Showing posts with label bersalin. Show all posts
Showing posts with label bersalin. Show all posts

Vericose Vane Masa Mengandung

10.26.2022

Pengalaman pertama alami vericose veins atau dengan kata melayunya urat biru betis timbul memang menakutkan bila mengandung anak ke-enam ni. Selama mengandung ni, anak ke-enam ni paling seksa, derita sepanjang mengandung. Batuk sejak mula-mula awal trimester sampailah lahir anak, baru batuk settle. Selama batuk sepanjang mengandung tu apa ubat, remedi, ulang alik klinik, tak selesai juga masalah batuk. Memang seksa betullah, tu yang serik sungguh rasa mengandung si bongsu ni. 



Apa dia urat simpul ni? Urat yang sihat punya injap sehala untuk bantu darah mengalir kembali ke jantung. Masa kita berjalan tu otot betis akan mengepam darah ke jantung manakala injap berfungsi menghalangnya daripada mengalir ke bawah. Bila urat simpul ni jadi, injap sehala ni akan terganggu dan sebab itulah darah berkumpul kat urat yang meregangkan dinding vena dan urat jadi bengkak, berpusing dan timbul. Biasanya memang 70% ibu hamil alami benda ni sebab berat badan yang bertambah akan tekan urat yang mengalirkan darah ke jantung. 


So perasan urat betis timbul sejak trimester ketiga dah sebab masa tu kaki tak boleh tahan berdiri lama, jalan lama, dia punya sakit tu lain macam. Jumpa doktor pun kasitahu normal bila mengandung. Walaupun sejemput kecil urat biru yang timbul, untuk first timer mommy yang alami benda ni, memang merisaukanlah. So mengandung kali ni banyak bertungku, berurut (dengan bidan professional urut ibu hamil) anak dah lahir pun, habis pantang tetap teruskan bertungku. Alhamdulillah bila habis pantang urat biru tu dah hilang terus kat betis. Biasa urat-urat biru timbul kat betis ni, nampak kat orang-orang tua warga emas je kebanyakannya. Tapi since dah alami benda menyeramkan ni, lepas berpantang ku konsisten ambil suplemen dan teruskan pantang mode even dah habis tempoh pantang terutama bertungku. 


Banyak faktor sebenarnya yang buat urat simpul ni jadi terutamanya kepada ibu mengandung, antaranya:-

Keturunan
Peningkatan Usia
Hamil
Berat badan berlebihan 
Pekerjaan yang memerlukan berdiri lama
Kurang bergerak
Mengambil pil perancang

Sepanjang trimester tiga tu memang menanggunglah, sebab kadang sangat susah nak berjalan, dia punya sakit tu dari betis pergi ke pangkal peha. Nak atasi sakit urat simpul ni memang kena aktif bergerak, tapi sudahnya kalau nak bergerak pun sakit, so macam mana? Nak angkat kaki pun rasa berat macam bawa batu bata sangkut kat kaki. Kadang kala rasa berdenyut dan kejang masa berjalan. Tu yang tiap kali balik kampung masa mengandung ku mengurut, legalah rasa sakit kaki, kalau tak serba tak kena, bangun tak kena, baring tak kena, semualah rasa tak kena, hahaha.


Tambah batuk teruk sepanjang mengandung, doktor syak pun batuk tu alahan masa mengandung sebab berkali-kali buat test covid pun semua negatif. So redha jelah hadap sepanjang mengandung batuk dengan urat simpul. Duo dua benda tu pun dah teruk sampai menangis dia punya sakit. Tiap kali batuk dan sakit kaki bagitahu tak nak mengandung dah, bila nak beranak ni, dah tak tahan punya pasal. Biasa anak-anak ku semua lahir awal, alhamdulillah yang ni cukup term pulak plus azab alahan, alhamdulillah Allah mudahkan saat kelahirannya. 


So mommy yang alami urat simpul ni pastikan cukup ambil magnesium, ku mengakulah mengandung kali ni liat sangat telan suplemen, buat green juice pun sampai trimester kedua dah, lepas tu semua fasa malas telan, malas jalan, tahu nak tidur je, tu yang berat mengandung si bongsu ni antara paling berat badan naik sampai 85kg,tak pernah dek hayat naik sampai gitu. Serik betul, penangan malas padan muka sendirilah. Dah enam bulan budak ni membesar, alhamdulillah berat pun sekata je turun sambil menyusu badan. Even belum cecah angka 5 kat depan, insyaallah next year sempatlah kot ye capai berat badan impian. Insyaallah amin. 


Selain tu pastikan masa mengandung aktif bergerak, orang kata kalau mengandung kena rehat, memang terbalik punya sifirlah tu. Kena aktif ye mak-mak mengandung ni, sebab mak yang aktif akan mudahkan kelahiran anak. Kelahiran kali ni sempat tengok anak keluar elok, dapat pegang anak on the spot lepas lahir penuh lagi badan anak dengan vernix caseosa, bau dia pun teringat-ingat lagi, dapat menyusu anak berjam-jam, dan dapat tolak dengan baik segala jarum-jarum yang tak perlu kat baby. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya walaupun keseorangan dalam labour room. Suplemen yang ambil masa mengandung pun order iherb je. Senang, sangat berpatutan dan berbaloi. Jaga kesihatan ye mommy semua tambah-tambah jika mengandung. Latest baca share dari Doc Zulkifli, terus rasa seram, memang panjang umur betul daku, ada rezeki lagi menikmati segala nikmat di dunia, Allahuakbar. Alhamdulillah. 




Officially Mama Anak 6

10.25.2022

Celik pejam celik tahu-tahu anak dah 6 bulan semalam, punya sibuk handle anak-anak dan rumahtangga, memang penat sampaikan tak sedar masa terus berlalu. Asal niat nak aktif menulis, ku beranak..arghh ghisau, ghisau!hahaha.. so perkenalkan budak bertuah Azra Hana ni lahir 24 April 2022. Memang tahap kamikaze punya rebel dah mama sepanjang mengandungkan Hana, Allah je tahu setiap saat yang mama lalui sepanjang mengandung. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya dari saat nak melahirkan hingga tuan badan keluar. Even suami tak boleh masuk teman, alhamdulillah kali ni memang fast active Labour, tak sempat ubat masuk, baby dah keluar. Since dah keluar anak nombor 6 ramai pula cakap kasi cukupkan 10orang. Amboii, macam berak cirit gayanya nak beranakkan sorang budak dibuatnya. Apapun thank you yang doakan, sekarang ni alhamdulillah cukuplah apa yang ada, fokus nak besarkan anak-anak dah. Sudah hilang dan takde keinginan dah nak tambah anak seiring dengan pertambahan usia ni. 


Setiap anak-anak ada komitmen kita masing-masing ke atas mereka, so cukup-cukuplah hendaknya dengan yang ada syukur alhamdulillah, amin. Makin besar anak makin besar jugalah komitmen kewangan, perhatian, didikan. Tak cukup dengan sedia makan saja sebab ini misi membina 'manusiawi'. Ada orang tak kisah berapa ramai anak, berapa orang anak, asal boleh, tapi yang planning je tahu kemampuan masing-masingkan. So alhamdulillah tahun 2022 Allah completekan semua 'lifeplan' yang satu ni. Next plan moga Allah permudahkan segalanya, yang penting usaha dan jangan putus doa sajalah. Harapan, doa, usaha, yakin, sabar, tak putus asa dan sewaktu dengannya kerana dalam garis hidup yang tak punya tempoh diketahui, selagi ada peluang dan masa tiada istilah terlewat untuk mulakan sesuatu kerana saingan hidup kita hanya diri sendiri dan nafsu sahaja. 


Asal anak bertambah je, baru terupdate blog ni ye, ahhh heran sungguh, power of child eh! Apapun may Allah ease whatever my plan, thank you reader yang turut sama mendoakan. Satu cara yang mudah untuk kita berbuat baik kepada sahabat Muslim kita ialah dengan mendoakan mereka dengan kebaikan. Rasulullah SAW menyebutkan bahawa orang yang mendoakan kebaikan kepada saudara Muslim yang lain tanpa pengetahuannya, dia juga akan mendapat doa Malaikat:
عَÙ†ْ Ø£َبِÙŠ الدَّرْدَاءِ Ù‚َالَ Ù‚َالَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ Ù…َا Ù…ِÙ†ْ عَبْدٍ Ù…ُسْÙ„ِÙ…ٍ ÙŠَدْعُÙˆ Ù„ِØ£َØ®ِيهِ بِظَÙ‡ْرِ الْغَÙŠْبِ Ø¥ِÙ„َّا Ù‚َالَ الْÙ…َÙ„َÙƒُ ÙˆَÙ„َÙƒَ بِÙ…ِØ«ْÙ„ٍ
Daripada Abi Dardaa RA, Rasulullah SAW bersabda: ‘Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: ‘Dan bagimu kebaikan yang sama.’ (Sahih Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Maka, doa seorang Muslim kepada Muslim yang lain tanpa diketahui sahabatnya lebih mustajab.



Notes: Sebenarnya nak update kronologi kelahiran sekali, apa dah terlupa banyak part, berat anak masa lahir pun ku dah blurr, Ya Rabbi (tampar diri sendiri), dah ingat nanti ku edit balik. Allah, berat sungguh sindrom mak anak 6 ni, hahaha

Tips dan Idea Menu Makan Ketika Berpantang

4.02.2021

Ramainya ibu-ibu nak berpantang lepas bersalin tahun ni. Seronok tengok baby kecil ni tambah lagi yang baru lahir. Wanginya lain macam. Biasa yang nak berpantang ni wajib dah ready lebih untuk anak biasanya. Ika pun macam tu dulu, lebih kan preparation untuk anak, tapi belajar dari pengalamanlah, sejak dari anak kedua Ika lebih kan preparation untuk diri sendiri dah. Set berpantang Ika sediakan yang terbaik untuk diri sendiri, sebab Ika niat nak menyusu badan penuh untuk anak, Jadi self preparation untuk diri lebih penting, sebab ibu yang sihat cergas bertenaga sangat penting dalam tempoh berpantang. Ika masa anak kedua memang penat ya Rabbi, sebab nak jaga anak sulung at the same time struggle menyusu anak kedua. Memang letih penat takleh bincang, emosi teruk mental breakdown akibat keletihan. Mommy berpantang memang kena ada tenaga ye, sebab nak pakai barut, bertungku tu semua pakai tenaga sendirilah, upah orang boleh tapi kena standby kos lebih lah. So masuk anak ketiga hingga kelima memang Ika buat habis baik untuk diri sendiri sembuh fizikal emosi selepas berpantang. Memang happy betul pengalaman habis pantang tiga anak-anak terakhir ni sebelum tutup buku episod beranak.

Set bersalin Nona Roguy dan Shaklee

So mommy yang bakal berpantang memang kena buat cash plan terbaik untuk masa pantang, terutamanya kos makan semasa berpantang, ada orang layan salmon je sepanjang berpantang, atau ikan-ikan, lauk lauk terbaik untuk di makan sepanjang berpantang, good for moomy and baby, ikut kemampuan masing-masing. Kalau dah plan awal-awal memang semua lauk tu takde masalah untuk di sediakan. Lagipun lauk pantang lah paling mudah di sediakan, sebab guna konsep rebus, bakar dan kukus sahaja, bahan masakan pun hanya garam dan lada hitam, simple dan sempoi tapi sedap. Idea menu masa pantang ni banyak sangat, cuma bezanya bahan lauk yang digunakan, ada yang pilih-pilih jenis ikan yang nak di makan, ada yang taram semua ikut negeri masing-masing. Asal badan boleh terima makan jelah. Ika alhamdulillah ikut sahaja apa yang orang tua cadangkan dan adjust mana yang boleh dan mampu telan. Sekarang nak berpantang sendiri pun dah takde masalah sebab banyak pilihan sama ada nak ambil upah untuk confinement sepanjang berpantang of course dah pakej sekali dengan makanan, ataupun nak masak dan berpantang sendiri semua atas kudrat dan rancangan masing-masing.

Makanan kat hospital lepas beranak paling sedap

Tips untuk menyediakan makanan pantang mudah sangat, mommy just perlu ambil tahu lauk atau buah-buahan atau sayur-sayuran yang perlu di elakkan ketika pantang, ada orang cakap makan jelah semua sayur takde kesan apa pun, tapi kalau yang jenis ambil tahu dan cakna ada sayur dan buah-buahan yang tak sesuai diambil bergantung kepada tubuh badan masing-masing kerana ada yang ambil terus badan jadi berangin dan bentan. Biasa apa yang orang tua bagitahu ada logik ya untuk kita amalkan termasuk makanan dan lauk yang 'sejuk-sejuk', kalau orang yang ada Gerd memang kena elak makanan yang boleh buat badan tak boleh tolerate so jangan main sebarang taram je,modenlah kata kan. Nak mudah bahan utama dalam makanan berpantang ni wajib ada bawang putih, halia, lada hitam, kunyit. 

Mudahkan cara penyediaan menu berpantang selain menjimatkan masa dan tenaga untuk menyediakan menu, hasil menu untuk ibu dalam pantang lebih sihat. Makin kurang bahan perasa makin bagus sebab makanan yang tersedia adalah lebih sihat dan tak banyak bahan tambahan yang mungkin bagi kesan tak elok kat tubuh badan. Sekarang bila nak berpantang sendiri pun takde masalah kalau suami memang rela hati menawarkan khidmat buat isteri dalam pantang dengan menyediakan makanan untuk ibu berpantang makan, cara memasak pun mudah sangat dengan kukus, bakar atau rebus je. So takde dah alasan melainkan ada kos lebih guna food panda je, tempah makanan berpantang dengan hujung jari.


Nak idea menu lebih banyak pilihan, yelah takut boring dok makan menu yang sama, cari je kat cari #makananpantang, #makanpantangbersalin #makananpntangsihat, semuanya dah mudah. So tinggal kita je standby effort untuk buat semua yang telah kita rancang supaya tempoh berpantang lebih mudah, gembira dan badan cepat sembuh. Memang rindu makanan pantang ni, lagipun makanan pantang sepatutnya evergreen buat amalan makan hari-hari, lebih sihat dan asli tanpa banyak bahan pengawet dan perasa. So buat mommy yang bakal berpantang, boleh dah set menu awal awal menu pantang selama 40hari atau lebih. At least suami tak kelam kabut sediakan bahan. Selamat berpantang and enjoy the moments okay. 

Vbac dan Tanpa Koyakan Bersalin

3.14.2021

Alhamdulillah anak kelima baru merasa bersalin tanpa koyakan, tanpa jahitan. Perasaannya macam mana? Seronoklah haihh, sebab takde masalah bila berpantang tanpa koyakan ni, mudah lupa kita baru lepas beranak. Tak rugilah mak-mak, bakal bergelar mak masuk kelas gentle birth, nak hilang kan trauma bersalin pun kena rajin lah carigali ilmu dan tahu apa yang bakal kita lalui, cakna dan ketahui apa yang badan kita alami bila melalui fasa kelahiran bayi. Bagaimana badan bereaksi dan bagaimana kita mengawalnya. Ika tak layak pun bagitahu tips tapi just nak share pengalaman sendiri. 

Paling terpenting masa mengandung kurang kan manis dan gula dalam pemakanan terutama bab fast food dan processes food dalam menu harian. Belajar buat green juice, seriously green juice banyak sangat bantu tingkatkan kesihatan diri semasa tempoh mengandung. Mengandung kali kelima berat Ika alhamdulillah sangat terkawal, orang tak perasan mengandung sebab berat badan terkawal, tenaga at the best level bukan asyik melepekk je kerjanya. Yang penting anak kelima pun tetap nak lahir awal even semua dah kawal dan jaga betul-betul, redha jelah. Lagipun kita dah usaha buat yang terbaik. 


Ika pun tak sangka akan lahirkan anak pada 33minggu again, tapi yang menggembirakan berat anak dalam kandungan lebih dari 2kg. Yes, cukuplah sekali Ika lahirkan anak 1kg, yang lain memang Ika target semua above one kilogram. 
Jadi mak-mak preggy ni jangan jadikan alasan semua tak larat, sebenarnya bagus mak-mak preggy bertenaga dan aktif waktu mengandung, silap Ika sebab dah ajar diri dan badan manja waktu mengandung, kes takut berulang peristiwa, tak salah pun juga kalau kurang aktif masa mengandung tapi jangan asyik terbaring je. Otot otot badan kita selama 9 bulan tu perlu di latih supaya kuat sebab nak berjuang masa melahirkan tu, paling penting memang kena pergi cari ilmu kelahiran ni, bukan tunggu je budak keluar. Bukan tahu nak meneran je, kena tahu progress dan apa yang kita perlu buat mengikut situasi. Betullah kita ni ambil mudah semua perkara sebab zaman sekarang kan nak mudah cepat, tapi effectnya tak nampak sebab melibatkan emotional effect yang berpanjangan. Kita dah skip banyak natural proses yang Allah anugerah kan untuk seorang ibu. Bukan sedikit ye hari ini mak-mak lalui trauma kelahiran, ada yang sampai meroyan tapi tak sedar meroyan, zaman sekarang orang guna label lain. 


Antara tips untuk elak koyakan ketika bersalin, apa yang Ika amalkan buat brisk walk everyday, dalam rumah pun jadilah penuh kan 10,000 step setiap hari, orang yang tak mengandung pun wajiblah buat supaya otot-otot kita cergas dan kuat. Selain tu buat juga senaman kagel, kuat kan otot-onto pelvis. Lagi advance buat senaman squat sekejap mungkin. 


Kedua jaga makan, apa kita makan itulah badan dan bayi kita dapat so nak badan dapat yang baik-baik, makan lah yang baik-baik, kali kelima ni memang Ika konsisten makan Minyak kelapa dara dan Kurma. Adakah minyak kelapa dara bantu elak koyakan? Tidak sama sekali, minyak kelapa dara tu tingkat sistem imun diri sebab mommy preggy ni low imun so tambah dengan green juice tu Ika buat time nak minum, untuk boost energy juga tingkatkan nutrisi untuk tubuh badan, hehe. 

Happies mommy after birthing session
 
Ketiga jangan stress, jaga emosi. Masa nak bersalin most important tahu jaga dan kawal nafas masa contraction happens dan pandai cuti nafas nak meneran. Ni lah part yang paling penting, curi nafas. Nak berlatih curi nafas tu, macam sembelih yang tak nak keluar, perlukan nafas super panjang, so nak panjang nafas tu lama-lama tak boleh, kena curi nafas supaya bersambung-sambung. Korang kalau ada peluang untuk belajar dan topup ilmu dengan Doula, jangan lepaskan, dah banyak baca mereka yang join kelas doula ternyata lebih berssdia menghadapi saat kelahiran dengan lebih tenang sebab tahu proses yang akan berlaku ketika datang detik untuk melahirkan anak, jika kita dah power tentang ourself body, insyaallah everything will be smooth. Ramai bertanggapan negatif tentang doula ni, jangan mudah keji, kaji ok tak lah jadi manusia yang rugi, rugi pahala dah satu hal tak tahu apa-apa tapi sibuk nak kecam, rugi sebab tak faham badan sendiri dah satu hal. Bukan sedikit ye mak-mak yang alami trauma bila melahirkan anak, tak payah tanya orang lain, tanya diri sendiri je cukup. Kalau okay saja dengan trauma yang dah dilalui sebelum ni, lalui sahaja pengalaman sebegitu akan datang. Tapi jangan keji orang lain yang cuba upgrade diri dan cuba overcome that trauma dengan cari gali ilmu kelahiran untuk mengelakkan trauma ketika kelahiran anak. Memang niat if ada lagi rezeki untuk anak bongsu, nak join kelas doula mas. Seronok dengar pengalaman masing-masing enjoy sambut kelahiran anak tanpa trauma.
Join channel telegram untuk sharing tentang Gentle Birth : t.me/NotaDoulaMas
IG: doula_mas
Apapun last sekali Allah jua yang izinkan semua berlaku, so kena lah doa banyak-banyak, kita ni boleh usaha je, yang lain semua kerja Allah, minta Allah permudahkan segala urusan ketika bersalin. Masih kesian teringat jiran katil depan masa beranak anak nombor 5 ni, jiran tu beranak sulung, melepet macam kain buruk kat katil wad, sebab third degree tear, koyak sampai ke bontot lah maknanya, sedih dan tumpang simpati. Memang seriously beza mommy yang bersedia dan apply ilmu kelahiran dengan yang tidak. So sempena 2021,semua mommy tambah dan mohon cakna dengan tubuh badan sendiri tambah lagi bab mengandung bersalin dan menyusu badan, cycle yang nak tak nak bakal kita lalui once dah masuk alam perkahwinan. Alangkan kita nak mati pun kena ada persediaan apatah lagi bab-bab yang melibatkan tubuh badan kita sendiri. Ingat kita nak lahirkan manusia lain, so prepare for best ok. Good luck untuk yang menantikan episod kelahiran anak.



Asbab Jumpa Servis Confinement Lady Terbaik

7.05.2019

Dulu-dulu, pengalaman anak pertamalah, Ika berkira-kira sangat dengan diri sendiri. Perkara yang paling last Ika cari 'confinement thing preparation'. Rasa tak perlu pun. Sebab fikir dapat bertungku dan mengurut pun dah ok dan cukup dah. Tak payah membazir. Since pengalaman pertama banyak Ika belajar. So bila dah masuk anak kelima ni, tempoh berpantang adalah perkara pertama Ika fikir.

Nak beli dan prepare set mana masa pantang.
Nak ambil tukang urut selama mana bila pantang.
Nak prepare menu apa sepanjang pantang.
Jadual/rutin semasa berpantang


Semua tu submit kat suami, supaya suami pun tahu dan faham apa yang kita perlukan semasa dalam tempoh pantang nanti. Dan paling penting kita sebagai orang yang bakal berpantang nanti, dah prepare fizikal mental, dah visualize apa yang akan kita lalui semasa pantang nanti. Alhamdulillah since pengalaman 4kali berpantang, setiap kali berpantang, tempoh berpantang tu bertambah baik, dan Ika perbaiki apa yang perlu. 


Contoh macam pengalaman anak pertama, memang Ika tak berpantang mana, mengurut bertungku, makan pun tak jaga mana, so kesannya yang teruk masa mengandung kali kedua dah merasa. Lagi masalah plak anak meragam, payah nak tidur, kita sembelit masa pantang kali pertama dan kedua tetap Ika lalui, tak cukup kes anak pertama asyik meragam, perut kembung, stress sebab susu badan tak banyak, anak kedua pulak kita stress sebab susu sebab terlebih banyak, sampai demam akibat bengkak susu. 



Masa tu vitamin pun Ika tak consume hanya beli Nona Roguy yang loose item je, sebab memang perlu yang tu je rasanya pastu upah orang mengurut dan dalam 10hari je sepanjang pantang anak nombor dua. Tempoh pantang ni memang uncertainty problem yang bakal kita hadapi, so jangan kata, insyaallah anak tak meragam, insyaallah kita dapat banyak rehat, insyaallah tak sembelit punya. Salah ok. Any problem akan kita hadapi masa pantang, malah masalah yang kita tak jangka pun. Tambah lagi bila anak bertambah. Kita akan terlampau penat. Sebab apa? Sebab kita kena handle anak-anak yang lainlah selain dari handle yang baru lahir. Kalau suami dapat cuti panjang tu lain cerita. 



So bertitik tolak dari pengalaman yang tak best, pahit dan serba tak kena masa pantang kali pertama dan kedua Ika prepare yang terbaik untuk kali ketiga, bertambah baik untuk kali keempat dan lebih baik dan puashati untuk kali kelima ni insyaallah. Kali ketiga berpantang, alhamdulillah Ika syukur sangat dapat tandem nursing anak, walaupun penat, namun kesedaran dari awal pentingnya perihal pantang ni, sangat bantu proses pantang dan menyusukan anak dengan lancar. 


Tambah lagi nak handle baby baru dan anak-anak. Dulu dok fikir masa pantang tu lah nak rehat. Tapi rupanya dalam pantanglah banyak energy nak guna. So first thing semestinya sediakan keperluan yang dapat pulihkan tenaga secepat mungkin selepas bersalin dan support luka dan badan pulih cepat supaya dapat handle semua tulah. So untuk kali kelima ni, Ika lebih bersedia dengan much more better preparation untuk dalaman dan luaran.

Persediaan Vitamin dan Set Pantang

Untuk kali kelima ni banyak gaklah berhabis untuk berpantang, anak lima kot so kena kasi yang terbaik untuk diri sendiri. Lagipun Ika dah niat jugak nak menyusu badan 2 tahun gak untuk anak kelima, so kena sediakan nutrisi terbaiklah untuk badan, so that baby baru terima perkara terbaik dari mamanya. Untuk set pantang macam biasa pilihan Ika untuk luaran Ika pilih Nona Roguy dan untuk dalaman Ika ambil Set lengkap Pantang Shaklee.

Pertama kali mengurut masa mengandung


Sepanjang kehamilan kali kelima Ika memang takde masalah selain GDM on diet, dan bila masuk 25minggu keatas, masalah sakit celah kelangkang tu sakitnya tak boleh bawak bincang sampai Ika tak boleh nak tidur. Serasanya sepanjang mengandung Ika hanya tidur-tidur ayam, sebab makin kandungan besar makin sakit celah kelangkang. Orang tua kata kes urat peranakan sakit, so memang yang tu lah sakit paling azab mengandung kali kelima. Nak tidur dah satu hal, bab nak tukar posisi masa tidur sama ada mengiring ke kanan atau ke kiri pun sakit. Nak bangun dari tidur, nak duduk, nak bangun berdiri, nak berjalan, dan yang paling teruk masa nak angkat kaki nak pakai pakaian, Allahu memang berair mata tiap kali nak buat aktiviti apa-apa. Mommy preggy yang pernah alami je yang tahu macam mana teruknya sakit celah kelangkang ni.


Kebetulan suatu hari kakak sulung call, kami borak panjang hinggalah keluar isu sakit celah kelangkang ni, sambil mengadu seksanya sakit tubuh bila mengandung ni. Masa tu lah kakak cerita balik tentang tukang urut yang mengurut kakak masa berpantang anak ke-4, so kakak bagitahulah tukang urut tu mengurut best sangat. Hilang dan selesai masalah sakit tubuh lepas mengurut dan yang penting tukang urut boleh mengurut orang mengandung. Kakak suruh cuba mengurut kotlah boleh selesai masalah sakit celah kelangkang tu.


Habis sesi borak, Ika dok fikir sendiri nak mengurut ke tak, sebab orang katalah bahaya mengurut masa pantang ni, tapi ku pun tak pernah urut, jadinya fikir kalau tak urut masalah tak selesai, nak tunggu sampai waktu bersalin nanti memang lama dan makin azablah jawabnya. Nak buat rutin harian pun apapun tak boleh. So setelah menimbangtara, Ika decide balik kampung nanti nak mengurut jugak. Since kakak dah bagi alamat lengkap dan dekat saja dari rumah mak mertua, Ika bagi peluang kat diri sendiri untuk mengurut dan ikhtiar apa yang patut.

The day kami balik kampung, itulah matlamat paling utama, so pada hari yang agak baik tu, Allah izinkan Ika bertemu CL (confinement Lady) /tukang urut kat rumahnya. Berdebar gaklah sebab memang first time Ika mengurut masa mengandung, ceritalah serba sedikit masalah Ika, so start je dari sentuhan dan urutan pertama sampai akhir, asyik mengaduhnya kerja Ika, punya sakit betul urat tubuh Ika.

Cikna bagitahu, "ni masalah lama dah ni, bukan baru ni, masalah sejak anak pertama bawak ke anak ke lima ni", kata Cikna. Eh terkantoi tak pasal iols memang tak pantang terus masa kelahiran anak pertama, ceaser kan? Alasan sangat, mbhahhah. Rasa menyesal pun ada, kesnya sakit sangat mengurut kali ni, tak pernah selama ni mengurut dia punya sakit tu setara ni. Even kena urut, sikit pun perut Ika tak disentuh, memang tukang urut tempat yang urat sakit. Kata Cikna "hehh, Cikna urut ni biasa je, yang sakit tu urat awak, tu yang sakit bila kena urut", ku perati jugak masa Cikna urut, memang tengok biasa je urutannya tapi betullah bisa sakit urat tu yang buat rasa sakit. Tapi tulah yang sakit masa urut tu lah ubatnya. Alhamdulillah since mengandung, malam tu lah kali pertama Ika boleh tidur lena, masalah sakit celah kangkang Ika selesai sepenuhnya. Cikna cakap memang urat peranakan yang sakit, bila urat tu sakit kesannya baby kat dalam kandungan pun akan rasa tak selesa, rasa tegang je selalu. Emm betullah tu. Memang tu yang Ika rasa.

Pakej Confinement Lady






Bila masalah dah selesai dan Ika rasa urutan CL Cikna ni serasi sangat so Ika decide masukkan dalam checklist Ika bila berpantang nanti nak berurut dengan Cikna bila pantang anak kelima nanti. Alhamdulillah Allah izinkan Ika berurut kali kedua dan seterusnya dengan CL Cikna dengan dua kali sesi. Sesi pertama Ika ambil mengurut, bertungku dan bertangas untuk 3 hari berturut. Sesi kedua Ika ambil sesi berurut dan bertungku sekali dengan pakej penutup (berurut+bertungku garam+bertangas+mandi lulur+penutup) untuk hari ketiga, pun tiga hari berturut. Masyaallah kesannya badan Ika rasa sedap sangat, selesa dan lebih sihat. Berjalan pun lupa diri macamkan orang tak beranak kekdahnya. Banyak kali kena sound kat mak ayah kes sedap sangat bergerak sampai lupa diri masih dalam pantang. Berbaloi dan puas hati sangat pantang kali kelima ni tambah pulak dapat CL terbaik, kes terbaik punya pasal habis anak beranakku pakat berurut sama, kihkih 



Uols mommy yang mencari Confinement Lady dengan harga sangat berpatutan especially seminggu selepas bersalin, Ika recommended sangat CL Cikna ni, based kat Kelantan tapi boleh pergi ke merata tempat seluruh Malaysia(discuss dengan CL). Ika part tukang urut ni memang particular sikit, sebab semestinya nak cari boleh selesaikan masalah kita tambah lagi bab dalaman ni. CL Cikna ni ada memacam Sijil Urutan so korang cakap je masalah apa (masalah-masalah orang perempuan) yang uols hadapi, termasuk tombong insyaallah CL Cikna ni dapat bantu dengan izin Allah, yang penting kita ikhtiar kan? Selebihnya serah pada Allah. Kepada Sesiapa Yang Ingin Merasai Kehangatan Sentuhan Islamic Bonda Anna Es Sila Hubungi 017-222 0174  atau 011-17906 875.






So suami yang bakal bergelar bapa, isteri yang bakal bergelar mommy, buatlah dan sediakan yang terbaik untuk tempoh berpantang, sebab untuk tubuh badan kita. Suami jangan berkira untuk isteri, sebab badan isteri lama nak berkhidmat untuk suami dan keluarga. Suami layan isteri macam permaisuri, insyaallah isteri akan layan suami macam Raja, giteww. 

Kronologi Kelahiran Anak ke-5

7.03.2019

Masyaallah lamanya rasa tak menaip, azam hari tu berzaman nak update, katanya nak aktifkan blog, sudahnya macam tu gak gayanya. Apapun syukur blog ni hidup pun jasa anak-anak. Asal anak bertambah maka hiduplah blog ni, update pertambahan anak, mbahahah. Ika bukannya takde masa, cuma masa sekarang banyak habis kat nursing time tambah sambung tandem nursing baby baru dan Hajjar pula.

Tak sah pula tak mengarang cerita kronologi anak kelima ni. Kelakar pun ada, mana taknya Ika ikutkan memang tak nak menambah lagi sebab dah niat nak cukupkan Hajjar 2 tahun menyusu badan. Kisahnya baru on projek detox kes berat badan naik makan tak ingat bila tandem nursing Hawaa dan Hajjar. Since nak start projek detox Ika set terus berhentikan Hawaa breastfeed untuk fokus pada Hajjar pulak.




Bila dah hentikan tandem nursing, haid tetiba tak datang pada bulan seterusnya sebab yang part ni Ika memang buat catatan untuk regular period. Masa tu berdebar sangat ingatkan dah preggy balik. Tapi alhamdulillah check, negatif hasilnya. Since then Ika memang ingat kes hormon, tapi check upt tetap check, punyalah insecure kan? Nak kata ready pun tak, nak kata tak ready pun tak kalau "terpregnant". Hinggalah suami beli upt iaitu kali ke-15 (check tetiap hujung minggu kot, punya gigih uols, wakaka) tapi semua result negatif, upt mahal ke murah ke, sedang-sedang ke, resultnya tetap sama. Nak dijadikan cerita, suatu hari tu tertengok gambar sendiri body curve semacam orang mengandung. Punya trigger terus whatsapp suami suruh beli upt kali terakhir iaitu kali ke-16, if negatif jugak means memang confirm takdelah. Pagi esoknya punya berdebar nak check, tak tersangka-sangka hasil positif. Apalagi memang terkejut, gembira dalam tak tersangka. Masa tu hampir hujung tahun 2018 dah, anak-anak dah nak cuti sekolah, so terus kami laki bini decide buat ultrasound dekat kampung nanti. Manalah nak percaya mengandung sebab masa tu berat Ika turun banyak kot kes projek detox. Tengok muka pun cengkung, siap boleh sarung kebaya lagi.



Balik kampung tu kitaorang tak tangguh esoknya terus ke klinik buat ultrasound. Lagi terkejut bila anak dalam kandungan dah besar pun hampir nak 20minggu pun. Rasa tak percaya pun ada, tapi itu lah kerja Allah ni memang tak boleh nak dijangka, lagipun Ika masa tu dah take alert dari awal lagi tu pasal yang rajin buat test upt everyweek.


Lepas tu memang beringatlah bila dah tahu mengandung lagi. Lagi pula anak-anak dah bersekolah ni memang kitaorang dah ada plan A, B dan C untuk tempoh bersalin. Nak bersalin kat perak, pantang sendiri, nak bersalin kat perak then baru balik kampung atau balik awal dan bersalin kat kampung dan last option follow the flow, itulah antara plan kami lakibini. 


Alhamdulillah sepanjang mengandung kesihatan Ika ok, even detect GDM on diet, alhamdulillah semua cantik dan gone smooth. Satu lagi sebab tak nak mengandung bila umur 30an ni risiko kesihatanlah. Memandangkan Ika ni kategori buku pink sticker hijau, rasanya dah cukuplah nak beranak. Tapi itulah, macam mana pun perancangan kita, perancangan Allah tetap yang terbaik, kehadiran anak kelima ni kami laki bini berlapang dada dan terima dengan gembira rezeki tak terduga nih. Allah makbulkan doa Ika untuk beranak dikala tenaga masih kuat dan takde masalah kesihatan yang lain.

Nanti Ika buat post khas masalah ketika mengandung kali ni dan disahkan ada GDM. Ika share details kat situ nanti. So alhamdulillah selama mengandung kali kelima Ika tak harap yang lain selain dapat carry forward sampai 35minggu ke atas pun dah syukur banyak dah kandungan tu, so itu jelah harapan ibu mengandung bayi pramatang 4 orang sebelum ni.

Ujian bila masuk 28minggu

Tak disangka-sangka sebulan lebih sebelum cuti sekolah 2minggu dalam bulan puasa dan raya tu, Haddad terkena chicken pox. Uii, melayan anak-anak sakit dikala tandem nursing, mengandung lagi memang memenatkan yang amat, tambah kena berkurung dalam rumah dalam tempoh yang agak lama. Elok Haddad sembuh, ketiga-tiga anak yang lain terjangkit pulak, pakej tiga beradik terus. Lagilah berganda-ganda dia punya penat tu. Nasib baiklah misi ganti puasa 30hari berturut dah selesai (ganti puasa kes bersalin Haddad, punya dasyat, anak umur 6 tahun baru settle hutang puasa, allahu). So bila semua kena chickenpox tu rasa legalah jugak sebab masa tu Ika dah nak masuk 30minggu mengandung. Waktu tu bagi Ika waktu kritikal sebab yang history lahirkan anak pramatang memang borderline alert masa minggu tu lah supaya prepare diri untuk the worst unexpectedly thing happen kan. Alhamdulillah semuanya smooth until semua anak sembuh sedang elok masa Ika dah masuk 33minggu.


Menangis dikala 33minggu


Masuk dua minggu sebelum kelahiran anak-anak Ika asyiklah merajuk dengan suami, sedih tak tentu pasal. Murah je air mata masa tu. Biasanya kes menangis sebab suami balik lewat kerja. Hinggalah hujung minggu terakhir  dikala 33minggu, adik Ika buat kenduri naik rumah kat KL, mak ayah datang KL. Alang-alang lama tak jumpa janjilah nak berkumpul adik beradik dengan mak ayah kat rumah adik hujung minggu tu. Plan asalnya suami bagitahu nak bertolak terus ke KL lepas balik kerja. So suami janjilah nak balik awal.


Boleh pulak dia janji sampai rumah pukul 7 malam, alih-alih 8.30malam baru sampai. Punyalah sedih tak terkata sampai teresak-esak Ika menangis. Menangis sebab penat satu hal, sudahnya janji tinggal janji sebab masa tu berkobar dah suami balik baru nak kemas beg untuk tidur kat KL nanti. Menangis sepuas hati, sampailah lakiku dah buntu, terus cakap kat suami "kita tak payahlah gi KL, malas dah nak pergi, nak kemas beg", terus ku tidur dalam esakan.

Esok pagi tu haa, terus datang sakit-sakit contraction, masa tu dah siap kemas beg nak pergi KL lah, tapi dah alang-alang sakit, bawaklah sekali beg untuk bawa ke hospital. Telefon mak ayah bagitahu, punyalah risau mak ayah dari KL turun ke perak pulak, janji jumpa kat Slim River, kesnya nak check bukaan jalan kat hospital. Alhamdulillah jalan tak bukak pun even 1cm tu pun doktor cakap maybe lambat lagi, mungkin disebabkan history sebelum ni, badan bagi signal suruh prepare to birth. So punya confident laki bini teruskan perjalanan ke KL even masa tu doktor dah suruh admit kat Hospital Teluk Intan. Panjang kitaorang laki bini dok termenung kat lobi hospital fikir nak admit kat teluk intan ke, standby beranak KL ke atau balik kampung. Memang tawakal betullah masa buat keputusan pun untuk balik bersalin kat kampung setelah ditolak campur segala kemungkinan . So dari slim River kitaorang direct ke KL, singgah tidur rumah adik. Masa tu fikir kalau bukaan jalan dan contraction tak berhenti, memang beranak kat HKL lah. Tapi cantiknya susunan Allah, malam tu contraction berhenti, boleh tidur lena.

Awal pagi tu lepas solat subuh kami laki bini bertolak balik ke kampung. Alhamdulillah perjalanan lancar, cuaca cantik dan yang paling penting ibu mengandung in good condition. Takde contraction, baby gerak cun. So baliklah kami dengan debaran, bermacam difikiran tapi tetap tenang. Sampai di Kuala Krai kebetulan nak isi minyak kereta dan solat, ditempat yang sama hampir 10 orang ibu mengandung macam Ika jugak henti dan rawat ditempat yang sama. Masa tu terdetik dalam hati, "nak balik beranak ke semua ibu-ibu mengandung ni? Berjemaah la pulak" . Maklumlah masa tu sehari sebelum 1 Ramadhan Ika agak ramai yang balik sebab nak sambut Ramadhan kat kampung.

Sampai rumah mak mertua, ayah mak pun sampai jugak balik dengan flight, standbylah kot anakanda nak bersalin bila-bila masa. So petang tu sempatlah mak mertua jamu gulai daging kijang dan makan-makan apa yang tekak nak sebelum beranak. Malam tu memang lenalah Ika tidur, hinggalah pukul 1.30 pagi tersedar kes tilam basah. Allahu, air ketuban dah turun, dah lah air ketuban tak cantik, light green, means baby dalam kandungan dah berak. So terus kejut suami, dan kami bertolak ke hospital. Anak-anak yang sedang tidur kami tinggalkan dengan mak mertua, juga dalam jagaan Allah sebab tu pun first time Hajjar tidur berjauhan, huu. Masa tu doa anak-anak tak meragam dan tak menyusahkan mak mertua je. Alhamdulillah syukur sangat mak mertua Ika pun still sihat dan bertenaga. Ika pun dalam risau kat anak-anak dirumah, usaha jugak fokus diri yang nak beranak ni. Sampai hospital terus check-in ke labour room. Check pun baru 3cm bukaan jalan, alhamdulillah masa tu tak ramai ibu yang in process so Ika dapat bilik, lagi syok sebab semua doktor tertumpu kat Ika kes history sebelum ni dan kes masa tu anak dah berak pun dalam kandungan.

Masa dengar doktor bincang pun dah buat Ika cuak sebab bunyi macam word c-section berulangkali. Adoii Ika dah agak-agak doktor nak ceaser kot sebab air ketuban dah light green. So bila doktor datang bagitahu hal sebenar kes Ika ni in between sama ada normal atau ceaser semua tengok progress semasa. Memandangkan bacaan ctg cantik, nadi anak dalam kandungan cantik, doktor hanya follow the flow tunggu bukaan je. Legalah sekejap bila doktor bagitahu cemtu. 


Imaginelah masa check in labour room pukul 2.30pagi, doktor bagi masa hingga 12 tengahari esoknya untuk tunggu bukaan sepenuhnya, kalau pukul 12 still takde progress mean terus ceaser.  Ya Allah masa tu tak tahu nak kata apa doa dapat beranak normal je. Tunggu punya tunggu sampailah 9pagi esoknya, still bukaan tak bergerak dari 3cm. Ya Allah masa tu Ika dah kecut perut sangat memikirkan kena ceaser. Pukul 10pagi doktor decide untuk bagi ubat induce disebabkan slow progression. 

Induce untuk pertama kali

Seriously inilah pengalaman pertama Ika kena induce, allahu rasa serik sangat. Sakit contraction kena induce memang sakit 10kali ganda dari sakit contraction semulajadi. Masa doktor offer ubat epidural Ika tolak, sebab tak nak dapat effect tak rasa apa-apa bila baby nak keluar nanti. So bertahan lah sakit contraction yang amat teruk. Serius Ika serik kali ni kes induce, salute mommy yang induce setiap kali beranak. Tungu punya tunggu, still pukul 12 tengahari jalan masih 4cm. Doktor datang lagi dan bagitahu dia tambah masa sejam lagi, kalau takde progress memang masuk bilik bedah. Sebak sungguh masa tu, Ika dah redha dan pasrah dah kalau itu yang tertulis olehNYA. 




Disebabkan asyik baring je dari pukul 2.30pagi sampailah pukul 12 tengahari tu, Ika mintak izin doktor nak duduk bersandar kat katil condong 90 darjah kedudukannya. Mintak tolong suami usap-usap belakang pinggul untuk kurangkan sakit contraction, dalam melayan contraction yang makin lama makin pendek dan cepat, sakit tak boleh nak kata apa, sambil dok menahan sakit, cakap kat doktor nak kencinglah, nak beraklah, doktor buang air kecil, terus makin kerap contraction sampailah dah tak tertahan-tahan, rasa macam dah nak keluar sangat, doktor yang buang air kecil tu terus jadi bidan sambut anak sebab dah nampak kepala baby nak keluar. Dari pukul 12 tengari tu, alhamdulillah tepat pukul 1.15 tengahari lahirlah puteri kelima. Adoii kalaulah datang ilham awal nak mintak duduk bersandar condong cemtu kat doktor, dari awal lagi ku mintak. Ni asyiklah dok berbaring, patutlah jalan pun tak nak bukak, flat aje kedudukannya padahal dah ambik tahu tentang gentle birth. Lagi best masa doktor jerit "intact perineum! Intact perineum!", lega uihh bersalin tak koyak kali ni. Nikmat sungguh. Tu pasallah mak-mak gentlebirth suka bersalin kot, sebab takde trauma. Ika kali ni memang trauma kes induce je. Yang lain alhamdulillah semua Allah permudahkan. Doktor dan nurse pun semua bagi layanan baik even berpuasa dan berganda-ganda letihnya untuk sama berjuang bantu ibu-ibu beranak. 



Alhamdulillah semua smooth until terpaksa tunggu 19jam kat labour room lepas bersalin kes wad penuh. Dah agak dah, jumpa mak-mak mengandung kat stesen minyak semalam tu agaknya timing beranak dengan Ika tak jauh beza kot. Tu yang penuh wad. Rasminya 1 Ramadhan Ika bersalin anak kelima dan pastinya 30hari pulak puasa nak diganti. Apa boleh buat, Allah pilih jadi insan istimewa sempena Ramadhan 2019 ni jadi mak berpantang lagi dikala orang lain berpuasa.

So inilah anak bertuah puteri ke-3 dalam adik beradik, nak jugak lahir awal dan sambut raya dengan mama dan keluarga.Welcoming my cutie princess. 


Masa lahir:1.15 tengahari
Tarikh lahir: 6/5/2019(1Ramadhan)
Berat: 2.28kg

Bertambah Seorang Lagi Azra

8.04.2017

Assalamualaikum..setelah sekian lama tidak bersiaran. Entah kemana tuan si penulis belog, sekejap ada takde, kerana kekangan masa mommy bersilat dengan anak-anak, makanya tiadalah sebarang update....melainkan,


asal dapat anak, blog ni hidup..kahkah. semacamkan satu buku planner untuk anak-anak pulak. Perkenalkan anak ke-4, the second Azra in our small family, the official name belum decide lagi. Lahir pada pukul 10.20pagi tepat pada tarikh 1 Ogos 2017. The EDD should be 17/9/2017, tapi perancangan Allah mengatasi segalanya, 33weeks baby dah lahir.

Berat anggaran sejurus selepas keluar 2.4kg, tapi selepas dimandikan the exactly weight just 2.12kg. Alhamdulillah, even it's the worst dan scariest ever labour, at the same time it's the easiest, luckiest ever moment.


Beza Pantang Bersalin Ceaser & Normal

11.20.2014

Alhamdulillah, cuaca cerah dan baik hari ni, hari hujan pun baik jugak..tapi hari panas boleh jemur kain dengan jayanya, seharian mendobi semalam, ahh, kerja surirumah memang non-stop kan? best kan kalau dapat bercuti sehari 'off day' orang cakap. but being fulltime housewife memang menyeronokkan, don't know to describe, but the feeling of freedom tu memang sukar diterjemahkan. Dapat menguruskan suami dan anak-anak sepenuh masa, dapat melihat every milestone anak-anak sepanjang diorang membesar dari saat kelahiran hingga sekarang. Dapat lepak-lepak tengok korean drama, dapat memasak dengan senang hati, seharian tak terkejar dengan punch card. However, being career woman pun sangat best, ada 'me time' boleh window shopping, lepak dengan kawan-kawan, dapat berdikari dan sebagainya. Alhamdulillah, whatever we are, bersyukurlah...bekerja atau surirumah tentunya kita golongan terpilih sebagai wanita. Allah dan tetapkan kita ditempat yang sepatutnya, sesuai dengan kemampuan kita, sesuai dengan keinginan kita dan sesuai dengan keperluan kita. tak payah susah-susahkan hati memikirkan alangkah baiknya kehidupan dia tu!alngkah bestnya kehidupan orang ne..no!!dont' ever, but take for granted what the other do the best and just follow them, insyaallah kita pun sama-sama berjaya...melalut pulak, 

Apapun dalam kekerdilan seorang manusia perkara yang kita payah nak jaga, adalah MULUT!!ya MULUT..bisa merobek dan menghiris hati kita kan? namun apa yang kita boleh buat terbaik dalam menghadapi mulut manusia yang pelbagai, kita senyum and take it in positive way..nak balas mulut takpe, tapi balas dengan ayat sopan. sepanjang pengalaman beranak dua ne, beranak kali kedualah paling payah nak turunkan berat badan, sampaikan dah bermacam ayat orang tegur, eh nampak berisi sangat dah kenapa?lainnya sekarang nampak beza dari dulu..apapun segala kata kena telanlah, walaupun tak suka kan, that's the fact and i know it. Beza masa bersalin cesarean dulu, alhamdulillah semuanya baik, my body back in normal shape, my ceaser scar look much better luar dan dalam ( i know it sebab doctor yang inform masa bersalinkan ahmad haddad)..dan yang paling penting i look much healthier from now on...Bersalin normal untuk kelahiran kedua, walaupun berpantang bukan main, jaga sangat2..yang bezanya, my body tak shape seperti yang first confinement..huu, sedih memang sedih, nak diet pun tak boleh sebab tak menjadi. The first reason, i'm still breastfeeding, and breastfeed mom always HUNGRY!!! grrr...so walaupun susu banyak tapi body makin naik.. T_T
Nampakkan beza after anak pertama dan kedua harraz pun bukan main chubby even exclusive pumping je, gambar kanan tu masa preggy kan ahmad haddad tapi belom tahu, bila tahu i stop immediately ESP, omega, vitc dan b, tu pun dah after 6month makan shaklee supplement lepas lahirkan ahamd harraz. kebetulan susu dan merudum dan yang mangsanya ESP haku salahkan!!behehe;p.sebab nya masa tu kecoh orang dok sebarkan perkara negatif tentang produk shaklee, so me the one yang terpengaruh dengan sebaran tanpa fakta tersebut. Teruskan ambil supplement masa kehamilan kedua, tapi beli kat farmasi saja, one of produk shaklee yang teruskan juga ambil OSTEMATRIX sebabnya memang membantu lenguh-lenguh badan, tambah pula milk are not my favor, so nak tak nak kena ambil kalsium kalau tak habisla gigi dan tulang jadi mangsa sedutan baby haddad...bahaha=p.

Walaupun meneruskan salah satu produk shaklee iaitu OSTE sampailah sekarang, makan makan pun tetap deny kebaikannya sebab dikuasai sebaran dan maklumat yang tak sahih dan negatif, padahal dah merasai sendiri manfaatnya, camtulah jadinya-_-''. So after jumpa, baca maklumat tentang shaklee in details terdetik dihati nak tanya my old school yg berjaya (to be master soon, insyaallah )tentang produk shaklee ne serta berkongsi pengalaman..alhamdulillah Allah bukakan hati untuk terokai dunia shaklee dengan lebih luas. Alhamdulillah masih belum terlambat untuk get in beauty and healthy shape, WANITA & CANTIK memang tak boleh dipisahkan, walaupun suami tak menekan dan ambil kisah, but we SHOULD, MUST & COMPULSARY...demi keharmonian rumahtangga dan yang penting demi diri sendiri, nak cintakan orang lain, kita mesti cintakan diri sendiri dulu.
panjang cerita pengalaman kan? so me dah order OMEGAGUARD & VITAMIN E untuk membantu bakar lemak-lemak tak diperlukan & yang bagusnya ianya tak beri kesan pada ibu menyusu like me, malah beri manfaat pula buat Haddad nanti insyaallah. Moga misi mendapatkan bentuk badan yang sesuai serta dapat menyerikan wajah yang kusam ne berjaya, insyaallah. 

Labor Room HUSM

9.20.2013

wad berlian 1 HUSM sememangnya meninggalkan kenangan pahit manis, pahit manis tika lahirkan dua putera kesayangan tu..tak lupa jugak kenangan kelakar..kelakarlah jugak for me yang naif neh..selama 12 jam bertapa dalam labor room bilik no.4 pelbagai peristiwa berlaku...lucu pun ada, menakutkan pun ada..selama menahan sakit contraction, pelbagai ragam bakal mak-mak dan yang dah jadik mak berkali-kali termasuk yang menaip ne lah..ada sekali tu terdengar sayup-sayup suara menempik yang yang menakutkan...haku siap tanya nurse "kenapa tu? sakit sangat ke nurse?ne yang saya takut nak beranak (even masa tu memang sakit nak beranak pun..ppffttt) " then nurse cakap, "haa awak jangan bertempik teriak camtu plak nak meneran anak keluar..masa buat sedap, masa ne tahu plak sakit" hokeyy...teruss haku bengkeekk dalam hati...weii nurse tolong ko jangan samakan masa buat tu sedap..ne nak beranak ok..definitely tak sama, pleaseeee jangan samakan situasi ne okey...wahh, emo plak disitu..pasal diri sendiri pun dah cuak sebab tak pernah tahu dan rasa camne nak meneran keluar si comel dalam rahim tu..so i think memang sakit sampai hujung nyawa..huhh...takde maknanye setia masa ne-.-''..

dahla cuak, panik, berdebar even mulut terkumat kamit baca ayat penenang jiwa dan doa mudah bersalin, perasaan macam tu memang takleh sorokla kan..tambah plak dok dengar macam macam suara..lagi haku tak tenang..ko nak senyap sunyi ko pergi beranak kat swasta habis citerr..ok fine, sambung balik, dalam banyak-banyak suara, suara geng doktor dan staff nurse yang bagi kata-kata semangat buat kita ketawa terkekeh-kekeh walaupun masa tu kita sendiri tengah hadap contraction..sangat enjoice dengar semangat dioram lebih dari yang nak beranak..hehe "teran lagi!!lagi!tahan nafas!teran, sambung tahan nafas!!teran lagi!!..dah nampak kepala..tahan nafas terus teran!!gitula lebih kurang sampaikan ada waktunya geng neh kena marah balik kat mak yang nak beranak!!tokleh nok teran doh doktor!!sakit weii!!sayo tokleh!!sampaikan laki sendiri kena marah"...wakaka, memang me dan hubby terdiam masa dengar dia marah-marah tu...no words... masa dengar geng dioram dok meniup kata semangat sebegitu sempat haku berfikir..how to tahan nafas then sambung tahan nafas??mahu biru muka nanti hilang nafas...siap bincang dengan suami lagi macam mana perkara ayat tu nak dilakukan..wakaka, tulah ko, orang suruh pergi kelas antenatal, praktis apa yang patut ko cakap tak perlu...tak pasal-pasal jugak waktu jugak baru nak praktis tahan nafas..pppfftt

haku punya pengalaman pun nasib baik tak lebih kurang..cuma menahan perasaan dengan mulut je masa suami cakap, jangan keluarkan suara nanti habis tenaga...nasib baik masa tu tengah meneran, kalau tak ngan suami sendiri dah kena taram ngan mulut..they don't know how really pain to push the baby out, nak bagi arahan-arahan pulak kat kita, try beranak bole??..hoho..but i really appreciate dengan adanya suami kat sisi masa bersalin tu, ada jugak teman, nasib baik suami tak muntah balik apa yang dimakan selepas melihat kejadian baby keluar lihat dunia (golongan mabuk darah katanya..hihi)...so, suami biasalah women, penuh dengan emosi, nak beranak sangat-sangat pun still emosi...just accept that..wahaha..ehh, apasal citerr pasal beranak..really i miss the moment...daaa^_^

Kelahiran Anak Kedua

8.11.2013

wahh, punya tak hengat nak letak gambar si comel anak..so Ahmad Haddad stay in NICU for 5 days before discharge...memandangkan Ahmad Haddad takde masalah lain kecuali selepas kelahiran pernafasannya terlalu cepat dan laju, but then he's fine after one day warded...menjejakkan kaki ke wad NICU bukanlah satu pilihan, untuk mengingati balik perasaan ketika Ahmad Harraz(sulung) dilahirkan dan ditempatkan disana..tambahan pula untuk melihat wajah-wajah kesedihan ibu-ibu lain yang mempunyai anak pelbagai kompikasi dan masalah yang berbeza-beza..sungguh memilukan perasaan, kebetulan sehari selepas bersalin, keesokkannya dah boleh discharge except the son kena stay sanalah sampai betul-betul sihat. Sebelum balik, singgah dulu menjenguk anakanda di NICU, sayu hati tapi dah boleh menahan tangis tak sama keadaan macam dulu...pengalaman menguatkan diri, cehh-.-"..kebetulan ada beberapa orang ibu turut melawat anak masing-masing, turut terasa hiba bila melihat setiap ibu yang pulang berendam air mata( i know how the feeling)..hinggalah satu masa me amik peluang untuk tinggalkan susu perahan untuk anakanda, terlihat ibu yang kesedihan diluar bilik rehat, disebabkan dia masih teresak-esak..tanya si suaminya yang berada dalam bilik kelihatan tenang.."Anak lahir bila?"sambil dijawabnya "dah dua minggu, tapi baru je tiada"...terus bungkam tiada suara..al-fatihah...
Ahmad Haddad..
honestly, bilik NICU sangat menakutkan, takut untuk kita terima kenyataan dan kebenaran apa yang akan berlaku..same with me, dulu sangat takut kalau telefon berdering, dan ianya dari bilik NICU, takut sekiranya ayat yang dituturkan si pemanggil bakal menghancurkan hati dan perasaan..but i'm wrong, be always positive..insyaallah, Allah always be there...be strong for whatever happen..so yeahhh, dah merepek..here my second son, Ahmad(yang terpuji) Haddad(lautan), nama seperti ulama imam al-Haddad, waris nabi ke-100.

Pengalaman Uri Tersangkut

7.31.2013

Betullah orang kata bila bersalin ada bahagian masing-masing rasa....syukur walaupun perit dan membuatkan diri fobia, semua selamat. Dalam pada selepas bersalin, suami keluar untuk doktor selesaikan tugasnya..doktor tercakap kat nurse yang membantu..."uri tak keluar ne, saya kena buat jugak "tak keruan dengar ayat doktor tu..terus doktor tu "i'm sorry ok, awak tahan sakit sikit...sedut gas entonox, saya bius sekali nak kurangkan sakit" keletihan meneran satu hal...sakit bersalin dah lupa dah...sakit yang ini yang menakutkan, pasal dah terbaca isu uri tersangkut kat Pa&Ma bulan Jun, tak tersangka plak jadik kat diri sendiri...so i know the process and how pain it is..huuuT_T. Allahuakbar, tak tahu nak describe macam bila doktor mula masukkan tangan kat bawah tu dan cuba menarik keluar uri...seperti sepohon pokok yang tumbuh subur ditanah, tiba-tiba akarnya direnjat-renjat keluar dari tanah...Allahurrabbi hanya Allah je tahu macam mana sakitnya, berkali ganda sakit lebih dari sakit bersalin, tiga kali doktor tarik, uri keluar...dan ...meneliti uri tersebut lengkap atau tidak...sekali lagi doktor tanya  nurse tu" dah lengkap ne kan?tapi macam ada yang tertinggal sikit"..Allah...bertambah tak keruan, sekali lagi doktor, noooo, berkali-kali doktor keluar masukkan tangan korek serpihan uri dah darah beku yang ada kat dalam rahim..perasaan masa tu dan rasa sakitnya...T_T(hanya mampu nangis kalau nak ingat balik)..sampaikan diri dah tak berapa nak sedar akibat terlebih sedut gas entonox untuk menghilangkan rasa sakit (tapi tak kurangkan jugak sakitnya) kena korek macam tu, banyak kali pulak tu..sampaikan diri dah hampir terawang-awang dan pandangan mulai nak gelap...doktor panggil my name "please, menyahut!!" masa tu memang tak menyahut sebab still sedar cuma tak mampu nak sahut panggilan aje...dah siap berdoa dalam terawang-awang tu, "ya Allah, jika tiba masanya ku pulang ke pangkuan-Mu, kembalikanlah aku dalam Husnul khatimah"..

Namun, dalam sedar tak sedar..doktor menggerakkan my body suruh celik mata.."hah, buat saya risau je", "maaf ye, saya kena buat macam tu sebab kalau ada sisa uri yang tertinggal saya risau awak tumpah darah lepas ne...dah siap, cuma nak make sure sekali lagi semuanya dah keluar ke tak, kita scan sekejap"panjang lebar doktor bagitahu.. then after scan, rupa-rupanya ada lagi yang tertinggal.."doktor, please...sakit sangat sangat..kena korek lagi ke?" dah separuh merayu.."sorry ye"doktor terus korek apa yang tertinggal..Allahurabbi, rasa dihujung nyawa lagi.."ok dah, semua selesai, saya nak jahit koyakan awak tahan ye"kata doktor...part ne tak payah cakapla, disebabkan sakit terlampau kena korek tadi, sampai stress doktor nak jahit koyakan disebabkan me tak dok diam..huhu, lastnya selesai juga...alhamdulillah, lepas tu terus lelap lepas dibagi ubat bius sekali lagi untuk mengurangkan sakit yang masih bersisa ..sedar dari lena, tengok doktor yang melayan karenahku tadi kat sebelah, sambil bertanya..."macam mana?ada rasa sakit tak kat perut?"hanya mengangguk..sambil memegang tangan doktor, aku ucapkan terima kasih, say sorry sebab susahkan kerja doktor tadi..she just smile...then say "it's ok, just get rest, and don't forget, jarakkan kehamilan lepas ne, luka czer awak masih dikira baru, tapi nasib baik luka dalam dah sembuh elok, uri sangkut tadi pasalnya uri anak tebal sangat..takde kaitan dengan luka czer, congrates"..for this time memang lupa nak tanya nama doktor tu...semoga Allah sentiasa memudahkan urusanmu..so, sementara menunggu ubat kecut rahim habis dimasukkan, me terlelap sambil dok termimpi-mimpi keskitan kena korek tadi...mulut terkumat kamit cakap sakit, sakit...sampai suami yang entah bila masuk balik ke bilik bersalin suruh selawat bebanyak..so malam tu, memang tak boleh tidur akibat sakit seluruh badan dan asal tidur termimpi mende sama..My MIL tumpang simpati katanya memang sakit kalau kena macam tu.."ma baru je dengar cerita orang dok cerita pasal uri sangkut, tak sangka pulak kena kat menantu sendiri"said my MIL..huu, itulah pengalaman bersalin kali kedua..sakit tapi nikmat, huu^.^ 

Pengalaman Bersalin HUSM

7.28.2013

Sekarang nak servis doktor wanita ketika bersalin memang payah kalau bukan bersalin dihospital swasta, hospital kerajaan pun ada tapi tak banyak..dan isu tentang doktor lelaki yang menjadi bidan wanita bersalin terus hangat diperkatakan..Alhamdulillah, syukur kerana Allah memudahkan segala urusan ketika bersalin...walaupun perit untuk mengingati, tapi tentunya jadi kenangan manis dihari-hari mendatang...Ahmad Haddad (my second baby name)..walaupun dalam sakit-sakit nak beranak, sempat lagi ingatkan Ahmad Harraz kat rumah, tu tak kira lagi kes menangis kat wad pasal rindukan Ahmad Harraz tika admitted ward beberapa hari sebelum bersalin...owwhh no word to describe motherhood feeling ...hehe

so, bila dah terlalu kerap berlaku contraction, memang ke labor room terus sambil berdoa semoga Allah menjaga keaibanku ketika bersalin nanti..supaya mulut terjaga dari meraung tak tentu arah...yelah bila sakit kita tak tahu macam mana rupa dan gaya kita layan sakit tu melainkan Allah sentiasa diingatan..terus baring kat katil untuk CTG test dan VE...alhamdulillah, siapa sangka untuk kali ni semua doktor perempuan yang buat dari buat VE sampai bersalin semuanya dari kaum sendiri...malu dan segan juga bila asyik terfikir bagaimana nak bersalin nanti jika yang bertugas doktor lelaki, hanya mampu berdoa setiap kali selesai solat semoga Allah jaga segalanya dan mempermudahkan segala urusan...maklumlah hospital goverment, tak boleh memilih melainkan dah amik pakej berbayar..tak mampu eden-.-"...kira berserah dan pasrah je masa tu, doktor lelaki ke perempuan asal selamat bersalin alhamdulillah..Bila dah check jalan rupa-rupanya dah 5cm terbuka, patutla sakit yang amat sepanjang malam tu..tambah plak melayan anakanda Ahmad harraz yang berperangai luarbiasa meraung-raung tengah malam tu..oo macam tu rupanya sakit contraction..untuk ingatan dimasa depan..huhu, masa Ahmad Harraz tak rasa sakit camtu, so memang takde pengalaman...

bila dah camtu, terus ke bilik bersalin, bilik no.4...menunggu detik dan ketika..sekejap-sekejap ok, sekejap-sekejap sakit amat, sambil menunggu kepulangan suami dibilik bersalin...sekejap-sekejap pejam mata, sekejap-sekejap mengiring kiri kanan...semua serba tak kena...dari 9pagi sampailah ke 4petang, takde tanda baby nak keluar..takde tanda rasa nak meneran..sampaikan suami sampai dan duduk disisi bagi semangat, contraction yang makin lama makin kerap...tak jugak merasa air ketuban pecah...disebabkan this second baby still in 34w++ (prem) doktor decide tak nak pecahkan ketuban..let it be natural birth..biar pecah sendiri...sampaikan jalan dah bukak 8cm and 3 doktor cuba pecahkan ketuban tak berjaya..exactly belum sampai masa...sampailah azan maghrib contraction stop, lama plak tu..so terus panggil nurse, memang camtu katanya..masa tu memang berdebar, berdebar takut kena czer ke apa, tapi disebabkan air ketuban still ada, no worries anak lemas or other problem..tunggu punya tunggu sampailah pukul 9.30malam, suruh suami keluar makan dulu..tak menyempat nak makan teman isteri layan sakit punya pasal-.-"...boleh pula lepas aje suami keluar, nurse pun takde lalu lalang, tetiba datang sakit contraction tak boleh nak describe sakitnya...sunyi sekejap..sampailah seseorang lalu depan bilik...terus panggil "nurse, please dah tak tahan ne, cuba buat VE, rasa tak tau nak meneran ke tak?" punya panjang berjela haku cakap, siap bagi arahan pulak tu..haha..rupanya yang kebetulan lalu tu memang dah doktor, bukan nurse...doktor yang tertulis untuk sambut kelahiran anak...terus doktor buat VE then "ok, dah bukak 10cm ne, awak buat la apa yang awak rasa nak buat, nak teran ke apa..saya pecahkan air ketuban ye" (terus rasa panas suam lepas doktor pecahkan ketuban)  wahh...boleh plak cakap camtu...dengan takde pengalaman ne>.<"..lagi doktor tanya" mana suami awak?baby dah nak keluar ne"..sempat lagi dalam rasa nak meneran tu "takpe doktor, nanti suami saya kenyang dia masuk"...elok aje baru nak start teran, suami masuk..apa lagi dua kali push terus keluar si comel anak..alhamdulillah suami sempat tengok kelahiran anak...bahagia ok!terus doktor suruh suami azan kat anak sebelum dimasukkan ke NICU, sempatlah anak dok kat dada sekejap...subhanallah, hebatnya ciptaan Allah..nikmat bersalin Allah bagi peluang rasainya..okey bolehla pasang niat nak beranak lagi 2 ke 3 tahun akan datang,insyaallah(let me rest for a years, tak larat ok)..kahkah tak menahan pasang niat terus!..fobia lagi kali ni, bila semua dah selesai(ai mean bersalin) even mendapat layanan first class dari nurse dan doktor tambah pulak semua dari kaum sendiri, tentulah ada kelass, miahhaha..ada lagi masalah lain. T_T (continue)

Kelahiran Baru Penantian 12 Jam

7.23.2013

As expectation, at anytime i'll deliver the baby...so sakit contraction yang hilang after discharge kembali aktif after two days, ditambah dengan darah sedikit yang keluar..tapi masa tu memang tak expect sakit yang menunjukkan memang betul-betul nak bersalin..so rileks saje ingatkan memain sakit tu...tambahan pulak anakanda Ahmad Harraz menunjukkan perangai luarbiasanya, merajuk bukan main, tengah malam bangun menangis dan macam-macam lagi yang ditunjukkan seakan-akan tahu je dah nak berkongsi kasih sayang...hehe..baby instinct truly deeply...

Sempat lagi pada pagi kelahiran anakanda bangun bersahur untuk ganti puasa lahirkan Ahmad Harraz tahun lepas sebab masih terfikir yang sakit tu maybe ambil beberapa hari untuk menunjukkan tanda betul-betul nak bersalin..nak tak nak kena juga bertabah hati nak habiskan baki puasa yang tak sampai seminggu untuk diganti sebabnya tak nak rasa terbeban dengan hutang puasa yang terlalu banyak...ni kes mengganti puasa last minitlah, tu yang jadi macam tu, kalau ganti awal-awal dah pasti tak sibuk-sibuk dihujung syaaban nak mengganti puasa...huhu, ok, salah sendiri..walaupun wanita mengandung diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa tak nak lah disebabkan kelonggaran tu kita main-main pulak mengganti puasa sedangkan diri mampu...huhu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde gunanya, bayar fidyah lah nampak gayanya..okess, meleret pulak..

Disebabkan sakit yang makin kerap selepas solat subuh terus bagitahu mak yang perut dah terasa sakit sangat...kalau ikut janji dengan doktor yang bagi discaj dah memang patut ke labor room terus..so pagi tu ayah terus cakap tak payah puasa, maybe dah sampai masa..masa tu memang dup dap dup dap je jantung berdebar memikirkan situasi ketika bersalin, tambahan pula suami pun dah terus decide nak balik bila inform contraction masa bersahur tu..sempat lagi dok fikir sempat ke tak suami temankan masa anak dilahirkan nanti...memandangkan masa Ahmad Harraz dilahirkan suami tak boleh teman, berharap juga yang suami akan ada disisi untuk kelahiran kali ni...huhu, dalam berdebar-debar dan sakit habis jugak sebungkus nasi kerabu breakfast pagi tu, masa sahur dah sepinggan nasi bertelur mata kerbau..selera tetap mantap dikala kesakitan gitu...-.-"

continue...

Menikmati Tempoh Berpantang

7.11.2013

Being a mum really tired, but worth for it...menatap dan mencium bau syurga dari bayi yang masih suci dari kekhilafan setiap kali membuka mata...cehh, bermadah pulak..so sekarang apalagi selain menikmati tempoh berpantang after bersalin, takkan nak melepak kat starbuck pulak kan?ada yang makan kaki nanti..Exactly untuk kali ne memang tempoh berpantang betul-betul dimanfaatkan, tak sama masa bersalinkan ahmad Harraz tahun lepas....disebabkan terlalu takut apa-apa jadi kat jahitan ceazer, langsung tak berbengkung, ada!!...tapi boleh kira berapa kali ikat perut..bertungku berurut pun amik syarat je..compare dengan bersalin normal (yang turut sama ada pengalaman buat diri fobia)..fobia fobia pun ko beranak tetiap tahun...huuu-.-" (next time kena beringat dah) cukuplah dua kali fobia pengalaman bersalin..tempoh berpantang kali ni memang betul-betul berdisiplin dan rajin untuk kembali cun ramping macam erra fazira...kahkah=P

Walaupun jahitan episiotomi entah berapa jahitan (ngeri ok nak ingat balik), tu pasal tak nak tanya doktor berapa jahitan yang kena kat bahagian sensitif tu...asalkan boleh kentut, mean doktor tak terjahit sekali saluran tu...okeh melalut pulak-.-"...so, setiap pagi bangun mandi air teresap (air rebus campur daun pandan, daun lengkuas, serai wangi dll) memang menyegarkan orang bersalin macam kita ne, nak hilangkan hanyir bau darah nifas, lepas mandi berbengkung pula dengan kapur diperah limau nipis disapu kat perut untuk kecutkan peranakan...siap berbengkung, makan nasi berkuahkan lada hitam dan ikan bakar...genap tiga hari, panggil pula tukang urut mengurut dan bertungku selain bertungku sendiri setiap malam sebelum berganggang untuk kecutkan urat-urat depan dapur kayu moden..owhh, begitulah rutin orang berpantang, walaupun macam terlalu banyak perkara nak dilakukan, i really enjoy it, untuk diri sendiri jugak..beranak dan berpantang bukan selalu...so kena hargai masa berpantang, insyaallah..cukupla terlepas peluang masa bersalin anak sulung hari tu...so bila melalui tempoh berpantang macam ni, orang-orang tua (nenek kita) turut berbunyi...katanya orang sekarang dah tak berpantang tradisional..sakit, ubat ada!! tak perlu susah-susah nak pantang. betul tu! tak habis pantang dah berkeliaran di shopping mall, makan sesuka hati...baiklah nenekku sayang, harap cucu nenek bukan begitu dimasa sekarang dan masa akan datang..insyallah-.-"
Menikmati spa memanggang body dikala berpantang,ore tuo pggil gangge..


Selamat berpuasa dan menghayati bulan ramadhan penuh rahmat ni..owhh, rindunya nak berpuasa dibulan Ramadhan...buat kali keduanya berpantang di bulan puasa...

Discaj & Standby

6.26.2013

mm..my second baby ne nak jugak mamanya merasa dok dalam wad..even 3 hari bermalam di wad sungguh menyeksakan...nasib baik jugak dah berkampung kat kampung halaman, kalau tak benda tak expect jadi camni...tak tahulah nak pegi letak kat mana anakanda sulung yang comel tu-.-"..Kebetulan jugak my hubby balik this week..Allahuakbar, perancangan Allah tiada siapa yang tahu..alhamdulillah segalanya dipermudahkan, semoga anak mama bersabar untuk menjenguk dunia, at least 2 weeks++ mama dah syukur sangat...tapi kita boleh doa jelah, ketentuannya hanya Allah yang tahu...semoga sentiasa didalam lindungan Allah anakku..amin..disebabkan kontraksi bersalin yang terlalu awal tanpa bukaan serta tiada tanda-tanda lain dan disebabkan sejarah prem abangnya. terpaksalah kena tahan kat wad..test pun dah menunjukkan tanda positive bahawa adik Harraz maybe akan keluar awal dan bila-bila masa..memandangkan i'm still in 34w++, little bit awal dari umur cukup bulan, so terpaksalah merasa pulak sakit kena cucuk dos matang paru-paru yang menyakitkan sangat-sangat dan dos petidin untuk hilangkan contraction tu...huuu...hanya mampu berharap dan berdoa my baby dapat bertahan sampai cukup bulan untuk dilahirkan dan cuba untuk merasa kelahiran normal after ceaser..ya Allah, sakit contraction tanpa bukaan pun dah sakit yang amat apatah lagi nak buka sampai 10cmT_T...Allahurrabbi semoga dipermudahkan segalanya..pray for me readers...daa..

Untuk makluman, bagi yang kenal Dr.Saidatul Hafeeza (blogger kak Pija, merahjamboo.blogspot.com) pray for her, semoga ada keajaiban dari Allah. moga Allah sembuhkan kak Pija walaupun harapan untuk pulih sepenuhnya tipis, insyaallah doa dari kita saudara seagama semoga Kak pija diberi kekuatan, sesungguhnya segala penyembuh bagi segala penyakit datangnya dari Allah, amin...walaupun hanya kenal dekat blog and i'm the one of her blog reader..plus she is the one doctor yang sambut Ahmad Harraz in labor room tahun lepas..what happen to kak Pija benar-benar mencuit perasaan seorang mommies..sedih dan berharap Kak Pija sedar dari koma after deliver her second baby...tetiba rasa takut sangat nak beranak...huuuT_T

Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan

Pengalaman Bersalin di Hospital Kerajaan HUSM

3.15.2013

Kecoh sekarang pasal sekeping gambar baby yang meruntun hati, kat kelantan plak tu berlaku (negeri tumpah darahku) hehe, malu deknon..itulah orang kata jangan sesuka hati judge kalau kita tak jelas dengan keadaan sebenar. Namun sekeping gambar boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Inilah orang kata, disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga, disebabkan kesilapan memberi respon terus dapat pandangan negatif, tak semua macam tu even dalam mana-mana profession..satu dalam seribu, orang kata dalam setandan pisang, ada jugak yang rosak sebiji dua...eh, betul ke punya bidalan?-.-"..apapun bukan nak cerita pasal tu, my experience yang pernah beranak kat hospital kerajaan, dari Hospital putrajaya, ke HKL dan HUSM memang takde cacat celanya...dapat nurse dan doktor yang baik, layanan yang baik dan everything semua okey..yang penting kita kena fikir positiflah, insyaallah kita dapat yang positif jugak melainkan memang tak bernasib baik kan...-.-''. we are human, everyone make mistake. 
Masa Ahmad Harraz dalam NICU dulu, pernah jugak berlaku bila suatu hari tu, tengok pipi anak lebam, manalah tak terkejut, ikut hati seorang ibu memang nak tanya dengan penuh emosi, yelah darah daging kita, kot berlaku apa yang kita tak tahu..so just amik masa bertenang sebelum bertanyakan hal sebenar kepada nurse yang bertanggungjawab jaga Ahmad Harraz..yelah takut jugak kita bila ditanya, kang dituduhnya kita nak marah-marah plak, dan tuduh nurse buat something yang buruk plak kat anak kita..masa tu just fikir positif aje "mungkin Harraz cute sangat kot, sampai pipi kena cobet-cobet sebab geram tengok comel...kahkah..tak tahan kau, puji anak sendiri!"haha...yup, tapi masa tu memang pikir macam tu, lastnya tak tertanya jugak nurse kenapa pipi anak jadi macam tu, just praying my son just fine in there..walaupun tak sedap hati, dan hanya diluah pada suami and parents, kitaorang hanya berdoa takde apa-apa, mungkin ada yang tersalah pegang masa nak mandikan budak comel tu ke, apa ke kan?..alhamdulillah 3 hari lepas tu lebam kat pipi Ahmad Harraz dah hilang..Alhamdulillah, walaupun Ahmad Harraz famous dalam NICU disebabkan suaranya yang nyaring tika nangis, yang boleh buat orang menyampah dengar, nurse tetap layan Ahmad Harraz macam anak diorang sendiri, terima kasih sangat dengan khidmat diorang. See,tak adillah kita nak sama ratakan semua orang, orang tak berada kat tempat kita, memang takkan tahu apa yang kita buat dan rasa..Whatever, dalam apa-apa kerja, ikhlas yang penting, niat kita...even sebagai surirumah pun..jika sering membanding-banding dengan orang lain memang tak kemanalah jawabnya..setiap apa yang kita lakukan kalau asyik fikirkan balasan yang kita nak aje, sampaikan boleh buat kita kita tak ikhlas dalam melakukan sesuatu, lama-lama makan diri jugak..daa, mari muhasabah diri, cermin diri kita ni level mana..salam jumaat=))...
dah comel balik...=))

Bersalin Caesar Payah Nak Kurus

2.08.2013

i don't know mana silapnya..ececeh..ulang lagi!!okeh, memang silap sendiri, memang padanla kan even bersalin caesar, sapa suruh tak pantang betul-betul kan?!orang lain elok je back to normal size lepas bersalin..kita terkedip-kedip tenung perut sendiri dan tak mahu mengaku tu perut kita bila tengok perut macam preggy mommy 3 4 bulan..kahkah=p..Actually, memangla kan orang kata bersalin czer (keluar baby ikut tingkap) ne kena pantang lama sikit banding beranak normal (keluar baby ikut pintu)..tapi kalau ikutkan memang my confinement period within 100day++...lama okei berpantang, tapi perut macam tu jugak-.-"..sedih!!pantang makan memangla kan, tapi part berbengkung, bertungku, berurut memang liat boleh kira lah berapa kali balut perut sendiri, boleh kira berapa kali panaskan tungku, dasar pemalas!huhu..sekarang my son dah masuk 6bulan perut tak kempis-kempis lagi, how come?..tapi ikutkan pengalaman mommies yang czer memang payah nak hilangkan perut bun..tu!grr..ke i'm just imagine that other's mommies macam tu? pasal nak sedapkan hati sendiri biar ada geng...kahkah..pepun tak kisah la, yang penting perut ne tetap juga begitu...-.-

Tapi tak boleh nak salahkan diri sendiri jugak(gaya nak back up diri)..hehe, memang tak pantang macam orang lainla bila anak tinggal kat hotel (read:hospital), ulang alik setiap hari, memang menyeksakan dengan luka ceaser yang belum pulih. Dalam tempoh seminggu boleh lagi kita menahan perasaan simpati kat ayah sendiri terpaksa tolak wheelchair kita, tapi masuk minggu ke-dua gagahkan jugak diri berjalan jauh ke wad anak, pasal dah tak sanggup susahkan ayah sendiri..huhu-.-". Membebel my mom bila ayah terlajak cakap me dah jalan sendiri pergi tengok Ahmad Harraz, so back-up pulak my father cakap kat mak, doktor suruh banyak jalan baru cepat sembuh luka tu, darah smooth nak jalan..tipu sunat takpe-.-. Tu pun nasib baik diri sendiri tak terlepas cakap naik tangga everytime  nak ke wad NICU pasal tak sanggup tunggu lif yang terlalu lama..hihih..kalau tak sebakul lagi kena bebel tak sayang body plak nanti..hehe^_^. Apapun bersalin ceaser ne memang renyah sikit, sampai sekarang terasa lagi kesan ngilunya kalau ter'buat' kerja berat sikit..

Tips nak cepat sembuh luka ceaser makan je oren sunkist banyak-banyak, dan rajin-rajin telan vitamin c yang 1000mg tu..memang cepat baik, tu ikut pengalaman sendirila, tablet haruan pulak jangan makan dalam tempoh terdekat lepas operate kalau tak kulit jadi kematu, pasalnya yang kat luar cepat sangat sembuh banding yang dalam. So better sembuh secara perlahan-lahan luar dan dalam, takdela rasa menyengat sangat kan?After 2 weeks++ baru berani telan tablet haruan tu, sayang kulit katakan..haha, biar pun perut sendiri bun*** semacam. Tips nak cepat kurus lepas ceasar memang takde..any tips here?!!apepun tak boleh imagine macam mane perut yang 7 lapis ne betul-betul sembuh..doa2 yang kat dalam  tu betul-betul dah sembuh..makan pun dah main taram..ape pun tak boleh!!boo kat diri sendiri..ooowwwhhhT-T

Sama Tapi Tak Serupa

11.22.2012

Semacam tak percaya, masih terasa kehangatan majlis nikah kahwin sendiri hujung november tahun lalu. Kini hampir setahun berlalu, sudah bergelar mama dan ayah buat Ahmad Harraz. Terasa semacam mimpi, terima kasih ya Allah atas anugerah yang tidak ternilai, akan kami didik dan jaga amanah yang Engkau berikan sebaik mungkin menjadi hamba-Mu yang taat dan soleh.. cepatnye masa berlalu, tak sangka kini dah bertiga..rasanya baru sekejap berdua-duaan, tak sempat nak berhoneymoon sepuas hati..berbabymoon la nampak gaya pasne..hehe. 2 hari lagi genap 4 bulan umur Ahmad Harraz dan hujung bulan ne genap setahun   usia rumahtangga kami..Betapa syukurnya ya Allah, walaupun terasa terlalu cepat Ahmad Harraz hadir dalam kehidupan kami, sesungguhnya bayi comel itu jugalah pengubat lara dan penghibur hati keluarga..Alhamdulillah.Masih terkenang-kenang peristiwa di wad Ahmad Harraz menjadi penghuni selama 47hari setiap kali menatap Ahmad Harraz. Masih terlalu rindu dengannya walaupun kini Ahmad Harraz sentiasa disisi..boleh tak camtu?i mean it!oo...hanya diri sendiri yang faham perasaannya..hehe. 
pic: Ahmad Harraz last day in ward, weight 1.95kg and now it turn to 4.5kg..alhamdulillah

Peristiwa sedih di wad timur belakang semasa rooming in bersama Ahmad Harraz masih segar diingatan. Semoga menjadi iktibar buat diri. Insyaallah, ada masa i'll share it..daa^_^, time to rest.