Hutang Masa!!Buat Renungan

1.30.2014

Bila anak tidur, cuba kita renung wajah dia. Semakin lama kita tengok semakin sayang kita rasa. Mulalah rasa bersalah bila teringat kita marah dia siang tadi. Itupun jika kita ada perasaan itu. Kalau takda rasa, baik kita istighfar banyak-banyak. cucilah hati dengan 'clorox'. Anak-anak bising, lompat-lompat kita marah suruh duduk diam. Lupa pulak kita anak yang tak normal je duduk diam kan? Takpun anak yang dah terlantar sakit. Pagi hingga petang dan kadang-kadang malam kita keluar. Ada yang jumpa anak tak sampai sejam. Dah jumpa marah-marah anak tu. Anak tengah bercerita kita pura-pura dengar "iye..ummi dengar ni" tapi mata dekat phone. Dok senyum-senyum baca whatsApp. Badan kita je kat rumah tapi hati dan minda kita jauh kat luar sana. Kesian anak...mana hak anak kita ya? Hari ni kita buat macam tu dekat anak kita. Kita tunggu nanti 20 tahun lagi. Agak-agaknya anak kita akan buat benda yang sama tak? Masa tu kita jangan cakap anak kita derhaka ya sebabnya kita yang didik dia jadi begitu. Masa tu jangan ungkit berapa RM kita habiskan untuk dia sedangkan kita sebenarnya terhutang masa dengan anak-anak kita. Kalau dicampur-canpur masa yang berkualiti tu agaknya berapa tahun je hidup kita dengan anak kita. Cubalah tutup laptop kita. Ketepikan gadjet-gadjet yang mahal-mahal tu bila kita di rumah. Sebab jika kita berhutang duit, duit boleh dibayar..tetapi jika kita berhutang masa. Masa tidak akan kembali. Renungkan lah.


Artikel ini adalah hasil dari tulisan Khairun Nisak Munzir

Ikan Bakar di Crystal Bay, Melaka

1.29.2014

hurm, neh cerita hampir berbulan lepas, entri kepam,muahaha..kalau pergi melaka memang tak sah kalau tak makan ikan bakar ye..penangan kakak n abang long haku hantu ikan bakar ke hape...haha, so setiap kali sampai melaka memang sah-sah makan ikan bakar, untungla hai perut, harus kedepan dengan jayanya...memandangkan my family datang that week menghabiskan saki baki cuti sekolah sambil menjenguk cucu-cucu yang makin membesar, my parent stay a night at my house then esoknye terus ke melaka..ehemm, actually ke melaka sambil menyelam minum air orang kata, menjenguk bakal ahli keluarga...insyaallah moga dipermudah...honestly, sangat suka tengok rumah-rumah kat melaka, klasik, bersih, teratur dan macam awesome je...selama-lama sampai melaka ne tak pernah lagi merasa coconut shake kat sana, next time maybe..berniat nak bawak anakanda ahmad harraz jalan-jalan kat zoo sana lagi..almaklum baru dapat kaki, kita kasi jalan sepuas hati, tapi taktahu lah entah bila pulak nak menjejak sana...oraiit, terus haku merepek tak tentu hala..

katanya makan ikan bakar kat crystal bay..servis kat situ memang tiptop jika dibanding dengan umbai..masakan best, tapi gambarnya nan hado,wakaka... memang banyak pilihan dari gerai ke menunya, sejak beranak pinak ne, lom menyempat lagi nak snap situ sana sini, sempat makan pun dah rasa nikmat, maybe anak dah besar sikit bolehla ye jadi photographer tak bertauliah...huuu..apapun kat melaka kebanyakan rumah tanam pokok rambutan, kalau kat kelantan kebanyakan rumah tanam pokok mangga..tersiratnya?haku pun taktahu...hahah=p. k daa..

Pengalaman & Tips Urus 2 Anak dalam Pantang

1.27.2014

wahh, beria-ria ko buat entri, hahah...orang lain rilex je 4,5 10 anak jaga dalam pantang, 2 pun dah nak kecoh...mestila nak kecoh, pengalaman lain-lain kan...wakaka, penting untuk noted diri sendiri supaya tak gelabah lebih if ada rezeki lain nanti...insyaallah, so what happen during confinement when we have another toodler to handle? atas pengalaman sendiri, bersyukurlah kita yang masih punya mak ayah..indeed!!alhamdulillah they really helped me a much..memandangkan bersalin kali kedua itu hari, me and hubby dalam keadaan berjaga-jaga bila my baby dah masuk 30weeks++ sebab takut pisang berbuah dua kali..huu, alhamdulillah walaupun kena masuk wad jugak sebelum bersalin selama 3 hari, tu pun dah menangis teresak-esak teringat kat ahmad harraz kat rumah.. tu yg sampai rayu jugak doktor nak rest kat rumah je..tak sampai dua hari balik dah turun tanda nak bersalin..tulah ko, nasihat doktor tak nak dengar...hahah, so ayahanda jugak hantar hospital menunggu sampai waktu me betul2 bersalin dari awal pagi sampai tengah malam even suami dah sampai dari kl petang tu...kasihnya ayah kepada anak, risaunya ayah kepada anak nak lahirkan cucu..waa sebaklah pulak..pastu meleret-leret kemana hala ceritanya...hahah

so back to the topic, after ahmad haddad dah boleh keluar wad..tentu-tentulah orang yang paling terkejut budak comel ahmad harraz bila seorang lagi budak kecik-kecik comel balik dan tido disebelah mamanya...how could?!!dia punya ekspresi, reaksi dan segala macam gaya buat kita rasa...hmm, tak boleh nak describe...huu, malam tu ahmad harraz bangun nanges, nak duduk beriba..aisehh, macam mana?berjahit  koyak tak ok lagi, nak batuk, bersin, duduk semuanya seksa, sakit, lagikan pulak nak beriba anak..alhamdulillah, nasib suami ada untuk seminggu, boleh handle lagi, seminggu lagi mak pulak tolong handle, sebelum semua orang balik ke normal routine iaitu bekerja....lepas tu terkontang kantinglah ko handle diri sendiri...alhamdulillah, tu pun dah bersyukur sangat atleast ada yang meringankan beban tolong jaga ahmad harraz dan layan dia main, memandangkan me banyak jugak mende kena buat sendiri, bertungku, berbarut, berganggang, letih hooii..dengan urat tak berapa betul, tenaga tak berapa nak ada, nak menyusu lagi, bukan merungut, hee..kesimpulannya, hargailah isterimu wahai suami-suami, ehh terus haku kesimpulan..kohkoh, beranak not like vending machine ok..it's beyond on it, sebab tu ada yang berkata ''kalau syahid penghujungnya, apa salahnya beranak lagi"...

ehem, pengalamannya walaupun terasa macam serik tapi percayalah that one of most precious moment for mommies..berpantang memang tak best, tapi best bila ada yang caring kat kita, lagi best boleh makan makanan yang kita jarang jumpa waktu tak pantang makan, pantang pun boleh makan best hokeii, lagi-lagi mak yang masak..even letih yang amat handle anak-anak, even rasa nak telefon suami tiap-tiap waktu menangis nak mengadu letihnya ya allah masa tu, tapi baik haku tido je dari bergayut ngan hubby waktu tu..percayalah, masa pantang tu curi-curilah masa tido, me mula-mula mak dah start keje..alahai, nak mandikan anak sendiri..nak layan dia main lagi, yang kecik takpe bagi susu kenyang-kenyag tidolah..yang kecik besar sikit ne haraplah nak macam tu..paling tak tahan bila si abang buat perangai, tak nak dengan tok ayah dan umi, memang nangislah haku, berebut-rebut nak menyusu...kena pulak masa tu dua-dua macam kembar, masa menyusu sama waktu malam, si abang adik tak nak mengalah...alahai, memang haku menangis sambil menyusu, sebab penat sangat...tulah ko nak beranak sangat kan...hadaplah...hahah=p...but me sangat-sangat bersyukur dikurniakan ahmad haddad yang sangat baik, dalam tempoh pantang jarang dengar dia menangis, mak ayah pun confuse ada orang lepas beranak ke tidak dalam rumah..abangnya je yang lebih nangisnya...heheh

Tipsnya, takes attention more to toddler..sebabnya dia dah tahu nak tunjuk emosinya..that's time dia akan rasa tersisih, rasa dipinggirkan, lebih kurangla tu, means takdelah jugak abaikan new baby, vice versa...so, don't even feel he/she bothers you and new baby bila dia  buat perangai, if tak boleh angkat, hold and hug him tightly..jangan kata apa-apa, don't even say "abang harraz kan dah besar" instead he still know nothing about big and little thing..just kenalkan new baby as his little bro.,and lastly, please mintak tolong ahli keluarga untuk membantu if kita tak larat sangat, dalam berpantang jangan paksa kudrat diri tambah-tambah diawal pantang, dikhuatiri tumpah darah, rahim jatuh, yelah rahim kita dalam tempoh pemulihan, so don't ever push yourself. Macam me tempoh berpantang kali kedua ne, cuak juga bila darah nifas terlalu lama nak kering hampir 60hari, cuka sebab me ada curi-curi angkat ahmad harraz beberapa kali masa dia menangis walaupun dilarang keras masa awal-awal berpantang, huu, tak tahan nengoknye, kesian!!-.-" percayalah kita akan rasa bersyukur sangat bila kita masih ada kedua ibu bapa dan keluarga, hargai mereka...jangan stress, banyak positifkan diri..yeah, tipulah kan kata tak stress langsung nak berpantang lagi, jaga anak-anak lagi cepat-cepat buang perasaan tak elok, doa allah mudahkan urusan kita..tips lain dah ada kot dalam entri sebelum-sebelum neh...k daa.


Sg.Palas, Cameron Highland

1.25.2014

On the way balik, me ternampak signboard ke Simpang Pulai, terdetik dalam hati...best jugak kalau sempat singgah, lagipun baru masuk waktu zohor..sekali beberapa minit selepas terdetik dihati sebegitu, my hubby said...jom kita naik cameron nak?ehemm...haku apalagi...macam tahu-tahu pulak ye my hubby ne,means to be orang kata power of instict..hahah, cam nak lempang je ayat ye..ini sangat poyo..so iyekan jelah..hahah=p. my hubby tak pernah lagi sampai ke Sg.Palas, so instead kitaorang naik terus kesitu walaupun niat nak singgah kat taman lavender, tapi tengok akan pengunjung yang amat ramai kita cancel terus ke sungai palas. i think cameron sekarang sangat sesak in weekend..untuk bercuti better pergi weekdays je kat sana, worth!!sangat tak best kalau bersesak camtu sekali kan..


wajib singgah..kea farm. 
after few hours kat ch terus ktaorang bertolak balik..dah lewat petang kitaorang turun. dekat tengah malam jugak kitaorang sampai rumah. singgah makan nasi arab kat.. al-rawsya after 12h tak jumpa nasik..nasib tak order yg 5orang makan, tambah penat,lapar n mengantuk, masa order pun mamai dah, nasib waiter tu bagitahu, kalau tak naya kitaorang nak habiskan sedulang nasi..wakaka.order yg 3orang makan pun lichinnn..


itu jelah cerita kitaorang bercuti kali ni, gigih naip entri susun  scheduled sesiap, tak mampu  aii ngadap hari-hari, anak haku pantang mamanya ngadap laptop, mahu berguling merajuk tak layan diorang main,huuu...daa

Taman Rekreasi Gunung Lang

1.23.2014

Last day before bertolak balik my hubby decide nak singgah kat taman rekreasi gunung lang...cantik katanya, me follow je la, orang nak bawak...kihkih...pagi-pagi sebelum bertolak tu kitaorang sempatlah jugak berjalan-jalan sekitar resort hirup angin segar pagi sebelum balik...sempat bertanya kat receptionist a few questions..katanya resort ne baru je dua tahun beroperasi even dah 10tahun bertapak dengan madhad tahfiz yang asalnya dibina..resort ne private resort untuk family pemilik ni tempat ne..kira oklah tempat ni sentiasa hidup dengan laungan azan dan bacaan al-quran dari budak-budak tahfiz tu..patutlah madrasah cerah je setiap masa..me n hubby pun takdelah scary sangat duduk kat villa tu memandangkan kitaorang pengunjung awal yang sampai disebabkan bukan weekend..huu, hari kedua tu baru nampak pengunjung lain datang. Biasanya kat sini memang pack waktu holidays n school-breaks. Rusa yang dibela tu pun sebab hobi pemilik resort ne dari seekor dua lepastu beranak pinak jadi sekandang, woowwwee hebat hobi orang berduit ne ye..huu
 pandangan dari villa kitaorang menginap..nampak jeram
 chalet yg kayu ne ada 3 single bed kalau tak silap, tu kitaorang tak amik junior suite tu..
 kandang rusa kat belakang
 sarang lebah dimana-mana, jadi sebahagian landskap kat resort ne

family portrait a must
after check-out kitaorang singgah breakfast dulu sebelum ke Taman Rekreasi Gunung Lang. kat sana takde ape pun melainkan taman menghijau..kitaorang just berjalan-jalan dan rest je kat sana sambil melayan budak yang baru dapat jalan dan menikmati alam sekitar. memang sepuas hati ahmad harraz berjalan kat sana. lencun baju berpeluh sakan.so no regret singgah situ, sukalah kitaorang tengok gelagat anak-anak. nak ke taman gunung lang tu kena naik bot, RM3/head, free for kids.dalam 2jam jugak kitaorang melepak sana..
 bot ulangalik ketaman
 asyik tengok others kids main playground
kenmain je jalan, 
indeed we're truly nature's beauty..hahah..so percutian kali ne memang banyak ketaman la kitaorang, duduk pun dalam dusun..what a nice travel with a kids this time..kalau ikutkan plan asal kitaorang nak bercuti area selangor je, pastu tukar plan ke kedah, lastly sampai perak...muahehe..maybe next destinationla la tu kotkan..maklumla after 2005, me memang tak jejak ke kedah, tempat study dulu, rindu plak..insyaallah..daa

Syamille AgroFarm & Resort, Kuala Kangsar

1.22.2014

Lupa pulak nak bercerita tempat penginapan kitaorang duduk sepanjang 3h2m tu..my hubby book resort Syamille AgroFarm n resort..ala-ala dok kat kampung katanya, ada dusun buah, tasik, jeram dan banyak lagilah..so sesampainya kitaorang petang tu, terus ke villa yang di book...so disebabkan me n hubby high expectation sikit nampak best sangat tempat tu, sekali tengok dalam villa, frust jugak..tapi oklah not bad yang penting kat villa ne ada double bed queen even takde penghawa dingin..yang pasti memang sejuk, sebab duduk kat kaki bukit...kitaorang frust ingatkan musim buah ne dapatlah kitaorang makan free kat kebun dusun yang ada...rupenya dah habis musim kat situ..lol!!takde rezeki kitaorang...huu


so, petang lepas kitaorang balik dari taiping terus kevilla untuk berehat sepenuhnya kat resort menikmati kawasan sekeliling. Suami dah plan awal-awal rupanya nak mandi jeram dekat ngan bilik kitaorang sambil layan makan durian..masyukkk betul. Memandangkan resort ne private area, jeram kat situ memang sangat bersih dan yang penting takde pengunjung yang mandi manda situ, kitaorang yang rasmi dulu...wakaka, memang best!!Ahmad harraz pulak, memang ada dalam misi nak kenalkan dia mandi dengan air sejuk..huuu, selama setahun lebih asyik jumpa air suam/panas aje, kali ne kitaorang nak ajarlah berendam air sejuk...kesian anak haku, nak orang lain umur 3bulan dah mandi swimming pool...haku baru je nak kenalkan swimming pool ala kampung...hahah..hentam jela nak, asal kenal..mula-mula memang meraungla terkena air sejuk tu, but me suh hubby takes a time to ahmad harraz slowly touch n play with the cold water...mula-mula hujung-hujung kaki je dia masukkan dalam air..geram je nengoknye..tapi lama-lama mula main kais-kais air sambil tersengih..lastly, terus turun berendam, berjalan-jalan, dan tak nak naik dari main air walaupun dah biru kesejukan..


amboi sakan yg ne tido sambil dengar deruan air jeram
kesimpulannya boleh bagi rate 7/10. view dekat syamille resort so nice n harmony. Ada kandang rusa, tasik, jeram dan yang penting sekeliling resort ne penuh dengan sarang lebah untuk hasilkan madu kelulut. yang tak best resort ne takde sedia breakfast in package, samada nak makan kat restoren resort atau cari makan kat luar. So malam kedua tu after dah penat mandi jeram petang tu, kitaorang makan kat restoren resort jela, penat dah rasa malam tu. Makanan kat restoren tu quite ok sebab orang siam masak menu orang siam, maka bestla jawabnya. Terasa keoriginalan kesiaman masakannya tu...hahah, bahasa pun hai..
 menunggu makpaknya bersiap

suka dapat kiss dari abang harraz
gambar makan nan hado, sebab dah masuk dalam perut..dalam pale dok pikir nak tido je...hee, dua orang budak cute ne pun ok sangat walaupun penat, dah tertidur yang kecik tu masa nunggu makanan sampai..bolehla mamanya makan dengan tenang...k daa

Ombong Itik Salai di Jalan Hulu Langat Batu9

1.21.2014

On the way balik dari makan tengahari di agrotek kitaorang tersalah jalan...emm, nope!i think bukan tersalah jalan tapi jalan yang pernah kitaorang lalu masa datang sungai congkak dah tutup...sebab tanah runtuh, so kitaorang lalu ikut jalan bukit mane entah, lagilah scary ok...denagn berliku-likunya..tapi nasib baik jugak dibuatnya lalu ikut jalan tu, lucky for us jumpa gerai tepi jalan yang jual itik salai...payah nak jumpa ne..kitaorang memangla penggemar itik terutamanya itik panggang...wee, so apalagi hubby patah balik sebab dah terlepas nak stop..orang nogori yang berniaga..bab-bab salai ne memang femes untuk masakan nogori...hubby pilih yang sederhana besar untuk kitaorang makan.hambeekkk, seekor itik dua orang makan, mana tak heavennya...kahkah, dasar perut labuh, no wonderlah ramai tanya haku mengandung lagi ke?aminn...mudah-mudahan dimurahkan rezeki lagi nanti...
 siap dengan no phone

Actually bukan itik salai je yang pakcik tu jual, ada daging, ikan keli dan ayam salai...so pilih yang mana berkenan either kita nak bakar atau nak beli yang salai je...hubby pilih itik then pakcik tu tanya, nak bakar terus ke?ke nak bungkus balik masak kat rumah, boleh masak lemak cili api, gulai rempah, kerutuk dan sebagainya..bakar terus caj rm2, harga setiap item berdasarkan saiz..so, memang tak menyesal kitaorang singgah beli itik salai tu, pakcik tu bakar sedang-sedang je, tak kering isinya..balik tu terus goreng nasi, buat sos pedas, panaskan balik daging itik dengan pemanggang, makan buat lauk dan ratah itik salai dan bakar tu..maveless ok..berbaloi beli seekor pun...alhamdulillah. So korang trylah itik salai ne kalau termengidam ke, memang lain dari lain, tak sama dengan itik panggang mohd chan..beza, memang berbeza!!..haku memang suka mengidam/makan pelik-pelik, kalau ada landak salai pun best jugak ye-.-"...

Restoren D' Agrotek,Hulu Langat Selangor

1.20.2014

Jauh mencari makan semalam dari bangi ke hulu langat...huu,suami punya pasal, suka try n error cuba jalan yang tak pernah lalu..haku dah seram-seram sejuk lalu jalan sunyi dan sepi walaupun siang hari..pagi-pagi keluar cari barang anak-anak kat manjaku bangi..hehe, favor port tu nak cuci mata tengok barang-barang baby...so lepas singgah tempat mesra selalu, sucikan ahmad haddad, biasalah bawak anak-anak kecik ne, kejap-kejap stop, kejap-kejap cari port basuh poo poo...then kitaorang terus ke hulu langat, pusing punya pusing...alhamdulillah jumpa jugak..walaupun agak scary tempatnya, sebab hampir hujung bukit tapi not bad..boleh masuk list untuk bercuti dengan keluarga nanti...huu. Berkali-kali tanya hubby, betul ke tempat ne?karang sedap-sedap makan balik nanti baru tahu tempat tu tak wujud pun..haa, makan daunla jawabnya..."takla, dah betul dah, nanti jangan terkejut pulak awak, ne dah tempah satu resort ne untuk kita je makan tengahari kat sini"katanya...kahkah, wat lawak betul my hubby, mane tak tempah satu resort takde orang pun datang sini makan, melainkan ada any group yang buat seminar/kursus dan menginap kat sini...anyway anggap jelah macam tu-.-"..hiii

 pilihan tempat duduk makan yang pelbagai
 landskap sangatlah cantik
 bilik chalet tepi kolam
amboi, budak lelaki comel tu, kemain je=p
so tengahari tu kitaorang lunch dengan western food, pasal sebelum keluar dah habis sepinggan nasi lemak..best juga western foodnye, sedap tapi takdela variety sangat pilihan untuk dimakan, makanan panas pun ada...tapi restoren ne sangatlah harmoni dan hijau, luas dan sangat luas maklumlah untuk penginap agroresort tu ..aman je nak makan, harraz dan haddad pun ok je..memandangkan kat sini pun dah ada surau, menyenangkan lagi kitaorang, solat terus lepas makan..tak payah gilir-gilir..nak letak anak pun takdelah rasa tak selamat, memandangkan kitaorang suami isteri je yang ada kat dalam surau tu..
 excited yang sulung berlari-lari dalam surau
surau pun aman hijau, sedap mata memandang
this place sangat recommended untuk sesiapa yang nak makan sambil nikmati panorama yang cantik, hijau..tak puas pulak melepak sana, stay one night maybe worth boleh mandi-mandi air jeram sekali...hihih.. 

Mee Udang Mak Jah diKuala Sepetang

1.19.2014

tak singgah macam tak lengkap pulak ye kalau dah sampai perak ne...after melawat zoo taiping dan pusing-pusing sekitar taman tasik kitaorang decide terus ke lokasi makan...lagipun waktu tu dah 1.30 petang, alang-alang nak makan, kitaorang lunch dengan mee udang yang disebut-sebut tu...kitaorang ke Kuala Sepetang mencari Mee Udang Mak Jah..takdelah susah sangat nak cari Mak Jah punya kedai...ingatkan awal sangat kitaorang datang...nama pun kuala sepetang, so i expect petang-petang baru orang ramai kot..rupanya idaklah begitu...sesampainya kitaorang dah memang penuh parking kiri kanan jalan...maybe weekend agaknya, so takdelah sampai beratur panjang nak makan mee udang mak jah ne..
dari segi taste ok lah not bad..rasa udang kan?nama lagi mee udang..puasla makan udang-yang besar gabak tu..semmangkuk memang dah kenyang..




so grateful, those two kids know how to behave while me n hubby makan, haha...gelojoh ok tengok udang serba gemuk, mahu nak bergilir makan..selamat perut kitaorang..petang tu kitaorang bertolak balik ke resort dan sempat menyinggah beli durian untuk next mission, durian sepanjang jalan ke taiping memang menggiurkan okeh...k daa

Taman Tasik Taiping& Bukit Larut

1.16.2014

Actually dua tempat ne memang kitaorang nak sangat-sangat pergi especially Bukit Larut...tapi nak naik jeep dan memikirkan dua orang anak kecil ne, ehemmm, kitaorang tangguh ke satu masa bila dua-dua dah besar sikit...uhuu, tu rasa yang tak puas berjalan-jalan kat perak, banyak tempat yang menarik dan cantik..next time maybe..melihatkan keindahan alam kat sana getik rasa hati tak sempat dek kekangan masa..masuk zoo taiping pun dah hampir tiga jam, maklumlah melenggang kankung dalam zoo tu...wakaka. Taman tasik Taiping kitaorang nikmati keindahan atas kereta je...kalau ikutkan hati mahu je duduk setengah hari kat sana..sangat best!!tengok pun da best, apalagi melepak kat situ mensegarkan mata...suami cakap net time kita datang lagi..woowwwweee!!tapi taktahu bila-.-'...
so i really recommended tempat yang wajib dilawati kat perak if sesape yang berniat nak datang bercuti kat sini...gambar...satu non hado...google ok!memang cantik viewnya omomooo omeiii..i think da ramai blogger yang datang sini...k daa

Harga Tiket Zoo Taiping

1.13.2014

me and hubby ne memang tak sah kalu tak jejak kat zoo, masa dating dulu berdating kat zoo, lepas kahwin pun berjalan kat zoo, mengandung pun jalan kat zoo dah ada anak konpem-konpemlah haku jejalan kat zoo...wakaka!!entah hape ke motifnye..tapi my hubby said, tu tandanya kita pencinta alam..indeed!! siapa tak suka kan tengok beauty of nature ne...so alang-alang sampai taiping pergilah menyinggah, menengok-nengok binatang dan segala habitat kat Zoo Taiping..memndangkan kitaorang pukul 8.30pagi dah keluar nak ke taiping, so pandu lalu jelah for the breakfast..ingatkan nak makan pagi ala-ala berkelah kat Taman Tasik Taiping tapi my hubby ajak masuk zoo terus..so apalagi breakfast dalam zoo la jawabya...hahah=p.Ahmad harraz pulak masa mula-mula masuk nak berdukung aje kejenya, but he know to looking at animals especially at monkeys yang tergaru-garu ketiak..huahua..most of 3km kitaorang jenjalan dalam zoo, berpeluh sakan...tapi best, terapi diri tengok nature at the same time bakar lemak..huu.Tak banyak gambar kitaorang sempat ambik memandangkan kamera rosak, terpakslah guna cokia je amik gambar. kalau ikutkan my hubby terus nak cari kamera kat sana, tapi atas nasihat isteri terpaksalah kena ikut atas faktor bukan keperluan...muahehe, padahal haku punya niat nak beli biar puas hati...ngehngeh



Tak sempat nak mengupload gambar. For me, antara Zoo negara, Zoo Melaka & Zoo Taiping, zoo negara paling not worth..cehh, tu my opinionla berdasarkan pengalaman sendiri..sebabnya, entahlah tak hijau sangat, binatang pun dah macam tak terjaga sangat..tak berbaloi dengan harga tiket. Zaman me n hubby pergi tu tiket harga RM30, klau dibandingkan dengan zoo melaka yang lagi hijau, rimbun, terasa lah duduk dalam zoo, same with zoo taiping, landskap cantik, dan yang penting harga tiket berbaloi dengan servis n apa yang kita dapat or hayati.Harga tiket masuk dalam RM16 untuk orang dewasa dan RM8 untuk anak..worth!!next hunting maybe ke Farm in the City atau safari wonderland...macam menarik aje kat sana kan??..insyaallah ada rezeki anak-anak bolehlah kesana nanti...daa

Bercuti di Kuala Kangsar Perak

1.08.2014

what a day..percutian ditahun baru masih terasa penatnya, but worth it!!sebabnya anak-anak yang paling happy, al maklum bukan senang-senang nak keluar bercuti dan enjoy...kekangan masa, kewangan, dan paling penting mood nak bercuti baru berbunga-bunga. Timing bercuti pun cantik dan sesuai disebabkan ahmad haddad dah masuk 6 bulan, so apalagi masa ne lah nak suka suka luangkan masa bersama sepenuhnya. Ahmad harraz haritu pun masuk 6 bulan baru bawak pergi bercuti,..solute betul mommies yang abes berpantang terus keluar bercuti...haku??tak sanggup hoii bawak anak masih kecil berjalan-jalan. kesian pun hade, body sendiri pun rasa tak kuat lagi nak berjalan-jalan, so sangguplah haku dok bertapa dalam rumah, keluar pun tempat dekat-dekat je nak tunggu lepas 6bulan, bole??hee...for me umur 6bulan tu takdelah umur terlalu lewat untuk ajar anak-anak travel..alhamdulillah both my sons sangat behave while travelling..so pilihan tempat bercuti kali ne adalah pilihan suami, iaitu kat perak darul ridzuan, kitaorang book resort 3d2n berdekatan dengan Kuala Kangsar..banyak tempat menarik rupanya kat perak ni ye...rasa tak cukup 3hari kat sana...since anak-anak pun macam over excited dengan percutian kali ni, especially ahmad harraz once dia dah boleh berjalan...pepagi jumaat tu kitaorang dah bertolak awal pagi dalam pukul 7, nasibla dua orang hero kecik tu tahu nak keluar jenjalan pukul 6.30pagi dah bangun. kira timing cantik je, siapkan diorang bekal makan pun siap awal macam jadi tabiat pulak asal nak jalan jauh, haku buat bekal..bagus rupanya macam tu kan..sepanjang perjalanan tu tidur je keduanya, stop rest kat rnr Tapah, makan pastu kitaorang sampai di kuala kangsar sebelum tengahari, so sempatlah suami solat jumaat dimasjid Ubudiah yang cantik..me pulak berkali-kali pergi kat bandar Kuala Kangsar sekeping pun tak ambil gambar kat sana...boleh?lepas solat kitaorang terus check in kat resort then petang tu keluar makan cendol dan laksa di MPKK kuala kangsar tepi tasik tu..so gambar ne jelah hado..best cendol kat situ, laksa pun ok not bad..pusing-pusing area kuala kangsar sempat lagi menyinggah pasar malam then kitaorang cari kedai makan malam di dataran arena sebab nak balik rest untuk esok punya plan untuk berjalan-jalan kat Taiping.
next stories kat tempat kitaorang pergi, taktahu lah bila, kalo ikut mood, tengah rajin mengarang ne, tapi tengok anak-anak..tak sanggup woohh, kena layan diorang dulu...k daa

Menarik diPantai Morib

1.02.2014

2013 dalam kenangan,banyak cerita tak sempat nak kongsi...fuuhh, sangat mencabar tahun sebelum ne, tahun baru ne lagilah mencabar, dengan kos sara hidup yang makin meningkat, gaji faltt aje, marilah kita mengharungi perjalanan kewangan secara positif dan lebih berhemah. Tahun baru 2014 ni juga sempena menggalakkan ahmad harraz lebih fokus untuk mengembangkan skill barunya, baru boleh berjalan atau 'dapat kaki' like a little mermaid so cuti tahun baru 2014, kitaorang bawak anakanda jalan-jalan test kaki kat pantai morib...haha, selama-lama duduk berdekatan pantai morib kali kedua kitaorang sampai dan menikmati kawasan sekitar...my hubby said, normallah kalau duduk dekat payah nak sampai, lain duduk jauh confirm dah banyak kali sampai kat pantai ne...huuu
seriyus ke ni mama kita nak keluar jejalan?
So, the happy toddler tentulah Ahmad Harraz...menonong je jalan, tak peduli orang kanan kiri, tapi if someone yang tak dikenali mula senyum dan tegur terus dia takut datang peluk kaki makpaknya..huu, camtulah gaya gamaknya anak dalam jagaan sendiri, terlebih rasa insecure with stranger kot?!memang ahmad harraz need a time untuk datang dekat orang yang dia tak kenal, dia perhati, tengok ok ke tak dulu, lama-lama terus dah boleh geng..ayahsu datang cuti sekolah hari tu pun ambil masa, sebab dah lama tak jumpa kan..sengih-sengih dulu, lama-lama membontot aje ayahsu kemana-mana, lol...orang yang paling gembira jugak bila nampak makpaknya bersiap-siap, ahmad harrazla jugak, maklumla hujung minggu pun jarang-jarang boleh keluar, naik kereta..kesian anak haku!!ppfffttt...means this year kena banyakkan aktiviti untuk ahmad harraz...muahihii. k bai, tak sempat menaip yokk..