Pati

9.28.2023

Ni bukan sejenis pati spesis orang ye, ni pati yang buat ketagih, tak kawal ketagih, memang mendapat kencing manislah uiii. Nak cerita pati soya ketagih, ataupun versi tepat nama makanan ni, taufu fa, daku panggil pati soya je. Tak semua dikurniakan bakat buat pati soya smooth, licin, lembut, kuahnya secukup rasa, tak tawar, tak manis berlebihan. Bila masuk mulut je, rasa licin pati soya tu cair, sedap sangat. Selama makan pati soya ni, dua tempat je dalam negara Malaysia ni buatan orang melayu kita ku boleh cop mohor kat depa best of the taufu fa ever. Kat kelantan nak jumpa pun payah pati soya sedap, hanya kat area Lembah Sireh tu je yang daku forever saved the best of taste pati soya, yang lain tak jumpa dah kalau jumpa pun buat trauma je makan. 


Daku pernah beli pati soya kat bazaar ramadan, nampak macam ok dari rupa, bau pun sedap tapi once suap dia berkecai rasa sepah macam biskut nak masam, blerghhh. Entah macam manalah depa boleh jual, memang buang terus. Nak cari pati soya hari biasa bukan bulan puasa, memang agak payah, tapi nak cari yang maintain buat selalu dan jual tu yang payah, sebab kebanyakan yang ni memang terbukti expert, yang bermusim tu kena ambil peringatan sikit, takut terkena macam daku lah. 

Nak cari pati soya orang melayu buat pun agak susah, sebab biasa yang expert sangat buat pati soya ni orang cina. Yang berguru dengan depa pasti tahu cara nak smoothkan pati soya ni, rumit sikit tapi berbaloi. So dah jumpa yang sedap ku memang tak cari yang lain dah. Memang sekali beli wajiblah borong lapan ke sepuluh bekas. Kat Perak ni, ramai juga yang jual pati soya, since dah berjalan dan try banyak tempat orang yang jual pati soya ni, of course ada satu je yang lekat kat lidah ni. 

Nak tahu power ke tidak pati soya ni, tengok demand, asal buka kedai sejam dua jam je, wajib licin, lambat melepas, even kami pun dari bulan puasa lepas, kali ni je baru dapat merasa balik, punya payah timing nak pergi beli tu, asal pergi awal gerai tak buka lagi, asal lambat sikit, tinggal air soya dengan cincau je. Menangis nak makan pati soya pun, anak-anak pun tahu level pati soya yang kami makan ni level kayangan sedap, itu pasal I keep myself sajalah pati soya sedap ni kat mana, nak makan sendiri pun tak lepas, apatah lagi kalau viral, kempunannn, ahahaha. Ku pun rasa mungkin pati soya ni sedap di tekak ku sahaja, tak sama kita punya level sedap. Kat tekak orang lain mungkin biasa-biasa je. Sebab sekarang zaman review dia sebut sedap, sangat sedap, paduu, ramai beratur mesti sedap, ahhh cliche betullah, zaman sekarang banyak plot twist ye, even bab makanan, so tak payah percaya apa yang daku bagitahu. 


Balik kampung baru-baru ni pun, suami beli pati soya dekat dengan rumah, rasa tak sampai, manis tak cukup, beli dekat rumah mertua plak, rasa kuah pahit manis, pun tak sampai level yang di nak. Punya payah nak capai taste pati soya yang dikehendaki. Lastnya misi mencari pati soya kami set supaya at least dapat merasa setelah berbulan-bulan tak rasa. Alhamdulillah sampai kat gerai, pati soya panas-panas lagi baru sudah masak. Terus order errr beberapa bekas, punya banyak..dirahsiakan sebab dia punya hamakk nak makan tu kan, Allah nafsu makan kan, hihuu, sekali borong pati soya dapat free air soya 2bungkus,alhamdulillah yelah isi rumah dah lapan orang, beli lebih dari isi rumah memang selalu dapat free. Sekali sekala melayan, so balik rumah terus Susun bekas-bekas pati soya, simpan dalam chiller kasi sejuk, so dapatlah makan pati soya sejuk-sejuk, sekali sudukan pati tu boleh rasa ringan, lembut, licin, masuk dalam mulut, terus rasa highhh,sedappp sangat...abis licin sebekas tak sampai 10 minit layan, perghh hancur diet akibat kempunan nak makan pati soya tersedap. Terliur lah tu, pandai-pandailah cari pati soya sedap ye cuti-cuti ni.