Showing posts with label Challenge. Show all posts
Showing posts with label Challenge. Show all posts

Booster Zat Besi atau Iron

9.09.2020

Punya payah nak cari ubi beet, sejauh-jauh tempat pergi baru jumpa. Kalau kat oversea memang diorang tanam depan tangga rumah je, asal nak makan pergi cabut je. Apa yang kurangnya ubi beet ni bau tanah teramat kuat, nak telan minum kalau tak kena cara memang tak tertelan lah. Tapi yang lebihnya sangatlah banyak kerana sumber nutrisi dan seratnya, dari vitamin dan mineral yang terkandung dalam ubi yang berwarna merah yang sangat cantik ni. Kalau nak cari pewarna original tanpa sebarang pengawet tiruan, pewarna tiruan, cari lah ubi beet. Warnanya so bright red, segar biji mata kalau tengok hasil. Sekarang main-main je orang buat sendiri dari lipbalm, sabun homemade, mungkin Li Ziqi pun banyak mempengaruhi, rupanya kaya hasil muka bumi dengan segalanya, tinggal kita put effort tambahan untuk buat. Semua dah pandai amalkan sustainable living dah sekarang, alhamdulillah it's really good move for our society.


So the root of whole detox, pengambilan nutrisi penting dalam pemakanan diutamakan dan ditekankan sebab detox menyeluruh akan menghasilkan detox yang sangat berkesan dalam jangka masa yang panjang sebab ianya melibatkan lifestyle dan pembinaan habit baru dalam kehidupan. Ceritanya suami baru buat bekam baru-baru ni, then to boost his new sels develop perlukan iron yang bagus. Then the beetroot pilihan yang sangat bagus. So at the morning kasilah suami layan juice iron booster ni bersama-sama, ahh dating dipagi hari dengan hirupan green juice so mind blowing. Nak buat juice ni senang sangat, Ika guna slow juicer, hasilnya sangat mengujakan. Ni resepi pertama dari beetroot yang Ika share sini, ada banyak version tengok apa matlamat yang kita mahukan dari juice ni. So tujuan kali ni kita nak tingkatkan zat besi dalam badan supaya dapat hasilkan red blood yang sihat berkualiti. Juice ni bagus sangat untuk ibu mengandung yang alami masalah anemia, kekurangan tenaga harian dan bagus untuk stabilkan emosi diri sepanjang hari. 

Bahan mudah iron booster
2 genggam penuh bayam/sawi
1 biji beetroot
1 batang lobak merah
4-5 batang seleri
1 biji lemon/2-3 biji oren sunquick

Basuh dan tos kan semua bahan yang di potong kecil, kalau boleh basuh dengan air tapis an cuckoo/cosway so tak payahlah korang lap-lap sampai kering dah bahan tu. Untuk sayuran bagus kalau dapat rendam air garam sekejap. Kemudian potongan kecil bahan-bahan tu masukkan dalam juicer satu persatu. Minum dan nikmatilah jus dengan gembira! Yummeehh. Nak lagi sedap tambah topping serbuk spirulina, perghh! Power kesannya kaya dengan vitamin C, sangat ideal untuk mengatasi anemia dan tingkatkan penghasilan darah merah yang lebih sihat. Puas hati sekali mesin dapat 2 liter juice yang pekat likat, rasanya juga sangat sedap. Hilang bau tanah ubi tu dek rasa sunquick. Cubalah khasiat dari tumbuh-tumbuhan anugerah Ilahi. 





Note: the bonus from benefit beetroot good for slimming process. 

Detox dan Kurus dengan Cepat

6.30.2020

Puasa, raya plus PKP baru-baru ni teruk jugaklah berat badan naik, padahal sebelum cantik elok dah maintain beberapa bulan selepas buat full detox, alih-alih Jadi chef kat rumah mak ayah, memang 24jam aje kerja dok fikir menu, tang memakan makanan tu pun sama naik jugaklah. Pakej supper siap, manalah dagu tak berlapis-lapis. Well tak boleh nak salahkan orang lain dan situasi sebab memang salah sendiri pun gagal kawal diri sendiri dan nafsu sendiri, wakaka. Memandangkan sekarang dah half of year dah pun, still target berat belum capai, belum tentu lagi the end result, still masih banyak harapan untuk buang apa yang patut lelemaks  tepu, tak tepu dan segala macam selulit berselirat Sempena kenaikan badan, maka kena lah berinsaf banyak.

Lakiku lagilah, duduk sensorang masa PKP ada masa masak sendiri, tak sempat tapau. Memang naiklah berat badan, tambah lagi berasap, bila bini dah balik, check freezer penuh makanan processed food dan fast food, ya Rabbana nak marah pun takde guna benda dah berlalu, so the best restart balik lah,benda boleh buat kan, hehe. 

Orang lain tak mampu tolong, hanya diri sendiri sajalah yang mampu ubah. So nak tak nak kena istiqamah balik dan kuat kan tekad, teruskan misi buang berat berlebihan tujuan utama adalah untuk mudahkan beribadah. Bila dah too much toksin dalam badan, letih, lemau dan kurang bertenaga dah satu hal, satu hal lagi adalah susah bangun pagi. Yesza, ada sumbangan jugak part payah bangun dari tidur dengan toksin yang ada dalam tubuh badan. Beza sangat bila konsisten buat detox, memang mudah bangkit dari tidur. Mind thinking pun berkait dengan gut, so nak otak cantik kena lah jaga perut bebetul. Betul kan apa yang tak betul.







For me yang dah buat beberapa cycle detox ni, memang Shaklee way sangat cepat pantas dan tuntas buang berat badan, dengan selamat, semulajadi dan pastinya tak berlapar, boleh makan nasi, 7 hari 5kg hilang. Energy tak drain sebab bantuan supplements so much helps me untuk kekal bertenaga uruskan anak-anak dan rumah tangga, perut tak mudah lapar. Hanya kerap minum air kosong bantu badan tak mudah rasa kerap lapar. Nak konsisten minum dan cukup kan liter harian ni bukan mudah jugak kalau bukan habit. Nak bina habit ni lah paling mencabar tambah lagi bukan perkara yang kita biasa buat. Nak cut white sugar bukan perkara mudah, sebab berkat dengan otak kita. Setting otak kalau dah ketagih gula memang sama dengan otak orang yang ketagih kokain. Aduii scary betul gula putih ni, tu sebab macam agak mencabar lah buang gula dalam hidup ni. Gigil tak dapat gula tu memang buat diri tak keruanlah, macam ketagih caffeine gak. Tak cakap orang lain, ni Ika sendiri lah, hahaha.



Orang yang berjaya Kurus sampai buang berpuluh-puluh kilograms tu nampak macam mudahkan, tapi struggling everytime nak habis kan satu hari tu tuan badan je tahu macam mana rasanya. Ika dan suami masa memula buat detox ni, memang boleh nampak rasa serba tak kena nak me ngabiskan sehari, kalau motivasi tak kuat memang tak sampai separuh jalan kau surrender. Nanti-nanti jawabnya. Sadis. Nak buat detox ni if decide buat lone ranger memang kena double triple inner motivation kena kuat. Even kau berpartner, sometimes partner sendiri bagi cabaran. Begitulah, bab turun berat badan ni tak semudah bercakap dan bagitahu. Nak amalan dan tindakan tu yang paling mahal. Apapun Jom Detox satu program sangat berbaloi, detox dalam masa yang sama kita baiki habit sendiri. Alang-alang buat detox, berjemaah lagi best, sebab ada geng, motivasi lain macam gitewww. 




Aktiviti Detox Hujung Minggu

1.06.2018

Bila weekend je, aktiviti detox memang Ika buat setiap hujung minggu. Sebelum ni Ika tak tahu pun apa dia lah detox ni.
Until Ika nak tambah anak seorang lagi dulu iaitu anak ketiga Ika buat aktiviti detox ni, sebab nak flush toksin yang lama dah bersarang dalam tubuh. Lekat melekat disegala ruang tubuh dalam badan ni.


Since impaknya sangat besar buat Ika dan dapat manfaat yang sangat bagus untuk tubuh Ika, so Ika teruskan aktiviti detox dan letaknya sebagai rutin mingguan. 

Yelah, seminggu setiap hari makan macam-macam makanan  terdedah dengan pelbagai suasana dan persekitaran Ika cadangkan semua orang patut buat rutin detox ni tau.


So, this is the way yang Ika amalkan sebelum dan selepas kelahiran Hawaa sampailah sekarang, Ika konsisten ambil Alfalfa. Tambahan yang lain Ika ambil 2 tablet DTX Complex, Herbalax setiap hari jumaat sabtu dan Ahad.


Masa first makan Alfalfa tu, habis miang seluruh tubuh Ika, belakanglah yang paling teruk, tergaru-garu naik bintik merah yang teruk dan gatal amat. Then Ika stop kurangkan dose dari 6 jadi 2 balik,  lama-lama dah okei Ika updose hinggalah serasi  segala gatal miang dah tak keluar.


The best thing yang Ika perasan since anak 4 ni memang kurang letih, penat. Yang penting rahim pun rasa selesa, jangan tak tahu alfalfa ni sangat baik untuk rahim.

So lepas kelahiran anak ke 4 ni memang antara salah satu suplemen yang paling Ika konsisten adalah alfalfa, sebab Ika rasa badan Ika terlalu berasid. Macam mana tahu berasid antara gejala penat melampau, mengantuk, kulit kusam, badan berbau, selalu sakit kepala dan mood swing.


So baru baru ni anak tengah sepahkan rumah sampai penimbang pun buat mainan, terfikir untuk timbang sebab tak timbang lama dah lepas bersalin hari tu, last berat lepas bersalin 61kg, then bila naik penimbang terkejutlah bila tengok jarum penimbang 55kg.


Mana tak terkejut tu berat last Ika masa kahwin, lepas tu bercintalah haii nak turunkan berat badan, nak imagine dapat berat tu pun takut. Wallah tak sangka permulaan 2018 sungguh mengujakan, wish more kilogram to loss, hihi.


So mommies if rasa salah satu tanda yang kerap dialami take alert okei, Ika ni dah banyak pengajaran dapat akibat sambil lewa jaga kesihatan  pemakanan tak jaga..tu sebab one of mission 2018 nak upgrade kesihatan diri melalui pemakanan dan ubah gaya hidup.


Detox pun dapat turunkan berat badan tau.

Cabaran 21 hari & Hijrah

12.31.2014

Sedar tak sedar tahun sudah berganti esok...Allah, musibah dipenghujung tahun 2014 betul-betul membuatkan diri dah terlupa tarikh, hihuuu...banyak pengajaran dan ikhtibar diambil buat pedoman dan sempadan melangkah ke tahun baru 2015 yang hebat. Kembali membelek diari kesyukuran, betapa bertuahnya kerana memiliki segala nikmatNYA..alhamdulillah. Dan apa yang berlaku sepanjang 2014 sememangnya buat diri bertekad berhijrah hati di tahun 2015. Moga setiap jajahan daerah hati diperbaiki dan diperbaharui dengan istiqamah, insyaallah amin.
untuk mengubah diri sendiri bukan perkara mudah..bak kata orang kalau dah sifat perangai kita memang payah nak ubah melainkan kita betul2 bertekad nak berubah..21 days challenging myself to improved my new me bukan perkara mudah tapi memang xsusah asalkan ada kemahuan dan usaha serta yang paling utama yakin denganNYA.. Sekurangnya dari yang suku kepada separuh pun dah okay banyak dan berterusan. Hmm macam ucapan anugerah pulak. Just a  few word for pre-new entry in a new year!hihi May Allah bless the great journey in 2015!insyaallah amin! Daa..

Day 26 – A photo of somewhere you want to go

11.10.2011

Kalau ikutkan banyak je tempat nak pergi...yang penting dalam tempoh terdekat ne target nak kumpul duit untuk daftar haji lepas kahwin then yang satu lagi keep safe the secret...hehe (kita merancang, Allah jua merancang) so didoakan kami sentiasa dimurahkan rezeki kelak, nak jejak kaki ke tanah suci diusia yang masih kuat untuk mengerjakan haji...insyaallah..amin.
pic source:atozallnews.blogspot.com
Selain tu tentulah bab melancong je keje kalau tanya tang mana nak pergikan...So far tak kisah pun kat mana-mana...yang penting ada deruan ombak (sekali en.azham record bunyi deruan ombak, pastu kitaorang bercuti kat beranda rumah je, macam pantai jugak kata en.azham) okei dah terlebih imagine, siap ngan dialog sekali, memang sadis kalau macam tu...tak nakkkkkkk!tak nakk..over plak...macam betul-betul plak situasi tu-_-"  Harap en.azham tak buat macam tu...mmm. Apapun antara banyak-banyak pilihan tempat nak pergi adalah tempat yang ada pantai, atau pulau-pulau yang cantik. Pernah sekali bagitahu en.azham "awak, nanti kita g honeymoon kat pulau kita try air trekking nak?cam best jek tengok kat tv tu, mana tahu boleh hilangkan saya punya gayat"...muka tak puas hati en.azham "apa jadahnya orang nak honeymoon, ajak air trekking plak" itu saya agaklah jawapan dalam pale en.azham, pasal dia diam je takmo jawab..entah sejak bila ada penyakit gayat ne, tak puas hati betul, sebabnya masa muda remaja dulu aktiviti lasak adalah satu kegemaran saya..apapun pulau adalah tempat terbaik untuk bercuti...see saya memang tak demand nak pergi jejauh kat oversea sana pasalnya dah boleh pergi dalam mimpi...haha=P NZ and Switzerland still in dreaming..ngeehh

Day 15 – Something you don’t leave the house without

10.31.2011

Sehari dua hidup tak berapa nak balance pasal kesakitan menusuk jiwa raga akibat telinga mengalami keadaan yang tidak diketahui puncanya. Pointnya sakit dalam telinga akibat infection kuman-__-". Diduga dengan kehilangan sebelah pendengaran untuk sementara waktu T_T...berdoa sembuh cepat-cepat.amin. eh...actually dalam kesakitan bagai, nak jugak isi masa ngadap belog..
kalau nak keluar rumah for sure takkan tinggal mende alah setongkol kat atas tu (beg beli kat rantau panjang 28 hengget je, sampai sekarang suka pakai yang tu lagi pasal lasak...ngee, haku pakai beg murah je, asal cantik okei jelah plus boleh letak barang banyak) peristiwa masa beli beg ne masih kuat diingatan...kesimpulannya padan muka, haha=p...actually semua yang kat bawah (refer pic ke-2) adalah segala makhluk yang menghuni dalam handbag yang huduh tu yang setia dibawak kemana-mana je, asal keluar rumah mesti bawak, ai mean keluar jenjalan ke, pergi fakulti ke, takkanlah keluar buang sampah bawak jugak kot-_-, agak-agaklah kan...kat dalam pun huduh jugak, memang tak sangka isi kandungannya-_-...tu pasal bila ada calling-calling masuk mengambil masa 1925 saat untuk mengangkatnya atau tak sempat angkat pasal tak jumpa mende alah yang berbunyi tu-_-"...
Isi kandungan: kad pelajar, purse (semestinya), Olay total effect, bedak miyami, calculator (tak tahu apa motif mende alah ne ada lam handbag-_-)...tak nak ngaku fail bab congak...kahkah=p, yang lain boleh agak-agak...hee=)

Day 29 – Something you could never get tired of doing

10.29.2011

Baiki diri  kearah yang lebih baik siapa lagi boleh ubah diri kita melainkan diri sendiri
blogging semestinya salah satu terapi juga
Senyum untuk awet muda...hehe
Suka amik gambar makanan sebelum makan (perangai sejak ada blog...motif??tentulah bahan untuk update)
Get a better job to settle down PTPTN...belajar je tahu, bab bayar hutang senyap je! trauma okei tengok iklan PTPTN tu...duuhh-___-"
Last but not least, really obvious i give some effort to complete 30 Day project challenges..awesome!haha=p..

okei kesimpulannya saya tak pernah letih buat something yang kita suka, dan perkara yang memang kita nak lakukan..happy then=)

Day 20 – The meaning behind your blog name

10.25.2011

"Writing is therapy"
I choose this name for a few reasons. Masa memula start ber'blog' dulu semacam zero tentang blog ne apa, tapi one thing saya perasan ketika awal berblog saya tidak tahu menggunakan idea, apa yang patut ditulis atau tidak. So timbul untuk meletakkan nama blog writing is therapy sebabnya kebanyakan yang ditulis berdasarkan apa yang dilalui dalam kehidupan harian. Macam menjadi satu medium untuk meluahkan perasaan dan paling penting words yang tertulis bagi impak positif kat diri sendiri atau dengan kata lain wujud kelegaan dalam penulisan tu sendiri kepada diri saya...orang lain yang baca tapi tak suka, boleh klik X kat hujung kanan skrin...kahkah, saya tak paksa okei=)
"...writing or talking about your experiences may improve both your physical and mental health. I am not selling a miracle cure. Rather, recent studies from around the world are uncovering some exciting findings that may help you in your coping."-unknown source

Macam kita luahkan apa yang terbuku kat hati kat kawan baik kita, atau apa-apa saja rungutan, bebelan...tapi semua tu diluahkan kat blog...yup itu satu terapi untuk saya, kadang-kadang orang/kawan tak sanggup nak dengar semua tu, so much better semua diluahkan dalam bentuk penulisan, rungutan/bebelan/pendapat/penceritaan yang lebih santai, takde paksa sesiapa nak dengar cerita kita, so apa lagi tulis jelah...kita tengok, kita rasa dan yang penting ada blueprint...hehe=). Sekurangnya ada penulisan yang jadi pengajaran, ingatan, teladan dan semestinya kita happy dapat berkongsi cerita...kihkih=p. Lepas tu rasa macam simple je nama tu and direct meaning kan?hee..


Note: betul ke?

Day 10 - A photo of our favorite place to eat

10.22.2011

Lot of favorites place for me to eat...kata lagi suka makan...ngeee=p. Yang penting sedap dan murah, confirm jadik feberet terus, macam seksyen 2...harga student..haha. Tapi dalam banyak-banyak tempat makan yang sedap-sedap (means sume sedap-sedap-_-") ...the best one dekat Bagan Lalang, entah dah berapa kali pergi dalam 4 kali jugak kot...sekali-sekala boleh lah, kopaklah poket...asyik nak makan sedap je...ihihi, tapi tak pernah sekali pun berpeluang duduk kat beranda tepi nak tengok pemandangan gold coast dimalam hari, tentu cantik kan...memang setiap kali pergi dah ramai yang reserved..memang ramai orang makan kat restoren ne...no wonderlah kan, memang sedapppp!
 Note: Udang masak petai
 note: Ketam masak cili
 note: sotong celup tepung
 note: lala masak halia
note: sayur kangkung  goreng
Amacam...meleleh tak?meleleh ke tak?okei..dah tak tahan tengok gambar sebelum tu nak tempek jugak part yang last...memang mabeles...haha=p. Kalau bab licin kan makanan memang tak boleh tahan gayanya...bukan en.azham je, haku pun sama...huhu-_-". Memang geng betul=)

Lokasi dan alamat tempat makan ne:-
Pantai Perkhemahan Bagan Lalang
43950 Sungai Pelek,Sepang
Selangor.
No. Telefon : 03-31412895

Day 9 – A photo of the item you last purchased:l

10.13.2011

 
Kira baru jugaklah beli, kena guna baby oil masa mula-mula pakai, memang selesa habis...aaiii llliikee...haha=p, cerita pasal mende neh malas nak ulang-__-". Berpeluh jugaklah keluarkan duit..wuwuu
Neh manik-manik dan filligree...yang tu beli kat jalan masjid India dalam semua house, memang murah-murah kat sana, rambang mata...decide nak jahit kat outfit family tuk wedding t...entah sempat ke tidak nak menjahit..huhu-_-

Note: fenimmm

Day 28 – In this past month, what have you learned

10.07.2011

Buat list okei...pasal banyak mende yang patut take note untuk pengajaran dimasa hadapan eeerrr dan jugak sekarang...-_-"


-Buat kerja cepat-cepat sikit, jangan lembap cam siput, jangan tangguh-tangguh

-Takde duit buat cara takde duit jangan ko buat meroyan shopping macam duit bersepah...muahaha, isshh pengurusan tu, manage well, kalau takat cakap cakap je bazir air liur ok..huhuu-_- (sadis ayat ne, mendalam betul kat diri sendiri) gaji takde untuk sebulan ne betul-betul menguji diri, keinginan, keperluan, adeiii...apa pun pentingkan yang penting. Nak setel tesis ne lagi banyak fulus mengalir bak air...hukhuk(nangis)
errr, asal point aku pasal duit je ne, that mean zaman sekarang takde duit tak boleh buat apa-apa, bukan mata duitan ye (mm, adalah sikit...heh=p)

-Berat badan, no komen!hahah=p, naik sekilo sama jugak en.azham...fail betul, asal naik penimbang dua-dua sama fail (butthurt)-_-".

-Berubah...change to be a good one really takes a time, tambah-tambah macam dah jadi perangai/amalan...huhu, takutnya, kadang-kadang nekad ye, sehari...2 hari...3 hari it still okei but then fourth day the recycle comes again....the bads attitude comes over, susah jugak...huhu(nangis). 

Tips: Melayari internet dengan membuat bacaan santapan rohani. Jika terus berzikir, duduk , membaca buku, mata cepat mengantuk. Tapi jika kita mengadap komputer dan melayari internet, sambil memasang bacaan quran, susah mata mahu mengatuk dan tidur semula.



Jika tidak puasa, buat air minuman, mencuci pakaian, atau berkemas rumah. JIka hilang mengantuk, ingin membaca al'mathurat, bolehlah diteruskan. Selain melakukan sedikit senaman ringan. Apabila telah jadi kebiasaan tidak tidur selepas solat subuh, maka bolehlah kita membaca Al-Quran dan berzikir.


see....now you know what my problems...semoga diberi kekuatan yang berterusan untuk berubah...aminT_T. There it goes, semua point kat atas i consider big mistake for me, so i've to struggle to fight that to get a better life.insyaallah^_^.

Note: change yourself first

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently

9.23.2011

Assalamualaikum...
Kepada yang lukakan hati kita,
Maaf, surat ni kita tak tujukan kepada sesiapa, sekadar memenuhi projek 30 hari.  Namun begitu, niat surat ini ditaip hanya untuk peringatan dekat diri sendiri. Takde siapa pun suka kan hati kita dilukai?Kita pun tak suka, namun kita manusia punya perasaan, hati dan emosi. Dalam hidup kita terpaksa menghadapi pelbagai ragam manusia. Sekiranya hati kita terluka dek ragam manusia, maafkanlah mereka. Mereka pun sama macam kita jugak, pernah dilukai, melukai dan terluka. Pernah tak kita terfikir kenapa kita terpaksa melalui keadaan seperti itu? Kerana, KEKUATAN. Ya! Kekuatan, bila hati kita pernah terluka kita belajar untuk kuat, kita belajar untuk lebih positif.

Kepada yang lukakan hati kita,
Kita tak minta pun hati kita dirobek akibat mulut dan ragam mereka. Tapi apakan daya mungkin perbuatan kita ada yang melukakan mereka, merobek hati mereka, kita tak tahu kan, so mari kita letak diri kita dalam kasut mereka (put yourself in others’ shoes). Tak semua semua orang suka kita, macam jugak kita, tak semua orang kita suka kan?.  Even macam tu, janganlah terbitkan kebencian dalam hati kerna bila sudah benci, garisan kasih sayang pun hilang. Kita tak pernah sempurnakan? Begitu juga mereka. Bukankah kita mahukan KETENANGAN dalam hidup, maka kita maafkanlah mereka, insyaallah kita beroleh ketenangan yang hanya kita dapat rasai bila kita ikhlas.

Kepada yang lukakan hati kita,
Kita pun tak tahu siapa yang pernah melukakan hati kita dan bakal melukakan hati kita. Dan kita pun dah lupa siapa yang kita lukakan hati secara sengaja atau tidak. Maafkan kita ea, kita tidak terniat dan mungkin terkhilaf tika itu. Surat ini kita warkahkan untuk peringatan diri supaya bila disuatu hari nanti bila hati kita terluka, kita ingat apa yang kita tulis. Kita ingat mereka yang lukakan hati kita takde niat nak lukakan hati kita. Mereka sekadar berkongsi luahan yang terbuku dihati. Biarlah mereka puas, asalkan kita tak ambil hati.  Walaupun ada yang sengaja nak lukakan hati kita, kita berdoa saja kat DIA supaya hati kita cepat sembuh dari luka. Walaupun kita banyak kali juga terluka, kita tetap ada DIA yang menampal luka-luka tu. Insyaallah biarpun luka tu berparut, kita hargailah kesan tu, sekurang-kurangnya kita ada KEKUATAN dan KETENANGAN. ^_^

Warkah ikhlas dari
Greenapelife.blogspot.com

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend

9.19.2011

one of my bestie, baru snap shot hehe=p(karang letak my bestie yang sorang lagi maunya muak, asek-asek nak tayang je, haha=p)..amacam okei tak. my bestie yang ne memang tak banyak karenah, okei n cool je part luahan perasaan...muahaha. Suka sangat dengan imej baru my bestie ne, simple, tak banyak make-up. 
'One’s best friend is oneself'

Note: 
True friendship is like sound health, the value of it is seldom known until it is lost."

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex

9.18.2011

1.penipu
2.cakap nak berlagak je/ cakap asyik nak menang je
3.yang perempuan nak jadik laki, yang lelaki nak jadi perempuan...-_-'
4.suka judge orang tak tentu pasal
5.hisap rokok pastu hembus-hembus kat orang

no one is perfect.. that's why pencils have eraser

Day 13 – Your views on drugs and alcohol

7.24.2011

eh eh eh, mentang-mentang dapat reminder emel dari fakulti, rajin pulak haku hupdate..padahal stress...no wonder lah belog huduh ne haku letak 'writing is theraphy'...comel betul-.-', kira update time tertekan, time stress ..gitu?!last-last diri sendiri okei pasal dah dapat terapi kan...okeila dari terapi ngan dadah ke, arak ke...
-_-'see!simple gitu...rasa tak okei, luahkan...takde orang nak dengar, tulis...tu nasiblah ada orang baca ke tak, yang penting kita dah luahkan...lega lah jugak...huhu

so pointnya, drugs and alcohol memang akan memusnahkan hidup seseorang, lambat ngan cepat jelah, kalau yang main layan drug and alcohol tu sorok-sorok, lambat jugaklah orang nak tahu, tang cepatnya bila dah kritikal..dalam sedar tak sedar sekeliling kita, dalam kaum kerabat keluarga kita sekiranya perkara sebegini dibiarkan boleh memusnahkan kebahagiaan dan perhubungan, malah bakal menyusahkan masyarakat sekeliling..
pic source:theaddictiontreatmentcenter.com
Amat menyedihkan bila kebanyakan remaja sekarang sudah kenal dengan benda kotor tersebut...ditambah pula dengan kehadiran produk 'bir halal' mengelirukan umat islam, kadang-kadang rakan seagama kita tanpa segan silu melayan alkohol yang dikatakan halal tu secara terbuka, nampak ada class gitu??!-.-'
yang haram tetap haram, yang meragukan kita tinggalkan...
Kesan dadah?JUVANA ada pengajarannya, ambil yang baik yang buruk kita jadikan sempadan...

Note: i hate smoking people...eh??tetibe lak kan...=p

Day 17 – How you hope your future will be like

7.09.2011

owhh...camne yehh nak post mende neh...tatau lah nape tahap rajin super duper nak habiskan projek neh, rasanya dari tahun lepas lagi...haha, okei let's do it...kekadang cam tatau nak describe camne future yang kita nakkan..i mean exactly as we dreams...tapi kita hanya merancang, hanya DIA yang menentukan apa yang bakal kita lalui, insyaallah kalau kita berusaha untuk capai, DIA akan memudahkan segalanya... rasanya pernah menyatakan perkara ne kat en.azham...i love to have my own career, tapi suatu keinginan yang betul-betul saya impikan, work at home...become a babysitter for my baby,spend my whole time to my family soon, i do love to be at home since now i realize memang duduk kat rumah sometimes membosankan, tapi ada juga perasaan bahagia..tambah pulak bila dah ada lifetime partner and such a cutee baby nanti and do something i love and passionate.. 
(what a dreamy-_-')..
pic source:madeeasyextramoney.com
Apapun memandangkan sekarang kos hidup meningkat, such a compulsory for both (husband & wife) untuk bekerja, namun dream to be work at home moms tetap kuat. wish gudluck for myself.ehehe^_^

Note: kerja, duit, kerja, duit

Day 21 - A photo of something that makes you happy

situasi di kampung halaman:-
budak adam naik ke rumah dengan tergesa-gesa sambil memegang bekas putih (hasil dikerat dari botol mineral)

Kak ngah: haiihh, main apa tu?jangan dop buat sepah la...baru kemas..
Budak adam: kak ngah, usop bagi kat adam neh (sambil menyuakan bekas putih -refer gambar atas)
Kak ngah; Adam nak buat apa ngan mende ne?
Budak adam: Adam nak bela! (tegas gile bunyi wooohh)
kak ngah: What???!!(tidak terkata)
Budak adam: Adam panggil "baby Yummy"
Kak Ngah: still terdiam...(haku tahan nak mengekek...kahkah!)adeii...nama lagi budak, apa boleh buat-__-"

**Info tambahan: bekas "baby yummy" diletak atas TV...adeess, strategik budak tu letak..-_-ingat ikan ke??ooouhhh...

Note: perlu ada budak dalam rumah untuk menghilangkan stress...ehehe=p

:Day 8 - A song to match your mood

5.22.2011

entahlah setakat ne semua lagu okei je kat halwa telinga ne...hehe...tapi lagu yang paling masyukkk ngan mood bila layan lagu keane... 


dan paling yang takleh lawan...tenang aje bila dengar...ayat-ayat suci al-quran, tambah lagi yang berlagu...sejuk mendengarnya^_^

Note: bila kali terakhir anda membaca al-quran?+_+... 
peringatan buat diri sendiri, peringatan saje, buat nya tidak...memang sajelah

::Day 2 - Your favorite movie::

3.26.2011

Animation movie for sure..tapi buat masa sekarang hantu kak limah balik rumah masuk lam one of my favorite movie..eheh. sangat sadis lawak nya sehingga senak perut...padahal kalau ikutkan ceritanya simple yang amat, tapi efek dan fenomena akibat cite kak limah ni berpanjangan kan?kelakar betullah...dalam banyak-banyak animation movie saya suka citer caroline...
pic source; deshow.net
tapi macam tak aci plak bagitahu yang ne aje feberet saya sedang kan cartoon movie yang lain pun saya suka jugak...hehe=p...so kesimpulannya semua movie yang bertemakan animation saya layan aje...even ada buku kanak-kanak yang version cinderella punya zaman pun haku boleh amik baca even dah tahu apa isinya...adeei tak paham wehhh dengan diri sendiri..(-____-). Terlalu obses ke hape?nasib baik haku tak obses kat baju corak2 kartun...grrr..dulukala pernah jugak lah minat kat korea nya movie, dah asyik lebih kurang aje jalan ceritanya, naik menyampah plak nak mengadap...hehe

Note: