Bila ada anak-anak ni boleh buat alasan anak-anak boring, anak-anak ajak mandi kolam, anak-anak nak tidur hotel, mamanya boleh tumpang enjoy sama. Tapi nak buat alasan guna nama anak-anak ni ada batasan juga, bila anak dah cerdik boleh fikir dan timbang tara, dah pandai buat keputusan, dah ada life sendiri jangan sesuka hati guna term anak-anak yang nak sedangkan diri yang teringin, terus terang lebih baik, karang dok pendam, simpan jadi keladak tak cantik impaknya nanti. Yelah jadi mak-mak ni ada masa dan banyak kali rasa tak tergamak ni datang. Tu yang guna anak-anaklah sebagai penyelamat keadaan. Tapi bab berjalan, keluar dari rumah ni tambah takde plan apa-apa memang kerja partnerlah. Dalam banyak benda selama jadi housewife ni, memang bab keluar dari rumah dihujung minggu sememangnya ditunggu-tunggu even keluar cari air kelapa, cendol, pati soya, eh semua bab makan plak tu jadi sampingan mana tak kelaut azam kurus setiap tahun, hahaha. So bab keluar jalan-jalan ni selalu je onz tanpa halangan, tanpa alasan untuk menolak. Kuhargai sangat bab jalan-jalan ni tau sebab ku pernah perhati kehidupan seorang surirumah yang tak pernah berjalan-jalan, bila first time berjalan keluar negara terus dia macam shock dan terasa ruginya umur dah warga emas baru merasa nikmat melancong, even tempat dekat-dekat pun tak pernah ambil port. Sekarang even suami dah tak mampu bawa kereta sebab sakit, dia yang drive sendiri, bawa suami gigih dia pusing negeri berjalan-jalan kat rumah anak-anak dan ambil angin. So dari situ dapat pengajaran ketika ada masa, peluang dan tenaga ni ambil, guna, isi dengan baik sebab masa sudah tentu tak berulang.
Staycation kat tempat dekat pun teruja kenmain belaka. Dari nak main pasir, terus ke Sahom cari jeram berpasir kat Sungai Jahang, tapi kat sini memang arus air agak lajulah, memang tempat aktiviti berkumpulan buat water confident dan dan main jeram dengan boat ringan tu, entah apa dia dah namanya. Sampai je memang terkam pasirlah anak-anak, cari tempat duduk ada rumah kecil ala-ala wakaf kat sini untuk duduk seharian bersantai. Nak berkhemah pun takde masalah. Tapi tu lah musim tak menentu sekarang tak boleh agak tak sempat nak main pasir lama-lama hujan start turun. Turun moody belaka pasalnya nak main pasir dalam hujan tak boleh kes ada petir. Tak nak ambil risiko terus berkemas untuk balik. Kesian bila mood terpancung kat tengah jalan, Dari Gopeng terus suami decide ke Teluk Intan, cari tempat penginapan kosong berkolam.
Sempat singgah packing baju untuk semalaman, sampai pun dah lewat petang dah pun, terus check in dekat Rick Resort dan keluar makan malam. So balik bilik rest dan main kolamlah, budak-budaklah. Daku kalau pergi hotel memang kerja nak tidur jelah, hahaha. Orang kata baik nikmati tempat kat hotel, barulah betul bercuti, sebagai full-time suri rumah, tempat cemnilah ku rasa baru boleh duduk berehat, tak buat apa, jadi tidurlah paling the best aktiviti, anak-anak kasilah partner settle. Dapat setengah ke sejam tidur tanpa gangguan pun heaven sangat dah, sebelum suami kejut anak nak susu. Susu cap gantung cemtulah, orang kata senanglah, tapi yang mengadap bermacam cabaran, apapun kita anggap jelah cabaran pun nikmat juga.
So datang bermalam kat Rick Resort ni agak lain macam sikit sebab nak kata glamping pun macam juga, tapi lebih kepada Mongolian tent, sangat luas khemahnya, memang boleh tahan berguling, kebetulan masa tu tent yang kosong hanya yang berasingan dari bilik air. So nak pergi bilik air untuk mandi dan ke tandas kena keluar berjalanlah. Yang penting tempat tidurnya selesa, kolam mandi sangat besar dan luas. Kat Teluk Intan tak banyak sangat hotel berkolam, semata tempat tidur tu banyaklah. Tiap kali datang Teluk Intan, memang selalu cakap kitaorang kalau datang Teluk Intan bukan sesaja datang nak ambil gambar kat Menara Condong Teluk Intan, kalau datang asbab nak settle barang rumah atau barang rosak, sebab kat Teluk Intan nampak aje macam old version semua kedai tapi semua otai dan legend punya produk depa ada jual, buat servis. So kali ni dapatlah merasa stay kat Teluk Intan, macam buang tabiat kekdahnya. Biarlah asal anak gembira main kolam, dan daku dapat tidur dengan benar kejap sebab masa tempoh ni dalam fasa tempoh 'tidur-tidur ayam' ni.
Kalau datang Teluk Intan nak bermalam dengan pengalaman berbeza bolehlah merasa tidur kat 'Mongolia' ni, dah dapat merasa yang ala-ala pun kira okay dah sebab nak tunggu yang real tak tahu bila dapat merasa kan? Rate pun agak affordable dan banyak pilihan bilik ikut kesesuaian keluarga dan bajet, kalau dapat grab masa promotion lagilah untung. Macam daku kalau datang Teluk Intan macam tak banyak idea nak buat apa, pergi mana. Since dah ramai share apa boleh buat kat sini, ku cadangkan sama aktiviti kat Teluk Intan ni nak buat apa. Sekarang pun dah banyak sikit pilihan tempat tidur berkolam private. Nak berjalan-jalan kat Teluk Intan ni cukup kot 2hari 1malam, dah settle satu Teluk. Biasa Teluk Intan famous dengan bab makan juga. Kalau untuk macam kami, Teluk Intan adalah tempat shoppinglah, jenis malas nak pergi bandar besar Ipoh, Teluk Intan the best and warm place to visit.
Aktiviti Menarik:
River Cruise Teluk Intan
Lepak di Menara Condong
Gerbang Malam Uptown Teluk Intan
Restoren Udang Galah Tepi Sungai
Ladang Moccis Sdn Bhd Teluk Intan
Pawangam Teluk Intan