Pages

Pages

7.12.2019

Faridah Mentarang Bakar Sekincan-Pertama Kali makan Mentarang

Suatu hari datang ilham nak google pasal Kuala Selangor then naik kat google Restoren Faridah Mentarang Bakar, terus mata tertangkap menu belangkas asam pedas. Apalagi terus whatsapp suami, jumpa restoren yang ada menu belangkas dekat dengan Perak ni. Actually belangkas ni nak makan kes mengidam masa mengandungkan si Hajjar. Masa mengandung, sampai bersalin, tak dapat-dapat makan belangkasnya. Bukan takat mengidam makan belangkas, beronok jugak termasuk dalam list mengidam. Pastinya kedua-duanya makanan eksotik dan unik, bukan mudah nak dapat dan makan. Tapi itulah selera makyong ni, tekak rasa nak makan apa boleh buat kan? Habis berpantang, Hajjar pun dah setahun, lupa dah pun keinginan tu, tapi anak tak lupa agaknya. Hajjar dari mula pandai meniarap sampailah sekarang dah nak genap umur 2 tahun, air liur masih tak berhenti meleleh

          
Tengok Hajjar tu, mulut basah sentiasa, huu


Ingatkan dulu kes gigi nak naik, biarkan aje. Bila semua gigi dah tumbuh tetap jugak air liur dok menitik tak habis-habis. Baju tu dalam sehari wajib tukar berkali-kali kes basah air liur. So dok memang nak kena cari jugaklah buat rasa kat lidah ni. Entah sedap entahkan tidak, tapi masa mengandung bendalah tu kita dok tilik, tengok berkali-kali kes terliur nak makan. Sudahnya gitulah jadinya. So alang-alang ada yang buat menu belangkas ni, kami plan hujung minggu baru ni pergi Sekinchan untuk makan kat Restoren Faridah Mentarang Bakar ni. First time jugak kitaorang lalu highway baru dari Teluk Intan ke Sabak Bernam, memang shortcut betullah, jimat masa kitaorang atas jalan, jadinya memang banyak kalilah boleh pergi balik Kuala Selangor ni sebab makin dekat. Antara kawasan Selangor yang jadi feberet kitaorang laki bini memang Kuala Selangor. Masa duduk Banting dulu Kuala Selangorlah tempat paling kerap kitaorang pergi sebab suasananya dan tempat makan sedap.





So even bertolak dah hampir nak ke tengahari sempatlah kitaorang sampai sana sedang elok masa orang azan Zohor, kedai pun tak penuh lagi dengan orang. Sampai je wajiblah tanya belangkas ada ke tak? Belum rezeki tekak ni agaknya, musim belangkas bertelur tak sampai lagi, jadinya menu tu takde, supplier tak hantar belangkas. Sambung kempunan lagi. Alang-alang dah sampai situ takkanlah nak balik dan cari restoren lain. So terus makan tengahari kat situlah kami hari tu.


Hajat nak makan belangkas tertukar jadi makan mentarang. Sejujurnya walaupun dah banyak kali kitaorang lalu lalang kawasan situ, even nampak orang jual mentarang, tak terdetik pun kat hati dan tekak ni nak merasa mentarang. Rupa pun tak tahu lagumana. Yang tahu pasti lebih kurang kepah kerang. So hari tu rezeki kenal dapat makan mentaranglah kami semua. Pertama kali buat kami laki bini dan anak-anak. Suami order mentarang bakar, mentarang celup tepung, sup sayur, telur dadar ikan bakar dan paling special cuba siput kunyit. Pun pertama kali kami tengok, kenal dan makan.





Sambil tunggu order siap macam biasa anak-anakku sampailah mana-mana pun tandas diorang cari, nak kencinglah, nak beraklah. Tak rasmi tandas tu memang tak sahlah. Suami balik dari tandas bagitahu kat belakang restoren tu punya banyak mentarang yang diorang bela. Geram tengok, so suami cakap kalau sedap bolehlah beli yang mentah nanti.











Tak sampai 15minit, order kami sampai, wallah memang cepat sangat kot, rasa baru dok gaduh dengan anak-anak nak korek isi air kelapa, alih-alih lauk dah sampai. Apalagi semua pakat kalut nak makan. Menu yang diorang makan dulu mentarang, uii Harraz Haddad seia sekata cakap sedap mentarang celup tepung. Kami laki bini cuba, memang sedap sangat mentarang celup tepung tu. Sepinggan tu tak sampai 10minit licin, suami order satu pinggan lagi sebab anak-anak nampak berselera makan.


Siap makan, anak-anak yang kecik pulak berak berjemaah, so gilir-gilir pulak suami basuh berak anak, tukar pampers. Nak keluar memang best, masa bujang berdua dulu tak fikir panjang nak gi memana. Dah ada anak ni, nak gi memana memang banyak benda kena consider tambah anak ramai macam Ika ni haa, mbahahah. Even masuk mall pun perkara dan tempat terakhir yang kami fikir nak pergi. Even nak makan kat restoren pun kena tengok restoren macam mana, nak pergi masa mana. Nak pergi restoren tengah viral? Tengah hot femes? Memang tidaklah sesekali masuk list kami. Biasa kami singgah kedai yang takde orang, pelanggan sikit, bab sedap belakang kira, asal semua kenyang je.


So tengahari tu memang nasib baik kamilah sebab tak ramai kat restoren tu, maybe dah habis demam viral kot. Kami makan pun bertenang-tenang sambil layan anak-anak. Siap makan tu terus cari masjid untuk solat siap-siap, sekarang memang tu pesen kami, asal masuk waktu memang takleh delay lama, kalau boleh seawal yang boleh solat tambah lagi kalau dalam perjalanan. Bila settle solat baru rasa lega, tak terkejar-kejar dalam urusan. Selesai solat suami nak cari stok ikan kat jeti tanjung karang. So dari restoren tu sempatlah singgah tempat kesukaan kami kat Sekinchan tengok sawah padi, unlucky orang baru sudah menuai padi. Pusing-pusing sekejap terus direct ke jeti beli stok lauk basah. Kalau nak lagi best dan fresh memang kena cari kat Pasar Pasir Penambang, lebih banyak pilihan. Siap borong teruslah kitaorang bertolak balik, takut lewat sampai rumah. Alhamdulillah on the way balik tu suami singgah beli mentarang mentah. Tak beli kat Faridah restoren tu sebab kami agak tempat lain mungkin lebih murah. Memang betul pun agakan kami sebab bila tanya sekilo berapa lebih murah kurang RM10 dari beli kat restoren. Suami tapau beli sekali dengan adik beradik kepah/lala tak ingat dah apa namanya.


Sampai rumah dah hampir maghrib. Siap-siap mandi, solat, terus masuk dapur bersilat, buat mentarang celup tepung versi kat rumah pulak. Makanan laut ni bukan boleh simpan lama, so dalam masa terdekat kena habiskan jugak, kalau tak isinya pun dah rasa lain kalau lama sangat kat dalam freezer. Masa makan-makan tu sempat bagitahu suami,




"abang cerr tengok mentarang ni macam rupa apa? Macam rupa sperma kan?", "mesti bagus untuk hasilkan sperma yang sihat dan berkualiti, kaya dengan zinc nih" sambungku.

"Betullah tu", suami sambut, "Allah dah sediakan yang elok-elok dah untuk kita makan, carrot untuk mata, seleri untuk tulang, yang nak ikhtiar subur patut cuba mentarang ni kan, bang?kot-kot diorang pun tak tahu, yelah kita pun first time tengok dan makan ni" panjangku bebel.


Hari tu memang puas hati betullah kitaorang makan mentarang, korang pun patut cuba, lagi puas makan memtarang ni dari kerang. Sedap pun sedap sangat. Versi makan kat rumah Ika buat celup tepung je mentarang tu, rebus dan perisikan lepas tu celup tepung, lala plak masak serai lepas makan nasi gaul Kimchi Budu, wallah memang masyukkk sedapnya. 



Faridah Mentarang Bakar
9Julai 2019