Kenangan bulan puasa tahun 2011 memang tak boleh dilupakan...lucu pun ada bila diingat kembali. Peristiwa tayar kereta bocor dikala azan maghrib sejam lagi nak berkemundang untuk berbuka puasa betul-betul buat trauma...kahkah, sampai sekarang asal nak start enjin kereta, keempat-empat tayar kena check dulu..-_-" (tragik betul kesannya). Masa peristiwa tu, sampaikan en.azham yang dop kat jauh kat mata nak datang bagi bantuan (gelak ayah saya masa cerita situasi tu, siap cakap lautan api sanggup kurenang atas respon en.azham masa situasi panik tu..hehe). Memang jadi kenangan. Dan bertambah kenangan selang 3 hari kereta saya bocor, hujung minggu tu en.azham ajak saya berbuka kat masjid putrajaya sebab nak suruh saya rasa suasana berbuka ramai-ramai macam tu, dia dah biasalah buka kat masjid, kata lagi bujang, nak save duit poket, seronok pun seronok berbuka ramai-ramai macam tu. So hari tu, kitaorang bertolak ngam-ngam bajet sampai kat masjid dekat dengan waktu berbuka.
Apakan daya, dah masuk area Putrajaya tu, tiba-tiba something wrong dengan kereta, bunyi kreekkk!krekk! macam tayar nak tercabut-_-. saya punya dah nervous dah suruh en.azham stop kat tepi jalan untuk check apa yang tak kena. Ingatkan tayar yang takde angin, punyalah en.azham perah keringat tukar tayar (kecian, dahla masih trauma dengan kejadian tayar bocor tu, hanya mampu tengok jeT_T). Rupanya lepas tukar tayar tu masih jugak ada bunyi tak senonoh yang menakutkan tu. Masa tu dalam 15minit lagi nak buka puasa. Terus rasa sedih spontan keluar ayat "nampak gayanya takde yang buka puasa kat masjid, macam tak diizinkan aje". memang betullah, kitaorang berbuka dengan roti beli kat petronas, siap-siap solat terus balik shah alam, tukar kereta terus pegi makan. Still terkilan, mungkin takde rezeki nak rasai suasana berbuka ramai-ramaiT_T.
Sebelum kejadian macam tu berlaku, bukan nak cakap apalah kan, mulut saya celupar pulak pergi tanya en.azham soalan super tak berlesen "bila nak tolak kereta ne?!"...haha, tak sampai 10 minit dop bincang-bincang lepas aje tol, terus kereta meragam. En.azham siap bebel salahkan diri saya yang gatal mulut cakap hal macam tu, -__-" (sadis betul). Tapi betullah, ada kemungkinan jugak kan soalan macam tu buat kereta tu merajuk...huhu. terus beringat! Apapun kenangan tu takkan dilupakan...hee=)
note:'kelma mood'
Assalamualaikum...
Kepada yang lukakan hati kita,
Maaf, surat ni kita tak tujukan kepada sesiapa, sekadar memenuhi projek 30 hari. Namun begitu, niat surat ini ditaip hanya untuk peringatan dekat diri sendiri. Takde siapa pun suka kan hati kita dilukai?Kita pun tak suka, namun kita manusia punya perasaan, hati dan emosi. Dalam hidup kita terpaksa menghadapi pelbagai ragam manusia. Sekiranya hati kita terluka dek ragam manusia, maafkanlah mereka. Mereka pun sama macam kita jugak, pernah dilukai, melukai dan terluka. Pernah tak kita terfikir kenapa kita terpaksa melalui keadaan seperti itu? Kerana, KEKUATAN. Ya! Kekuatan, bila hati kita pernah terluka kita belajar untuk kuat, kita belajar untuk lebih positif.
Kepada yang lukakan hati kita,
Kita tak minta pun hati kita dirobek akibat mulut dan ragam mereka. Tapi apakan daya mungkin perbuatan kita ada yang melukakan mereka, merobek hati mereka, kita tak tahu kan, so mari kita letak diri kita dalam kasut mereka (put yourself in others’ shoes). Tak semua semua orang suka kita, macam jugak kita, tak semua orang kita suka kan?. Even macam tu, janganlah terbitkan kebencian dalam hati kerna bila sudah benci, garisan kasih sayang pun hilang. Kita tak pernah sempurnakan? Begitu juga mereka. Bukankah kita mahukan KETENANGAN dalam hidup, maka kita maafkanlah mereka, insyaallah kita beroleh ketenangan yang hanya kita dapat rasai bila kita ikhlas.
Kepada yang lukakan hati kita,
Kita pun tak tahu siapa yang pernah melukakan hati kita dan bakal melukakan hati kita. Dan kita pun dah lupa siapa yang kita lukakan hati secara sengaja atau tidak. Maafkan kita ea, kita tidak terniat dan mungkin terkhilaf tika itu. Surat ini kita warkahkan untuk peringatan diri supaya bila disuatu hari nanti bila hati kita terluka, kita ingat apa yang kita tulis. Kita ingat mereka yang lukakan hati kita takde niat nak lukakan hati kita. Mereka sekadar berkongsi luahan yang terbuku dihati. Biarlah mereka puas, asalkan kita tak ambil hati. Walaupun ada yang sengaja nak lukakan hati kita, kita berdoa saja kat DIA supaya hati kita cepat sembuh dari luka. Walaupun kita banyak kali juga terluka, kita tetap ada DIA yang menampal luka-luka tu. Insyaallah biarpun luka tu berparut, kita hargailah kesan tu, sekurang-kurangnya kita ada KEKUATAN dan KETENANGAN. ^_^
Warkah ikhlas dari
Greenapelife.blogspot.com
What a day, sepanjang 2 hari tak minum nescafe, punya gelabah hidup-_-', stok Nescafe dah habis(pasrah!ingat boleh bertahan). Kalah jua akhirnya...cehhh! Sampaikan sanggup naik turun tangga pergi kedai runcit(kurus sekejap), tapi stok yang botol kecik takde, tengah jimat hokei...haha=p, tapi dalam plastik tu takmo beli pasal cepat masuk angin(alasan>_<'...hihik). Feeling macam tu bukan selalu nak datang...haha, dipanas terik tengahari boleh pulak google cara nak buat air nescafe O ais yang sedap pasal yang buat sendiri tak Kaw cam kat kedai (nada tak puas hati). Bila dah google tu confirmlah takde saper yang nak post resepi tu, buang tabiat apa!haha... So dengan perasaan terdesaknya, lepas maghrib dan lepas naik turun tangga tu, terpaksalah pergi seksyen 2 beli nescafe o ais Kaw punya, tambah stok 3 tin nescafe latte, dengan 1 satu botol kecik nescafe classic. Hadoii, punya huduh bebeno ketagihnya...macam mane nak buat hilangkan ketagih ne, susu Anlene pun tak sentuh konon nak tukar ketagihan dengan mende yang lebih healthy, lastnya tak terusikT_T (nangis, sob sob). Kesimpulannya 3 in 1 nescafe takleh lawan nescafe yang dibancuh sendiri, even leceh nak buat tapi lagi best dari yang instant..hehe, 3 in 1 memang tak masuk list sebab pening bila minum, yang bancuh sendiri memang 'feeling' habis masa minum, pahit=pahit manis..=)
**Tips buat nescafe sedap adalah lebih kan nescafe.
pic source: selfproclaimedphilosopher.blogspot.com
note: ^_^
Alhamdulillah, kadang-kadang kita tak menyangka rezeki yang Allah nak bagi kat kita. Dalam kepayahan dan dugaan sekarang Allah bagi jalan keluar untuk memudahkan segalaNYA. Rezeki nak kahwin kot...hehe=p. Apapun tak terkata! even masa interview dah macam takde chance sangat sebab calon ngan kekosongan yang ada memang tipis harapan, alhamdulillah, dah memang rezeki. Suka sangat! habis je kontrak dengan UiTM baru neh terus dah gelabah cari kerja, yelah takkan nak harapkan duit belanja dari mak ayah lagi, sadis okei umur 25tahun tapi still mengharapkan duit poket mak ayah, tak naklah macam tu...kita tak nak lah menyusahkan mak ayah kita kan, -_-", tambah pulak adik yang kecik-kecik (adeii besar macam tu still saya anggap macam kecik, takpelah) diorang yang lebih utama. Lagipun alhamdulillah sepanjang 3 tahun ne dah boleh berdikari cari duit sendiri time terdesak tahap tenuk aje menagih simpati kat family & en.azham...haha=p. Kata lagi masih study, so bolehlah dimaafkan ea?kihkih=p
note: speechless=)...chaiiyyookkk!
Entah apa jadah nya rajin pulak pegi kira hari kat kalendar pasal dapat reminder dari en.azham...huhu-_-", tiada perasaan rasanya atau terlebih berdebar dup dap dup dap pasal DIY keje kahwin tak setel lagi...huaaaaT_T. Entah apa angin rajin plak nak me'DIY' sedangkan kriateria kreatif tak pernah ada, masa mungkin banyak tapi part nak idea memang payah...macam mane?nelah orang kata mengada!
Bila cakap part dugaan bertunang, masing-masing ada bahagiannya. Dugaan bertunang, dugaan berkahwin lagilah. So sebelum nak melangkah ke alam rumahtangga, dugaan tu memang akan kita lalui sedikit sebanyak dugaan dan cabaran sebagai persediaan serta untuk mengenali pasangan kita sama ada dia jenis pijak semut tak mampus atau pijak semut habis lenyek.. apakah??-_-. Bertunang lama atau sekejap itu semuanya kerja Allah s.w.t, kadang-kadang bukan semua kehendak kita Allah makbulkan, semuanya ada hikmah so tak perlulah persoalkan.orite?!. Kecil atau besar dugaannya, itu juga dari Allah untuk menguji kesabaran hambaNYA yang penting cara kita mengawal dan menghadapinya.
Kebanyakan dugaan bertunang wujud dari kita sendiri, dari perangai dan sifat kita. Sebelum kita menunding jari kepada orang lain, wajiblah kita cermin diri kita dulu. wahh sedap ayat!haha...yang penting muhasabah diri, kadang-kadang kita tak sedar bagaimana perangai kita dan kesannya kepada orang lain. Dan paling tak sangka dugaan tu datang dari kita perasaan kita sendiri (kata lagi wanita ne penuh dengan emosi), perasaan masa tu lah nak keliru bagai, masa tu lah jugak nak fikir berkali-kali, masa tu juga macam-macam datang mengadap, masa tulah nak ragu-ragu...kadang-kadang perkara yang tak disangka pun boleh jadi. So banyak-banyak lah muhasabah diri, dan yang penting kita cuba baiki apa yang elok kepada lebih elok.
Dugaan dari pasangan masa bertunang termasuk dalam dugaan jugaklah ye. Betullah orang kata dalam tempoh bertunang ne, kita akan lebih tahu tentang pasangan dan kenal kita. Macam mana perangai dan sifatnya. Kadang-kadang ada yang kat depan kita pijak semut tak mampus, tapi belakang kita pijak semut sampai lenyek habis-habis!ehehe...tapi ada jugak yang pandai sorok sampai kahwin, lepas kahwin baru tunjuk belang (nau'zubillah) orang macam ne. Dalam membina hubungan sikap tolenrasi, terbuka memberi dan menerima pendapat dan sabar amat penting. Sekiranya wujud masalah, segalanya boleh dibincang dengan sebaiknya. Bukan merajuk tak tentu pasal, pujuk, masalah tak setel jugak, lastnya pendam!jangan amalkan ye, kelak memakan diri...ececehh(nasihat ko, konon betul!...haha) tapi serius okei. Jangan asyik nak gaduh aje, benda kecil tak pasal-pasal jadi hal besar.
Masalah kewangan tentunya salah satu dari dugaan. Dalam merealisasikan majlis perkahwinan yang diidam-idamkan, kemungkinan bajet kewangan berubah dari semasa ke semasa akibat memenuhi kehendak. Tak pun dah buat saving tapi tak cukup-cukup, entah kemana bocornya. Dugaan kewangan ne semua pasangan mungkin akan laluinya memandangkan fasa alam rumahtangga memerlukan komitmen dan pengurusan kewangan yang diurus dengan betul, dan isu kewangan wujud sebelum kahwin lagi untuk kita lebih bersedia. Kadang-kadang isu kewanganlah yang menjejaskan hubungan kita dan pasangan akibat matlamat kewangan yang tidak sama dan perancangan kewangan yang tidak sehaluan yang boleh menimbulkan masalah.
Persediaan kerja kahwin juga mungkin cabaran buat pasangan. Ada juga pasangan yang menyerahkan 100% hal kahwin kepada pasangan (perempuan biasanya)..tak eloklah macam tu, even sibuk dengan kerja, namun hal kerja kahwin ne kena sama-sama ambil bahagian. Nampaklah kesungguhan tu kan?. Walau ada yang buat persediaan awal untuk hal kerja kahwin ne, kadang-kadang wujud jugak masalah dari vendor, ada yang buat tak mengikut permintaan, baju tak muat, pakej menipu, semacam masalah wujud...hmmm, semua tu dugaan. Doa-doa yang sendiri nanti semua nya smooth, insyaallah.
Dugaan dari pihak ketiga, yang ne biasalah darah tengah manis, mulalah nak test saham ada ke tidak!. Ada yang macam tu, dan ada jugak bekas-bekas yang datang mengadap balik, dulu tak laku tiba-tiba jadi rebutan pulak. hmmm, entahlah harap dijauhkanlah yang macam ne. Dan akhir sekali godaan nafsu sendiri, bertunang bukanlah tiket untuk bebas melakukan apa jua perkara bak lirik "boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang bertambah sayang!". Lagipun istilah bertunang tu hanya dari segi ikatan perjanjian sebelum ke alam perkahwinan, bukannya ada ikatan sah xde beza sangat dengan kapel. Ingatan untuk diri sendiri dan en.azham juga^_^. Kenalah saling ingat-mengingatkan, tengah mabuk cinta kadang-kadang boleh lupa batasan.
So dalam menghadapi apa jua dugaan sebelum melangkah ke alam rumahtangga, persediaan mental dan fizikal amatlah penting. Sentiasa mengamalkan sikap tolerasi dan saling mendengar dan berkongsi masalah serta jalan penyelesaiannya dengan pasangan, kuncinya kena sabar dalam berbincang. Sentiasa berbincang dan merancang kewangan dengan teratur supaya tidak kelam kabut nanti dan akhir sekali sentiasalah berdoa kepada Allah yang Maha mendengar, berdoa supaya segala perancangan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya. Berdoa semoga sentiasa terpelihara dari godaan syaitan dan nafsu serta memohon perlindungan Allah. Sentiasalah berfikir positif, setiap dugaan tu ada hikmahnya. Satu langkah lagi kita ke alam rumahtangga, maka bersabarlah dengan dugaan yang kita hadapi, semoga kita dan pasangan berjodoh hingga ke akhir hayat. amin
Note: wah panjangnya menaip, rajin plak...huhu
Note: wah panjangnya menaip, rajin plak...huhu
one of my bestie, baru snap shot hehe=p(karang letak my bestie yang sorang lagi maunya muak, asek-asek nak tayang je, haha=p)..amacam okei tak. my bestie yang ne memang tak banyak karenah, okei n cool je part luahan perasaan...muahaha. Suka sangat dengan imej baru my bestie ne, simple, tak banyak make-up.
'One’s best friend is oneself'
Note:
True friendship is like sound health, the value of it is seldom known until it is lost."
Tajuk tu sebijik pesanan my uncle &untie kat saya ngan en.azham...haha=p(pasal dioram dop cerita pengalaman dating-dating zaman dulu).Sebelum kahwin cakap jelah kat mana nak makan, insyaallah, pakwe, buah hati, kekasih akan bawak dan usaha jugak penuhi permintaan walau duit tahap kopak. Biasalah masih dalam taktik mengorat melainkan pakwe, buah hati, kekasih dan se'line' dengan nya memang duit berkepuk-kepuk, anak dato, duit anggap macam daun, tu tak kisahlah, nak makan kat hotel taraf 7 bintang hari-hari pun takelah kan. Pesanan ne buat golongan yang cukup-cukup makan aje tiap-tiap bulan. Kenapa macam tu? Ada sebabnya tapi yang pasti masa belom kahwin ne lah boleh pergi makan kat Chili's, TGI Friday, Pizza Hut, Bubba Gump, Manhattan Fish wahh semua nak western... hahaa, tapi biasa tempat macam tu lah kebanyakan pasangan suka pergi makan. Kalau tang ikan bakar pergi je cari kat mana-mana restoren pilih ikan yang mahal-mahal, udang besar bapak, ketam extra large, apa-apa jer lah, kompem takde masalah, boleh aje belanja.
pic source:allwomenstalk.com
Tapi bila dah kahwin kenapa tempat macam tu dah kurang mendapat sambutan ye?hehe, sebenarnya depends masing-masinglah, tak salah sekali sekala keluar makan kat luar, tukar selera. Namun bila dah kahwin ne, cabang belanja dah semakin luas tapi apa yang lebih penting bila dah kahwin takkan lah kita nak isi perut pasangan kita dengan makanan-makanan luar. Air tangan isteri kan lebih bermakna untuk pengikat kasih sayang. Kehebatan air tangan isteri memang tiada bandingan walaupun masakan bukanlah semewah dikedai. Ringkas pun sudah memadai. Mungkin nampak remeh, namun perkara ini sepatutnya dititik beratkan dan dipentingkan oleh isteri tentang memasak kepada suami dan anak-anak. So apalagi, mulakan memasak untuk suami dan anak-anak, insyallah banyak manfaatnya^_^. Pahala pun dapat..
Note: memantapkan skill masakan..ngee=p
1.penipu
2.cakap nak berlagak je/ cakap asyik nak menang je
3.yang perempuan nak jadik laki, yang lelaki nak jadi perempuan...-_-'
4.suka judge orang tak tentu pasal
5.hisap rokok pastu hembus-hembus kat orang
no one is perfect.. that's why pencils have eraser
Kalau cerita part tukang jahit, karang tiga buku pun tak cukup...haha, over! Tapi kalau part tukang jahit buat baju kita last minit memang tak sah kalau tak jadi dalam hidup. Entah kenapa perangai tukang jahit memang macam tu ke? Kekadang sesetengah tukang jahit aje yang mengamalkan kerja macam ne, tapi tempiasnya?? betullah orang cakap kerana nila setitik habis yang lain turut rosak...Paling tak tahan bila kita hantar yang paling awal, tapi yang kita lah last siapnya, kalau puas hati ikut kehendak alhamdulillah, kalau sebaliknya...tatau nak cakap apa...huhu-_-'. Pedih ulu hati memikirkan si tukang jahit yang tidak menepati janji. Kenapa macam tu?kenapaaaaa??? kalau pergi hantar kat cina punya tailor cakap pulak kita tak nak support orang melayu, tapi apedehal nak support kalau cenggini kejenya. Kadang-kadang tak faham motif simpan dan peram kain-kain buat last minit, nak kata bagi last minit tak lah sebab dah tau bila time sibuknya si tukang jahit ne. Tapi time kita bagi awal-awal tak nak pulak siapkan awal-awal. Entahlah nak kata tak serius berniaga hanya tuan empunya yang tahu. Manusia...ada kelemahan masing-masing...yang tak elok sama-samalah kita upgrade.
pic source:www.123rf.com
Note: benang bersimpul
Budaya kritik mengkritik sudah lama wujud, sedar atau tidak kita sendiri mengkritik orang walaupun tiada niat untuk berbuat sebegitu. Memandangkan dunia alam maya tidak terbatas, begitu mudah kita mengkritik tanpa mengetahui hal sedalam-dalamnya. Dan alangkah malangnya jika yang mengkritik itu mempunyai niat menjatuhkan dan mencari-cari kesalahan orang lain. Ruginya masa dan tenaga kita disia-siakan untuk menilai perbuatan orang salah atau tidak (Orang cakap takde keje, tolak pahala). Jangankan terlalu pandai mengkritik sehingga kebenaran yang terpamer dibutakan mata.Tak salah jika mengkritik tapi biarlah bijak dan membina, biarlah dari kritikan wujudnya perubahan yang lebih baik.
Kita begitu mudah melihat kesalahan yang dilakukan oleh orang lain tanpa kita menilai kesalahan yang kita lakukan sendiri. Kita gemar memberi komen atas orang lain namun jarang sekali memberi komen terhadap diri sendiri. Bak kata orang dulu, kuman di seberang laut dapat dilihat tetapi gajah di depan mata tidak pula kita nampak. Mereka tidak pernah sedar yang sikap mereka kadangkala lebih buruk dari orang mereka kecam.Perlu kita ingat bahawa kita tidak mampu mengubah orang lain, maka eloklah jika kita melihat ke dalam diri sendiri kerana kita mampu mengubah diri sendiri. Kita perlu berhenti dari cuba mengubah orang lain dan mengkritik orang lain tanpa terlebih dahulu mengubah diri sendiri serta menilai prestasi hubungan kita dengan Allah swt.
Sumber: don.azhar@mingguan wanita.
Note: ayuhh, sama-sama muhasabah diri=)
Mengingatkan kembali episod tempahan kad kahwin memang buat diri emo(masa tu jelah) sekarang dah okei dan terima seadanya...hehe, biasalah bila part yang melibatkan duit mengalir bak air, kenalah jugak berkira. Saya dengan en.azham dah awal-awal booking pakej kad kahwin masa Karnival Pengantin hari tu. So lepas 7 bulan booking barulah kitaorang decide nak menanya khabar macam mana design yang sebenar-sebenarnya kitaorang boleh ambil. First pergi kitaorang dah pilih siap-siap design kad yang kedai tu bagi, then kitaorang terkejut pasalnya kena tambah sikit fulus if nak tambah apa-apa kat depan kad tu, pasalnya kad yang kitaorang booking tu rupanya yang readymade. So yang tu takleh nak cakap apa sebab ada silap saya ngan en.azham jugak pasal masa booking tu tak tanya details yang custom made@readymade, so redha jelah tambah sikit untuk blok nama sebab dah memang puas hati dengan design kad tu.
Second time pergi kedai tu, sales person tu cakap kena pilih balik design sebabnya dia silap bagi pilihan design kad kat kitaorang masa mula-mula tu. adeiii...kat sini memang dah terusik saya punya emosi, demmm!! Tambah pulak design kad yang kitaorang kena pilih tu takde pilihan (maksudnya, design yang sales person bagi masa kitaorang g second time tu, satu design aje-_-'). kalau ikutkan kemahuan hati mahu je ubah pakej, tapi nasib baik masih rasional dalam buat keputusan, memandangkan saya memegang prinsip 'Secantik-cantik dan semahal-mahal kad kahwin, akhirnya masuk tong sampah jugak'...akhirnya pasrah aje amik design yang satu-satunya design yang ada untuk pakej yang saya ambil. Bagi map dan design bunting sekali, alhamdulillah even berdrama untuk kad kahwin ne, saya puas hati sebabnya on time siap dan kad pun okei je.hihi, takde yang rosak dan tetiba tukar colour ke apa, memang boleh cakap puas hatilah. Dengan harga 30sen dah boleh dapat kad yang boleh lah puas hati kita, so takdelah rasa sangat rugi keluar duit tu...hehe
note: macam tak percaya bila tengok nama kat kad tu...hihi
::Kenapa Perempuan Mudah Memaaafkan tapi Sukar Melupakan, Lelaki pula Sukar Meminta Maaf?::
9.15.2011
yup exactly, sememang perempuan mudah sangat memaafkan, tak kiralah atas kesalahan apa yang orang lain atau pasangan lakukan tetap jua dimaafkan. Namun dalam kemaafan dihulur kenapa kesilapan yang dilakukan orang yang meminta maaf itu sukar untuk dilupakan??. Adakah tidak ikhlas memaafkan atau ikhlas hanya dari lahiriah bukannya dari dalam. Entahlah sukar memahami, sebagai kaum perempuan memang saya akui sekiranya berlaku perkara yang menusuk hati serta melukakan perasaan, permohonan maaf terus diterima tanpa banyak bicara...wahhh senang gituwww, tapi bab melupakan memang mengambil masa atau akan terus menjadi ingatan. Kenapa begitu ye? Mungkin kita sebagai perempuan penuh dengan emosi, dan dengan emosi tersebutlah kita amat teliti dalam menyimpan memori. Memandangkan perempuan ne lebih dari segi kekuatan ingatannya, juga dari segi emosinya tidak mustahil emosi tersebut dilahirkan dengan pelbagai cara. Rumit jugak perempuan ne, ingatkan lelaki aje rumit.
Tapi terbalik pulak dengan lelaki, part nak minta maaf memang payah. Entah la, tak jugak faham kenapa mulut berat nak minta maaf biarpun terang lagi bersuluh memang salah dirinya. Ego tinggi satu hal, tapi takkanlah dengan lafaz maaf tu boleh memperlihatkan kelemahan diri. Memanglah tak semua yang macam tu, tapi kebanyakannya mungkin ya. Paling tak tahan ada juga yang jenis tak nak mengaku kesalahan diri, memang tak cool, dan ada juga yang jenis cool dengan meminta maaf menggunakan cara alternatif contohnya dengan cara memujuk (dari melafazkan minta maaf baik keluar sikit duit) biasalah perempuan kan mudah cair, pujuk sikit dah okei, bagi cakelat sikit dah leper, bagi bunga sikit dah melompat, bagi emas jongkong kompem wehh saya pun maafkan...muahahaha=D.. Tapi dalam banyak-banyak cara meminta maaf, saya lebih suka yang melafazkan perkataan maaf, walaupun sukar dimulut lelaki, tapi ianya indah untuk didengari oleh kaum perempuan terutama macam saya ne...hehe. Sejuk telinga...hehe, kan?kan? Tahu tak lelaki yang meminta maaf(syarat ikhlas, tengok mata) comel sangat, grrrr (ini adalah fakta...haha=p)...Whatever, tak kiralah lelaki ke, perempuan ke yang penting dalam kemaafan, biarlah terlahir dari hati yang tulus ikhlas, insyaallah hati pun tenang...tak siapa yang sempurna melainkan kita yang berusaha menyempurnakan segala kekurangan diri.^_^.
pic source: www.swiss-miss.com
Note: dah terlebih rajin update...hehe...suuukkkkaaaaa!!!
pic source: sweetadditions.net
Dulu-dulu, makanan pedas bukanlah pilihan untuk mengisi perut disebabkan timbul kesan bintik-bintik merah sekitar bibir, hidung pedih dan paling tak boleh tahan bibir tebal bak angelina jolie version donald duck selepas makan...huiiih, memang tak boleh tahan...tapi entah bila pulak suka makan pedas, tak pasti!hehe..yang pasti sekarang bila makanan kurang pedas tetiba je mengurangkan selera makan...memang mabeles betul rasa pedas ne bila wujud dalam menu, yang tak sedap jadi sedap, yang tak selera jadi selera...gitulah penangannya..Dan disebabkan kesukaan sekarang masakan yang ada rasa pedas-pedas tu, simptom-simptom dulukala hilang sekelip mata, magic betul...takde dah bengkak bibir, takde dah bintik-bintik merah sekitar bibir, yang ada cuma peluh-peluh didahi, air hidung hampir-hampir keluar disebabkan 'heaven'nya rasa pedas neh...-_-'
Tapi dalam makan pedas-pedas ne, kena jugaklah beringat, mungkin ada baiknya pedas tu, boleh membantu tubuh kita membakar kalori dengan lebih cepat dan menyihatkan jantung dengan mengurangkan risiko sakit jantung dengan mencegah pembekuan saluran darah. Banyak jugaklah kebaikan namun keburukan makanan pedas pun pastilah ada terutamanya kesan kepada usus kita. Berkemungkinan makan makanan pedas tanpa had boleh menyebabkan usus kita tertekan atau dengan kata lainnya kita tertekan masa 'membuang' dan berisiko untuk mendapat buasir atau lebih dari buasir, hehe... Apapun makanan pedas memang buat kita lebih bernafsu untuk makan kan???tambah pulak sambal belacan yang super pedas...isshhh...isshhh-_-'
Note: Biasakan rasa masam, manis,kelat, pahit, masin, tawar dalam menu kita, barulah seimbang, begitulah juga dengan kehidupan^_^
Privasi atau kerahsiaan bukanlah sesuatu perkara remeh, namun didunia maya dan serba 'borderless' ne, semua maklumat dihujung jari sahaja. Namun dalam keghairahan kita berblog pernahkah kita menghadkan privasi kita sendiri??(okei, yang ne tanya diri sendiri-_-'). Dalam syok ber'blog' ne, kemungkinan kita terlupa untuk menjaga batasan privasi. Sehingga ada perkara-perkara yang mengaibkan pernah kita kongsikan. Untuk pengajaran atau sebaliknya, tak siapa yang tahu.
Sering mengingatkan diri dikala jari menari-nari dikeyboard, segala yang terhasil mungkin boleh menghasilkan impak negatif dan positif. Dalam dunia maya segalanya berisiko. Terkadang dalam penulisan alam maya kemungkinan untuk kita menjadi musuh terjadi dengan tidak sengaja(nauzubillah) wujud. Puncanya berbeza pendapat. Kadang-kadang juga kerahsiaan yang sepatutnya kita rahsiakan boleh menjadi punca rosaknya hubungan. Semestinya hak untuk Privasi di ruang blog wujud bergantung setakat mana kita berkongsi kerahsiaan tersebut. Blog personal macam saya ne, sememangnya had privasi ditahap rendah ataupun moderate, melainkan kita tahu apa yang kita kongsikan. So much risk to face bila kita didunia maya, sama jugak dengan realitinya. Sebab itulah penting bagi kita (saya especially) mengingatkan diri untuk berkongsi cerita, ada benda yang kita boleh kongsikan, dan ada benda yang perlu elakkan untuk dikongsi. Kadang-kadang ruang sebegini bukanlah tempat terbaik untuk meluahkan perasaan. Cuba imagine apa perasaan readers bila baca entri kita yang marah-marah, memaki-hamun, mengadu domba, terlebih berkasih sayang, segala setiap inci dan saat dilakukan setiap hari dicoretkan tanpa sepatah perbuatan dan perkataan ditinggalkan dan semacam lagi (adeii, tak boleh imagine). Dulu masa mula-mula berblog ada jugak anggap blog ne macam diari, rupanya silap. Bila baca balik entri sendiri dulu-dulu ada jugak rasa annoying kat diri sendiri...haha=p, apatah lagi yang membacanya...hehe=). Kesimpulannya had privasi bergantung kepada tuan empunya, nak kongsi takde hal, tak nak kongsi pun tak jadi hal, privasi tu hak kita kan, so kita yang hadkan=).
Note: Blogging for fun
Semalam, hujung minggu di isi dengan aktiviti melengkapkan barang-barang kahwin kat Jalan TAR, tentulah bahagian untuk diri sendiri wajib ada..-_-'. Dan paling mengejutkan diri yang naif ne, en.azham yang mula-mula shopping. Tak pernah-pernah, pasalnya dah jumpa barang yang dicari selama ini dengan spontan terus dia beli...gituuwww!!hehe..sukalah, itu baru betul...haha=p. Neh sampai berjam-jam, habis mall nak jelajah, berminggu-minggu mencari, bukan dialah shopping macam tu...-_-'
pic source: Tudung nur kasih
Dan semalam bila jalan-jalan disekitar masjid India tu, masuk sebuah kedai beli tudung. Tu pun main ambil je, pasal dah nak masuk asar kelam kabut nak balik pasal nak tengok wayang Hantu Bonceng, so beli aje, tanpa teliti betul-betul. Sampai aje kat rumah mulalah testing apa yang patut. Walllaa...terus jatuh hati, jatuh cinta kat tudung yang dibeli tu. Terus jugak menyesal berkali-kali pasal tak borong terus (ehemmm, cakap macam banyak je fulusnya) tapi memikirkan bukan senang nak pergi sana, sebab bukanlah suka sangat pergi tempat sesak-sesak dan paling penting kena jalan kaki banyak, itu bukanlah perkara yang disukai...hehe. Tapi disebabkan tudung Nur kasih ne, rasa nya sanggup pulak turun KL nanti. Siap calling-calling dah Snow White dan semalam pun nak tidur still masih terasa nyesalnya pasal tak borong tudung tu...muahaha=p. Betul ketinggalan lah, tudung tu dah lama dah kat pasaran sejak cerita Nur kasih agaknya. oowhhh, nurrr kasiiihhhhh...
Note: Doa sama-sama dimurahkan rezeki
Isu ne memang dah banyak dikupas, macam-macam pendapat...ada pro & kontra. Trend tunang ala-ala majlis kahwin ne tak tahulah bila ia bermula. Tau-tau dah macam ne dah trendnye..
Apa perasaan bila kawan-kawan tengok gambar kita dimajlis bertunang dan ucap
"Tahniah!dah macam kawen dah, nikah terus la senang!"
"Tahniah!bila majlisnya?nanti jangan lupa ajak tau!
"Tahniah!"
"Tahniah!laa, ingatkan dah kahwin!"
Sejujurnya, bila baca ucapan dalam banyak-banyak ucapan tahniah tu, perasaan kita bercampur baur kan, annoying pun ada, gembira pun ada, rasa ''eh!suka hati akula nampak macam kawen pun, bukan guna duit kau" dan macam-macam lagilah, hanya kita yang tahu!mesti emo aje...hehe
Ramai yang cakap ini adalah trend yang sangat membazir!hmm, ada betulnya, tapi kebanyakan buat ne semua yang berkemampuan, so bila ikut kemampuan, bukanlah satu pembaziran buat tuan empunya, melainkan yang nak ikut trend tapi tak berkemampuan...mungkin pegang prinsip, biar papa asal bergaya!agaknya lah. So membazir atau tidak bergantung kepada tuan empunya badanlah, ada duit buat grand ikut trend, takde duit, buat ikut agama dan sederhana aje.
Isu ne subjektif, depends kitalah. Kalau ikutkan keiginan diri memang tak kan habislah.
Sama jugak isu kahwin grand, photographer tip top, pelamin gah...semua tu atas diri kita sendirilah nak macam mane. Asal jangan menyusahkan semua pihak serta tidak melanggar syariat sudahlah!Yang penting berkat=)
Note: Saya pun terikut jugak trend ne...kihkih, tapi alhamdulillah, tetap pegang prinsip nak rahsiakan pertunangan walaupun takdelah rahsia mana (ada jugak rakan-rakan terdekat ada juga yang tahu), mana-mana yang tahu tu nasiblah dan saya redha jelah..bagi saya ada hikmahnya berbuat begitu.huhu-_-'. at least mencuba untuk berahsia
Siapa tak suka makan tomato??mm...saya suka, dan sekarang bertambah suka, setiap kali shopping barang-barang dapur sekurang-kurangnya 10 biji saya beli tomato untuk menu harian (biasanya makan untuk selang sehari, karang makan berlebih-lebihan lain pulak jadinya). Siapa yang tak suka makan tomato dan mengatakan dia tak makan sayur, alasan itu sangat tidak munasabah...sebab utama tomato dipanggil buah tomato dan bukannya sayur tomato, so secara terang-terangan ia boleh dikategorikan dalam golongan buah-buahan, hehe=p...
pic source:www.flickr.com
Mengikut pembacaan saya buah tomato ne, banyak khasiat nya untuk kesihatan sebab kaya dengan antioksidan dan likopena yang dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Dulu masa muda remaja try jugaklah buat rawatan muka guna tomato, biasalah terpengaruh dengan majalah, memang tak sesuailah dengan kulit pasalnya jerawat makin menjadi-jadi lepas buat rawatan sendirian berhad tu, pastu terus anti dengan tomato. Padahal mungkin tomato tu tak sesuai letak kat kulit ke, apa-apa lah kan. So setahun dua ne banyak pulak makan tomato sebab jatuh cinta dengan rasanya yang masam-masam dan rangup (suka cari tomato yang pejal dan merah tu)..selain buat sos untuk spaghetti, ada jugak layan makan macam tu je...cara yang paling sihat nak makan spaghetti pilih spaghetti yang wholewheat, dan sudah tentunya sos pun buat dengan tomato aje. Kalau ikut kebiasaan saya nak buat sos tu guna minyak zaitun, tumis bawang putih dan masukkan tomato cincang dengan air then tabur sikit italy spice...dah siap! tak letak apa-apa perasa, rasa memang original...hehe. So tentang makan tomato dan awet muda mungkin ada kaitan nya juga disebabkan khasiat tomato yang banyak ne, selain membantu badan kita mengeluarkan toksin yang tidak diperlukan, tentulah tomato ada juga khasiat botox untuk kecantikkan kulit ...kalau nak tahu cubalah sendiri^_^, mm ada jugak yang alergik tomato, so takyah dop cubalah...
Note: asal asyik cerita pasal makan ne..
Hari raya ke-4 baru ne, hari yang sangat istimewa buat insan yang bergelar bonda saya...Alhamdulillah, semoga Allah merahmati serta sentiasa melimpahkan rezekiNYA buat bonda yang amat-amat saya cintai...meniti usia menjengah 50 tahun saya sentiasa mendoakan kesihatan mak ayah sentiasa baik dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t... amin^_^
Insyaallah, tak lama lagi mak ayah bakal dapat anak lelaki lagi selepas abang long, hehe...semoga Allah memudahkan segala urusan keluarga kami....owwhhh, rindunya kat mak
pic source: dafi kata, kalau kita nak tengok isteri kita bila dah tua, tengok mak dia...hehe=)
Note: Walaupun dihadapan nanti belum menjanjikan apa-apa kepastian, ku bersyukur dengan adanya bonda, biarpun tidak memiliki apa-apa di alam sementara ini asalkan memiliki bonda & ayahanda kuibaratkan seperti memiliki segala-galanya didunia ne...miss them so much...T_T
Autopublish
Nenek saya tak bernasib baik masa kat madinah sebabnya kena rompak dek penyeluk saku laknatullah, perempuan arab body besar badak tetiba datang peluk dari belakang nenek saya lepas nenek saya selesai solat...bila jemaah lain yang lalu tengok macam pelik, perempuan arab tu cakap nenek saya nak jatuh (pandai pulak cakap melayu) padahal nenek saya dah meronta-ronta dah suruh lepaskan...yelah kudrat orang tua takat manalah nak lawan body orang arab tu, lastnya penyeluk saku tu lepaskan dan pergi macam tu aje, lepas jalan sikit nak keluar dari masjid barulah nenek saya perasan baju dah terkoyak kat area baju dalam, duit dah hilang dah...tinggal baki-baki je...takde rezeki orang kata...alhamdulillah nenek saya tak apa-apa itu yang penting. Melihatkan baju dalam (yang berpoket) yang ditoreh, pastilah penyeluk saku tu memang professional sebabnya nenek saya tak rasa apa-apa pun. Mungkin juga kumpulan penyeluk saku wanita ne dah tahu jemaah dari Malaysia simpan duit kat mana. Terkilan jugak mak ayah saya dengar cerita nenek, yelah sebab sebelum ne takde plak dengar pengalaman jemaah kena seluk saku, jadi lupa nak bagi peringatan kat nenek...tapi nak buat macam mana, dah bukan rezeki nenek saya..huu, takpelah doakan penyeluk saku tu dapat pengajaran dari Allah s.w.t
Kalau kat Tanah suci mekah mungkin perkara seperti ini jarang berlaku. Ayah saya pun pernah cerita pengalaman kat mekah, setiap kali ayah saya pergi solat selipar yang ayah saya pakai akan letak kat tempat yang sama, satu hari tu ayah saya selesai solat nak balik ke hotel, tengok-tengok selipar yang letak kat tempat biasa tu dah takde, apa lagi ayah saya, sebut 3 kali Laknatullah, pastu terus balik jalan kaki ayam, keesokkannya ayah saya saje pergi menjenguk tempat selipar tu hilang, tup-tup selipar ayah saya tu ada kat tempat asal...hehe, itulah jangan main-main kat Tanah suci ne, sekecil-kecil perbuatan jahat, jiwa dan hati serta niat yang tidak baik Allah akan bagi terus balasannya...doa-doa dapat jejak kan kaki kat tanah suci diusia yang muda dan tika masih kuat lagi...aminn, dengar orang cerita pun rasa dah tak sabar nak pergi sana kan...T_T
Note: ^_^
Melihatkan senario dan kegilaan harga barang makin meningkat sekarang, no wonder pada masa akan akan datang kehidupan kita akan recycle balik gaya hidup macam orang dulu-dulu punya susah. Teringat situasi 2 hari sebelum raya, Tesco buat promosi jual ayam dalam RM3.00 sekilo, tak sampai 15minit, licin menatang ayam dibedal puak-puak pelanggan tesco yang rakus(alaa, lebih kurang dalam iklan tesco yang part ayam tu..lucu betul, tapi memang betullah actual situation cam dalam iklan), kebetulan Snow White dan ayah sempat rembat 9 ekor ayam nak buat open house nye pasal...so balik tu, terus mengadap tiga beranak ne(saya, Snow white dan ayah) menyiang ayam sama-sama.
pic source:www.rayallychina.com
Ayah saya cakap, tak pernahlah Tesco buat promosi ayam semurah macam ne, kalau dibandingkan dengan zaman sekarang, seekor ayam pun dah macam sekilo daging lembu. Kalau murah harganya lebih kurang macam ne, adalah dalam zaman awal 2000 dulu...Orang zaman sekarang ne, banyak duit pun banyak jugak yang habis, hutang rumah, kereta, hutang belajar, tolak sana sini, nak pulak tanggung belanja makan minum kian meningkat. Lepas ne, kena belajar makan kepala ayamlah..saya dan Snow White terkedu weii...terus spontan, "kepala ayam boleh makan ke ayah?"...terus ayah amik kepala ayah potong dekat paruh tu,"boleh sangatla, zaman dulu gak ayah pernah la makan kepala ayam, susah!nak makan pun kena berjimat"..-__-...uu my! adakah recycle seperti itu akan kita lalui jugak...tak mustahilkan?huhu...terus imagine pada tahun 2020 nanti sup dan kari kepala ayam mendapat permintaan yang tinggi!bukan takat kepala, kot-kot sup kulit ayam pun boleh wujud dikala kesempitan hidup..tidak terbayang kan...hmm, terfikir pulak mangsa kebuluran kat somaliaT_T.
Note: Tetiba rasa cam loya tengok gambar tu...huuu (yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin). Makin mahal pun terpaksa jugak hadapi, nak buat camno!itulah gaya rakyat didahulukan...weeehhuuu, alhamdulillah. Kejap aje kecoh tang sana sini, pasne senyaplah... budaya kita kan, buatlah macam mana pun, kita terima aje...hehe=p
Pagi-pagi lagi lepas subuh, terus mandi dan bersiap-siap untuk keluar(aneh sekali, bertentangan dengan kebiasaan tidur balik lepas subuh, patutlah rezeki takmau masuk..-___-'), melihatkan kekalutan pagi penghuni lain terutamanya kaum wanita dengan tanggungjawab menghantar anak ke nursery, serta kekalutan aktiviti pagi untuk bergegas ke tempat kerja, makanya boleh buat kesimpulan alangkah ruginya diri yang naif neT_T...bila mahu berubah???okei tinggalkan persoalan disitu (memang kontroversi punya soalan) ...disebabkan nasi lemak saya bersungguh melibatkan diri dalam kemeriahan pagi hari ni...tak pernah pulak memandikan diri seawal begini...adeiii, wondering betulkah pilihan en.azham???mmm, apapun lebih baik busuk tak mandi daripada busuk hati...haha=p...simple kan!
Disebabkan nasi lemak, tak sangka saya bersemangat sekali bangun...motifnya makan-_-' ...hmm, ginilah senang, saya tengah mengidam, pasalnya sepanjang bulan puasa baru ne, sekali je makan nasi lemak...pastu datang perasaan sukar ditafsirkan sejak semalam, perasaan nak makan mende alah tu memang membuak dari semalam lagi, tapi disebabkan g bantai tidur...maka niat tertangguh, so refleksnya pagi nilah, kalau ikutkan nak je, lepas azan subuh tadi solat siap-siap terus nak turun je pergi mencari nasi lemak, tapi cam melampau plak kan, gerai pun tak buka lagi...hoho=p. Apapun kalau kat kampung bangun tidur memang dah ada breakfast mak ayah sediakan...hehe, seronok!tapi kat sini, kenalah terhegeh-hegeh sediakan sendiri, rajin adalah sarapan pagi, tak rajin kenyang dengan air liur basi jelah jawabnya...adeiii buruk perangai betul-_-. Apapun nasihat kat sesiapa yang nak berdiet, sarapan pagi jangan tinggal, huh nasib baik saya dah tak terlibat dengan aktiviti diet ne...muahaha...kira terima diri seadanya, boleh tak..=p (cam nak kena siku je ayat ne)...kalau asyik fikir nak diet terus boleh buat stress, sayalah!orang lain saya tak tahu..
Note: Sarapan pagi
Kalau ikutkan niat awal hari tu, nak privatekan blog huduh ne pasal dah malas dop update, yelah mana taknya tengok-tengok entri dah berkulat, klik klik yang tu jugak entri yang keluar...muahaha...kalau saya dah lama dah unfollow dan buang dari bloglist...tapi nak buat macam mana, semangat menaip neh bukannya macam robot yang dah disetkan waktu buat entri, kadang-kadang entri yang wujud ne pun spontan aje...hari ni betul-betul orang kata langkah kanan, sebabnya pergi ke fakulti dengan tujuan lain, tapi kebetulan pulak ada jamuan raya... maka kenalah makan(saya suka makan, statement melampau)...
Bila cerita part makan boleh juga kaitkan dengan blog, blog neh umpama kedai makan, bila dah tutup kedai makan macam mana orang nak pergi makan..so nak tak nak regular customer yang dah biasa datang makan kedai kita kenalah cari tapak baru untuk melepak-lepak sambil makan...macam tulah jugak blog ne, tapi saya punya kes mungkin boleh dikategorikan 'special case'...haha, pasalnya kualiti makanan kat kedai saya memang dah hilang langsung,tak sedap, customer dah muak, bosan dengan menu sama, apa-apa jelah, nak tak nak kena upradelah(tu pun kalau menjadiklah kan??-_-')...cehhh!!beria je ko-_-'...tang tesis tak nak pulak gedik-gedik tingkatkan kualiti....haippp!haaiipp!!jangan sebut pasal tesis...so main reason sekarang tutup kedai pasal kononnya nak fokus kepada perkara yang patut difokuskan...tapi itulah kannn (nada gedik-gedik nak kena hempuk) walaupun kedai dah tutup rupanya kat tokei kedai yang ne masih jugak dop pung pang updatekan menu kat dalam kedai...haha=p...kejadah hape entah, bila customer takde rajin plak ko dop pun pang kat dalam kedai ye...-_-"...tak gunaaaa...tak kisahlah yang penting diri sendiri suka je..hihi=p
Note: Insyaallah lepas selesai segala yang patut diselesai kan, nak buka blog ne balik secara rasmi...hehe=p
Kalau tanya perasaan sekarang...tak tahulah nak cakap apa...yang tahunya bila tiap kali buat checklist dengan en.azham, mulalah emo berdebar-debar sensorang pasalnya preparation untuk 'Big Day' hanya siap dalam 40% sahaja...huhu, tak tahulah nak prepare apa...bila dah macam ne takkan nak main pasrah aje...giloss!terus pasang turboo semangat kat diri...biasalah saya punya semangat tenggelam timbul...huuuu-_-'... memandangkan sekarang boleh dikatakan pengganggur berhemah, so kena berjimat tahap tip top biarpun keinginan tu bak air mendidih...gituwww!hehe...pendam tak pendam kena pendam jugaklah...sadisssssss...Nasib baik budak rumah sewa dah bawak kotak hiburan (baca TV), maka niat nak beli TV dah boleh potong dari list...dasat betul penangan Pin Ru, sampaikan nak beli TV terus, pasal takmo tertinggal episod cite Hui Jia De You Huo kat TV2, punya lah bersungguh...adeeiii en.azham pun tepuk dahi dengar kesungguhan saya nak beli TV akibat cerita tu semata-mata...haha=p, sebab utamanya cerita neh takde lam youtube...huhu, kalau tak dah layan awal-awal youtube..tehhee
pic: Tak sangka dah 6 bulan bergelar tunangan en.azham, terkadang lupa juga-_-'..
Alhamdulillah..
eh, ne macam terlari topik plak...haaa, kan dah cakap, memang berdebarlah kalau sebut pasal nak cerita sebab 'wedding day' yang bakal dilalui pasalnya macam takde preparation apa-apa..T_T...sedih betul...apapun terima kasih ya Allah kerana memberi kekuatan dalam mengharungi dugaan dalam tempoh 'darah manis' ne orang kata...tak kiralah dugaan dari diri kita sendiri atau pasangan atau keadaan sekeliling...semoga Allah memudahkan segala urusan kami nanti...insyaallah^_^...aminn, tinggal 2 bulan lebih je lagi, doa dan harap semuanya smooth...
Note: Nanti kalau free or rasa nak cerita details pasal hal tunang ritu..mungkin akan dicoretkan jugak buat kenangan...tengok rajin lah dulu...hihik=p
Sekarang Canon tengah buat buat promosi gila-gila...wuhuuu...masih tak terlambat sesiapa yang nak memiliki kamera tu pegi terjah outlet yang berdekatan...tak rugi memiliki kamera canon...dalam banyak-banyak brand i think canon camera antara yang terbaik, tentunya dari segi kualiti gambar...puas hati, kakak saya pun dah berkenan sangat dengan kamera canon ne setelah melihat hasilnya...so saya sebagai adik kesayangan tentulah menyanyi pom-pom ala pom-pom girl menggalakkan kakak saya turut memiliki mende alah ne...hehe, saya pun ada jugak keinginan untuk memiliki satu lagi kamera khas untuk aktiviti blogging...ceewwahhh, over kau nyahhh!!!nak khas-khass la plakk...memandangkan sekarang payah sikit pasal kena gilir-gilir guna dengan en.azham maka berharaplah dapat satu kan...haraplah kannnn...harraapppp!!haha=p
Note: Berniat singgah di SACC mall...hihi=p, dah lama tak jenjalan, even gaji tak dapat lagi semangat tu yang penting...haha
penat sungguh beraya tahun ne, macam tahun-tahun lepas jugak....part buat roti jala alhamdulillah pasal kena buat seguni gandum aje, seguni lagi geng sepupu plak yang buat...raya tahun ne, part yang paling terkilan bila gambar kenangan raya keluarga takde...huhu=( ...suasana raya memang feeling habis, sampai tidur pun tak cukup prepare juadah untuk rumah terbuka..nak menaip pun mata dah pedih-pedih pasal tak cukup tidur...hehe
note: entri tak bermaksud apa-apa
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social