kenangan bah 2004 masih terpahat dalam memori, dalam 4, 5 pagi kitaorang sekeluarga dari rumah mak minah (nenda) terpaksa balik rumah sebabnya air bendang dah naik, waktu tu pun rumah mak minah dah hampir separuh tenggelam sebabnya rumah mak minah tepi sungai kelantan, turun ikut tingkap rumah nak naik sampan, menyusuri air bah dengan bah didalam keadaan gelap, senyap sunyi memang tak boleh mentafsirkan bagaimana perasaan masa tu, macam2 fikir, sampan masuk air lah..suasana sunyi gelap dan kawasan sekeliling ibarat lautan memang menakutkan, dan menggetarkan jiwa dan perasaan..allahurabbi, tak tergambar peristiwa Nabi Nuh bagaimana dasyatnya bumi ditelan air sehingga gunung ganang tak mampu menyelamatkan manusia yang membelakangkan Allah..ya Allah jika ini caranya engkau menyucikan segala kotoran akibat tangan dan nafsu serakah manusia dibumi MU kami redha dan tabahkan hati kami dalam menerima ujianMU..hanya berharap pertolongan dari ALLAH supaya hujan berhenti dan air sungai surut..sedihnya hati memikirkan mangsa banjir yang kelaparan dan bersabung nyawa menyelamatkan diri, hanya Allah yang tahu...
Untuk memenuhi selera Ahmad harraz memang tak mudah tapi tak payah..cuma merumitkan sebabnya tak boleh expect apa yang dia nak makan pada waktu tu...macam kalau dia minta nasi dan dihidang nasi, tapi tak makan, just buat main2..masuk mulut sebiji dua yang lain memang buat bazir..lebih kurang dalam iklan tu...walaupun tak makan dan still hisap susu kerap tapi ianya memang tak mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan Ahmad harraz yang dah berumur 2 tahun 5 bulan. Disebabkan fizikalnya yang tak menggambarkan tuannya yang berumur 2 tahun. Nak memasak dan menyediakan menu untuk ahmad harraz memang kena try and adjust. Kalau tak sampai sudah dia tak makan.
Anak pertama kebanyakan memang macam tu kan? Sebabnya bila share masalah bab anak makan anak pertama memang memilih dan payah nak makan. Anak kedua main taram je makan apa yang disuapkan semua Haddad makan. Alhamdulillah walaupun diuji sebegini sekurang-kurangnya Ahmad harraz masih berselera minum susu. Kadang-kadang bila teringat balik dulu-dulu menyesal pula sebab terlalu strictly mengikut rules sedangkan masa tu dah tahu anak benar-benar dah mahu makan tapi disebabkan terlalu sarat info maklumat tentang pemakanan anak, so let it be, at one time yang rasa dah boleh start bagi makan barulah nak bagi makan sedangkan mungkin anak dah merajuk dan terus menolak semua makanan. Itu yang jadi macam tu kot ahmad harraz, so mulalah nak blame diri sendiri..hhiihuuu-_-". I'm the one pengamal perubatan homeopathy, kalau boleh nak elak anak-anak makan ubat berasaskan dadah sebab ada pengalaman pahit terjadi masa Ahmad harraz demam batuk selsema masa umur 1 thn 2 bln, walaupun dah bagi dos kurang dari disarankan..the effect from dose sangat menakutkan..suap ubat selsema untuk harraz waktu pagi sampai petang dia tidur, bangun sekejap tengahari sebab nak minum susu n zzzz balik, tu pun macam sedar tak sedar..that situation sgt menakutkan sebab anything can happen kan? cukuplah pengalaman tu sekali, sekarang memang tobat tak bagi anak2 makan ubat hospital..berusaha guna home remedies dan homeopati. petua-petua dulukala ada juga yang mujarab. Dan sekarang my choose suplemen untuk mencukupkan keperluan serta membantu menguatkan imunisasi tubuh Ahmad harraz iaitu mealshake Shaklee setelah guna, rasa dan percaya akan kesannya. Lebih selamat kerana ianya berasaskan bahan semulajadi. Sebelum betul-betul percaya dengan Shaklee ne memang banyak rumors yang tak betulkan?sabar jelah, dan yang paling memalukan i'm the one yang ter'percaya' dengan rumors tersebut..well!!tu sebab kena sahihkan cari gali maklumat yang betul...terbukti i'm the one pemalas nak cari maklumat yang betul, main percaya je orang sebarkan,..boooo!!-_-". just get reminder for the next time.
Oleh kerana ahmad harraz really picky eater toddler, dia sangat senang kena selsema dan batuk dan ianya salah satu faktor dia tak cukup nutrisi imunisasi Ahmad harraz dan Haddad berbeza sebab sempat 6month exclusive je susukan Ahmad harraz banding adiknya yg fully breastfeed. So one solution untuk Ahmad harraz adalah cuba mealshake. Tak berharap sangat tapi ianya adalah satu usaha dan ikhtiar kami untuk anakanda. Moga ada hasil yang lebih positif. Walaupun sekarang dah nampak lain seleranya sebab dah mula ratah dan makan isi ayam/ ikan saja, tu pun dah kira baik..kes pengaruh upin ipin makan ayam-_-". Pengaruh upin ipin memang dasyat kan...kira okeyla tu..hehe..until story then ya!daaa..
Ika/greenapel
facebook: greenapel
Instagram @greenapel
Fanpages Healthy4Life.com
Yang tips kita nak kongsi ne maybe ada yang dah apply..it' s ok, mari kita kongsi sekali lagi tips ne supaya kerja didapur lagi mudah..tipsnya frozen food like frozen meat memang ambil masa untuk lembut...so what we've to do is??jeng jeng jeng..sediakan 2 steel pot dan isi air, letak frozen food dan tindih lagi dengan steel pot..insyaallah it's won't take a long time.. Tak jelas? Boleh refer gambar bawah..senang kan?so mehla praktik lepas ne..oh! Update entri via smartphone memang tak best..time ne jgk charger lappy nak rosak...duhh!!k daa...
Soalan:
As salam prof... maaaf menganggu... sy ibu dua org ank lelaki usia 4thn dn 2thn... prof sy ingin penjelasan dr prof utk menangani kerenah ank lelaki saya.. kenapa budak baya ini ssh mendegar kata kalau kite menegur..juga akan memukul sy balik jika kemahuan ya tidak dituruti.. kdg2 prof sy jadi hilang sabar dn memukul mereka kerangeram.. tp sy ada baca jika kita lg pukul mereka lg mereka jadi degil..Betul ke prof? Apa cara yg patut sy lakukan?
Jawapan:Kita ni manusia, jika anak berperagai buruk, memang mudah kita hilang sabar. Oleh itu bilanglah berapa banyak anda boleh bersabar dan hargailah diri anda yang sedang berusaha belajar bersabar. Ini sangat penting dalam meraih sabar yang besar. Ada beza anak yang mengamuk pada usia 2 tahun dan yang mengamuk pada usia 4 tahun. Budak pada usia 2 tahun sememangnya akan lebih kuat mengamuk jika kehendaknya tidak diikuti. Ini adalah pada usia ini dia mula cuba untuk ekspres dirinya dan uji sejauh mana dia boleh mempunyai kuasa kepada ibu atau bapanya.Tantrum ini juga berlaku kerana ketidakbolehan anak mengawal kekecewaan yang mereka rasa di dalam diri mereka. Juga kerana kurangnya mereka diberi outlet untuk mengeluarkan tenaga negatif yang tersimpan dengan bermain. Ibu sudah banyak menulis mengenai bagaimana untuk mengawal anak yang tantrum.
Jika anak anda yang sudah 4 tahun mengamuk dan memukul anda, kemungkinan besar semasa anak itu dua tahun dan dia tantrum, cara anda mengendalikan keadaan itu membuatkan radang anak itu tidak selesai. Bila anda sama menjerit marah, maka anda sebenarnya sudah kalah di dalam power struggle itu. Apa yang disarankan anda buat, bukanlah memujuk, tetapi dengan tegas tanpa berleter atau menjerit kepada anak itu, bangun dan lihat dia ke bawah. Ketinggian anda membuatkan anda memberi mesej anda memegang kepimpinan di situ. Beritahu, anda tidak suka dia berperangai begitu. Pegang tangan atau kakinya dan beri dia amaran dengan kasih-sayang tapi bernada tegas.Jika dia terus memukul. Ambik dia dan bawa ke satu sudut dan nyatakan dia duduk di situ sehingga dia boleh belajar mengawal tangan atau kakinya dari memukul atau menendang anda. Tinggalkan buat seketika. Jangan pujuk, tapi bercakap baik.
Anda perlu cekal hati dan mengawal emosi anda jangan membenci dia. Dia dapat merasakannya.Setelah reda, anda boleh bawa dia dan membasuh mukanya dan beritahu, bukan pujuk, bahawa perangainya memukul anda itu perlu berhenti. Dia perlu ikut cakap anda jika anda melarang sesuatu. Dan anda juga perlulah berpatutan dalam melarang. Janganlah semua benda pula hendak melarang. Perlu bijak menggunakan kuasa. Kerana anak belajar menggunakan kuasa dari anda.Bila dia sudah nampak bekerjasama, ucapkan kata penghargaan kepadanya dan puji sikapnya.Sebagai ibu bapa kita perlu memimpin dengan kasih-sayang dan tegas bukan lemas dalam pergelutan kuasa dengan anak.
perasan tak highlight tu..yes..point tu sama dengan some paragraph dalam entries terdahulu..dah lupa dah kat mana tengok yang ingatkan usia emas anak-anak kita antara umurnya 2tahun, that's mean memang waktu tu waktu terbaik kita nak didik and train anak kita control their emotions..huu, so memandangkan ahmad harraz berada linkungan umur tu dan pengalaman yang kitaorang dah alami sepanjang otw balik dari kedah ke KL haritu sangat memberi kesan ..bayangkan perjalanan balik dari kedah hampir memakan masa yang lama sebab ahmad harraz mengamuk nak duduk beriba atas ayahnya while driving..honestly memang aku tak ajar anak duduk depan/beriba masa ayahnya drive..orang lain sukahati dialah, but me won't allow that happen..silapnya, pagi sebelum balik KL, ayahnya nak beli breakfast bawa dia sekali, tapi tak nak duduk dengan his uncle, end up, pergi kedai sambil beriba dengan ayah, so bila dah jadi camtu, he know, "oo, rupa-rupanya boleh duduk depan" maklumlah sebelum ne tak terdedah...huhu, i just wonder my son thinking like that...so tu yang mengamuk sakan, disebabkan dah terlalu lama perjalanan, bosan maybe...so ahmad harraz menjerit/menangis bagai nak rak nak pergi duduk depan...my mistakes, disebabkan dah terlalu penat duduk dalam kereta lama, i'm not handle my emotion first, big mistake there..semakin dilarang semakin kuat keinginan dia nak pergi duduk depan...sampaikan kitaorang banyak kali stop kat R&R..suami pun dah letih, mengantuk nak hadap karenah anak lagi, so lastly kitaorang take a deep breath and slowtalk, my hubby dukung sekejap..amik angin luar, then duduk kat drive sit sambil riba anakanda harraz..and tell slowly kenapa tak boleh duduk depan blablabla, memang take a minutes, but the end ahmad harraz slowly come to sit with me and sleep...memang meletihkan amat that situation, penat ok..tapi disebabkan peristiwa tu me and hubby dah lebih clear how to handle the toddler emotion,..hii, boleh bayangkan kitaorang bertolak balik pukul 3petang dari gurun kedah, pukul 4pagi kitaorang sampai rumah, guna highway tu...pfffttt..tu pun my hubby dah penat sangat terpaksa berhenti tidur kat R&R mane ntah sekejap..penat hooihh mengurus anak-anak membesar ne, but really worth it..so hargailah emosi anak-anak ketika waktu emas ne kalau tak nak lagi penat bila diorang dah semakin membesar...tu pasal ada pepatah melentur buluh biar dari rebungnya...takut bila dah besar lansung tak boleh disentuh/tegur/patahkan..whatever.. jom like page prof dr rozieta...banyak ilmu keibubapaan...k daa
Amat trauma, fobia dan semaksud dengannya untuk mengingatkan kembali pengalaman bersalinkan ahmad harraz dan ahmad haddad, namun sepahit-pahit pengalaman sendiri, pahit lagi pengalaman orang lain...huhu. Tak dinafikan haku cukup takut untuk mendengar bunyi-bunyian dari mesin ventilator, bunyi mesin hayat dan bau-bauan dari bilik NICU dan bilik pembedahan, masih terbayang-bayang, masih terdengar-dengar benda yang paling tak nak dengar...how could i describe about it in details...payah dan tak kuat untuk melaluinya sekali lagi...walaupun dah mengalami dua kelahiran yang berbeza dan pengalaman yang berbeza dan pengalaman tersebut sangat meninggalkan kesan mendalam buat emosi dan mental.. tu pun tak tahu nak describe macam mana, hanya Allah yang tahu, so this entry just bagitahu yang lite-lite jelah, yang mana mampu dicoret je sebagai sebahagian memori pengalaman lalu..
Kelahiran ahmad harraz memang dinanti-nantikan, tapi bukan dengan begitu situasinya, without proper preparation and so on. Namun perancangan Allah, semuanya berhikmah, aku redha. Selepas kehilangan my first nephew, what happen sangat mengganggu my emotions. Terasa sedih, dan sebagainya..and at the same time my family diuji dengan kelahiran yang tiba-tiba from me, tidak terjangka dan sebegitu keadaannya. Walaupun tak nak, i've too going through..got a prem baby such not an easy situation, bermulalah episod berulang alik ke wad NICU, sangat bersyukur kerana keadaan Ahmad Harraz boleh dikatakan sangat baik nasibnya berbanding nasib baby lain yang terlalu sangat menyedihkan dan menderitakan hati seorang ibu untuk melihat how tough their baby survive to live. Yaa, melihatkan situasi itulah yang buat diri rasa tak mampu, apatah lagi kalau begitu yang dilalui oleh anak sendiri..Aku menangis setiap kali ke NICU sebab tengok how hard the others babies strive to get better condition, dan aku menangis kerana ahmad harraz tak perlu melalui episod pembedahan itu dan ini. Dari fasa NICU 1 ke NICU 2 hingga ke ke wad Timur Belakang, kisah di wad akhir inilah yang betul-betul buat aku fobia hingga sekarang. even though tak semua aku cerita sikit pun jadilah. Biasanya prem babies akan lalui saat blood tranfusion, tapi disebabkan bodohnya aku, i make it happen, disebabkan tidak berserah dan berfikir mendalam dan membuat keputusan betul aku benarkan ia berlaku. Sepatutnya in body Ahmad Harraz hanya darah me dan hubby but i make the others blood unknown from where and who transfer to my son. For me that a big issue, i blame myself kenapa tak tanya doctor details that time, and offer my blood or related family to transfer to my son..yess, indeed i blame my self for that to not ask anything, at that time i really blurr for what happen, just follow what they say without any question, argue,suggestion...really big mistake from me as mother..T_T.
Yang paling tak boleh dilupakan hari i expect ahmad harraz, at that time i rooming in with ahmad harraz about 5days, memandang berat ahmad harraz dikira dah boleh agak bila boleh keluar, about 1.9kg his weight ditimbang 3 hari sebelumnya, so i think that precious saturday really good day to check-out from five star hotel read hospital...hee, tapi Allah nak uji, lepas mandikan ahmad harraz, dan timbang berat, his weight turn out decrease about 600gram...jadi 1.3kg, terus dah boleh agak tak boleh keluar that saturday...that time memang frust, kecewa, sedih, lost hope dan terasa failed as mother...the doctor and nurses calmed me, they said pelik jugak sedang kanggaro care treatment, and rooming in sangat membantu ahmad harraz naikkan weight selama ne, drop banyak pula tu..that day, day that i expect we will going home, something like that happen, menangis telefon hubby and family yang sudah ternanti-nanti dan tidak sabar menunggu kepulangan cucu sulung instead of cucu kedua (my family) dan cucu ke-7 (in law's family)...semua orang frust dan kecewa especially me..T_T. tak boleh nak ingat balik how sad that situation..huu, so about to afternoon, nurse timbang balik ahmad harraz after feeding and sleep for a while..dan mengejutkan berat ahmad harraz jadi 2kg...haku menangis tak keruan, sebab macam tak percaya..maybe allah nak uji kan..tok ayahnya pun cakap macam tu...hee, kes penimbang tu sangat tak lawak..mybe my hope terlalu tinggi...so selepas selesaikan prosedur keluar wad, on that hari ke 48 ahmad harraz dah balik rumah...hiii, syukur alhamdulillah.
So, masa ahmad haddad lahir tunggu anakanda kat rumah je, sebab umi dan tok ayah ahmad haddad pergi jemput ahmad haddad balik kat wad timur belakang. bukan tak nak diri sendiri pergi jemput, trauma satu, dan kebetulan jahitan kat bawah still sangat sakit untuk bergerak banyak..yang lucunya sampai nurse kat wad telefon bagitahu anak dah boleh keluar, suruh datang ambil petang tu...sebab memang tak expect keluar seawal tu..kalau yang ahmad harraz setiap hari haku tanya potential ahmad harraz nak keluar wad bila, kekerapan tanya tu dah boleh tahap doktor bagi pelempang kat haku...haha. That's why ahmad harraz dan ahmad haddad sangat independent dan kental sebab dua-dua dah masuk asrama sejak baby lagi-.-''...love you both. Terima kasih atas ujian yang Allah berikan buat aku sekeluarga, sekarang baru nampak hikmahnya...alhamdulillah...daaa
so pengalamannya, masa bercuti ke perak awal tahun lepas, me and hubby decide nak solat kat masjid sebab tak nak rush balik ke resort semata nak solat...singgahlah kami ke masjid apa ye, dah lupa dekat kuala kangsar, alaa masjid yang dekat dengan pokok getah tertua sekali tu...so ahmad harraz macam biasa akan duduk temankan ayahnya solat, ahmad haddad pulak with me, semasa nak ambil wudhuk pelik jugak tengok signboard peringatan punya sebesar-besar saiz dekat tempat wudhuk mengingatkan akan peragut, so berdoa dan tawakal supaya ahmad haddad safe on the sofa tepi tempat ambil wudhuk tu, alhamdulillah masa tu ok lagi takde orang pun yang lalu lalang...selesai ambil wudhuk, terus ke tempat solat, kebetulan memang takde jemaah perempuan..bila masuk je ruang solat ternampak cctv dan tanda amaran lagi (mm, pelik pula perasaan masa tu)...dan seperti kebiasaan ahmad harraz masa baby dulu me letak kat depan, same goes with ahmad haddad, biasa kat rumah letak kat tepi je, tapi memandangkan ne tempat public i used to be alert dengan kejahatan yang maha ridiculous...alhamdulillah so far my kids dah dibiasakan bila solat letak kat tepi, so definitely they not cry..namun, mungkin Allah nak menduga, di izinkan Allah seorang makcik yang tiba-tiba datang menegur ahmad haddad yang mulanya ok and happy nak tengok mamanya solat, terus my son menangis sebab tak kenal mungkin, so masa tu makcik tu tanyalah nama, nama panggilan dan umur ahmad haddad..mula-mula me layan jelah...tapi bila makcik tu asyik sebut, "oo, nanti boleh panggil haddad jelah nanti ...ee, kenapa comel sangat ne, geram nak culik ne!" terus rasa tak sedap hati, sebab terfikir kenapa makcik ne cakap nanti boleh panggil haddad nanti!???macam lah jumpa lagi nanti??tapi i deny my bad feeling, makcik tu still at my side sambil memujuk ahmad haddad supaya stop nangis sambil berkali-kali meminta untuk pegang ahmad haddad...err, masa tu apa yang haku boleh buat??cakap kat makcik tu, dia nangis nak susu ne..lepas tu me susukan haddad dan he's ok after that, jeling-jeling tengok hujung mata makcik tu tengah solat...so letak ahmad haddad, terus solat..tak disangka-sangka makcik tadi datang menegur balik ahmad haddad masa me tengah solat...apalagi?anak haku terus menangis then makcik tu terus angkat my sons, mula-mula ok lagi pujuk kat depan mata, terus hilang haku punya khusyuk..lama-lama makcik tu jalan entah kemana, yang pasti dengar tangisan ahmad haddad semakin menjauh..dalam hati terus berdoa supaya anak dilindungiNYA...tapi haku tak nak disebabkan prasangka baik nya haku, i lost my son... big no!biar haku prasangka buruk masa ne, asalkan anak haku selamat...me cepat-cepat selesaikan solat...alhamdulillah, makcik tu duduk kat stor belakang tempat kain telekung disimpan..then kebetulan pulak my hubby dah siap solat dan tunggu dekat pintu keluar tempat solat tu...me terus ambil ahmad haddad, then makcik tu sekali lagi cakap "kuat nangis ne, kalau tak dah memang culik, comel sangat"...so how should i react with that words..-.-". pergi je makcik tu my hubby tanya and i cerita details apa yang jadi...pastu my hubby said ''patutlah makcik tu tanya abang ne suami awak ke ayah si anak tu masa dia keluar tadi''...then i ask again"berapa lama dah awak kat pintu ne?"..en.azham cakap lamala jugak masa tu dia tengoklah makcik tu ambil ahmad haddad n perhatikan gelagat makcik tu semacam je...allahurabbi, Allah maha pelindung, kalaulah suamiku takde masa tu...tak tahulah nak fikir macam mana yang jadi...
so if u thinking i'm little bit perasan orang nak culik my son, eh!nak culik takkan bagitahu kot? pleasee u're wrong...kalau tak mana boleh jadi kes baby kat penang kena culik dan dijual dengan harga rm3000, diculik tika si neneknya tengah dok pangku baby tu lagi...hhaaa, jangan cakap tak tahu kes jenayah yang maha dasyat dan diluar kewajaran seorang manusia sekarang. disebabkan duit manusia hilang akal..so haku pun tak nak hilang akal jugak berprasangka baik sangat dalam hal ne, waspada tu perlu sebelum jadi apa-apa yang tak diingini..itulah pengalaman mencemaskan, please be alert ok parents out there zaman sekarang tak selamat...aman lah sangat katanya..nak mengandung beranak bukan senang like a wekk!!wekk!push!push!keluar anak, wahh comel anak kita! kita bertarung nyawa ok, so haku tak nak disebabkan bodohnya haku nak fikir baik-baik sangat pasal orang tak dikenali yang entah dari mana, .rambut sama hitam, hati lain-lain. Amanah Allah ne kena jaga didik sebaik mungkin. Whatever selepas kejadian tu haku fobia sekejap nak bawak anak ke masjid, so sekarang kalau pergi pun bergilir-gilir je pegang, dulu kononnya nak jimat masa dua-dua boleh solat at the same time....tapi sekarang for safety, biar lambat asal selamat..tipsnya bergilir-gilirlah jaga anak, jangan terlepas pandang walaupun sekejap...anak ne dia excited bila duduk dalam ruang yang luas dan lapang seperti masjid, mulalah berlari sana sini..be alert dengan pandangan dan niat jahat manusia, kita tak tahu, tapi kita doa moga kita sekeluarga sentiasa dalam perlindunganNYA..insyaallah, amin. Make sure anak tak ganggu jemaah lain, dan boleh tak boleh, nak larang, budak lagi kan, buat jugak bising..apapun, seronok ajar anak kenali tempat-tempat baru ne..they excited to explore..daaaaaaa
Top Social