Pages

Pages

3.17.2023

Roadtrip Bajet 5 Hari 4 Malam ke Terengganu

Tak sangka pula dari plan nak berjalan 3hari 2malam je kat Terengganu bertukar total. Sementara tunggu suami balik menyelesaikan urusan, ku ajak mak ayah dah lama terperap kat rumah sebab jaga mak saudara yang bedridden sebulan sebelum pergi menunaikan ibadah umrah. Belum rezeki lagi mak saudaraku, moga Allah bagi kesembuhan dan kemudahan untuk mak saudaraku yang tersayang sepanjang proses pemulihan. Since dah start jaga orang sakit, memang tak keluar rumah dan tak pergi berjalan kemana-manalah mak ayah, so since suami ada urusan dan kami stay kat kampung, kuajak mak ambil angin luar, tukar suasana dari sawah, bandar je, ke pemandangan lain sekejap setelah lama terperap. Jadi tanyalah mak nak duduk hotel mana, yelah kira last minute dah tempah, bila cakap nak pergi tiga hari je, mak bagi tahu, kita ambil hari isnin sehingga hari jumaatlah tak kisah tidur mana-mana, means lima hari semua sekali, terus ku gelabah buat booking on the spot, even bukan masa orang bercuti, entah kenapa tetap je penuh hotel resort kat Terengganu ye. Ingat nak lumpsumpkan terus entry untuk roadtrip ni, kalau sempat taiplah, timing anak bangun tak tentu so ku taip mana yang sempat, tak sempat ku drag ke entry lain pulak. 

Hoihh, macam manalah mom's blogger boleh buat entry setiap hari on time, ku salute betullah. Memang nak mengadap taip ni kena set satu masa tertentu macam awal pagi ke untuk blog sahaja, tapi macam daku ni, rela tidur lagilah dari bangun menaip, yang serious mungkinlah, tahap daku ni, sekadar mengisi masa lapang, bolehlah menaip masa lapang, hahaha. So back to stories plan roadtrip ni dah lama ku dok imagine, ingat nak ajak suami, masih dengan kekangan kerja yang superbusy, makanya suami izinkan dan suruh ajak mak ayah je temankan, maybe for next roadtrip suami boleh tunaikan. Insyaallah. So even dapat roadtrip dengan mak ayah pun happy sangat. Nak tunggu buat Family Day takde masa terluang lagi antara adik beradik berkumpul bersama disebabkan kerja juga, jadinya kesempatan yang ada ni kita isi dulu dengan anak-anak. 

So hari pertama kami bertolak nak kata lewat memang awal kami turun, pasal mak ayah semangat betul nak berjalan-jalan. Dalam pukul 9 pagi kami turun dan bergerak, pandu pun santai-santai je 60/km-80/km sepanjang jalan, ayah yang bawa, dapat merasa ayah sendiri yang bawa kereta pun satu rahmat yang besar dah di umur hampir 70tahun. Alhamdulillah ayah dikurniakan kesihatan yang baik, adalah sekali sekala datang sakit kena gout bila salah makan. Teringat dulukala ayah bawa kami jalan-jalan, sekarang Allah bagi kesempatan cucu pulak merasa tok ayah mereka bawa jalan-jalan. Dari Kota Bharu lalu jalan Jerteh untuk ke Kuala Terengganu. Betul-betul mengimbau nostalgia belajar kat UMT dulu, jalan yang sama ku ulang alik balik rumah setiap hujung minggu, tak dua minggu sekali, sebulan sekali, takpun setiap minggu, tengok jadual kelas. Tahu-tahu dah tua dah pun daku ni. Dah 15tahun dah waktu tu berlalu, masing-masing dah sibuk dengan urusan sendiri dah belaka. Hmm, memori terindah dikala muda muda dulu. Meleret-leret pula. 

Jadinya sedang elok tengahari kami sampai kat pinggir bandar, singgah makan tengahari dulu kat gerai tepi jalan. Makan kenyang, selesai urusan kencing berak anak  dah boleh teruskan perjalanan ketempat penginapan. Memandangkan Pasar Payang adalah tempat pertama kami akan singgah, so ku cari tempat tidur dekat je dengan Pasar Payang, jalan kaki ja ke sana nanti. Sampai tempat penginapan, ambil kunci, terus naik dan wallah, puashati betul dapat bilik macam ni dengan harga murah walaupun last minutes. Ku recommend sangat sesiapa yang nak berjalan-jalan sekitar Kuala Terengganu dengan hotel ni, sebab sangat berpatutan dan sesuai untuk keluarga besar. Masa ku tempah tu harga untuk 3bilik dapat harga promotion hanya RM200+ sekali dengan tax. Mana tak terkejut oii, nanti ku buat costing sekali untuk yang nak berjalan-jalan dengan family so bolehlah bajet-bajet sikit. 3 bilik kat hotel ni luas sangatlah, ada lif siap nak naik tingkat atas. Apapun memang mak ayah pun puashati dapat menginap hotel ni, selesa sangat. Siap ada hall space untuk kami makan dan lepak. Masyaaallah. Alhmdulillah rezeki dapat merasa. 

Jadi selepas dengan 'wow' kami masuk bilik, berehat sekejap, kami decide turun berjalan ke Pasar Payang yang jaraknya dekat saja, sambil korek hidung pun boleh sampai, so nak berjalan santai macam ni bawa orang tua, benda nampak kecil tapi ianya perkara besar untuk diambil kira sebab tenaga orang tua tak sama dengan orang muda ye. Jadi dengan jarak dekat tempat tidur, takde masalah kami nak berjalan kaki ke Pasar Payang. Tak fikir tempat parking kereta dah sebab kereta dah parking kat parking Hotel. Masuk je Pasar anak-anak ku dah berzikir lapar, ya Rabbi baru je makan tengahari 2jam yang lepas, tepuk dahi. 
Teruslah tok ayah mereka cari kedai makan dalam Pasar selesaikan perut cucu-cucu dulu, kalau tak, nak berjalan cuci mata macam mana. Nak habiskan satu Pasar Payang besar juga, tak lagi bab ralit tengok itu ini. Jadi singgah makan dulu, macam tulah kanak-kanak punya peel weh, ko kena sabar banyak je kalau bawak depa jalan-jalan, hahaha. Paling tak tahan ingatkan takde orang, yelah tengah minggu kan, apa? penuh juga orang kat gerai makan pasar, entah dari manalah orang ni semua. Agaknya cemtulah orang lain fikir bila tengok daku dan anak-anak berderet, nak kata cuti sekolah pun tak, anakku ponteng sekolah dengan izin cikgu selama ayahnya selesaikan kerja. Siap makan, kami mula pusing-pusing sekitar dalam Pasar, ingat nak cuci mata je, bawa orang tua ni tak sah membeli barangan kenangan, dengan daku sekali terbeli baju batik disebabkan pempengaruh cucuk jarum (mak dakulerr), tok ayah depa plan borong baju untuk cucu sorang satu, aduhaii. Penuh tangan kiri kanan membeli makanan tradisional Terengganu, sikit-sikit pun besar jugak satu plastik, hahaha. 

Balik dari Pasar Payang singgah beli Cendol sedap kat bucu simpang hotel. Imagine masa kami nak pergi Pasar balang air Cendol masih penuh, yelah baru nak buka gerai, kami balik tu dah tinggal suku balang dah air cendolnya. Ayahku cakap, confirm sedap ni, moh kita beli. Maka membelilah kami air Cendol satu bekas sorang, memang sugguhlerr sedap air cendolnya,secukup rasa. Balik letak barang kat bilik, kami semua naik kereta pergi ke Jambatan angkat, alang-alang dah stay situ dekat sangat dahlah, lewat petang dah, awan pun gelap macam nak hujan. Pergi Jambatan angkat tu, sempatlah pusing bandar Kuala Terengganu, sambil terpusing-pusing nostalgia kami satu gang universiti berjimba di bandar KT, banyak sangat dah perubahan sampai tak boleh imagine dah yang dulu macam mana. Sampai kat Jambatan angkat, ambillah gambar kenangan, kat tepi-tepi Jambatan angkat tu gerai lori yang akan berniaga belah petang ke malam, mungkin hujung minggu lagi meriah. Sebelah Jambatan angkat tu terus ke seberang Takir, ingat nak pusing sekejap tapi dah nak masuk waktu maghrib kami decide balik bilik je untuk berehat. 

Malam tu semua dah letih, malas nak tukar baju, jadinya ku order Grab je makan makanan goreng-goreng panas hantar kat bilik. Lepas makan, solat berjemaah, terus kami lepak santai, borak-borak plan esoknya dan tidur awal. Ingatkan pagi esoknya kami nak pergi makan nasi dagang atas Tol, rupanya hari selasa hari depa rehat dan tutup kedai, takdak rezeki sungguh nak merasa nasi dagang signature Terengganu. Jadi ku order grab nasi kerabu je makan kat bilik sebab pagi tu hujan panas. Dah rasa macam kena cancel plan sebab tengokkan hujan macam berlarutan dan panjang, namun ayah suruh gerak je dulu, singgah kat dataran Payang ambil gambar terus ke destinasi seterusnya. 

Nak dijadikan cerita, Harraz bangun pagi dah sakit kepala migrain. Silapku jua tak bawa buku, kertas pen, masa tu tak terfikir pula sebab utama kenapa jadi migrain sebab julung kali dia kena migrain ni, balik roadtrip baru datang terlintas kenapa anak jadi macam tu. Jenis anakku ni balik beraktiviti mesti kena jotdown sesuatu kat kertas, macam melepaskan apa yang dalam kepala, since balik dari berjalan tu, harraz tak buat, semua aktiviti yang dilalui seharian tak ditulis dilukis, semua pendam dan simpan dalam kepala, jadinya pagi tu mulalah dok sakit kepala. Ditambah dengan situasi tu lagilah takde mood dia nak berjalan. Adakah plan di teruskan? Hmm sedihnya kalau dah sampai tak sempat pergi tempat yang dirancangkan? Betul tak? 

Kesimpulannya, hari pertama Roadtrip 5D4N Terengganu dengan mak ayah dan adik bongsu untuk killed time tunggu suami balik even tak sempat cover banyak tempat dan tak dapat makan nasi dagang atas tol, tetap rasa puashati trip kali ni sebab dapat bawa mak ayah pergi tempat yang kita pernah pergi dengan anak-anak. Nak juga kasi mak ayah rasa feeling kami bila bercuti.

Jangan pelik kalau nampak macam pergi tempat sama je, sebab kami lakibini macam tulah tiap kali pergi bercuti, mesti tersebut dan kata 'nanti lainkali kita bawa mak ayah dan ma pula datang sini', wherever we goes mesti rasa nak bawa mak ayah ma datang juga tempat yang kami pergi. Dah dewasa ni banyak kekangan terutama masa, nak spend dengan parents macam dulukala time bujang hampir mustahil sudah, so ada peluang ni grab je apa yang mampu, kerana esok lusa belum tentu ada peluang yang sama.

Anak-anak happylerr pasal depa cuti time orang lain sekolah. So kenapa pilih Terengganu? Kan dah cakap datang Terengganu tak pernah rasa puas, tempat cantik, makanan sedap dan yang penting nostalgia kami belajar kat sini dulu ada di negeri ni, mak pun belajar kat Terengganu dulu masa menengah tinggi, ku pula masa masuk universiti. Sama-sama ada memori belajar dan kawan-kawan kat sini.

So datang kali ni just santai relax je nak release mood dan luang masa mak ayah dengan anak cucu. Sampai pun sedang elok je boleh check in bilik, best betul jalan hari bekerja ni, bilik penginapan pun murah je tu yang sampai teruja kami semua bila dapat bilik macam resort mewah tapi harga hotel bajet. Puas hati sangat sebab nak pergi pasar payang pun menapak je. Dekat sangat aihh. So first day memang nak jalan-jalan kat pasar payang dan singgah kat jambatan angkat je. Lepas tu lepak kat bilik makan-makan, tidur. Jalan-jalan masa weekdays pun, orang punya ramai macam holidays jugak, heran sungguh😂. Yang pasti kena sampai lagi pasal kami semua tak sempat merasa nasi dagang atas tol, wahahha. 

📍Uptown Eco Hotel Kuala Terengganu
📍Pasar Payang
📍Jambatan Angkat

*notes:macam biasa tak sempat habis taip, anak dah minta perhatian, maka utamakan yang lebih utama, till next entry ye. Doakan ku lapang masa nak menaip. Sepatutnya nak taip kos sekali, tak jumpa plan notes belanja letak kat mana. Nanti ku letak untuk rujukan bagi yang nak bajet jalan-jalan makan angin.