Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

Tentang Ikhlas, Kunci Hidup Tenang

10.15.2020

Teringat dulu-dulu kalau bagi hadiah ke, surat ke, hujungnya adalah di tulis 'yang ikhlas' atau 'tulis Ikhlas dari' lepas tu signature, konon habis ikhlas dah tu. Kita pun pernah dah terbiasa cakap, 'takpe, kita ikhlas bagi, kita ikhlas kongsi,ikhlas bagi pinjam, kita ikhlas bagitahu' nak menyatakan betapa ikhlasnya kita. Sebut tentang ikhlas ni teringat ustaz masa sekolah menengah dulu bagitahu, kita kalau kita ikhlas kita takkan bagitahu kita ikhlas, kenapa? Eh ye ke? Allah je tahu ikhlas ke tidak kita, ke macam mana? Sebab jadi tak ikhlas ke? Banyak soalan ustaz dapat balik, sebab word ikhlas tu semacam kebiasaan juga di sebut-sebut. Tu yang jadi macam tertampar sikit sebab rasa tiba-tiba yang di katakan ikhlas tu tak ikhlas sebenarnya, tapi Allah je tahu ikhlas manusia ni. Melaksanakan dan mengamalkan ikhlas tak semudah kita mengatakannya. 

Kebanyakan ayat-ayat orang yang hari ni, banyak berkongsi kisah suka duka kehidupan dulu, antara ayat yang paling popular "bila dia susah dulu aku pernah bantu dia sikit pun tak fikir apa, tapi bila aku memerlukan pertolongannya semasa susah langsung tidak diambil peduli, apatah lagi nak tolong!". Kecewakan rasanya? Marah, malah ada yang berdendam dengan kebaikan yang pernah dibuat untuk memudahkan, membantu orang lain. Sudahnya kita kecewa, malah menuduh orang yang kita bantu dulu tak tahu berterima kasih dan bersyukur kerana pernah di tolong oleh kita. Semakin di fikir, semakin kecewa, marah akan perlakuan mereka yang mudahnya melupakan kebaikan kita sewaktu mereka susah. Lama-kelamaan kehidupan jadi tak tenang, serabut, stress, kekecewaan yang berpanjangan. Begitulah kehidupan kita. Kalau kita bantu orang lain tapi dalam masa yang sama kita mengharap balasan yang sama suatu hari nanti, maka kebaikan yang kita lakukan akan memberi keburukan kepada kita, kehidupan kita takkan tenang dan bahagia kerana jika kita membuat kebaikan atas dasar untuk di balas hasilnya kecewa. Jika mahu bahagia tolong dan bantulah orang tanpa mengharap secebis balasan apapun, kerana berharap itu hanya untuk Allah yang Maha kuasa. Jadi jangan kotori perbuatan baik kita dengan harapan mereka harus membalas budi kita, jadilah manusia yang berjiwa besar dengan membantu orang tanpa mengharapkan balasan. Kerana prinsip ketenangan hidup adalah melupakan segala kebaikan yang pernah kita lakukan untuk membantu orang tapi ingatlah selalu jasa orang yang sudah membantu kita saat kita dalam kesusahan.

Mungkin apa yang kita beri merupakan harta kesayangan kita atau harta yang kita tidak perlukan lagi. Setelah memberi kita tidak terkenang-kenang dan berharap apa yang diberi itu di balas dengan imbalan yang sama atau lebih lagi. Disaat kita melupakan apa yang kita beri pada orang lain, disitulah ikhlas bermula. Bukan setakat ikhlas dalam memberi, ikhlas terima ujian dan musibah dan nikmat dan letakkan ikhlas pada tempatnya. Ikhlas bukan perjuangan yang mudah seperti mana kita sekarang yang berada di dunia, kehidupan ini ibarat tempat membina, menanam, berusaha dan berjuang supaya hasilnya dapat kita nikmati di akhirat nanti kerana dunia hanyalah persinggahan sementara.


Just sharing tentang ikhlas ni sebab tadi ada terlihat sebuah video yang bagus share tentang sedekah, zaman sekarang orang bagi sedekah secara terang-terang untuk inspirasi, alhamdulillah its good movement untuk kita melihat kebaikan yang dilakukan orang lain,supaya kita pun turut sama melakukan kebaikan, ikhlas ke tidak Allah jua yang tahu tapi apa yang mereka buat sudah pasti dapat pahala bersedekah, secara sembunyi atau terang-terangan dua-dua dapat pahala. Latihlah diri kita supaya lebih positif dan bersangka baik. Insyaallah yang datang juga pasti baik-baik. Apapun moga kita semua ikhlas dalam mendepani ujian dari Allah kerana ujian itu tanda sayang Allah kat hambaNYA. 

Isu Sakit Mental Semakin Kritikal

8.27.2020

Di zaman kini it's being scary to know the fact of mental healthy semakin crucial tak kira lah dikalangan remaja hingga ke yang tua. Zaman kini bukan kaleng-kaleng lagi cabarannya, mental tak kuat, memang akan tewas dengan bisikan kemahuan, kehendak kemampuan yang tak seiring memacu jiwa yang sakit. Tambah lagi dengan media sosial yang semakin sakit kalau tak terkawal diikuti. Too much expose and push to fulfil others expectations pun bakal buat mental sakit dalam tak sedar tak kira lah dari Public figure hingga berjangkit ke semua peringkat lapisan masyarakat. Penat kerja nak impress orang lain ni, bukan kerja mudah, lama tak lama makan diri. Try hard in everything hingga burn in and out. 






Yang tu depends pada kita jugalah nak jadi mata lebah atau mata lalat, sendiri boleh pilih. Namun dialam maya ramai sangat yang jadi pembuli di sebalik nama dan profile fake. Individu sebegini sebenarnya dalam tak sedar tak sihat dari segi mental dan jiwa. Kadang yang mengalami masalah dan kesihatan mental ni mereka pun tak sedar mereka bukan dalam keadaan yang sihat dengan cuba memuashatikan diri sendiri dengan menyakitkan hati orang lain. It's so scary baca komen-komen netizen tak kira isu apa pasti ada terselit komen Individu yang sangat tak patut as normal human. Semacam hilang kewarasan bila mengomen. Nauzibillahiminzalik. Sungguhlah masyarakat kita memang sedang sakit, tapi semua dalam keadaan follow the flow, yang sedar akan bertindak atasi, yang tak sedar terus menerus sakit dan cuba menyakitkan orang sekeliling. 








Apapun as human, normallah kita dalam keadaan lemah, sentiasa memerlukan pertolongan. Jangan pendam, cari pertolongan yang sepatutnya dalam menangani isu emosi dan jiwa tak stabil ni. Kadang kita too much expected dalam mengejar apa yang kita mahukan buat kita lupa batasan hingga buat overload pressure tanpa kita sedar. Kita lupa cinta kan, sayang kan diri sendiri, kita lupa untuk memaafkan diri sendiri that's why blame game in circle not end dalam jangka yang panjang atau sepanjang hidup. 






Tambah lagi sekarang ramai yang hilang pekerjaan akibat dari PKP tempoh hari. Jika kita masih bekerja, ada pendapatan, ada makanan di atas meja, tiada beban an hutang yang menjerut jiwa, bersyukurlah banyak-banyak. Stress, depress akibat kehilangan kerja namun tanggungan dan tanggungjawab perlu dilunaskan untuk komitmen kewangan setiap bulan juga boleh memacu kearah mental yang tidak sihat jika tidak jumpa penyelesaian dalam tempoh jangka masa pendek. Kami pun pernah alami situasi sebegitu bilamana suami di buang kerja akibat kilang tempat bekerja bankrap, bukan mudah ye nak handle emosi, segala fikiran yang berkecamuk akibat too much thinking. Orang yang alami je tahu dan faham tambah pula masa suami kena buang tu, kita baru lahir kan anak yang ketiga. Apapun semuanya ujian dari Allah, tidak Allah uji melainkan mengikut kemampuan kita. Hikmahnya pasti indah kan? 


So untuk yang sesiapa yang rasa stress, penat sangat dan rasa nak give up everytime, rasa kebencian lebih banyak dalam diri, mula-mulalah buat checking dan muhasabah, cari orang terdekat yang kita percaya luahkan apa yang berlaku. 
Jalani Ujian DASS

Ujian DASS atau Deppression Anxiety Stress Scale adalah ujian saringan masalah mental yang digunakan di seluruh dunia. Di Malaysia, ujian DASS berpandukan kepada 21 soalan ini diterjemah dan dibangunkan oleh seorang ahli akademik tanah air, iaitu Profesor Dr. Ramli Musa yang merupakan seorang pensyarah dan Ketua Bahagian Rundingan Psikatri di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Menurut Prof. Ramli, ujian DASS ini diterjemah kepada lebih 45 bahasa yang digunakan sebagai saringan, namun begitu anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar perubatan sekiranya keputusan ujian tersebut menunjukkan anda mempunyai masalah kesihatan mental.

Ujian ini memerlukan anda untuk berkongsi beberapa maklumat peribadi seperti umur, tahap pendidikan dan jenis pekerjaan anda. Kemudian anda perlu menjawab kesemua 21 soalan dengan jujur supaya keputusan yang anda perolehi lebih tepat.

Keputusan ujian DASS ini berdasarkan tiga bahagian iaitu Kemurungan, Keresahan dan Stress di mana skala keputusan adalah Normal (Normal), Mild (Ringan), Moderate (Sederhana), Severe (Teruk) dan Extremely Severe (Sangat Teruk).

Jadi jom jalani ujian DASS ini. 



Jika keputusannya tidak normal, anda boleh print keputusan tersebut dan bawa ke mana-mana klinik kesihatan (KK) berdekatan di tempat anda untuk pengesahan diagnosa dan intervensi atau rawatan.

Bawa keputusan yang didapati tadi bersama. Jangan malu, tak perlu segan. Dan jangan sekali-kali menganggapnya remeh ya. Merawat kemurungan itu penting, malah ia dapat menyelamatkan nyawa. Jadi, jom jalani ujian DASS hari ini juga!




Pengalaman sendiri mengalami episod Melunai dan mild depression ketika anak dua dulu sangat adalah pengalaman mahal dan panduan untuk Ika sentiasa cool down dan elak diri dari triggered for some issues. Alhamdulillah Allah lorongkan jalan untuk cari solusi dan cuba keluar dari situasi tu dulu sebab sedar apa yang berlaku dalam diri tak normal dan di luar kawalan. Syukur even the journey tak mudah tapi semua tu pengalaman supaya dimasa mendatang kita dapat face it dengan tenang sekarang, kita tahu bagaimana untuk kawalnya sebaik mungkin. Insyaallah. Alhamdulillah Allah jualah yang menyembuhkan segala penyakit asalkan kita tak putus berikhtiar, kerana penawarnya usaha kita juga untuk cari. So yang mudah stress, letih terlampau, mudah putus semangat let's end up the tiny problem. Ingatlah Allah ada, masalah tiada. Ada satu magik dan mukjizat yang Allah dah kurniakan buat kita sebagai orang Islam, yang tahu apa magiknya, mulalah amal supaya jadi bestfriend. 







One of healing tool, my emotion roll on touch essential oil really helps me so much, whole detox for happy mom in action. Selain the roots solution dengan jaga pemakanan dan perut, ubah lifestyle dan habit juga sangat-sangat membantu. Alhamdulillah. 




Notes: Percayalah, kadang-kadang yang banyak tersenyum, ketawa, pendengar setia, penasihat terbaik, dalam diam dia pun struggle mengawal derita dalam diri sendiri.

Toksik dimana-mana

7.25.2020

Akibat terlalu banyak negatif vibes at medsos terutama Facebook, secara rasminya ku deactivekan Facebook buat sementara atau sampai bila-bila pun tak tahulah. Yang penting walaupun banyak jugak post bermanfaat dan baik, tapi yang negatif pun sama banyak, toksik dimana-mana, kita jadi toksik untuk orang lain pun boleh jadi juga. Asyik nampak orang lain je bertoksik tak sedar diri sendiri sebenarnya pun toksik penat jugak ek, so bawak-bawak muhasabah diri sudah lah, hehe so better shut off dan avoid buat seketika sebab negative vibes macam tu boleh kacau kita punya inner, fokus dan lari dari on track sebenar. Apapun nasib baik ada blog medium yang satu ni, akhirnya 2020 memaksa daku kembali ke blog untuk menulis dan menulis, kind of therapy to me sebab tu kena tulis. Tulis hal sendiri sajalah sebab tak kuasa dan takde masa nak tulis ambil cara hal orang lain. Hidup ni jangan sulit-sulitkan, hidup pun bukan lama sangat, sampai masa kembali juga pada-NYA bila-bila masa. Tidur malam semalam belum tentu pagi ni dapat bangun, tambah akhir zaman kematian mengejut dimana-mana, kind of reminder to me too. Hidup pun tak selamanya mendongak dan menunduk ke bawah, always route here and there. Yang penting kita sebagai hambaNYA jangan pernah hilang pergantungan pada-Nya semata-mata, yelah kot dalam mulut berkata-kata harap dan bergantung pada Allah semata, tapi perbuatan bertentangan dari iktikad dihati dan mulut, zaman fitnah disana sini, semua keliru yang hak dan batil, yang haram jadi halal, yang halal jadi haram, begitulah. Semua boleh jadi di zaman fitnah ni, guna media pun memadailah, pun dah teruk panik dan huru hara dibuat nya masyarakat. Nak hidup tenang kurang-kurangkan atau tak payah tengok berita, fokus bangunkan diri dan tambah nilai aktiviti Ibadah. Moga-moga husnul khatimah hendaknya. 


So beralih kepada medium blog pun orait sangatlah, lagi pun dah lama dan banyak sangat cerita-cerita sendiri yang terperam dan terperap, harapkan memori masih bagus, ada jugaklah tang yang dah lupa, tapi boleh lah buat modal mengarang, hihi. Dalam pda tu sekarang pun dok survey kedai online yang buat cuci gambar harga murah, menyesal plak tak buat jadi habit cuci gambar macam mak-mak kita buat dulu. Yang kat alam maya ni kalau buat tak nasib baik telefon rosak pun gambar dah hilang tak boleh tengok terus. Kalau cuci gambar buat album tu lain cerita plak. 


Tadi pun kebetulan anak-anak tertengok album kahwin, belek punya belek, dengar dengusan kekecewaan anak sulung "kalaulah abang Harraz dan adik-adik semua ada masa mama ayah kahwin meriah, lagi seronok, boleh potong kek sama-sama", hahha mampu gelak je bila anak-anak sesama diorang berborak. Lagi pun bila dihitung-hitung banyaknya masa habis depan phone selama hidup ni, banyak dah living moment tertinggal. Baru dengan phone dah banyak tipu daya dan keasyikan kita terikut-ikut, maka berigat-Ingatlah jua. Baru seketul phone, lepas ni kalau Dajjal offer kehidupan kita pun sama tertipu, huu takut, tak boleh imagine. Banyak-banyak kan dengar ceramah akhir zaman, tadabbur dan amal surah al-Kahfi sama. Hati-hatiah yang kita nampak hero tak semestinya hero, yang kita nampak musuh tak semestinya musuh, Banyak-banyak lah mengkaji, carigali, jangan dapat maklumat hanya dari satu hala, moga Allah pandu kita dalam menilai apa yang baik dan buruk untuk harungi kehidupan mendatang. 


Apapun welcome thank you my reader, macam kan ada reader blog daku nih, hahaha, pepun tak kisah lah ada ke takdak, yang penting ku boleh tulis coret kisah ku sendiri, kisah plak hal orang lain kan. Moga yang tercatat yang baik-baik, bagi info yang baik, InsyaAllah amin. 




Hijrah 2020, Tempat Baru

3.08.2020

Actually berpindah rumah baru boleh dikira bukan perancangan kami, dan rumah yang nak duduk sekarang bukan pilihan kami. Tapi Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat HambaNYA. Sedikit kecewa jugak memula tapi muhasabah diri balik, dan fikir ini yang terbaik untuk kami sekeluarga. Anak-anak asyik tanya 'ni rumah last ke kita sewa mama? Lepas ni kita pindah ke rumah sendiri ke?', dalam pertanyaan tu. Boleh jadi rumah terakhir kami sewa, ada dua makna sama ada pindah terus ke kampung abadi atau masih di panjang umur untuk menikmati tinggal di rumah sendiri dengan design sendiri buat by cash. Alhamdulillah berangan itu percuma, tapi itulah yang kami dok ulang bagitahu anak, soon kita duduk rumah sendiri. Insyaallah. Yang pasti semua akan duduk kat 'rumah' sendiri nanti.


Adoii scary plak entri ni, just mengingatkan diri sendiri mati itu bila-bila masa. Entah sempat ke tidak kita buat semua yang kita plan, hanya Allah yang mengetahui. Yang penting upgrade diri setiap hari lebih baik dari hari semalam, kerana tujuan kita hidup sememangnya untuk meninggal kan dunia. Cuma kena design jugaklah macam mana cara kita nak tinggal kan dunia ni, dengan ilmu bermanfaat? Dengan kebaikan? So back to the topik, rumah kami sewa ni memang tuan rumah sangat cerewet,sangat teliti dan cermat. Tapi kami bersyukur sangat memang ada hikmah Allah tiadakan pilihan waktu mencari rumah di waktu genting tu, kes tuan rumah yang kami sewa sebelum ni dah jual rumah yang kami sewa tu. Nak tak nak kena keluarlah.


Apa yang best, dalam tempoh 3 hari settle semua, hari pertama dan kedua kemas semua barang kat rumah baru. Sedang elok anak pun dah start cuti sekolah hujung tahun. So aktiviti kami memang fokus kemas rumah, hari ketiga lori datang ambil barang dan pindahkan ke rumah baru. Hari keempat kebetulan keluarga datang bercuti dan nak singgah tidur rumah. Masa ni kemas apa yang sempat sajalah. Alhamdulillah betullah pertolongan Allah tu datang pada masa yang tepat. Sedang elok yang datang semua muda bertenaga lagi, haa diorang lah yang kemas semua barang pindah. Fuhh nikmat apa lagi yang kami dustakan. Syukur sangat sebab dah bajet maybe ambil masa berbulan jugak nak kemas rumah. Tapi within less than a week semua settle. Pakej siap buat solat hajat untuk rumah baru, alhamdulillah. Family is family and family is everything. Thank you mak ayah, adik-adik bongsu sepupu dan mak saudara datang bercuti pakej kemas rumah sekali, hahaha. Love you damn much no matter what.


Dan paling bertuah sekali dan rasa touching sekali sebab nenek Ika ni everytime masuk rumah baru, mak minah wajib datang. Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik buat nenda. Masa muka-mula masuk rumah Banting, satu keluarga besar Ika datang berkumpul nak pergi bercuti kat China masa tu, Mak minah pun join sekali sihat bertenaga lagi masa tu. Lepas tu bila dapat pindah ke Perak, alhamdulillah Mak Minah datang jugak masa masuk rumah baru samalah kali ketiga. Masuk rumah sendiri nanti, rumah impian moga Allah panjangkan umur juga nenda Ika ni. InsyaAllah amin, dah 84 umur Mak Minah, besarnya nikmat diumur begini masih Ika punya nenek kesayangan.

Jangan tanya kenapa still sewa rumah? Kenapa tak beli je? Insyaallah one day Ika cerita jika Allah izinkan. Cuma apa yang Ika impikan Ika dapat buat seperti yang ayah buat, sebab ayahanda adalah inspirasi terhebat Ika untuk punya impian nan satu begitu. Oklah belanja rumah baru lengkap dengan dapur cun, dan paling penting syukur kami sekeluarga punya tempat tinggal. Syukur selalu.



Xoxo-Ika
There's is no place like home

Ujian Sentiasa Ada

10.25.2019

Setiap orang wajib ada ujian masing-masing dalam hidup kan? Macam Ika lah, nampak kat IG kat FB macam takde masalah je hidupnya, tapi Allah sajalah yang tahu apa yang menimpa kami sekeluarga, tapi kami sentiasa mengingatkan diri akan ujian ni salah satu batu loncatan untuk Allah beri yang labih baik, bersangka baik dan terus bersyukur sebab sesusah dan sepayah-payah kita ingatlah ada lagi orang yang lagi susah dan perit dari kita dalam hidup ni. Kena banyak bersyukur sebab apa yang kita miliki hari ini tanda rahmat dan kasih sayang Allah. ujian itu tanda kasih allah, tanda Allah nak kita dekat sentiasa darinya.





Takde orang dalam media sosial nak tunjuk sisi buruk, sisi tak best kehidupan masing-masing. Semua tunjuk yang best, yang happy yang bahagia. Adakah semua orang di media sosial fake dan hipokrit. Tak, jangan sesekali bersangka sebegitu. Orang kaya yang pergi travel setiap hari pun ada masalah dia, samalah kita pun, tapi mereka memilih tunjuk sisi positif sisi yang boleh meningkatkan good vibes untuk oarng yang melihatnya. Yang tak baiknya pandangan kitalah, sama ada kita melihat dunia, melihat situasi, melihat orang dengan mata lalat atau mata lebah. Kita yang memilih.


Percayalah kita semua ada ups and down dalam hidup terutama bab emosi, bab motivasi, ia go ups and down tanpa signal. Tapi nak handle semua tu berbalik kepada diri sendiri sebab kita setiap hari ada sekurang-kurangnya "70,000 thought" dalam pemikiran kita. Negatif, positif datang silih berganti. Dalaman kita sentiasa berlawan-lawanan kan? End up semua tu kita serahkan kepada Allah Taala. Kita sebagai hambaNYA teruslah berusaha dan buat je asalkan syariat terjaga dalam apa jua urusan kita lakukan.


Ika selalu gak terfikir kenapa kadang-kadang bila datang semangat tu, semua benda Ika boleh buat dan selesaikan dalam masa sehari, tapi masa mood tak ok, motivasi down memang melepet je keje seharian. Namun bila sentiasa dok baca doa Al-Mathurat, Masyaallah Ika syukur Allah sedarkan Ika hidup atas dunia ni kena belajar hidup dengan pergantungan dengan Allah semata-mata disertai usahalah. Tapi bab YAKIN tu kena belajar dan amalkan supaya hidup kita lebih tenang dan present moment.


So the moment sekarang memang banyaklah kami dalam keadaan tersepit. Tapi tulah, susah kita keep it for ourselves memory, sebab the moment soon ianya akan jadi kenangan manis. Ujian yang datang bukan asbab orang lain, pasti ianya berkait dengan khilaf, dosa kita sendiri. Belajar letak kesalahan ke atas diri kita sendiri without blame others yang ni ramai payah nak buat termasuk Ika sendiri. Allahu. Apapun ujian itu sangat manis dan nikmat, syukur jika masih diuji dan sentiasa diuji kerana janji Allah untuk hambaNYA diuji didatangkan dengan hujan lebat melimpah-limpah, dan hujan itu rahmat.



Surah Al-Hud, Ayat 52;
Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!


Allahu, cuma sekarang Ika just doa dipermudahkan segala urusan, dipermudahkan segala perancangan, Allah Ya Bari' yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat kami. 



Catatan 27 oktober 2019
Xoxo-Ika

Biawak Hidup Dalam Rumahtangga

9.28.2018

Hakikatnya kerja lelaki 'hayun batu' atau biawak hidup ni bukan zaman moden je berlaku. Sejak zaman atuk nenek moyang kita lagi benda ni dah berlaku.  Ika pelik bila ayah pesan dulu. Orang perempuan ni jangan dok cari pasangan yang pandai 'hayun batu', susah hidup nanti.  Punya naif masa tu ''apemenda hayun batu tu ayah?."  Dok bawak 'batu tu lerr ke hulu ke hilir, kerja tak mau buat' atau ore kata 'biawak hidup'.  Kasar bunyinya, tapi tu lah hakikatnya.  

Panjang aku punya 'ooooo' masa tu sebab tak faham lagi apa kesannya jenis pesen manusia begini.  Antara isu yang timbul bila isteri meroyan, depress, kebanyakannya suami adalah si biawak hidup.  Punya dasyat penangan bila 'pencari nafkah' kerjanya hayun batu saja. Sekarang kesan tu dah boleh nampak jelas dengan adanya media sosial.   Teringat ayah kata, hidup ni kalau ada buah M, buah MALAS, memang takde ubat.  Dia tahu makan, berak, tidur saja. Pastu menyusahkan orang.  Kalau orang rajin ni, susah hidup dia tak apa lagi, dia rajin usaha, nak buat kerja itu ini, dia tak susahkan orang sebabnya dia rajin.  Terpanah jugak iols dengan kata-kata ayah.  Tak kira lah lelaki ke perempuan, bila ada buah MALAS dalam hidup, susah jadinya.  Kalau lelaki malas kerja, tahu hisap rokok, melepak kedai kopi sembang kencang, naik motor situ sini. Tengok siapa yang susah sediakan semua tu, semua tu perlu duit.  Tak bini, mak paknya disusahkan. 

Perempuan kalau malas, anak tak tahu adab, tak tahu akhlak, anak-anak tak tahu membaca mengaji dan  sebagainya.  Sebab tu dah bergelar mak ayah ni kena buang rasa MALAS tu. Kena mula baiki diri dah, anak dok tengok kita dah.  Aduii, deep sungguh pesanan ayah untuk anak menantu.  Sedih plak makin bertambah-tambah golongan isteri ditindas dan diambil kesempatan oleh pasangan sendiri. Bertimbang rasalah wahai suami jika isteri sanggup berkorban apa saja untuk rumahtangga.  Biawak hidup lahir dari 'didikan' mak ayah. Nasib tak baik ianya jadi kitaran kehidupan keluarga. Jadi warisan.   Ada juga yang diuji sebegini walaupun didikan mak ayah tahap terbaik.  Nauzubillahiminzalik, moga dijauhkan keturunanku dari golongan sebegini. Kesannya sangatlah dasyat. Allahu.   Penat tengok isteri,  Sakit mental emosi fizikal tanggung biawak hidup. Penat tengok masyarakat makin tenat.   Sungguh isu ni tak pernah habis. Puncanya satu je 'tak kenal Allah'.   Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah ) akan mendapat apa yang diusahakannya".  UBAH jom, Bermula dari rumah.

Isu ni takkan wujud kalau mak ayah sendiri yang tunjuk contoh tauladan baik buat anak. Percayalah wujud lelaki macam ni akibat contoh terdekat sama ada ayah sendiri yang tak bertanggungjawab dan culas untuk bekerja. Anak ni memang dia imitiate apa yang dilihat sekelilingnya kalau tak di didik memang akan menurut apa yang dilihatnya.

Isu lelaki jadi biawak hidup ni bukan isu zaman sekarang, sejak dulu lagi spesis ni wujud. Mintak dijauhkanlah kita semua, nauzubillahiminzalik. Yang dah terjebak dan tererangkap dalam hubungan macam ni moga diberi jalan keluar kerana ramai yang menderita akibat biawak hidup.

Depression seorang Ibu

1.08.2018

Lately sedih sangat baca artikel dan luahan mommy yang banyak alami depression bezanya mild atau heavy dan ramai yang tak sedar diri sendiri alami depression.
Sebab depression ni suatu penyakit mental torture yang memakan diri sendiri. Punca depression ni bukan datang dalam masa jangkapanjang pendek tau, ia datang secara perlahan-lahan dan akhirnya menjadi teruk.


Kalau mommy biasanya bermula dengan keletihan melampau, rasa overload dengan segala tugas bekerja dan sebagainya. Bila terlalu penat, too much to handle and think, emosi fizikal mendapat kesannya.



Dan episod berterusan bila kelahiran anak bila alami baby blues, atau postpartum.
Ni tak cerita orang lain, Ika sendiri pun pernah alami rasa depression bila mula pegang title ibu. Bukan bermula dari tu sebenarnya, hilang semangat bila dah tak kerja in meanwhile tak boleh kerja akibat keadaan diri sendiri. For that time dah mula blame diri sendiri. Tapi tak tahu pun diri mula terperangkap dalam mental illness ni.


Rasa tak berguna sebab menyusahkan suami, rasa blacksheep in family sebab tak boleh menyenangkan hati makayah, too much thinking about other's saying dan terlalu fikir benda negatif tentang diri sendiri aje walaupun orang lain tak fikir apa-apa tentang kita. Orang kata bersangka buruk terhadap diri sendiri.


Sampai nak buat rutin harian malas, keep blaming myself tak berguna, keep blaming others yang sebab diri jadi macam tu. Ika salahkan diri Ika tak bekerja, belajar bukan main tinggi at last terperuk kat rumah? Rubbish betul pemikiran macam tu, menyesal.


Masa tu asyik marah-marah, stress dan banyak menyendiri dan cuba sebaiknya letak dalam zon selesa walaupun hakikatnya sangat tak selesa. Dengan suami selalu silap faham  bergaduh masam muka tak bercakap dan memacam lagilah punya teruk kesan kemurungan. Menangis tak tentu hala tanpa sebab.


Lagi teruk pernah salahkan suami sebab dia kita kena beranak and list go on. Sedih kalau  fikir balik, maybe kesan dari trauma bersalin, in 3 years kot dalam keadaan macam tu, tapi luaran orang tengok kita sihat walafiat, gembira. Sebaliknya tuhan je yang tahu how struggling i'm bagi tak nampak semua tu.


Korang pernah alami macam tu? Maka mulalah berhati hati kerana ianya tak memilih sesiap lelaki,perempuan dan sesiapa saja. Berusahalah buang pemikiran tersebut sedaya mungkin. Itulah jarum jarum halus depresi yang mula datang nak bersarang dalam minda kita.


Masih ada sinar untukmu, jangan mudah kalah dengan alasan dan biawak yang hadir dalam pemikiran kita sendiri. This battle to much hard tapi benda ni kena dapat support dari orang sekeliling.
Sangat sukar nak buang mindset yang buruk  hodoh, dan buang segala yang bersarang dalam minda kita ni. Lagi-lagi pemikiran sebegitu kalau dah bertahun lamanya wujud.


Alhamdulillah today i am what i am. I am proud to be myself. I am more appreciate myself, i love myself, i love every aspect of myself and i much more powerful, beautiful, happy with what i am now. Nanti Ika sharing bagaimana Ika handle depression ni hingga dah tak wujud dalam diri Ika.

New Place

8.14.2016

It's have been a week our family moving to new place. Dari Banting ke Perak, alhamdulillah walaupun masih berada fasa tempat baru, masih banyak barang pindah tak kemas, i'd love to be here. Terlalu banyak kenangan kami anak beranak di Banting, lepas nikah hinggalah lahirnya anak ke-3, almost 5 year we've been there, terlalu banyak pengalaman pahit manis masam kelat masin selepas nikah terus datang bermastautin di Banting terus akan terpahat dimemori..insyaallah.

Alhamdulillah, kami berdoa penhijrahan ini satu titik tolak untuk upgrade diri kearah kehidupan yang lebih baik untuk redha Allah. Insyaallah. Everyday scenery kami onward dikelilingi gunung-ganang, such a precious scenery..sesuailah dengan jiwa kami sekeluarga, nature lover..hihi

Unit Kecemasan Hospital Putrajaya

3.11.2016

Peristiwa anak cirit birit,muntah berterusan, selsema, batuk dan demam tak kebah by pakej memang menakutkan. Dan pengalaman tu akan menjadi ingatan dan kenangan kami suami isteri sebab tu first time pengalaman kami bila anak tak sihat by pakej macam tu. Sebelum ni Ahmad harraz tak pernah sampai tahap tu,paling lama 2 hari..namun Allah nak uji kan, yg penting alhamdulillah semua selamat.


Bermula dari batuk dan selsema, Ahmad harraz mula buat berak dan muntah yang berterusan, susu xnak minum makan memang lagilah awal-awal dah tolak, bila dah macam tu kami bawa pergi Klinik disebabkan Ahmad harraz spesis payah makan ubat, makanya pakej tersebut makin melarat sehinggakan suhu badan meningkat mendadak disebabkan badan dah dehydrate, air xnak minum so masuk hari ke-5 selepas kesan ubat kat Klinik takde progress kitaorang decide nak bawa ke hospital dan kitaorang expect memang kena tahan wad kena masuk air ke ape kan,so memang dah standby bawak segala kelengkapan if kena stay kat wad.


So dalam pukul 12.30tengah malam kitaorang tergesa-gesa keluar dari rumah menuju ke hospital putrajaya disebabkan Ahmad harraz panas tetiba kalau ikutkan siangnya dah kebah dan muntah pun berkurang cuma he really weak and no energy..memang menyedihkan kalau ingat, so terus sampai kat kecemasan dalam pukul 1pagi lebih camtu terus daftar dan menunggu rawatan awal dalam sejam lebih alhamdulillah terus masuk dalam bilik rawatan, kena masuk ubat ikut punggung then tunggu jumpa doktor dalam 2 jam menunggu, akhirnya dapat jumpa doktor. Walaupun terlalu ramai pesakit Allah permudahkan segala urusan. Alhamdulillah Ahmad harraz tak kena admit wad, about 5.30pagi semua selesai..cumanya kitaorang lakibini memang kena paksa Ahmad harraz makan ubat,kalau tak suap dia muntahkan balik. Syukur hari kedua selepas pergi wad kecemasan putrajaya, lepas paksa ontime makan ubat Ahmad harraz nampak lebih semakin sihat walaupun still lemah, yelah about one week jugak muntah dan berak.


Nak dijadikan cerita dan ujian buat kami, selepas hari kedua Ahmad harraz dah nampak proses  recovery, disebabkan kami pun dah keletihan sebab tak cukup tidur, pencuri masuk rumah pun kami tak sedar, ditambah elemen pukau. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat cumanya semua dokumen penting dalam beg hilang, sebab semua my beg dan beg suami kena rembat..even though masih teringat-teringat peristiwa tu alhamdulillah yang penting nyawa dan keselamatan kami sekeluarga selamat. Insyallah segala ujian ada hikmahnya..redha dan positif atas segala dugaan insyaallah ada ganjaran terbaik Allah bagi...k daaa
Ditulis pada 28 disember 2015
10.45am

Tips untuk Sentiasa/Kerap Berzikir

1.25.2015

uhukkkuhukk...buat entry macam bajet good good je, hahah..mm, just a tips to us as reminder..kadang-kadang kita ne banyak terlalai/terleka dengan urusan dunia, sibuk dengan anak-anak, urusan harian dan sebagainya...tahu-tahu dah penat, dah berlalu hari yang dilalui...dalam berlalunya masa yang sesekali tak boleh diulang balik, ada baiknya kita isi masa yang terluang/atau masa yang sibuk dengan zikir...sambil masak berzikir, sambil menyapu berzikir, sambil menyusu anak berzikir..mmm, honestly me pun memang payah jugak nak buat benda ne jadi amalan...kadang-kadang terlupa, sibuk sampai terlupa...ye, urusan dunia sangat melekakan..kadang-kadang duduk disejadah tak sempat berlama-lama, yang tu nangis, yang tu nak menyusu...huu


Antara salah satu cara supaya zikir sentiasa basah dimulut, pasang zikir munajat, sambil dengar, sambil kita ikut zikir sama. Album zikir terapi hafiz hamidun sangat bagus dimiliki, album 1 hingga 3 dan album ke3 almost my favourite.. promote takle komisyen ne ok, behehe tapi untuk sebar kebaikan dari usaha hafiz hamidun nak membiasakan lidah kita berzikir walau kat mana kita berada. Dalam kereta wajib dengar, kat rumah pun memang sengaja download save dalam usb so boleh pasang kat tv bila harraz haddad dah habis upin ipin setiap pagi. sambil main pun diorang boleh belajar sebut ayat-ayat zikir. Bila dah selalu dengar kadang-kadang automatik mulut kita menyebut sebab dah lekat dalam minda kepala kita kan, macam kita dengar lagu-lagu kesukaan kita. just my simple tips, mana yang elok kita boleh amalkan. daaaaaaa










------------------------------------------------------------------------------------------




SAAT kita dihimpit masalah, dirundung duka, dibebani kesulitan hidup, juga merasa berada dalam ancaman, maka ucapkanlah doa atau dzikir:

 “Hasbunallah wani’mal-wakîl, ni’mal-mawlâ, wani’man-nashîr"

ERTINYA: "Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami,  sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami".

Makna Hasbunallah Wani'mal Wakil
Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." tersebut berisi pernyataan ketergantungan kita kepada Allah SWT, memohon perlindungan-Nya, dan mengembalikan semua masalah kepada-Nya. Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." ini tercantum dalam Al-Quran dan Hadits.

berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. mula dengan zikir Ya Wahhab 100x selepas setiap kali solat fardhu. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki



1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
    Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
    mengucapkan “La hawla Wala  Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani )



2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
    Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka
    bacaan itu  akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa
    takut dalam kubur  (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).



3. Melazimkan BerIstighfar
    “Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
     segala kesusahan dan  memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
     ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )



4. Membaca Surat Al-Ikhlas
    “Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
     menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )



5. Membaca Surat Al-Waqiah
    “Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa
      kesempitan hidup"  (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)



6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi
    “Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
     Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia
     Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
     (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang
     kematian dan segala kesulitan didalamnya”



7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
    …dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala
    sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
    (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)



Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI
Saduran 
credit to: www.melurhasanah.com

Banjir Besar Kelantan 2014

1.15.2015

sebelum kejadian banjir atau bah kuning dikelantan berlaku, kitaorang lakibini balik sebab ada familyday belah mak. Memandangkan dah sekian lama keluarga besar kami tak berkumpul dan hujung tahun semestinya tarikh pilihan kerana kebanyakkanya memang bercuti cuti sekolah dan cikgu pun turut bercuti. So senanglah sikit, semua ada masa terluang walaupun sekejap tapi sangat berbaloi. kitaorang bertolak balik 12 disember memandangkan program start 13-14disember. Balik tu lalu ikut terengganu sebabnya memang suami saja nak menyinggah and my bunch of memory memang banyak kat terengganu. Do miss the moment. ohh yang tu kita cerita edisi lain sebab memang ada story yang membungkam hati lara nestapa masa singgah kat terengganu. 


Hari program start kitaorang berkumpul disudara resort, kalau ikutkan plan asal kitaorang nak ke thailand pergi ke krabi island dan melawat kawasan sekitar. Tapi ubah plan disebabkan jauh dan tak ramai yang boleh join, so pilihan disudara resort memanglah tepat sebab semua boleh join. Walaupun minggu tu dah start hujan, tapi hari tu alhamdulillah hujan sekejap je so sempatlah anak-anak mandi air pantai walaupun ombak semacam je, bolehlah lepaskan keinginan dan malamnya sempat berBBQ. Punyalah family gathering agendanya lebih kepada berkelah ramai-ramai pasal asyik makan aje dari petang kitaorang sampai ke malam BBQ. Petang makan bihun goreng, kek batik, tat telur, nasi berlaukkan ikan masak kari,  ayam kampung goreng rempah, daging rusa goreng, gulai lemak kuning ikan tongkol, puding triffle sambung pula ke malamnya kitaorang BBQ ayam bakar, daging kambing bakar, sotong bakar, udang bakar, sosej bakar, satar bakar, lokceng bakar, jagung bakar...adooii stress haku tulis entri neh!!terus lapar wehh, grrr-_-". Begitulah jika tukang-tukang masak bergabung tenaga, habis membuntal anak-beranak makan kekenyangan. kebetulan minggu tu memang penuh bilik resort dan hotel, tidur semalaman pun dah kira berbaloi sangat dah, yang penting best berkumpul ramai-ramai macam tu. pagi sebelum kitaorang balik sempatlah buat acara sukaneka isi masa bersama keluarga, seronok2. what a best moment!! diharap lain kali insyaallah boleh buat pula..hihi, sebab this event memang wajib for every year for my family...

Cabaran 21 hari & Hijrah

12.31.2014

Sedar tak sedar tahun sudah berganti esok...Allah, musibah dipenghujung tahun 2014 betul-betul membuatkan diri dah terlupa tarikh, hihuuu...banyak pengajaran dan ikhtibar diambil buat pedoman dan sempadan melangkah ke tahun baru 2015 yang hebat. Kembali membelek diari kesyukuran, betapa bertuahnya kerana memiliki segala nikmatNYA..alhamdulillah. Dan apa yang berlaku sepanjang 2014 sememangnya buat diri bertekad berhijrah hati di tahun 2015. Moga setiap jajahan daerah hati diperbaiki dan diperbaharui dengan istiqamah, insyaallah amin.
untuk mengubah diri sendiri bukan perkara mudah..bak kata orang kalau dah sifat perangai kita memang payah nak ubah melainkan kita betul2 bertekad nak berubah..21 days challenging myself to improved my new me bukan perkara mudah tapi memang xsusah asalkan ada kemahuan dan usaha serta yang paling utama yakin denganNYA.. Sekurangnya dari yang suku kepada separuh pun dah okay banyak dan berterusan. Hmm macam ucapan anugerah pulak. Just a  few word for pre-new entry in a new year!hihi May Allah bless the great journey in 2015!insyaallah amin! Daa..

Bencana Banjir 2014 #Pray for Pantai Timur

12.24.2014

penghujung 2014 bakal menutup tirai dengan ujian dari Allah dengan bencana banjir yang luarbiasa dipantai timur...kejadian bah zaman sekarang tak sama dengan yang dahulu..nampaknya musibah yang melanda negara malaysia ibarat jatuh ditimpa tangga terutamanya dari sisi rakyat marhaen, macam ayat baca berita pulak pendahuluan entri kali ni... selepas tragedi berturut2 sepanjang 2014, dan 2015 bakal menyesakkan lagi kehidupan rakyat marhaen macam haku ne...ya Allah kumohon lindungilah rakyat pantai timur dari musibah banjir..T_T. risaunya hati memikirkan keluarga dikelantan..walaupun musim bah menambah rezeki dalam masa yang sama ia menguji mangsa2 yang kehilangan harta benda, tempat tinggal bahkan juga nyawa...for this year, what happen betul2 menguji rakyat pantai timur sebab nampak gaya macam luarbiasa banjir kali ni..mohon doa dan bertabah kita semua akan ujian Allah taala..risaunya hati hanya Allah yang tahu...ikutkan nak je balik kampung, tapi hanya mampu mendoakan semuanya selamat dari kejauhan..huhu


kenangan bah 2004 masih terpahat dalam memori, dalam 4, 5 pagi kitaorang sekeluarga dari rumah mak minah (nenda)  terpaksa balik rumah sebabnya air bendang dah naik, waktu tu pun rumah mak minah dah hampir separuh tenggelam sebabnya rumah mak minah tepi sungai kelantan, turun ikut tingkap rumah nak naik sampan, menyusuri air bah dengan bah didalam keadaan gelap, senyap sunyi memang tak boleh mentafsirkan bagaimana perasaan masa tu, macam2 fikir, sampan masuk air lah..suasana sunyi gelap dan kawasan sekeliling ibarat lautan memang menakutkan, dan menggetarkan jiwa dan perasaan..allahurabbi, tak tergambar peristiwa Nabi Nuh bagaimana dasyatnya bumi ditelan air sehingga gunung ganang tak mampu menyelamatkan manusia yang membelakangkan Allah..ya Allah jika ini caranya engkau menyucikan segala kotoran akibat tangan dan nafsu serakah manusia dibumi MU kami redha dan tabahkan hati kami dalam menerima ujianMU..hanya berharap pertolongan dari ALLAH supaya hujan berhenti dan air sungai surut..sedihnya hati memikirkan mangsa banjir yang kelaparan dan bersabung nyawa menyelamatkan diri, hanya Allah yang tahu...

Ujian & Bazar Ramadhan 2014

7.09.2014

alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati bulan penuh rahmat ini..ramadhan kali ini sangat bermakna like i said in previous entry diberi kesempatan untuk bangun menyediakan makan sahur dan juadah berbuka untuk suami..huu. Bila memikirkan kita masih ada suami yang mengambil berat tentang kita dan anak-anak, terus saja rasa sedih dihati atas pemergian suami sepupu rapatku sejak kecil lagi yang baru kehilangan suaminya dalam kemalangan kereta perisai dikuala kangsar baru-baru ni..Allahurabbi beratnya dugaan sepupuku hadapi. Berita tu sangat mengejutkan kami, apatah lagi baru je rasa kegembiraan diorang boleh duduk bersama setelah setahun lebih bergelar pasangan jarak jauh. buat sepupuku fatihah ismail, moga dirimu diberi kekuatan dan keteguhan untuk meneruskan hidup disamping buah hati pengarang jantung hasil perkongsian cinta hatimu. Tabahlah dengan ujian Allah, ya!!sesungguhnya bercakap tidak semudah yang menanggung, namun aku tahu dirimu kuat, kuatlah demi anakmu..Sesungguhnya Allah punya perancangan yang baik untukmu diatas ujian ini. Insyaallah, segala ujian dariNYA bukti Allah sayangkanmu. Kuatkan semangatmu, insyallah kami sentiasa dibelakangmu, menyayangimu dan sentiasa menyokongmu dalam apa jua keadaan, insyaallah.. Al-fatihah buat kop. che Patanah Ismail, moga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin

Dibulan ramadhan ne juga banyak ujian tambah bab nafsu membeli terutamanya membeli makanan kat bazar. So far, alhamdulillah tak menyempat lagi singgah membeli juadah kat bazar. Masak kat rumah lagi puas hati. huu, tapi yang peningnya nak fikir menulah kan? few reason kenapa kita orang laki bini tak nak beli kat bazar tahun ne, my hubby of courselah sebab bini ada kan, masak lebih jimat dan memenuhi selera, for me pulak, beli bazar tak memenuhi selera dan tak berbaloi dengan duit yang keluar..so, untuk yang bekerja kalau dah rancang untuk masak kat rumah untuk berbuka itu lebih baik..memandangkan sekarang banyak kes tak menyedapkan hati bila makan makanan dibeli kat bazar better for healthy pilih-pilihla dalam membeli...puasa ne memang, semua nampak sedap je...nafsu je tu. huu.. dan yang peniaga pun satu hal, asal nak untung berlipat kali ganda cepat, asal nak jimat lebihan makanan dijual, ada gamaknya dijual balik makanan tu esoknya pulak,kalau elok lagi boleh dimaafkan, tapi kalau dah sampai dalam dah berulat, hmm ...menjawablah korang dimahkamah Allah nanti, orang nak meniaga, ko nak meniaga jugak, tapi menipu..plak tu pertaruhkan nyawa orang lain..hebat sungguh penangan duit ne, sampaikan buta mata hati dah manusia....nauzubillah, nak buat pahala senang je, tepuk dada tanya iman..moga-moga dibulan mulia ini kita bersaing sebaik mungkin untuk meraih ganjaran Allah yang Maha Pemurah..so far sahur bulan ne untung suami, pasal belom skip sahur kecuali hari ni sebab anakanda main phone sampaikan off alarm set,huu...sudahnya laki bini terbabas waktu sahur, bertuah anakanda....hiiihiii....daaa!!  korang buka ngan apa hari ni?

Pengantin Buat Loan

4.28.2014

errr, macam tak kena pulak tajuk...soal wanita ne boleh tak cari words yang lebih sopan dan santun..pengisiannya dah bagus dah, so macam mana yang sepatutnya?i think pengantin sederhana or jimat much better..tajuk perbincangan betul-betul buat i terasa ok..me pun tergolong dalam pengantin berjimat cermat, tapi takdelah tahap pokai...huhu, disebabkan kita dah ada matlamat selepas kahwin tu nak kehidupan macam mana...so prepare dan bajet apa yang patut untuk selepas kahwin, nak kahwin pun rezeki mencurah-curah datang, dah kahwin lagilah, alhamdulillah..insyaallah kalau kita niat betul kahwin untuk apa, Allah permudahkan segala urusan dan kehidupan kita, susah tu ada tapi mana mungkin seronok hidup tanpa ujian Allah, ujian Allah menguatkan kita, menyabarkan kita, membentuk dan mengubah diri kita, bersyukurlah sekurang-kurangnya Allah bagi ujian, sekurangnya kita tahu Allah tetap ada walau bagaimana diri kita, Allah bagi ujian sebab sayang kita...wahh, bermadah pujangga pulak dah...bersangka baiklah dengan Allah=))
so yang nak kahwin tu betulkan niat, nak kahwin bukan nak seronok-seronok sesaja, apapun kena beringatlah, belanja nak kahwin memang teruja, tapi jangan sampai kita pokai lepas kahwin, nak nak pulak tetiba Allah bagi rezeki anak awal..duit sekarang memang penting, takde duit apapun tak jalan..prepare lebih bajet untuk perkara lepas kahwin, susah senang lepas kahwin kita tak tahu, so preparelah awal-awal apa yang patut..apapun bersederhanalah dalam apa jua ketika..teringat pulak masa kahwin, ayahanda tanya berkali-kali betul ke tak nak amik upah hias bilik sekali?betul ke nak amik pelamin je, bukan hape my ayahanda takut tak berlaku adil, tapi me sendiri memang tak nak, just hias sendiri2, pelamin pun nasib baik ada..tu pun dah bersyukur sangat..hee, apapun kenangan waktu kahwin sangat manis walaupun sesimple mana kita buat..Allahurabbi, nikmat yang Allah bagi bukan sedikit jika kita berasa cukup dengan apa yang kita ada.. apapun pokai masa kahwin takpe, jangan pokai lepas kahwin, makan megi seminggu dua takpe lagi, tapi kalau sebulan dop ulang makan yang sama, makan pelempang jawabnya..nak kahwin bukan sehari dua, maka sediakan payung sebelum hujan, lagi bagus dapat sediakan khemah, hidup lepas kahwin pun tenang senang tak fikir hutang majlis kahwin..bertanggungjawablah kita wahai suami isteri atas hubungan halal yang dibina, insyaallah Allah permudah urusan rumahtangga kita..daa

Pork Free Bermakna Halal kah?

3.13.2014

adeii kadang-kadang tak faham lah dengan peniaga pembeli masa kini, main taram je jual, yang pembeli pun satu, main beli je especially kedai makan..nampak orang melayu pergi makan  thats mean halal, mudahnya membuat kesimpulan, sedangkan tuan punyai kedai bukan orang islam, yang tukang masak pun bukan orang islam, tapi takpe 'pork free'...boleh makan...sampai sekarang kedai roti dekat jusco bukit tinggi tu, walaupun ramai yang kata halal me and hubby ragu-ragu bila tengok yang buat rotinya semua chinese/indian/bukan islam...so ada sesiapa boleh sahkan bahan yang diorang guna dalam roti/kek halal kah?...hek elehhh, sibuk je kau, macamlah bahan2 masak kat rumah ko tu halal?...

insyalallah, halal, dan akan berusaha untuk mencari mengguna memakan yang halal..mencari yang halal adalah fardhu bagi kita orang islam...tapi untuk orang melayu, haku tak tahu.. sebab orang melayu zaman sekarang terlebih melayu dari islam...hahah=p. Whatever, jangan pandang remeh bab-bab makan, tapi itulah nampak macam sekarang mudahnya kita buat kesimpulan...ramai orang melayu makan tu halal la kot? pork free lah, boleh je makan...tak terfikirkah kita selain 'pork' tu kalau letak bahan yang mengharamkan, syubhah, meragukan, apa jadi dengan makanan yang kita makan?!entahlah, haku pun tak pandai sangat bab ne, tapi setiap hari mengadap ceramah madrasah al-hijrah bercerita tentang halal haram dalam bab makan minum, haku sendiri terkedu..pasalnya kemungkinan haku sendiri ada yang terlepas pandang, dah termakan dan sebagainya, allahurabbi astaghfirullahal'azim, betapa tidak pekanya haku...hmmm-.-" bila tanya, halal ke weii?eh bukan aku sorang makan sini ok, yang bertudung, melayu lain pun, orang lain pun makan sini jugak!!!waaa, senangnya jawab@.@". Nak makan bukan tentang bahan nya saja...cara masak dan sebagainya tu pun kena amik kira...so what do you think?pork free doesn't means halal rite?...daaa

Hutang Masa!!Buat Renungan

1.30.2014

Bila anak tidur, cuba kita renung wajah dia. Semakin lama kita tengok semakin sayang kita rasa. Mulalah rasa bersalah bila teringat kita marah dia siang tadi. Itupun jika kita ada perasaan itu. Kalau takda rasa, baik kita istighfar banyak-banyak. cucilah hati dengan 'clorox'. Anak-anak bising, lompat-lompat kita marah suruh duduk diam. Lupa pulak kita anak yang tak normal je duduk diam kan? Takpun anak yang dah terlantar sakit. Pagi hingga petang dan kadang-kadang malam kita keluar. Ada yang jumpa anak tak sampai sejam. Dah jumpa marah-marah anak tu. Anak tengah bercerita kita pura-pura dengar "iye..ummi dengar ni" tapi mata dekat phone. Dok senyum-senyum baca whatsApp. Badan kita je kat rumah tapi hati dan minda kita jauh kat luar sana. Kesian anak...mana hak anak kita ya? Hari ni kita buat macam tu dekat anak kita. Kita tunggu nanti 20 tahun lagi. Agak-agaknya anak kita akan buat benda yang sama tak? Masa tu kita jangan cakap anak kita derhaka ya sebabnya kita yang didik dia jadi begitu. Masa tu jangan ungkit berapa RM kita habiskan untuk dia sedangkan kita sebenarnya terhutang masa dengan anak-anak kita. Kalau dicampur-canpur masa yang berkualiti tu agaknya berapa tahun je hidup kita dengan anak kita. Cubalah tutup laptop kita. Ketepikan gadjet-gadjet yang mahal-mahal tu bila kita di rumah. Sebab jika kita berhutang duit, duit boleh dibayar..tetapi jika kita berhutang masa. Masa tidak akan kembali. Renungkan lah.


Artikel ini adalah hasil dari tulisan Khairun Nisak Munzir

Kata-kata Menjadi Doa Termakbul

4.15.2013

Ketika entri ne ditaip perasaan percaya atau tidak masih membayangi kami suami isteri..Tepat 23/3/2013 kami berdua dikejutkan berita yang tidak terjangka dan tidak disangka-sangka, bergenang airmata dengan perasaan syukur dan sedikit kebimbangan..Walaupun masih terkejut antara percaya atau tidak, yang pasti ini bukan mimpi..tanpa tanda, tanpa apa-apa persediaan..sedikit sebanyak betul-betul mengejutkan kami suami isteri..Ahmad Harraz bakal bergelar Abang Harraz dah..hihi, merangkak pun belum pandai, dah kena belajar jadi abang...walaupun kecewa sebab belum puas memanjakan Ahmad Harraz, cepat-cepat buang perasaan sebegitu kerana yakin Allah lebih mengetahui segalanya..i'm just positive in my way=))..

Last month tergerak hati nak check upt disebabkan tak datang bulan, tambah pula dah stop makan pil perancang dan jamu-jamuan bulan awal januari baru-baru ne atas nasihat suami, isteri solehah kenalah patuh-.-....so i keep reminding my hubby to check up, kot-kot dah lekat...so on that day (21/3/2013)  after dah pergi klinik memang sahlah positive (just check upt without scan)  and we expect for that my pregnancy still early..since the doctor inform us that our baby in just 8 weeks mengikut kiraan hari pertama haid terakhir, kitaorang terima dengan perasaan gembira pasal ahli keluarga bakal bertambah tahun ne, what a miracle=))..after two day, we're panic sebab ada soft bleeding happen, terus ke klinik lagi..tapi klinik lain plak pasal tak yakin dengan klinik panel tempat suami kerja (first time pergi), terus doktor nak scan tengok apa masalah bila diberitahu ada soft bleeding memandangkan i inform her that we just know that my pregnancy still in early trimester..bila dah scan tu terus doktor tu tersenyum dan berkata "masyaallah, baby you dah besar ne, dah 5 bulan dah!" memang terkejut besarlah kami suami isteri bila dengar doktor cakap macam tu,terus jugak rasa hilang diri sekejap atas katil rawatan tu akibat terkejut!!...  "i dah expect bila you masuk bilik tadi, tengok fizikal pun dah tahu..klinik mana yang you pergi check sebelum ne?doktor nama apa?she keep bubbling.."jauh sangat 8 minggu dengan 20minggu..soft bleeding ne sebab low lying placenta, but you don't worry, biasa ia akan naik sendiri bila baby dah besar, ultrasound ne saya print, nanti you pergi klinik kesihatan buat buku"...okei, memang tak terkata-katalah diri sendiri, mata dah start berkaca, pasal terlalu terkejut, panik, gembira, bimbang, semua perasaan ada, kembali duduk depan doktor setelah bertenang. My husband pun bimbanglah jugak, disebabkan kelahiran pertama dah ceaser & prem, rapat pulak tu jaraknya, banyak jugak bertanya kat doktor...Alhamdulillah, the doktor say "Tahniah, memang productive!, just don't worry, baca yassin everyday, doa banyak-banyak, insyaallah boleh bersalin normal, yang penting sekarang i warning you jangan travel, buat kerja berat-berat, angkat anak pun tak boleh, just rest in the bed..ingat ne!kalau you tak nak duduk wad ikut nasihat saya" keras sungguh nasihat doktor Azmah,..i just accept that..hehe..

Tak sangka rupa-rupanya masa kita orang berbabymoon ke Cameron Highland bulan januari tu rupa-rupanya dah berempat, bukan bertiga ye, darah haid pertama yang diingatkan selepas berpantang rupanya soft bleeding, silap besar rupanya. Bila diperbetulkan balik berita gembira ne kat parents manalah tak terkejut diorang, hehe..me? masih mamai-mamai semacam bermimpi, jika disoroti balik dan bermuhasabah, lepas pantang 44hari terus makan pil perancang dan jamu, tapi tak tersangka, dalam merancang, perancangan Allah lagi hebat, risau jugak if ada effect kat baby sebab i still consume pil perancang dan jamu bagai masa tu ..namun Allah maha melindungi, syukur alhamdulillah our baby sihat dan aktif..memang rezeki dan anugerah ni Allah dah tetapkan milik kami, insyaallah, ubat ciptaan manusia tak mampu menganggu gugat benih cinta kami, haha ayat...Allahuakbar, besar sungguh kuasa-Mu..Alhamdulillah atas kurniaan-Mu Ya Allah, semoga benih cinta kami dilindungi sehingga selamat dilahirkan..insyaallah, amin, amin,amin=)). And teringat balik entri lepas..betullah orang kata, kata-kata ne boleh jadi doa..Allhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, tq Allah permudahkan segalanya, tau-tau dah 5bulan baby kat dalam rahim ne, hehe...daa, pray for me readers, will cont...




Love&Faith,
Greenapel 

Ujian Hidup

3.06.2013

This year memang unlucky for me and husband, but i'm just positive. Alhamdulillah, sekiranya hebat dugaan Allah begitu juga hebatnya hikmah disebaliknya..insyaallah, just praying for safety  and may Allah protect us..amin. Awal-awal tahun dah berabis duit, laptop rosak, camera rosak, everything need money..and, now we're planning to move to new house as soon as poosible. Akibat tuan rumah yang secara sengaja menyusahkan my family, we just redha..yang penting our safety first!!!Berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga, dan untuk tuan rumah, semoga mendapat pembalasan yang setimpal dariNYA..eh, tak baik doakan perkara yang tak baik..hehe, geram sangat...kadang-kadang itulah perasaan tak terkawal. Semoga apa yang dah berlaku menjadi batu loncatan untuk kehidupan yang lebih baik..so sekarang membizikan diri packing apa yang patut. Hmm, selagi bukan rumah sendiri macam tulah hidup...semoga sentiasa dimurahkan rezeki buat kami suami isteri..amin

Perkembangan si comel pula sangat mengujakan, Ahmad Harraz dah mula menunjukkan potensi untuk merangkak..hihihi, cepatnya masa berlalu. Since Ahmad Harraz dah makan solid food, semacam tak cukup masa melayan karenah si kecil. Rindu sangat rasanya masa Ahmad Harraz montel, bambam, tapi sekarang dah kurus sikit dan nampak makin kecik plak sebab banyak sangat bersenam (meniarap, bergolek-golek, berpusing 360 drjah, merayap) walaupun makin banyak menyusu dan makan. Peristiwa yang paling menakutkan bila ada anak kecil ne hampir jugak berlaku kat Ahmad Harraz, nyaris tergolek jatuh dari katil..alhamdulillah sempat disambut mamanya yang hampir luruh jantung hati..huhu-.-"

Cerita part mengidam since dah lama tak mengidam lepas pantang, suami bersusah payah jugak bawa kami anak beranak makan kat sekinchan kat restoren Hj. Jaafar tu baru-baru ni..Misi mencari gulai siput masak lemak cili api, punyalah jauh mencari makan sampai kat Kuala Selangor, sekali kecewa jugak pasal takdenya siput masak lemak cili api maybe bukan musimnya..huhu, teringat pulak masa mengandungkan Ahmad Harraz mengidam nak makan landak, rusa ngan kijang (amboii, selera kau..puuii) dasarrrr...kahkah, nasib baik tertunai, kalau tak sampai sekarang air liur Ahmad Harraz meleleh kempunan...so disebabkan tak dapat makan gulai siput terpaksalah balik kampung, kot-kot ada..hahah, gelabah betul, mengidam punya pasal. Actually my PIL kurang sihat, so terasa susah hati jugak tak balik menjenguk..so kira serampang dua matalah kiranya balik kampung kali ni..mihmihmih>_<. cukuplah repekan kali ni, daa..pray for us moga dapat new house yang lebih baik dan yang penting tuan rumah tak bermasalah sementara menanti masa untuk masuk ke rumah baru sendiri...insyaallah, amin.. 

Penyakit Lupa & Mimpi

2.07.2013

Tak sangka lepas beranak i keep bothering with nightmare almost everynight..cuma sekarang aje nampak dah macam melebih-lebih..sangat terganggu bila my hubby keep asking me, awak mimpi apa semalam, bunyi macam takut sangat?owhh..noooo!!terasa macam *&%^&()..mimpi apa ye?am i screaming again?yang pentingnya, i forgot about that nightmare after wake-up, biasalah tu kan, tak semua mimpi mampu diingati sebab dalam keadaan separa sedar..kotlah kan?huuu-.-". Ada jugak mimpi yang melekat dalam fikiran, tapi sangat nonsense, tak logik, dan mengarut, memang mainan tidur...bila cerita kat hubby pun, mestilah exactly dikatakan mengarutkan...huuu..itu cerita mimpi, cerita pasal penyakit lupa plak?hurm, umur lom cecah 30-an pun dah kelaut punya ingatan..nasib baik masih ingat punya bayi secomel Ahmad Harraz, kihkih..

ohh, baru perasan lately rasa liat nak update  after comeback from 'kampung aman damai', dan terkejut jugak pasal naik sampai 2kg pasalnya banyak makan kat kampung...biasalah selera lebih bila balik kampung kan?huhuu-.-'...Tambah plak menyelesaikan segala kempunan yang ditangguh-tangguh, breakfast dengan nasi berlauk pun dah dua bungkus apalagi makan tengahari kan?!!ohh, perut apakah??!!yang penting siput sedut masal lemak abis dua pinggan, memang terbaiklah, terus hilang kempunan lepas melantak sebegitu rupa.-.-. Sempena cuti CNY kitaorang berkampung kat sini jelah, orang lain plak sibuk balik kampung...gituuuu!!A week after balik kampung my FIL dah datang berkampung kat rumah plak disebabkan ada kenduri....dan this week about the planning on CNY kalau takde ape-ape, insyaallah on planning panjat bukit. Anakanda plak selsema selepas kena hujan masa kat melaka minggu lepas, sempat naik river cruise je, yang lain tak sempat pusing, tak kena ti ming, main redah je pergi Melaka, hujannn...it's  ok, nanti kita pergi lagi ye sayang dengan planning.