Bako-Bako Resto Lumut

11.04.2025

Ingat lagi tak cerita aku pergi Sabah, tak jumpa latok ataupun memang masa tu kitaorang dah kenyang amat sampai tak nak order tambah dah, dulu seingat aku masa mula-mula sampai Sabah, mak saudara aku buat kerabu guna rumpai laut sabah, sedapnya Masyaallah, masa aku tengah taip ni tiba-tiba rasa terliur amat, aah terus pi shopee order rumpai laut, even tak fresh, bolehlah ekk buat hilang rasa nak makan rumpai laut. Nak pergi Sabah harga ticket dah macam pergi Korea. Ya ampun, mahal gilos. Jadinya sambung balik ceritaku, nak dijadikan ceritakan suatu hari tu kami sampai kat Lumut. 





Nanti aku recall jap camne boleh sampai Lumut, atas asbab apa?hmmm..aku rasa memang nak pergi Lumut kot masa tu,kes nak makan ikan bakar, nak pergi Perlis tak padan pula, jadi kita cari yang dekat, memang tuju ke tempat makan namanya Bako-Bako Resto ni, asal tak pernah tahu kewujudannya eh, masa pergi Pangkor aritu takde pula ternampaknya kedai makan ni, ahhh layans. Kami sampai dah memang petang dah, anak-anak nak makan western, aku dah nampak latok, ikan bakar kemana, tak terfikir dah, ambil latok aje, ambil satu plate aje sebab tak tahu lagi okay ke tak? Bila makan, sedaplah pula, crunchy dan fresh, untuk western food ku tak recommend sangat, sedap tempat lain lagi sebab menu western kat sini takde rasa rempah dan plain taste, kuah black pepper pun tak capai piawaian. Tapi untuk makanan bakar-bakar ku sangat recommend, sedap. Aku order ikan siakap bakar, sotong celup tepung dan ketam masak buttermilk. Cuma kecewa bab nak makan ketam depa tak ketuk siap-siap part yang keras dah payah nak makan tapi banyak isi, kat sepit ketam tu. Aku punya panjang bebel, pasal si budak Hajjar ni, memang pantang kalau datang tempat bakar-bakar ni, dia punya order tak lain tak bukan ketam. Aku bukan tak nak order, tapi makan ketam ni, leceh benor. Kalau kat rumah berekor-ekor pun takpe, sabar lagi nak hadap. Banyak masa terbuang kes nak kopek kulit ketam dan cari isi. Malam pula tu. Kat kedai, takleh freestyle mengopek kulit ketam, kena ala-ala santun gitu,hallah.


Haisshhh, datang second time aku dah warning siap-siap kat anakanda nan sorang jangan nak order ketam, benda lain okay, so jadilah order udang pula, pun tolong depa kopek kulit juga, sabor jelah. Tapi untuk kali kedua punya hamak, laki aku order latok 3 pinggan terus. Terkejut aku, apekehal yang banyak sangat ni, rupanya satu pinggan tu aku sorang je makan kali ni,wakakka. Eh bukan satu pinggan, dua pinggan. Latok kat sini fresh, tak hanyir, tu ja aku boleh cakap, kalau tak camnolah daku boleh layan makan, macam rumpai laut sabah yang macam akar kayu tu, tak reti buat, hanyir tak boleh telan ye. Memang sedap kalau buat kerabu, yihhh, menjejes teringat kesedapannya. Ada satu lagi makanan sabah aku suka, tapi bau dia masyaallah, ada orang terus tak jadi makan bila bau, bau macam kumbang kecik warna hitam tu, tapi aku suka sangat sambal tu, sedap wehh, gaul dengan nasi takpun makan dengan ikan bakar,asikkk. Yang jeruk tu memang power betul rasa. Aa, baru mai teringat jeruk tuhau namanya, terus aku masukkan dalam cart, muahaha, cemtu nak gemukkan diri sendiri,Allah.



Kali ni try siakap masak stim pula, dan sotong buat dua version, celup tepung satu dan bakar sambal, ermm...memang sedap ye, puashati makan. Ohh baru mai ingatan bawa makan mula-mula kes raikan anakanda kedua dapat best result untuk UPKK, tak sehebat orang lain pun tetap kena raikan, kena appreciate effort anak-anak. So memandangkan masa tu abang sulungnya takde, tak balik, maka kami bawa lagi untuk abangnya merasa sama. Puashati tengok anak-anak makan, licins semua makanan. Alhamdulillah.


Memang masakan bakar-bakar kat sini sedap, dan timing kami datang awal biasanya kat sini, kedai buka, kami dah sampai. Even tak ramai orang, part menunggu makanan kena banyak improve lagi kot nah, sebab paling kurang setengah jam ke empat puluh minit kami tunggu, kalau ramai tak tahulah camno ek, tu kena datang awal, takdelah aku dan anak-anak sempat merentan kes menunggu lama, alhamdulillah setakat pergi dua kali tu dua-dua puashati asbab masakannya sedap, dan paling penting semua seafood kat situ segar bugar termasuk Latok, jadi takde reason tak repeat, eh? Kalau korang dah lapar benor, tak recommendlah datang sini, sebab part menunggu untuk orang yang sabar saja, tak pasal jadi harimau jadikan kes menunggu aje, perut dah lapar benor, datang pula dengan group besar, berasap telinga. Ye dak?



Memang ku kasi bintang penuh untuk view dan tempat makan, open air, tepi pantai, syahdu betul menikmati waktu petang. Makanan bakar-bakar semua masakan sedap except western food, moga ada penambahbaikan, sama juga dengan part waiting time lepas order tu, otherwise aku tak kisah nak merepeat lagi asbab makanan sedap terutamanya Latok ,kihkih. Even kat sini lauk seafoodnya dah segar, laki aku cakap, level fresh tu takleh lawan yang kat Perlis lagi, kihkih. So macam mana ni?ke Perlis ka kita?


Xoxo,
Seafood lover