Puasa Dan Sahur

3.26.2023

Daku sangat bersyukur Allah bagi peluang menikmati bulan Ramadhan tahun ni, dan tahun-tahun sebelum ni, banyak kalau pengalaman berpuasa yang pahit manis sepanjang hayat dikandung ni, paling takkan lupa sesekali bila Allah kurnia rahmat dan nikmat masa mula-mula kahwin, tahun pertama kahwin terus dapat berpuasa sekaligus beranak masa bulan Ramadhan, pakej sambung situasi sama untuk tahun berikutnya berpuasa dan beranak dalam bulan Ramadhan. 


Ya, dalam ujian tetap ada nikmat, maraton berganti puasa, imagine dalam masa mengandung, menyusu, jaga yang sulung, ku ganti puasa untuk 28hari berturut-turut sedang elok habis ganti, tiga hari lepas tu dah masuk bulan Ramadhan sambung puasa balik, tak sampai seminggu puasa beranak anak kedua. Uii, baca pun penat, entah macam manalah daku lalui masa tu, macam tak percaya pernah lalui situasi sebegitu, ingatkan dah habis sesi macam tu, rupanya tak habis. Penutup untuk situasi yang sama berulang bagi anak kelima dan keenam. Tapi situasinya energy dah tak sama, ketaklaratannya sangatlah tak boleh bincang.

Tiga kali tandem nursing, yang latest ni memang surrender teruk, sampai boleh tahap pitam even dah sahur, makan sepatutnya. Tulah menandakan level penuaan yang makin meningkat, energy dan keupayaan diri pun makin berkurang. Tandem nursing kali nilah paling teruk hadap tahap mengempeng anak, kalau layan stress memang boleh jadi serabut pulak, jadi lantaklah, hanya mampu doa jelah sampai masa tepat anak kedua bongsuku give up in nursing, dah treat all strategy dah untuk cerai susu, get nothing the end, hanya frustration. Apapun jalan yang Allah atur ni ku doa Allah kurnia kelapangan dada untuk ku terima seredhanya. Untuk some mommies benda ni just tiny thing, but for me really huge thing, sebab ku niat hanya cukuplah 2tahun cukup penyusuan anak, dah tertulis rezeki anakanda, mampu senyum jelah. 

So back to story, since empat kali situsi berpuasa dalam keadaan berpantang dan jauh dari suami, setiap kali Ramadhan yang kami spend bersama kuhargai sangat. Seronok sungguh dapat bangun khidmat sediakan sahur untuk suami dan anak-anak, sebab waktu macam ni tak selalu dan tak dijamin akan dilalui lagi. Since kahwin dan beranak pinak ni tahap keinginan nak pergi solat kat masjid untuk terawih dah takde, malah ku lega dapat buat ibadah kat rumah sambil jaga anak-anak kecil. Ayah selalu cakap "jangan susah hati lah tak dapat buat macam orang lain beribadah sepenuhnya di bulan puasa, apa yang daku buat kat rumah setiap masa tu pun ibadah, pahala suami pergi masjid solat terawih pun tetap juga kita dapat, Allah Maha Pemurah, pahala Allah kurnia dalam pelbagai cara". Thank you ayah, dan paling mengharukan, umur daku ni pun, anak dah enam orang, laki pun ada, ayah tetap gigih telefon kejut anak-anak untuk bangun solat tahajud, siapkan sahur. 

Apapun Ramadhan kali ni kita buat sebaik mungkin semampunya, kerana untuk yang akan datang tiada siapa yang tahu kita masih ada peluang yang sama atau tidak. Tahun ni ku ambil pendekatan masak kat rumah sebanyak mungkin seperti tahun-tahun sebelumnya. Adalah tiga empat kali ke bazaar ambil suasana. Sama juga persediaan raya buat sederhana sahaja asalkan dapat beraya bersama keluarga yang lengkap pun satu kurniaan yang cukup istimewa. Alhamdulillah. Selamat menjalani ibadah puasa semua, yang rajin baca coretanku terima kasih seadanya, kerana tiada kebetulan walaupun hanya di alam maya kita berkenal. Terima kasih untuk masamu untuk coretanku, moga ada penulisanku yang bermanfaat, diambil pengajaran dan hikmah. 

Agar tidak lupa, kita menulis.

Agar tidak tercicir syukur yang muncul kerana peristiwa, kita menulis.

Agar tidak hilang kenang-kenangan budi, kita menulis.

Agar tidak gugur keyakinan yang pernah tumbuh, kita menulis.

Menulis dengan ilmu agar ingatan, syukur, kenangan budi, keyakinan tersimpan elok yang dapat memanusiakan kita kembali.

-Pahrol Muhammad Juoi-


Ingatkan bulan Ramadhan banyak juga masa nak spend untuk menulis termasuk review buku yang dah habis baca, siap berangan tu nak buat segmen resepi masak campak-campak sempena Ramadhan, hahaha, kesudahnya memang tak tahu mana. Lagi penat, lagi tak menyempat ada. Daku ingatkan daku sorang aje jenis lepas anak-anak semua pergi sekolah, ku bantai tidur. Yelah lepas anak pergi sekolah kemas dulu apa patut, basuh, jemur kain apa semua, sedang elok sedar dah kena bersiap-siap pergi ambil anak sekolah pukul duabelas. Okaylah sempat lelap sejam dua untuk hilangkan rasa penat tak boleh dibincangkan. Rupanya ramai mak-mak respond kasitahu buat benda sama. Semua pakat bantai tidur, mana taknya, orang paling lewat tidur dan juga orang paling awal bangun siapkan sahur adalah mak-mak, yang bekerja lagi lah double triple letih, mohon bersabar ye semua, penat kita insyaallah pasti ada ganjarannya. 


Ada pula terbaca some of influencers as founder too, dia share penat jaga anak-anak kecik, punya toksik level tinggi manusia ni, sama gender pulak tu, boleh pergi komen 

"Alah, penat dia ada maid lain dengan kita yang takde maid”

" Penat orang berduit tak sama dengan orang tak berduit"

"Penat-penat pun ada orang gaji"

Uii even macam tu sekali pun dia tak layak ke rasa penat?Sadis sungguh kadang baca komen netizen kat sesiapa terutama yang founders, influencer, artis bab penat ni. Orang berduit, penat dia lain, orang takde duit, penat dia lain. Orang ada maid, penat dia lain, orang takde maid, penat dia lain. Dah kenapa? Setiap manusia kat mukabumi semua berpenat, berpenat untuk apa tu je bezanya. Berpenat untuk dunia, dapatlah untuk dunia semata, berpenat untuk duniakhirat, dapatlah dua-dua. 

Dia macamkan tak puashati if someone share penat lelah masing-masing, terutama yang berduit dan bermaid ni, toxic sungguh baca. Dengan daku pun penat baca komen manusia camni, macam penat dia sorang je kena validate, penat orang lain tak boleh kalau tak susah payah sama macam dia.  Tak pasal baca benda tak elok, too much negative. Kalau kita takde perkataan baik-baik, diam-diam sajalah, dulu orang suruh jaga mulut, sekarang jari jemari tu kena jaga elok-elok, tak pasal buat saham yang kita terlupakan. Haishh. 

So back to story, memandangkan focus Ramadhan ni tak nak pergi bazaar, tapi nak pendekkan masa kat dapur, tetaplah terasa penatnya. Biasanya petang dah fokus masuk dapur dalam sejam, lepas tu malam lebih kepada completekan to do list ibadah, mengaji, solat tapi bercampur-campur dengan bab layan anak. Ada anak-anak kecil memang kena banyak sabarlah. Bermacam ragam depa unexpected, nak buat ibadah macam zaman single tu memang tak samalah. Sebab tu kena hargai waktu muda sebelum datang tua. Sebab prosesnya begitulah circle hidup, dah tua, anak-anak dah bina hidup sendiri belaka, mungkin dah boleh fokus balik bab ibadah, tu pun kalau panjang umur merasa title warga emas. 

So waktu 24jam rasa macam tak cukup, tapi syukur sangat ada zikir harian yang boleh mak-mak full-time housewives terutamanya juga yang bekerja boleh amal bila buat kerja rumah, sebab nak bersila lama-lama kat sejadah, anak panjat situ sini, anak nangis nak menyusu dan tidur, adakala datang rasa kecewa tak boleh nak duduk berlama buat ibadah, so I'm truly happy even rasa macam tak sempat pun nak buat amalan sunat bila Ramadhan, ada zikir mudah yang Rasulullah dah bagi guide untuk amal, rasa lega dan gembira even tahu-tahu dah habis sehari, dah pertengahan Ramadhan pun. Niatlah apajua kita lakukan moga Allah bagi ganjaran, kurang merungut dan jalani hari dengan penuh syukur. Cukup tak cukup masa, begitulah hakikatnya tentang masa. Berlapang dada dan zikirlah. Itu kuncinya. So mak-mak yang rasa tak sempat buat apapun ibadah sunat, jangan kecewa. Bersihkan hati dengan zikir, bila hati bersih tak mudah nak kecil hati, sentap, mudah berlapang dada. Amal sedikit tapi konsisten lebih baik dari amal banyak tapi macam biskut chipsmore.




Almari Terbuka dan Declutter

3.20.2023

Sementara anak-anak buat hal sendiri mama kumpul semua baju-baju yang jarang sekali dipakai, tak pakai lansung. Suami pun dah siap-siap pilih apa yang jarang dan tak pakai langsung dari minggu lepas. Sebelum artikel declutter ni keluar bertahun lalu ku dah buat proses ni bila kenal Marie Kondo. Rasa tersentap jiwa raga tengok baju sendiri yang terlalu banyak. 

Syukur sangat artikel yang berlegar di media sosial tentang banyaknya nafsu kita tertipu. Ni antara Artikel tahun lepas yang datang bertandang kat wall, terus mengingatkan proses berterusan yang kena buat bila masuk tahun baru. 

Teruskan declutter 2022

Banyak bentuk declutter boleh buat.

Bersihkan rumah dari baju, peralatan dan perabot yang tak perlu. 

Declutter peti sejuk.

Declutter phone dari apps yang tak perlu. Tengok semula inbox yang tak berjawab.
dll.

Saya teringat satu siri cerita bertajuk The Messiest Home, pasal rumah orang yang sangat bersepah. Suami itu menyimpan lebih 300 helai kemeja di rumahnya. Malah barang lain pun TERLALU banyak. Tak terurus. Isterinya lari duduk rumah lain kerana tak tahan suaminya terlalu banyak barang. 

Tiada ruang bertenang dalam rumah.

Saya banyak belajar untuk declutter selepas tengok cerita itu. Sekarang masih belajar declutter.  Mencabar tau. 


Satu ketika, bila balik kampung, saya pujuk abah declutter baju kemeja beliau yang sangat banyak dari zaman mengajar. Sekarang dah lama pencen.


Selepas pujuk, abah declutter berpuluh-puluh helai baju kemeja. Alhamdulillah. Abah nampak lega bila dah keluarkan baju baju yang beliau sayang tu. Abah nampak mana bajunya akan pergi. InsyaAllah jadi harta kekal di akhirat nanti sebab abah pilih sedekah baju yang elok lagi disayangi. 


Poinnya ialah, teruskan declutter. Sedekah barang atau baju yang elok. Recycle mana yang rosak. Simpan semua yang masih menggembirakan hati. Simpan yang baik berguna di rumah, dan simpan semua hal yang baik dalam hati. 

Kredit Penulis Artikel: Nurul Adni Adnan

Penuh almari dengan longgokan baju. Penuh dapur dengan pinggan mangkuk yang tak dipakai, penuh bilik stor dengan barang yang tak dimanfaatkan. Kita kadang terikut dengan habit orang tua sebab kebanyakan orang lama suka menyimpan barang yang tak diguna, atau buat koleksi, yelah nak dapat sesuatu barang bukan mudah dan murah. Tu yang jadi banyak kabinet bersusun pinggan mangkuk dari yang murah hingga yang mahal. 

Tambah orang dulu kenduri masak sendiri, guna pinggan mangkuk sendiri, jadi banyaklah koleksi menggunung. Jadi bila zaman sekarang semuanya dah guna servis katering, semua pinggan mangkuk hanya jadi koleksi pandangan mata je. Alhmdulillah bab ni ku mampu tegur mak sendiri, mak pun dah mula kurangkan buat koleksi. Tapi tulah tetap tak boleh halang bab suka membeli tu. 

Ku suka buat proses declutter ni, sebab ku punya pesen semua almari pakaian, pinggan mangkuk jenis open wardrobe, jadi nak tak nak, untuk jaga pandangan mata tak sakit mata tengok barang banyak dan menyerabutkan. Dalam tak perasan bila buat declutter ni, banyak juga barang yang rosak tapi disimpan and list goes on. Kita lupa semua itu akan ditanya. Maka, hari ni settlekan apa lagi yang berbaki. Bila fikir balik dan tengok baju, baju itulah yang diulang pakai bila nak tidur, nak keluar kan? Maka itu jelah yang jadi keperluan kita. Yang lain, memang betullah! Buat semakk je. So, life so short make it simple and easy for us.
Jadi tak sampai seminggu lagi nak masuk Ramadhan ni kami buat home cleaning dan declutter secara total. Lagi bagus boleh declutter apa yang tak perlu dalam minda. Jenis suka open wardrobe,jadi kena rajin berkemas dan less thing and minimal kat rak dapur, baju. Rumah dan hati, mata, pun terasa lapang dan tak serabut dah dengan barang-barang rumah yang banyak tapi banyak juga yang jadi tukun. Banyak juga dah mesin, barang electronic ku letgo dan tak beli yang baru melainkan dah rosak. So how your Ramadhan preparation? 

Roadtrip Bajet 5 Hari 4 Malam ke Terengganu

3.17.2023

Tak sangka pula dari plan nak berjalan 3hari 2malam je kat Terengganu bertukar total. Sementara tunggu suami balik menyelesaikan urusan, ku ajak mak ayah dah lama terperap kat rumah sebab jaga mak saudara yang bedridden sebulan sebelum pergi menunaikan ibadah umrah. Belum rezeki lagi mak saudaraku, moga Allah bagi kesembuhan dan kemudahan untuk mak saudaraku yang tersayang sepanjang proses pemulihan. Since dah start jaga orang sakit, memang tak keluar rumah dan tak pergi berjalan kemana-manalah mak ayah, so since suami ada urusan dan kami stay kat kampung, kuajak mak ambil angin luar, tukar suasana dari sawah, bandar je, ke pemandangan lain sekejap setelah lama terperap. Jadi tanyalah mak nak duduk hotel mana, yelah kira last minute dah tempah, bila cakap nak pergi tiga hari je, mak bagi tahu, kita ambil hari isnin sehingga hari jumaatlah tak kisah tidur mana-mana, means lima hari semua sekali, terus ku gelabah buat booking on the spot, even bukan masa orang bercuti, entah kenapa tetap je penuh hotel resort kat Terengganu ye. Ingat nak lumpsumpkan terus entry untuk roadtrip ni, kalau sempat taiplah, timing anak bangun tak tentu so ku taip mana yang sempat, tak sempat ku drag ke entry lain pulak. 

Hoihh, macam manalah mom's blogger boleh buat entry setiap hari on time, ku salute betullah. Memang nak mengadap taip ni kena set satu masa tertentu macam awal pagi ke untuk blog sahaja, tapi macam daku ni, rela tidur lagilah dari bangun menaip, yang serious mungkinlah, tahap daku ni, sekadar mengisi masa lapang, bolehlah menaip masa lapang, hahaha. So back to stories plan roadtrip ni dah lama ku dok imagine, ingat nak ajak suami, masih dengan kekangan kerja yang superbusy, makanya suami izinkan dan suruh ajak mak ayah je temankan, maybe for next roadtrip suami boleh tunaikan. Insyaallah. So even dapat roadtrip dengan mak ayah pun happy sangat. Nak tunggu buat Family Day takde masa terluang lagi antara adik beradik berkumpul bersama disebabkan kerja juga, jadinya kesempatan yang ada ni kita isi dulu dengan anak-anak. 

So hari pertama kami bertolak nak kata lewat memang awal kami turun, pasal mak ayah semangat betul nak berjalan-jalan. Dalam pukul 9 pagi kami turun dan bergerak, pandu pun santai-santai je 60/km-80/km sepanjang jalan, ayah yang bawa, dapat merasa ayah sendiri yang bawa kereta pun satu rahmat yang besar dah di umur hampir 70tahun. Alhamdulillah ayah dikurniakan kesihatan yang baik, adalah sekali sekala datang sakit kena gout bila salah makan. Teringat dulukala ayah bawa kami jalan-jalan, sekarang Allah bagi kesempatan cucu pulak merasa tok ayah mereka bawa jalan-jalan. Dari Kota Bharu lalu jalan Jerteh untuk ke Kuala Terengganu. Betul-betul mengimbau nostalgia belajar kat UMT dulu, jalan yang sama ku ulang alik balik rumah setiap hujung minggu, tak dua minggu sekali, sebulan sekali, takpun setiap minggu, tengok jadual kelas. Tahu-tahu dah tua dah pun daku ni. Dah 15tahun dah waktu tu berlalu, masing-masing dah sibuk dengan urusan sendiri dah belaka. Hmm, memori terindah dikala muda muda dulu. Meleret-leret pula. 

Jadinya sedang elok tengahari kami sampai kat pinggir bandar, singgah makan tengahari dulu kat gerai tepi jalan. Makan kenyang, selesai urusan kencing berak anak  dah boleh teruskan perjalanan ketempat penginapan. Memandangkan Pasar Payang adalah tempat pertama kami akan singgah, so ku cari tempat tidur dekat je dengan Pasar Payang, jalan kaki ja ke sana nanti. Sampai tempat penginapan, ambil kunci, terus naik dan wallah, puashati betul dapat bilik macam ni dengan harga murah walaupun last minutes. Ku recommend sangat sesiapa yang nak berjalan-jalan sekitar Kuala Terengganu dengan hotel ni, sebab sangat berpatutan dan sesuai untuk keluarga besar. Masa ku tempah tu harga untuk 3bilik dapat harga promotion hanya RM200+ sekali dengan tax. Mana tak terkejut oii, nanti ku buat costing sekali untuk yang nak berjalan-jalan dengan family so bolehlah bajet-bajet sikit. 3 bilik kat hotel ni luas sangatlah, ada lif siap nak naik tingkat atas. Apapun memang mak ayah pun puashati dapat menginap hotel ni, selesa sangat. Siap ada hall space untuk kami makan dan lepak. Masyaaallah. Alhmdulillah rezeki dapat merasa. 

Jadi selepas dengan 'wow' kami masuk bilik, berehat sekejap, kami decide turun berjalan ke Pasar Payang yang jaraknya dekat saja, sambil korek hidung pun boleh sampai, so nak berjalan santai macam ni bawa orang tua, benda nampak kecil tapi ianya perkara besar untuk diambil kira sebab tenaga orang tua tak sama dengan orang muda ye. Jadi dengan jarak dekat tempat tidur, takde masalah kami nak berjalan kaki ke Pasar Payang. Tak fikir tempat parking kereta dah sebab kereta dah parking kat parking Hotel. Masuk je Pasar anak-anak ku dah berzikir lapar, ya Rabbi baru je makan tengahari 2jam yang lepas, tepuk dahi. 
Teruslah tok ayah mereka cari kedai makan dalam Pasar selesaikan perut cucu-cucu dulu, kalau tak, nak berjalan cuci mata macam mana. Nak habiskan satu Pasar Payang besar juga, tak lagi bab ralit tengok itu ini. Jadi singgah makan dulu, macam tulah kanak-kanak punya peel weh, ko kena sabar banyak je kalau bawak depa jalan-jalan, hahaha. Paling tak tahan ingatkan takde orang, yelah tengah minggu kan, apa? penuh juga orang kat gerai makan pasar, entah dari manalah orang ni semua. Agaknya cemtulah orang lain fikir bila tengok daku dan anak-anak berderet, nak kata cuti sekolah pun tak, anakku ponteng sekolah dengan izin cikgu selama ayahnya selesaikan kerja. Siap makan, kami mula pusing-pusing sekitar dalam Pasar, ingat nak cuci mata je, bawa orang tua ni tak sah membeli barangan kenangan, dengan daku sekali terbeli baju batik disebabkan pempengaruh cucuk jarum (mak dakulerr), tok ayah depa plan borong baju untuk cucu sorang satu, aduhaii. Penuh tangan kiri kanan membeli makanan tradisional Terengganu, sikit-sikit pun besar jugak satu plastik, hahaha. 

Balik dari Pasar Payang singgah beli Cendol sedap kat bucu simpang hotel. Imagine masa kami nak pergi Pasar balang air Cendol masih penuh, yelah baru nak buka gerai, kami balik tu dah tinggal suku balang dah air cendolnya. Ayahku cakap, confirm sedap ni, moh kita beli. Maka membelilah kami air Cendol satu bekas sorang, memang sugguhlerr sedap air cendolnya,secukup rasa. Balik letak barang kat bilik, kami semua naik kereta pergi ke Jambatan angkat, alang-alang dah stay situ dekat sangat dahlah, lewat petang dah, awan pun gelap macam nak hujan. Pergi Jambatan angkat tu, sempatlah pusing bandar Kuala Terengganu, sambil terpusing-pusing nostalgia kami satu gang universiti berjimba di bandar KT, banyak sangat dah perubahan sampai tak boleh imagine dah yang dulu macam mana. Sampai kat Jambatan angkat, ambillah gambar kenangan, kat tepi-tepi Jambatan angkat tu gerai lori yang akan berniaga belah petang ke malam, mungkin hujung minggu lagi meriah. Sebelah Jambatan angkat tu terus ke seberang Takir, ingat nak pusing sekejap tapi dah nak masuk waktu maghrib kami decide balik bilik je untuk berehat. 

Malam tu semua dah letih, malas nak tukar baju, jadinya ku order Grab je makan makanan goreng-goreng panas hantar kat bilik. Lepas makan, solat berjemaah, terus kami lepak santai, borak-borak plan esoknya dan tidur awal. Ingatkan pagi esoknya kami nak pergi makan nasi dagang atas Tol, rupanya hari selasa hari depa rehat dan tutup kedai, takdak rezeki sungguh nak merasa nasi dagang signature Terengganu. Jadi ku order grab nasi kerabu je makan kat bilik sebab pagi tu hujan panas. Dah rasa macam kena cancel plan sebab tengokkan hujan macam berlarutan dan panjang, namun ayah suruh gerak je dulu, singgah kat dataran Payang ambil gambar terus ke destinasi seterusnya. 

Nak dijadikan cerita, Harraz bangun pagi dah sakit kepala migrain. Silapku jua tak bawa buku, kertas pen, masa tu tak terfikir pula sebab utama kenapa jadi migrain sebab julung kali dia kena migrain ni, balik roadtrip baru datang terlintas kenapa anak jadi macam tu. Jenis anakku ni balik beraktiviti mesti kena jotdown sesuatu kat kertas, macam melepaskan apa yang dalam kepala, since balik dari berjalan tu, harraz tak buat, semua aktiviti yang dilalui seharian tak ditulis dilukis, semua pendam dan simpan dalam kepala, jadinya pagi tu mulalah dok sakit kepala. Ditambah dengan situasi tu lagilah takde mood dia nak berjalan. Adakah plan di teruskan? Hmm sedihnya kalau dah sampai tak sempat pergi tempat yang dirancangkan? Betul tak? 

Kesimpulannya, hari pertama Roadtrip 5D4N Terengganu dengan mak ayah dan adik bongsu untuk killed time tunggu suami balik even tak sempat cover banyak tempat dan tak dapat makan nasi dagang atas tol, tetap rasa puashati trip kali ni sebab dapat bawa mak ayah pergi tempat yang kita pernah pergi dengan anak-anak. Nak juga kasi mak ayah rasa feeling kami bila bercuti.

Jangan pelik kalau nampak macam pergi tempat sama je, sebab kami lakibini macam tulah tiap kali pergi bercuti, mesti tersebut dan kata 'nanti lainkali kita bawa mak ayah dan ma pula datang sini', wherever we goes mesti rasa nak bawa mak ayah ma datang juga tempat yang kami pergi. Dah dewasa ni banyak kekangan terutama masa, nak spend dengan parents macam dulukala time bujang hampir mustahil sudah, so ada peluang ni grab je apa yang mampu, kerana esok lusa belum tentu ada peluang yang sama.

Anak-anak happylerr pasal depa cuti time orang lain sekolah. So kenapa pilih Terengganu? Kan dah cakap datang Terengganu tak pernah rasa puas, tempat cantik, makanan sedap dan yang penting nostalgia kami belajar kat sini dulu ada di negeri ni, mak pun belajar kat Terengganu dulu masa menengah tinggi, ku pula masa masuk universiti. Sama-sama ada memori belajar dan kawan-kawan kat sini.

So datang kali ni just santai relax je nak release mood dan luang masa mak ayah dengan anak cucu. Sampai pun sedang elok je boleh check in bilik, best betul jalan hari bekerja ni, bilik penginapan pun murah je tu yang sampai teruja kami semua bila dapat bilik macam resort mewah tapi harga hotel bajet. Puas hati sangat sebab nak pergi pasar payang pun menapak je. Dekat sangat aihh. So first day memang nak jalan-jalan kat pasar payang dan singgah kat jambatan angkat je. Lepas tu lepak kat bilik makan-makan, tidur. Jalan-jalan masa weekdays pun, orang punya ramai macam holidays jugak, heran sungguh😂. Yang pasti kena sampai lagi pasal kami semua tak sempat merasa nasi dagang atas tol, wahahha. 

📍Uptown Eco Hotel Kuala Terengganu
📍Pasar Payang
📍Jambatan Angkat

*notes:macam biasa tak sempat habis taip, anak dah minta perhatian, maka utamakan yang lebih utama, till next entry ye. Doakan ku lapang masa nak menaip. Sepatutnya nak taip kos sekali, tak jumpa plan notes belanja letak kat mana. Nanti ku letak untuk rujukan bagi yang nak bajet jalan-jalan makan angin. 


Laksa Lemak Kelantan Express

3.16.2023

Semalam punya kalut berlaga-laga aktiviti, anak kalut nak main basikal. Ika kalut nak masak untuk buka puasa nak dijadikan cerita, ingat plan nak buat laksa penang, sekali daun kesom takdelah pulakk.

Daun kesom takde memang tak umphhlah kuah laksa penang. So dari kuah laksa penang on the spot buat kuah laksa lemak kelantan. Pun boleh. Campak, terus tinggal masakan atas dapur, teman anak main basikal depan rumah. Siap main sedang elok kuah masak, laksa masak, dah nak azan.

So Ika nak sharelah resepi senang sesangat ni, tak sampai sejam boleh siap. Guna sardin segera je uols, miahaha. Adoii bab pedajal resepi kan, huhu asal sedap macam yang original kuah, apedehal kan?

Ni Ika buat untuk sekali makan je. 

Bahan mudah laksa lemak:
1 labu bawang merah saiz sederhana
1 labu bawang besar saiz sederhana(Ika suka guna sebab rasa manis)
1 sudu kecil lada hitam
1 tin sardin saiz besar (guna mackerel) 
2 keping asam
1 inci halia
2 batang serai
Garam gula secukup rasa
1 kotak santan KARA

1paket laksa segera direbus hingga lembut.
Tips: rendam dengan air sejuk dulu laksa kering selama sejam, kemudian rebus dalam air mendidih.


 

Nasi Beriani Campak-campak

Cuti-cuti ni ramai ke keluar dari rumah? Jalan-jalan cari makan ke? Makan angin ke? Ika alhamdulillah sempena hujung bulan ni dapatlah pusing 279kali dari ruang dapur ke ruang tamu, dapatlah 2k step sesaja, wakakka.

Sempena cuti bersambung, gaji ni ramai yang suka celebrate makan-makan kat luar sekali sekala kan? Ika pun suka gak cemtu. Tapi memandangkan kfc dah naik rege, kenalah forward makan 2bulan sekali je makan makan fastfood ni kan.

Celebrate kat rumah, masak-masak special pun kesukaan Ika gak.

Biasa menu Ika buat nasi speciallah masak untuk keluarga, buat menu jarang-jarang makan. So semalam suami request nak makan nasi minyak, gigih suami keluar cari barang masak dengan anak-anak, kita on saja.

Nak makan kan?. 

Yang tak on, kalau jenis nak makan sedap ketam berlada, sotong bercili, ikan merah pedas manis, tapi kat dapur ada bilis dengan cili api, suruh gi beli barang sikit tak hulur kat bini, aa yang ni boleh angkat jurus cili berasap kat hidung, wakaka, gurau tengahari naa. #maluapabossku.

Act like a boss kat kitchen tu biasalerr. 

So bila suami request nasi minyak, teruslah mengimbau kenangan nasi minyak Terengganu, almaklum 3 tahun merantau ke Terengganu. Orang terengganu ja makan nasi minyak pepagi, kikikih.

Nak buat nasi minyak ni mudah sangat, biasa nasi berperisa ni within sejam dah boleh siap kalau kena cara. Yang penting bahannya wajib adalah. So jom tengok resepi nasi minyak ringkas. Buat satu lauk dah lerr. Pilihan menu untuk nasi minyak Ika buat ayam masak kurma dan acar mentah. Checkout resepi dan cara buat kat gambar ok.












Berat Badan dan Kurus

3.15.2023

Cerita bab kurus, nak kuruskan badan ni diri sendiri rasa sentap, kecewa, benci, tapi tak boleh nak buat apa. Kadang memikirkan apa yang payah sangat, tapi sebetulnya sangat banyak halangan dan cabaran nak keep maintain turunkan berat badan ni. Nak naikkan berat ni senang sangat, tapi nak turunkan berat, Allahu, yang pernah rasa dan lalui je tahu bagaimana rumit, perit, sebab ia perlukan motivasi dalaman luaran yang kuat. Tu sebab kita tengok bukan senang dan juga dan payah orang yang overweight betul-betul tekad nekad buat sampai jadi bab turunkan berat ni sampai dapat berat ideal. 
Berat paling berat tanpa mengandung, Allahu. 

Daku pun tengah lalui krisis motivasi diri nak turunkan berat badan sekarang, yelah masa berdegar-degar dia punya semangat tu, seharian jaga, masuk hari kedua ketiga, sudahhh. Orang kata kalau breastfeeding mom ni senang kurus, takde maknanya hahh, pengalaman daku masa breastfeed ni bab ganti puasalah paling cabaran. Nak ganti puasa masa mengandung ku dapat tahan lagi, tapi kalau breastfeed nak ganti puasa, ku memang banyak Kali jadi nak pitam, dunia berpusing-pusing, asal anak hisap susu memang rasa kering kena sedut satu badan. Ada orang terbalik , masa mengandung tak boleh puasa, masa breastfeed boleh puasa. Entahlah rasanya masa anak pertama dan kedua okay je, ni makin menua, tak tahan plak badan. Kena ubah diet atau cara makan supaya badan bertahan untuk puasa, yelah bulan puasa tinggal beberapa hari lagi ni. 

Tapi kalau badan dah renek, berat pula bertambah,  really not good shape and movement yang boleh buat jadi makin tak aktif, dan impaknya yang paling buruk sebab makin stress pula bila keadaan berat badan bertambah ni adalah mengganggu part ibadah. Nak rukuk, sujud,duduk pun kenmain dah rasa tak selesa, memang petanda tak okay kalau dah tahap tu. Bila menua, metabolism pun makin berkurang, makin mencabarlah nak turunkan berat. Tapi nak tak nak kena buat juga sesuatu bila garis obesiti dah tunjuk taring.

Kurasa perkara nak turunkan berat badan ni salah satu journey yang hanya melibatkan diri sendiri sahaja, tak boleh nak petik nama itu ini untuk libatkan sekali semata sebagai penyedap hati dan juga alasan, it's your own challenge, journey, ability and desire. Nak buat macam mana, makan macam mana, senaman ke tidak, nak semangat ke tidak dan buat sampai jadi semua tertakluk kat penyelesaian diri sendiri, your own battle from the inner to outside. So anyone yang sama situasi yang ku alami sekarang, let's! You can do this. Berat sekarang too much heavy dah, tak boleh nak bawak badan dah dengan ketinggian 153CM ni, kihkih. Apa pun bab rahsia boleh kurus macam mana dah takde rahsia dah, ramai yang dah share pelbagai macam cara dan strategi, yang rahsianya bila tarikh masing-masing nak start je. Ni dah nak puasa, berlumba masing-masing naikkan tagline 'kurus sebelum raya', sempat ke tidak masing-masing punya effortlah kan, ku doakan semoga semua bersemangat dan berjaya. Daku? Entahlah bila nak start, makan pagi tadi pun dah tibai dua pinggan nasi goreng legend dengan ikan selar masin. Sabor jelah, hahaha. Moga ku terus kuat kawal hawa nafsu makan ni. 



*notes: ku dah follow segala macam jenis cara jaga pemakanan, sekarang pilih je yang comfortable dan sesuai untuk diri. Tandem nursing just a pieces of milestone yang sebenarnya mungkin membantu untuk turun berat. Doakan daku dipermudahkan urusan untuk cerai susu untuk Haniy, pasalnya dah masuk 4tahun budaknya. Enough. 

Tukar Bantal Tidur Kekabu Asli

3.09.2023

Bila tidur asyik tersalah dan terpeleot urat leher, kami decide cari bantal baru memandangkan bantal sedia ada pun dah tahap nazak, terkoyak kes basuh mesin dan penuh dengan peta dunia mana tak tahulah. Hujung minggu waktu terbaik untuk keluar dari rumah selain dari dapat tukar angin udara setempat dalam rumah kepada angin fresh. Dalam pada nak mencari tu tersengaja booking tempat tidur tanpa proper plan, dah orang kata alang-alangkan, dari nak cari bantal terus jadi staycation. 

So berbalik kepada bantal tidur ni teringat masa masuk rumah sewa mula-mula kahwin dulu, bantal pun mak mertua bagi, hahaha. Bila ingat balik memang rezeki sangat masuk rumah sewa pun tak banyak berhabis sebab semua hadiah yang tetamu bagi dah complete untuk guna dalam rumah. Termasuklah bantal tempat tidur pun dapat, alhamdulillah beli bantal bila pindah tempat baru sebab dah bertahun guna macam-macam bentuk dan coraklah jadinya. Nak beli bantal modern ni memang untung banyak sebab lebih murah, tapi untuk guna jangka masa panjang memang tak dapatlah, sebab tak sampai dua tahun dah kena cari baru. Beza sangat-sangat dengan bantal kekabu, tahu jaga, insyaallah boleh pakai lama sangat. 


Dulu-dulu pokok kekabu ni senang nak jumpa, kat kampung mana-mana mesti ada je tak kira depan rumah, tepi jalan dan tumbuh melata. Unik pokok kekabu ni  kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa dulu, kerana memang orang dulu antara kerja depa buat kutip buah kekabu ni untuk kegunaan isi rumah. Sehingga kini pun, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang diisi dengan kekabu mampu bertahan sehingga berpuluh tahun jika amalkan penjagaan yang betul. 

Tapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Betul sangat tu, sebab nak cari bantal kekabu ni tak mudah, yang jual online kata kekabu asli 100% pun depa tipu, depa tibai letak benang-benang kain terkumpul letak jadi bantal lepas tu claim kekabu, ku cerita pasal dah pernah kena, hahaha. So nak cari bantal kekabu asli tak mudah ye, lagi-lagi kalau online, bab claim tu macam syurga dia cerita, sampai barang haramjadah dia punya rupa, begitulah sisi gelap jual beli online, lagi malang kalau masukkan duit, barang tak dapat sampai sudah. Yelah bahan kekabu ni tak mudah juga nak cari sekarang, dah jadi benda limited dah. Jadinya kami pergi cari sendiri kat kedai fizikal, tengok, sentuh baru puas hati membeli. 

Tempat kami cari bantal kekabu ni dekat Titi Gantung Bota, kat sini banyak sangat kedai home-based, gerai tepi jalan yang jual bantal kekabu. Memang kelabu bijik mata tengok bantal gebu-gebu ni. Bantal kekabu memang gebu amat ye, best sangat masa pegang apatah lagi buat tidur. Dah depan mata, boronglah banyak-banyak bantal kekabu ni. Kami borong enam biji bantal saiz deluxe dan standard dapatlah RM 180 ke RM240, lupa dah, murah sangat dah berbanding bantal komersial kat mall. Benda organik dan semulajadi kot. Balik malam tu memang tak tunggu lama depa tidur lena terus penangan bantal kekabu asli. 

Nak guna bantal kekabu ni perlu rajin jemur panas je, tak perlu dan tak payah  susah-susah basuh air tambah guna sabun bantal kekabu ni. Busuk, kepam, pointnya jemur je, insyaallah hilang semua bau tu. Dah memang bantal kekabu asli ni tak perlu dibasuh, ambil dan jemur di tengah panas sudah cukup untuk mematikan bakteria, bau hapak dan sekaligus bantal menjadi gebu dan ringan kembali.


Yang gunakan bantal kekabu tahulah macam mana bestnya bantal kekabu ni, kalau dah tahap malas bantal kekabu ni boleh jemur dua kali sebulan atau yang suka gebu-gebu tak menahan rajin-rajinlah jemur bantal kekabu 3 kali seminggu. Memang toing-toing dia punya gebu. Bantal kekabu asli jadi kempis bukan sebab dia memang macam tu tapi kekabu ni menyerap haba lalu menjadi lembab jadi melepek lembik berat kalau dah lama tak berjemur, bila jemur, kekabu ni serap haba, mengering dan ia jadi kembang gebu.  Masa panas matahari terik tu ambillah peluang jemur bantal lama-lama sikit, tepuk-tepuk, balik-balik, wajib gebu gebas bantal kekabu tu. 

Bila dah guna bermacam jenis bantal ni, kita boleh banding yang mana selesa dan okay untuk kita, so korang suka bantal macam mana? Yang polyster atau kekabu? 







2 Hari 1 Malam di Refarm Leisure Kampar

3.08.2023

Kes mandi kolam overdose klorin memang nightmare betullah untuk anak-anak, habis semua melecet kulit, sudahnya sambung point happiness kat sini plak, mandi air bukit.For some people mandi air berklorin takde jadi apa-apa, tapi untuk anak daku memang depa sensitif bab kulit ni, terutama Harraz Haddad, alhamdulillah yang lain okay cuma bab mata merah, pedih, sakit tekaklah bila mandi air klorin overdose ni. Sampai dekat kolam pun boleh bau klorin menusuk hidung, tak tahulah berapa gelen depa taruk. Haishh, benda dah lepas dah mandi pun, dah pakej kulit melecet merah, tiga empat hari juga ambil masa nak sembuh buat apa dikenang-kenang, ahahaha.

Kalau datang Refarm ni, memang pertama kalilah kami stay on night sini, biasa datang balik hari je.Takdak orang memang best uii mandi kolam, timing kami anak beranak memang sepagi yang boleh kalau nak mandi kolam, baru dan nak monitor, kalau tak bertukar-tukar dengan anak orang sibuk nak monitor sama, wakaka, mana taknya saiz lebih kurang sama belaka bila ramai dalam kolam. Refarm Leisure Kampar ni antara kolam air yang best sebab bersih dan direct guna air bukit, air terawat jugak. Puas hati betul kalau datang sini, always five stars gitu. Teringat betullah masa PKP tak boleh lintas daerah, datang sini bayar macam biasa tapi satu tempat ni kami ja cover seharian satu Refarm sebab takde orang lain, kami satu sekeluarga je dok situ dari pagi sampai petang. Best sangat, tapi ada jugalah rasa tak meriah, what a memory tak sangka lalui pengalaman macam tu. 

Kat sini kalau nak mandi kolam private pun boleh, ada bilik yang sekali dengan kolam depan bilik, atau nak pilih bilik chalet pun boleh untuk yang datang by group. Kenapa berbaloi mandi kolam sini? sebab banyak kolam, luas lagi dan airnya betul-betul sejuk macam air batu, yelah air bukitkan. Ada kolam tertutup juga. Lagi satu kolam Kat sini simple, just kolam, takde slide apa, konsep minimalis. Nak main slide apa semua tu sila pergi waterpark, tak payahlah suggest tambah slide apa semua, cukup simple dan selesa untuk mandi. Ni kes ada customer yang cadang suruh tambah mainan apa tu semua. Ermm, tak semua orang suka konsep begitu kan? As for me lebih suka dan anak lebih enjoy berenang santai di kolam yang tak diganggu gugat benda lain melainkan dah memang ada intention nak main games dalam air, so carilah tempat yang dah tersedia benda macam tu. 
Apa yang paling best, puas depa mandi naik pusing mini zoo lepas tu sambung mandi pulak, memang sepuas hati. Kalau tidur kat sini still berbaloi, yang anak ramai macam kami cukup amik dorm room, hahh bergulinglah sepuas hati. Takpelah mandi kena share bilik air pun, asal dapat mandi, bilik air bersih, settle! Yang penting tidur semua selesa. 

📍Tiket masuk Dewasa RM19
📍Tiket masuk kanak-kanak RM10
📍Bawak bekal makanan utk berkelah RM10/group@family-add on
Buka setiap hari 9pagi-6petang kecuali hari Selasa.

Pernahlah merasa masuk dengan tiket murah kat Refarm ni, kanak-kanak RM6 dan dewasa RM10, sekarang memang taklerr nak jumpa harga murah. Semua dah mahal dah. Apa boleh buat, hadap jelah. Paling tak sangka tempat favourite kami air panas Sungkai Felda Trolak tu dari harga tak sampai belas-belas dah jadi puluh terus, itu yang sampai sekarang tak pergi lagi lepas semua tempat percutian dah buka, kenaikan bayaran masuk pun bukan kaleng-kaleng.