Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Sesalan

6.20.2025

Tengok post seseorang menangis beria kat kubur arwah isteri, ramai kecam brother tu. Entahlah, for me memang sedih sangat tengok orang menangis ditinggalkan orang tersayang tapi lagi sedih sebenarnya kalau ianya tangisan kesalan. Tambah sedih daku bila tengok someone post anaknya yang ketiga detect kena kanser, dah lama stay hospital untuk rawatan dan kimo, budak tu kecik lagi sebesar hana, kakak dan abangnya adalah dalam umur sembilan ke sepuluh tahun, adiknya balik mengejut selepas rawatan, abang dan kakaknya terkejut lantas memeluk kemas, lama, dan menangis sayu sedih, baca komen "mesti abang kakak sedih sangat sebab tak tahu adiknya akan balik ke tak selepas rawatan tu, kalau yang suka gaduh lagilah terasa". Aahh sudah, auto merembes air mata laju. Nak move on dari rasa sesal ni tak mudah, trust me. Kucakap sebab ku dah lalui.



Teringat arwah adik lelakiku, even dah 26 tahun berlalu rasa sesalan tu masih ku ingat tapi tak seteruk dulukala, sebab tu tengok video yang agak related memang ku merembes. Tiap kali singgah kuburnya dulu dalam 10 tahun ku tersedu nangis diam-diam kat belakang sekali in family group, lepastu tu dapat control diri hanya menitik air mata. Tapi itulah, dik benda dah berlalu tak boleh ulang, hanya sesalan dihati saja yang sudah berlalu pergi, moga berbahagia disana dik. Apa yang daku buat hingga sesal yang dalam, biarlah ku simpan kat hati saja ,Allah sajalah pengubat rasa sesal ni, tapi dengan arwah ku kuat bergaduh, ku kaki gaduh, ada time okay tu sekejap aje, walaupun sesama budak aje time tu, tapi boleh tahan cara gaduhnya. Beza umur jauh. Adikku memang sweet, tapi ku baran, degil, garang, kuat memberontak, rebel dan setara dengannya boleh tahan. Dan sesalan paling dalam bila kita dah tak boleh minta maaf, sebab tuan dah gone forever. 


Sebulan sebelum kejadian yang menampar daku seumur hidup, kalaulahku tahu its last time i see you, tentu ku peluk dan minta maaf atas kelakuanku  dengan ayat yang menyakitkan hati. Dah takdir Allah hari kejadian ku di asrama call lewat petang exactly kejadian hitam tu berlaku, i keep praying all the time nak sampai ke rumah tu ku masih dapat tengok dia okay, tak teruk tapi sebaliknya, hanya jasad terbaring kaku di bilik depan sekali, tertutup jasad dengan kain nipis, rumah yang penuh dengan orang kampung ku tak hirau dah, terus masuk ke bilik yang ditunjuk oleh sesiapa dah masa tu, rasa luruh, luluh, runtuh ditimpa sesuatu yang amat berat. Ku duduk tepi jasad adikku, perhati wajah adikku, lama ku tenung, comel adikkku, memang babyface even dah tujuh tahun pun, hitam manis, macam tengah tidur, bibir merah merekah tersenyum, kelopak matanya yang tebal dan beralis panjang menambah kemanisan. Pandangan ku teralih ke dahi, ada sedikit goresan memanjang luka , akhirnya keluar juga air mata yang tertahan, ku sentuh pipi adikku yang sejuk, mencari tangannya dan ku pegang, dik jangan tinggal aku, jeritan dalam hati bergema diseluruh pelusuk tubuhku sehingga tubuhku mula bergegar menahan tangisan yang sudah pecah. Ku teresak-esak ditepi jasad adik, ada yang datang memujukku, takpe, takpe adik dah pergi tempat paling baik, dah cium adik tu, nanti pagi esok nak simpan dah. Ku cium pipi, dahi adik, lamaaa, tak mahu lepaskan.


Macam percaya dengan tidak, love hate relationship ni teruk impak sesalnya. Ku tak tahu. Tambah bloodline sendiri, sesalan paling dalam tapi tak terluah. Masuk bilik sendiri dan dengar pula cerita adikku yang menjadi saksi mata kepala kejadian hitam tu, melihat adik lelakiku melayang tinggi dan kepala terhentak ditembok simen, trauma adik perempuanku lagi teruk. Percaya atau tidak, itulah malam kali terakhir kami bercakap tentang arwah, rindu, trauma, tapi sesalan yang ku simpan takde siapa tahu dari saat tu , yang terhambur malam tu kami simpan sendiri antara adik beradik selepas tu hanya melihat ayah setiap kali bercerita kepada sesiapa yang mahu dia ceritakan sambil air mata ayah berjurai cukuplah untuk kami menyimpan kesedihan hati. Takpe, your feel is valid ayah, grief as long as you need. Yang penting kami semua dah happy dah sekarang, ujian hidup begitulah, ada masa rindu, sebak jua, yelah rindu kat jasad yang dah takde.


Emak lagilah ku tak tahu apa rasanya, dikala kejadian masih memangku adik perempuan bongsu yang baru 18hari lahir, ku balik masuk tengok jasad arwah adik, lepas tu pergi ke ruang tengah tepi dapur, lihat mak termenung kosong, ku bangkit dari katil sebab tak boleh tidur pukul 3 pagi, keluar jenguk dan mengintai mak di tepi dinding, mak masih tak tidur, dalam posisi yang sama, termenung kosong sambil nenekku kat sebelah dok pegang baby. Ayah, ku tengok masih duduk tepi jasad adik sambil merenung satu-satunya arwah anak lelakinya sambil tangan mengusap kepala adikku tanpa henti seperti adikku masih bernyawa. Pandangan kosong, sungguh, ujian seorang ibu bapa hilang anak ni sangat berat. Ku masuk bilik balik dan terus air mata macam air hujan. Tak tahu bila terlelap, tapi sedar-sedar ayah suruh solat subuh, dan siap-siap, sebab kejap lagi dah nak pergi kubur bawa adikku. And the rest is history and memories. Memori yang .....................Macam tak percaya Allah buatkan kami jadi bestie selepas kehilangan satu-satunya adik lelaki .


Bila baca tentang pergaduhan adik beradik memang kita yang baik baik saja dengan adik beradik ni takkan faham, mereka yang lalui je tahu pedihnya bila orang sedarah sedaging yang jadi musuh, jadi orang yang terpaksa mengadap perangai tak semenggah masing-masing, betul ka kami ni semua serahim mak? Bergaduh macam hape, tapi percayalah itulah ujian. Dah tertulis kisah Nabi Yusuf dalam Al-Quran tentang adik beradiknya yang iri hati, penuh hasad  dengan Nabi Yusuf sehingga khianat dan melakukan kejahatan terhadap adik sendiri. Ku syukur sangat Allah bagi jalan pulang kat daku ketika kemuncak umur remaja, umur lima belas tahun ,masih muda, bertenaga, ku masih ingat ada satu petang angin sepoi-sepoi meniup mukaku dikoridor sekolah, semua dah balik ke dorm masing-masing selepas solat, daku je naik kekelas masa tu, sambil termenung kat koridor, ku renung masjid yang ku tinggalkan selepas solat asar tadi. Entah kenapa tiba-tiba terasa sedih, sebak, teringat dua minggu lepas balik rumah, peristiwa di mana ku mengadap muka mak dengan muka heartless, usai saja makku hempas ganggang telefon, ku masuk bilik hempas pintu sekuat hati, menunjukkan amarahku sama. Ku tak keluar bilik lama juga, hampir tiga jam, last-last dengar kakakku dengan nada kalut dan menjerit panggil namaku, ku keluar tengok mak baring kat kerusi sofa rotan, bawah sofa darah penuh pekat.


Ku terkejut, dada bedebar, terkaku, kakakku cakap paggil mok timoh cepattttt! Ku yang terkejut dengan tempikan kakak, terus berlari turun dan naik ke rumah nenek bagitahu mak keluar darah, nenek naik bersamaku, dan suruh cari kain batik,  ku ambil beberapa helai kain batik mak, nenek ku kesat darah yang penuh dilantai bawah kerusi, sambil suruh ku bawa kain batik penuh darah tu ke bilik air. Ku kutip semua kain batik tu dan berlari bilik air di dapur. Mak hanya diam je dan menyuruh kakakku call ayah| ayahku takde masa tu sebab KL berkursus|, berkali-kali call baru ayah angkat, nenekku bagitahu kena bawa mak ke hospital ni sebab darah tak berhenti keluar, janin dah keluar tapi tak sempurna saki baki mungkin tak keluar, tu yang darah tak berhenti. Mak pergi ke hospital macam tu je dengan mukayang sangat pucat, tanpa kata apa-apa selain pesan kakak sulungku, tolong jaga adik-adik. Ku takut, takut yang sangat jika mak tak balik lagi. Petang tu dikoridor aku nangis sensorang,mengingatkan keras hatiku yang sikit pun tak minta maaf atas apa yang ku dah buat. Boleh tahan ego, habis nangis ku langkah tanpa tujuan tahu-tahu sampai kat tempat wudhuk masjid. Ku perati dinding yang berlumut hijau, kesan hitam di batang paip dan lantai, cari penyapu dan berus bawah tangga masjid. Masa tu memang masjid kosong dah semua dah kat dorm masing-masing. 


Ku ikat dan simpulkan hujung tudung depan  dan mula memberus setiap sudut kolah dan tempat berwudhuk, siap kawasan basah ku menapak naik ke tempat solat, menyusun segala kitab Al-Quran dan buku zikir. Sekali tertengok ada satu Al-Quran terselit celah belakang rak, kemungkinan jatuh, tapi Al Quran tu jatuh dalam keadaan terbuka, dan tengok surah Yasin, termenung seketika dan ku ambil al-Quran dan duduk bersila dan memulakan bacaan, tumpah air mata sambil memerhatikan tafsirannya. i dont know, tapi selepas habis baca segala apa yang berat dalam hati, fikiran, gone!terasa ringan dan angin lembut bertiup menampar pipiku, pandang keluar, matahari dah nak terbenam, angin petang bertiup lembut, cantik sangat Subhanallah, itulah sunset terindah dalam hidupku, dengan rasa yang tak terungkap. Sekarang ku minta sangat Allah hadiahkan perasaan ketika itu, i`m missed that feeling, so deep feeling. 


Nikmat sekarang yang Allah hadiahkan moga Allah terus kurnia, peluang yang Allah yang titipkan, sentiasa jadikan ku hamba yang sentiasa bersyukur tak kira apa yang mendatang. Alhamdulillah ku sudah berdamai dengan apa yang Allah takdirkan. Sesalan itu benar-benar bermakna bila Allah pujuk hati yang berdarah. Thank you dik sesalan itu banyak mengajar kakakmu tentang indahnya kehidupan jika banyak bersyukur dan merendah hati. Masyaallah Tabarakallah, past experience memang satu batu loncatan untuk kita growth better, there's no reason to look back when you have so much to look forward too. Sekali sekala perlu menoleh kebelakang untuk mengingatkan kita dan berterima kasih dengan pengalaman lalu, tenggelam dan dikawal kisah lalu tidak sekali-kali, move forward okay. 


Xoxo, 
Selagi ada ruang bertaut, 

 

Nostalgia Sabun Mandi Popular

11.02.2020

Kalau sebut sabun mandi, sabun mandi apa yang tak pernah try, semua dah bau, dah pakai, dah rasa tapi semua tak sehebat sabun mandi yang menjadi trending geng generasi 2000 dulu masa duduk asrama. Ika pun terjebak sama dengan trending guna sabun popular masa tu iaitu Impulse yang baunya memang semerbak bukan setakat baunya lekat dalam bilik air, malah lepas pakai sabun ni, macam pakai perfume kot, lalu sebelah memang baunya wangi sangat sehingga boleh mengalih pandangan orang lain kat kita, punyalah nak kat wanginya. Dan seperti satu kebanggaan kot kalau dapat guna sabun Impulse ni dulu sebab harganya boleh tahanlah pada waktu tu.

Dari senior, menjebak ke junior pakat guna, semacam wave gitu, tapi tak lama sabun ni lepas tu gone macam tu je. Sayang sebab baunya memang menggamit memori dan nostalgia budak-budak asrama, nak beratur guna bekas sabun je untuk tunggu giliran mandi. Sanggup tu kadang-kadang malam-malam lepas habis prep pun bantai pergi mandi malam, konon tak selesa, berpeluh, macam-macamlah, biasanya pergi basuh baju kain then mandi, yelah dah buat aktiviti keluarkan peluh, nak tidur mestilah tak selesa, so mandi lah dulu jawabnya. Teringat dulu kalau nak pergi bilik air kat hujung bangunan kena keluar dari bilik dorm satu cabaran yang besar, sebab hadapannya bilik asrama lelaki. Kalau ada yang crush on someone ke apa, punya bising lah asrama lelaki dok bersorak tengok crush jalan nak pergi bilik air pun, kahkah. Macam hape dah yang perempuan ni cover tutup muka dengan tudung dan tuala kes tak nak orang perasan, tapi biasalah selain saja depa nak seronok seronok mengusik pelajar asrama perempuan ni sambil sekodeng, ada je idea geng asrama lelaki nak buat bising memalam sebelum tidur, ahahah agak kelakar tapi those memories sweet sangat sekarang. 

So hari ni Ika nak reveal satu benda, sebab bab-bab nostalgia pasti anda sukakan, macam sabun mandi ni. Ramai yang tanya kenapa sabun ni dah takde, kenapa tak keluarkan dah sabun ni, mana nak cari bau sabun yang semacam tu, rindulah! Kalau ada pasti nak beli sabun Impulse ni, gitew, punyalah nostalgia tu mahal untuk dicari balik macam dulu, bukan mudah. So Ika nak share dengan anda yang mencari sabun Impulse ni, nak cari kat mana? Betul ke ada? Sejujurnya sabun Impulse ni memang takde dah, tapi ada sabun yang sebiji bau Impulse ni, nak kata 100% bau sama tak tapi memang best dan hampir 79.9% sama baunya, semerbak, tahan lama dan sangat wangi. Ika memang setiap kali beli borong dua botol, anak-anak pun suka baunya, katanya wangi sangat, dan memang melekat wangi baunya macam perfume. Khas untuk generasi 2000 je tahu nostalgia sabun tu, so wajib share benda baik ni bagi pemburu bahan nostalgia. Pergi je pasaraya mana-mana insyaallah ada sabun ni jenama Fruiser ni, Ika beli dekat TF-Mall je. Paling sama baunya yang seaweed tu, cubalah. 


Keluarga Berkumpul

10.01.2018

Bila dapat berkumpul adik beradik dan keluarga memang seronok sebab dapat berborak dan bonding,bila masing-masing dah bina kehidupan sendiri masa yang ada kena pandai-pandailah curi untuk berkumpul bersama. Kebetulan cuti hujung minggu mak ayah datang sebab nak jaga cucu, my niece ada buat operate hernia,maka kami ambil kesempatan berjumpa berkumpul kat rumah Adilah kat  Keramat.

 jumpa geng terus aktif budak baru lepas operate tu









Kira kami bertolak dari perak ke Keramat ambil masa dalam 2 jam je, kebetulan musim durian kami berpakat nak makan pulut durian, akakku bawak durian dari Melaka, kami bawak special dari Perak,hihi pakat rasa masa musim ni kan.   Bila jalan jauh dengan anak ni memang macam macam pesenlah, pit stop pun dah berapa banyak singgah, nak beli airlah, nak kencinglah, nak beraklah, tu yang patut 2jam sampai larat ke 3 jam perjalanan. Sampai petang tu kat Keramat terus aktiviti makan, tu biasalah kalau berkumpul, makan dan bercakap berpisah tiada. Orang sakitnya siap lompat-lompat sehari lepas operate, seram haku, budak tahu apa kan, mbahaha asal boleh main, sakit pun dah tak rasa dah, jumpa genglah katakan.


Malam tu kami jamu makan pulut durian lak,nasi wajib dah makan, uii malam tu bersandar semua orang kekenyangan, lepas makan borak-borak tidur. Pagi esoknya tapau kedai campur chef masak, akulah tu, mabahah, uii punya banyak menu pagi, kenyang bersandar lagi lepas makan pagi tuh, borak-borak semua pakat lelap sekejap,pastu siapkan makan tengahari, eh lepas makan lagi borak-borak kitaprang tidur. Pening jap aku lakibini kes banyak makan, tapi puas hati menketedarah makan ramai-ramai. Begitulah kalau dah berkumpul family, memang tak lepas dari bab makan, korang memang cemtu jugakkan. Seronok memang seronok tapi penimbang naik teruk, mm sekali sekala, bukan selalu,kikiki.

Reunion Batch 2013 SMK(A) Wataniah

2.20.2016

It's been so long to meet our old friend lagi2 yang sekolah menengah,alhamdulillah aplikasi whatsapp betul2 menyatukan kami kembali like real family, tak siapa sangka kan.. So one fine day,kitaorang berpakat untuk berkumpul berjumpa dengan rakan-rakan sekolah yang kebanyakannya sudah membina keluarga..alhamdulillah, batch smka wataniah 2013 kami sudah berkembang menjadi keluarga yang besar..so after setting time and place those yang free dan tiada kekangan untuk datang maka pada hujung minggu berjumpa lah kami kat rumah salah seorang rakan yang volunteer dengan tema pot luck..



So,here we bila berkumpul memang kecoh masing-masing banyaknya cerita nak kongsi, dalam whatsapp dah kecoh jumpa depan-depan lagi kecoh...bahaha, it'so great moment bila dapat berkumpul macam tu,yelah after berbelas tahun berpisah then kitaorang berkumpul bertemu mata, dapat mengeratkan balik ukhuwwah yang sekian lama sepi dan terpisah. Alhamdulillah diharap dilain masa kami dapat berkumpul lagi ramai2 macam ne, rasa sekejap je berbual-bual berkongsi cerita tentang kehidupan family,diri dan anak-anak dan mengimbau memori lalu. Next maybe dapat jumpa kelompok yang lagi besar.



Ditulis pada 26 disember 2015
10.35 AM

The Best Moment 2015 Throwback

12.30.2015

Pejam celik dah berakhir tahun 2015, dan ini bermakna semakin pendek masa dipentas dunia, moga tahun baru lebih baik dari tahun ne,lebih banyak bersyukur, lebih banyak muhasabah diri, lebih matang, lebih berusaha mengubah diri kearah kebaikan...sesungguhnya tahun 2015 meninggalkan banyak memori dan kenangan, dugaan dan ujian, yang pasti segalanya mempunyai hikmah tersendiri..

So, next-next entry akan datang ditahun baru kebanyakannya hasil throwback 2015...hihi, saja lah panaskan enjin supaya next year lebih aktif menulis...dan coretan-coretan akan datang sebagai ingatan dan kenang-kenangan serta sharing info hasil dari pengalaman sendiri...banyak planning tahun depan berharap semuanya dipermudahkan urusan oleh Allah, insyaallah amin...memandangkan tahun ne memang lemau bab update entri, next year ada semangat baru bertubi-tubi menulis kat blog sendiri..hahah, tu pasal awal-awal lagi nak tutup buku tahun 2015, dah tak sabar nak start tahun baru...bahahha,korang layankan jelah...ok daa,

Selamat Tahun Baru semua, good luck for all of us as rakyat marhaen, semestinya tahun 2016 terlalu banyak dugaan, tekanan as Malaysian, banyak-banyak bersabar dan mengharungi segala dengan semangat, usaha, tak boleh ubah yang duduk atas,kita ubah diri dulu, hope more luck for 2016 for us ok, insyaallah dengan DOA usaha we'll survive!!

Ditulis pada 30 disember 2015
10.15pm

Telur Penyu, Dodol Daun Palas & Keropok Lekor Seberang Takir

2.05.2015

Asyik cerita pasal makan je, asal cerita pasal makan mesti yang sedap-sedap. Balik kampung sebelum kejadian banjir suami sengaja balik ikut LPT kesnya nak singgah terengganu. I'm the one yang happy sebab terengganu sememangnya menyimpan 1001 kenangan ketika belajar diuniversiti dulu. Tak sangka hampir 7 tahun berlalu kenangan manis bersama teman-teman seperjuangan menghabiskan masa bersama berjuang mendapatkan sekeping ijazah. Now everyone have successful life to handle with, i'm so proud that i'm apart of their memory as i proud how they're apart of my memory. 3 tahun bersama bukan masa yang sedikit, how joyful we're menikmati zaman remaja dengan perkara yang membina kami dimasa kini...chewahhh, ayat, sangat formal disitu-.-". Apapun terpandang je batu bersurat kat tengah bulatan jalan dibandar terengganu, terus teringat kerja gila kami and the gang keluar malam-malam ambil gambar atas batu bersurat tu buat kenangan. Terpandang supermarket  SABASUN teringat kegilaan kami and the gang memborong air soya dan green tea satu kotak seorang buat stok teman study. Terpandang je pasar malam di sekitar wakaf tengah, gong badak teringat kesungguhan kitaorang keluar mencari makan tambah2 bila bulan puasa lagilah pelanggan tetap kami kat situ. Lalu depan kedai VINCCI teringat kegilaan mengumpul kasut selipar bag bila sale. Singgah beli keropok lekor diseberang takir teringat hari minggu kadang-kadang lepak tepi pantai sambil makan keropok lekor. Belum cerita bab assignment lagi part kelam kabut masa nak submit, behehe.... hmm so much memories there in terengganu, how i miss the young energetic three powerpuff girl dan lagi bertambah mereng bila bergabung dengan pemilik kereta wira NBE and the gang. Now 3 powerpuff girl semua dah kahwin tinggal gang kumbang NBE aje baru sorang yang selamat beranak pinak yang lain insyaallah menyusul nanti ye, mudah-mudahan (kalaulah boleh tag diorang)kahkahkah.....


So cerita teringin nak makan nasi berlaukkan telur penyu. Punyalah dah lama tak menyinggah kuala terengganu semua jalan dah tunggang langgang dalam ingatan maklumlah banyak urat putus masa beranak (make sense reason), sampaikan tersesat dalam bandar tu entah berapa kali pusing dah tak ingat jalan mana kemana, mencari Restoren Mat Binjai. Punyalah dah beberapa kali pusing alhamdulillah jumpa, tapi kecewanya bila semua lauk dihidangkan takde pulak hidang telur penyu. Terus tanya "telur penyu takde ke? jawapannya"takde, dah 3 hari takde telur penyu" mungkin minggu depan ada. woww!! betapa frustnya i setelah berkali-kali pusing tersesat jalan. ok takpe. makan kenyang-kenyang terus balik lalu ikut seberang takir singgah beli keropok best kat situ, teringat kenangan with the gang keluar makan malam minum air buah sambil pekena roti canai kat gerai tepi jalan. So teruskan perjalanan balik kampung ikut jalan pantai, juga penuh dengan kenangan ulang alik balik kampung masa belajar dulu singgah kedai feberet sukaramai tu bertanyakan dodol terengganu, jawapan kat sini pun mengecewakan bila makcik tu cakap dodol dah lama takde orang hantar. terus rasa...........hmmm takpelah nak buat macam mane nasib baik keropok lekor masih ada. alhamdulillh masa suami balik kampung bagi bantuan banjir otw datang sini lalu ikut terengganu dan belikan dodol daun palas. The scent of dodol terengganu will keep remain me full of sweet and great memories and it will remain me forever with, insyaallah. Selalu dalam doaku my ever sweetest all friend in university.daaaaaaaaa

Putu Halba & Ikan Puyu

12.23.2014

hmm...musim hujan memang menggamit memori silam...dalam memori musim hujanlah paling disukai, sebab boleh makan sedap-sedap, boleh tidur selenanya dengan cuaca sejuk, yang penting boleh main hujan dengan sengaja. Kadang-kadang rasa nak ajak anak-anak mandi hujan, nak diorang rasanya how enjoy and how feeling to have fun in rainy day..tapi hujan sekarang tak sama dengan hujan dulu, sebabnya hujan sekarang bertoksik, tak suci macam dulu..hurm, kalau ada kesempatan balik kampung dan hujan masih turun, nak sekali ajak anak dan sengaja basahkan diorang dengan air hujan..kat kampung udara pun masih terjamin bersih, buktinya ahmad harraz pernah selsema batuk dan kebetulan waktu tu nak balik kampung, duduk dikampung beberapa hari alhamdulillah terus sihat dengan izin Allah. i'm so agreed dengan doc. ahmad, homeopathy expert...salah satu punca penyakit kita dari udara yang terlalu kotor, persekitaran kita dah terlalu rosak dek tangan manusia.
Musim hujan ne mulalah tekak nak makan putu halba, ikan puyu sepat goreng garing gaul nasi panas2 dengan sambal pedas kering...perghhh!! Memang bertambah-tambah makannya. Lepas makan sambung tido berselimutkan toto pulak. Bukan toto nombor tikam2 ye-_-". Zaman kanak-kanak zaman the best sebab asyik fikir main dan berseronok je. Kalau musim hujan memang musim yang ditunggu-tunggu. I'm little bit boyish dan ganas sikit masa zaman kanak-kanak. Juara panjat pokok, juara main besbol kaki tiga dan juara singa betina sebab garang bahaha:p. Musim hujan laju je turun main hujan, kena marah belakang kira asal boleh basah bermandi hujan...masa ne sibukla dengan sepupu sepapat pergi ke baruh kutip siput sedut nga mancing/memukat ikan darat. Sibuk jugak mengukur bila air sungai nak naik, sehari 4 5 kali sehari pergi ke baruh pergi check air dan naik takat mana, kalau dari rumah tengok air dah memutih naik terus rasa melonjak2 gembira perasaan..tak sabar nak main banjir..kalu air banjir tak sempat naik kat kawasan rumah, sengajakan diri pergi ke Padang/ baruh kes nak selam kaki bagi kena jugak air banjir..behehe:B
Biasanya hari pertama air naik tak berani lagi nak main banjir sebabnya air banjir still Kotor dan bermacam binatang besar kecik tengah sibuk menyelamatkan diri like lintah lipan dan macam2 lagi. Air dah tinggi banyak sikit dan lebih bersih baru kitaorang ramai2 terjun main air. Bahagian mak ayah pulak sibuk kemas itu ini selamatkan barang2. Mak pun memang sibuklah kena rajin2 kan diri masuk dapur pasal seisi rumah asyik lapar je manjang kan?!. Lepas tu bila banjir dah reda pun rasa seronok jugak sebab kena cuci lantai dinding rumah sambil main air. Kenangan musim hujan memang menyeronokkan dan kenangan itu akan terpahat di memori sepanjang hayat. Insyaallah..daaa

KFC dan Kenangan Makan Ayam Cubit-cubit

4.23.2012 Malaysia

KFC bukanlah kegemaran tekak, tapi ada masa dan ketika rasa nak makan tu datang jugak...sebabnya KFC adalah ayam celup tepung yang digoreng, bezanya tepung salutan adalah secret recipe!..so nothing special melainkan mengidam, tetibala jadi special...tu lain cerita...hehe. KFC jugak terselit kenangan dengan suami masa first datenya dengan 'yang menaip ne', dan sesungguhnya kesimpulan yang paling baik untuk lelaki yang tak pernah bercinta dan belum pernah merasai perasaan meluahkan perasaan dihadapan orang yang disukai jelas terlihat dengan makan ayam cubit-cubit dan tak habis serta cakap putus-putus..worst ever!! tapi tu lah kenangan manis orang kata...hehe, sampai sekarang still ingat moment tu^_^...comel je suami masa tu, tapi Allah tak wujudkan lagi perasaan cinta kat suami masa tu, kata still young kan..Alhamdulillah makan tahun both of us tak jumpa lepas first date tu, Allah wujudkan perasaan tu untuk jadi suami isteri bila jumpa balik..itu lagi bagus=)).

So, sekarang takde dah makan ayam cubit-cubit, makan sungguh-sungguh dah. Saje tetiba terkenang, entri sungguh tidak bermakna kecuali untuk penulis...hehe=p.bai!

p/s: ya Allah permudahkanlah segala urusan kami=))

Album Kahwin~Rindu Saat Indah Ijabkabul

1.24.2012

Bila lihat, belek-belek dan tenung-tenung album kahwin boleh pulak senyum sensorang...ihiihi mengada!.. teringat pulak saat syahdu bila pertama kali cium tangan suami selepas acara membatalkan air semayang...indah betul perasaan tu pasal dah lama dop imagine sensorang bilalah boleh cium tangan orang kita cintai, dan saat itu terakam dalam memori sampai bila-bila, tambah lagi syahdu bila setiap kali solat dah boleh cium tangan suami...haha=p. Kalau ikutkan masa sebelum akad nikah saya dan en.azham dah sepakat tak nak ada gambar cium dahi ke apa, cukup jelah momen cium tangan suami di rakam, yang lain belakang tabir sudah.. sekarang boleh tengok album kahwin bila rindu saat ijabkabul..seronok je, macam baru semalam je berlaku semua tu...
cepatnya masa berlalu kan..-_-' Lebihan gambar yang belum dicuci ada dalam seribu keping lagi, entah bila nak menelaah pilih yang ok untuk hantar kat kedai...hurmm, kalau ikut nak burn je dalam cd tapi macam berisiko tinggi untuk hilang...huhu. miss the moment^_^

Kisah Kain Batik~Seksi @ Nilai Ketimuran

1.20.2012

Lucu pulak bila google word 'kain batik' keluar jugak part tutorial..tak sangka pemakaian kain batik zaman sekarang menjadi sesuatu yang rumit...hehe^_^..ermm, maybelah zaman sekarang dah tak ramai yang suka pakai kain batik...sangat jelas. Masa majlis bertandang hari tu, since saya dah tanya kakak apa yang kita harus buat in a first day as a new family member belah suami, so kena rajin lah tolong MIL buat sarapan ke, kacau air untuk breakfast or apa-apa je lah...Keesokan selepas majlis belah suami, siap solat subuh terus ke dapur (semangat ko...haha) rasa jugak kekok...hihi...even sebelum ne dah banyak kali singgah rumah en.azham...still juga terasa kekok..konon!bllerrhhh-__-'

So pepagi lagi dah tunjuk muka kat dapur even tak tahu nak buat hape..sekali tengah syokk dop basuh kuali, mak sedara en.azham tegur "lahh, lekat pulak ika pakai kain batik, orang sekarang dah tak pakai kain batik dah dop sarung seluar je''... tersengih malu*blushing*...lepas tu kecoh plak abang ipar bagitahu kakak ipar pasal saya pakai kain batik...sebab kakak ipar saya tu tak pandai pakai kain batik, siap kakak ipar interview plak...katanya masa pantang je dia pakai...hihi... lucu plak ingat situasi tu..korang suka tak pakai kain batik?orang kata pakai kain batik neh memang selekeh, tak kemas, selebet dan macam mak nenek..apapun saya suka pakai kain batik...pandai pakai kain batik pun sebab saya dan kakak kena marah dengan mak minah<---(panggilan mesra nenek belah mak) depan sepupu-sepupu lelaki tahun 2000 macam tu, baru je sekolah menengah...malu woohh, kena bebel kat mak minah, dahla ramai-ramai time tu...masa tu kalau tak silap memang asyik pakai seluar aje kalau pergi rumah mak minah (1 km dari rumah) dekat je, sekali kena sound masa tu, terus mak minah ambil kain batik ajar ikat macam mana..ambil masa yang lama jugaklah nak biasakan diri, lama-lama suka plak pakai..siap dapat gelaran ratu kain batik masa study kat matrik kedah...sebab suka pakai kain batik aje..sempat jugaklah share ilmu pakai kain batik dengan roomate tersayang...entah sekarang dia dah biasakan tak pakai mende alah tu...hehe

Kalau kat kelantan pengantin baru yang berkunjung ke rumah sanak-saudara @ ore kelate panggil 'ngajok na'ttu (panggil menantu) confirm akan dapat kain batik atau kain pelikat...hehe, boleh tambah koleksi..Apapun tak salah berkain batik di rumah, yang penting kena kemas dan nampak cantik...jangan pakai kain batik dengan t-shirt selekeh pastu tambah pulak dengan bedak sejuk putih tertempek kat muka, mahu tak trauma laki balik kerja mengadap pontianak sundal selebet sambut kat pintu-_-'..

p/s: nilai seksi?hanya suami yang tahu..nilai ketimuran?hanya kita yang boleh tentukan.. apa lagi budayakan pakai kain batik dirumah..hihi=p

Rasa nak Naik Pelamin Sekali lagi

1.11.2012

Mabuk sekejap tengok pelaminan yang super duper cantik...sekarang neh tengah hot pelamin yang simple dengan pinwheel dais!uhh, rasa nak ajak en.azham naik pelamin sekali lagi...macam-macam design sekarang neh...grrr-_-''...zaman sekarang lagi bagus DIY je semua perkara yang nak DIY...jimat duit..yang tak jimatnya hanyalah masa je...apapun design sekarang memang buat ex-brides macam saya neh jeles...haha=P...pasal dah terlepas nak merasa design santek-santek pelaminan...ihihi...apapun yang pasti, satu part lagi belum lengkap...sempatla berangan nak pegi photoshoot macam mana dan nak demand apa kat photographer nanti..boleh ke bos?nak berangan je...huuu*__*..takpun bawak accessories sendiri ke photoshoot nanti..aci ke tak ye?ihhiii=p... 
pic source:chezwedd.com

p/s:bosan*_*

Uncensor Wedding Picture~ Bride please Behave

12.28.2011

wahh, tetiba tajuk cam hape..masa majlis haritu banyak mende yang uncontrolled...hehe, especially tak control ayu, atau pun tak cover sopan santun...nasiblah badan banyak gambar tak senonoh di shoot...hehe, apapun bila tengok boleh bikin gelak...tapi part yang paling tak boleh dimaafkan bila pengantin (perempuan especially) tak cover punya tatasusila...menci betullah...sampai bila tengok gambar neh...eh!apahal pengantin perempuan pelahap sangat?...tak makan sebulan ke??grrr...-__-".. memang lupa habis nak control masa makan...so wahai bakal pengantin...sila behave sikit masa majlis!masa dop rumah mentua pandai plak jaga...hehe=p..apapun semuanya kenangan^_^
pic: ouuchhh!memang tak senonoh...grrr

P/s: tetiba rasa lapar..-__-'

::Kenangan bermain dengan api tika lampau version 90-an #::

8.20.2011

Entah hape kena nak citer pasal main bunga api zaman-zaman dulu..mungkin zaman sekarang budak-budak dah tak layan ahh bunga api, layan bom ringan dah sekarang atau dengan kata lain mercun version makan tuan... entahlah apa kena setiap kali masuk bulan ramadhan mulalah sibuk keluar paper putus jari, melecur sana sini...kadang-kadang haku rasa nak pegi ceramah kat supplier stok mercun apatah lagi yang menjualnya...pasalnya adik haku sendiri pelanggan yang beli mercun...dan haritu nasib baik tak sempat haku g carik budak yang sampaikan info penduduk kampung yang jual barang tak berfaedah tu, geram jugak nak pegi tarik telinga budak yang pengaruh bagitahu adik haku mende bukan-bukan neh...budak neh memang tak serik selagi tak kena selagi tu lah dok mencari..ishhh!emo tetiba plak, padahal nak citer kenangan...wat de merepeklah, off pasal bebel-bebel neh-_-"...

Dulu nak main bunga api bawang tu pun takut terlampau-lampau...jarak nak campak mende alah tu setinggi yang habis berdiri kat beranda, ada dalam 2 meter lebih tingginya...bunyi bunga api...pehh!peehh!peehh!sekali campak, sekali bunyi...tak ganas langsung...-_-entah ape2 je kan...tapi part yang paling suka main bunga api suratkhabar...dulu biasa main bunga api kat tanah lapang depan umah mak long sekali ngan sepupu sebaya...suka jugak main bunga api ne...tatau plak camne boleh fikir buat bunga api camtu kan??...main bunga api yang ne sure tak meletup pongpang pong pang yang sampai boleh ganggu kejiranan macam sekarang ne...bunga api terover senyap tapi cantik...bahaya ada jugaklah kalau dop bawah bunga api ne yang tengah terbang...hehe, tapi tak pernah jadi apa-apa yang macam sekarang...hehe, klasik betul
pic: cara-cara klasik main bunga bunga api tahun 90-an..lepas nyalakan semua bucu tu,kitaorang pakat-pakat keliling sambil sebut naik!naik!naik!pastu mulalah pelan-pelan bunga api suratkhabar neh naik terbang...masa terbang tu kitaorang jerit tinggi lagi!tinggi lagi!sampaila surat khabar terbakar bentuk cam api-api bercorak...cantik sangat...hehe, seronok betul main bunga api version ne...alahaiii

note: induksi pepagi buta esok...huhu