Pages

Pages

11.30.2023

Fasa

"Ikah, kahwin nanti dapat anak, kasi anak bergantungan kat kaki ayah dia" dekahh ku gelak ngomelan cik yah. Tersenyum teringat kenangan yang satu ni dengan arwah mak saudaraku yang paling comel, boleh kata kembarku, pasal seiras mukaku dengan arwah. Ku ingat masa anak-anak mak saudara ku ni kecil berderet macam daku, rilex, chill, tak stress pun nampak, ku tanyalah macam mana? Sibukkan ayahnya. Mak saudaraku tak pandai bawa kereta, orang yang paling sibuk tentulah suaminya, hantar ambil mak saudaraku balik kerja, urusan anak-anak semua pak saudaraku selesaikan. Tengok pak saudaraku dalam bebel lucu dan kelakar juga. Sebab selalu makan sedap mak saudaraku masak. 


Ku masih ingat setiap kali pergi rumah mak saudaraku, yang paling sibuk tentulah mak saudaraku, pasal dia tukang masak, cakap je nak makan apa, kalau tak rajin dia tapaukan siap-siap makanan kat kedai untuk jamu anak-anak saudara yang datang ruamh, memang kerjanya jamu orang makan je, sebab suka masak dan raikan tetamu. Yang paling kedua sibuk tentulah lakinya mak saudaraku, jaga anak-anak. Mana tak senyum mak saudaraku, dari anak-anak lahir, kecil, tukang basuh berak, buat susu anak-anak semua suaminya yang settlekan, sebab tu anak-anak memang pantang nampak muka bapak, memang kena serbu macam fans kpop tengok BTS. Peminat, fanatik boleh kata anak-anak memang bergentayangan kat kaki bapaknya, hahaha. 


Mak saudaraku? Lawakan diri, happykan diri, belanja diri, urusan kekemasan rumah dan almost hidangan untuk laki dan anak-anak dari air tangannya. Suami banyak bantu uruskan anak-anak, jadi banyak lah leganya. Tu pasal bila arwah mak saudaraku meninggal, alhamdulillah pak saudaraku bab jaga anak-anak tiptop, semua dah jadi anak dara besar remaja dah, tapi stay single sampai la, tak jumpa lagi pengganti mak saudaraku yang comel. Ada betul juga nasihat arwah mak saudaraku, sibukkan lelaki dengan anak-anak. Bagi cramp jadual lelaki qawwam. Kasi padat masa dan urusan, duit pun sama habis kat bini, duit laki bini punya, duit bini, bini punya, hahahaha. 


Seawal lima ke sepuluh tahun fasa kenal dan adaptasi, rasa macam dah kenal dan faham benorr, tapi tidak, macam dah tahu benar, tapi rupanya khayal seorang. Kita kata macam tu. Dia kata lain terus. Nak memahamkan seseorang lain, lain jantina, lain didikan, lain cara kehidupan, lain tingkahlaku, bukan senang. Melainkan Allah satukan hati masing-masing, titiktemu yang sebenarnya, situlah. Lima ke sepuluh tahun ni ku kira fasa bergaduh berbaik bergaduh berbaik, sebab dalam fasa ni banyak cabaran tambah kalau ada anak kecil tambah berderet macam dakulah. Ni memang fasa letih jelirr orang kelate royat, dua-dua letih penat kalau dua-dua involved, kalau tak sorang je yang tanggung letih, either laki tak pun bini. So cooperatelah, kasi dua-dua letih, baru tak mengungkit. 


Dalam tempoh sepuluh tahun ni Allah kasi lima ke enam anak, how can I manage them all tanpa bantuan suami, even suami bantu pun kadang rasa crack emosi dan otak. Gaduh lagi. Dalam pada crack emosi datanglah teringat susuk cinta hati pertama dalam hidup, ayahku. Dalam pada lelaki yang ku cintai sekarang, takde contoh terbaik dalam menyantuni seorang isteri. Tentulah ayahandaku. Ku bersyukur aku antara anak perempuan bertuah sebab punya ayah terbaik dalam hidupku bagi panduan, bagi pelajaran, bagi pengajaran. Cinta dan kasih sayang seorang ayah, sememangnya impak besar untuk seorang anak perempuan. Tak semua bertuah untuk punya seorang ayah yang terbaik, kerana dalam terbaiknya seorang ayah, ada juga yang tega membuat tahiii. 


Boleh kata fasa lima ke sepuluh tahun berumahtangga fasa pening lalat nak serasikan peel masing-masing, nak rendahkan ego masing-masing, fasa nak one two som lagi siapa nak basuh berak anak-anak, layan anak-anak bila nak rest, fasa nak terima habit buruk masing-masing, fasa nak hadap busuk kentut masing-masing, fasa nak memahamkan selera tekak masin kelat, fasa nak bergaduh berbaik dengan solusi, fasa nak adjustlah lebih kurang. Mantap dan padu betullah bila fasa macam gini dia punya cabaran, boleh pula ditambah lagi satu pening lalat, saru ku memikir, apa yang di nak sebenarnya dalam hidup ni, mungkin fasa cari pasal agaknya.



Apapun, ku ingat pesan arwah mak saudaraku yang satu ni, yang ni ku simpan sendirilah, next time kalau ada hati nak share, ku taip, banyak sangat contoh kebaikan yang dia buat, tapi tak mampu lagi ku ikut buat, moga ada kekuatan untuk berbuat kebaikan sepertimana yang ditunjukkan. Betullah jadi suami isteri dan ibu bapa untuk anak-anak bukan untuk mendidik mereka sebenarnya, tapi lebih mendidik kita untuk diteladani untuk anak-anak sepertimana ayah, mak buat. How can't I adore them? Miss them. Bab urusan rumahtangga ni, serah jelah kat DIA, tempoh besarkan anak-anak ni memang takde daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. Penattttt. Apatah lagi nak jaga tok laki. Biar jelah kalau dah nak cari pasal. Hati manusia takde siapa boleh pegang kalau dah beralih kat lain. Kita ubati diri sendiri dan move on. Moga hati yang terluka membaik dengan perkara yang lebih baik dan indah. 







11.29.2023

Wordless Wednesday

 

#innerthoughts

11.22.2023

Rotan

Bila timbul cerita cikgu rotan anak murid, mula memori daun pisang zaman sekolah datang menerjah. Jujurnya kena rotan kat cikgu zaman dulu jadi sweet memori zaman sekarang.

Ingat lagi kami satu geng yang suka 'break the rules' kena beratur depan bilik Abu Ya tunggu giliran nak kena rotan. Masa tu bukan rasa berdebar, tapi more to trigger, 'what's next?! What's next?!', sambil bergelak ketawa tunggu turn. 

Beratur berjemaah kat depan kelas tunggu turn kena baling pemadam penuh kapur, pastu sensorang dapat cop kapur kat pipi dekat cikgu Rosli kes bising dalam kelas, kelas sebelah dok sibuk belajar add math, kami buat bising. (i guess masa tu kelas husband aku kot, tak pun crush). 

Kena bersila kat tengah-tengah court, bila balik prep kena sorak 'booo' kat bertingkat-tingkat pelajar semua kelas masa dah tamat kelas prep.

Berlari pusing padang 10x dalam hujan rintik-rintik kena denda sambil semua pelajar baru balik menuju ke dewan makan.

Dipanggil dan duduk kat depan perhimpunan pagi akibat keluar outing bukan pada waktunya, guna plak 'lubang tikus' untuk keluar beli kek coklat itik, goreng pisang. Ada jugak yang keluar kes nak berdating. Pendek kata tingkatan satu hingga tiga tu memang asyik cari pasal je untuk dapat denda. 

Malu jangan cakap bila kena denda, tapi insaf tu sekejap je, wakaka. Part kena cubit cubitan berbisa Cikgu Yati most of all time mendapat. Al-fatihah buat arwah cikgu Yati, moga diberi ganjaran syurga kerana memanusiakan kami.

Punya nakal tu boleh tahan tambah pulak geng rakan sebaya pun sama naik ting tong. Nakal kami zaman dulu still ada adab dengan cikgu. Nakal kami zaman dulu tak pernah merendahkan guru yang memberi ilmu.

Senakal-nakal kami dulu tak pernah menghinakan guru yang menjadi perantara ilmu. Nakal kami hanya untuk menggembirakan hati kami sendiri tanpa mengganggu orang lain.

Apapun budak-budak zaman sekarang ramai yang genius, tapi akhlak dan adab tiada. Lagi sadis kalau part akademik pun ke laut. Kalau either one terjaga pun dah ok, takdelah rasa ralat at least still ada adab dan budi pekerti even akademik kelaut. Still ada potensi lain yang boleh digilap. 

Ingatlah hidup ni memang sekejap saja. Masa remaja pun sekali je seumur hidup. Make it sweet and simple to be your memory. Apapun kenangan zaman sekolah dulu tak pernah disesali, sebab kenangan tu lah yang buat kita tersenyum hari ni.

Still rotan masih the best punishment untuk mengajar anak-anak. Gantung rotan kat rumah still relevan, Ika pun praktik benda ni, yang lain tak jalan, 'rotan' is last warning. 

Notakaki: Nak cerita kena rotan kat mak ayah? Tidak sesekalilah, nak mendapat double rotanlah jawabnya. Seram kalau ayahku tahu kenakalan anakanda perempuan disekolah, hingga sekarang pun ku tak tahu tara mana ayah ku tahu anak-anak kat sekolah dulu. Tak pernah cerita, hanya naluri mak ayah saja rasa anaknya suka buat hal kat sekolah. Still ayah give the best advise. 


Bekas penerima rotan tegar kat sekolah. 

11.21.2023

Tak Boikot

Rasa macam tak percaya apa kami lalui, the hardest part yang sampai kami tak boleh hadam, rupanya hikmah terlalu besar untuk kami hari ini. La haula wala quwataillahbillah. Bila ramai share part-part yang perlu boikot dah terbuka pekung hampir 80% segala yang kita lalui, rasa, guna, semuanya terkait dengan depa. Kita dah terkepung kiri kanan, depan belakang, rasa macam mustahil kan nak lepas diri dari mereka. Tapi tak,yakinlah! Alhamdulillah kami tak perlu boikot pun sebab hampir kebanyakannya memang kami dah berlepas diri, tak mampu, memang tak terguna dan sebagainya. 


Contoh Netflix ke apa, memang tivi kat rumah kami tahap nak tengok cerita best-best masukkan dalam USB je baru semua boleh tengok. Sejak awal kahwin lagi tak ajar diri untuk pasang astro ke apa sebab tak mampu satu hal, takde masa wehh nak tengok tivi. Memang takde kesempatan mana nak tengok tivi, tengok pun rancangan kartun je banyak nya, ku pun dah tua-tua macam ni, tom and Jerry, masih ku layan, cerita blues clues pun layan, cerita melayu, drama pukul 7 memang tak menyempat nak melayan even kat tivi biasa je pun. Tak sempat. Biasa berpeluang tengok Netflix bila pergi bercuti-cutilah kalau tempat menginap ada fasiliti tu, layan je lah. Tak boikot pun, memang takde dan memang takde keinginan nak tambah untuk tivi kat rumah. Episod anak-anak berebut remote dah satu hal buat pening, nak pulak tambah pening anak berebut tengok channel, memang taklerr ku tambah stress sendiri, hahhaha. 


Kad Kredit, since follow banker arwah Norbaini Hassan dan juga puan Liza Ariffin ex lawyer hartanah, ku memang eye openinglah bab yang satu ni, tak nak sebut direct tapi yang tahu dan faham, faham lah ekk. Ni pun tak boikot sebab yang ni Allah kasi hardest part to learn terus. Bila telusuri kehidupan kami yang asyik berserabut dalam kepala memikirkan hutang tak habis-habis dulu, Allah kasi jalan keluar yang cut terus hawa nafsu kami, masyaallah kami memang bersyukur dengan apa yang di lalui, hikmahnya sekaranglah enam tahun dah hidup chill saja, tak chill pun banyak tapi senang hati. Dari suami takde kerja, buka bonet kereta, jual nasi lemak, nasi kerabu, itulah tempoh paling bahagia buat kami. Keluar kerja 2-3jam, balik tunaikan tanggungjawab kat Allah ikut waktu. Waktu solat terjaga, takde stress even masa tu duit takde, duit simpanan apatah lagi, even now, hahaha tapi kami chill, jiwa tenang, kepala tak serabut. 



Biarlah orang kata bodohnya, sempitnya cara fikir, sembang karilah, teruknya takde ikhtiar, tak betul buat macam tu, memang cari pasallah kedepan-depan tu nanti. Do we care apa yang orang kata? Nope. Satu pun ku tak masukkan dalam peti hati, dan simpanan akal fikiran. Mereka yang belum lalui apa yang kami lalui memang mudah buat judgement masing-masing sebab kefahaman, persepsi, akan apa yang dah kita lalui berbeza dengan mereka. Tak payah rajin lah nak explain, begini begitu buat habis tenaga aje, kita doakan saja, one day Allah beri kefahaman apa yang kami lalui, amin. Yang penting kami bersyukur kami takde dah fikiran berserabut macam dulu yang ni paling obvious lah, kihkih, sebab tu sekarang fokus bangunkan diri, plan to travel every where je yang terlintas. Serabut kami dulu indescribable tak boleh nak cerita macam mana, sebab benda tak nampak tapi suami isteri boleh rasa keserabutan tu. Masyaallah nikmat yang satu ni tak tahulah nak habaq macam mana selepas kami decide putuskan terus hubungan dengan yang dinamakan "berperang dengan Allah dan Nabi", tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua. Fokus habiskan yang dah terperangkap je, then jalan terus. Insyaallah. 


Brand jenama mewah, memang dah memang hakikat tak mampu nak beli, jadi memang terboikot effortlessly gitu, biasa kalau dapat berjenama barang yang ku guna, bukan ku beli sendiri, even suami, biasa dapat orang bagi hadiah, gitulah. Nak pakai handbag mahal, duit dalam dompet sendiri pun dua ringgit je, ahahaha. Part rezeki kena pegang kemaslah masing-masing, yang masih ada terselit rasa dengki, iri hati bila tengok orang beli makanan mewah, pergi bercuti cuti, pakaian best-best, didiklah hati bab rezeki. Sungguh ni! Tak worth pun, didiklah hati, banyak hikmah, banyak ganjaran, cuba lah buat. Didiklah hati bahagia bila tengok orang bahagia, didiklah hati berlapang dan gembira bila tengok orang bercuti-cuti dan makan sedap. Tak tunggu sebulan aihh, nampak kesannya. Worth to try. 



Nak bersihkan titik-titik hitam kat hati ni, zikir je sesimple Allahuakbar, atau istighfar, Astagfirullah, simple sangat tapi power dan padu. Amalkan bila scroll medsos, moga Allah jaga hati kita, nampak orang happy, share itu ini, amalkan doa moga Allah tambahkan kebahagiaan dan kegembiraan mereka. Malaikat doakan kita dengan doa yang sama, masyaallah betapa Ar rahman, Ar rahim nya pencipta kita. Ilmu tanpa amal pun rugi banyak, apatah lagi kalau asyik dok sebut mati tapi Al-Mulk dan As-Sajadah belum lekat lagi sebagai persediaan sebelum tidur malam. Haahh, gituu sebagai penutupnya. Meh hug sikit tepuk belakang yang ada hati masih tercalar-calar dengan pandangan mata yang menipu bila melayari medsos. Ingat apa yang terpapar hanya satu persen saja dari kehidupan mereka, yang pedih, pahit, kelat, semua simpan rapi sebab kita semua nak senyuman ikhlas dari hati bila melihat kegembiraan dan kebahagiaan setiap orang. Kita memerlukan semangat, motivasi juga dari orang lain walaupun sedikit. 



Ku suka tengok Marion Counter dan Chrystan_x, dalam pada perkongsian mereka pergi ke serata dunia, ku selalu sebut masyaallah mereka dapat  merasai sehebat-hebat nikmat dunia, moga Allah pun kurniakan daku sehebat-hebat nikmat dunia akhirat, ku doakan mereka dikurnia hidayah. Sebab pengakhiran kita dan mereka tak tahu kan, mungkin lebih baik dari kita nanti, who knows? Hidayah itu milik Allah, once Allah kasi hijrah tak siapa boleh halang. Dan ku syukur mereka share apa yang mereka nikmati, baca pun dah seronok, apatah lagi lalui sendiri, moga nikmat yang sama kita dapat di alam sana nanti, amin. Nak tunggu sendiri sampai tempat tempat amazing seluruh dunia, macamkan mustahil, cukup baca perkongsian mereka pun dah rasa semangat sebab boleh tengok tempat orang. 



So begitulah, banyak jugak part sekarang yang orang dok share dulunya ku dah share sebelum datangnya waves kurung orang, Allah Maha Mengetahui, yang dulunya dok kecam maki, mula share benda yang sama ku share dulu. Begitulah, serah kat Allah belaka, nak memahamkan  manusia lain bukan tugas kita, nak bukakan mata hati, minda manusia pun bukan tugas kita. Yang dah terjebak, rasa pergantungan too much dah kat benda yang orang dok share suruh boikot ni, tak payah pressure diri, slowly and surely cari alternatif dan berdoalah Allah kasi kita jalan keluar yang terbaik. Moga kita semua dapat semangat yang sama hebat seperti anak-anak Gaza, amin. 


11.18.2023

Kerja

Isu yang tak pernah akan habis. Kalau bekerja, dikatanya macam-macam juga. Tak reti jaga anak sendiri lah, bersenang lenang kat tempat kerja, anak membesar dengan pengasuh/orang gaji la, apa-apa pun semua salah. Never ending isu jugak ni. Tapi ku suka join the waves, alah macam menunggang isu semasa, alang-alang atas dunia kita tungganglah #presidenworldrider. Sekali sekali hilangkan boring. 

Surirumah pun satu pekerjaan, kenapa nak pandang kerja surirumah sebagai satu kerja yang tiada value? Siapa yang pandang sebegitu, atau surirumah sendiri yang meletakkan pandangan sendiri level surirumah adalah ditahap begitu begini? Ikutkan persepsi orang yang letak value dan gaji, surirumah takde gaji specific, lagi sadis memang tak bergaji malah takde cuti pun. Tapi perlukah surirumah perlu mengambilkira pandangan sebegitu? Untuk apa? Kerja surirumah, tetap juga satu pekerjaan, biarlah orang nak perlekehkan disebabkan kerja mereka bergaji, namun surirumah tentu lebih mengetahui gaji mereka lebih banyak dari orang lain tapi tak nampaklah. Kadang yang surirumah sendiri pun tak perasan mereka bergaji. Kita ni kalau orang tak hargai, kita lah yang kena menghargai value tu. 

Sebagai surirumah, kutak perlukan pandangan orang mengenai kedudukanku, cukup lah daku yang letakkan diriku di tempat sepatutnya. Kata-kata orang lain tu hanya lalat tak berharga pun. Hidup dalam track sendiri, jadi jangan sesekali tiru rentak hidup dan cara hidup orang lain dan jangan sesekali membandingkan diri dengan orang lain. Pastinya kita semua ada pilihan, prinsip dan maruah sendiri untuk bergerak mengikut kemampuan diri sendiri selaras dengan tujuan dan matlamat kita yang semestinya berbeza dari orang lain. 

Surirumah memang sentap dengan soalan "buat apa je dok rumah?", ni jugak soalan lakiku masa awal-awal kahwin. Memang bila dapat soalan ni ku zip mulut berhari-hari, tanggungjawab tetap laksana, sedia makan, sambut balik kerja, tapi perang tutup mulut ni memang buat lakiku tunggang terbalik hidupnya, tak keruan, serba tak kena bila isteri membisu, diam. Soalan hanya dibalas dengan pergerakan tangan je  kalau suami tanya stokin mana? Tunjuk, kalau tak jumpa pergi ambil. Tapi tetap tak bercakap. Nak lagi extreme, memang lepas pada soalan tu, beberapa hari ku tak buat apa-apa terus, pinggan mangkuk periuk belanga penuh sink, kain mesin tak berbasuh, kain tak berlipat, rumah sepah, like a question! Awak tak buat apa-apa ke? Haa, khalas! Cukup 10x buat cemtu bila timbul soalan annoying hingga ke lubuk hati ni sepanjang hidup bersama, nak memahamkan suami, sampai sekarang serik dah soalan camtu keluar dari mulut, baru tau! Ya Allah ampuni ku. Hahaha, ni contoh isteri buruk perangailah, jangan di ikut. Walaupun hakikatnya, memang ada hari ku memang tak buat apa-apa pun. Tapi hari macam tulah, baring pun rasa penat, dah tidur rasa penat, tak buat apa-apa pun penat. Hahh! Perempuan selalu betulkan?Hahahaha.



Berterima kasihlah kat pasangan/suami  yang membenarkan dan merealitikan kita jadi suri rumah, tak semua suami sanggup benarkan isteri jadi surirumah atas pelbagai reason lagi-lagi zaman sekarang, it's like macam situasi mak-mak kita dulu-dulu, orang pelik bila orang perempuan keluar bekerja, zaman sekarang pulak orang pelik bila kita jadi surirumah, situasi terbalik kata suami...hehhe apapun bersyukur I'm the one chosen, lillahitaala I love this job sebab boleh duduk kat rumah, walaupun bermacam perasaan, bermacam mulut, bermacam pandangan kena hadap, still love this job..alhamdulillah. Biarlah merentan sekali sekala bila orang pertikaikan kenapa surirumah ni asyik mengatakan macam dialah yang terpaling penat, padahal kerja kat rumah je pun. Sebab boleh dik! Sebab boleh! hahahaha. 


Yang tak jadi surirumah pun bersyukur jadi wanita berkerjaya, kita sama-sama redha, sebab Allah tentunya dah meletakkan kedudukan kita semua bersesuaian dengan kemampuan kita, mungkin kita tak nampak hikmahnya lagi, okay. Insyaallah kita sama-sama satu gender supportlah each other, menaikkan sesama kita melainkan yang perangai huduh peel tu, kita kick awal-awal, macam contoh yang asyik playcvictim, terpaling makbul doa dan suka menderhakakan anak, tu contohhhhh. Eh! Okay bye. 


11.17.2023

Rumah Tangga Merah Teluk Intan

Dalam banyak-banyak homestay, honestly nak stay homestay ni antara yang agak payah nak dapat chance bila hujung minggu, sebab asyik full book. Weekdays pun adakalanya penuh jugak tengok acara bulanan kalau ada cuti bersambung ke apa, pasti tak dapat. Satu hari lakiku suruh kemas beg, tanya nak pergi mana? Pergi Teluk Intan, tidur kat sana. Setahuku kat Teluk Intan kalau setakat nak tidur semata, macam tak berbaloi melainkan orang dari luar perak nak datang tidur! Itu yelah, biasa jadi persinggahan sebelum next destination diorang, asal boleh hotel mana-mana banyak juga pilihan hotel. Ku cakap nak pergi Mongolia lagi ka, kolam tak best, klorin kuat nauu. Bukan! kemas aje, karang lewat plak nak cari makanan bagai untuk berbuka. 





So kemas-kemas terus direct je ke Teluk Intan, bila sampai pening tak jumpa tempat, rupanya rumah Tangga merah ni lakiku cari. Ku tanya apesal boleh plak kalini, biasa nak book hilang mood, asyik penuh ja, asbab nak mandi kolam mandi private ja, hahaha. Lakiku cakap, bulan puasa siapalah rajin nak datang bercuti-cuti, ahahaha, ye jugak kan?! Makanya dapat lah merasa menginap kat rumah kampung Tangga merah ni. Anak-anak seronokla dapat mandi air kolam, even waktu malam sekali pun. Apedehal, depa tak kira asalkan dapat main air. 


Kalau datang Teluk Intan ni, ku pun tak tahu sangat apa yang menarik kat sini, kecuali Menara Condong Teluk Intan tu. Tapi setiap kali hujung minggu tambah waktu gaji, area Menara Condong ni akan penuh dengan orang luar terutama geng motor. Tapi yang best kat sini bandarnya memang kena dengan jiwaku, kedai deret-deret tapi semua lengkap, macam zaman 90an kat bandar Kota Bharu dulukala, tapi kat sini siap pawagam pun ada. Kalau nak tengok movie best sini antara favorite juga sebab orang tak ramai. Pernah kami pergi tengok cerita apa dah, kami macam sewa satu pawagam untuk kami je, pasal dalam tu kami anak beranak je tengok cerita. Best betul. 


So cerita Rumah Tangga Merah ni, kami datang semata nak merasai duduk kat rumah kampung dan menikmati mandi air kolam privately aje. Memang luaslah untuk kami sekeluarga. Ada dua bilik, satu kat atas ada dua double bed, satu kat bawah ada satu double bed. Jadinya kami decide tidur belah bawah je, sebab tivinya kat bawah, dan tepi kolam senang anak nak masuk mandi. Nak ke dapur pun senang kot tersedar nak minum air apa tak payah menapak naik turun tangga, apa salah tangga pun tak tahu, hahaha. Tilam dan comforter, bantal tambahan pun tuan rumah sediakan. Jadi anak-anak decide nak tidur depan tivi. Alahaii. Pun boleh, yang penting depa seronok. Duduk rumah kampung depa cakap macam rumah tok ayah, dan yang best suasana rumah ni lah yang mengimbau nostalgia. 


Duluuu...aaah, mula dah! Korang baca jelah, ku suka sangat pergi tidur rumah nenek dan opah mereka ni, sebab memang best. Dari rumah ku lintas jalan, berjalan kaki melalui rumah-rumah jiran, nak short cut lalu ikut laluan hutan buluh dan kubur kecil, turun bukit sikit, terus sampai. Nak laluan jauh pula sebab sambil jamu mata, tengok sungai, boleh ambil laluan dalam mini hutan kebun getah, yang laluan ni tembus kat kebun depan rumah opah, jadi boleh petik buah ciku kalau musim buahnya lebat. Sampai rumah opah, bukan terus naik, main kejar angsa dulu, pusing belakang rumah petik buah-buah hutan. Takpun musim buah getah luruh,kutip buat main congkak. Korek-korek tanah buat lubang congkak, lepas tu mainlah dengan kakak adik. 


Dah letih baru reti nak naik rumah opah, pun minum air, bukak saji tengok ada makanan apa. Cik ani ajak petik daun paku pakis sambil ambil biri-biri yang ditambat dalam kebun getah terus kami berlari mengikut langkah dengan gembira. Aktiviti macam tu punya happy. Tak lagi anak lori jual lauk sampai, macam-macamlah kami shopping jajan, haiilah, memori terindah kanak-kanak. Dah makan tengahari, tersadai depan tivi pulak, habis sepetang baru kalut nak balik, jauhnya rumah nenek ku dengan rumah mak ayah, hampir 3km , tapi selamba je dulu jalan kaki, selamat pun ye. Sekarang? Errr...kalau esoknya hujung minggu, kami decide tidur rumah nenek. Jadi jimatlah tenaga berjalan kaki, pasalnya mak ayah wajib datang jenguk opah, jadi tumpang balik sekali. 


Tidur rumah papan, berkayu, dinding dengan sisir angin terbuka memang best, angin sejuk malam semulajadi, tapi nyamuk bersepah. Tidur kat rumah tangga Merah macam tulah anak-anak lalui, udara sejuk, sebab aircondlah tapi nyamuk, hahaha tapi nyamuk still ada, biasalah tu, tak dapat semua pengalaman, sikit pun okaylah untuk kenangan anak-anak. They really loved it, once ada peluang bawak depa kat kampung Kuala Kangsar plak, boleh memancing, dan buat aktiviti orang kampung. 


Rumah nenek sebelah rumah pula, ku jarang sekali nak pergi tidur overnight melainkan nenek bersungguh ajak, overnight dengan adanya persepakatan sepupu, kalau kami adik beradik je memang taklerr. Ku tak gemar mana, sebab arwah Che memang garang beno, tapi banyak juga pelajaran yang masih ku ingat bila arwah Che ada, nenek plak over baik tapi ada  dark side juga, ahahaha. Ku simpan kemas. Biar mati jelah ingatan tu sampai tutup muka buku kat dunia ku simpan. Antara yang paling ku ingat, nak makan tengahari, ada dua ekor ikan, jangan cubit semua, cubit satu-satu, dah habis seekor, baru beralih ke seekor lagi, makan satu per satu, ingat orang lain juga yang belum makan, atau untuk simpan untuk next meal, itulah yang arwah Che bagitahu. Nak mandi, mandi air sejuk terbaik, sebab bagus untuk otot, sampai sekarang air telaga tepi rumah nenek masih ada, dan bermanfaat. Kami mandi ramai-ramai kat situlah kalau hujung minggu, itu ajelah waterpark kami, bergilir-gilir naikkan timba air, kau jirus aku, aku jirus kau, gitu kekdahnya. Paling menakutkan ku jam dinding kesayangan arwah Che la, tak tahulah kenapa, bunyinya agak seram, sampai sekarang masih ada, tapi dah tak fungsi dah. Dulu kalau rosak ke apa, ayahku rajinlah bawak jam tu dibaikikan, since arwah takde, biar je kat dinding tu, kadang bergerak, kadang tak. Tapi bunyi loceng tu memang rosak dah. Rumah nenek pun asasnya kayu juga, lain ye feeling rumah kayu ni kan. Entahlah. 


Hahh, panjang juga nostalgia ku taip, tahap makcik-makcik macam ni lah. Nostalgia kita semua memang unikkan, generasi atas sikit lain pula, ni generasi anak-anak dan bakal cucu-cucu masa depan nanti lain pula. Tak kisah berubahnya zaman, yang mana boleh jaga adab dan kesopanan, jagalah baik-baik, jangan hilang dek arus kemodenan dan teknologi. Apa pun yang datang Teluk Intan nak bernostalgia macam daku boleh pilih penginapan macam ni, tukar angin sekali sekala. Jangan tanya apa yang best kat Teluk Intan. Ku tak tahu, hahhaa. Nak makan petang sedap, laksa, cendol, mee sedap singgahlah makan kat gerai sempoi tepi masjid. Nak makan rojak famous kat Teluk Intan pun boleh. 




11.16.2023

Susu

Masih ingat cerita daku stress sebab si Haniy tak nak stop breastfeeding even umur dah 2tahun 3bulan? Even masuk umur ke 3 tahun! ku dah memang datang tahap annoy dah bila budak ni datang mengempeng, Ya Allah jaga hatiku tapi ku tahan sabar jebatt, memang feeling tak tahu nak describe, cuma ku pujuk hati sendiri je selama nak berhentikan si Haniy ni, dalam sabar daku, masuk umur 4tahun budak ni, agak-agak berhenti tak? Hmm, alhamdulillah syukur, berhenti jua akhirnya, yang harunya ku pun tak sedar bila dia berhenti, yang tahu dan perasan dia dah tertidur sendiri waktu malam, atau pun suruh gosok je kaki waktu nak tidur malam. 


Ahhh, sadis pula bila diri sendiri tak sedar bila Haniy berhenti sepenuhnya, adeii complicated sungguh feeling motherhood ni ye. Tampor kang. Punya tak perasan tu macamkan item yang depa breastfeed tu benda berasingan dari badan daku, itulah dia punya tahap pemilikan tu sampai lupa dah benda tu melekat kat badan sendiri. Hakikat susu cap gantung camtulah, orang kata free, tapi tuan badan ja tahu camne journey nak sempurnakan hak 2tahun tu untuk anak-anak. Moga Allah rahmati journey yang agak selekeh dipandangan sesetengah orang, tapi big goals journey untuk iols sempurnakan, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah semata, alhamdulillah. Apapun sekarang syukurlah kena hadap sorang ni lagi selama 6 bulan lagi sebelum iols fokus untuk 'jalan untuk....' sebelum umur complete 40, insyaallah amin. 


Tua dah uii, kubur dok memanggil-manggil orang kata, tambah lagi sekarang ramai orang muda mati awal, fenomena akhir zaman, gitulah, nak tak nak kena hadap jua. Moga Allah makbulkan niat yang satu ni, selagi tenaga masih muda, selagi kesihatan masih baik dan mampu, moga Allah permudahkan urusan untuk sempurnakan rukun Islam sebelum menutup mata berpindah alam lain pula. 


So, ceritanya terlintas plak cerita breasfeed mom dari seorang lelaki berkongsi pengalaman untung jika isteri susukan anak sendiri, mana tak untung tengoklah harga sekotak enfalac ni, mahu beratus dah satu kotak. Kami pernah lalui pengalaman anakanda Harraz guna susu ni lah, selepas fully pumping tak berjaya diteruskan selepas 6 bulan, Harraz confuse sejak dalam wad nicu, sebab masa tu dah bagi fake nipple a.k.a botol susu, dia refuse yang original sampai meraung setiap kali kena sua yang original, sudahnya masa tu cetek ilmu breastfeed ku tak pergi jumpa pakar laktasi (masa tu limited sangat person yang bahagian laktasi) kalau jumpa pasti tahu cara nak pujuk balik Harraz hisap yang original. Sudahnya genap 6 bulan, susu Enfalac ni pula sambung bagi sebab bagi susu lain, semua buat cirit. Dan masa tu juga bodoh sebab tak go deep through punca sebenar anak asyik cirit, sudahnya susu-susu formula cikai tulah disalahkan. 


Maka bermulalah journey membeli susu Enfalac ni, sebab doc suggest jenama tu disebabkan Harraz premature baby, makan modal uii, banyakkk, bukan sikit, satu kotak tahan tak sampai seminggu ye. Masa tu harga Enfalac dalam RM70± hinggalah harga RM98± kami beli, sebab dah tak tahan membeli susu mahal nak mampoihh ni, kami cuba tukar balik ke brand so call cikai semasa Harraz masuk umur 3 tahun lebih, tawakal je, alhamdulillah serasi elok tukar dugro, sebab susu Enfalac ni menghabiskan 50% perbelanjaan untuk susu semata, betapa banyaknya kena habis ye. Mana tak botak laki, daku pun stress betul masa tu. Bila tengok harga Enfalac sekarang memang terbuntang mata kami lakibini, mana tak terbuntang, susu ni lah buat kami bergaduh sakan dulu, hahha. Alhamdulillah asbab ilmu penyusuan, the first journey a big lesson learned for us,ye bukan for me, FOR US, sebab orang laki ingat bab penyusuan badan ni depa tak terlibat, silap besar sangat,yang ni next time ku bebel, until next next our kids semua membesar dengan susu cap gantung. Hasil dari support suami juga. Ingat ye, mak mak muda, setakat cinta je zaman sekarang tak cukup ye, tengok harga susu lah, tak nak duit habis beli susu, habis kan duit untuk ilmu, dan paling penting suami pun kena dua kali lima kena jadi support sistem untuk journey breastfeed isteri. 


BERSYUKUR JIKA ISTERI ANDA BF ANAK

Tadi pergi kedai beli roti dan telur.
Masa nak bayar terpandang harga susu ni.
Sampai 200++ 😳😳😳

Banyak pengajaran dengan sekali pandangan ni..

1. Bersyukur la jika isteri anda susu badan anak - anak.  Say thank you for your wife being breastfeed mom to your kids. 
 
2. Betapa hebatnya ciptaan ALLAH. Nak buat susu formula yang terbaik tak kan sama dengan susu badan ciptaan ALLAH.

3.Pasangan yang dah berkahwin atau sedang mengandung tambahkan ilmu tentang penyusuan bayi. JANGAN bila dah bersalin baru nak start membaca.

4. Ilmu penyusuan ni bukan datang dengan sekali bacaan. Kursus dekat hospital pun 20 jam tau!

5. Perlu ada kewangan yang kukuh. Bayangkan nak beli susu ni je dah 200. Tak tau berapa lama boleh tahan. Kalau sebulan? Setahun? Baru susu tu.. Belum cerita pampers lagi.

6. Perlu ada ilmu tentang family planning.

7. Ada juga case yang ibubapa dah usaha, tapi masih tak berjaya untuk BF. Ini bab rezeki. Tapi usaha perlu cukup ye.

Apa pun moga ALLAH mudahkan urusan ibu yang nak BF anak dan murahkan rezeki keluarga yang sentiasa berusaha..

Persoalannya..
Kalau 400 sebulan.. x 12 bulan.. x 2 tahun... x 4 orang anak..
Dah RM 38400 ni..

Perlukah suami hadiahkan gold bar 150gram pada isteri ? 
Kredit:MohdKhairilMustafa

 

Itulah agakan upah susukan anak sendiri kalau nak disamakan nilai susu badan dengan susu formula. Tapi tu lah, that's not my level upah. Upah yang daku dapat bukan dalam grams macam tu, upah daku selama menyusu anak adalah keluar makan angin je, dekat jauh, murah, mahal, tu je upah daku asalkan dapat me time, dapat yang grams tu kira bonus tambahanlah tu,dan kalau dapat yang grams tu, complete pusing keliling dunialah daku jawabnya, ahaaha. Asalkan suami concern, ada common sense, proses dan kerja susukan anak ni tak mudah sebab babitkan semua tenaga, emosi, masa. Ni pun banyak nak cerita. Until next time plak isu laki support tak support ni. Yang tak berjaya susukan anak jangan putus asa, jangan frust, even dah cuba, keep on going, jangan give up, ku doakan makin ramai mak-mak muda take seriously on breastfeeding thing, it's your responsibility. 

Harraz 6 bulan
Haddad 2 tahun
Hawaa 2 tahun 7bulan
Hajjar 2 tahun 5bulan
Haniy 3 tahun 10bulan
Hana 1 tahun 6 bulan and on going... 
Saja tulis kot lah ada yang sudi kira daku dapat berapa gram emas hasil menyusu kan anak, ahahaha. Kalau ye, kalau....hmmm, berangan itu percuma begitulah, haaa bestnyaaa kihkih. Kita aminkan saja, dapat dalam mimpi pun jadi lah, hahaha.


Ni sekarang timbul plak bab boikot sampai berdarah-darah berak anak yang consume susu formula yang out of list boikot. Sampai tara tu nohh, buat lah ikut kemampuan, kalau dah tahap macam tu, orang kata tak cerdik kang marah pula. Yang anak masih menyusu susu formula lepas umur 2 tahun, ku sarankan follow Dr. Suriyakhatun, asbab doktor ni juga, minda ku terkejut tentang fakta anak yang menyusu susu formula ni, since anak cerai susu ku dah tak ajar anak minum susu formula hingga umur sekian-sekian. Cerai susu terus kenalkan anak-anak dengan realfood. Alhamdulillah jimat, anak pun elok je terima makanan tu semua, takde isu picky eater, anak tak nak nasi bla bla apa semua tu. 

Kesian Harraz, anak sulung lalui semua baik buruk eksperimen mama, adik-adik semua asbab belajar dari perjalanan Harrazlah semua smooth je. Moga Allah balas kebaikan yang tidak putus-putus untuk Ahmad Harraz mama, maafkan salah silap mama jadikan Harraz apa yang Harraz lalui hingga kini, semoga kesembuhan, kesihatan terbaik Allah ganjarkan untuk Harraz juga anak-anak mama yang lain. Amin. 



11.15.2023

Nasi Arab Cameron

Sebut nasi Arab ni, most favorite kami sekeluarga. Memang once a time atau terasa nak makan nasi Arab kami makan kat Cameron Highland. Jika balik kampung ikut Cameron Highland pun, antara Restoren yang kami singgah kat sinilah, nasi Arab Al Raudah Arabian food. Nak cari nasi Arab sedap dan kena dengan tekak memang agak payah, since dah bermacam kedai Arab kami cuba(mana tak berat naik badan tu, asyikkk makan je kejenya) ada 4 tempat aje yang kami repeat, mostly repeat kalau berkebetulan sampai kat tempat yang ada nasi arab kami suka tu. Next time lah ku senaraikan. 


Ni nak cerita nasi Arab kat Cameron Highland dulu, macam mana kami tercuba makan. Cameron Highland ni kalau makan, salah pilih, tak survey dulu memang cantas korang punya poket, beg duit pun rabak kes makan saja. Kalau sedap takpe, kalau tak sedap tu rasa ralat, rasa tak baloi, rasa ruginyaaa. Macam tu lah bab makan kat atas gunung ni, rasa pernah ku cerita kalau nak cari masakan, makanan pagi yang sedap kat Cameron Highland almost tak jumpa lagilah, itu kamilah. Sebab tu tiap kali naik Cameron Highland makan pagi kami masak, buat makanan sendiri lagi puas hati. Tapi untuk bab makan tengahari banyak sikitlah pilihan kat sana, kena pandai cari kedai makan je. Makan malam pun sama biasa kami buat steamboat kat bilik/rumah homestay je. Sejuk dah satu hal kat luar, nak bersiap-siap ke luar tu lah yang paling malas benornyee. 



Yang ku share ni pengalamanlah, yang tak pernah singgah makan, nak cerita macam mana, tak feel pulak, ahahaha. So kalau nak makan makanan yang mengenyangkan, puas hati, makanlah nasi Arab Al Raudah Arabian Food kat Tanah Rata. Lokasi kedainya mudah je. Dari bandar Tanah Rata tu, lalu depan balai polis, straight je sikit belah kanan ada deretan rumah kedai, kedai nasi Arab ni hujung sekali berdekatan CU mart, belakang Hotel Century Pines Tanah Rata. Nak senang bila order singgah makan nasi arab kat sinilah, cepat pun cepat. Yang penting memang nasi arab kat sini terasa rempahnya, menu pula ada pelbagai untuk sajian nasi arab. Tak nak makan nasi makan shawarma. Semua sedap. Nasi tak muak, rasa rempah arab termasuk daging/daging kambing/ayam memang terasa perapannya dengan rempah, takde rasa kosong macam certain tempat. 


Selain nasi dan lauk, tentulah sambal lada tomatonya yang sedap, cukup rasa lada, masam tomato. Kami kalau datang sini wajib minta cili hijau lebih, kasi padu dan ngam bila makan nasi selang seli gigit lada dan bikin menambah, grrr. Nilah yang buat punah diet, ahahha. Ohhhh dan yang lagi penting, harga nasi arab kat sini berpatutan dan dikira murah jugalah dengan portion yang di beri. Puas hati. Kedai bersih, teratur, dan tempat duduk makan selesa, tak bersempit-sempit. Pilihan kami yang anak beranak ramai ni, sebab tiap kali singgah takde lah ramai sangat orang sebab waktu/timing kami singgah luar dari waktu makan. Anak-anak pun selesa sebab takde pelik-pelik deco, simple tapi sangat okaylah. 


Kalau dah buntu sangat nak makan kat mana bila datang Cameron Highland, Al Raudah Nasi Arab ni wajib cuba, ku recommend sangat kat sini. Kalau jenis yang suka makan yang jenis lauk-lauk banyak bila waktu tengahari, ada juga restoren yang selajur je bangunan dengan kedai nasi Arab tu. Nasi Arab ni makan tengahari sesuai, makan malam pun sesuai. Tiap kali kami singgah sini, selalu je cakap, apesal takde orang ye, padahal sedap sangat menu-menu kat sini, kihkihh. 

11.14.2023

Luarbiasa

Tiga tahun kebelakangan ni banyak rezeki tak terduga. Banyak juga ujian tak tersangka, datang silih berganti. Bila datang ujian yang tak masuk dek akal, Allah ganti balik dengan rezeki luarbiasa. Dok fikir jugak, kalau ikut amalan diri sendiri pun sedih, apa pun tarak, aurat masih tak terjaga sempurna, ibadah pun takde buat lebih-lebih,pemalaslah kekdahnya, Allahu. Teruk nau nauu. Tapi satu je yang Ika perasan. Tiga tahun ni kami suami isteri banyak juga berkorban masa untuk balik kampung sekerap yang boleh. Bab duit tu tak payah habaq, memang lalu akaun je tiap bulan, dapat tengok dia maii lalu pun syukur dah, bab penatlah sebenarnya yang tak tahan, tapi setiap kali balik kampung entah kenapa penat dok dalam kereta hilang. 

Rasa-rasanya insyaallah tahun ni paling kerap, setiap bulan check in kampung. Semata-mata untuk tengok mak ayah, ma. Tengok muka mak ayah, ma dapat pahala. Nampak mudah kan?. Tapi sebenarnya payah. Susah untuk balik kampung kerap ni, memang menguji sebab banyak faktor. Kos semestinya. Juga banyak jugalah alasan lain yang kadang menerjah, yang buat in doubt nak balik kampung ke dak? 

Zaman sekarang pulak kos serba serbi mahal. Tol, minyak lagi. Tapi kalau didik diri benda tu bukanlah apa-apa berbanding syurga dunia yang kita miliki, kecikk je masalah tu semua. Mak ayah, ma kudratnya makin berkurang, masanya makin terhad, kita pun tak tahu sampai bila ada, tu jelah pengorbanan yang takde nilai pun banding dengan pengorbanan diorang untuk membolehkan kita lalui kehidupan hari ini.

Ika dan anak-anak pun seronok bila balik kampung. Rasa recharge, bersemangat. Tapi keinginan untuk merantau tu tetap tak padam. Sibuk kita tiada apa berbanding masa yang dihabiskan mak ayah kita untuk besarkan, didik kita selama puluhan tahun.

Singgah kubur abah baru ni, sebak rasa hati kerana memikirkan hidup didunia ni sungguhlah sementara cuma. Sementara masih ada doa yang mustajab dari mak ayah kita semua, baliklah jenguk selalu wajah tua yang mungkin akan kita rindui kelak. Kerana apa jua yang kita lalui hari ni tak mustahil datangnya dari keberkatan doa mak ayah kita jua. Rasa sempit, rasa bermasalah, refleks balik kat diri kita. Bakti kat ibu ayah ni jihad juga. 


Kalau rasa rezeki kita asyik bocor terutama suami, cek balik, terutama yang utama dulu, diri sendiri, isteri, anak-anak, ibu bapa. Turutan nafkah bila dah berpasangan macam tu lah. Amat memalukan ye bila manusia bergaduh bertumbuk, berdengki bab rezeki ni (ni kes berebut pelanggan), bermacam cerita lagilah kalau bab rezeki ni, sebab mereka-mereka yang ragu-ragu bab rezeki sememangnya tak faham betul-betul dari sudut agama, takde pendedahan, tak nak belajar dan ambil tahu. Orang Islam lagilah kena yakin bab rezeki ni dari Allah. 

Ku tak ingat dengar ceramah kat mana rezeki ni Allah dah tetapkan kat Loh Mahfuz lagi, sebelum kita terlahir lagi, bila mati tu, rezeki kita kat dunia takde dah, takde apa-apa dah nikmat, ujian dah Allah nak bagi kat kita, tu sebab ajallah menjemput. Selagi hidup, rezekilah tu, rezeki bernafas, jantung masih dup dap dup dap. 


Seringkali kita berharap rezeki Allah segera tiba. Kerana tidak sabar, tak sedikit yang menjemput rezeki Allah sampai menggunakan berbagai cara yang tak di redhai-Nya. Padahal setiap mahluk yang dicipta Allah Swt sudah dijamin rezekinya. 

Berikut rezeki Allah yang dijanjikan lewat lapan pintu sebagaimana tertulis dalam kitab suci Al Qur’an.

Rezeki yang Telah Dijamin
“Tidak ada satu mahluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya”(Q.S. 11: 6)

Rezeki Kerana Usaha
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya” (Q.S. 53: 39)

Rezeki Kerana Bersyukur
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu” (Q.S. 14: 7)

Rezeki Kerana Bertakwa
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya” (QS. At Thalaq: 2)

Rezeki Kerana Istighfar
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta” (QS. 71: 10-11)

Rezeki Kerana Menikah
“Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan karunia-Nya.”(QS. An-Nur: 32)

Rezeki Kerana Anak
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”(QS. Al-Isra: 31)

Rezeki Kerana Sedekah
“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak” (QS. Al-Baqarah: 245)


Cerita kami yang paling ingat sampai laa  bila balik kampung bawak duit cash RM50 ja masa arwah abah tetiba jatuh sakit, tawakkal betul time tu, pinjam kereta Viva, duit dalam touch & go dan duit minyak cukup-cukup untuk pergi dan balik. Alhamdulillah sampai, dan balik elok je, siap berganda pulak dapat bekalan makanan, dan bermacam lagi tak boleh nak fikir lojik kita bab rezeki ni. Memang luarbiasa. Bila datang bermacam alasan, though yang bukan-bukan untuk kami tak balik kampung, masa tu lah kami balik. Jenis reversed physco jugak, ahahhaha. Apapun merasa cukup dengan apa yang ada pun rezeki besar dah rahmat, alhamdulillah. Rezeki masih beribu bapa hingga kini pun alhamdulillah. Nikmat luarbiasa. 


#refleksdiri
#moodbalikkampungdatang





11.13.2023

2 vs 6

Betul ka, kalau kita ada anak satu dua, tak layak nak nasihat orang anak ramai? Habis macam mana yang kalau ada anak tunggal, terus tak layak nak cakap apa-apa ke pengalaman, tips apa semua? Tak fair kan hidup? Sebab tu dalam islam ada istilah lapang dada, ihsan, empati dan bermacam lagi akhlak untuk kita apply dalam kehidupan. Sebenarnya dalam hidup ni tak kisah tips apa-apa applylah mengikut kemampuan dan keberadaan diri sendiri, bukanlah memaksa diri rigid mengikut tips yang kita banyak baca, dan ikut apa yang orang lalui, ambil sebagai panduan supaya kita bukan menonong buat sesuatu. 


Kita semua tak sempurnakan, begitulah bab tips-tips, tips ni datang dari teori dan pengalaman, tapi bab praktikal orang yang akan dan lalui sajalah tahu bagaimana ia dilaksanakan, sesuai ke tidak,kalau buat kita makin stress, tak sesuai lah tu, kalau buat kita makin mudah uruskan anak-anak, haa baguslah tu. Kita sebagai pembaca ni bijak dan pintarlah dalam buat keputusan nak buat ke tidak, nak teruskan ke tidak, nak ikut ke tidak, ilmu ikut-ikutan tidak berguna hatta tak bermanfaat jika menimbulkan guru hara akibat melainkan go deep dan betul-betul fahami apa yang realiti didepan mata, teori pastinya jauh panggang dari api dengan apa yang praktikalnya.


Tambah pula tips bab anak-anak ni, tak semua terpakai untuk kita buat, apply. Anak satu tak sama dengan anak tiga, anak sepuluh tak sama dengan anak lima, semua berbeza. Ragam, kelakuan, mindset, suasana, dan pelbagai lagi faktor yang membezakan kita semua. Sampai satu masa, kita rasa kita dah buat betul, orang lain semua salah. Bab anak-anak ni kita buat jelah apa yang kita rasa terbaik supaya anak kita boleh berada dalam masyarakat dan bersedia bawa diri, jaga diri dan tidak beri kesan buruk kat orang lain hatta diri mereka sendiri sekalipun, mereka dapat berdepan dengan pelbagai tingkahlaku pun dah okay sangat, kelakuan masyarakat yang semestinya berbeza dari diri. 


Tak mudah ye zaman sekarang, tetiba kita nak salam dengan orang yang tak kenal pun kena tuduh bawak virus dulu-dulu, anak-anak kat sekolah pun diperingatkan sebegitu kat sekolah dalam tempoh lama juga siap kena marah lagi bila hulurkan tangan, hingga hilang sudah common sense bila jumpa orang tua, kena bersalam. Tetiba juga kena kata anak-anak muda sekarang takde adab jumpa orang lebih tua even yang tak dikenali tak bersalam sedangkan kita jugalah yang cuba menormalisasikan benda tu kat anak-anak kecil, even tempohnya sekejap, tapi impaknya bukan sekejap. Begitulah, kadang orang tak nampak puncanya, tahu nak judge saja. Tak lagi bab lainnya, sudahnya di tuduh ramai anak-anak muda hilang common sense. Makanya keluarlah pelbagai tips dari syurga belaka, tak ingat dah apa realiti yang kita buat, berbelit-belit. 


Pengalaman daku anak dua dengan anak enam memang jauh beza bagai langit dan bumi, bila mak-mak anak satu atau dua mengeluh, mulalah yang ramai anak merentan kata depa lebih perlu mengeluh dengan apa yang depa hadap, haiihla. Bila yang anak satu dua kasi tips, yang anak ramai mulalah menyindir perli tak layak untuk bagi pendapat, pengalaman. Toksiknya mereka yang sebegini, tapi alih-alih depa play victim kata orang toksik, part dia bertoksik dia buat buta. Tak kira apapun situasi keadaan, pengalaman, pendapat, raikan sajalah. Bergaduh-gaduh ni nak kemana? Tapi tak nak, nak juga berbalas-balas. Entahla labuu, bila fikirkan masa kat dunia tak lama mana, cepat-cepatlah kita ignore, jauhkan diri dari situasi tersebut tak kira di alam maya atau di realitinya. 


Ku pernah dengar ye orang tua macam mengejek-ngejek mak muda, alah baru anak dua dah tak reti jaga diri, tengok yang tu anak sepuluh pun macam anak dara lagi (pasal yang ditengoknya si fulan tu dulu kurus keding, muka flawless) bila anak dua 360° darjah jadinya. Ku geram nak menjawab bagi pihak si fulan, tapi memikirkan orang tua zip mulut, ikutkan hati dah penampor tawar sedass. Mana tak membara, iols pernah lalui pengalaman anak satu, dua sampai enam, the struggles handle two kids bukan kaleng-kaleng ye, kalah anak enam, sungguh. Lagi pulak kalau yang jenis,"eh, baru anak satu, dah macam-macam nak bagitahu orang". Ya Allah tolong sabarkan daku jumpa manusia sebegini. Apapun hidup bercampur gaul dengan kepelbagaian spesis keturunan manusia ni macam tulah, sebab tu dalam Al-Quran banyak sebut bab sabar ni, ganjaran orang bersabar bukan kaleng-kaleng. Bersabar dalam berpenat-penat pun, duniakan tempat untuk berpenat-penat. 


Begitulah bab tips ni, terguna pakai bilamana sesuai dan pemudahcara namun, perlu juga disesuaikan dengan realiti hidup hari-hari sebab semuanya tiga ratus enam puluh darjah berbeza. Nak tegur tak semua mampu terima, tak tegur kang, melarat-larat lurus bendulnya, so pandai-pandai sendiri lah jadi bijak pandai dengan terus mencari gali ilmu, kerana ilmu itu cahaya, tapi kalau dah hati keras macam tembok, cahaya pun tak pass nak lalu macam mana? Usahalah kikis tembok kasi runtuh, yang penting kita as parents sentiasalah belajar perbaiki diri, datangnya anak-anak untuk kita bukan untuk kita ajar anak-anak, tapi ajar diri supaya diikuti anak-anak untuk teladan kehidupan mereka pula. Hidup jangan jadi macam ibu ketam mengajar anaknya berjalan betul. Kena ingat kita ni pun akan menjadi pelajaran atau pengajaran untuk orang lain. Choose wisely, learn, do better. 


11.10.2023

Kambing Perap

Cerita tentang binatang atas daratlah pulak, habis cerita binatang dalam laut, sambung cerita binatang darat pulak. Dalam banyak-banyak Nikmat makan, ku syukur sangat Allah kasi nikmat boleh makan daging kambing, sebab memang ada ye orang yang tak boleh telan daging kambing, hamis dan berbau pelik. Ada macam-macam, ada yang makan jadi pening, ada yang makan naik darah, tapi alhamdulillah daku kalau makan daging kambing, bertambahlah jawabnya, tolak batu kayu je, ahahaha. Yang halal, sedap, rugilah tolak.

Anak-anak pun sama ku dah ajar depa makan daging kambing masa kecik lagi, pun jadi favorite depa gak lerr. Mungkin kita pernah lalui saat sukar, nak merasa daging kambing ni tak mudah ye. Sama macam daku, that's why sangat menghargai makanan, ku masih ingat lagi kambing tersedap yang pernah Ku makan dulu, dengan view satu KL yang cantik, masih melekat diingatan rasa kambing tu. Lamb Shank namanya, kat Restoren Haven ampang. Dah tak wujud pun Restoren tu, tutup akibat dek tanah runtuh kawasan tersebut. At least pernah ada kenangan melihat pemandangan malam kat sana sambil menikmati daging kambing yang sedap. Masyaallah. I love city view, sekali sekala, the lights, the noise tapi tak boleh lamalah. Sehari dua okaylah. 


Dan kedua rasa kambing sedap dekat Restoren Al-Rawsya. Sekarang kambing bakar favorite Pak Mat Western la setakat hari ni, bukan sebab apa pun, sebab antara daging yang lembut, empuk bila masak. Ku dah banyak juga makan kat cafe dan restoren yang serve lamb grill, kebanyakannya mengecewakan sebab almost keras nak tercabut gigi bila makan, tak lagi bab kunyah, lenguh habis rahang mengunyah untuk kasi telan. Rasa not worth it sekarang kalau pergi cafe lah apa pun, hipster tak hipster yang ada lamb grill, memang buat rugi je kalau order lamb grill. 


So the best and worth sekarang beli kambing pak mat western je. Certain orang mungkin tak masuk lah sebab perapan kambing Pak Mat Western agak manis jugak bagiku, tapi still okay, boleh adjust rasanya. Sepaket pun puas hati, untuk kami satu family lapan kepala yang semuanya suka kambing, 2 paket 500gram kambing perapan dah mencukupi, sedang elok, harga 2 paket tak sampai seratus pun. Buat potato mash, fries, salad sendiri, dah lengkap satu hidangan kambing grill sepinggan sorang, memang jimat. 


Pernah juga ku beli kambing frozen yang siap potong tu, konon nak perap sendiri, apa tak sedap wehh, sebab bau hamis tak hilang dan kuat jugak baunya. Entah camnelah Pak Mat Western buat hilang bau tu. Lepas pada try buat sendiri tak jadi, senanglah sekarang, beli yang dah siap perap je lah, settle! Buka paket bakar je. 


Pernah buat kambing bakar masa aqiqah anak, seekor tak cukup ye, dua tu sedang elok, punya ramai rupanya peminat daging kambing ni, lagi pulak yang bakar. Kalau nak jamu kambing, family ku saja pun dah seekor, tak campur jemputan lagi, punya ramai anak-beranak. Tapi time jamu kambinglah, jemputan memang ramai yang datang, kira special betullah bila jamu kambing ni. Nak makan kambing kat kampung, tunggu masa aqiqah anak-anak lerr. 


Sekarang asal  cerita nak makan kambing bakar cari je kambing perap Pak Mat Western. Apapun ini bukan iklan berbayar, just sharing kesedapan dan puas hati layan makan kambing Pak Mat Western. Hahh, bab makan ni ada je ideanya kan? Pastu bilang nak kurus..... 

11.09.2023

Layaran HQ Besut

Sampai kat Besut lalu ikut Jeti Besut mengimbau memori Pulau Perhentian, memang berzaman dah tak pergi Pulau  belah sini, bila plan nak pergi asyik beranak pantang ulang sampai yang ke6 keluar, tak sampai-sampai lagi Pulau Redang. Takpe, nanti sekali harung kita jejak, tunggu anak bongsu besar sikit. Sekarang tahan sabor je dulu, nikmati yang mana sempat dulu.

Tak sengaja juga jumpa iklan Chalet ni kat area Besut, tak tahu tang mana, tapi bila pergi memang puas hati sebab ku ambil 2 bilik yang interconnecting, harga tak sampai RM200 pun, masyaallah memang great deal betul. Dari bersambung mandi kolam kat Sekepeng Penarik anak-anak sibuk nak mandi kat kolam sini pulak. Masa kami sampai tu takde orang pun, kami je, sebab tengah minggu kan? Hihi. So harga pun ikut rate weekdays la kot. Kolam kat sini kurangnya satu je, tinggi! Kena menapak naik tangga nak ke kolam, dan dalamnya boleh tahan jugak untuk budak-budak. Kolam budak ada dua section, sebelah cetek takat pinggang, sebelah dalam sampai dada budak-budak. Kolam dewasa lagilah, maybe dalam 1.3meter. Kalau ikut ketinggianku memang hapus terus la sampai kepala, memang target orang mandi sini yang dah pandai berenang atau mandi pakai life jacket untuk safety. 

Bab bilik pula sangatlah luas, katil lebih dari mencukupi, dan yang penting fasiliti kat Chalet lengkap. Malam kalau tak nak keluar, ada cafe kecil kat lobi, ada kerabu megi, megi tomyam, masakan goreng panas simple, lokceng, serta air minuman. Kalau tak nak keluar bilik, nak stay makan kat chalet pun takde hal. Nak request tempat BBQ pun depa layan. Depan chalet ada beberapa pondok berhadapan pantai, nak lepak situ pun okay sangat sebab masa kami datang tu bulan penuh, cantik sangat view malam dan sunrise. Nampak jelas pulau perhentian kat depan chalet. 

Kalau nak pergi Pulau Perhentian, balik hari, chalet ni antara yang terdekat juga dengan Jeti Besut. Nak cari makan area sini pun senang sebab berada antara centre pekan kecil Besut, tempat pelancong bertumpu, hujung minggu ada pasar pagi kat jalan depan berdekatan Jeti. Ku pilih kat sini sebab nak ajak mak ayah makan kat Zul Ikan Bakar Besut. Dah check in semua dah lapar terus lunch kat bilik. Siap makan, anak-anak bising dah tak sabar nak mandi kolam, panas merelip pun terjun kolam juga, layannn. Siap mandi terus bersiap untuk makan malam, 

Kat Zul Ikan Bakar memang Ikan dan segala lauk dari laut memang segar bugar baru naik ke darat. Memandang kami singgah makan kat Penarik kelmarin dulu tak memuaskan hati, alhamdulillah dapat makan kat Zul Ikan Bakar ni sangatlah berbaloi dan puas hati sangat. Alhamdulillah ada rezeki bawak mak ayah makan sini, famous dan menjadi pilihan sebab kesegaran seafood. Fresh padu dan sangat murah, memang boleh repeat. Puas hati anak-anak makan udang segar, best sangat. 

So balik malam dah, kekenyangan, fikir nak tidur jelah. Tapi anak-anakku selagi celik mata depa lapar, nasib ada jual makan kat little cafe di Chalet ni, order waffle satu sorang, alhamdulillah dah kenyang semua tidur, sebab esok nak selesaikan misi nan satu tak settle lagi iaitu makan nasi dagang. Pagi esoknya kami bersiap-siap mandi awal, anak-anak dah tak nak mandi kolam pasal petang depa mandi kat kolam tu angin pantai kuat sangat, takdan 2jam depa mandi dah menggigil kesejukan ditambah angin. Jadinya kami checkout awal untuk ke kedai makan pagi yang tak femes tapi paling sedap, ayahkulah yang bagitahu, kalau nak datang makan nasi dagang, makan kat sini, tak ramai orang tapi antara yang tersedap. Ku pun tak tahu nak mention kat mana tapi dekat sangat lah dengan pasar pagi besut tu. Siap makan kami bertolak balik je, sebab banyak hari dah tinggal Oyen dan  chiko kat rumah, harap depa tak merempanlah kena berdikari. Lagipun hari jumaat nak kena sampai sebelum masuk waktu zohor. Alhamdulillah that's our wrap for Terengganu roadtrip  5 days 4 night , moga Allah izin lagi bawak mak ayah roadtrip dikala mereka masih sihat dan bertenaga. Amin



11.02.2023

Nasi Kerabu Tumis Budu Kelantan Mudah dan Sedap

Nasi kerabu ni memang antara menu pilihan dan kesukaan tak tunggu tika bulan Ramadhan je. Kalau dapat maka  hari-hari masa breakfast, heaven uiii. Nak cari kat Bazar Ramadhan memang takde yang kena dengan selera sendiri. Kalau kat Kelantan boleh kata breakfast menu setiap hari sebab tak pernah boring menu yang satu ni. Tapi dah kalau duduk bermastautin kat luar nak cari yang sedap dan ikut selera sendiri agak payah juga lah. 

So the best way, kena buat sendirilah. Nasi kerabu kelate version yang Ika buat ni paling simple dan yang penting tahan lama insyaallah sambal kelapa tahan sampai ke sahur malah boleh disejukbekukan. Sebab ianya dimasak.

Average hour buat nasi kerabu ni sama dengan buat nasi ayam dalam 1 jam. Beza bahan je. Senang sangat kot buat nasi kerabu. Ni resepi sangat mudah tapi menyelerakan, yang penting puas hati makan. Nasi kerabu akhir zaman ni dia punya mahal memang melampau lampaulah, tapi tak boleh nak kata apalah sebab tengok juga bahan mentah lani, berpeluh sekali membeli. Jadi memang setiap kali buat ada hasil masakan yang tak habis ku bekukan, jimat banyak kalau nak repeat makan. 


Sebab sekali buat memang buat lebih bab condiment tu macam sambal kelapa dan tumis budi, nanti nak makan lagi je defrost je then sediakan ulam, budu, sambal lada dan tanak nasi je. Okey je makan yang reheat ni, yang tak boleh tu apa boleh buat kena rajin jelah, macam daku alhamdulillah perut takde masa lah, semua telan apa yang boleh dan halal. Lagi pula makanan yang masak sendiri, lauk tak habis kalau banyak sangat ku simpan, kuah lebih simpan freeze, nak guna masukkan lauk lain je. 


So meh kita buat nasi kerabu hari ni, sekarang sebungkus nasi kerabu kalau caj RM8-RM10 tu biasalah, tengoklah cara nak sedia pun, bahan mentah lagi, memang boleh tahan mahal dan ambil masa kalau nak makan, tu sebab berbaloi buat sendiri. Selamat mencuba. 






11.01.2023

Hujan

Rintik-rintik hujan memang membahagiakan hati. Sekarang musim hujan kan? Ku tak tahu nak cakap tentang perasaan kat hujan ni, ada orang suka dan tak suka bila musim hujan, lecah, renyah, basah, yang pasti ada yang tidak menyenangkan dan komplen bila hujan turun. Ku pun kadang terkeluar bab komplen bila cuaca basah, kain payah keringlah, lantai kotorlah, macam-macam kadang-kadang terlepas kat mulut, kat lintasan hati, astaghfirullah, huu. Manusia cemtulah time panas berdenting, minta hujan, time hujan minta panas, paggg kan! Tak pernah elok apa yang jadi. Sedangkan hujan ni banyak nya nostalgia dan memoriku.

Dalam banyak-banyak memori paling ingat masa umur darjah empat ke lima, ku pergi ke padang(bukan padang sekolah) hanya panggilan untuk hujung jalan kampung ku melalui sawah-sawah padi hingga ke hujung jalan yang disambungkan dengan jambatan menuju ke kawasan sawah padi yang lagi luas (kami bahasakan padang) . Disuatu suatu hari yang cerah, petangnya angin mula bertiup sederhana, dan awan mula bertukar dari putih ke warna kelabu gelap, tapi hujan  tak turun lagi, daku dengan pak saudara yang bisu, berjalan kaki ke padang, cuaca dan suasana ketika tu sangat membahagiakan, ku depangkan kedua tangan sambil menikmati angin sepoi sambil tersenyum. Sambil tu jugak " Pokdik, buat camni" sambil suruh pak saudara depangkan tangan juga sambil berlari pusing-pusing menikmati angin . Pokdik hanya mengikut dan terkekeh-kekeh ketawa mengikut kelakuanku. How can't I describe the feeling, yang pasti alhamdulillah for that feeling and memori, masih kuat melekat kat jiwa dan sanubari, bila nak balik tu hujan lebat turun, kami berdua berjalan, kadang berlari anak menikmati hujan sambil bergelak ketawa dalam air hujan. Puas, gembira, sejuk ke tulang sum-sum tapi best. Tulah memori dalam hujan yang membahagiakan. 


Begitulah juga impak hujan dalam hidup ku. Tu sebab bila musim hujan ni anak-anak teruja sebab boleh main hujan. Asal ada peluang ku kasi depa main hujan tambah bila hujan lebat. Memang seronok main hujan sebab takde sebab. Yang pasti kalau bila hujan lebat, anak main hujan pasti badan depa lebih okay dari sebelumnya, yang lama-lama batuk jadi okay, yang lama-lama berhingus jadi okay. Begitulah rahmat Allah dari hujan. Musim hujan lebat ni, bila takde kilat guruh, memang bersorak lah anak-anak sebab depa tahu boleh mandi. Dengan yang kecik sekali pun dah advance mandi hujan. 


Lepas mandi hujan, masuk rumah mandi air suam, pakai baju, depa cari makan, memang dah standby siap-siap makanan. Macam turutan dah, lepas siap mandi kolam/hujan wajib perut lapar, makan seadanya, lepas tu sambung main version sesama sendiri pulak, yang pasti depa lagi relax lepas mandi hujan. Tidur awal dan lena. Sekarangnya giliran atuk nenek depa plak tak boleh tengok cucu-cucu mandi hujan, risau demam, mereka dah lupa bagaimana anak-anak membesar dulu terlepas bebas menikmati hujan bila tiba musimnya, ahahaha. What a life. 

Floral Park Cameron

Datang Cameron Highlands ni banyak memori kami kat sini, dari awal kahwin, sebelum masuk ke rumah sewa, kami sempat singgah menikmati hawa sejuk angin gunung ganang dan cuci mata dengan kehijauan daun teh. Tidur semalaman turun terus sampai rumah, cuci kaki masuk rumah sewa, pasal kereta yang kami bawa angkut semua perkakas rumah complete, kereta pinjam dengan ayah, even sekarang masih pinjam tapi dengan orang lain pula, jenis takdak harta cemnilah, ahahaha. Jadi tak sempat honeymoon bagai sebab dalam kepala aim nak setting rumah. Kali kedua sampai bila dah ada anak sorang, datang bertiga, kemudian family day, kemudian dah tak terkira dah bilamana kami naik balik hari je kadangnya. Masyaallah nikmat bila menghargai apa yang ada dekat kita sendiri. Dulu asyik nampak yang jauh je tempat nak berjalan baru syok, sekarang asal sempat keluar je mana-mana pun semua gembira tak terkata. 

Dari rasa boring, tak suka Cameron Highlands ku jatuh cinta teruk, even orang kata kat Cameron highlands takde apa, boring, tak tahu nak pergi mana, nak buat apa, but for us Cameron highlands beyond than that in our memory termasuk anak-anak. Orang kata mahal Cameron highlands, betullah tu, tapi for me still worth it kalau dibandingkan dengan Genting highlands, sebab suasananya lebih harmoni, masuk dengan jiwa iolss. Antara tempat ku rasa berbaloi masuk Floral Park ni even mahal ticket RM50 perkepala, time anak-anak kecil ni, bawakleer, sebab depa free je. Jimat poket, dapat masuk sekali pun okaylah, at least dah pernah masuk kan? 

Lepas beranakkan si Haniy dapat lah panjat gunung masuk Floral Park ni, nak datang sini dekat je dengan people's attracting centre points iaitu Kea Farm, dan sangat dengan Kea Farm Garden Guesthouse. Kalau dah stay kat Kea Farm Garden tu, boleh jalan kaki je ke tempat berkumpul naik jip untuk ke Floral Park. Nak ke Floral Park memang tak boleh guna private car sebab jalan naik ke sana sangatlah tak cantik, berbatu, berbonggol-bonggol, melantun-lantun even dah naik jip depa, punya teruknya jalan, so kalau dah adventure macam tu dari mula, memang worth it sampai kat muka pintu Floral Park, turun je dari jip wangi semerbak bau wangi bunga-bungaan menerpa lubang hidung, perghh. Wangi, apatah lagi mata dijamu dengan keindahan warna warni bunga. Subhanallah, cantik sangat tak puas mata memandang. 



Dah sampai, nak masuk park, kena lah bayar tiket dulu. Untuk budak 12tahun ke bawah tiket free je, untuk dewasa RM50/kepala. Dah dapat masuk lepas ticketing passing gate, bolehlah terjah tandas dulu, ooh ye lepas bayar tiket tu kita dapat maps floral park, part attraction bahagian mana, boleh plan mana dulu nak pergi. So we decided panjat gunung bunga dulu, pick to the highest point okey, ku masa turun jip tu pun dah ternganga tengok jalan menaik ke tempat ambil tiket, pikul hana kot dalam babywear, nak sampai puncak, ya rabbi, betul ke tidak buat decision nak ikut sama, ingat nak tunggu depa panjat gunung, ku pusing kea farm aje, tapi itulah, benda tak pernah tengok, nak juga feelingnya, sudahhh ku tahan jebat perasaan berbelah bagi nak teruskan ke tidak. Anak-anak dah excited kenmain dah, maklumlah energy drive tinggi, puncak gunung small the pieces je untuk depa. 

Nasiblah pemandangan tak kalahkan inner motivation untuk teruskan niat naik ke puncak, ku okay lagilah, tak boleh nahan tengok yang pakai dress, gaun dan bermacam fesyen lagilah yang glemer nak panjat anak gunung oihh. Kental nohh depa ni, ku berdekahh tengok sep-sep depa sambil mengeluh, sakit kaki, komplen tinggi, tapi yang paling tak tahan depa pun berdekah gelakkan diri sendiri sambil dok repeat cakap kat diri kuat-kuat gambar cantik kat atas, gambar cun mantap kat atas, panjat lagi, you can do it, punyalah masing-masing kuatkan semangat panjat anak tangga sebanyak dua ratus lima puluh lebih. Part yang ni lah kebanyakan dok bergelak ketawa kes sakit kaki, yelah tak pernah hiking ke apa tetiba bantai buat terlebih cardio workout version anak tangga, memang nak putus nafas abiskan semua anak tangga, hahahaha. Daku pun lagilah sambil pikul anak, hahaha, kenapa tak bagi suami bawak? Sebab dia pun nak bawak diri double termengah-mengah dari daku, wakakka. 

Punya haukkk dua-dua teruk bab stamina. Daku dengan pikul baby seberat 7kilo,rasa nak tercabut kepala lutut kaki panjat gunung bunga ni, sejenis gigih belaka instagram photo punya gambar, panjat gunung pakai ootd berskirt bagai. Behind the scenes nak putus nyawa belaka dok panjat tangga. Dah lelah naik tangga satu hal, nak tangkap gambar pun satu hal lain pula. Adoii tobat nak mengulang pergi tempat cantik ni, memang tak masuk list dah, ku kena fikir berjuta kali kalau ada yang ajak naik pulak, melainkan dah fit kot diri sendiri pulak ajak suami ahahaha. So turun tu kami cakap, syukurlah buat pilihan betul panjat anak tangga dulu, kalau dak lenguh dah pusing bahagian bawah, tengok atas dah surrender. Kami turun tu rest sekejap, lepas kan lelah, duduk santai-santai, kalau yakin nak beli makanan kat situ belilah, kami tak, so takat beli air mineral ja. Sambil tu usya tangga bunga yang viral orang dok ambik gambar tu, beraturrr tunggu turn wehh. 

Ku dah malas nak ambil gambar tapi memikirkan lain kali belum tentu lagi repeat datang, makanya gigihlah juga beratur atas tangga dengan anak anak-anak untuk bergambar, lepas tu sambung pusing bahagian bawah pula, pun boleh tahan dia punya penat tu, tapi pemandangan tu yang tak menahan cantiknya. Jadi hilang habis kepenatan panjat anak tangga. So berbaloi ke pergi Floral Park ni? Subjektifnya berbaloilah untuk daku, nak tunggu sampai kat oversea bila musim bunga entah sampai ke tidaknya, dapat datang tengok bunga kat sini pun jadilah, ahahaha. Katanya pun yang latest dah kena charge untuk budak-budak RM10/kepala dari umur 4-11tahun, nasib jugaklah dah pergi masa depa free of charge. Next time nak masuk sini daku anak enam dah kena habis RM200 saja untuk satu tempat cemni je, perghh. Mahal sungguh harga untuk healing. Begitulah. Nak repeat, mungkin RM200 tu dah siap dapat makan ikan patin tempoyak dah sekali dengan tempat tidur, alahaiii. Jadinya simpan dululah memori yang ada ketat-ketat, hahaha. 


Tips datang sini bawa orang tua atau anak-anak, 
1. Tak payah bawak stroller, sebab sang at menyusahkan, anak tangga banyak, even ada jalan khas untuk pejalan kaki yang berlantai rata, still juga ada anak tangga. Jadi nak datang sini bawa anak kecil sangat tak berbaloi. 
2. Kalau bawa orang tua mungkin boleh je kalau yang takde masalah kena duduk atas wheelchair, sakit kaki/lutut. Macamku mak mertua willingly nak panjat dan memang sampai ke puncak even your dah 60++ sebab semangat Dan 'angin' orang tua nak berjalan-jalan, terms segar bugar, hihihi.
3. Bab makan kat sini, ku tak yakin walaupun muslim friendly, sebab ku dah tanya halal ke tak, depa tergagap-gagap nak jawab, so was was terus. So masing-masing punya choicelah, tambah kalau bawak budak-budak make sure depa dah kenyang, takdelah meminta bukan-bukan. Setakat beli air mineral tu okaylah tu pun harga kayanganlah kat dalam tu. 
4. Better datang sebelah pagi, cuaca tak panas lagi dan masih okay untuk memanjat, ohh dan sebaiknya dah setting siap-siap nak datang ootd kat sini prepare mental fizikal, dapat berlatih naik turun tangga rumah 4 tingkat okaylah, kalau dah mengahhhhh weii.

Tu jelah.