Kalau ikutkan banyak je tempat nak pergi...yang penting dalam tempoh terdekat ne target nak kumpul duit untuk daftar haji lepas kahwin then yang satu lagi keep safe the secret...hehe (kita merancang, Allah jua merancang) so didoakan kami sentiasa dimurahkan rezeki kelak, nak jejak kaki ke tanah suci diusia yang masih kuat untuk mengerjakan haji...insyaallah..amin.
pic source:atozallnews.blogspot.com
pic source:atozallnews.blogspot.com
Selain tu tentulah bab melancong je keje kalau tanya tang mana nak pergikan...So far tak kisah pun kat mana-mana...yang penting ada deruan ombak (sekali en.azham record bunyi deruan ombak, pastu kitaorang bercuti kat beranda rumah je, macam pantai jugak kata en.azham) okei dah terlebih imagine, siap ngan dialog sekali, memang sadis kalau macam tu...tak nakkkkkkk!tak nakk..over plak...macam betul-betul plak situasi tu-_-" Harap en.azham tak buat macam tu...mmm. Apapun antara banyak-banyak pilihan tempat nak pergi adalah tempat yang ada pantai, atau pulau-pulau yang cantik. Pernah sekali bagitahu en.azham "awak, nanti kita g honeymoon kat pulau kita try air trekking nak?cam best jek tengok kat tv tu, mana tahu boleh hilangkan saya punya gayat"...muka tak puas hati en.azham "apa jadahnya orang nak honeymoon, ajak air trekking plak" itu saya agaklah jawapan dalam pale en.azham, pasal dia diam je takmo jawab..entah sejak bila ada penyakit gayat ne, tak puas hati betul, sebabnya masa muda remaja dulu aktiviti lasak adalah satu kegemaran saya..apapun pulau adalah tempat terbaik untuk bercuti...see saya memang tak demand nak pergi jejauh kat oversea sana pasalnya dah boleh pergi dalam mimpi...haha=P NZ and Switzerland still in dreaming..ngeehh
Cerita pasal hal barang-barang hantaran disebabkan memang saya ngan en.azham cut banyak benda untuk persediaan masuk rumah lepas kawen yang memerlukan belanja tahap hantuk-hantuk kepala, makanya barang hantaran saya yang cikai-cikai asal ada je. Namun semakin dekat nak kahwin ne dikhabarkan berita gembira ada sponsor untuk barang yang sepatutnya masuk dalam 'wishlist'. Diulangi 'wishlist' okei, maknanya entah bilalah nak dapat kan kalau dah masuk wishlist?. yeayyyy!love u so much ayahanda...tak sangka....nangis kejap, kesat-kesat mata...terharu. Terasa kesian kat diri sendiri...bila tengok saving makin susut, pastu ada plak yang simpati...lagilah nak nangis...emosi sekejapT_T. Apapun duit boleh dicari kata en.azham..pujuk!>_<. okeilah fine, inilah orang kata pengorbanan nak duduk bersama...sabar jelah, mungkin ada rezeki nanti...hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat hambanya....Alhamdulillah syukur dengan dugaanMu Ya Allah, semoga lebih kuat dihari yang mendatang, amin...
pic source: armaweddingcouture.blogspot.com~ cantik sangat kombinasi colour, tengah cari idea-_-'
Apapun hantaran branded memang langsung tak masuk list, sebabnya target 'asal ada' je atas bekas hantaran tuh. Malas nak amik kisah kalau ada mulut-mulut yang bakal berbunyi yang penting hidup lepas kahwin tenang...takde dop menyesal fikir burn duit kat mende merapu, tu je dalam kepala ni. Semua yang ada cuma beli untuk keperluan je. Anyway tu semua depends masing-masinglah, ikut kemampuan. Kalau tak mampu tapi nak jugak letak barang branded semata nak suruh orang puji ke hape, kepuasan sendiri ke, sebab sekali dalam hidup ke, lantak dikaulah, bukan guna duit daku pun...haha=p. Apapun pendapat haku ne sesuai untuk orang yang berbajet rendah macam aii neh..peace yooeww!>_<". One more thing, hunting time 'sale' memang berbaloi.
Note: baca INI untuk hilang stress...terkekek gelak...-_-".
Pembaca senyap atau 'silent readers' yang mana mereka membaca entri kita tanpa meninggalkan jejak sama ada via comment, shoutbox dan sebagainya. Honestly, saya rasa macam tu, pembaca senyap adalah pembaca yang setia...walaupun pembaca senyap boleh dikategorikan dengan pelbagai karakter samaada sebagai seorang pembaca yang sukakan entri kita atau sebaliknya, seseorang yang tak sukakan kita tapi nak amik tahu pasal kita ataupun seseorang suka pasal kita dan memang akan amik tahu pasal kita, mereka tetap pembaca senyap melainkan tinggal jejak dengan komen sinis, ngee...macam-macam kategori jugaklah pembaca senyap ne, boleh jadi mereka adalah pembaca setia blog seseorang sebabnya kebanyakan mereka membaca entri kita secara details dan kalau boleh setiap post lama dihayati dengan baik.
pic source:www.probloggingsuccess.com
Pembaca senyap ne, boleh dikategorikan pembaca yang sentiasa tunggu kita update ape cerrr kat belog. Seronok begitukan, even tak banyak komen diterima, namun jejak kat traffic membuktikan pembaca senyap salah seorang penyumbang traffic. Kebanyakkan pembaca senyap tediri daripada orang yang kita kenali, dan ada juga yang tidak kita kenali yang suka membaca tentang hidup kita. Mereka tak kisah tentang apa yang kita tulis, setuju atau tidak mereka hanya membaca dengan setia. Ada blogger yang suka akan silent readers dan sebaliknya..tapi saya tak kisah, asalkan jangan jadi duri dalam daging sudah-_-"..By the way tak kisah lah pembaca senyap atau tidak sekurang-kurang saya tahu saya ada pembaca setia. Terima kasih en.azham dan adik kakakku. Mak in progress baca belog kudus saya ne...hehe. Apapun sayang mak...ayah juga. eh lari topik>_<"..
Note: Thanks for reading=)
Yup salah satu menu feberet saya adalah Nasi Arab...entah kenapa dan bila suka menu ne...apapun nasi arab memang masuk je dengan tekak melayu ne...haha...Setiap kali melihatkan berjenis menu nasi arab, saya hanya order Mandy Lamb... memang suka..dah jadi feberet...kan dah mention dah atas tadi-_-". Sekali sekala boleh lah layan kan aje selera tu...namun saya rasa nasi arab ne ada khasiatnya yang tersendiri...Beras untuk buat nasi arab biasanya guna beras basmati, membekalkan vitamin dan mineral yang tinggi, tiada kolestrol langsung dan rendah kandungan sodium. Tidak mempunyai glutin, kandungan asid amino yang tinggi beserta glukos yang membekalkan tenaga kepada badan kita. Banyak kan khasiatnya. Tambah pulak khasiat daging kambing. Memang superb!Kita banyak salah faham dengan daging kambing, jantunglah, darah tinggilah, kolesterol tinggilah, semua nak kaitkan dengan daging kambing rupanya semua tu silap. Sedangkan daging kambing sangat banyak manfaat dan khasiat. Malah daging kambing berfungsi sebaliknya mencegah darah tinggi serta obesiti juga pengurai kolesterol tepu. See!! banyak sangat manfaat sebab tulah saya suka nasi arab tambah-tambah dengan daging kambing. The reason why cakap semua mende kat atas tu sebab nak tempek gambar makan-makan..kahkah=p , cover baikk gitu!
note: Laksa penang pun sedapppp!huhu
Namun bila bercakap part portion nasi arab boleh berkongsi makan untuk 2orang, saya sebaliknya...tak pernah berkongsi even dengan en.azham (pinggan masing-masing okei)
-_-" . Tak pasti berapa besar perut saya ne, tapi alhamdulillah even suka makan banyak perut tak pernah plak mengalami situasi ditakuti kaum hawa "buncit"...so sangat senang hati bila makan...bahaya betul! dan peristiwa di Al-rawsya bertahun lalu tetap menjadi ingatan dek penangan soalan kawan lama en.azham...kahkah=P...buat malu aje kan, badan macam tu, alahai bila bab makan macam membela (bela perutlah) -__-"
Namun bila bercakap part portion nasi arab boleh berkongsi makan untuk 2orang, saya sebaliknya...tak pernah berkongsi even dengan en.azham (pinggan masing-masing okei)
-_-" . Tak pasti berapa besar perut saya ne, tapi alhamdulillah even suka makan banyak perut tak pernah plak mengalami situasi ditakuti kaum hawa "buncit"...so sangat senang hati bila makan...bahaya betul! dan peristiwa di Al-rawsya bertahun lalu tetap menjadi ingatan dek penangan soalan kawan lama en.azham...kahkah=P...buat malu aje kan, badan macam tu, alahai bila bab makan macam membela (bela perutlah) -__-"
Sejak-sejak akhir ne, mood nak siapkan tesis naik turun je semangat tu!sangat risau. Mengharapkan semua urusan sentiasa lancar seperti pengharapan lancarnya majlis nanti, begitulah juga dengan kesempurnaan tesis ne. Kalau boleh fokus sekarang memang nak cari duit je,mmm...entahlah..apapun saya berusaha supaya semuanya akan lengkap on time...tak nak dah jadi macam sebelum ne, wonder why kenapa orang lain boleh siapkan on time, tapi kita? sedikit kecewa dengan diri sendiri...so berharap saya tak kecewakan orang-orang yang tersayang...moga semuanya smooth!saya tak okei kecewakan orang lain...cukuplah sendiri yang rasa penangan tu...cehhh, macam orang frust plak...honestly little bit memang rasa frust kat diri sendiri...lebih teruk dari rasa frust kat orang lain...-__-". Apapun just cheers yourself...motivated diri sendiri tu penting, senyum okei (kelat).
note: senyum lagi...owwhh, still terasa kelat..hmmm
Teringat pulak kenangan masa bertunang...kalau ikutkan majlis dah dirancang awal. Cuma persediaan semua last minit termasuk baju dan hantaran. Kalau ikutkan masa cari baju untuk pakai masa tunang tu dalam 3minggu sebelum majlis...tudung pun samalah...last minit...tu pasal hantaran pun guna kotak kotak je, sebab dah tak sempat nak fikir nak decorate bagai...yang selebihnya recycle balik guna barang-barang bekas hantaran dari majlis tunang kakak. Dan paling rasa macam tak proper sekali barang-barang saya lipat-lipat cincai je letak dalam kotak as long as nampak dari luar, kotaknya kemas dan cantik. Kat dalam?haha...memang fail. Apapun saya tetap suka nampak kemas dan simple je=).
Note: Rindu moment tu..
Korang ada tabiat buruk tak?saya ada...paling ketara korek telinga selain korek hidung, kalau boleh 24jam nak korek telinga..entah sejak bila...tapi sekarang dah macam obvious sangat...sampai baru perasan akan tabiat buruk tu. Sampai ada sekali tu sampai balik kampung bawak balik stok cotton buds, standby takut tetiba balik masa tu cotton buds kat rumah dah habis stok. Dan akhirnya akibat suka korek mengorek atau dengan kata lain takde keje, sekali terkena infection, bernanah-nanah tu...eeeiiiyyuuu!! atas sebab kesan batuk berpanjangan sebelum tu dan jugak akibat aktiviti mengorek telinga...Seminggu jugaklah saya hilang pendengaran sebelah kanan. Baru tahu camne rasa bila dengar semua perkara sayup-sayup. Nak nangis pun ada masa dalam situasi tu...takut...hehe. Padahnya camtulah!Begitu cantik pengajaran. Even dah berlaku camtu, sukar juga nak kurangkan tabiat tu... guna cotton buds tak elok katanya doktor cantik. saya lebih suka jumpa doktor cantik berbanding doktor hensem...ehh tukar topik pulak. Apapun sakit apa-apa jangan tangguh jumpa doktor, neh jugak tabiat saya. Bertangguh jumpa doktor, sanggup tahan sakit dulu.huhu
pic source:sheknows.com
salah satu perkara yang paling saya tidak suka ialah jumpa doktor...takut okei..hukhuk, takut kat jarum. Tu pasal sampai sekarang saya tak derma darah...pheww memang alasan! cerita masa nak test HIV haritu, ada budak dan mak budak duduk kat sebelah saya kat kerusi menunggu..sebelum saya masuk bilik tu tapak tangan berpeluh-peluh sambil menunggu...ada debar disitu. Lepas tu terdengar mak budak tu cakap kat anaknya"kakak nanti kena cucuk sikit tau, nanti jangan nangis ye, kakak kan kuat"...budak tu jawab kat mak dia "ok, kakak tak nangis, sakit sekejap je, macam gigit semut"...wahh terus saya bersemangat kental masuk kena amik darah tu...kahkah...ishh buat malu kat budak je>_<". itulah ceritanya, kesimpulannya saya memang tak suka jumpa dr. saya suka jumpa en.azham je...adess!pelempang sebijik...
salam mesra. Kejadah apa tetiba plak ada mukaddimah sebegitu. Apapun direct to point teruslah, korang biasa siapa yang gunting rambut dan berapa caj yang dikenakan?. Saya tak pernah plak berkunjung ke kedai gunting rambut selama umur mencapai sedang-sedang dewasa ne (cehh, konon takmo reveal umor lah plak, padahal berlambak entri cakap umo dah bertambah...hahah). Ini tidak tipu okei, memang tak pernah tahu pun berapa ringgit sekali potong rambut kat kedai rambut tu...selama ne, saya ada tukang gunting rambut professional sendiri yang penting free of charge...hehe kakak saya lah orangnya. Memang selama ne kakak sayalah tukang gunting rambut saya, dari kecik mak yang jadi tukang gunting bila dah remaja, kakak test power ganti tugas mak jadi tukang gunting rambut sampai sekarang. Biasanya proses gunting rambut ni ada timbal balik...lepas kakak saya potong rambut saya, saya pulak guntingkan rambut dia, adik-adik yang lain samalah...gilir-gilir tengok siapa yang jadi pilihan. hehe. Disebabkan bakat...errr takdelah bakat pun...mak siap belikan kitaorang set mesin potong rambut tu, so dah takde hal nak potong rambut sesama adik beradik...jimat pun jimat..So berharap jugak en.azham jadi tukang gunting rambut saya nanti (dalam mimpi jelah) ..hahah=p. Macam kurang yakin je nak serahkan rambut ai neh kat en.azham mahunya ditaram sesuka hati jadi cam ranting kayu...sebulan merajuk...hikhik. Tapi mana tahukan ada bakat terpadam >_<"
pic source: google
Suka sangat tengok gaya short hair macam tu, nampak energetic, young, chick and sexy...hehe=). Apapun biar tukang gunting professional yang decide...hikhik>_<
Ini bukan olok-olok...ini realiti! Bahkan sekarang pengantin hilang dimajlis sendiri bukan perkara luarbiasa lagi...hehe..pengantin hilang pasal keluar photo shot outdoor...lucu pun ada baca tulisan Abd Jalil Ali... ada betulnya, semakin hari nilai-nilai dalam majlis perkahwinan semakin terhakis. Mana taknya masa majlis tulah nak jumpa sanak saudara jauh dekat selain hari raya. Masa majlis itulah kawan-kawan ibu bapa kenal anak menantu, mana tahu jumpa kat mana-mana nanti boleh tegur-tegur...masa itu jugaklah nak kenalkan 'teman halal' kat orang kampung. Disebabkan trend semasa, nilai sebegitu sudah tidak diambil peduli. Bila tetamu datang nak jumpa pengantin, pengantin dah hilang dibawa lari jurugambar...apa boleh buat, trend semasa. Semoga saya tak terikut...eee kalau ikut keiginan memang nak jugak sesi outdoor ne. Tapi kewangan membangkang banyak lagi mende yang libatkan kewangan lepas kahwin harus difikirkan, biasanya sesi outdoor ne sesi sekali harung je, kalau hari lain gamaknya 'caj' bertambah pulak, tak tambah sewa baju make-up lagi...so burn jelah impian...hehe, tak kisahlah yang tu semua..Satu je dalam kepala hotak sekarang ne, nak duduk sesama ngan en.azham je...hehe, yang lain dah tak amik pedulik dah...>_<
pic source:machoarts.com
Note: excited..>_<
Memang memalukan betul peristiwa ne...akibat model kereta sama tapi tak serupa, kulit setebal kulit buaya tertempek kat mukaku...malu kat abg ensemmm nyahhh!boleh plak haku boleh silap kereta...patutlah tekan key alarm tak jadi...muahaha...confident betul masa tu, sekali ternampak patung domo tergantung kat cermin belakang. Punya otak lampi, boleh plak pikir seminit dua...eh asal ada patung domo, bukan ke sotong kurita eh kat cermin selama neh?ggrrr...pastu baru terpikir, ya allah...silap kereta wehhh....cover malu, cepat-cepat konon masuk kedai Photostat tanya charge hard binding tesis berapa...kahkah=p..Tobat haku tak cerita mende neh kat en.azham! mahu kena bahan nanti...grrr..cukup jelah kena bantai gelak masa dia baca entri neh...hehe.ok. dah malas nak cerita panjang peristiwa tak seronot ne...hehe...korang pernah?
pic source:www.arenakereta.com
Note: lain kali perati betul-betul okei...jangan main bantai aje...huhu>_<
Subscribe to:
Posts (Atom)
Top Social