagi, baik beli kat pasar berdekatan ajelah sebenarnya. Tapi ni kes nak berjalan-jalan tukar angin sama, kasilah asbab nak cari ikan, baru tayar boleh bergolek jauh sikit,hahaha. Kalau masuk pasar sana, memang mabuk, semua seafood aku rasa nak beli. Ikan memang confirm segar dan murah banyak, rasa hamakk nak borong banyak-banyak, tapi peti sekarang tak boleh nak dipenuhkan sebab aku malas nak deep cleaning kerap.
Kami singgah makan pagi dulu, takde pagi manalah, pukul 10 pagi baru breakfast. Teringat tosai kat Slim River jadi order tosai masala kat Gulam Rasul plak. Order lagi roti Nan cheese sekali di tampal sekeping cheese dale atas roti Nan, uiii angin aku.Banyak pula makan, lepas tu orang cakap tembun, merentan!Haihhh. Nak ambil gambar tak gamak, sudahnya dua keping order tak habis, bungkus buat balik tambah cheese sendiri nanti. Takkan kena pi Shah Alam semata nak makan roti Nan cheese, idokklerr jawabnya. Siap makan, kami bertolak ke Pasir Penambang. Cuaca pun redup aje, alhamdulillah.
Jalan Kuala Selangor ni kalau cuti panjang, hujung minggu, tak kena timing memang beratur ye. Jadi pandai-pandailah adjust. Kami sampai kat Pasar Pasir Penambang dalam 3 petang, asbab banyak stop singgah tandaslah, singgah membelilah, anak-anak aku cemtulah, lagi kan yang bongsu, selagi tak belikan apa-apa, menekan-nekan zikir "nak beli", wakaka. Layannn. Kadang tak padan dengan berhenti, belinya choki-choki ajelerrr. Jenis tak reti nak paw betul-betul ayahnya, wakaka.
So sampai kat Pasar, sesi telek menelek ikan sampai berkenan, deal, borong apa patut, total burn tak sampai RM150, dapat seekor ikan tenggiri saiz besar, bawal hitam saiz sederhana besar, ikan sardin 2kilo, sotong besar 2kilo, dua jenis kepah, puas hati membeli barang basah cemni, yang penting segar dan murah. Siap borong ikan, kami cadang makan malam terus sebab dah skip lunch. Masa kami lalu jalan Sekinchan tu ramai orang jual mentarang, kami nak beli pun, baru je lepas habiskan mentarang yang beli kat simpang keluar tol Behrang, kebetulan masa tu seller jual RM18 sekilo, murah sangat dah tu. Jadi masa lalu kat Sekinchan tu tengok jelah, heheh.
![]() |
| Ni kalau masak, potong nipis isi, tumis Lada kering pedas tu, campak sos tiram,perghhh |
Singgah kat kedai makan abah ikan bakar, kat Kuala Selangor aku perasan banyak betul kedai makan tok abah, abah, orang sini suka panggilan tu kot eh?! Kali ni pilih singgah makan kat Kedai makan Abah yang dekat Medan Selera berdekatan dengan bandar Sekinchan. Kedai tepi jalan besar je, malas nak buka Google maps cari kedai, kita singgah yang nampak kat mata ajelah. Ikan kat sini segar, ambil seekor jenahak, tu aje, sekali aku buka peti frozen depa bersepah macam-macam seafoods dalam tu, dannnn ternampak siput yang paling aku suka makan kat Sabah dulu, alhamdulillah rezeki ni. So ambil satu packet buat masak serai. Takde masakan cili kering macam aku pernah makan dulu. Try ajelah dulu. Erm, memang sedaplah ye siput gonggong ni, aku boleh letak dalam list aku antara siput tersedap, selepas siput sedut. Moga impian nak makan siput laut paling besar makbullah, teringin nak rasa camne struktur dan rasa siput besar tu. Mesti sedap, laki aku cakap tak selera pun tengok, tapi pedulik apa aku, tekak aku yang nak makan, wakaka. Sekali makan, anak-anak pun bukan main semua makan, mula-mula geli, tapi depa repeat makan, and that's good. Makan benda pelik ni kena test juga, kalau tak pernah try tak tahu pulak camne rasa. Kalau sekali rasa dah tak boleh go, jangan dipaksa-paksa, karang muntah hijau, heheh.
Habis semangkuk siput, aku cakap tak puas makan, jadi tambah satu lagi packet siput gonggong buat masak halia pulak. Wehh sedapnyaaaa. So lain kali datang mai craving nak makan menatang ni ,aku tahu dah mana nak tuju. Bab makan laju aje saved kat mana yang nak repeat. Begitulah. Aku cakap kat laki, asal kedai ni takde orang eh, sedap sangat kot masakannya, laki aku cakap banyak pilihan kot kedai ikan bakar kat area Kuala Selangor, Sekinchan ni banyak, kadang orang nak view laut sambil makan ikan kenalah masuk dalam sikit. Aa ye jugak kan?! Ikan bakar kat Jeram pun dah bertahun tak pergi, dulu biasa singgah situ aje masa anak-anak kecik. Lani jarang sekali datang Kuala Selangor. Time cemni jelah datangnya, nak beli ikan jadi asbab. Hmm, what a memory.






Top Social