"Ikah, kahwin nanti dapat anak, kasi anak bergantungan kat kaki ayah dia" dekahh ku gelak ngomelan cik yah. Tersenyum teringat kenangan yang satu ni dengan arwah mak saudaraku yang paling comel, boleh kata kembarku, pasal seiras mukaku dengan arwah. Ku ingat masa anak-anak mak saudara ku ni kecil berderet macam daku, rilex, chill, tak stress pun nampak, ku tanyalah macam mana? Sibukkan ayahnya. Mak saudaraku tak pandai bawa kereta, orang yang paling sibuk tentulah suaminya, hantar ambil mak saudaraku balik kerja, urusan anak-anak semua pak saudaraku selesaikan. Tengok pak saudaraku dalam bebel lucu dan kelakar juga. Sebab selalu makan sedap mak saudaraku masak.
Ku masih ingat setiap kali pergi rumah mak saudaraku, yang paling sibuk tentulah mak saudaraku, pasal dia tukang masak, cakap je nak makan apa, kalau tak rajin dia tapaukan siap-siap makanan kat kedai untuk jamu anak-anak saudara yang datang ruamh, memang kerjanya jamu orang makan je, sebab suka masak dan raikan tetamu. Yang paling kedua sibuk tentulah lakinya mak saudaraku, jaga anak-anak. Mana tak senyum mak saudaraku, dari anak-anak lahir, kecil, tukang basuh berak, buat susu anak-anak semua suaminya yang settlekan, sebab tu anak-anak memang pantang nampak muka bapak, memang kena serbu macam fans kpop tengok BTS. Peminat, fanatik boleh kata anak-anak memang bergentayangan kat kaki bapaknya, hahaha.
Mak saudaraku? Lawakan diri, happykan diri, belanja diri, urusan kekemasan rumah dan almost hidangan untuk laki dan anak-anak dari air tangannya. Suami banyak bantu uruskan anak-anak, jadi banyak lah leganya. Tu pasal bila arwah mak saudaraku meninggal, alhamdulillah pak saudaraku bab jaga anak-anak tiptop, semua dah jadi anak dara besar remaja dah, tapi stay single sampai la, tak jumpa lagi pengganti mak saudaraku yang comel. Ada betul juga nasihat arwah mak saudaraku, sibukkan lelaki dengan anak-anak. Bagi cramp jadual lelaki qawwam. Kasi padat masa dan urusan, duit pun sama habis kat bini, duit laki bini punya, duit bini, bini punya, hahahaha.
Seawal lima ke sepuluh tahun fasa kenal dan adaptasi, rasa macam dah kenal dan faham benorr, tapi tidak, macam dah tahu benar, tapi rupanya khayal seorang. Kita kata macam tu. Dia kata lain terus. Nak memahamkan seseorang lain, lain jantina, lain didikan, lain cara kehidupan, lain tingkahlaku, bukan senang. Melainkan Allah satukan hati masing-masing, titiktemu yang sebenarnya, situlah. Lima ke sepuluh tahun ni ku kira fasa bergaduh berbaik bergaduh berbaik, sebab dalam fasa ni banyak cabaran tambah kalau ada anak kecil tambah berderet macam dakulah. Ni memang fasa letih jelirr orang kelate royat, dua-dua letih penat kalau dua-dua involved, kalau tak sorang je yang tanggung letih, either laki tak pun bini. So cooperatelah, kasi dua-dua letih, baru tak mengungkit.
Dalam tempoh sepuluh tahun ni Allah kasi lima ke enam anak, how can I manage them all tanpa bantuan suami, even suami bantu pun kadang rasa crack emosi dan otak. Gaduh lagi. Dalam pada crack emosi datanglah teringat susuk cinta hati pertama dalam hidup, ayahku. Dalam pada lelaki yang ku cintai sekarang, takde contoh terbaik dalam menyantuni seorang isteri. Tentulah ayahandaku. Ku bersyukur aku antara anak perempuan bertuah sebab punya ayah terbaik dalam hidupku bagi panduan, bagi pelajaran, bagi pengajaran. Cinta dan kasih sayang seorang ayah, sememangnya impak besar untuk seorang anak perempuan. Tak semua bertuah untuk punya seorang ayah yang terbaik, kerana dalam terbaiknya seorang ayah, ada juga yang tega membuat tahiii.
Boleh kata fasa lima ke sepuluh tahun berumahtangga fasa pening lalat nak serasikan peel masing-masing, nak rendahkan ego masing-masing, fasa nak one two som lagi siapa nak basuh berak anak-anak, layan anak-anak bila nak rest, fasa nak terima habit buruk masing-masing, fasa nak hadap busuk kentut masing-masing, fasa nak memahamkan selera tekak masin kelat, fasa nak bergaduh berbaik dengan solusi, fasa nak adjustlah lebih kurang. Mantap dan padu betullah bila fasa macam gini dia punya cabaran, boleh pula ditambah lagi satu pening lalat, saru ku memikir, apa yang di nak sebenarnya dalam hidup ni, mungkin fasa cari pasal agaknya.
Apapun, ku ingat pesan arwah mak saudaraku yang satu ni, yang ni ku simpan sendirilah, next time kalau ada hati nak share, ku taip, banyak sangat contoh kebaikan yang dia buat, tapi tak mampu lagi ku ikut buat, moga ada kekuatan untuk berbuat kebaikan sepertimana yang ditunjukkan. Betullah jadi suami isteri dan ibu bapa untuk anak-anak bukan untuk mendidik mereka sebenarnya, tapi lebih mendidik kita untuk diteladani untuk anak-anak sepertimana ayah, mak buat. How can't I adore them? Miss them. Bab urusan rumahtangga ni, serah jelah kat DIA, tempoh besarkan anak-anak ni memang takde daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. Penattttt. Apatah lagi nak jaga tok laki. Biar jelah kalau dah nak cari pasal. Hati manusia takde siapa boleh pegang kalau dah beralih kat lain. Kita ubati diri sendiri dan move on. Moga hati yang terluka membaik dengan perkara yang lebih baik dan indah.
BERSYUKUR JIKA ISTERI ANDA BF ANAKTadi pergi kedai beli roti dan telur.Masa nak bayar terpandang harga susu ni.Sampai 200++ 😳😳😳Banyak pengajaran dengan sekali pandangan ni..1. Bersyukur la jika isteri anda susu badan anak - anak. Say thank you for your wife being breastfeed mom to your kids.2. Betapa hebatnya ciptaan ALLAH. Nak buat susu formula yang terbaik tak kan sama dengan susu badan ciptaan ALLAH.3.Pasangan yang dah berkahwin atau sedang mengandung tambahkan ilmu tentang penyusuan bayi. JANGAN bila dah bersalin baru nak start membaca.4. Ilmu penyusuan ni bukan datang dengan sekali bacaan. Kursus dekat hospital pun 20 jam tau!5. Perlu ada kewangan yang kukuh. Bayangkan nak beli susu ni je dah 200. Tak tau berapa lama boleh tahan. Kalau sebulan? Setahun? Baru susu tu.. Belum cerita pampers lagi.6. Perlu ada ilmu tentang family planning.7. Ada juga case yang ibubapa dah usaha, tapi masih tak berjaya untuk BF. Ini bab rezeki. Tapi usaha perlu cukup ye.Apa pun moga ALLAH mudahkan urusan ibu yang nak BF anak dan murahkan rezeki keluarga yang sentiasa berusaha..Persoalannya..Kalau 400 sebulan.. x 12 bulan.. x 2 tahun... x 4 orang anak..Dah RM 38400 ni..Perlukah suami hadiahkan gold bar 150gram pada isteri ?
Kredit:MohdKhairilMustafa
Sebut nasi Arab ni, most favorite kami sekeluarga. Memang once a time atau terasa nak makan nasi Arab kami makan kat Cameron Highland. Jika balik kampung ikut Cameron Highland pun, antara Restoren yang kami singgah kat sinilah, nasi Arab Al Raudah Arabian food. Nak cari nasi Arab sedap dan kena dengan tekak memang agak payah, since dah bermacam kedai Arab kami cuba(mana tak berat naik badan tu, asyikkk makan je kejenya) ada 4 tempat aje yang kami repeat, mostly repeat kalau berkebetulan sampai kat tempat yang ada nasi arab kami suka tu. Next time lah ku senaraikan.
Ni nak cerita nasi Arab kat Cameron Highland dulu, macam mana kami tercuba makan. Cameron Highland ni kalau makan, salah pilih, tak survey dulu memang cantas korang punya poket, beg duit pun rabak kes makan saja. Kalau sedap takpe, kalau tak sedap tu rasa ralat, rasa tak baloi, rasa ruginyaaa. Macam tu lah bab makan kat atas gunung ni, rasa pernah ku cerita kalau nak cari masakan, makanan pagi yang sedap kat Cameron Highland almost tak jumpa lagilah, itu kamilah. Sebab tu tiap kali naik Cameron Highland makan pagi kami masak, buat makanan sendiri lagi puas hati. Tapi untuk bab makan tengahari banyak sikitlah pilihan kat sana, kena pandai cari kedai makan je. Makan malam pun sama biasa kami buat steamboat kat bilik/rumah homestay je. Sejuk dah satu hal kat luar, nak bersiap-siap ke luar tu lah yang paling malas benornyee.
Yang ku share ni pengalamanlah, yang tak pernah singgah makan, nak cerita macam mana, tak feel pulak, ahahaha. So kalau nak makan makanan yang mengenyangkan, puas hati, makanlah nasi Arab Al Raudah Arabian Food kat Tanah Rata. Lokasi kedainya mudah je. Dari bandar Tanah Rata tu, lalu depan balai polis, straight je sikit belah kanan ada deretan rumah kedai, kedai nasi Arab ni hujung sekali berdekatan CU mart, belakang Hotel Century Pines Tanah Rata. Nak senang bila order singgah makan nasi arab kat sinilah, cepat pun cepat. Yang penting memang nasi arab kat sini terasa rempahnya, menu pula ada pelbagai untuk sajian nasi arab. Tak nak makan nasi makan shawarma. Semua sedap. Nasi tak muak, rasa rempah arab termasuk daging/daging kambing/ayam memang terasa perapannya dengan rempah, takde rasa kosong macam certain tempat.
Selain nasi dan lauk, tentulah sambal lada tomatonya yang sedap, cukup rasa lada, masam tomato. Kami kalau datang sini wajib minta cili hijau lebih, kasi padu dan ngam bila makan nasi selang seli gigit lada dan bikin menambah, grrr. Nilah yang buat punah diet, ahahha. Ohhhh dan yang lagi penting, harga nasi arab kat sini berpatutan dan dikira murah jugalah dengan portion yang di beri. Puas hati. Kedai bersih, teratur, dan tempat duduk makan selesa, tak bersempit-sempit. Pilihan kami yang anak beranak ramai ni, sebab tiap kali singgah takde lah ramai sangat orang sebab waktu/timing kami singgah luar dari waktu makan. Anak-anak pun selesa sebab takde pelik-pelik deco, simple tapi sangat okaylah.
Kalau dah buntu sangat nak makan kat mana bila datang Cameron Highland, Al Raudah Nasi Arab ni wajib cuba, ku recommend sangat kat sini. Kalau jenis yang suka makan yang jenis lauk-lauk banyak bila waktu tengahari, ada juga restoren yang selajur je bangunan dengan kedai nasi Arab tu. Nasi Arab ni makan tengahari sesuai, makan malam pun sesuai. Tiap kali kami singgah sini, selalu je cakap, apesal takde orang ye, padahal sedap sangat menu-menu kat sini, kihkihh.
Rezeki yang Telah Dijamin“Tidak ada satu mahluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya”(Q.S. 11: 6)Rezeki Kerana Usaha“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya” (Q.S. 53: 39)Rezeki Kerana Bersyukur“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu” (Q.S. 14: 7)Rezeki Kerana Bertakwa“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (QS. At Thalaq: 2)Rezeki Kerana Istighfar“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta” (QS. 71: 10-11)Rezeki Kerana Menikah“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan karunia-Nya.”(QS. An-Nur: 32)Rezeki Kerana Anak“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”(QS. Al-Isra: 31)Rezeki Kerana Sedekah“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak” (QS. Al-Baqarah: 245)
Cerita kami yang paling ingat sampai laa bila balik kampung bawak duit cash RM50 ja masa arwah abah tetiba jatuh sakit, tawakkal betul time tu, pinjam kereta Viva, duit dalam touch & go dan duit minyak cukup-cukup untuk pergi dan balik. Alhamdulillah sampai, dan balik elok je, siap berganda pulak dapat bekalan makanan, dan bermacam lagi tak boleh nak fikir lojik kita bab rezeki ni. Memang luarbiasa. Bila datang bermacam alasan, though yang bukan-bukan untuk kami tak balik kampung, masa tu lah kami balik. Jenis reversed physco jugak, ahahhaha. Apapun merasa cukup dengan apa yang ada pun rezeki besar dah rahmat, alhamdulillah. Rezeki masih beribu bapa hingga kini pun alhamdulillah. Nikmat luarbiasa.
Betul ka, kalau kita ada anak satu dua, tak layak nak nasihat orang anak ramai? Habis macam mana yang kalau ada anak tunggal, terus tak layak nak cakap apa-apa ke pengalaman, tips apa semua? Tak fair kan hidup? Sebab tu dalam islam ada istilah lapang dada, ihsan, empati dan bermacam lagi akhlak untuk kita apply dalam kehidupan. Sebenarnya dalam hidup ni tak kisah tips apa-apa applylah mengikut kemampuan dan keberadaan diri sendiri, bukanlah memaksa diri rigid mengikut tips yang kita banyak baca, dan ikut apa yang orang lalui, ambil sebagai panduan supaya kita bukan menonong buat sesuatu.
Kita semua tak sempurnakan, begitulah bab tips-tips, tips ni datang dari teori dan pengalaman, tapi bab praktikal orang yang akan dan lalui sajalah tahu bagaimana ia dilaksanakan, sesuai ke tidak,kalau buat kita makin stress, tak sesuai lah tu, kalau buat kita makin mudah uruskan anak-anak, haa baguslah tu. Kita sebagai pembaca ni bijak dan pintarlah dalam buat keputusan nak buat ke tidak, nak teruskan ke tidak, nak ikut ke tidak, ilmu ikut-ikutan tidak berguna hatta tak bermanfaat jika menimbulkan guru hara akibat melainkan go deep dan betul-betul fahami apa yang realiti didepan mata, teori pastinya jauh panggang dari api dengan apa yang praktikalnya.
Tambah pula tips bab anak-anak ni, tak semua terpakai untuk kita buat, apply. Anak satu tak sama dengan anak tiga, anak sepuluh tak sama dengan anak lima, semua berbeza. Ragam, kelakuan, mindset, suasana, dan pelbagai lagi faktor yang membezakan kita semua. Sampai satu masa, kita rasa kita dah buat betul, orang lain semua salah. Bab anak-anak ni kita buat jelah apa yang kita rasa terbaik supaya anak kita boleh berada dalam masyarakat dan bersedia bawa diri, jaga diri dan tidak beri kesan buruk kat orang lain hatta diri mereka sendiri sekalipun, mereka dapat berdepan dengan pelbagai tingkahlaku pun dah okay sangat, kelakuan masyarakat yang semestinya berbeza dari diri.
Tak mudah ye zaman sekarang, tetiba kita nak salam dengan orang yang tak kenal pun kena tuduh bawak virus dulu-dulu, anak-anak kat sekolah pun diperingatkan sebegitu kat sekolah dalam tempoh lama juga siap kena marah lagi bila hulurkan tangan, hingga hilang sudah common sense bila jumpa orang tua, kena bersalam. Tetiba juga kena kata anak-anak muda sekarang takde adab jumpa orang lebih tua even yang tak dikenali tak bersalam sedangkan kita jugalah yang cuba menormalisasikan benda tu kat anak-anak kecil, even tempohnya sekejap, tapi impaknya bukan sekejap. Begitulah, kadang orang tak nampak puncanya, tahu nak judge saja. Tak lagi bab lainnya, sudahnya di tuduh ramai anak-anak muda hilang common sense. Makanya keluarlah pelbagai tips dari syurga belaka, tak ingat dah apa realiti yang kita buat, berbelit-belit.
Pengalaman daku anak dua dengan anak enam memang jauh beza bagai langit dan bumi, bila mak-mak anak satu atau dua mengeluh, mulalah yang ramai anak merentan kata depa lebih perlu mengeluh dengan apa yang depa hadap, haiihla. Bila yang anak satu dua kasi tips, yang anak ramai mulalah menyindir perli tak layak untuk bagi pendapat, pengalaman. Toksiknya mereka yang sebegini, tapi alih-alih depa play victim kata orang toksik, part dia bertoksik dia buat buta. Tak kira apapun situasi keadaan, pengalaman, pendapat, raikan sajalah. Bergaduh-gaduh ni nak kemana? Tapi tak nak, nak juga berbalas-balas. Entahla labuu, bila fikirkan masa kat dunia tak lama mana, cepat-cepatlah kita ignore, jauhkan diri dari situasi tersebut tak kira di alam maya atau di realitinya.
Ku pernah dengar ye orang tua macam mengejek-ngejek mak muda, alah baru anak dua dah tak reti jaga diri, tengok yang tu anak sepuluh pun macam anak dara lagi (pasal yang ditengoknya si fulan tu dulu kurus keding, muka flawless) bila anak dua 360° darjah jadinya. Ku geram nak menjawab bagi pihak si fulan, tapi memikirkan orang tua zip mulut, ikutkan hati dah penampor tawar sedass. Mana tak membara, iols pernah lalui pengalaman anak satu, dua sampai enam, the struggles handle two kids bukan kaleng-kaleng ye, kalah anak enam, sungguh. Lagi pulak kalau yang jenis,"eh, baru anak satu, dah macam-macam nak bagitahu orang". Ya Allah tolong sabarkan daku jumpa manusia sebegini. Apapun hidup bercampur gaul dengan kepelbagaian spesis keturunan manusia ni macam tulah, sebab tu dalam Al-Quran banyak sebut bab sabar ni, ganjaran orang bersabar bukan kaleng-kaleng. Bersabar dalam berpenat-penat pun, duniakan tempat untuk berpenat-penat.
Begitulah bab tips ni, terguna pakai bilamana sesuai dan pemudahcara namun, perlu juga disesuaikan dengan realiti hidup hari-hari sebab semuanya tiga ratus enam puluh darjah berbeza. Nak tegur tak semua mampu terima, tak tegur kang, melarat-larat lurus bendulnya, so pandai-pandai sendiri lah jadi bijak pandai dengan terus mencari gali ilmu, kerana ilmu itu cahaya, tapi kalau dah hati keras macam tembok, cahaya pun tak pass nak lalu macam mana? Usahalah kikis tembok kasi runtuh, yang penting kita as parents sentiasalah belajar perbaiki diri, datangnya anak-anak untuk kita bukan untuk kita ajar anak-anak, tapi ajar diri supaya diikuti anak-anak untuk teladan kehidupan mereka pula. Hidup jangan jadi macam ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul. Kena ingat kita ni pun akan menjadi pelajaran atau pengajaran untuk orang lain. Choose wisely, learn, do better.
Cerita tentang binatang atas daratlah pulak, habis cerita binatang dalam laut, sambung cerita binatang darat pulak. Dalam banyak-banyak Nikmat makan, ku syukur sangat Allah kasi nikmat boleh makan daging kambing, sebab memang ada ye orang yang tak boleh telan daging kambing, hamis dan berbau pelik. Ada macam-macam, ada yang makan jadi pening, ada yang makan naik darah, tapi alhamdulillah daku kalau makan daging kambing, bertambahlah jawabnya, tolak batu kayu je, ahahaha. Yang halal, sedap, rugilah tolak.
Anak-anak pun sama ku dah ajar depa makan daging kambing masa kecik lagi, pun jadi favorite depa gak lerr. Mungkin kita pernah lalui saat sukar, nak merasa daging kambing ni tak mudah ye. Sama macam daku, that's why sangat menghargai makanan, ku masih ingat lagi kambing tersedap yang pernah Ku makan dulu, dengan view satu KL yang cantik, masih melekat diingatan rasa kambing tu. Lamb Shank namanya, kat Restoren Haven ampang. Dah tak wujud pun Restoren tu, tutup akibat dek tanah runtuh kawasan tersebut. At least pernah ada kenangan melihat pemandangan malam kat sana sambil menikmati daging kambing yang sedap. Masyaallah. I love city view, sekali sekala, the lights, the noise tapi tak boleh lamalah. Sehari dua okaylah.
Dan kedua rasa kambing sedap dekat Restoren Al-Rawsya. Sekarang kambing bakar favorite Pak Mat Western la setakat hari ni, bukan sebab apa pun, sebab antara daging yang lembut, empuk bila masak. Ku dah banyak juga makan kat cafe dan restoren yang serve lamb grill, kebanyakannya mengecewakan sebab almost keras nak tercabut gigi bila makan, tak lagi bab kunyah, lenguh habis rahang mengunyah untuk kasi telan. Rasa not worth it sekarang kalau pergi cafe lah apa pun, hipster tak hipster yang ada lamb grill, memang buat rugi je kalau order lamb grill.
So the best and worth sekarang beli kambing pak mat western je. Certain orang mungkin tak masuk lah sebab perapan kambing Pak Mat Western agak manis jugak bagiku, tapi still okay, boleh adjust rasanya. Sepaket pun puas hati, untuk kami satu family lapan kepala yang semuanya suka kambing, 2 paket 500gram kambing perapan dah mencukupi, sedang elok, harga 2 paket tak sampai seratus pun. Buat potato mash, fries, salad sendiri, dah lengkap satu hidangan kambing grill sepinggan sorang, memang jimat.
Pernah juga ku beli kambing frozen yang siap potong tu, konon nak perap sendiri, apa tak sedap wehh, sebab bau hamis tak hilang dan kuat jugak baunya. Entah camnelah Pak Mat Western buat hilang bau tu. Lepas pada try buat sendiri tak jadi, senanglah sekarang, beli yang dah siap perap je lah, settle! Buka paket bakar je.
Pernah buat kambing bakar masa aqiqah anak, seekor tak cukup ye, dua tu sedang elok, punya ramai rupanya peminat daging kambing ni, lagi pulak yang bakar. Kalau nak jamu kambing, family ku saja pun dah seekor, tak campur jemputan lagi, punya ramai anak-beranak. Tapi time jamu kambinglah, jemputan memang ramai yang datang, kira special betullah bila jamu kambing ni. Nak makan kambing kat kampung, tunggu masa aqiqah anak-anak lerr.
Sekarang asal cerita nak makan kambing bakar cari je kambing perap Pak Mat Western. Apapun ini bukan iklan berbayar, just sharing kesedapan dan puas hati layan makan kambing Pak Mat Western. Hahh, bab makan ni ada je ideanya kan? Pastu bilang nak kurus.....
Rintik-rintik hujan memang membahagiakan hati. Sekarang musim hujan kan? Ku tak tahu nak cakap tentang perasaan kat hujan ni, ada orang suka dan tak suka bila musim hujan, lecah, renyah, basah, yang pasti ada yang tidak menyenangkan dan komplen bila hujan turun. Ku pun kadang terkeluar bab komplen bila cuaca basah, kain payah keringlah, lantai kotorlah, macam-macam kadang-kadang terlepas kat mulut, kat lintasan hati, astaghfirullah, huu. Manusia cemtulah time panas berdenting, minta hujan, time hujan minta panas, paggg kan! Tak pernah elok apa yang jadi. Sedangkan hujan ni banyak nya nostalgia dan memoriku.
Dalam banyak-banyak memori paling ingat masa umur darjah empat ke lima, ku pergi ke padang(bukan padang sekolah) hanya panggilan untuk hujung jalan kampung ku melalui sawah-sawah padi hingga ke hujung jalan yang disambungkan dengan jambatan menuju ke kawasan sawah padi yang lagi luas (kami bahasakan padang) . Disuatu suatu hari yang cerah, petangnya angin mula bertiup sederhana, dan awan mula bertukar dari putih ke warna kelabu gelap, tapi hujan tak turun lagi, daku dengan pak saudara yang bisu, berjalan kaki ke padang, cuaca dan suasana ketika tu sangat membahagiakan, ku depangkan kedua tangan sambil menikmati angin sepoi sambil tersenyum. Sambil tu jugak " Pokdik, buat camni" sambil suruh pak saudara depangkan tangan juga sambil berlari pusing-pusing menikmati angin . Pokdik hanya mengikut dan terkekeh-kekeh ketawa mengikut kelakuanku. How can't I describe the feeling, yang pasti alhamdulillah for that feeling and memori, masih kuat melekat kat jiwa dan sanubari, bila nak balik tu hujan lebat turun, kami berdua berjalan, kadang berlari anak menikmati hujan sambil bergelak ketawa dalam air hujan. Puas, gembira, sejuk ke tulang sum-sum tapi best. Tulah memori dalam hujan yang membahagiakan.
Begitulah juga impak hujan dalam hidup ku. Tu sebab bila musim hujan ni anak-anak teruja sebab boleh main hujan. Asal ada peluang ku kasi depa main hujan tambah bila hujan lebat. Memang seronok main hujan sebab takde sebab. Yang pasti kalau bila hujan lebat, anak main hujan pasti badan depa lebih okay dari sebelumnya, yang lama-lama batuk jadi okay, yang lama-lama berhingus jadi okay. Begitulah rahmat Allah dari hujan. Musim hujan lebat ni, bila takde kilat guruh, memang bersorak lah anak-anak sebab depa tahu boleh mandi. Dengan yang kecik sekali pun dah advance mandi hujan.
Lepas mandi hujan, masuk rumah mandi air suam, pakai baju, depa cari makan, memang dah standby siap-siap makanan. Macam turutan dah, lepas siap mandi kolam/hujan wajib perut lapar, makan seadanya, lepas tu sambung main version sesama sendiri pulak, yang pasti depa lagi relax lepas mandi hujan. Tidur awal dan lena. Sekarangnya giliran atuk nenek depa plak tak boleh tengok cucu-cucu mandi hujan, risau demam, mereka dah lupa bagaimana anak-anak membesar dulu terlepas bebas menikmati hujan bila tiba musimnya, ahahaha. What a life.
Top Social