Pages

Pages

11.15.2023

Nasi Arab Cameron

Sebut nasi Arab ni, most favorite kami sekeluarga. Memang once a time atau terasa nak makan nasi Arab kami makan kat Cameron Highland. Jika balik kampung ikut Cameron Highland pun, antara Restoren yang kami singgah kat sinilah, nasi Arab Al Raudah Arabian food. Nak cari nasi Arab sedap dan kena dengan tekak memang agak payah, since dah bermacam kedai Arab kami cuba(mana tak berat naik badan tu, asyikkk makan je kejenya) ada 4 tempat aje yang kami repeat, mostly repeat kalau berkebetulan sampai kat tempat yang ada nasi arab kami suka tu. Next time lah ku senaraikan. 


Ni nak cerita nasi Arab kat Cameron Highland dulu, macam mana kami tercuba makan. Cameron Highland ni kalau makan, salah pilih, tak survey dulu memang cantas korang punya poket, beg duit pun rabak kes makan saja. Kalau sedap takpe, kalau tak sedap tu rasa ralat, rasa tak baloi, rasa ruginyaaa. Macam tu lah bab makan kat atas gunung ni, rasa pernah ku cerita kalau nak cari masakan, makanan pagi yang sedap kat Cameron Highland almost tak jumpa lagilah, itu kamilah. Sebab tu tiap kali naik Cameron Highland makan pagi kami masak, buat makanan sendiri lagi puas hati. Tapi untuk bab makan tengahari banyak sikitlah pilihan kat sana, kena pandai cari kedai makan je. Makan malam pun sama biasa kami buat steamboat kat bilik/rumah homestay je. Sejuk dah satu hal kat luar, nak bersiap-siap ke luar tu lah yang paling malas benornyee. 



Yang ku share ni pengalamanlah, yang tak pernah singgah makan, nak cerita macam mana, tak feel pulak, ahahaha. So kalau nak makan makanan yang mengenyangkan, puas hati, makanlah nasi Arab Al Raudah Arabian Food kat Tanah Rata. Lokasi kedainya mudah je. Dari bandar Tanah Rata tu, lalu depan balai polis, straight je sikit belah kanan ada deretan rumah kedai, kedai nasi Arab ni hujung sekali berdekatan CU mart, belakang Hotel Century Pines Tanah Rata. Nak senang bila order singgah makan nasi arab kat sinilah, cepat pun cepat. Yang penting memang nasi arab kat sini terasa rempahnya, menu pula ada pelbagai untuk sajian nasi arab. Tak nak makan nasi makan shawarma. Semua sedap. Nasi tak muak, rasa rempah arab termasuk daging/daging kambing/ayam memang terasa perapannya dengan rempah, takde rasa kosong macam certain tempat. 


Selain nasi dan lauk, tentulah sambal lada tomatonya yang sedap, cukup rasa lada, masam tomato. Kami kalau datang sini wajib minta cili hijau lebih, kasi padu dan ngam bila makan nasi selang seli gigit lada dan bikin menambah, grrr. Nilah yang buat punah diet, ahahha. Ohhhh dan yang lagi penting, harga nasi arab kat sini berpatutan dan dikira murah jugalah dengan portion yang di beri. Puas hati. Kedai bersih, teratur, dan tempat duduk makan selesa, tak bersempit-sempit. Pilihan kami yang anak beranak ramai ni, sebab tiap kali singgah takde lah ramai sangat orang sebab waktu/timing kami singgah luar dari waktu makan. Anak-anak pun selesa sebab takde pelik-pelik deco, simple tapi sangat okaylah. 


Kalau dah buntu sangat nak makan kat mana bila datang Cameron Highland, Al Raudah Nasi Arab ni wajib cuba, ku recommend sangat kat sini. Kalau jenis yang suka makan yang jenis lauk-lauk banyak bila waktu tengahari, ada juga restoren yang selajur je bangunan dengan kedai nasi Arab tu. Nasi Arab ni makan tengahari sesuai, makan malam pun sesuai. Tiap kali kami singgah sini, selalu je cakap, apesal takde orang ye, padahal sedap sangat menu-menu kat sini, kihkihh.