Pages

Pages

10.29.2020

Makan Steamboat di Rumah Lebih Selesa dan Puas Hati

Kalau bab makan steamboat ni memang minat kami laki bini. Sejak bujang sampai kahwin ada masa tekak terasa nak makan steamboat kami layan. Masa anak baru satu sempatlah sekali layan steamboat kat kedai, masuk anak dua dan berderet-deret sampai sekarang memang mimpi sajalah nak makan steamboat kat luar, boleh sangat tapi err takpelah, memang kami buat kat rumah sajalah. Kami sendiri tak selesa dan orang lain pun mungkin tak selesa tengok karenah anak-anak yang aktif ni. Jadinya nak makan bertenang-tenang, puas hati memang aktiviti steamboat atau grill ni kami buat kat rumah ni. Masa kat Banting dulu rumah ada ruangan belakang, so ada masa nak buat grill ke apa, guna ruang belakang untuk aktiviti bakar-bakar, kalau tak memang angkat periuk nasi buat steamboat kat ruang tamu. So bila pindah kami gunakan ruang makan dapur sajalah untuk bersteamboat pun seronok juga. 

So far kami suka dan selesa macam tu, tak payah fikir dah part anak-anak membuas, sebab kat rumah suka hati dioranglah nak buat apa, nak mewarna sambil tunggu makanan masak, nak main dulu ke, fleksibel dan kami laki bini pun boleh berborak santai-santai sambil makan. So anda yang anda kekangan atas pelbagai sebab tapi nak makan steamboat sebab best nampak orang makan steamboat ni, buatlah kat rumah, if nak ajak kawan-kawan, atau family lain pun seronok. Orang kata takde suasanalah macam tu, makan steamboat ni kan syok makan ramai-ramai, tu yang makin best makan kalau tempat yang ramai tu, yang tu maybe depends masing-masinglah kan? 


Bila dah jadi parents ni kami laki bini banyak belajar 'ilmu tassi(sebut dengan nada sabdu)" bak kata ayah, atau ilmu common sense, ilmu andaian. Dah ada anak-anak kecil ramai ni kita sendiri kena andaikan jika pergi sesuatu tempat atau mana-mana tempat, jangkaan perlakuan anak kita macam mana, yelah kita pasti tahu peel anak sendiri macam mana kan, so if apa-apa yang buat anak mula buat perangai, kita boleh ke hadap, macam mana nak kawal, andaikan tempat orang ramai, apa reaksi dan pandangan orang, adakah orang akan rasa terganggu dengan perlakuan anak kita dan macam-macamlah, so ilmu-ilmu sebegini pentinglah untuk parents. Yelah karang anak-anak buat pasal bising, huru hara situ sini, kita makpak buat bodoh as if nothing happen, sadis jugak ye macam ni. So ilmu tas'si ni bukan part yang tu banyak lagi bab-bab lain seperti kita sebagai anak, andaikan kita berada di tempat mak ayah kita, tengok anak-anak berjalan rata riti melancong, pergi situ sini makan sedap-sedap, pasti ada keinginan untuk turut serta. So kalau nak steamboat kat kedai rasa tak berbaloi pula sebab kos per kepala makan steamboat ni RM25 keatas biasanya, kalau bawa laki bini ok lagi, kalau anak-anak berderet macam kami ni, uii tak padan dengan yang dimakan, kalau orang belanja, okay sangatlah, kalau sendiri belanja, wakaka faham-fahamlah. Yang duit kepok-kepok takde masalah, yang macam kami ni kena kreatif banyak, yang penting happy, kan? 

Pernah terbaca kat mana lupa someone yang suka tanya soalan kat maknya yang sudah tua bagaimana perasaan kalau mak ayah anak yang pergi dulu, atau mak ayah yang pergi dulu, mana yang lagi sedih? Maknya jawab anak yang pergi dululah sebab matlamat ibu bapa adalah anak-anaknya, kalau anak yang pergi dulu, hilanglah salah satu matlamat terbesarnya. Lagi satu soalan, apa perasaan kalau anak-anak balik berkumpul bersama? Tak ingat dah siapa yang share, berbaloi ikut artikel yang di tulis, sebab buat kita berfikir dan buat yang terbaik sebagai anak dan juga sebagai mak ayah. Sungguh hidup atas dunia ni terpikul segala amanah atas kita, dalam pada melaksanakan amanah dan tanggugjawab pasti ada kurang dan lebih. Ilmu tas'si ni memang wajib semua tahu dan amal, even dalam rumah tangga sekalipun. Contoh lah macam bila dah kahwin, si isteri atau suami berkeras setiap kali raya wajib balik ke rumah keluarganya dulu, ada tau isu sebab ego, tak nak mengalah, then berpuluh tahun buat, sampai anak besar, anak perati apa yang kita buat, anak dapat pasangan, pasangan anak pula perangai sebiji macam kita dulu, apa perasaan kita bila anak buat macam tu, anak tak dapat balik sebab dah janji dengan pasangan? Kadang kita tak nampak dan rasa impaknya, tapi akan sedar bila diri sendiri pula lalui apa yang kita buat. Sebab tu apa yang kita buat sekarang jika melibatkan ramai orang terutama sekali ahli keluarga, fikir panjang dan banyak sabar. Orang tua kita pun tak selamanya ada, dan kita pun tak selamanya panjang umur. Nak tak nak sabar tu macam dah acara wajib dalam kehidupan, tak gitu. 


Emm tadi tajuknya steamboat, asal masuk part lain sudah, hahaha. So korang kalau nak bersteamboat atau buat Bbq kat rumah memang ngam sangatlah, tambah lagi kalau balik kampung,duduk berkumpul ramai-ramai dengan adik beradik, mak ayah, wajiblah buat aktiviti ni. Kos pun takdelah banyak sangat kalau buat kat rumah, lebih murah dan jimat, sos pun boleh buat sendiri ala-ala Johnny's tu. Mak ayah pasti suka tengok persepakatan anak-anak bila berkumpul. 

Selain dapat tukar suasana kat rumah, pastinya aktiviti sebegini dapat menghiburkan hati orang tua melihat anak-anaknya dapat berkumpul bersama. Percayalah masa ni mood orang tua berubah lebih positif, gembira, selera makan bertambah dan lebih banyak bercakap. Korang kalau jumpa orang tua yang suka bercakap tentang anak-anak janganlah mudah bersyak wasangka, negatif, "aa, nak tunjuk lah tu mana anak-anaknya yang paling power, hebat", percaya lah mereka takde benda lain untuk dikongsi melainkan berkongsi tentang anak-anak mereka sebab nak besarkan manusia dan jadikan anak 'manusiawi' bukan perkara mudah, anggap sajalah perkongsian mereka sebagai kata-kata semangat untuk kita yang bakal melalui proses yang sama seperti mereka. Raikan apa yang mereka kongsi. Sungguh orang tua akan bercakap benda yang sama 6491649kali bila bercakap, so do we too. Tengoklah kita masa kecil-kecil dulu beratus kali tanya benda yang sama, sabar je mak ayah layan dan jawab, samalah juga bila tiba waktu tua, ibu bapa pula bercerita perkara yang sama, apa nak susah, tadah saja telinga, dalam ceritanya pasti ada pelajaran, pengajaran dan iktibar untuk kita juga. Hargai lah masa yang ada dengan ibu bapa kita. Balik sekali sekala, berkumpul sekali sekala dengan keluarga jadikan satu acara berbeku dan steamboat. Lain macam auranya, selamat mencuba.