Ikut umur rasmi Ahmad Harraz lahir, bulan ne isyaallah masuk 8bulan, tapi bab pantang buat mama Harraz masih lagi berjalan..orang tua kata pas bersalin jangan makan mende yang menyejukkan urat-urat dalaman, tak pepasal body tak tahan lama, setahun lamanya kena pantang...contohnya laksa, pulut, ais, air kelapa dan macam-macam lagi..aiihhh, semua barang sedap tu!!..me??err..awal-awal lagi dah taram makan, huhu, yang masih selamat Laksa, pulut, nenas, nangka n whatever makanan yang rasa-rasa cam tak berani makan, so just keep telan air liur jelah...hehe, air sejuk, lepas je abis pantang 100hari boleh lagi menahan rasa, balik aje duduk ngan suami, tiap-tiap hari hadap suami minum minuman berais, terus hilang rasa sabar...err, lastnya langgar pantang...nak buat camno??haha...tambah plak mengidam macam-macamlah lepas pantang ne, uuii, mana nak tahan bersalin bulan puasa raya ne...memang betul menguji..habis je pantang, semua makanan rasa nak makan, teruknye-.-"...
Itu pasallah badan mengembang semacam...kalau mengidam laksa camne?nak makan tak berani, tak makan kang meleleh nengoknye, cendol pulut tapai pun best kalau dapat ne...asallah cerita pasal makan je ne...actually teringin sangat nak buat kek, disebabkan lama sangat tak baking cake, asal buat je bantat, tak menjadi pendek kata fail..sampaikan suami pun frust, cakap lain kali tak payah buatlah, nak makan, beli je...huhu, tak supportive langsung, tapi kita lagi sukalah kan, mintak jelah, pastu cari kat kedai...heeehee.. seksa kan rasanya nak berpantang apa yang kita suka, but for sake of healthy terpaksalah kan? puasa pun tak berganti lagi, adeiii...-.-". salute betullah mommies yang serius berpantang makan sampai setahun dua, tambah plak yang betul-betul berdisiplin berpantang dalam 44hari tu, bertungku 2,3 kali sehari, mengurut 2,3 kali seminggu, bertanggas, berbekung, oowhh..sometimes i miss that moment, since i langsung tak berdisiplin dalam berpantang, bertungku pun boleh kira berapa kali, apatah lagi berbengkung..so, padanlah!! mommy modenlah konon...kahkah=p..daa
Entah dari mana sebenarnya fakta yang mengatakan soya ne banyak memberi kebaikan, at least ada yang betulnya tapi tak banyak..Hakikat sebenarnya kacang soya banyak memberi kesan negatif, especially for we as women...dan entah dari mana datangnya mitos nak anak berkulit putih, masa mengandung kena minum air soya banyak...exactly wrong!dasyatnya penangan sogokan dari musuh islam menanam sesuatu yang tidak betul dalam pemakanan kita..sebaliknya minum air soya secara berlebihan akan menimbulkan kesan yang tak elok untuk baby yang bakal lahir, terutamanya dari segi alahan, terlebih soya untuk anak kecil pulak menyebabkan anak terlebih hyperaktif..since i know this, takdelah stop terus..memandangkan i still consume ESP shaklee few month ago, i just stop for a while, still jugak minum air soya kotak tu..takut juga memikirkan kesan jangka masa panjang, if tak dapat sedikit ilmu dari doktor Ahmad pakar hemeopati, maybe for now tak tahu apa yang kita bagi kat pasangan dan anak-anak makan..pity!!Sedangkan pemakanan sunnah Rasulullah SAW dah terang lagi bersuluh tak nak kita ikut...huhu, madu actually baik untuk bayi, siapa yang kata?Rasul yang kata..walaupun Harraz still bayi dah kenalkan dia dengan kismis, madu, aprikot, air zamzam sebagai ganti air kosong n kurma,nak anak yang baik rupa dan karakter, makan je tembikai banyak-banyak masa mengandung..siapa yang kata?Rasul yang kata...adehh, ne penangan tengok rancangan Rasul yang kata tiap-tiap pagi neman Ahmad Harraz..-.-"
Apapun, rasanya belum terlambat lagi nak ubah cara pemakanan especially for me and family, hmm, susah memang susah nak biasakan...belum cuba belum tahu kan? apa yang menyebabkan diri terkilan sebab terlambat dapat ilmu untuk kebaikan anakanda Ahmad Harraz, baru je genap 3minggu Ahmad Harraz hisap susu guna botol kaca, memandangkan botol susu plastik tak elok untuk anak sekecil Harraz untuk long term, since sejak keluar wad Ahmad Harraz terus menolak untuk direct feeding, so sejak itulah jugak Ahmad Harraz guna botol plastik, berharap tindakan ne masih tak terlambat..pity Ahmad Harraz, tak dapat feeding secara direct disebabkan i'm really fobia masa terkena masitis yang teruk sehingga dijangkiti kuman sampai tak boleh nak sentuh for a few weeks masa lepas anakanda keluar wad ritu..sedih sangat bila dah sembuh Harraz memang menolak untuk direct feeding, tapi alhamdulillah, rezeki Ahmad Harraz untuk menyusu susu badan tetap ada walaupun berbotol...=))..insyaallah untuk adik Harraz, i keep praying that i can give the best too for breastfeeding...amin..love u son
tempek for motivated myself..hihih..
Kecoh sekarang pasal sekeping gambar baby yang meruntun hati, kat kelantan plak tu berlaku (negeri tumpah darahku) hehe, malu deknon..itulah orang kata jangan sesuka hati judge kalau kita tak jelas dengan keadaan sebenar. Namun sekeping gambar boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Inilah orang kata, disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga, disebabkan kesilapan memberi respon terus dapat pandangan negatif, tak semua macam tu even dalam mana-mana profession..satu dalam seribu, orang kata dalam setandan pisang, ada jugak yang rosak sebiji dua...eh, betul ke punya bidalan?-.-"..apapun bukan nak cerita pasal tu, my experience yang pernah beranak kat hospital kerajaan, dari Hospital putrajaya, ke HKL dan HUSM memang takde cacat celanya...dapat nurse dan doktor yang baik, layanan yang baik dan everything semua okey..yang penting kita kena fikir positiflah, insyaallah kita dapat yang positif jugak melainkan memang tak bernasib baik kan...-.-''. we are human, everyone make mistake.
Masa Ahmad Harraz dalam NICU dulu, pernah jugak berlaku bila suatu hari tu, tengok pipi anak lebam, manalah tak terkejut, ikut hati seorang ibu memang nak tanya dengan penuh emosi, yelah darah daging kita, kot berlaku apa yang kita tak tahu..so just amik masa bertenang sebelum bertanyakan hal sebenar kepada nurse yang bertanggungjawab jaga Ahmad Harraz..yelah takut jugak kita bila ditanya, kang dituduhnya kita nak marah-marah plak, dan tuduh nurse buat something yang buruk plak kat anak kita..masa tu just fikir positif aje "mungkin Harraz cute sangat kot, sampai pipi kena cobet-cobet sebab geram tengok comel...kahkah..tak tahan kau, puji anak sendiri!"haha...yup, tapi masa tu memang pikir macam tu, lastnya tak tertanya jugak nurse kenapa pipi anak jadi macam tu, just praying my son just fine in there..walaupun tak sedap hati, dan hanya diluah pada suami and parents, kitaorang hanya berdoa takde apa-apa, mungkin ada yang tersalah pegang masa nak mandikan budak comel tu ke, apa ke kan?..alhamdulillah 3 hari lepas tu lebam kat pipi Ahmad Harraz dah hilang..Alhamdulillah, walaupun Ahmad Harraz famous dalam NICU disebabkan suaranya yang nyaring tika nangis, yang boleh buat orang menyampah dengar, nurse tetap layan Ahmad Harraz macam anak diorang sendiri, terima kasih sangat dengan khidmat diorang. See,tak adillah kita nak sama ratakan semua orang, orang tak berada kat tempat kita, memang takkan tahu apa yang kita buat dan rasa..Whatever, dalam apa-apa kerja, ikhlas yang penting, niat kita...even sebagai surirumah pun..jika sering membanding-banding dengan orang lain memang tak kemanalah jawabnya..setiap apa yang kita lakukan kalau asyik fikirkan balasan yang kita nak aje, sampaikan boleh buat kita kita tak ikhlas dalam melakukan sesuatu, lama-lama makan diri jugak..daa, mari muhasabah diri, cermin diri kita ni level mana..salam jumaat=))...
dah comel balik...=))
Bila balik kampung ne, memang rasa tak cukup masa hujung minggu je berkampung, nasiblah tahun ne tiap-tiap bulan ulang balik kekampung...yehuuu...-.-". Walaupun balik kejap, terubat jugak rasa hati dan tekak..sempat jugak mencari nasi arab sepukul after balik kampung..okeilah, not bad jugak nasi arab kat Restoren Saba tu kan...hilang rasa teringin>.<
Cerita kat kampung plak, elok je tayar kereta bergolek kat bumi kelantan pagi-pagi buta terus mencari kuih ketayap dikategorikan sedap banding yang lain dekat kedai nasi pagi kat bandar tanah merah tu sebelum kitaorang sampai ke rumah...sempat lagi..nak cari kat sini memang tak jumpalah, kena buat sendirilah jawabnya..nak buat sendiri tu yang masalahnya..hehe..apapun puas hati, nasi kerabu dapat, nasi berlauk ikan ayo (tongkol) dapat, dan yang penting dapat merasa aiskrim Baba, sedap!!ada macam-macam dalam tu, yang specialnya aiskrim home-madela kan, nak cari memang belah rantau panjanglah baru jumpa ais-krim Baba ni..hihihih..terkebetulan boleh merasa, terima kasih daun keladi buat yang berkenaan..lain kali kita makan lagi..mm, asek-asek kalau balik kampung tak sah cerita bab makan kan?pelik betul...macam pulak kat sini takde makanan, kebulur betul...muahaha..betul kata orang, hujan emas dinegeri orang, mana nak sama dinegeri sendiri..daa=))
This year memang unlucky for me and husband, but i'm just positive. Alhamdulillah, sekiranya hebat dugaan Allah begitu juga hebatnya hikmah disebaliknya..insyaallah, just praying for safety and may Allah protect us..amin. Awal-awal tahun dah berabis duit, laptop rosak, camera rosak, everything need money..and, now we're planning to move to new house as soon as poosible. Akibat tuan rumah yang secara sengaja menyusahkan my family, we just redha..yang penting our safety first!!!Berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga, dan untuk tuan rumah, semoga mendapat pembalasan yang setimpal dariNYA..eh, tak baik doakan perkara yang tak baik..hehe, geram sangat...kadang-kadang itulah perasaan tak terkawal. Semoga apa yang dah berlaku menjadi batu loncatan untuk kehidupan yang lebih baik..so sekarang membizikan diri packing apa yang patut. Hmm, selagi bukan rumah sendiri macam tulah hidup...semoga sentiasa dimurahkan rezeki buat kami suami isteri..amin
Perkembangan si comel pula sangat mengujakan, Ahmad Harraz dah mula menunjukkan potensi untuk merangkak..hihihi, cepatnya masa berlalu. Since Ahmad Harraz dah makan solid food, semacam tak cukup masa melayan karenah si kecil. Rindu sangat rasanya masa Ahmad Harraz montel, bambam, tapi sekarang dah kurus sikit dan nampak makin kecik plak sebab banyak sangat bersenam (meniarap, bergolek-golek, berpusing 360 drjah, merayap) walaupun makin banyak menyusu dan makan. Peristiwa yang paling menakutkan bila ada anak kecil ne hampir jugak berlaku kat Ahmad Harraz, nyaris tergolek jatuh dari katil..alhamdulillah sempat disambut mamanya yang hampir luruh jantung hati..huhu-.-"
Cerita part mengidam since dah lama tak mengidam lepas pantang, suami bersusah payah jugak bawa kami anak beranak makan kat sekinchan kat restoren Hj. Jaafar tu baru-baru ni..Misi mencari gulai siput masak lemak cili api, punyalah jauh mencari makan sampai kat Kuala Selangor, sekali kecewa jugak pasal takdenya siput masak lemak cili api maybe bukan musimnya..huhu, teringat pulak masa mengandungkan Ahmad Harraz mengidam nak makan landak, rusa ngan kijang (amboii, selera kau..puuii) dasarrrr...kahkah, nasib baik tertunai, kalau tak sampai sekarang air liur Ahmad Harraz meleleh kempunan...so disebabkan tak dapat makan gulai siput terpaksalah balik kampung, kot-kot ada..hahah, gelabah betul, mengidam punya pasal. Actually my PIL kurang sihat, so terasa susah hati jugak tak balik menjenguk..so kira serampang dua matalah kiranya balik kampung kali ni..mihmihmih>_<. cukuplah repekan kali ni, daa..pray for us moga dapat new house yang lebih baik dan yang penting tuan rumah tak bermasalah sementara menanti masa untuk masuk ke rumah baru sendiri...insyaallah, amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social