Pages

Pages

10.12.2023

Genting Highland overrated?

Unexpected plan datang sini, dari plan ke Janda Baik, terubah ke sini akibat takde tempat penginapan untuk lebih dari semalaman, needs two nights stay for family vacations tapi memandangkan semua tempat dah penuh untuk booking, lastly last place redha jelah pilih kat sini. Point asalkan semua boleh berkumpul kat sini pun alhamdulillah sangat dah. Alhamdulillah Allah permudahkan temukan kami untuk bercuti bersama-sama even kategori last minute. Kami dah bertolak memang petang sangat dah, situ sini jem, banyak kereta, naik ke tempat penginapan kat GohTong Jaya pun dah gelap pun. First time bermalam kat sini, dulukala pernah naik Genting ni balik hari je, lepak kat carpark area je semata nak merasa angin sejuk kat sini, memang meremang dia punya sejuk. 


Apapun datang sini sekadar untuk kenal dan tengok je camne tempatnya ngape ramai sangat nak datang sini. Kesimpulan yang kami laki bini rumuskan betullah tempat kena scam yang dihalalkan. Untuk orang terlebih dah duit belanja tak tahu nak habiskan macam mana, boleh repeat banyak kali datang sini. Untuk kami baik pergi tempat lain yang lagi berfaedah dan berbaloi, wakaka. Orang kata Genting Highland best, but for me Genting Highland memang overrated. Rasa too much expectation kot tengok orang dok share macam best, tapi rupanya depends jugak. Sebab tengok kita punya jiwa lah macam mana, untuk daku untuk stay dan datang semata untuk repeat ke Sky world ni rasa macam tak berbaloilah. Untuk day trip mungkin ye. Datang sky world big no, datang GPO big yes, kihkih.

Mana tak kena scam, beli tiket untuk main indoor outdoor pun sempat main average 2-3 games untuk perkepala. Apa yang banyaknya? Banyak beratur. Lama beratur. Situ sini beratur, sudahnya masa habis cemtu je. Entah apa tujuan games place indoor outdoor pukul 2petang baru buka, kenapa tak buka pukul 11pagi lagi. Tak kira indoor outdoor memang kerja beratur jelah, tambah lagi cuaca tak tentu hujan rintik-rintik, nak pergi outdoor be ramai-ramai satu group,memang tidaklerr. 6 petang dah nak balik bilik, rasa letih sebab berjalan dan beratur je, even hujung minggu biasa pun dah crowded lagi pula kalau masa cuti umum kan? Apapun nama lagi pengalaman. Kalau tak, tak pernah rasa plak camne rupanya orang berjimba kat Genting. Bab makanan tu memang tahulah pricey, tapi bab makan pun macam limited choice jugak sebab banyak kedai makan yang agak-agak meragukan. 


Lagi satu datang sini dengan anak 'berceretek' kecik-kecik macam iols memang triggered panic attacks in crowded. Yelah budak-budak, tengok bling bling lampu warna warni, mainan yang serba serbi sekeliling memacu hormon adrenalin mereka, sama just mak pak depa yang sentiasa aware mana anak jalan atau tuju, dalam ramai-ramai macam tu, sekali anak menyelit haaa sudahhh kau. Tulah part paling menakutkan bila masuk dalam crowded people macam ni, seminit pun macam berejam dah, dok ingat anak duduk dengan bapak, sekali bapak takde pegang pun anak. Macam tu lah kalau nak pergi tempat ramai orang, kena banyak beringat-ingat ye mak-mak. Sekali hilang seminit pun boleh buat hilang arah dah apatah lagi berminit-minit, so datang sini kena alert lebih sikit. Ku rasa lega sikit sebab dua yang kecil tidur sepanjang dok kat atas tu, sorang tidur dalam babywearing, sorang tidur dalam stroller. Sepanjang abang kakak main tu depa bantai tidur je, nak kawal empat orang yang aktif terkawal pun jenuh. 



Apapun dapatlah bersidai sampai malam kat GPO tengok orang lain perhabiskan duit beratur shopping kat oulet-outlet famous branding sambil tunggu the boys cari baju swimming sebab lupa nak bawak. Camtu rupanya feeling orang-orang level duit banyak bersidai ekk. Hmm, entahlah memang tempat kali interesting sangat, but not for us untuk repeat, tak masuk dengan jiwa. Yang paling kena dengan jiwa layan mandi kolam jelah sambil tengok views gunung ganang, aaa yang ni asyikkkk tambah pula angin sejuk, best sangat views tempat penginapan. Anak-anak happy sangatlah sebab depa dapat naik cable car, main games, mandi kolam dan enjoy dengan sepupu sepapat mereka, best experience ever for them. Kos stay 3 hari 2 malam dan pusing-pusing Sky world Genting kami sekeluarga tak campur lagi preparation sebelum pergi dah boleh stay Thailand 2 weeks, haishhh rugi tak rugi,  alhamdulillah sampai jugak tempat cemni, buat ghaso-ghaso. Setakat nak naik cable car tu, lagi herlok pergi Langkawi, alang-alang nak menghabiskan duit, baru berbaloi sungguh.  Ni jujur ku katakan, takpun pergi stay je hotel Legoland tu 3 days 2 night dan nikmati habis-habisan semua park and theme dalam Legoland tu. 


Ada orang repeat datang Genting sebab nostalgia banyak kat sini, ku pun ada nostalgia datang sini masa anak dua, gigih naik sampai puncak dengan kereta sampai berasap-asap sejuk hembusan napas, memang sejuk uii hahaha. Masa tu tengah manis-manis awal kahwin kan, semua indah walaupun bergaduh sakan. Naik tu pun nak tengok keadaan kenapalah orang suka sangat naik ke Genting, since sampai kami tak terkata, just memandang antara satu sama lain dan sejak dari tu kami tak sampai dah kat Genting, hinggalah di ajak pergi for family gathering ni. Adalah 9 tahun dari peristiwa kami naik dulu, dan pendapat kami laki bini tetap sama macam dulu dan macam kat perenggan atas, this place really not for us, hahahah, untuk tempat menginap tu quite okaylah, comfortable and memorable. Apapun such an experience in lifetime jua, alhamdulillah. Yang dah memang ada niat, memang one of list bucket nak pergi Genting Highland, pergi jelah merasai, this is just my experience semestinya tak menggambarkan perasaan dan pengalaman yang sama untuk dilalui korang nanti.